prosiding.docx

Upload: ainizakiah76

Post on 07-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN KARANGAN NARATIF BERPANDUKAN GAMBAR BERSIRI DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA

Oleh:AINI ZAKIAH BINTI ZAKARIADiselia oleh: Dr. Mohd Yazid bin Kasim

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka

ABSTRAKKajian ini adalah disasarkan kepada lima orang murid Tahun Lima Bestari bagi meningkatkan prestasi mereka dalam penulisan Bahasa Melayu menggunakan gambar bersiri. Tinjauan awal mendapati, subjek kajian ini tidak dapat menulis karangan naratif dengan baik. Perkara ini menyebabkan subjek sukar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk melatih murid-murid mengenalpasti isi-isi penting dan menghuraikan dengan betul. Kaedah mengumpul data dalam kajian ini melalui ujian sebelum intervensi, selepas intervensi dan ujian akhir. Hasil kajian ini mendapati bahawa ada peningkatan pencapaian murid-murid dari segi markah mereka. Selain itu kajian ini juga menunjukkan ada perubahan yang positif dalam amalan pengajaran bagi seorang guru yang mengajar mata pelajaran ini berbanding sebelumnya. Diharapkan kaedah yang digunakan ini dapat memberi motivasi kepada murid-murid untuk meminati bidang penulisan naratif Bahasa Melayu seterusnya melahirkan insan yang berilmu.

ABSTRACTThis research is focusing on five pupils in Year 5 Bestari to ensure their performance in Bahasa Melayu paper writing based on series of pictures techniques. In the beginning, the respondent could not able to write good narrative composition. This matter shows that they werent able to achieve good result in UPSR examination. In the meantime of implementing the research, respondent able to identify the important points or facts and elaborate them correctly. The survey of this findings in data collection method in this research through before and after intervention and final test. Final research shows the respondent marks are increasing successfully. Moreover, teachers way of teaching are improving too. Therefore, this research is expressly for persuade the respondent motivation in order to love Bahasa Melayu narrative paper writing. At the end of the day, the respondent will be a knowledgeable person.

PengenalanDokumen Standart Kurikulum dan Prestasi bahasa Melayu menyatakan lima perkara yang perlu dikuasai oleh murid dalam Bahasa Melayu iaitu mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menaakul. Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang penting. Hal ini kerana sebahagian bentuk ujian yang dijalankan adalah dalam bentuk penulisan. Dalam Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, kertas Bahasa Melayu dibahagikan kepada dua iaitu Kertas Pemahaman dan Kertas Penulisan. Kedua-dua kertas ini menyumbangkan gred dalam peperiksaan. Ini bermakna murid-murid perlu menguasai kemahiran menulis untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Menurut Isahak Haron (1979) kemahiran menulis bukan sahaja penting untuk mendapat markah yang baik, malah kemahiran ini menjadi sebahagian besar pendidikan formal memerlukan kerja-kerja mengarang dan menulis sebagai kaedah maklumat, idea perasaan dan pendapat.Kemahiran menulis karangan memberi peluang kepada murid menyampaikan buah fikiran mereka dengan berkesan kepada pembaca (Liew Siew Lin, 2003 dalam Yahya Othman 2005). Sekiranya kemahiran menulis tidak dikuasai sebaik-baiknya, tidak mustahil bahawa walaupun perkembangan teknologi maklumat bergerak dengan pantas, namun kita akan tertinggal tanpa keupayaan menulis yang tinggi, kemahiran dan kepakaran seseorang akan tenggelam kerana tidak dapat disebarkan, dibuktikan dan dikaji (Maharom Mamat, 2000).

