proses kelulusan pelan bangunan...

2
PROSES KELULUSAN PELAN BANGUNAN (BARU) Makmal Pembangunan Hartanah telah mencadangkan bahawa Pelan Bangunan/Building Plan dikecualikan daripada kelulusan PBT. Berikutan daripada itu, satu bengkel bagi mengkaji cadangan tersebut telah diadakan bersama Agensi-Agensi Teknikal Persekutuan, PBT dan badan-badan professional dan mencadangkan supaya proses kelulusan Pelan Bangunan dipermudahkan daripada kedudukan sekarang. Panduan Proses Kelulusan Pelan Bangunan (Baru) 6 elemen penambahbaikan ke atas Proses Kelulusan Pelan Bangunan adalah seperti berikut iaitu: I. Selaras pemakaian Template Seragam Senarai Semak Dokumen dan Senarai Semak Terperinci Agensi Teknikal Luaran dan Dalaman, permohonan pelan bangunan yang dikemukakan kepada PBT perlu dirujuk kepada Jabatan Bangunan sebagai jabatan memproses dan 4 jabatan teknikal luaran yang memberi ulasan teknikal iaitu Indah Water Konsortium (IWK), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Semakan pematuhan yang dilaksanakan adalah bersandarkan kepada keperluan undang-undang, amalan kesenibinaan dan kejuruteraan serta polisi-polisi jabatan yang berkuatkuasa. Bagi meningkatkan elemen self-regulation di kalangan perunding, adalah disarankan IWK, SKMM dan JPS tidak lagi dirujuk di peringkat pelan bangunan melainkan JBPM yang menyemak pematuhan kepada keperluan keselamatan kebakaran dan kesesuaian inovasi-inovasi baru pencegahan kebakaran yang dicadangkan perunding. Sehubungan itu, inisiatif baru ini menyaksikan pengurangan agensi teknikal luaran yang dirujuk daripada 4 iaitu IWK, JPS, SKMM dan JBPM menjadi 1 agensi sahaja, iaitu JBPM. II. Bagi 3 jabatan teknikal yang masih dirujuk di peringkat kelulusan pelan bangunan iaitu Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan JBPM semakan pematuhan yang akan dilaksanakan adalah bersandarkan kepada keperluan-keperluan teknikal selain daripada peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Oleh yang demikian, berlaku juga pengurangan jumlah senarai keperluan yang disemak ketiga-tiga jabatan tersebut iaitu dari 81 kepada 19 senarai. III. Melalui inisiatif baru ini, jabatan memproses dan jabatan yang mengeluarkan ulasan teknikal kini diberi 7 hari untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Proses- proses lain yang berkaitan juga dipendekkan tempoh piagamnya agar keseluruhan tempoh meluluskan Pelan Bangunan yang telah dipermudahkan dapat dikurangkan dari 61 kepada 37 hari. Pengurangan selanjutnya dari 37 kepada 30 hari boleh dilakukan sekiranya PBT, secara pentadbiran, menetapkan Pelan Bangunan diluluskan oleh YDP dan kelulusan tersebut dimaklumkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa OSC dan seterusnya kelulusan muktamad dikeluarkan oleh jabatan yang memproses.

Upload: dangtruc

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROSES KELULUSAN PELAN BANGUNAN (BARU)rehdainstitute.com/wp-content/uploads/2016/03/kelulusan_pelan... · melainkan JBPM yang menyemak pematuhan kepada keperluan keselamatan kebakaran

PROSES KELULUSAN PELAN BANGUNAN (BARU)

Makmal Pembangunan Hartanah telah mencadangkan bahawa Pelan Bangunan/Building Plan

dikecualikan daripada kelulusan PBT. Berikutan daripada itu, satu bengkel bagi mengkaji

cadangan tersebut telah diadakan bersama Agensi-Agensi Teknikal Persekutuan, PBT dan

badan-badan professional dan mencadangkan supaya proses kelulusan Pelan Bangunan

dipermudahkan daripada kedudukan sekarang.

