protokol dan etiket sosial 2013.doc

9
Protokol dan Etiket Sosial : Bahagian 1 | Written by Amer Azlan | Komen Anda 1. Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri kursus Kepimpinan Pensyarah Muda IPTA bertempat di INTURA Sungai Petani anjuran KPT dengan kerjasama AKEPT. Ternyata,a genda yang dicanangkan tidak membosankan, malahan memberi 1001 pengetahuan baru kepada kami pensyarah muda yang masih cetek ilmunya ini. 2. Salah satu topik yang menarik minat saya adalah berkenaan dengan protokol dan etiket sosial, di mana saya pasti ramai daripada kita di luar sana masih lemah dalam mempelajari selok belok serta tatacara berprotokol dengan betul. Secara ringkas ianya dianggap sebagai PERATURAN sertaTATACARA bagi sesuatu majlis rasmi. Apa pula yang dimaksudkan dengan Etiket? Ianya adalah satu PERATURAN TINGKAHLAKU atau SOPAN SANTUN samaada dalam kehidupan seharian, dalam hubungan antara satu sama lain, atau ketika berada di dalam majlis rasmi/bukan rasmi. 3. Satu benda baru yang saya pelajari, protokol ini mempunyai 2 prinsip utama. Yang pertama, VIP kebiasaannya akan selalu lewat sampai, dan mereka lah yang akan paling awal meninggalkan majlis. Kedua, susun atur kedudukan mereka ini adalah mengikut seniority, bermaksud mengikut pangkat seseorang VIP itu. Perkara ini boleh di lihat di mana-mana majlis rasmi di seluruh negara. Apakah yang dimaksudkan dengan majlis rasmi? Ianya bermaksud majlis yang menggunakan wang kerajaan. Sebagai contoh, majlis-majlis rasmi kerajaan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang, Anugerah Tokoh Maal Hijrah, Majlis Konvokesyen dan sebagainya.

Upload: ping-lik-ling

Post on 03-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

MEMO DALAMAN

Protokol dan Etiket Sosial : Bahagian 1

| Written by Amer Azlan |Komen Anda1. Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri kursus Kepimpinan Pensyarah Muda IPTA bertempat di INTURA Sungai Petani anjuran KPT dengan kerjasama AKEPT. Ternyata,a genda yang dicanangkan tidak membosankan, malahan memberi 1001 pengetahuan baru kepada kami pensyarah muda yang masih cetek ilmunya ini.

2. Salah satu topik yang menarik minat saya adalah berkenaan dengan protokol dan etiket sosial, di mana saya pasti ramai daripada kita di luar sana masih lemah dalam mempelajari selok belok serta tatacara berprotokol dengan betul. Secara ringkas ianya dianggap sebagaiPERATURANsertaTATACARAbagi sesuatu majlis rasmi. Apa pula yang dimaksudkan dengan Etiket? Ianya adalah satuPERATURAN TINGKAHLAKUatauSOPAN SANTUNsamaada dalam kehidupan seharian, dalam hubungan antara satu sama lain, atau ketika berada di dalam majlis rasmi/bukan rasmi.

