prosiding

10
 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS BENTUK HURUF MURID TAHUN 2 CEKAL MENGGUNAKAN AMaTSI Oleh:  Nurul Fatekah B inti Abdullah, En. Ba htiar Bin Omar, Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus DatoRazali Ismail [email protected]  ,  bahtiaroma [email protected]  ABSTRAK  Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalah kemahiran menulis mekanis iaitu kemahiran menulis bentuk huruf melibatkan murid Tahun 2 Cekal SK Padang Mengkuang, Marang, Terengganu. Seramai 4 orang murid lelaki terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berfokus kepada masalah murid menulis tidak menyerupai huruf yang sebenar bagi huruf-huruf yang hampir  sama bentuk dengan tujuan untuk meningkatkan penguasaan murid menulis bentuk-bentuk huruf yang tidak berkaki (a,c,e,i,m,n, o,r,s,u,v) dengan bentuk yang betul  dan membantu murid membezakan bentuk-bentuk huruf ini semasa menulis. Oleh yang demikian, pengkaji telah menggunakan Alat Mari Tulis Secara  Interaktif (AMaTSI) bagi membantu murid meningkatkan kemahiran menulis bentuk huruf yang betul. Penggunaan AMaTSI ini telah menunjukkan  peningkatan yang agak ketara setelah murid menjalani intervensi berdasarkan Ujian Pasca yang dijalankan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pra, Ujian Pasca, Pemerhatian dan Temu Bual. Melalui kajian ini,murid lemah dalam penguasaaan kemahiran menulis telah dapat menulis bentuk huruf dengan baik sekali gus membantu mereka meningkatkan  pencapaian dalam mata pelajaran B ahasa Melayu. Kata kunci : peningkatan, penguasaan, AMa TSI, huruf tidak b erkaki REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pengkaji telah diminta oleh guru Bahasa Malaysia tahun 2 Cekal untuk menyemak kertas ujian Bahasa Malaysia pada minggu pertama sesi praktikum .  Semasa membuat semakan kertas ujian tersebut, pengkaji terkejut melihat hasil tulisan beberapa orang murid tahun 2 Cekal.Tulisan mereka menunjukkan bentuk huruf yang mengelirukan. Tulisan yang tidak kemas serta mengelirukan mengakibatkan jawapan yang diberikan kurang jelas dan sukar untuk dibaca. Setelah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermula pada minggu kedua, pengkaji membuat pemerhatian terhadap masalah bagi memastikan sejauh mana ketaranya masalah ini. Jadi, daripada pemerhatian pengkaji pada minggu pertama  perlaksanaa n pengajara n dan pembela jaran murid tahun 2 Cekal, pengkaji mendapa ti sememangnya murid yang dikesan semasa menyemak ujian lalu mengalami masalah dalam menulis bentuk huruf. Huruf yang ditulis mengelirukan, tidak kemas, dan menyebabkan  perkataan te rsebut mem beri maksud lain . Kesimpulan yang dilakukan menunjukkan murid mempunyai masalah menulis huruf yang tidak menyerupai huruf yang sebenar. Hasil penulisan murid menunjukkan mereka menulis huruf dengan bentuk huruf yang salah. Pelbagai bentuk kesalahan huruf yang dilakukan oleh murid. Antaranya huruf „ryang ditulis seperti „v, huruf „nseperti „h, huruf „aseperti „d, „huruf „eseperti „c, huruf „itanpa titik dan sebagainya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah . Hal i ni menyebabka n murid menulis perkataan salah, dan tidak bermakna. Akibatnya, ayat yang terha sil tidak gramatis. Pengkaji berangg apan bahawa murid belum lagi

Upload: nurul-fatekah

Post on 05-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kemahiran menulis mekanis

TRANSCRIPT

  • MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS BENTUK HURUF

    MURID TAHUN 2 CEKAL MENGGUNAKAN AMaTSI

    Oleh: Nurul Fatekah Binti Abdullah, En. Bahtiar Bin Omar,

    Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato Razali Ismail [email protected] , [email protected]