Menulis merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan walaupun dewasa ini terdapat pelbagai kemajuan dalam bidang teknologi komunikasi. Melalui penulisan, sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan tepat, cepat, jelas dan berkesan jika dibandingkan dengan penyampaian secara lisan. Berdasarkan Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama yang disemak pada tahun 2002 dan dilaksanakan pada tahun 2003, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang harus ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran menulis adalah kemahiran yang paling tinggi dan kompleks dalam senarai kemahiran berbahasa dan hanya boleh dikuasai oleh pelajar setelah mereka menguasai kemahiran mendengar, bertutur, dan membaca. Loban (1964) juga berpendapat bahawa kemahiran bahasa terbahagi kepada empat iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan yang paling tinggi ialah kemahiran menulis.

Pengajaran kemahiran menulis terbahagi kepada dua iaitu Tahap 1 (Tahun 1 hingga Tahun 3) tertumpu kepada kemahiran menulis asas iaitu mengenal dan menulis abjad, mencantum abjad menjadi kata, frasa dan ayat manakala Tahap 2 (Tahun 4 hingga Tahun 6) menekankan kemahiran menulis seperti melahirkan idea dan perasaan bagi memenuhi fungsi komunikasi. Pengajaran penulisan karangan perlu dipelajari dan dilatih kerana kemahiran ini penting dimiliki oleh setiap murid. Menurut Prof. Dr. Koh Boon (1983), penulisan karangan adalah hasil kerja mengarang, satu proses melahirkan satu idea atau satu rangkaian idea dalam bentuk penulisan secara tersusun. Kamaruddin Haji Husin (1986) pula menyatakan bahawa karangan bukanlah hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata, frasa dan ayat sahaja, tetapi merupakan kemahiran menyambung idea, fakta dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran manusia melalui alat komunikasi yang dinamakan bahasa.

Apabila kanak-kanak menulis, mereka bukanlah penerima bahasa yang pasif tetapi berperanan sebagai interaktor aktif yang saling bertindak dengan bahasa yang digunakan (Allen 1991). Penguasaan dalam kemahiran menulis melibatkan gabungan aspek psikologi dan kognitif kerana pelajar perlu berkemampuan untuk memilih pola dan struktur ayat yang paling berkesan serta menyusun ayat-ayat tersebut dalam satu contoh bagi menyampaikan maksud yang terkandung dalam fikiran mereka.

Sebahagian besar daripada pendidikan formal memerlukan kerja-kerja menulis dan mengarang sebagai kaedah untuk menyampaikan maklumat, idea, peranan, dan pendapat. Ishak Harun (1979) bersependapat dengan penyataan ini kerana kebanyakan jawapan dalam ujian dan peperiksaan rasmi memerlukan pengucapan idea, pendapat, fakta dan lain-lain yang disampaikan melalui kemahiran bahasa tulisan yang sifat bahasanya adalah formal. Oleh sebab itu, menjadi satu tanggungjawab kepada guru bahasa untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran berbahasa yang mantap.

Bagi membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan, pelbagai usaha telah dilakukan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran menulis ini. Antaranya, penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan.

Penggunaan ABM secara terancang dapat mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Selain itu, ABM berfungsi untuk membantu guru-guru dalam menerangkan sesuatu perkara dan konsep isi kandungan pembelajaran dengan lebih tepat berbanding penerangan secara lisan. ABM dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran penulisan di samping meningkatkan kemahiran belajar, merangsang proses pembelajaran dan menarik minat pelajar untuk belajar.

Karangan merupakan satu jenis gerak kerja penting dalam aspek penulisan. Ia dimasukkan ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada di peringkat sekolah rendah atau peringkat sekolah menengah. Penulisan karangan melibatkan ketepatan memberikan takrifan tajuk, persembahan isi atau buah fikiran.

Objektif KajianObjektif kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan gambar bersiri sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam meningkatkan penulisan karangan naratif.

