prosiding

4
77 PENGGUNAAN MODUL PCS (PEMUDAH CARA SYAKIR) DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS MENGAWAL PEMBOLEH UBAH Syakir maarif Bin Mastor Puan Siti Hartini binti Pungut Abstrak Dalam sains sebelum menyatakan inferens, membuat hipotesis, dan kesimpulan adalah penting untuk murid mengenal pasti pemboleh ubah yang sebenar. Kajian ini dijalankan untuk mengajar murid tahun 4 cara untuk mengenal pasti dan mengawal kemahiran proses sains pemboleh ubah dengan menggunakan kaedah modul PCS (Pemudah Cara Syakir). Modul ini dimuatkan dengan nota dan latihan menerusi tiga bahagian iaitu nota bergambar parameter, nota bimbingan pemboleh ubah dan empat langkah mudah mengenalpasti pemboleh ubah. Data kajian diperolehi dari pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan pada awalnya murid menghadapi beberapa bentuk kesalahan dalam menyenaraikan jawapan bagi pemboleh ubah dan di akhir kajian murid mempunyai peningkatan dalam menyenaraikan jawapan pemboleh ubah dengan tepat. Pengkaji mendapati modul ini boleh digunakan untuk membantu murid tahun 4 menguasai kemahiran proses sains mengawal pemboleh ubah. 1.0 REFLEKSI p&p Melalui pemerhatian dan hasil kerja murid, didapati murid-murid sering menghadapi masalah dalam mengenal pasti pemboleh ubah dan menentukan parameter yang sesuai dengan pemboleh ubah. Sebenarnya ransangan gambarajah, jadual dan graf yang disediakan membantu murid dalam mengenal pasti ketiga-tiga pemboleh ubah. Begitu juga kata kunci yang menunjukkan sifat bagi sesuatu pemboleh ubah sudah terdapat di dalam soalan, namun murid tidak menguasai kemahiran mengawal pemboleh ubah sebaiknya. Setelah mendalami masalah ini, saya berusaha untuk menyediakan intervensi yang sesuai bagi membaiki amalan pengajaran saya dalam mengajar kemahiran pemboleh ubah. 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian mengenai pelbagai masalah murid dalam menguasai kemahiran proses sains pemboleh ubah di bawah kemahiran saintifik. Saya menggunakan modul PCS “Pemudah Cara Syakir “ untuk membantu murid mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi, bergerak balas dan dimalarkan. Keistimewaan modul ialah terdapat pembelajaran berperingkat atau disebut sebagai masteri. Murid akan belajar dari pengatahuan asas sehingga ke tahap yang sukar. Shahrom Noordin dan Yap Kueh Chin (1991) menjelaskan modul membolehkan murid memilih cara pembelajaran yang paling sesuai untuk diri mereka supaya pembelajaran akan lebih berkesan dan produktif. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Meningkatkan kefahaman murid tahun 4, dalam menjawab soalan struktur kemahiran proses sains menggunakan modul PCS “Pemudah Cara Syakir” dalam menambahbaik kaedah pengajaran guru. SOALAN KAJIAN Bagaimanakah penggunaan modul PCS “Pemudah Cara Syakir” dapat meningkatkan kemahiran murid tahun 4 dalam menjawab soalan berkaitan dengan kemahiran mengawal pembolehubah dengan betul?

