prototaip.docx

12
KAEDAH PEMBUATAN PROTOTAIP BERASASKAN KAYU DAN LOGAM. 1.0 PENGENALAN Terdapat banyak jenis bahan mentah semulajadi dan bahan buatan yang telah dihasilkan oleh manusia.Pelbagai bahan mentah dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama iaitu kayu,logam, plastik (plastik thermo, polimer,aklirik, asetal,PVC),kaca (pasir,hablur, kaca bersilikat, kaca flin), gentian kaca, komposit(kombinasi antara dua atau lebih bahan mentah),kertas(bahan daripada kulit kayu dan sayuran) dan getah(susu getah dan getah asli).Dalam tugasan ini penekanan yang diberi ialah penggunaan bahan mentah kayu dan logam. Kayu merupakan bahan binaan yang paling meluas penggunaannya dalam kawasan beriklim tropika.Kayu adalah sejenis bahan mentah yang terdapat secara semulajadi dan sumber yang boleh diganti.Pada masa ini pertumbuhan pokok- pokok yang menghasilkan kayu balak telah banyak berkurangan.Ini disebabkan oleh banyaknya permintaan terutamanya dari luar negara, begitu juga dengan aktiviti pembalakan haram dan pembukaan kawasan pertanian dan penempatan baru. 1 JENIS BAHAN MENTAH GETAH KAYU KERTAS KOMPOSIT LOGAM PLASTIK KACA GENTIAN KACA

Upload: sarah-clements

Post on 23-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROTOTAIP.docx

KAEDAH PEMBUATAN PROTOTAIP BERASASKAN KAYU DAN LOGAM.

1.0 PENGENALAN

Terdapat banyak jenis bahan mentah semulajadi dan bahan buatan yang

telah dihasilkan oleh manusia.Pelbagai bahan mentah dibahagikan kepada

beberapa kumpulan utama iaitu kayu,logam, plastik (plastik thermo,

polimer,aklirik, asetal,PVC),kaca (pasir,hablur, kaca bersilikat, kaca flin), gentian

kaca, komposit(kombinasi antara dua atau lebih bahan mentah),kertas(bahan

daripada kulit kayu dan sayuran) dan getah(susu getah dan getah asli).Dalam

tugasan ini penekanan yang diberi ialah penggunaan bahan mentah kayu dan

logam.

Kayu merupakan bahan binaan yang paling meluas penggunaannya

dalam kawasan beriklim tropika.Kayu adalah sejenis bahan mentah yang

terdapat secara semulajadi dan sumber yang boleh diganti.Pada masa ini

pertumbuhan pokok-pokok yang menghasilkan kayu balak telah banyak

berkurangan.Ini disebabkan oleh banyaknya permintaan terutamanya dari luar

negara, begitu juga dengan aktiviti pembalakan haram dan pembukaan kawasan

pertanian dan penempatan baru.

Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kayu balak akan lu

pus suatu masa nanti. Semua pihak sama ada kerajaan atau pengusaha balak

mesti berusaha untuk menanam semula kawasan hutan yang telah diterokai bagi

mengekalkan Malaysia sebagai salah satu negara pengekspot kayu terbesar

didunia di masa hadapan.Di Malaysia terdapat lebih daripada 1000 spesis kayu

tetapi dianggarkan hanya80 spesis sahaja yang mempunyai nilai komersial untuk

digunakan dalam industripembinaan. Selain itu, kayu juga digunakan untuk

1

JENIS BAHAN MENTAHGETAH

KAYU

KERTASKOMPOSITLOGAM PLASTIK KACA GENTIAN KACA

Page 2: PROTOTAIP.docx

menghasilkan alkohol kayu,arang, turpentine, dan lain-lain.Selain kayu logam

juga antara bahan mentah dalam pembuatan.logam terbahagi kepada dua iaitu

ferus dan bukan ferus.Logam ferus adalah logam yang mengandungi besi.

Logam ferus digunakan dengan begitu meluas kerana bahan ini mudah didapati,

ekonomi dan mempunyai sifat-sifat magnetic yang unik di samping sifat fizikal

yang lain. Aloi-aloi ferus boleh dibentuk dengan mudah dalam keadaan

sepuhlindap dan kemudiannya boleh diberikan rawatan haba untuk

mendapatkan sifat-sifat kekerasan seperti kikir, sifat mulur seperti cangkuk kren

atau dibajakan untuk dijadikan alat gerudi. Lagipun penghasilan logam adalah

secara semulajadi dan banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan sama ada

dalam bentuk asli atau campuran dengan logam-logam yang lain.Dalam

menggunakan sebarang bahan mentah untuk menjadikan sesuatu projek

semestinya memerlukan lakaran sebelum menjadi objek sebenar.Lakaran pula

hendaklah mengikut langkah-lengkah kerja yang perlu diikuti supaya hasilnya

sama dengan perancangan yang telah dilakukan.Berikut adalah penerangan

1.0 Lakaran kaedah Pembuatan Prototaip Berasaskan kayu dan Logam

Sebelum sesuatu projek dijalankan aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan

ialah aspek lukisan projek yang melibatkan:

i. Membuat lakaran projek

ii. Menilai dan memilih lakaran yang paling sesuai.

Kemudian barulah melibatkan pembinaan projek yang melibatkan beberapa

proses iaitu:

i. proses mengukur,

ii. proses menanda,

iii. proses memotong,

iv. proses membentuk dan mencantum.