Metodologi

Kumpulan SasaranKajian ini dijalankan di SK Ramuan China Kechil, Melaka yang merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar. Sekolah ini dipilih kerana muridnya terdiri daripada pelajar Melayu dan mempunyai taraf ekonomi yang sederhana dan rendah. Sampel kajian adalah seramai 5 orang murid dari Tahun 5 Bestari. Murid-murid ini terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Rata-rata responden ini berada dalam kumpulan lemah. Kesemua murid ini berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kebanyakan daripada mereka berasal dari kampung dan Rancangan Felcra. Ibu bapa mereka bekerja sebagai pekerja kampung, peneroka, peniaga, pengawal keselamatan dan pekebun.

Kanak-kanak ini menduduki kelas Bahasa Melayu lima kali hari seminggu. Waktu yang diperuntukkan ialah sepuluh waktu. Manakala, mereka akan menghadiri Sekolah Agama JAIM pada setiappetang hari Rabu hinga Jumaat. Selepas itu mereka akan menghadiri kelas mengaji Al-Quran. Berdasarkan rekod kehadiran mereka ke sekolah dari bulan Januari hingga Ogos agak baik. Pengkaji dapati mereka ini berada dalam kumpulan yang berprestasi sederhana dan bukanlah dari kalangan murid yang mempunyai masalah disiplin. Ini membuktikan bahawa mereka berpotensi dan boleh dibentuk sekiranya digilap dengan cara yang betul.

Pelaksanaan KajianPengkaji perlu mengemukan tindakan atau metodologi yang khusus bagi memastikan pengkajian yang dilakukan lebih tersusun. Penetapan reka bentuk ini penting supaya kajian yang dijalankan dapat menghasilkan dapatan yang jelas di samping mencapai objektif yang ditetapkan.

Perancangan kajian tindakan yang pengkaji jalankan ini adalah berpandu model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) seperti gambar rajah yang ditunjukkan di bawah. Kajian tindakan yang dijalankan berasaskan Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) merangkumi lima peringkat iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang tindakan, membuat tindakan, melihat kesan tindakan seterusnya membuat refleksi.PerancanganPemerhatianTindakanRefleksiLingkarann

Rajah 5.1: Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)Prosedur Tindakan

Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tindakan yang cuba untuk mencari penyelesaian masalah penulisan karangan di kalangan pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah Persampelan Rawak Mudah (PRM) iaitu proses pemilihan sampel melibatkan semua individu dalam populasi dan melibatkan lima orang pelajar sebagai sampel kajian. Persampelan Rawak Mudah (PRM) ini dipilih kerana saya hanya mempunyai satu kelas dan tidak mempunyai banyak pilihan. Kajian yang dijalankan adalah dengan menggunakan pelajar sendiri.

Sebelum melaksanakan tindakan, pengkaji telah merancang prosedur yang sesuai supaya objektif ini dapat dicapai sepenuhnya. Perkara utama yang dilakukan ialah dengan melaksanakan ujian sebelum intervensi terhadap pelajar untuk melihat tahap pencapaian penulisan mereka. Hasil daripada keputusan tersebut, saya dapati terdapat lima orang pelajar yang tidak dapat menulis karangan dengan baik. Oleh itu, saya mula menjalankan tindakan dengan menggunakan gambar bersiri untuk membantu mereka dalam bidang penulisan ini.

Selepas beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya sekali lagi menguji kesan pencapaian penulisan karangan menggunakan gambar bersiri sebagai BBM. Akhirnya, saya dapat menganalisis data yang diperoleh secara kuantitatif deskriptif untuk tahap penguasaan penulisan karangan melalui prestasi markah karangan pelajar setelah menggunakan gambar bersiri sebagai BBM dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan naratif. Perbandingan peratus antara Ujian Sebelum dan Ujian Selepas boleh dijadikan ukuran dalam memperlihatkan keberkesanan kaedah ini. Selain itu, pengkaji juga menggunakan borang soal selidik bagi melihat pandangan pelajar terhadap penggunaan gambar bersiri sebagai BBM dalam penulisan karangan naratif

Selain itu, pengkaji juga akan melihat responden dari segi pandangan mereka sepanjang kajian dijalankan. Mereka juga dikehendaki menjawab borang soal selidik pada akhir kajian.Kajian tindakan yang dijalankan tidak mengambil masa yang lama kerana pengkaji memfokuskan kajian dalam kemahiran yang lebih spesifik. Melalui kajian ini , pengkaji berharap keberkesanan teknik yang akan dijalankan dapat membantu dan memberikan lebih impak kepada pencapaian murid.