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalah kemahiran

    menulis mekanis iaitu kemahiran menulis bentuk huruf melibatkan murid Tahun

    2 Cekal SK Padang Mengkuang, Marang, Terengganu. Seramai 4 orang murid

    lelaki terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berfokus kepada masalah murid

    menulis tidak menyerupai huruf yang sebenar bagi huruf-huruf yang hampir

    sama bentuk dengan tujuan untuk meningkatkan penguasaan murid menulis

    bentuk-bentuk huruf yang tidak berkaki (a,c,e,i,m,n,o,r,s,u,v) dengan bentuk yang

    betul dan membantu murid membezakan bentuk-bentuk huruf ini semasa menulis.

    Oleh yang demikian, pengkaji telah menggunakan Alat Mari Tulis Secara

    Interaktif (AMaTSI) bagi membantu murid meningkatkan kemahiran menulis

    bentuk huruf yang betul. Penggunaan AMaTSI ini telah menunjukkan

    peningkatan yang agak ketara setelah murid menjalani intervensi berdasarkan

    Ujian Pasca yang dijalankan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini

    adalah Ujian Pra, Ujian Pasca, Pemerhatian dan Temu Bual. Melalui kajian

    ini,murid lemah dalam penguasaaan kemahiran menulis telah dapat menulis

    bentuk huruf dengan baik sekali gus membantu mereka meningkatkan

    pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

    Kata kunci : peningkatan, penguasaan, AMaTSI, huruf tidak berkaki

    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Pengkaji telah diminta oleh guru Bahasa Malaysia tahun 2 Cekal untuk menyemak kertas

    ujian Bahasa Malaysia pada minggu pertama sesi praktikum . Semasa membuat semakan kertas ujian tersebut, pengkaji terkejut melihat hasil tulisan beberapa orang murid tahun 2

    Cekal.Tulisan mereka menunjukkan bentuk huruf yang mengelirukan. Tulisan yang tidak

    kemas serta mengelirukan mengakibatkan jawapan yang diberikan kurang jelas dan sukar

    untuk dibaca. Setelah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermula pada minggu kedua, pengkaji membuat pemerhatian terhadap masalah bagi memastikan sejauh

    mana ketaranya masalah ini. Jadi, daripada pemerhatian pengkaji pada minggu pertama

    perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran murid tahun 2 Cekal, pengkaji mendapati

    sememangnya murid yang dikesan semasa menyemak ujian lalu mengalami masalah dalam

    menulis bentuk huruf. Huruf yang ditulis mengelirukan, tidak kemas, dan menyebabkan

    perkataan tersebut memberi maksud lain.

    Kesimpulan yang dilakukan menunjukkan murid mempunyai masalah menulis huruf yang

    tidak menyerupai huruf yang sebenar. Hasil penulisan murid menunjukkan mereka menulis

    huruf dengan bentuk huruf yang salah. Pelbagai bentuk kesalahan huruf yang dilakukan oleh

    murid. Antaranya huruf r yang ditulis seperti v, huruf n seperti h, huruf a seperti d, huruf e seperti c , huruf i tanpa titik dan sebagainya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah . Hal ini menyebabkan murid menulis perkataan salah, dan tidak bermakna.

    Akibatnya, ayat yang terhasil tidak gramatis. Pengkaji beranggapan bahawa murid belum lagi

  • menguasai kemahiran koordinasi mata dan tangan dengan baik. Daripada hasil pemerhatian

    pengkaji juga, pengkaji mendapati kesilapan penulisan huruf murid bermula daripada cara

    memegang pensel, kedudukan tangan dan buku yang tidak betul serta postur badan yang salah

    semasa menulis.

    SOROTAN LITERATUR

    Menulis ialah suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi

    perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Kemahiran

    menulis ialah kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Kemahiran

    ini merupakan aspek penting dalam mata pelajaran bahasa Malaysia di sekolah. Hal ini

    demikian kerana kemahiran menulis menentukan tahap pencapaian murid di dalam

    peperiksaan. Menurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir

    semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan

    dan ada juga jawapan yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat.