3. Satu benda baru yang saya pelajari, protokol ini mempunyai 2 prinsip utama. Yang pertama, VIP kebiasaannya akan selalu lewat sampai, dan mereka lah yang akan paling awal meninggalkan majlis. Kedua, susun atur kedudukan mereka ini adalah mengikutseniority,bermaksud mengikut pangkat seseorang VIP itu.Perkara ini boleh di lihat di mana-mana majlis rasmi di seluruh negara. Apakah yang dimaksudkan dengan majlis rasmi? Ianya bermaksud majlis yang menggunakan wang kerajaan. Sebagai contoh, majlis-majlis rasmi kerajaan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang, Anugerah Tokoh Maal Hijrah, Majlis Konvokesyen dan sebagainya. Yang menentukan tinggi rendahnya sesebuah protokol itu ialah melaluiformalitynya. Ianya bermaksud protokol tersebut mestilah mempunyai VIP, Aturcara, serta beberapa protokol tertentu seperti tempat duduk, karpet merah dan sebagainya. ELEMEN BERPAKAIAN1. Ketika menghadiri sesuatu majlis rasmi, sebolehnya elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna sepertiOren, merah,sertahijauterutamanya di siang hari (bagi lelaki). Ini kerana pakaian tersebut tidak dianggap sesuai ketika berada di majlis rasmi atas sebab faktor warna baju tersebut yang dianggap terlalu cerah. Bagi aksesori pula, seeloknya memakai sebanyak 3 jenis aksesori (lelaki) serta 4 jenis aksesori (wanita).2. Bagi lelaki, aksesori yang perlu ada termasuklahcincin(pakai di jari tangan kanan),jam tangan(pakai di tangan kiri) sertapen(diletakkan di dalam poket blazer anda). Pen tersebut sebolehnya yang berjenama, yang boleh menampakkan ketrampilan diri anda ketika berjumpa dengan pelbagai jenis VIP ketika di dalam majlis rasmi. Anda tentu tidak mahu menggunakan pen berjenama sekolah, atau yang murah harganya ketika mencatitkan sesuatu di hadapan mereka! Bagi wanita pula, seeloknya memakaicincin dijari tangan kiri(bagi yang sudah berkahwin),jam tangan(belah kiri),gelang tangan, sertabrudgetudung(maksimum 2 sahaja). Ini dianggap aksesori paling sesuai yang perlu anda pakai ketika menghadiri majlis rasmi. Bagi penggunaan beg tangan pula, penggunaanya adalah berbeza bergantung kepada situasi samaada anda menggunakannya untuk kegunaan harian, atau majlis rasmi.3. Mengikut adab serta etiket yang sebetulnya, penggunaanbeg tangan (khususnya wanita) haruslah mengikut kesesuaian majlis. Jika anda menghadiri majlis rasmi seperti seminar, kursus, dan jamuan di siang hari, seeloknya memakai begtangan yang bertali panjang, berukuran 12-15 inci dan bersaiz sederhana atau kecil. Ini dapat memudahkan anda untuk meletakkan beg tersebut di tempat duduk anda kerana saiznya yang tidak terlalu besar serta mudah dibawa kerana talinya yang agak panjang. Manakala bagi majlis rasmi terutamanya ketika menghadiri jamuan makan malam, saiz beg tangan yang seeloknya ialah bersaiz 8-10 inci, lebih kecil dan pendek berbanding ketika menghadiri majlis rasmi di siang hari.

INCLUDEPICTURE "http://www.myhazman.com/sites/default/files/images/Hb%202.jpg" \* MERGEFORMATINET

Contoh Handbag Holder(Sumber etiketprotokol.blogspot)

4. Persoalannya di sini, di manakah tempat yang sesuai untuk anda meletakkan beg tangan tersebut? Salah satu caranya ialah dengan meletakkan beg tersebut di sebelah kanan meja anda (bagi majlis rasmi siang hari) atau di belakang tempat duduk anda. Jangan sesekali meletakkan beg tersebut di atas meja anda kerana ianya akan mencacatkan pemandangan serta memberi imej yang buruk kepada anda! Cara yang lain pula ialah dengan menggunakan handbag holder, iaitu sejenis cangkuk yang direka khas untuk menggantung beg tangan anda ketika menghadiri majlis rasmi. Ini serba sedikit dapat menyembunyikan beg tangan anda dan ianya selamat kerana anda boleh meletakkan nya bersebelahan dengan tempat duduk anda.

