prosedur penjagaan koleksi warisan: kajian di jabatan
TRANSCRIPT
Jurnal Melayu (9)2012: 241-257
Prosedur Penjagaan Koleksi Warisan:Kajian di Jabatan Muzium Malaysia
Zuraidah Hassan
Ab. Samad Kechot
Abstrak
Makalah ini berusaha mendokumentasikan peranan yang dimainkan oleh JabatanMuzium Malaysia (JMM) dalam pengekalan koleksi warisan. Data dikutipdaripada partisipasi lapangan, temu bual dan kajian perpustakaan. Kajian inidapat memberi gambaran bagaimana muzium di Malaysia menguruskan kerjapemuliharaan warisan.
Kata kunci: muzium, Jabatan Muzium Malaysia (JMM), penyelidikan dan kajiankoleksi, perolehan dan pengurusan koleksi, konservasi koleksi
Abstract
This paper intends to document the role undertaken by the Department ofMuseums Malaysia (JMM) in the heritage collection preservation. Data hadbeen collected from participation observations, interviews and library study.This study could shed light on how the museums in Malaysia manage theirtasks in heritage preservation.
Keywords: museum, the Department of Museums Malaysia, research andcollection study, turnover and collection management, conservation ofcollections.
Pendahuluan
Muzium merapakan institusi penjagaan warisan bahan sejarah. Sejarahmerapakan peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau(Kamus Dewan 2000). Penghayatan terhadap sejarah merapakan aspekyang sangat penting dan perlu dihayati oleh setiap masyarakat terutamagolongan muda. Peristiwa sejarah merupakan peristiwa yang sangatpenting dalam memangkinkan kemajuan negara tidak kira dari segiekonomi ataupun perpaduan negara. Bahan sejarah perlulah dipeliharaagar dapat dilihat oleh generasi akan datang. Dalam memastikan iaterus dapat dipertahankan, semua pihak harus memainkan peranandengan sewajarnya terutama pihak kerajaan. Dalam memainkan
242
peranan iniJabatan Muzium Malaysia (JMM) merapakan jabatan yangbertanggungjawab dalam memastikan kelangsungan jangka hayatsesebuah artifak.
Prosedur Penjagaan Koleksi
Dalam sesebuah muzium, penjagaan ke atas koleksi sangat diambilberat. Penjagaan koleksi melibatkan akta dan kaedah yang disediakanagar koleksi yang diuruskan akan melalui prosedur yang seragam.Keseragaman adalah penting untuk memastikan pendokumentasiankoleksi dapat dilakukan dengan baik dan mengelakkan koleksi sukardijumpai. Penjagaan koleksi tersebut, terdiri daripada beberapa peringkat:
(i) Perolehan dan pengurusan koleksi(ii) Pendaftaran koleksi(iii) Penstoran dan penyimpanan koleksi(iv) Konservasi
Perolehan dan Pengurusan Koleksi
Sesebuah koleksi muzium diperoleh daripada pelbagai cara sepertipembelian, penyelidikan di lapangan, hadiah atau wakaf, wasiatdari individu tertentu, keluarga atau pertubuhan yang menamakanmuzium sebagai pengamanah objek-objek tertentu. Muzium yangtidakmempunyai koleksi bukanlah dinamakan muzium (Adi 2009). Namunmuziumjugamembuat kepelbagaian koleksi khususnya warisan sejarah,kebudayaan dan alam semula jadi.
Pengurusan koleksi merupakan salah satu core business muziumyang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut piawaian yangstandard seperti yang digariskan Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM).Koleksi juga haras diuruskan dengan betul dan beretika bermula dariproses perolehan dilakukan. Sebarang perolehan yang dibuat melaluipembelian atau hadiah dari orang awam haraslah dilakukan dengancara yang telus, jujur, adilmengikut kaedahdan sistemperolehan yangditetapkan bagi mengelakkan dari sebarang kemungkinan yang tidakdiingini, danyang boleh menjejaskan kredibiliti muzium ataupembekal.
