prosiding rabiah

12
TEKNIK SPONGULI DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DENGAN CARA MENGUMPUL SEMULA DAN MINAT DALAM KALANGAN MURID PENDIDIKAN KHAS BAGI SUBJEK MATEMATIK Rabiah Wong [[email protected]] Dr. Mior Ahmad Termizi Bin Mior Idris Abstrak Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan teknik ‘Sponguli’ dalam membantu meningkatkan kemahiran menambah dengan cara mengumpul semula dan minat dalam kalangan murid Tahun 3 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Kampar. Responden yang terpilih dalam kajian ini adalah terdiri daripada dua orang responden yang berada dalam Tahun 3 bagi kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Tinjauan awal yang dibuat oleh saya melalui kaedah pemerhatian telah menunjukkan bahawa murid-murid kurang mampu menguasai kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 50 dengan baik. Oleh itu, kedua-dua responden ini telah dilibatkan dalam kaedah ‘Sponguli’ yang telah dirancang. Kaedah ‘Sponguli’ merupakan sejenis bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran menguasai kemahiran menambah dengan cara mengumpul semula dengan mahir. Kaedah pemerhatian, analisis dokumen, Ujian 1 dan Ujian 2 digunakan sebagai cara pengumpulan data. Keputusan daripada penganalisisan data Ujian 1 dan Ujian 2 telah menunjukkan peningkatan prestasi Matematik murid-murid. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa teknik ‘Sponguli’ telah berjaya membantu murid-murid Pendidikan Khas untuk menguasai kemahiran operasi tambah dengan cara mengumpul semula dalam lingkungan 50 dengan betul di

Upload: rabiah-wong

Post on 12-Dec-2015

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: PROSIDING RABIAH

TEKNIK SPONGULI DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DENGAN CARA

MENGUMPUL SEMULA DAN MINAT DALAM KALANGAN MURID PENDIDIKAN KHAS BAGI SUBJEK

MATEMATIK

Rabiah Wong[[email protected]]

Dr. Mior Ahmad Termizi Bin Mior Idris

AbstrakPenyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan teknik ‘Sponguli’ dalam membantu meningkatkan kemahiran menambah dengan cara mengumpul semula dan minat dalam kalangan murid Tahun 3 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Kampar. Responden yang terpilih dalam kajian ini adalah terdiri daripada dua orang responden yang berada dalam Tahun 3 bagi kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Tinjauan awal yang dibuat oleh saya melalui kaedah pemerhatian telah menunjukkan bahawa murid-murid kurang mampu menguasai kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 50 dengan baik. Oleh itu, kedua-dua responden ini telah dilibatkan dalam kaedah ‘Sponguli’ yang telah dirancang. Kaedah ‘Sponguli’ merupakan sejenis bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran menguasai kemahiran menambah dengan cara mengumpul semula dengan mahir. Kaedah pemerhatian, analisis dokumen, Ujian 1 dan Ujian 2 digunakan sebagai cara pengumpulan data. Keputusan daripada penganalisisan data Ujian 1 dan Ujian 2 telah menunjukkan peningkatan prestasi Matematik murid-murid. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa teknik ‘Sponguli’ telah berjaya membantu murid-murid Pendidikan Khas untuk menguasai kemahiran operasi tambah dengan cara mengumpul semula dalam lingkungan 50 dengan betul di samping menggalakkan penglibatan mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik. Cadangan kajian seterusnya ialah melalui penambahan bilangan teknik ‘Sponguli’, murid-murid dapat menguasai kemahiran tambah dengan cara mengumpul semula dengan lebih mahir lagi.

Kata kunci: pendidikan khas, matematik, teknik Sponguli

PendahuluanPengenalan

Murid-murid dalam kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran turut tidak dikecualikan untuk mempelajari kemahiran 3M iaitu membaca, menulis, dan mengira. Kemahiran ini merupakan kemahiran-kemahiran yang harus dikuasai oleh murid-murid untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran

Page 2: PROSIDING RABIAH

dan pembelajaran di sekolah berlangsung. Setiap individu murid perlu menguasai kemahiran-kemahiran asas ini bagi membolehkan mereka mendapat kebaikan daripada setiap komponen dalam kurikulum pembelajaran di sekolah. Sekiranya kemahiran asas ini masih belum berkembang sepenuhnya dalam diri murid, satu bentuk tindakan khas perlu disediakan untuk membantu setiap murid yang mempunyai masalah ini.