    Justeru itu, Murid perlu menguasai kemahiran menulis daripada peringkat asas lagi iaitu

    peringkat penulisan mekanis yang mana murid dapat menulis dengan ejaan yang betul serta

    kemas, aspek ini penting sebelum murid dapat menulis di peringkat penglahiran fikiran atau

    idea. Kenyataan pengkaji adalah berdasarkan kenyataan Raminah Haji Sabran (1995) di dalam kemahiran menulis, penekanan harus diberikan kepada tulisan yang jelas dengan

    menulis lambang-lambang huruf menjadi ejaan yang betul.

    Namun begitu, masalah dalam kemahiran menulis adalah masalah yang paling ketara sama

    ada di peringkat pramenulis sehinggalah peringkat penglahiran. Namun begitu, masalah dalam

    kemahiran menulis lebih ketara di peringkat pra menulis dan menulis mekanis. Menurut

    Kamarudin Hj Husin (1998), beliau menyatakan dalam buku tulisannya iaitu Pedagogi Bahasa

    bahawa kanak-kanak mengalami kesukaran menulis dengan tulisan yang sukar dibaca. Antara faktor yang menyumbang kepada tulisan yang sukar dibaca ialah formasi huruf yang

    salah atau terbalik, saiz dan tinggi huruf yang tidak konsisten. Kegagalan murid dalam

    Rajah 1: Kesalahan Bentuk Huruf

  • menguasai kemahiran di peringkat pra menulis dan menulis mekanis akan menyebabkan

    murid gagal menulis di peringkat penglahiran. Berdasarkan kenyataan ini, pengkaji berpendapat masalah-masalah ini berpunca daripada

    kemahiran paling asas lagi iaitu kemahiran cara memegang alat tulis yang salah. Hal ini

    selaras dengan kenyataan Levine (1979), iaitu cara memegang alat tulis akan mempengaruhi

    bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan pada motor halus menyebabkan kanak-

    kanak menghadapi kesukaran memegang pensel. Levine menegaskan lagi bahawa cara kanak-

    kanak memegang pensel dengan cengkaman yang kurang kemas menyebabkan pergerakan

    pensel menjadi tidak licin.

    Pelbagai kajian yang telah dilah dilaksanakan dalam mengatasi masalah murid bagi aspek

    kemahiran menulis mekanis. Misalnya, kajian Norma Bt Hj Ismail (2013), yang bertajuk

    Meningkatkan Kemahiran Menulis Mekanis Murid Tahun Tiga menggunakan Smart Board BUGAR 4 yang dijalankan kepada murid Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Rahmat, Rantau Panjang, Kelantan bagi meningkatkan penguasaan murid dalam menulis bentuk-bentuk huruf

    dengan cara yang betul. Hasilnya, penggunaan Smart Board Bugar 4 telah berjaya membantu

    muridnya meningkatkan mutu tulisan menjadi lebih kemas serta seragam. Hal ini telah

    dibuktikan berdasarkan kajian kepada keputusan ujian pasca yang telah diberikan kepada

    subjek kajian.

    Antara kajian tindakan lain yang dirujuk pengkaji dalam menangani masalah murid dalam

    kemahiran menulis mekanis. Misalnya, kajian Siti Aida Abd. Hana (2012) yang bertajuk

    Penggunaan Smart Writing Kit Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Dan Mengenal Huruf a hingga z. Dalam Kalangan Kanak-kanak Prasekolah di SK Seri Nilam, Kuala Terengganu. Beliau menggunakan kaedah menekap huruf bagi memberikan pendedahan awal

    untuk mengawal pergerakan tangan murid. Hasil kajian yang dijalankan oleh beliau telah

    meningkatkan kemahiran menulis huruf a hingga z sehingga 100%.