Pelaksanaan KajianData yang dikumpulkan daripada keputusan ujian sebelum dan ujian selepas intervensi akan dianalisis. Saya akan meneliti hasil ujian menggunakan peratus dan gred. Kebolehan murid akan dilihat berdasarkan skor markah yang diperolehi dalam penulisan karangan ini. Gred A (cemerlang dengan markah 25 hingga 30 markah), gred B (baik dengan markah 19 hingga 24) , gred C (sederhana dengan markah 13 hingga 18), gred G (lemah 7 hingga 12) dan gred D (gagal dengan markah 0 hingga 6)

Jadual 5.3: Skor PemarkahanGredMarkahPrestasi

A25 30Cemerlang

B19 24 Baik

C13 18Sederhana

D7 12Lemah

E0 6Gagal

Cara Mengumpul Data

UjianProsedur pengumpulan data berdasarkan ujian dalam kelas iaitu ujian pra dan ujian pos. Ujian Pra diberikan kepada pelajar dengan tajuk karangan yang sama dalam masa 50 minit. Selepas menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan naratif menggunakan gambar bersiri, Ujian Pos akan diberikan kepada pelajar semasa yang sama untuk melihat penggunaan gambar bersiri dalam meningkatkan prestasi penulisan karangan naratif. Akhirnya, selepas mengumpul data Ujian Pra dan Ujian Pos, pengkaji akan melakukan analisis data berbentuk kuantitatif iaitu memilih analisis statistik termasuklah menggunakan peratus dan gred untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian.

Soal SelidikBagi melihat pandangan pelajar terhadap penggunaan gambar bersiri dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan naratif, pengkaji telah menyediakan soal selidik sebanyak 7 soalan. Borang diberi dan pelajar dikehendaki memberi jawapan Ya atau Tidak. Pemilihan kaedah ini amat sesuai dengan umur dan tahap pemikiran murid-murid yang menjadi sasaran kajian. Menurut Mohd Majib (2004), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan untuk mendapat maklumat berkaitan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Menurut Mohd Najib (1999) lagi, soal selidik yang sempurna dapat mengukur dan menumpul data dan meningkat kejayaan penyelidikan. Oleh itu, pengkaji melihat soal selidik sesuai untuk mendapatkan maklumat daripada murid.

Dapatan kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pengunaan gambar bersiri dalam penulisan karangan naratif dapat meningkatkan prestasi pencapaian murid tahun lima. Analisis data ini adalah untuk menjawab persoalan kajian seperti yang berikut:1) Adakah penggunaan gambar bersiri dapat meningkatkan kemahiran menulis karangan naratif dalam kalangan murid tahun lima?2) Adakah wujud perbezaan antara skor pencapaian ujian sebelum dan ujian selepas intervensi?Data-data yang dikutip dianalisis dengan mengumpul keputusan ujian sebelum dan ujian selepas intervensi, pemerhatian melalui borang soal selidik.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan data kuantitatif bagi menganalisis keputusan pencapaian subjek kajian menggunakan peratus. Keberkesanan dan pencapaian objektif kajian dikaji melalui perbandingan skor daripada ujian sebelum dan ujian selepas intervensi yang telah dijalankan dalam tempoh kajian ini dilaksanakan. Soal SelidikJadual 1: Analisis Pandangan Pelajar Terhadap Penggunaan Gambar Bersiri dalam Peningkatan Prestasi Penulisan Karangan Naratif.BilPernyataanYaTidak

