prosiding

5
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENGINGAT BAHAGIAN LUAR BADAN IKAN BAGI MURID TAHUN 5 PINTAR MENGGUNAKAN ‘KAD ICT’ Mohammad Zuhelmi Bin Abd Ghafar Tuan Haji Mohamad Bin Abdullah PISMP Rekabentuk Dan Teknologi 3 [email protected] Jabatan Teknik Dan Vokasional ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal dan mengingat bahagian luar badan ikan dengan menggunakan Kad ICT . Hasil tinjauan awal murid mengalami masalah dalam mengingat bahagian luar badan ikan dengan betul. Oleh itu, penggunaan Kad ICT digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan lapan orang responden dari tahun 5 Pintar di Sekolah Kebangsaan Renek di daerah Besut. Dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan terhadap ingatan responden ke atas bahagian luar badan ikan setelah graf dibuat berdasarkan kepada instrumen kajian dokumentasi melalui kaedah analisis borang senarai semak. Graf menunjukkan kelapan- lapan responden dapat menjawab sekurang-kurangnya lapan dari sepuluh tempat kosong dengan betul. Manakala menerusi temu bual pula, kesemua responden dapat menyatakan kod-kod yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Justeru, data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan Kad ICT dapat membuatkan murid mengenal dan mengingat bahagian luar badan ikan serta penggunaan Kad ICT dapat menarik minat murid untuk belajar mengenal dan mengingat bahagian luar badan ikan. Kata kunci: meningkatkan; mengenal; ingatan; menarik minat ; bahagian luar badan ikan; Kad ICT 1.0 Pengenalan Topik Reka Cipta dan Kreativiti merupakan salah satu topik yang terkandung di dalam kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR). Di dalam topik ini, murid akan melaksanakan amali membina bentuk asas tiga dimensi ( 3D ). Semasa menjalani praktikum, pengkaji mendapati murid kurang menunjukkan kreativiti dalam penghasilan projek selain minat dan kerjasama yang ditunjukkan murid dalam kumpulan kurang memberangsangkan. Hal ini dapat dilihat apabila murid diberikan bahan tanah liat untuk membina bentuk asas tiga dimensi ( 3D ) namun hasil projek yang dihasilkan tidak dilakukan dengan baik dan didapati murid kurang kreatif mengggunakan kaedah berkenaan. Oleh itu, pengkaji telah merancang satu kaedah origami bagi menggantikan kaedah biasa yang menggunakan bahan tanah liat bagi meningkatkan kreativiti, minat dan kerjasama murid semasa melaksanakan amali Pengkaji berharap dengan meggunakan kaedah origami, dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan murid dapat menghasilkan projek yang lebih menarik dan kreatif disampi dapat memupuk kerjasama murid semasa melakukan amali dalam kumpulan. 2.0 Fokus Kajian Kajian yang pengkaji jalankan ini memberi fokus kepada murid-murid tahun 4 yang melibatkan dua kelas iaitu 4 Aggun sebagai kelas kawalan dan 4 Amanah sebagai kelas eksperimental. Kajian ini melibatkan seramai 36 orang responden masing-masing daripada dua kelas berkenaan. Seramai 20 orang responden lelaki dan 16 orang responden perempuan yang terlibat dalam kajian ini. Kajian yang pengkaji akan jalankan ini adalah untuk meningkatkan kreativiti, minat dan kerjasama murid dalam melaksanakan amali membina bentuk asas tiga dimensi ( 3D ) dengan menggunakan kaedah origami . Ini adalah kerana kaedah origami dapat memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan projek amali dengan lebih kreatif disamping ianya menyeronokkan murid-murid malah dapat meningkatkan kerjasama dalam penglibatan murid ketika melakukan amali. 3.0 Objektif dan Soalan Kajian Objektif kajian dan persoalan kajian adalah seperti yang dinyatakan.

Upload: hasrul-hafiz

Post on 10-Nov-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

prodising kajian tindakan

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENGINGAT BAHAGIAN LUAR BADAN IKAN BAGI MURID TAHUN 5 PINTAR MENGGUNAKAN KAD ICT

Mohammad Zuhelmi Bin Abd GhafarTuan Haji Mohamad Bin Abdullah

PISMP Rekabentuk Dan Teknologi [email protected]