    Antara inovasi yang sedia ada dalam mengatasi masalah dalam penulisan ialah penggunaan

    carta teknik menulis huruf yang betul yang digunakan oleh Faizal Bin Latip (2009) dalam

    kajiannya yang bertajuk Teknik Menulis Huruf Dengan Betul Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid Pemulihan yang dijalankan di SK Pelita Jaya, Kuching, Sarawak ke atas seorang murid pemulihan sekolah itu. Beliau telah menggunakan teknik menulis huruf yang

    betul dan diajar secara ansur maju, dan menggunakan buku garis tiga sebagai panduan

    menulis yang betul.

    TUJUAN KAJIAN

    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran

    menulis bentuk huruf yang betul murid Tahun 2 Cekal Sekolah Kebangsaan Padang

    Mengkuang, Marang dengan menggunakan AMaTSI.

    Objektif

    Meningkatkan penguasaan murid menulis bentuk-bentuk huruf yang tidak berkaki

    (a,c,e,i,m,n,o,r,s,u,v) dengan bentuk yang betul.

  • Persoalan Kajian

    Bagaimanakah penggunaan AMaTSI dapat membantu murid Tahun 2 Cekal meningkatkan penguasaan menulis bentuk huruf yang tidak berkaki (a,c,e,i,m,n,o,r,s,u,v) dengan bentuk

    huruf yang betul?

    METODOLOGI KAJIAN

    Pelaksanaan kajian tindakan ini menggunakan model kajian Kurt Lewin (1947) yang mana prosedur tindakannya terdiri daripada merancang, bertindak, memerhati, dan seterusnya

    membuat refleksi. Model penyelidikan Kurt Lewin (1947) digunakan apabila masalah kajian

    telah dikenal pasti. Kajian tindakan ini melibatkan empat orang murid lelaki tahun 2 Cekal

    Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang, Marang. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan

    kepada pencapaian dalam ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian,

    analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif

    mengikut peserta kajian.

    Pengumpulan data ujian dilaksanakan menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pasca.

    Ujian pra disediakan oleh pengkaji bagi melihat sejauh mana pencapaian murid dan masalah

    yang dihadapi oleh murid. Ujian ini dijalankan sebelum perlaksanaan tindakan. Tujuan khusus

    ujian ini dilaksanakan untuk mengetahui sejauh mana responden dapat menulis bentuk huruf.

    Ujian pasca pula di jalankan dengan prosedur yang sama dengan ujian pra cuma ianya

    bertujuan untuk melihat pencapaian murid selepas perlaksanaan intervensi. Tujuan khususnya

    untuk mengkaji keberkesanan AMaTSI yang digunakan untuk meningkatkan penguasaan

    murid membentuk huruf.

    Instrumen pemerhatian digunakan dengan mengamati tingkah laku responden berdasarkan

    perkara-perkara atau beberapa item-item yang ingin dilihat iaitu cara responden memegang

    pensel, kedudukan buku atau kertas dengan responden serta postur badan yang betul.

    Pemerhatian dijalankan secara berstruktur dengan menggunakan borang senarai semak dan di

    ambil gambar bagi membuktikan lagi masalah yang dihadapi oleh murid. Untuk menganalisis

    pemerhatian, pengkaji menjalankan pemerhatian sebanyak 3 kali terhadap responden iaitu

    sebelum, semasa dan selepas intervensi dijalankan.

    Instrumen analisis dokumen pula merupakan intrumen hasil kerja responden secara bertulis

    daripada lembaran kerja yang diberikan oleh pengkaji sebelum intervensi dan selepas

    intervensi menulis dilaksanakan. Analisis dokumen dalam bentuk latihan memberi gambaran

    kepada pengkaji untuk melihat perkembangan yang berlaku pada kemahiran menulis

    responden melalui latihan-latihan menulis yang diberikan. Setelah analisis dokumen

    dilakukan, pengkaji akan mengumpulkan data-data yang diperolehi menggunakan senarai

    semak kekerapan kesalahan huruf yang dilakukan oleh responden. Melalui senarai semak,

    pengkaji akan membuat analisa terhadap peningkatan penulisan responden dan sekaligus

    menjawab persoalan kajian.