1Saya sangat meminati mata pelajaran Bahasa Melayu.5-

2Adakah kamu berminat melakukan aktiviti penulisan dalam Bahasa Melayu-5

3Saya meminati penulisan Bahasa Melayu jika diajar berpandukan gambar bersiri.5-

4Saya tahu untuk menulis karangan tetapi saya sukar untuk menghuraikan isi karangan32

5Gambar bersiri dapat membantu saya melahirkan idea secara tersusun5-

6Saya yakin dapat menulis karangan dengan cepat dan mudah41

7Saya dapat fahami tajuk yang diajar5

Berdasarkan kepada keputusan soal selidik, pengkaji mendapati semua sampel seramai 5 orang (100%) meminati mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi mereka tidak suka apabila aktiviti penulisan karangan dijalankan. Namun begitu 5 orang (100%) ini suka bila karangan diajar menggunakan gambar bersiri. Terdapat 3 orang (60%) yang tahu menulis karangan tetapi tidak dapat untuk menghuraikan dengan baik. Selebihnya 2 orang (40%) tidak tahu menulis karangan. Lima orang (100%) bersetuju bahawa penggunaan gambar bersiri dapat membantu mereka melahirkan idea secara tersusun. Mereka juga bersetuju bahawa mereka akan mudah memahami tajuk yang diajar. Terdapat 4 orang (80%) yang yakin dapat menulis karangan dengan cepat dan mudah. Hanya 1 orang (20%) yang tidak yakin dapat menulis dengan cepat dan mudah.

Ujian

Jadual 2 : Keputusan Skor Ujian Sebelum, Ujian intervensi dan Ujian Selepas.PERINGKATUJIANPRAUJIAN1UJIAN2UJIANPASCA

SUBJEK KAJIAN

A13/3015/3022/3025/30

B13/3017/3018/3020/30

C13/3019/3024/3026/30

D12/3015/3020/3024/30

E10/3018/3020/3023/30

Jadual 2 menunjukkan menunjukkan peningkatan skor sampel kajian dalam ujian sebelum intervensi, semasa intervensi dan ujian selepas intervensi yang diberikan. Secara umumnya, dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian skor kelima-lima sampel kajian. Kelima-lima sampel kajian memperoleh skor pada peringkat memuaskan sahaja dalam ujian sebelum, di mana masing-masing memperoleh markah di antara 10 hingga 13 markah daripada markah keseluruhan sebanyak 30 markah. Untuk menanda kertas ujian mereka , saya menggunakan panduan pemarkahan Bahasa Melayu Penulisan UPSR yang sebenar.

Namun begitu, skor kelima-lima sampel kajian dilihat semakin meningkat bermula daripada minggu pertama intervensi dijalankan sehinggalah menduduki ujian pasca. Subjek A menunjukkan pencapaian cemerlang iaitu bermula dengan 13 markah dalam ujian pra, kemudian meningkat 2 markah dalam latihan intervensi 1, 6 markah dalam latihan intervensi 2, seterusnya memperoleh 25/30 markah dalam ujian pos.

Subjek B juga menunjukkan peningkatan skor yang baik dalam menulis karangan. Bermula dengan 13/30 markah dalam ujian pra, meningkat menjadi 17 markah dalam latihan intervensi 1, 18 markah dalam latihan intervensi 2 dan 20 markah juga dalam ujian pasca.

Subjek C pula menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara daripada tahap memuaskan dalam ujian pra mencapai tahap cemerlang dalam ujian pasca. Bermula dengan 13 markah dalam ujian pra, kemudian meningkat menjadi 19 markah dalam latihan intervensi 1, seterusnya 24 markah dalam latihan intervensi 2, dan mencapai 26 markah dalam ujian pasca

Pencapaian markah subjek D pula turut menunjukkan peningkatan, iaitu bermula dengan 12/30 markah dalam ujian pra, 15 markah dalam latihan intervensi 1, 20 markah dalam latihan intervensi 2, seterusnya meningkat 1 markah dalam ujian pasca menjadi 24 markah.