2

Page 3: PROTOTAIP.docx

2.1 Membuat Lakaran Projek atau Reka Bentuk

Membuat lakaran projek bermakna melakar bentuk hasil projek yang

akan dihasilkan secara berperingkat dan lakaran melibatkan beberapa lakaran

seperti;

i. Bentuk lakaran dua dimensi (2D), tiga dimensi (3D), perspektif

ii. Lakaran 2D –unjuran ortografik

iii. Lakaran 3D – lakaran oblik atau isometrik.

iv. Kertas lukisan dan kertas grid, pensel HB

2.1.1 PENYATAAN MASALAH

Projek Rak Serba Guna.Rak ini boleh digunakan untuk menyangkut

kunci,meletak surat dan bil-bil yang belum berbayar.

2.1.2 Membuat Lakaran Projek

3

Page 4: PROTOTAIP.docx

4

Page 5: PROTOTAIP.docx

2.1.4 Lakaran 3D

Lakaran 3D dapat memberikan gambaran sebenar projek yang akan dibina.

Daripada lakaran ini, panjang, lebar dan tinggi projek dapat diketahui.

Lakaran 3D boleh dibuat melalui lakaran oblik atau lakaran isometrik.

RAJAH: CONTOH LAKARAN 3D

2.1.5 LAKARAN 2D

Lakaran 2D dapat menghuraikan lakaran projek dengan lebih terperinci.

5

Page 6: PROTOTAIP.docx

Bentuk objek yang sebenarnya dapat ditunjukkan dalam dua atau tiga

pandangan.

Lakaran 2D dilukis dalam unjuran ortografik.

2.3 Menilai dan memilih lakaran yang paling sesuai.

Dalam aspek ini Perbincangan kumpulan tentang bahan , kos, alatan .

Perlu ada dimensi yang lengkap .

3.0 PROSES PEMBINAAN PROJEK

3.1 PROSES MENANDA

Bahagian yang hendak dipotong, digerudi, membuat tanggam .Alatan

tangan=pensel, sesiku L, pisau penanda, tolok penanda, penggarit dan penebuk

pusat.Proses ini memerlukan ketepatan setiap bahagian yang hendak dihasilkan

misalnya bahagian depan,sisi, belakang ,tengah, atas dan bawah atau tapak.

3.2 PROSES MEMOTONG

Alatan tangan=pisau pemotong perspek, gergaji tangan, gergaji puting, gergaji

besi.Ketelitian adalah penting ketika proses memotong dilakukan kerana proses

ini berkaitan dengan proses cantuman,ketepatan dan kekemasan hasil kerja.

6

Page 7: PROTOTAIP.docx

RAJAH: PROSES MEMOTONG

3.3 PROSES MEMBENTUK DAN MEMBUAT CANTUMAN

Kerja-kerja membuat tanggam, mengglu,memaku,memasang skru, merivet dan

merekat.

3.3.1 Membuat tanggam

Membuat cantuman untuk menghasilkan struktur produk. Tanggam temu,

tanggam parit terus, tanggam lekap, tanggam berpenetap, tanggam rencong.

3.3.2 Mengglu

Mencantumkan bhg projek spt kayu, MDF, perspek dan mounting board

Glu panas, glu sentuh

3.3.3 Memaku

Paku kepala rata dan paku panel

Memaku serong memberikan cengkaman yang lebih kuat.

RAJAH: Memaku Serong.

7

Page 8: PROTOTAIP.docx

3.3.4 Memasang skru

Skru benam sendiri untuk mencantumkan logam seperti keluli lembut dan

aluminium.Cordless screwdriver.

3.3.5 Merivet

Mencantumkan bahan berasaskan kepingan logam dan keluli lembut.Rivet

digunakan bersama riveter.

3.3.6 Merekat

Mencantumkan bahan projek berasaskan papan lapis. MDF dan mounting

board pada rangka atau pemidang projek.Menggunakan stapler

3.3.7 Memasang

Bahan pemasangan seperti Seperti engsel, breket dan penyangkut

i. Engsel :

Memasang bahagian pintu atau penutup projek.Guna rivet dan skru benam

sendiri .

8

Page 9: PROTOTAIP.docx

ii. Breket :

Memasang tetingkat atau para pada bahagian projek untuk menguatkan

sambungan pada pepenjuru projek

iii. Penyangkut

Penyangkut dipasang bertujuan untuk menggantung projek pada dinding .

9

Page 10: PROTOTAIP.docx

3.3.8 Kekemasan Projek

Proses terakhir dalam penghasilan sesuatu projek

Projek menjadi:

Cantik

Selamat digunakan

Lebih tahan lama Mudah dibersihkan

BAHAN-BAHAN KEMASAN

CAT LICAU

Cat licau akan menghasilkan permukaan yang licin dan berkilat serta kalis air.

Sesuai digunakan sebagai kemasan luaran yang terdedah kepada hujan dan

panas.

CAT SEMBUR

Boleh didapati dalam pelbagai warna. Mudah digunakan dan cepat kering.

SYELEK

Syelek digunakan untuk melindungi dan mencantikkan projek. Syelek yang biasa

digunakan ialah syelek jingga

VARNIS

Varnis jernih adalah yang paling biasa digunakan. Varnis dapat memberi

Kemasan yang berkilat.Kalis air dan haba.

PELEKAT(STIKER)

Pelekat juga boleh digunakan sebagai bahan kemasan projek. Jika pelekat tidak

disertakan dengan glu pelekat, glu sentuh atau glu PVA perlu disapukan pada

kedua-kedua permukaan kayu dan pelekat.

10