    Manakala istrumen temu bual turut digunakan dalam kajian ini. Soalan-soalan yang

    dikemukakan lebih kepada respon peserta kajian selepas intervensi diberikan. Menurut Mohd

    Majid Bin Samad (2000) (seperti dinyatakan dalam Mohammad Faizal Bin Latip, 2012),

    kaedah temu bual boleh digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta,

    kepercayaan, perasaan dan kehendak mengikut keperluan persoalan kajian.

  • SPESIFIKASI INTERVENSI

    Langkah Pertama :

    Pada permulaan aktiviti, bahagian pertama AMaTSI diperkenalkan kepada responden

    iaitu responden melakukan terapi jari dan badan dengan menunjukkan cara memegang pensel

    dan postur badan yang betul kepada responden. Pengkaji melatih mereka memegang pensel

    dengan betul dan berada dalam keadaan postur badan yang betul semasa menulis melalui

    tontonan video Terapi Jari dan Badan dalam AMaTSI. Pengkaji akan menunjukkan

    kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis. Pengkaji diminta mencontohi tindakan

    yang dilakukan oleh pengkaji. Hal ini kerana, cara pegangan pensel dan postur badan sangat

    mempengaruhi hasil tulisan. Pegangan pensel yang terlalu kemas akan menyebabkan berlaku

    tekanan dan memberi beban semasa menulis. Manakala postur badan yang salah semasa

    menulis akan memberi kesan yang agak ketara seperti menulis terlalu rapat atau condong.

    Jadi, dalam membantu murid membentuk huruf, pengkaji sangat menitik beratkan aspek ini.

    Langkah Kedua:

    Kemudian aspek yang disentuh adalah dari aspek kemahiran motor halus murid yang

    melibatkan aktiviti menggunakan pensel iaitu dalam bahagian BANTU SAYA! Penggunaan

    AMaTSI digunakan seiring dengan modul AMaTSI yang disediakan oleh guru yang mana

    kandungan isinya hampir sama dengan kandungan AMaTSI. Bahagian aktiviti

    diperbanyakkan dalam modul bagi memberi kepelbagaian latihan kepada responden. Bahagian

    BANTU SAYA melatih reponden melakukan aktiviti yang melibatkkan latihan motor halus.

    Responden diminta mencari jalan pulang berdasarkan permainan BANTU SAYA dalam

    AMaTSI. Seterusnya, responden diminta melakar jalan pulang tersebut dalam modul yang

    disediakan oleh pengkaji.

    Rajah 2 Latihan Terapi Jari dan Badan

    Rajah 3 Latihan Kemahiran Motor Halus

  • Langkah Ketiga:

    Bahagian ketiga dalam AMaTSI diperkenalkan iaitu bahagian BELAJAR MENULIS

    HURUF. Responden ditunjukkan cara-cara yang betul membentuk huruf kecil menggunakan

    AMaTSI. Responden akan meniru cara membentuk huruf berdasarkan AMaTSI dengan

    menggunakan Modul AMaTSI . Dilaksanakan secara berperingkat:

    Membentuk huruf atas huruf Membentuk huruf putus-putus Membentuk huruf Sepanjang intervensi, responden diminta menulis semula huruf tersebut berulang-

    ulang kali. Modul AMaTSI yang disediakan pengkaji boleh dipadam menggunakan pemadam

    papan putih dan digunakan berulang kali. Pengkaji akan memantau setiap pergerakan cara

    menulis peserta kajian. Pengkaji akan menegur sekiranya responden membentuk huruf dengan

    cara yang salah supaya bentuk huruf yang terhasil menyerupai bentuk huruf yang sebenar.

    Pengkaji akan menganalisis hasil kerja responden. Sekiranya responden berjaya menulis huruf

    menyerupai huruf sebenar, pengkaji akan meneruskan dengan langkah seterusnya iaitu

    menulis perkataan.

    Langkah Keempat:

    Seterusnya, latihan ansur maju dan latih tubi, Apabila responden telah dapat

    membentuk huruf-huruf dengan betul, responden akan dibimbing dan dilatih secara ansur

    maju menulis perkataan-perkataan mudah di atas satu garisan atau ruang.