Muzium akan membuat perolehan koleksi berdasarkan objektifpenubuhan muzium, skop atau bidang yang dikendalikan sertakemampuan kewanganyang disediakan. Bagi muzium-muzium umumsama ada peringkat nasional, negeri, atau daerah koleksinya adalah
243
bersifat umum. Namun bagi muzium-muzium khas seperti muziumarkeologi, geologi, alam semula jadi, pusat sains dan yang seumpamadengannya, koleksinya adalah bersifat khusus iaitu berkaitan denganobjektif penubuhannya sahaja.
Setiap muzium juga perlu mempunyai dasar bertulis mengenaikoleksi yang sah atau diluluskan olek kuasa tertinggi terhadap muzium.Dasar ini perlu disemak dari semasa ke semasa dan diperbaharuisekiranya perlu dan sesuai mengikut keperluan semasa. Antara perkara-perkara yang perlu dinyatakan dalam dasar ini terhadap koleksi ialah:
(i) Kaedah atau cara perolehan.(ii) Penjagaan (perlindungan keselamatan, penstoran, dan pengurusan.(iii) Pegawai yang bertanggungjawab.(iv) Pengurusan konservasi/restorasi.(v) Dokumentasi mengikut jenis, kategori dan klasifikasi mengikut
jenis, kategori, dan klasifikasi.(vi) Penjagaan koleksi spesimen hidup (haiwan atau tumbuh-tumbuhan),
objek yang berkaitan dengan ritual keagamaan dan mayat manusiadan koleksi milik persendirian.
Kaedah Perolehan
Dalam memperoleh koleksi, perancangan strategi mesti dilakukan olehpihak muzium agar pengumpulan koleksi adalah berdasarkan kepentinganperanan muzium iaitu muzium sebagai "museum exist to tell story, notto collect object" dan muzium mengumpul benda tetapi bukan semuabenda "museum collect thing but not everything" (Md. Redzuan 2001)Perolehan koleksi terdapat dalam pelbagai cara atau kaedah. Antaranyaialah pembelian, hadiah, pinjaman dan sumber-sumber lain.
Pembelian
Proses pembelian adalah proses yang biasa dengan muzium dan merapakanproses yang sangat berkesan dalam mendapatkan koleksi. Sebanyak 95% kaedah mendapatkan koleksi adalah melalui cara pembelian (Unitpendaftaran, JMM). Proses pembelian adalah melibatkan:
(i) Perolehan secara randingan teras(ii) Jawatankuasa Penilaian Tawaran Harta Kebudayaan (Teknikal)(iii) Jawatankuasa Pembelian Harta Kebudayaan(iv) Jawatankuasa Khas Penilaian Artifak Kementerian Penerangan,
244
Komunikasi dan Kebudayaan(v) Lembaga Perolehan 'B' Kementerian Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan
Pembelianjugaterdapat proses dan prosedur yang telah ditetapkanoleh jabatan. Aliran proses tersebut boleh dilihat dalam Carta 1. Iabermula dengan arahan kerja dan mengenai pasti tawaran artifak sehinggakelulusan kewangan dari kerajaan. Artifak yang dikenal pasti belum tentuboleh dibeli. Hal ini kerana setiap koleksi dibeli haraslah dinilai dari segikepentingannya terlebih dahulu.
CARTA 1: ALIRAN PEROLEHAN SECARA PEMBELIAN...
MENDAPAT ARAHAN KERJA DAN
MENGENAL PASTI TAWARAN ARTIFAK
TAWARAN DARI
-•+.:. ^PENJUAL 9 ~™.,x.
KENAL PASTI BERDASARKAN SASARANPEROLEHAN TAHUNAN
SEMAK REKOD-REKOD PEROLEHAN
HUBUNGI PEMBEKAL
BUAT PERNILAIAN TERHADAP ARTIFAK
PASTIKAN PEMBEKALMELENGKAPKAN
BUTIRAN DALAM - ,- + ,.