Refleksi Pengajaran dan PembelajaranOperasi tambah dengan mengumpul semula ini adalah agak sukar

terutama bagi murid-murid Pendidikan Khas yang berada di tahun 3 yang baru belajar operasi tambah dengan mengumpul semula. Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas Anggerik. Apabila saya memberi soalan yang hanya melibatkan nombor dalam lingkungan 50, mereka dapat menambahnya dengan cara tanpa mengumpul semula sahaja. Sebahagian murid pula, mereka tidak dapat menulis kedudukan nombor yang melibatkan rumah puluh dan sa.

Sehubungan itu, saya telah melaksanakan beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 50. Penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk bahan konkrit sentiasa menjadi pilihan saya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan keberkesanan pembelajaran yang dilaksanakan. Menurut Piaget (1953), kanak-kanak di sekolah rendah memerlukan pengalaman konkrit semasa peringkat permulaan untuk membantu mereka mempelajari dan memahami konsep operasi asas Matematik dengan lebih mudah. Oleh itu, saya seringkali menggunakan bahan konkrit ketika menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 50 semasa proses pengajaran.

Refleksi Nilai PendidikanMatematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda seseorang pelajar

supaya dapat berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Matematik memerlukan pembuktian yang kukuh, penguasaan simbol yang efisien dan jitu, serta pertalian antara struktur-struktur Matematik yang berkaitan. Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan langkah-langkah penyelesaian yang tertentu. Oleh itu, penyelesaian masalah dapat menjana pemikiran pelajar yang bersistematik dan logik. Penggunaan bahan maujud merupakan salah satu cara terbaik bagi membantu murid dalam subjek matematik. Terdapat banyak contoh bahan maujud yang dapat kita gunakan untuk mengajar konsep tambah dengan cara mengumpul semula. Salah satu bahan yang saya maksudkan adalah menggunakan guli ataupun bola. Ini adalah kerana kanak-kanak suka bermain benda yang berbentuk bulat. Bahan maujud seperti ini telah pun dikomersialkan penggunaannya terutama untuk pemahaman konsep asas. Bahan ini memperjelaskan nilai nombor yang diwakili dan boleh mengurangkan kesalahan murid semasa menambah mahupun menolak. Murid tidak lagi keliru dengan nilai nombor. Malah, murid lebih yakin dalam menyelesaikan soalan

Page 3: PROSIDING RABIAH

tambah kerana bahan ini terbukti lebih jelas dan sistematik serta menggunakan bahan maujud yang ada di sekeliling murid.

Fokus KajianIsu Kajian

Setelah mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid, saya telah membuat keputusan untuk memilih masalah berkaitan dengan permasalahan murid-murid dalam operasi tambah dengan mengumpul semula. Saya berasa bahawa masalah ini sangat penting dan memerlukan cara, kaedah atau teknik yang sesuai bagi membantu murid-murid tersebut. Selain itu, saya juga merasakan bahawa murid-murid yang tidak menguasai penambahan akan menghadapi kesukaran dalam menguasai Matematik apabila berada pada peringkat yang lebih tinggi. Ini turut disokong oleh Orton dan Frobisher (2004) yang mengatakan bahawa kepentingan kemahiran ini sekiranya tidak dikuasi oleh para pelajar di peringkat sekolah rendah akan membantutkan penguasaan kemahiran-kemahiran Matematik di peringkat yang lebih tinggi.

Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian Serina Chong Wan Mei (2011) pula telah menjalankan kajian tindakan

untuk menilai sejauh mana kaedah “Lagu Penambahan” dapat membantu menyelesaikan masalah penambahan terutamanya yang melibatkan pengumpulan semula. Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada 8 orang murid Tahun 3 yang memperoleh markah terendah dalam mata pelajaran Matematik serta ujian diagnostik di bawah topik penambahan melibatkan pengumpulan semula. Data dikumpulkan melalui ujian pra, ujian pasca, pemeratian, soal selidik dan penulisan jurnal reflektif. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan markah yang ketara telah dicapai oleh semua murid sasaran dalam ujian pasca jika dibandingkan dengan ujian pra. Daripada pemerhatian dan soal selidik, murid sasaran menunjukkan minat untuk mempelajari topik penambahan dengan kaedah “Lagu Penambahan”. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah penggabungjalinan mata pelajaran Muzik dengan Matematik dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah penambahan terutamanya yang melibatkan pengumpulan semula.