    DAPATAN KAJIAN

    Dapatan kajian ini diperincikan berdasarkan dapatan responden 2. Responden 2 merupakan

    salah seorang murid yang mengalami masalah dalam kemahiran menulis bentuk huruf. Huruf-

    huruf yang ditulis tidak menyerupai huruf yang sebenar. Analisis tinjauan awal berdasarkan

    pemerhatian telah menunjukkan responden 2 tidak menguasai teknik asas menulis iaitu tidak

    mampu memegang pensel dengan betul serta postur badan yang salah semasa menulis yang

    mana responden ini gemar menulis sambil berdiri. Jadi, peringkat awal intervensi, pengkaji

    telah menunjukkan cara dan kaedah yang betul memegang pensel dan postur badan yang betul

    semasa menulis melalui bahagian pertama AMaTSI:Terapi Jari dan Badan. Hasilnya dapat

    dilihat perubahan yang berlaku kepada responden 2 dalam teknik asas ini. Rajah 5

    menunjukkan perubahan selepas sesi intervensi ini dilaksanakan.

    Rajah 4 Aktiviti menulis huruf secara berperingkat

  • Setelah responden berupaya memegang pensel dengan betul dan berada dalam postur badan

    yang betul semasa menulis, pengkaji telah memberikan latihan kemahiran motor halus yang

    berbentuk permainan iaitu BANTU SAYA! Latihan ini digunakan bagi membantu murid

    membiasakan cara pegangan pensel yang betul dan melatih koordinasi mata dan tangan murid

    sebelum meneruskan sesi seterusnya. Sekali lagi pemerhatian berstruktur dilakukan bagi

    melihat keberkesanan intervensi yang dilaksanakan pada peringkat pertama. Apabila

    responden dilihat dapat membiasakan teknik asas menulis yang betul, pengkaji meneruskan

    sesi pada bahagian ketiga dalam AMaTSI iaitu BELAJAR MENULIS HURUF. Responden

    menggunakan AMaTSI bagi melihat pergerakan pensel secara animasi bagi menunjukkan cara

    membentuk huruf yang betul dan seterusnya responden melakukan pergerakan yang sama

    dengan meniru cara animasi tersebut pada modul AMaTSI. Setelah intervensi ini dilaksanakan

    secara berperingkat, ujian pasca diberikan kepada responden 2. Hasil ujian pasca telah

    menunjukkan peningkatan yang ketara berlaku kepada responden sehingga 87% daripada 42%

    semasa ujian pra. Peningkatan markah dalam ujian yang diperoleh mengukuhkan lagi dengan

    dapatan yang diperoleh melalui instrumen pemerhatian semasa intervensi dilaksanakan. Jadi,

    pengkaji bersetuju dengan penyataan Levine (1979), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid.

    Bagi memastikan responden mampu meningkatkan lagi penguasaan menulis bentuk huruf

    yang betul. Pengkaji telah menambah baik aktiviti dengan latih tubi menulis huruf pada

    perkataan dan frasa dalam modul AMaTSI menggunakan garis tiga bermula daripada latihan

    perkataan. Analisis dokumen latihan 1 dianalisis bagi melihat sejauhmana sesi intervensi ini

    dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran menulis bentuk-bentuk huruf

    yang betul. Hasilnya menunjukkan perubahan yang ketara telah berlaku seperti mana yang

    ditunjukkan dalam Rajah 6 di bawah.

    Rajah 5 Pemerhatian Selepas Sesi Intervensi Pertama

    Rajah 6 Analisis Dokumen Sebelum Dan Selepas

    Intervensi

  • Responden seterusnya diberikan latihan menulis bentuk huruf dalam bentuk frasa

    menggunakan garis tiga secara latih tubi dan berterusan dan dilaksanakan selama 30 minit

    satu hari. Kesan penggunaan garis tiga diaplikasikan dengan AMaTSI ini telah menunjukkan

    peningkatan yang agak ketara dalam Ujian Pasca 2. Peningkatan responden berlaku sehingga

    100%. Peningkatan ini telah menunjukkan keberkesanan AMaTSI dalam meningkatkan

    penguasaan murid dalam kemahiran menulis bentuk huruf yang betul. Penambahbaikan

    aktiviti dengan melakukan latih tubi latihan menulis selaras dengan penyataan Grave (1983),

    murid sekurang-kurangnya mesti menulis setiap hari atau minumum empat hari dalam

    seminggu yang mana pada hari-hari menulis sekurang-kurangnya 30 minit sesi menulis.