PRINSIP PENGENALAN DIRI1. Salah satu tujuan kita menghadiri majlis rasmi adalah untuk menambahnetworking,atau rakan kenalan. Sebagai contoh, kita tentunya mempunyai ramai kenalan baru apabila menghadiri seminar atau kursus dari pelbagai jenis agensi. Di dalam prinsip pengenalan diri juga, terdapat beberapa etiket serta protokol yang perlu diketahui agar ianya tidak merosakkan majlis serta memalukan diri sendiri. Individu yang kurang kuasanya, haruslah diperkenalkan kepada orang yang lebih berkuasa. Sebagai contoh, seorang guru besar diperkenalkan kepada Pengarah Kementerian Pelajaran. Bukannya Pengarah ini yang memperkenalkan dirinya kepada guru besar tersebut! Dan seeloknya apabila sudah diperkenalkan, seeloknya individu yang lebih berkuasa ini menghulurkan tangan untuk bersalam terlebih dahulu.2. Bercakap mengenai salam, terdpat beberapa jenis salam yang mungkin kita terlepas pandang penggunaanya ketika berada di majlis rasmi. Antaranya:

Salam bersentuhan bahu bermaksud berjumpa rakan lamaSalamTouch N Go tidak berapa hendak salamSalam cepat tarik bermaksud tergesa-gesaSalam berpeluh bermaksud gugup/kurang bersediaSalam yang erat (peluk bahu 3 kali) dan mesra Salam yang sebaik-baiknya.3. Menjadi lumrah apabila menghadiri majlis rasmi, kita memang akan sentiasaberbualdengan sesiapa sahaja. Namun, harus diingat bahawa setiap jenis perbualan haruslah mengambil kirasensivitipelbagai pihak, terutamanya individu yang baru dikenali. Ianya seharusnyatidak mengaibkan orang lain,dengan menabur fitnah atau mencaci cerca orang lain. tempoh masa antara2-5 minitadalah tempoh yang dianggap sesuai untuk berbual tentang sesuatu topik.

Banyak lagi wadah yang ingin saya ceritakan kepada anda mengenai protokol dan etiket sosial ini, yang pada pendapat saya banyak membantu kita ketika tentang adab dan tatacara yang sebetulnya ketika menghadiri pelbagai majlis rasmi. Pada bahagian kedua siri ini nanti, saya akan menyambung topik yang dianggap penting terutamanya kepada pengacara majlis, iaitu tentang peranan mereka ketika mengemudi sesebuah majlis, serta imej diri yang perlu ada pada anda ketika berada di dalam majlis rasmi. Sekian, dan salam protokol!

AMER AZLANProtokol dan Etiket Sosial : Bahagian 2 (Peranan Pengacara Majlis)

| Written by Amer Azlan |Komen AndaSeorang pengacara majlis , atau MC(master of ceremony)memainkan peranan yang sangat penting dalam mengemudi sesuatu majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Kenapa? Kerana sesebuah majlis rasmi tidak boleh bermula selagi pengacara majlisbelum bersedia.Merekalah orangnya yang akanmembuat pengumuman, sertamemberi arahan/panduankepada tetamu yang mengambil bahagian dalam majlis tersebut.

Bukan senang untuk menjadi seorang pengacara majlis. Ianya memerlukan daya kreativiti, serta kebolehan kita untuk bertutur dengan lancar dan berkesan. Datuk Mahathir Lokman adalah antara figura yang bukan asing lagi dalam bidang pengacaraan di Malaysia. Kepetahan dalam mengacarakan majlis-majlis rasmi serta kebijaksanaannya dalam mengendalikan pelbagai majlis lain termasuk majlis-majlis hiburan dan perkahwinan membuktikan pengacara ini begitu versatil. Pengalaman mengacarakan beberapa majlis rasmi juga mematangkan dirinya dalam mengemudi sesuatu majlis. Tambahan pula dengan kebolehannya menguasai beberapa bahasa asing seperti Perancis, Portugal, Sepanyol, Itali dan Inggeris, cukup membuktikan dirinya bergelar seorang pengacara majlis serba boleh.