Kaedah Pecah dan Gabung yang diperkenalkan oleh Mohd Hafiz Harith (2013) dijalankan dengan tujuan ingin meningkatkan kemahiran menambah dalam kalangan murid Tahun 1. Kaedah ini melibatkan tiga langkah penting dalam menyelesaikan operasi tambah dengan mengumpul semula iaitu pemecahan nombor bulat mengikut nilai rumah, menyusun kembali dalam bentuk lazim sebelum menyelesaikan operasi tambah yang dikehendaki dan menggabungkan kembali nombor bulat yang diperoleh di akhir untuk dijadikan jawapan akhir. Kajian ini melibatkan 6 orang murid sahaja sebagai responden. Data kajian diperoleh melalui pemerhatian terhadap responden sepanjang proses kajian dijalankan, temubual bersama guru dan murid serta rekod prestasi ujian pra dan pos. Kaedah ini telah berjaya meningkatkan prestasi murid dalam aktiviti menambah.

Page 4: PROSIDING RABIAH

Dalam pengajaran tentang topik penambahan, bahan-bahan konkrit seperti blok Dienes dan Base Ten Blocks boleh digunakan untuk membantu dalam menerangkan konsep pengumpulan semula yang kelihatan lebih abstrak. Hal ini juga disokong oleh Cruey (2008) yang menyatakan “Base Ten Blocks can make abstract ideas like place value and regrouping visible and tangible for your primary school students when the time comes to teach addition”. Penambahan yang melibatkan pengumpulan semula bukannya suatu kemahiran yang senang dikuasai oleh murid-murid kerana mereka tidak dapat menggambarkan konsep mengumpul semula secara mental. Operasi tambah yang melibatkan pengumpulan semula adalah sukar untuk murid-murid sekolah rendah ditunjukkan melalui penyataan Cruey (2008) seperti berikut :

“Addition is not the easiest idea for second and third graders to grasp. When you confine the process to problems like eight plus two or seven plus three, the relatively concrete idea of counting backwards works. But the larger the numbers, the greater the degree of abstraction involved. And eventually the child bumps into regrouping.”

Objektif Kajian/Soalan KajianOBJEKTIF UMUM1. Meningkatkan prestasi dan minat pelajar dalam menguasai operasi tambah dengan cara mengumpul semula dalam lingkungan 50 menggunakan teknik ‘Sponguli’.

OBJEKTIF KHUSUS1. Teknik ‘Sponguli’ dapat meningkatkan kemahiran menambah dua digit dengan satu digit pelajar dalam operasi tambah dengan cara mengumpul semula.2. Teknik ‘Sponguli’ dapat meningkatkan minat pelajar dalam operasi tambah dengan cara mengumpul semula.

SOALAN KAJIAN1. Adakah teknik ‘Sponguli’ dapat membantu meningkatkan kemahiran menambah dua digit dengan satu digit pelajar dalam menguasai operasi tambah dengan cara mengumpul semula?2. Adakah teknik ‘Sponguli’ dapat membantu meningkatkan minat pelajar dalam menguasai operasi tambah dengan cara mengumpul semula?

Kumpulan Sasaran Semasa saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran mengenai kemahiran menmbah dengan cara mengumpul semula bagi subjek Matematik di kelas Anggerik, saya mendapati dua daripada lima orang murid dari kelas ini mengalami masalah dalam operasi tambah dengan mengumpul semula. Oleh

Page 5: PROSIDING RABIAH

itu, saya mensasarkan kajian ini melibatkan dua orang murid dari kelas Anggerik Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Kampar. Kedua-dua murid ini adalah lelaki. Prestasi akademik bagi kedua-dua murid ini adalah sama iaitu tidak dapat menguasai kemahiran menambah dengan mengumpul semula dengan baik. Kedua-dua responden adalah murid Autisme.

Tindakan Yang Dijalankan

Cara Penggumpulan Data

Keputusan/Analisis Data dan Interpretasi1. Ujian 1 dan Ujian 2

Peratusan Markah (%)

Responden Ujian 1 Ujian 2 Peningkatan

Responden A 40% 100% 60%

Responden B 0% 100% 100%

Page 6: PROSIDING RABIAH

2. PemerhatianBil. Soalan Ya Tidak

1. Menunjukkan kesungguhan semasa menyiapkan Ujian 1 dan lembaran kerja.

/

2. Bermain sesama sendiri semasa guru menunjukkan cara untuk menambah dengan betul.

/

3. Memberi respon pada guru ketika guru bertanya soalan.

/

4. Menumpukan perhatian semasa guru menjalankan intervensi.

/

5. Penglibatan aktif di dalam kelas. /

Pemerhatian terhadap minat responden pada peringkat awal sebelum menggunakan teknik Sponguli.