    Selepas intervensi, responden 2 ditemu bual untuk mengetahui respon setelah intervensi

    dilaksanakan. Apabila ditanya Mengapa kamu tidak tulis huruf a macam huruf d lagi? Responden 2 telah memberi respon Bentuk huruf a dan d tak sama cikgu. Cara tulis huruf a pun dop sama ngan d cikgu. Dapatan temu bual telah menunjukkan responden tahu bagaimana sesuatu bentuk huruf yang sebenar setelah beberapa jenis sesi intervensi

    dilaksanakan secara berperingkat.

    Untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian, pengkaji telah menjalankan sekali lagi analisis

    dokumen iaitu pada lembaran kerja 2. Dapatan menunjukkan telah berlaku penurunan

    kesalahan huruf yang dilakukan oleh responden. Kesimpulannya, keempat-empat responden

    yang menjalani intervensi telah berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran menulis bentuk

    huruf yang betul berdasarkan beberapa instrumen yang telah digunakan. Hal ini menunjukkan,

    keberkesanan AMaTSI dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis

    bentuk huruf yang betul.

    KESIMPULAN

    Pengkaji hanya memfokuskan kepada masalah murid menulis tidak menyerupai huruf yang

    sebenar. Masalah ini menjadi fokus kajian pengkaji berbanding masalah lain. Hal ini kerana,

    pembentukan huruf yang salah adalah punca kepada masalah-masalah menulis mekanis yang

    lain. Oleh yang demikian, dalam mengatasi masalah ini, pengkaji telah menggunakan

    AMaTSI sebagai alat untuk membantu responden. Konsep penggunaan AMaTSI ini

    berasaskan Teori Pemodelan Bandura (1986). Teori ini menyatakan manusia secara semula

    jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying &

    Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009). Responden akan mengikut cara animasi dalam

    AMaTSI yang ditunjukkan oleh pengkaji. Dalam perisian AMaTSI ini, pengkaji tidak mengabaikan kemahiran motor halus murid dan teknik menulis yang betul terutamanya

    perkara asas iaitu kemahiran cara memegang alat tulis yang salah serta postur badan yang

    betul semasa menulis. Hal ini selaras dengan kenyataan Levine (1979), iaitu cara memegang

    alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Selain itu,

    pelaksanaan intervensi ini dijalankan secara berperingkat daripada asas kepada kompleks. Ini

    bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Ahmad Durani Bin Suip (2010). Beliau

    menyatakan penulisan berperingkat dapat memperbaiki kekemasan tulisan murid, murid di

    ajar kemahiran-kemahiran asas daripada mudah kepada lebih susah dan kompleks. Dapatan

    yang diperoleh juga menunjukkan hasil yang postif yang mana selepas langkah intervensi

    dijalankan subjek kajian beliau telah menunjukkan peningkatan dari segi kekemasan dan

    kecantikan tulisan mereka walaupun tanpa berpandukan kertas bergaris tiga. Aktiviti ini juga dijalankan secara latih tubi dan berterusan dan dilaksanakan selama 30 minit satu hari. Hal ini

    selaras dengan penyataan Grave (1983), murid sekurang-kurangnya mesti menulis setiap hari

    atau minimum empat hari dalam seminggu yang mana pada hari-hari menulis sekurang-

    kurangnya 30 minit sesi menulis. Ringkasnya, dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan yang positif dari aspek kemahiran menulis bentuk huruf dan penguasaan

    kemahiran menulis umumnya. Perubahan yang ketara dapat dilihat berdasarkan dapatan ujian

    dan analisis dokumen serta dikukuhkan lagi dengan dapatan pemerhatian. Justeru itu,