SEDIA ATAU DAPATKAN BUTIRANARTIFAK
-**- -~SED1AKAN LAPORAN
AMBIL ARTIFAK ATAU BUAT LAWATAN
*
REKOD DAN SIMPAN ARTIFAK
IMESYUARAT DAN BUAT KEPUTUSAN
,.rTOLAK/TANGGUH
KEPUTUSAN MESYUARAT LULUS
MOHON KELULUSAN KEMENTERIAN KEWANGAN
TURUN HARGA
LULUS TANPA
SYARAT
URUSAN PEMBAYARAN
TAMAT
HUBUNGI PEMBEKAL
(Sumber: Unit pendaftaran, Jabatan Muzium Malaysia (JMM)
Hadiah/Derma
Pemberian dari segi hadiah ataudermajugamerapakan salah satu puncaperolehan koleksi. Pemberian secara hadiah atau derma adalah terdiridaripada:
(i) Hadiah dari orang perseorangan(ii) Hadiah dari pembekal antik
245
(iii) Hadiah dari organisasi/institusi awam dan swasta(iv) Darimasyarakatyangkurangpengetahuan dankesedaranmengenai
warisan.
Proses perolehan secara hadiah bukan merupakan satu proses yangmudah kerana ia melibatkan dasar dan prosedur yang tertentu. Prosestersebut boleh dilihat sepertimana Carta 2. Ia bermula dengan tawarandari mana-mana individu atau pihak dan berakhir dengan penerimaanatau artifak tersebut dipulangkan kembali.
•«.m^
SERAH
SEMULA
* KEPADAPENDERMA
<3?PENAS1HAT
UNDANG-UNDANG
KKKP SEMAK
SEDIA LAPORAN
PENGURANGAN
CUKAI
MESYARAT
J/KUASA
HADIAH
KELULUSAN
PENASIHAT
UNDANG-UNDANG
KELULUSAN
KETUA PENGARAH
TER1MA TAWARAN
HANTAR SURAT DAN
SUIL PENGHARGAAN
DAN PENYATA
PENGURANGAN CUKAI/
tepsfW PERJAJIAN KEPADAPENDERMA
(Sumber: Unit pendaftaran, Jabatan Muzium Malaysia (JMM)
Proses pinjaman
Proses pinjaman merapakan salah satu kewujudan artifak di sesebuahmuzium. Proses ini biasanya diperoleh dari orang perseorangan, institusiatau organisasi awam dan swasta. Ia dilakukan sempena mengadakanpameran dan tempoh pinjaman adalah dalam tempoh masa yang singkat.Sesuatu proses pinjaman itu juga melalui prosedur yang tertentu. Halini boleh dilihat berdasarkan Carta 3. Proses pinjaman bermula apabilasesuatu projek atau aktiviti yang dilakukan menghendaki artifak yangtiada dalam simpanan mereka dan berakhir dengan memulangkan kembalikepada tuannya. Setiap peminjam artifak akan diberi sijil penghargaan.
246
BERDASARKAN SASARAN
PEROLEHAN TAHUNAN
sus^#-:.:-:-:.i^
HUBUNGI PEMILIK DAN BERBINCANG
AMBIL ARTIFAK
TERIMA
REKOD ARTIFAK
SERAH PADA MUZIUM/
KURATOR BERKAITAN
TERIMA SEMULA DARI MUZIUM/
KURATOR BERKAITAN
HANTAR SEMULA KEPADA PEMILIK
DAN BERI SURAT SIJIL PENGHARGAAN
fc TAMAT
(Sumber: Unitpendaftaran, Jabatan Muzium Malaysia (JMM)
Sumber-sumber Lain
Selain itu terdapat kaedah perolehan melalui sumber-sumber yanglain.Antara perolehan koleksi melalui sumber-sumber lain iaitu:
(i) Dari sumber jumpaan(ii) Dari cari gali arkeologi(iii) Dari pengumpulan spesimenalam semulajadi
Kaedah memperoleh koleksi dari sumber-sumber lain pula adalahsepertimana cartadibawah. Kaedahnyajuga samaseperti pinjaman iaitubermuladengan proses penerimaan maklumat, perbincangan, keputusan sehinggalahproses penerimaan atau penolakan.