Pemerhatian terhadap minat responden pada peringkat awal selepas menggunakan teknik Sponguli.

Bil. Soalan Ya Tidak

1. Menunjukkan kesungguhan semasa menyiapkan lembaran kerja dan Ujian 2.

/

2. Bermain sesama sendiri semasa guru menunjukkan cara untuk menambah dengan

/

Page 7: PROSIDING RABIAH

menggunakan teknik Sponguli.

3. Memberi respon pada guru ketika guru bertanya soalan.

/

4. Menumpukan perhatian semasa guru menjalankan intervensi.

/

5. Penglibatan aktif di dalam kelas. /

3. Analisis DokumenPeratus Markah (%)

LK

Responden

LK 1 LK 2 LK 3 Peningkatan (%)

Responden A 44 56 89 45

Responden B 44 44 100 56

Rumusan/Refleksi Selepas DapatanKemahiran menambah merupakan kemahiran paling asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid dalam subjek Matematik. Berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh responden A dan responden B dalam kajian ini, dan menerusi bukti-bukti yang telah dianalisis dalam instrument ujian bertulis, pemerhatian dan analisis dokumen, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan teknik Sponguli dapat meningkatkan prestasi dan minat murid Tahun 3 Pendidikan

Page 8: PROSIDING RABIAH

Khas dalam kemahiran menambah dengan cara mengumpul semula bagi subjek Matematik. Setelah dianalisis secara terperinci intrumen-instrumen yang digunakan sepanjang kajian, semua dapatan kajian menunjukkan peningkatan dalam prestasi dan minat murid serta amalan pengajaran guru. Secara tidak langsung, instrument-instrumen ini dapat menjawab semua persoalan-persoalan kajian yang telah diutarakan.

Cadangan Kajian SeterusnyaBerdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, saya mencadangkan kajian ini dapat diteruskan dengan kajian ke atas kemahiran-kemahiran lain dalam subjek Matematik. Contohnya, dalam kemahiran menolak, mendarab dan juga membahagi. Antara cadangan lain bagi pelaksanaan kajian seterusnya ialah memperluaskan lagi bilangan responden kajian agar kajian ini dapat dimanfaatkan kepada lebih ramai murid yang mempunyai kelemahan yang sama. Selain itu, tempoh kajian juga bolehlah dilanjutkan agar tindakan susulan dapat dilaksanakan bagi menjamin ketekalan hasil kajian. Bilangan soalan dalam lembaran kerja juga boleh diperbanyakkan lagi supaya dapat memberikan pengayaan serta pengukuhan yang lebih jelas. Guru pula haruslah memastikan murid-murid telah memahami langkah-langkah dalam menggunakan teknik Sponguli dalam mengajar kemahiran-kemahiran lain selain daripada kemahiran menambah. Ini adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran supaya minat, pemahaman dan penguasaan murid-murid dapat ditingkatkan. Secara tidak langsung, amalan pengajaran guru juga boleh dipertingkatkan. Saya mendapati bahawa sesetengah murid memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam pembelajaran, terutamanya dalam kalangan murid Pendidikan Khas yang mempunyai kepelbagaian tahap kecerdasan. Oleh kerana itu, saya perlulah melakukan kajian terhadap teknik-teknik yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penerapan pelbagai teknik intervensi mampu menarik minat murid tidak kira dalam apa jua mata pelajaran sekalipun. Selain itu, penggunaan instrumen tambahan lain boleh digunakan. Antaranya adalah menggunakan senarai semak, temu bual dan rekod anekdot.

Senarai RujukanCruey (2008). Mathematics Education And The Legacy Of Zoltan Paul Dienes. IAP, 2008.

Jean Piaget (1997). The Origin Of Intelligence In The Child. Routtedge.

Serina Chong (2011). Lagu Penambahan Dapat Meningkatkan Prestasi Murid Dalam Subjek Matematik. Tesis Tidak Diterbitkan, IPGM Kampus Ampuan Afzan, Pahang, Malaysia.