Jabatan Teknik Dan Vokasional

ABSTRAKPenyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal dan mengingat bahagian luar badan ikan dengan menggunakan Kad ICT . Hasil tinjauan awal murid mengalami masalah dalam mengingat bahagian luar badan ikan dengan betul. Oleh itu, penggunaan Kad ICT digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan lapan orang responden dari tahun 5 Pintar di Sekolah Kebangsaan Renek di daerah Besut. Dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan terhadap ingatan responden ke atas bahagian luar badan ikan setelah graf dibuat berdasarkan kepada instrumen kajian dokumentasi melalui kaedah analisis borang senarai semak. Graf menunjukkan kelapan-lapan responden dapat menjawab sekurang-kurangnya lapan dari sepuluh tempat kosong dengan betul. Manakala menerusi temu bual pula, kesemua responden dapat menyatakan kod-kod yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Justeru, data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan Kad ICT dapat membuatkan murid mengenal dan mengingat bahagian luar badan ikan serta penggunaan Kad ICT dapat menarik minat murid untuk belajar mengenal dan mengingat bahagian luar badan ikan.

Kata kunci: meningkatkan; mengenal; ingatan; menarik minat ; bahagian luar badan ikan; Kad ICT

1.0 Pengenalan

Topik Reka Cipta dan Kreativiti merupakan salah satu topik yang terkandung di dalam kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR). Di dalam topik ini, murid akan melaksanakan amali membina bentuk asas tiga dimensi ( 3D ). Semasa menjalani praktikum, pengkaji mendapati murid kurang menunjukkan kreativiti dalam penghasilan projek selain minat dan kerjasama yang ditunjukkan murid dalam kumpulan kurang memberangsangkan. Hal ini dapat dilihat apabila murid diberikan bahan tanah liat untuk membina bentuk asas tiga dimensi ( 3D ) namun hasil projek yang dihasilkan tidak dilakukan dengan baik dan didapati murid kurang kreatif mengggunakan kaedah berkenaan.

Oleh itu, pengkaji telah merancang satu kaedah origami bagi menggantikan kaedah biasa yang menggunakan bahan tanah liat bagi meningkatkan kreativiti, minat dan kerjasama murid semasa melaksanakan amali Pengkaji berharap dengan meggunakan kaedah origami, dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan murid dapat menghasilkan projek yang lebih menarik dan kreatif disampi dapat memupuk kerjasama murid semasa melakukan amali dalam kumpulan.

2.0 Fokus Kajian

Kajian yang pengkaji jalankan ini memberi fokus kepada murid-murid tahun 4 yang melibatkan dua kelas iaitu 4 Aggun sebagai kelas kawalan dan 4 Amanah sebagai kelas eksperimental. Kajian ini melibatkan seramai 36 orang responden masing-masing daripada dua kelas berkenaan. Seramai 20 orang responden lelaki dan 16 orang responden perempuan yang terlibat dalam kajian ini. Kajian yang pengkaji akan jalankan ini adalah untuk meningkatkan kreativiti, minat dan kerjasama murid dalam melaksanakan amali membina bentuk asas tiga dimensi ( 3D ) dengan menggunakan kaedah origami . Ini adalah kerana kaedah origami dapat memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan projek amali dengan lebih kreatif disamping ianya menyeronokkan murid-murid malah dapat meningkatkan kerjasama dalam penglibatan murid ketika melakukan amali.

3.0 Objektif dan Soalan Kajian

Objektif kajian dan persoalan kajian adalah seperti yang dinyatakan.

Objektif UmumSecara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid mengenal dan mengingat bahagian luar badan ikan dengan betul.

Objektif Khusus

1. Meningkatkan kemahiran mengenal dan mengingat murid dalam tajuk bahagian luar badan ikan dengan menggunakan Kad ICT.2. Meningkatkan minat murid dalam mengenal dan mengingat bahagian luar badan ikan dengan menggunakan Kad ICT.

Persoalan Kajian

1. Apakah penggunaan Kad ICT dapat meningkatkan kemahiran mengenal dan mengingat murid tentang bahagian luar badan ikan ?2. Apakah penggunaan Kad ICT dapat meningkatkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk mengenal bahagian luar badan ikan ?

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran melibatkan murid dari Sekolah Kebangsaan Renek, Jerteh Terengganu. Murid tersebut berada pada tahap dua iaitu 5 Pintar yang terdiri daripada dua puluh satu orang murid. Pengkaji hanya menggunakan lapan orang responden terdiri daripada lima orang lelaki dan tiga orang perempuan. Tujuh orang responden berbangsa Melayu dan beragama Islam dan satu orang responden berbangsa Siam dan beragama Buddha. Dari segi tahap pencapaian murid dalam kelas ini, separuh daripada mereka mempunyai tahap yang sederhana dan separuh lagi pada tahap yang agak lemah. Responden yang saya kaji ialah mereka yang kurang fasih membaca. Tahap pencapaian akademik ini dirujuk dari pencapaian mereka yang lepas iaitu melalui keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dalam subjek Bahasa Melayu.