247
CARTA4 Aliran proses perolehan melalui sumber-sumber lain
MENERIMA MAKLUMAT
PEMERIKSAAN
KEMBALIKAN •«( tr KEPUTUSAN
9 TIDAK r, VA
i
. •• "a .'
ISI BORANG JMA.PDN 6
TERIMA
REKOD DAN TAGGING
SIMPAN
MAKLUM KEPADA UNIT PENGUATKUASA
MENYEDIAKAN MAKLUMAT
MESYUARAT JAWATANKUASA PAMPASA
._jjjjfLi||i|]H RAYUAN KEPADAf||||j§I|jl|I MENTERI « I"" KEPUTUSAN
r . YAKADAR PAMPASAN
ULASAN MENTERI
PROSES PEMBAYARAN
j t TAMAT
(Sumber: Unit pendaftaran, Jabatan Muzium Malaysia (JMM)
Kebiasaan bahan-bahan yang dikumpulkan bergantung kepadabeberapa faktor iaitu:
(i) Sama ada bahan yang ingin dikumpulkan masih belum ada dalamkoleksi
(ii) Bahan-bahan yang mempunyai unsur-unsur kebudayaan berbagaikaum dan warisan negara yang ada pertalian sejarah negara.
(iii) Mempunyai perantukan kewangan yang mencakupi.
Pendaftaran Koleksi
Setelah memperoleh koleksi mengikut prosedur yang telah ditetapkan,terdapat pula proses pendaftaran koleksi yang perlu diikuti. Tujuannyaadalah untuk merekodkan setiap koleksi yang dimiliki dan memudahurasan penyimpanan dan penggunaannya.
248
Peringkat pendaftaran koleksi perlu melalui beberapa prosedur iaitu(Carta 5):(i) Pendaftaran perolehan tahunan(ii) Pendaftaran mengikut klasifikasi(iii) Pengisian 'Tag Card'(iv) Menulis nombor pendaftaran
Penyediaan DoketPenyediaan inventori
(v)(vi)
CARTAS : ALIRAN PROSES PENDAFTARAN ARTIFAK
SUMBER
PEROLEHAN
TERIMA ARAHAN UNTUK MENDAFTAR ARTIFAK
SEMAK DAN PASTIKAN DOKUMEN LENGKAP
• KEPUTUSAN SEMAKAN
DAFTAR DALAM BUKU PEROLEHAN KOLEKSI TAHUNAN
MENGESAHKAN PENDAFTARAN DAN KLASIFIKASI
DAFTAR DALAM BUKU PENDAFTARAN KLASIFIKASI
MELEKATKAN TAG
MENOMBOR ARTIFAK
MENGAMBIL GAMBAR
MENYEDIAKAN INVENTORI
MEMBUAT SEMAKAN DAN PENGESAHAN
MENGHANTAR KE STOR TRANSIT UNTUK PEMULIHARAAN
TAMAT
(Sumber: Unitpendaftaran, Jabatan Muzium Malaysia (JMM)
Penstoran atau Penyimpanan
Penstoran dan penyimpanan juga antara proses yang penting. Koleksiyang dimiliki muzium haraslah disimpan dengan baik. Hal ini keranaterdapat koleksi yang sangat sensitifterutama apabila terdedah kepadacahaya (UV dan IR), kelembapan dan pencemaran udara, seranganserangga dan makhluk perosak serta kecuaian manusia sendiri. Koleksiiniakanmengalami kerosakan sekiranya terdedah kepadaelementersebut
249
sertaboleh memendekkanjangka hayat sesuatu koleksi. Sebagaicontohcahayayang berlebihanboleh merosakkan artifak akibat tekananhaba.Haba tersebut boleh mematikan dan memusnahkan artifak, teratama yangdiperbuat dari kayu kayan. Peralatan yang digunakan untuk menjagakeselamatan artifak ialah:
(i) Alat penggera keselamatan(ii) Alat pencegah kebakaran(iii) Access card(iv) CCTV (Close-Circuit Television)
Dalam sistem penstoran atau penyimpanan, carta aliran prosespenyimpanan artifak adalah berdasarkan kepada Carta 6. Proses inijuga terdiri dari prosedur yang tersendiri. Proses ini memerlukankeseragaman pengurusan kerana akan memudahkan artifak dikenal pastidan memudahkan penggunaannya.