Upload: syakir-maarif-bin-mastor

Post on 12-Dec-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

modul

TRANSCRIPT

Page 1: Prosiding

77

PENGGUNAAN MODUL PCS (PEMUDAH CARA SYAKIR) DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

Syakir maarif Bin Mastor

Puan Siti Hartini binti Pungut

Abstrak

Dalam sains sebelum menyatakan inferens, membuat hipotesis, dan kesimpulan adalah penting untuk murid mengenal pasti pemboleh ubah yang sebenar. Kajian ini dijalankan untuk mengajar murid tahun 4 cara untuk mengenal pasti dan mengawal kemahiran proses sains pemboleh ubah dengan menggunakan kaedah modul PCS (Pemudah Cara Syakir). Modul ini dimuatkan dengan nota dan latihan menerusi tiga bahagian iaitu nota bergambar parameter, nota bimbingan pemboleh ubah dan empat langkah mudah mengenalpasti pemboleh ubah. Data kajian diperolehi dari pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan pada awalnya murid menghadapi beberapa bentuk kesalahan dalam menyenaraikan jawapan bagi pemboleh ubah dan di akhir kajian murid mempunyai peningkatan dalam menyenaraikan jawapan pemboleh ubah dengan tepat. Pengkaji mendapati modul ini boleh digunakan untuk membantu murid tahun 4 menguasai kemahiran proses sains mengawal pemboleh ubah.

1.0 REFLEKSI p&p

Melalui pemerhatian dan hasil kerja murid, didapati murid-murid sering menghadapi masalah dalam mengenal pasti pemboleh ubah dan menentukan parameter yang sesuai dengan pemboleh ubah. Sebenarnya ransangan gambarajah, jadual dan graf yang disediakan membantu murid dalam mengenal pasti ketiga-tiga pemboleh ubah. Begitu juga kata kunci yang menunjukkan sifat bagi sesuatu pemboleh ubah sudah terdapat di dalam soalan, namun murid tidak menguasai kemahiran mengawal pemboleh ubah sebaiknya. Setelah mendalami masalah ini, saya berusaha untuk menyediakan intervensi yang sesuai bagi membaiki amalan pengajaran saya dalam mengajar kemahiran pemboleh ubah.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian mengenai pelbagai masalah murid dalam menguasai kemahiran proses sains pemboleh ubah di bawah kemahiran saintifik. Saya menggunakan modul PCS “Pemudah Cara Syakir “ untuk membantu murid mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasi, bergerak balas dan dimalarkan. Keistimewaan modul ialah terdapat pembelajaran berperingkat atau disebut sebagai masteri. Murid akan belajar dari pengatahuan asas sehingga ke tahap yang sukar. Shahrom Noordin dan Yap Kueh Chin (1991) menjelaskan modul membolehkan murid memilih cara pembelajaran yang paling sesuai untuk diri mereka supaya pembelajaran akan lebih berkesan dan produktif.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Meningkatkan kefahaman murid tahun 4, dalam menjawab soalan struktur kemahiran proses sains menggunakan modul PCS “Pemudah Cara Syakir” dalam menambahbaik kaedah pengajaran guru.

SOALAN KAJIAN

Bagaimanakah penggunaan modul PCS “Pemudah Cara Syakir” dapat meningkatkan kemahiran murid tahun 4 dalam menjawab soalan berkaitan dengan kemahiran mengawal pembolehubah dengan betul?

Page 2: Prosiding

78

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 6 orang murid tahun 4 kreatif Sekolah Kebangsaan King George V, Seremban. Mereka terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Pemilihan murid adalah berdasarkan hasil kerja murid dalam soalan struktur sains bahagian B.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Dalam kajian ini, intervensi telah dijalankan sebanyak dua kali dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sesi pertama melibatkan penerangan tentang parameter dan perbezaan antara ketiga-tiga pemboleh ubah (dimanipulasi, bergerak balas dan dimalarkan). Sesi kedua, bimbingan untuk mengenal pasti pemboleh ubah bergerak balas dan dimanipulasi dalam ransangan soalan serta empat langkah mudah mengenal pasti pemboleh ubah yang tersusun supaya mudah difahami murid.