Jadual 1 Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi matapelajaran Bahasa Melayu tahun 5 Pintar.

Gred PeratusA (80-100)B (60-79)C (40-59)D (20-39)E (0-19)

Bil Murid001164

5.0 Tindakan Yang Dijalankan

Langkah 1: Pengumpulan Data untuk Masalah KajianMenganalisis markah responden bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun dalam matapelajaran Bahasa Melayu bagi menetapkan masalah kajian dan saiz responden.

Langkah 2: IntervensiPenggunaan BBM iaitu Kad ICT untuk topik pengenalan bahagian luar badan ikan diajar di dalam kelas. Aktiviti ini dijalankan selama 30 minit. Pada permulaan aktviti, sebuah Kotak Beracun akan bergerak kepada setiap murid dengan iringan muzik. Apabila muzik diberhentikan, gerakan Kotak Beracun juga berhenti pada murid yang terakhir memegang kotak tersebut. Murid mengambil nombor yang terdapat di dalam kotak tersebut. Selepas mendapat nombor tersebut, murid ke hadapan kelas dan mengambil Kad ICT yang bernombor seperti yang tertulis pada kertas cabutan. Kemudian, muirid akan melekatkan kad tersebut pada gambar yang dipaparkan melalui pancaran LCD. Permainan akan diteruskan sehingga gambar di paparan tersebut lengkap.

Langkah 3: PemerhatianResponden diedarkan dengan lembaran kerja berdasarkan topik pengenalan bahagian badan ikan. Lembaran kerja tersebut merangkumi 10 petak tempat kosong yang mana setiap petak menunjukan bahagian luar badan ikan. Keputusan hasil lembaran kerja tersebut di isi di dalam borang senarai semak.

Langkah 4: Temu BualPengkaji mengambil kesemua responden iaitu seramai lapan orang untuk ditemu bual. Temu bual yang dijalankan merupakan temu bual berstruktur. Temu bual ini dijalankan bagi menjawab dua persoalan kajian iaitu sama ada responden dapat mengenal dan mengingat bahagian luar badan ikan dengan betul dan adakah penggunaan Kad ICT ini dapat meningkatkan minat murid untuk belajar topik tersebut.

Jadual 2 Kaedah Analisis Data.Persoalan KajianInstrumen KajianJenis DataKaedah Analisis

Persoalan kajian 1Apakah penggunaan Kad ICT dapat meningkatkan kemahiran mengenal dan mengingat murid tentang bahagian luar badan ikan ?

Dokumentasi

Temu Bual Berstruktur

Kualitatif

KualitatifAnalisis borang senarai semak dalam bentuk graf

Analisis melalui transkrip temu bual.

Persoalan kajian 2Apakah penggunaan Kad ICT dapat meningkatkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk mengenal bahagian luar badan ikan ?

Temu Bual Berstruktur

Kualitatif

Analisis melalui transkrip temu bual.

6.0 Keputusan Analisis dan Interpretasi Data

Hasil kajian melalui senarai semak dipersembahkan dalam bentuk graf. Graf menunjukkan bahawa responden dapat mengenal dan mengingat bahagian luar badan ikan selepas menggunakan intervensi.

Rajah 1 Menunjukkan Graf Keputusan Hasil Lembaran Kerja Responden setelah menggunakan intervensi.

Berdasarkan rajah 1, garf menunjukkan intervensi yang digunakan berjaya. Hasil daripada lembaran kerja tersebut, seramai enam orang responden dapat menjawab dengan betul kesemua tempat kosong manakala seorang responden dapat menjawab sembilan daripada sepuluh tempat kosong manakala seorang responden menjawab lapan daripada sepuluh tempat kosong.

Hasil kajian melalui temubual berstruktur pula dianalisis secara manual menggunakan transkrip temubual. Temubual dijalankan terhadap kelapan-lapan orang responden. Jadual 3 menunjukkan hasil analisis temubual ke atas kelapan-lapan orang responden.