Panduan Proses Kelulusan Pelan Bangunan (Baru)

6 elemen penambahbaikan ke atas Proses Kelulusan Pelan Bangunan adalah seperti berikut

iaitu:

I. Selaras pemakaian Template Seragam Senarai Semak Dokumen dan Senarai Semak

Terperinci Agensi Teknikal Luaran dan Dalaman, permohonan pelan bangunan yang

dikemukakan kepada PBT perlu dirujuk kepada Jabatan Bangunan sebagai jabatan

memproses dan 4 jabatan teknikal luaran yang memberi ulasan teknikal iaitu Indah

Water Konsortium (IWK), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

(JBPM). Semakan pematuhan yang dilaksanakan adalah bersandarkan kepada keperluan

undang-undang, amalan kesenibinaan dan kejuruteraan serta polisi-polisi jabatan yang

berkuatkuasa. Bagi meningkatkan elemen self-regulation di kalangan perunding, adalah

disarankan IWK, SKMM dan JPS tidak lagi dirujuk di peringkat pelan bangunan

melainkan JBPM yang menyemak pematuhan kepada keperluan keselamatan kebakaran

dan kesesuaian inovasi-inovasi baru pencegahan kebakaran yang dicadangkan

perunding. Sehubungan itu, inisiatif baru ini menyaksikan pengurangan agensi

teknikal luaran yang dirujuk daripada 4 iaitu IWK, JPS, SKMM dan JBPM

menjadi 1 agensi sahaja, iaitu JBPM.

II. Bagi 3 jabatan teknikal yang masih dirujuk di peringkat kelulusan pelan bangunan iaitu

Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan JBPM semakan pematuhan yang akan

dilaksanakan adalah bersandarkan kepada keperluan-keperluan teknikal selain daripada

peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil Bangunan

Seragam 1984. Oleh yang demikian, berlaku juga pengurangan jumlah senarai

keperluan yang disemak ketiga-tiga jabatan tersebut iaitu dari 81 kepada 19

senarai.

III. Melalui inisiatif baru ini, jabatan memproses dan jabatan yang mengeluarkan ulasan

teknikal kini diberi 7 hari untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Proses-

proses lain yang berkaitan juga dipendekkan tempoh piagamnya agar keseluruhan

tempoh meluluskan Pelan Bangunan yang telah dipermudahkan dapat

dikurangkan dari 61 kepada 37 hari. Pengurangan selanjutnya dari 37 kepada 30

hari boleh dilakukan sekiranya PBT, secara pentadbiran, menetapkan Pelan Bangunan

diluluskan oleh YDP dan kelulusan tersebut dimaklumkan kepada Mesyuarat

Jawatankuasa OSC dan seterusnya kelulusan muktamad dikeluarkan oleh jabatan yang

memproses.

Page 2: PROSES KELULUSAN PELAN BANGUNAN (BARU)rehdainstitute.com/wp-content/uploads/2016/03/kelulusan_pelan... · melainkan JBPM yang menyemak pematuhan kepada keperluan keselamatan kebakaran

IV. Memandangkan pihak-pihak IWK, SKMM, JPS tidak lagi dirujuk di peringkat kelulusan

Pelan Bangunan, perunding akan memperakukan bahawa telah mematuhi kehendak

ketiga-tiga jabatan tersebut melalui Surat Perakuan Perunding. Salinan surat-surat ini

hendaklah disertakan bersama-sama Borang A semasa permohonan Pelan Bangunan

dikemukakan dan sekali lagi semasa Borang B untuk memulakan atau menyambung

kerja dikemukakan.

V. Bagi mengelakkan pihak runner melakukan perundingan teknikal, perunding hendaklah

menamakan agen-agennya yang dibenarkan berurusan dengan PBT semasa

mengemukakan Borang A kepada PBT. Agen yang dimaksudkan hendaklah dari

kalangan yang terlibat secara langsung termasuk mengetahui secara mendalam selok-

belok mengenai cadangan projek yang dikemukakan.

VI. PBT disaran mempertimbangkan 4 permohonan permit bagi binaan sementara di

tapak jika dikemukakan serentak dengan Pelan Bangunan dan Pelan Kerja Tanah untuk

diluluskan bersekali iaitu:

Permit papan dendeng (hoarding) dan papan tanda projek;

Permit guna jalan awam;

Permit keluar masuk tapak; dan

Permit rumah kongsi