Subjek E pula menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara daripada tahap memuaskan dalam ujian pra mencapai tahap baik dalam ujian pasca. Bermula dengan 10 markah dalam ujian pra, kemudian meningkat menjadi 18 markah dalam latihan intervensi 1, seterusnya 20 markah dalam latihan intervensi 2, dan mencapai 23 markah dalam ujian pasca

Secara keseluruhannya, kelima-lima sampel menunjukkan peningkatan markah daripada ujian pra sehingga ujian pasca setelah mendapat pendedahan menulis karangan berbantukan gambar bersiri. Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan gambar bersiri amat memberi kesan dalam membantu murid menulis karangan sekaligus menghuraikan isi dengan baik.

Dalam kajian ini, data-data akan dikumpul melalui dapatan daripada ujian yang dijalankan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Data-data akan dianalisis menggunakan kaedah analisis statistik termasuklah menggunakan peratus dan gred. Melalui data dan markah yang diperoleh, pengkaji akan sertakan jadual dan carta palang supaya mudah difahami. Selain itu, skala likert turut digunakan bagi menganalisis data soal selidik.

Bahagian ini menjelaskan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian iaitu reka bentuk kajian, populasi dan sampel, instrument kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data. Data yang dikumpulkan akan membantu saya menguji penggunaan gambar bersiri dalam meningkatkan prestasi penulisan karangan naratif bahasa Melayu Tahun 5. Penggunaan gambar bersiri diharapkan dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi yang membanggakan dalam penulisan karangan naratif dan karangan jenis lain juga. Selain itu, melalui penggunaan gambar bersiri, dapat membuka minda pelajar dan daya imaginasi pelajar untuk menulis karangan dengan lebih baik dan berkesan.

Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian PosJadual 3 : Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian PosJenis / UjianGredUjian Sebelum IntervensiUjian Selepas Intervensi

Kekerapan%Kekerapan%

A (25 - 30)--240

B (18 - 24)--360

C (13 - 18)360--

D (07 -12)240--

E ( 0 - 06)----

Berdasarkan Jadual 7.2.2, terdapat peningkatan pencapaian pelajar antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Dalam Ujian Pra tiga orang (60%) responden mendapat gred C manakala dua orang (40%) mendapat gred D. Dalam Ujian Pos pula terdapat peningkatan di mana bilangan responden yang mendapat gred B tiga orang (60%) manakala bilangan yang mendapat gred A seramai 2 orang (40%). Ini menunjukkan terdapat peningkatan baik ujian pos.

Secara kesimpulannya, saya merumuskan bahawa penggunaan gambar bersiri sebagai alat bantu mengajar (ABM) telah menunjukkan bahawa penggunaan gambar bersiri telah memberi kesan yang positif dalam membantu pelajar menulis karangan naratif dengan baik. Hal ini terbukti berdasarkan dapatan kajian yang telah dibentang sebelum ini.

DapatanPenyelidikan tindakan yang telah dijalankan memberi kesan yang positif terhadap murid-murid dalam penulisan isi karangan mereka. Melalui hasil dapatan yang diperoleh, penggunaan gambar bersiri dalam penulisan isi karangan ternyata dapat membantu murid dalam mengemukakan idea serta isi-isi penting berdasarkan tajuk. Mereka lebih mudah faham dan dapat membezakan isi untuk setiap perenggan.