Jadual 3Menunjukkan kategori dan sub kategori temubual yang dijalankan ke atas kelapan-lapan responden.KategoriSub KategoriKodKekerapan

Mengenal bahagian badan ikanResponden dapat menyatakan jumlah bahagian luar badan ikan

Responden dapat menyatakan bahagian badan ikan iaitu mulut Responden dapat menyatakan bahagian badan ikan iaitu penutup insang

Responden dapat menyatakan bahagian badan ikan iaitu mata

Responden dapat menyatakan bahagian badan ikan iaitu sisik

Responden dapat menyatakan bahagian badan ikan iaitu sirip dorsal

Responden dapat menyatakan bahagian badan ikan iaitu sirip kaudal

Responden dapat menyatakan bahagian badan ikan iaitu sirip anal

Responden dapat menyatakan bahagian badan ikan iaitu dubur

Responden dapat menyatakan bahagian badan ikan iaitu sirip pelvik

Responden dapat menyatakan bahagian badan ikan iaitu sirip pektoral

B1

B2

B3

B4

B5

B6

B7

B8

B9

B10

B1110

10

10

10

10

10

10

10

10

10

10

Menunjukkan minat untuk belajar bahagian badan ikan menggunakan Kad ICTResponden dapat menyatakan perasaan gembira sewaktu belajar menggunakan Kad ICT

Responden dapat menyatakan perasaan seronok sewaktu belajar menggunakan Kad ICT

Responden dapat menyatakan perasaan tidak bosan sewaktu belajar menggunakan Kad ICT

Responden dapat menyatakan perasaan boleh bermain sewaktu belajar menggunakan Kad ICT

Responden dapat menyatakan lain-lain perasaan sewaktu belajar menggunakan Kad ICT

GB

SE

TB

BB

LL8

8

6

8

7

Berdasarkan jadual 3, kesemua responden dapat menjawab kesemua kod yang telah disenaraikan. Ini menunjukkan intervensi yang dijalankan berjaya.

7.0 Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian

Berdasarkan analisis ke atas graf hasil lembaran kerja, keputusan hasil lembaran kerja responden menunjukkan responden yang mendapat sepuluh jawapan betul adalah lebih ramai berbanding lapan dan sembilan jawapan betul dalam lembaran kerja tersebut. Ini kerana lebih dari separuh responden dapat menjawab dengan betul kesemua jawapan manakala satu orang responden mendapat sembilan jawapan betul dan satu orang responden yang dapat lapan jawapan betul. Oleh yang demikian, penggunaan Kad ICT ini merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang dapat meningkatkan kemahiran mengenal dan mengingat bahagian luar badan ikan. Oleh itu, persoalan kajian pertama terjawab.Keputusan untuk persoalan kajian pertama ini dikukuhkan lagi dengan hasil analisis temubual antara kelapan-lapan orang responden yang mana kesemua responden dapat menyatakan kod-kod yang telah dicipta oleh pengkaji dimana kesemua responden dapat menyatakan bahagian luar badan ikan dengan kod B1, B2, B3, B4, B5, B6, B7, B8, B9, B10, dan B11 dengan kadar kekerapan bagi kesemua kod ialah 10. Analisis temubual dengan kod GB, SE, TB, BB, LL ialah bagi menjawab persoalan kedua yang mana kod GB, BB dan SE masing-masing mendapat kekerapan lapan, kod TB dengan kekerapan sebanyak enam kali dan kod LL pula dengan kekerapan sebanyak tujuh kali. Ini menunjukkan bahawa murid lebih berminat untuk belajar sub topik ini dengan menggunakan Kad ICT. Oleh itu, persoalan kajian kedua juga telah terjawab. Secara kesimpulannya, penggunaan Kad ICT ini dapat meningkatkan kemahiran mengenal dan mengingat murid serta dapat menanbah minat murid untuk belajar.

8.0 Bibliografi

Alan Grant (2007), Construsting Meaning Through Visual Spatial Activities. ResearchProject. Diperoleh pada 20 Februari 2011 daripada http://scholar.lib.vt.edu/ejournals/ALAN/v34n3/baer.pdf

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia( 2008). Buku Manual Kajian Tindakan, Putrajaya , Malaysia.

Chua Yan Piaw, PhD (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hil (Malaysia) Sdn.Bhd.

Imran Ariff Ariffin (2010), Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Peringkat Tadika Atau Pra Sekolah. Diperoleh pada 20 Februari 2011daripada http://www.pdfking.net/pdf/kajian-kajian-lepas-berkaitan-pendidikan-awal-kana.html

Mok Soon Sang (2009), Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi Murid Dan Alam Belajar, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Pasukan Penyelidik. (2013). Penyelidikan Tindakan : Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur. Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Ting Len Siong, Ahmad Sabry Bin Othman, & Tin Hun Yong. (2013). Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Zamatun Nasrah. (2011). Borang Soal Selidik. Diperoleh pada 23 April 2013 daripada http://www.slideshare.net/znas77/lampiran-a-dan-bborang-maklumat-pelajar-dan-soal-selidik-thesis