CARTA 6: ALIRAN PROSES PENYIMPANAN
ARTIFAK
TERIMA BORANG
JMA.Ks 1
AMBIL KUNCI DAN REKOD
DALAM BUKU SIMPANAN KUNCI
REKODKAN DALAM BUKU
PERGERAKAN ARTIFAK
KLAFIKASIKAN ARTIFAK
SUSUN DAN SIMPAN DALAM STOR
KUNCI STOR
PULANG KUNCI SEMULA DAN REKOD
DALAM BUKU SIMPANAN KUNCI
SIMPAN BORANG JMA.Ks 1 DALAM
FAIL
(Sumber: Unit pendaftaran, Jabatan Muzium Malaysia (JMM)
Terdapat beberapa jenis sistem penstoran iaitu:
(i) Penstoran terbuka(ii) Sistem tertingkat
250
(iii) Sistem mudahalih (gantung dan gelongsor)(iv) Sistem mudah alih (menggunakan roda)(v) Penstoran tertutup(vi) Penggunaan bekas(vii) Penggantungan di dinding(viii) Sistem simpanan boleh lihat
'.51
1 ii1
t
•1
Gambar 1 (kiri): Sistem mudah alih (menggunakanroda)Gambar2 (kanan): Sistemmudah alih (gantung dan gelongsor)
1 • •
« **5?»
n
r
I&'L % I I
. i
1
Gambar 3 (kiri): Sistem tertingkatGambar 4 (kanan): Penggunaan bekas
Gambar 5 (kiri): Penstoran terbukaGambar 6 (kanan): Penggantungan di dinding
46*
..• ••.^- liOi,-.;.,^-
1•»• • vrftol
251
' ** j
r?"l
••<'
Gambar 7 (kiri): Sistem simpanan boleh lihatGambar 8 (kanan): Penstoran tertutup
Konservasi Koleksi
Terdapatpelbagai kaedah, teknik, metodologi dengan pelbagai prosedur,proses atau aplikasi diperkenal dan dipraktikkan di seluruh dunia,tetapi bermatlamat yang sama iaitu memelihara, melindungi, merawatdalam hubungan mengembalikan warisan sejarah dan kebudayaan.Konsep konservasi dan preservasi secara globalnya lebih sering digunapakai atau saling kait mengait antara satu sama lain termasuk juga diMalaysia. Menurut Mohamad Shawali Badi (2000), setiap istilah tersebutmempunyai konsep dan takrifan tersendiri yang membezakan aplikasinya.Istilah tersebut ialah:
252
(a) Konservasi (conservation)Kerja-kerja baik pulih dalam usaha untuk memulihkan semula monumenatau tapak bersejarah kepada seni bina dan bahan-bahan binaan yangsehampir mungkin dengan yang asal semasa mula-mula ia dibina.
(b) Preservasi (preservation)Kerja-kerja pengawasan dan penjagaan sesebuah monumen dan tapakbersejarah agar ia tidak mengalami kerosakan dengan menggunakankaedah saintifikmengikut prosedur tertentu.
(c) Restorasi (restoration)Kerja-kerja baik pulih dengan mengekalkan keaslian seni bina danbahan-bahannya kepada suatu masa atau era tertentu yang difikirkansesuai atau sebaik mungkin ke tahap ia mula didirikan dan seterasnyasehingga ke tahap penggunaannya yang asal. Dalam melaksanakankerja-kerja iniberkemungkinan besarmelibatkan kerja-kerja pembinaansemula teratama bahagian-bahagian asal yang telah musnah supaya iadapat berfungsi sebagaimanayang asal.