Berdasarkan dapatan yang diperolehi, kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan gambar bersiri yang diperkenalkan kepada pelajar dalam penulisan karangan naratif, didapati bahawa pelajar berminat untuk menulis karangan dengan baik dengan mengikut urutan cerita pada gambar. Semasa proses kajian dijalankan, pengkaji telah menggunakan beberapa jenis gambar bersiri yang berlainan cerita dan diajar pada minggu berlainan dalam pengajaran bahasa Melayu penulisan bagi membantu dan membiasakan pelajar membina cerita menggunakan urutan gambar. Hasilnya, pengkaji berpuas hati dengan karangan yang ditulis. Mengajar murid untuk menulis karangan merupakan salah satu cabaran bagi diri pengkaji disebabkan bukan mudah untuk mengajar dalam bidang penulisan. Ini kerana bidang penulisan terlalu subjektif. Pemahaman murid yang tinggi dapat membantu memudahkan pengajaran. Murid perlukan bahan bantu yang membolehkan mereka mudah untuk faham menulis karangan. Untuk itu, penggunaan gambar bersiri ini, sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran karangan. Melalui kajian ini, banyak perkara yang dapat pengkaji pelajari sekaligus meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang ini Pembacaan yang luas adalah perlu untuk pengkaji menambahkan ilmu pengetahuan dan mengaplikasikan teknik dan kaedah yang berkesan untuk mengajar murid-murid.

Hasil kajian mendapati bahawa terdapat peningkatan prestasi dalam penulisan karangan pelajar berasaskan penggunaan gambar bersiri dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat implikasi yang diperoleh oleh guru iaitu guru-guru perlu menyedari bahawa pengajaran penulisan karangan bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan beberapa kaedah untuk membantu pelajar menguasai kemahiran menulis karangan dengan baik. Pengalaman melalui pelbagai deria penting bagi persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan kerana dengan cara itu pelajar dapat mengalami, menghayati, merasai dan berfikir. Oleh sebab itu pentingnya penggunaan pelbagai alat bantu mengajar bagi membantu pelajar menguasai kemahiran berbahasa terutama penulisan karangan.

Pengkaji berharap agar para pendidik prihatin terhadap masalah pembelajaran pelajar terutama dalam kemahiran menulis karangan dan berusaha untuk membantu mereka sehingga mereka menguasai kemahiran yang diajar. Tidak dapat dinafikan bahawa kaedah penggunaan alat bantu mengajar (ABM) terbukti dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu penulisan dengan lebih baik. Selain itu, wujud suasana yang menyeronokkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara keseluruhannya, penyelidikan tindakan ini merupakan salah satu daripada cara menambahbaik amalan pengajaran saya serta memberi peluang kepada saya untuk memperkembangkan profesionalisme saya sebagai guru yang berupaya menilai diri sendiri

Cadangan Kajian Seterusnya

Berdasarkan kepada rumusan dan perbincangan yang telah dibuat, berikut adalah cadangan pengkaji untuk meningkatkan prestasi murid dalam penulisan karangan naratif.

Penggunaan gambar bersiri dalam membuat rangka karangan adalah corak pembelajaran yang baik dan berkesan. Namun, murid perlu diberi pendedahan yang lebih luas terutama menggalakkan mereka membaca bahan bacaan yang pelbagai dan melihat contoh-contoh karangan yang telah dibuat dengan berkesan. Secara tidak langsung murid akan dapat gambaran yang lebih jelas berkaitan isi-isi yang boleh dikemukakan dalam peta pemikiran berkaitan tajuk yang diberi.

Oleh itu, guru mesti mempelbagaikan teknik dan keadah pengajaran di dalam kelas semasa pengajaran Bahasa Melayu penulisan agar pelajar tidak berasa bosan semasa belajar. Pelbagai kaedah pengajaran dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran yang diajar.

Penggunaan peta pemikiran i-Think merupakan salah satu cara untuk membantu murid mengambangkan idea dalam karangan. Terdapat lapan peta pemikiran yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untukmelahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatifsertamemupukkemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)dan mampu berdaya saing.Seterusnya, Guru haruslah membimbing pelajar semasa penulisan karangan terutama aspek tatabahasa iaitu penggunaan kata dan ayat yang sesuai berpandukan situasi dalam gambar bersiri tersebut. Penguasaan kosa kata yang banyak amat diperlukan. Perkara ini dapat diperolehi dengan membaca. Justeru itu, murid perlulah digalakkan supaya rajin membaca dan membuat rujukan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata.