  • penggunaan AMaTSI dalam meningkatkan kemahiran menulis bentuk huruf terbukti

    berkesan. Perisian AMaTSI menggunakan pengaplikasian animasi dalam komputer adalah

    satu inovasi yang baharu mampu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis

    mekanis. Hal ini boleh disokong dengan kajian yang bertajuk Keberkesanan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Tatabahasa oleh Nor Ilyani Harun, Ahmad Fauzi Mohd. Ayub, Fadzilah Ab. Rahman (2012) ke atas murid Tahun 3 di sebuah Sekolah

    Kebangsaan di Kuala Lumpur.

    Kajian tindakan merupakan satu kemahiran baru yang saya pelajari dan mengaplikasikan

    kemahiran ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Kajian tindakan yang saya

    laksanakan ini merupakan salah satu usaha untuk membantu murid-murid yang mempunyai

    masalah dalam pembelajaran terutamanya murid tahap satu yang menghadapi masalah tulisan

    yang kritikal berdasarkan hasil pengalaman praktikum. Selaku seorang guru dalam era baru ini, saya perlu bersiap sedia menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan dan

    perkembangan dalam dunia pendidikan pada masa kini. Saya sedar jika murid-murid tidak

    menguasai kemahiran menulis dengan baik akan menjejaskan prestasi pencapaian dalam

    semua mata pelajaran, maka guru adalah pihak yang pertama bertanggungjawab terhadap

    situasi tersebut terutamanya guru bahasa Malaysia. Oleh sebab itu guru perlu menggunakan

    kaedah lain yang sesuai dengan keperluan murid yang lemah dan bukanya bertindak mengabaikan mereka. Setiap individu adalah berhak untuk mendapat peluang pendidikan

    walaupun murid kelas terkebelakang yang mana merupakan golongan minoriti yang lemah

    dalam pelajaran. Dalam kajian saya, selain daripada menambah baik amalan pengajaran, saya

    membantu beberapa orang murid ini meningkatkan kekemasan tulisan mereka di samping

    memberikan motivasi untuk berjaya dalam pelajaran.

    Hasil kajian ini boleh diperbaiki lagi dengan menambah pelbagai aktiviti yang lebih menarik

    dalam perisian AMaTSI. Penggunaan teknologi mampu membantu meningkatkan lagi

    penguasaan murid terhadap kemahiran menulis mekanis dan perancangan serta prosedur yang

    lebih terperinci boleh dilaksanakan dalam membantu murid yang lemah dalam kemahiran

    menulis mekanis.

    RUJUKAN

    Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders. Cambridge,

    Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.

    Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Selangor:Longman Malaysia Sdn.

    Bhd.

    Mohammad Faizal Bin Latip (2012). Teknik Menulis Huruf Dengan Betul

    Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid Pemulihan : Penulisan Ilmiah

    Penyelidikan Tindakan. IPG Kampus Batu Lintang.

    Noorazman Mahat. (2009). Panduan Menulis Karangan.

    http://karanganbagus.blogspot.com

    Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009).

    Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar.

  • Norma Binti Haji Ismail (2013). Meningkatkan Kemahiran Menulis Mekanis Murid

    Tahun 3 Menggunakan Smart Board Bugar 4: Penulisan Ilmiah Penyelidikan

    Tindakan. IPG Kampus Dato Razali Ismail

    Nor Ilyani harun, Ahmad Fauzi Mohd Ayub & Fadzilah Ab.Rahman (2012) ,

    Keberkesanan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran

    Dan Pembelajaran Tatabahasa : Penulisan Ilmiah Penyelidikan Tindakan.

    Universiti Putra Malaysia.

    Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia

    Penerbitan Fajar Bakti.

    Siti Aida Abd Hana (2012). Penggunaan Smart Writing Kit Dalam Meningkatkan

    Kemahiran Menulis dan Mengenal Huruf a-z Dalam Kalangan Kanak-kanak

    Prasekolah: Penulisan Ilmiah Penyelidikan Tindakan. IPG Kampus Dato Razali Ismail.