Justeru, antara kriteria serta kualiti yang perlu ada pada seseorang pengacara majlis termasuklah:

1. Bijak. Ya, seseorang pengacara majlis perlulah bijak dalam mengenali sesuatu majlis samada ianya berbentuk formal, tidak formal atau pun mengikut adat istiadat. Mereka perlu menyelidik siapa tetamu yang akan datang (mengenali audiens), untuk memastikan bahasa yang akan digunakan adalah betul. Jika tetamu itu adalah tetamu diraja, maka peru menggunakan bahasa istana, atau bahasa formal jika majlis itu melibatkan kehadiran Menteri kabinet, Perdana Menteri dan sebagainya.

2. Berpengetahuan dalam sesebuah majlis yang dikendalikan. Sebagai contoh, jika mengendalikan sebuah majlis menandatangani perjanjian (MoU) Biodiesel, maka anda perlulah mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang Biodiesel atau yang berkaitan dengannya, bukan setakat faham dan tangkap muat sahaja.

3. Memahami konsep berduet. Ini bagi pengacara majlis berpasangan lelaki dan perempuan. Bagi lelaki, mereka lah yang akan membuka serta menutup majlis. Peranan pengacara perempuan adalah untuk menyerikan lagi seri majlis tersebut dan mencelah setiap kali pengacara lelaki mengacarakan majlis tersebut. Kedudukan MC perempuan pula adalah disebelah kiri MC lelaki, dan lelaki tersebut haruslah mempunyai ketinggian yang lebih dari MC perempuan.

4. Mempunyai persediaan dari segi mental, fizikal serta skrip yang lengkap. Datuk Mahathir Lokman pernah menyatakan bahawa seseorang pengacara tidak boleh datang mengacara majlis dengan mood tidak baik dan monyok. Terlebih ceria juga tidak digalakkan sama sekali. Sekiranya perlu menjadi pengacara majlis yang dihadiri oleh golongan VVIP, lenggok bahasa yang digunakan mestilah betul. Pengacara juga perlu mempunyai suara/intonasi yang lunak dan sedap didengar dimana ianya merupakan antara kriteria yang penting selain personaliti dan kebolehan. Begitu juga dengan sebutan, di mana ianya haruslah tidak pelat, tidak bersifat kedaerahan, atau sengau.

5. Mesti banyak bersabar. Kadang-kadang berlaku beberapa perkara di luar jangkaan yang mungkin boleh mencacatkan proses pengacaraan sesebuah majlis. sebagai contoh, kita mungkin sudah siapkan skrip, tetapi atas beberapa masalah teknikal oleh pihak sekretariat, yang memerlukan skrip tersebut untuk diubah pada saat-saat akhir. Justeru, dalam menghadapi saat genting seperti ini, pengacara majlis perlu sentiasa sabar agar majlis dapat berjalan seperti yang telah dirancang sebelumnya.

6. Berpengetahuan tentang Etiket dan Protokol. Seseorang pengacara majlis haruslah faham tentang segala jenis tatacara imej, adab serta peraturan berprotokol seperti susunan hormat, susunan tempat duduk, cara berdiri dengan betul, cara berdiri didepan rostrum, cara berpakaian, cara berbahasa, dan sebagainya.

7. Tidak terlalu gemuruh. Menjadi lumrah semua orang untuk mempunyai perasaan gemuruh dan ianya terbentuk secara semulajadi. Namun, ianya haruslah dikawal serta tidak menampakkan gemuruhnya anda ketika sedang mengacarakan sesuatu majlis. jika anda terlalu gemuruh, kemungkinan akan membuatkan anda gagap, dan tidak mampu untuk bercakap dengan betul. Adalah penting untuk mengawal gemuruh anda kerana sekiranya anda gagap, ianya akan membuatkan orang lain berasa gelisah terhadap anda, serta keseluruhan majlis tersebut.

Diharapkan dengan kriteria ini dapat serba sedikit membantu anda untuk menjadi seorang pengacara majlis yang berkaliber serta bertaraf dunia, seperti Datuk Mahadzir Lokman.

Sekian dan Salam Protokol!

AMER AZLAN