Selain mengajar kemahiran penulisan karangan, guru perlu prihatin terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar semasa menulis karangan. Kesalahan tanda baca, ejaan, struktur ayat dan pemilihan kata murid perlu dibetulkan dan mereka perlu diberitahu tentang kesalahan tersebut agar mereka tidak mengulangi kesilapan dalam menulis karangan.

Di samping itu, ibu pada juga perlu memainkan peranan untuk membantu anak-anak dalam pelajaran. Pemantauan oleh ibu pada ini akan meningkatkan motivasi anak-anak untuk belajar. Ibu bapa juga perlu menyediakan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak mereka agar mereka dapat membaca dan mendapat pengalaman untuk digunakan semasa menulis karangan selain menambahkan pengetahuan. Pembacaan yang banyak membantu pelajar meningkatkan penguasaan berbahasa.

Kesimpulannya, murid-murid adalah ibarat kain putih yang bersih dan guru-guru merupakan seorang pelukis yang mencorakkan kain putih itu agar ianya dapat menghasilkan insan yang seimbang selaras dengan falsafah pendidikan yang berteraskan jasmani, rohani. emosi dan intelak. Mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari pelbagai pihak terutama guru-guru khasnya dan ibu bapa amnya agar sikap negatif dalam diri mereka dapat disingkirkan dan dapat bersama-sama rakan sealiran yang lain untuk menggapai impian dan beroleh kecemerlangan.

Rujukan

Norzainariah bt. Abu Hassan, (2004) .Kebolehgunaan kit pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar: satu tinjauan di KUITTHO.dimuat turun darihttp://eprints.uthm.edu.my/1227/1/24_Pages_from_KEBOLEHGUNAAN_KIT_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_BAGI_MENINGKATKAN_PRESTASI_PELAJAR_SAT.pdfAzriana Abdul Manan dan Yahida Yahya, (2011).Humor dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Dr. Koh Boh Boon(Jurnal Pendidikan Kementrian Pendidikan Malaysia, Jilid 36, Desember 1992) Guru Yang Berkualiti.Ibrahim, Zuhaida, (2002) .Kesan Penggunaan ABBM dalam Mata Pelajaran C213 Teknologi Binaan dan Bahan : Kajian Kes di Politeknik Kota Bharu. Dimuat turun dari http://eprints.uthm.edu.my/693/1/24_Pages_from_KESAN_PENGGUNAAN_ABBM_DALAM_MATA_PELAJARAN_C213_TEKNOLOGI_BINAAN_DAN_BAHAN_KAJIAN_KE.pdfIzani Hj. Daud,.(September 2012). Pelita Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Dewan Edisi Ketiga, (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaMohd Rastom bin Mohd Pauzi, (2011).Persepsi Pelajar Orang Asli Terhadap Penggunaan Alat bantu mengajar dalam Pengajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah, Johor.dimuat turun dari http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2011_10111_0c284b93529d4df0a6a4a4beb89c1453.pdfLai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan (Jurnal Penyelidikan IPBL, Jilid 8, 2008) SatuKajian Mengenai Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Pembelajaran Matematik di Sekolah Rendah.Marzita abu Bakar, Profesor Madya Dr. Sufian Hussin (Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jilid 12, Bil.02, Disember 2002) Pengurusan Strategik di Kalangan Pengurus-pengurus Sekolah Agama JAIS.Pusat Perkembangan Kurikulum, (2000). Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum: PPKRafiei bin Hj Mustapha, (1994). Penggunaan Pelbagai Media Pengajaran ke atas Prestasi Penulisan Karangan Pelajar Menengah Atas. Dimuat turun dari http://psasir.upm.edu.my/8901/1/FPP_1994_8_A.pdf

13