5.1 REKABENTUK INTERVENSI

Modul PCS dibina berdasarkan prosedur pembinaan modul Sharifah Alwiah, 198l. Modul PCS ini dibina dalam bentuk bercetak dan visual bagi menarik minat murid untuk menggunakan modul. Modul ini direka untuk membantu murid-murid tahun 4 khususnya yang baru mempelajari tajuk kemahiran saintifik. Murid akan didedahkan dengan nota bmbingan dan latihan di akhir setiap peringkat. Modul ini mempunyai tiga peringkat,

Peringkat pertama, murid dibimbing untuk menulis pemboleh ubah yang terdiri dari parameter dan objek.

Peringkat kedua, murid diajar untuk mengenali pemboleh ubah. Ketiga-tiga pemboleh ubah mempunyai istilah tersendiri dan sifat (sama, ubah dan perhati-dimalarkan, dimanipulasi dan bergerakbalas) termasuk mencari pemboleh ubah dimanipulasi dan bergerak balas melalui ransangan soalan seperti gambarajah, jadual dan graf yang kebiasaanya menjadi kesalahan di dalam menjawab soalan struktur sains.

Peringkat ketiga, murid akan diperkenalkan dengan empat langkah mudah yang saya bina bagi memudahkan murid mengenalpasti ketiga-tiga pemboleh ubah.

Ketiga-tiga peringkat ini merupakan perjalanan modul yang murid harus lalui sebelum menjawab ujian akhir yang akan disediakan di akhir modul bagi mendapatkan maklum balas murid samada menguasai modul atau sebaliknya.

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Analisis pemerhatian

Hasil analisis rakaman foto dan borang senarai semak pemerhatian menunjukkan murid memberi perhatian dan seronok semasa intervensi dijalankan. Manakala, berdasarkan analisis aspek jawapan murid dalam ujian sumatif yang dilaksanakan di akhir ujian menunjukkan peningkatan yang positif apabila murid telah dapat menulis jawapan dengan lengkap berbanding semasa menjawab ujian diagnostik.

6.2 Analisis dokumen

Dokumen yang digunakan ialah latihan murid. Dapatan menunjukkan sebelum intervensi murid tidak dapat menulis jawapan yang tepat dan lengkap bagi soalan struktur kemahiran proses sains. Selepas intervensi dijalankan murid dapat menjawab soalan dengan jawapan yang lengkap seperti yang diajar dalam modul secara berperingkat. Saya berpendapat modul merupakan bahan pengajaran yang sesuai untuk mengajar tajuk kemahiran proses sains.

Page 3: Prosiding

79

Sebelum intervensi selepas intervensi

6.2.1 Hasil kerja murid sebelum dan selepas menjalankan intervensi

6.4 ANALISIS TEMUBUAL

Murid menyatakan setelah mengikuti nota dan cuba menjawab latihan yang disediakan dalam modul PCS membantu mereka menguasai kemahiran proses sains pembolehubah. Murid-murid juga menyatakan respon positif apabila menjalani pendekatan modul PCS.

Dulu tak tahu apa parameter tu, saya tahu pemboleh ubah tiga-tiga tak sama. Selepas cikgu tunjuk modul ni, saya boleh jawab soalan pemboleh ubah ni.

Saya gembira sekarang sebab tahu cara jawab pemboleh ubah. Lepas ni cikgu ajar kami boleh?

Page 4: Prosiding

80

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Saya berharap kajian saya akan diteruskan dengan kuantiti kumpulan sasaran yang lebih ramai, memandangkan kajian ini telah berjaya dicuba dalam kumpulan yang lebih kecil. Tambahan, sekiranya masa perjalanan kajian panjang dan bilangan murid ramai, pengkaji seterusnya boleh melihat perkembangan murid dalam aspek minat terhadap penggunaan modul.

RUJUKAN

Shahrom Noordin & Yap Kueh Chin (1991). “Ke arah Mengindividukan Pengajaran Menerusi

Pengajaran Bermodul.” Jurnal Pendidikan Guru, 7: 89-107. Kuala Lumpur: Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1981). Pengenalan pengajaran individu dengan tumpuan khas kepada

modul pengajaran dan modul pembelajaran. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 3(1): 54-62.

Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.