(d) Pembinaan semula
Dilakukan ke atas monumen tapak bersejarah yang telahmusnahsamasekali yang mempunyai rekod seni bina dan bahan-bahan asalnya. Disamping itu, ia hendaklah mempunyai nilai sejarah danseni binayangtinggi.
Menurat seorangahli konservasidari India, O.PAgrawalmenerusibukunya Care andPreservaton ofMuseum Objects (1977) mentakrifkankonservasi sebagai:
Any action taken todetermine the nature orproperities ofmaterials used inanykinds of cultural holding of their housing, handling or treatment, any actiontaken tounderstandandcontrol the couses ofdeterioration andany action takento better thecondition ofsuch holding.
Konservasi merapakan suatu proses yang sangat penting dalamaktiviti permuziuman. Sebelum menyajikan koleksi ataupameran kepadatatapan umum artifak haraslah diproses, dibaiki dan dipelihara terlebihdahulu. Setiapartifak akan melaluibeberapaproses tertentu sebelumiadipamerkan kepadapengunjung. Tujuannya adalah memastikan khazanahtersebut tahan lamadan dalamkeadaan baik.Artifaknya adalahsepertitembaga, tanah Hat, fabrik atau kayu. Para kurator mempunyai teknik
253
tersendiri untuk merawat kerosakan. Proses pengumpulan, penyelidikanserta pemeliharaan tinggalan berharga ini amat penting.
Di JMM, terdapat unit yang bertanggungjawab dalam menjalankankonservasi iaitu Bahagian Konservasi. Kepentingan Jabatan Konservasiini telah diiktiraf oleh kebanyakan muzium di seluruh dunia (temu bualbersama Tuan Ibrahim Ismail). Petugas di Jabatan ini turat menerimalatihan yang dijalankan di luar negara dan turat menyumbang kepadapeningkatan kemahiranbagi setiap petugas di jabatan tersebut. Tujuanutama objektif utama jabatan ini adalah untuk memastikan artifak yangdijumpai, mendapat rawatan sewajarnya bagi tatapan generasi akandatang.
Terdapat dua cara utama digunakan untuk mengembalikan kilauanhampir 400,000 koleksi artifak iaitu kaedah mekanikal dan penggunaanbahan kimia. Dengan 12 orang pegawai terlatih dan pakar dalam bidangmasing-masing di Bahagian Konservasi di Jabatan Muzium Malaysia,proses membaik pulih khazanah zaman silam itu juga ada kalanyamelangkaui masaberbulan lamanya. Rawatan tersebut bergantung kepadaserius atau tidak 'kemalangan' yang dialami oleh artifak. Malah tempohmendapatkan bahan pengganti yang kadang-kadang terpaksa diimportjuga mampu memanjangkan waktu proses tersebut.
Dalam merawat koleksi, kurator akan menggunakan pendekatan'menghormati' artifak kerana setiap satunya dikatakan mempunyai'nyawa' tersendiri. Bahan kimia yang digunakan khususnya untuktujuan pembersihanjuga haras mengikut standardyang ditetapkanuntukmenjaga kualiti barangan tersebut. Setiap artifak yang bakal dipamerkandi mana-mana muzium perlu mengikut standard protokol yang diberikan.Hal ini penting bukan saja bertujuan untuk memelihara artifak tersebutmalah dengan prosedur tersebut, jangka hayat tinggalan lama ini akanlebih lama. Justera, penataan cahaya, suhu serta serangan seranggaperosak haras dipantau dengan teliti teratamanya melibatkan artifakdaripada kayu dan fabrik.
Gambar 9: Artifak yang sedang dalam proses konservasi di bilikkonservasi JMM
Prinsip KonservasiDalam menjalankan konservasi terdapat prinsip yang mesti diturati.Prinsip tersebut ialah:(i) Pendekatan yang bersifat merawat (kuratif) dan bukanmengembalikan keadaan 100%.(ii) Mengembalikan semula ke tahap yang paling hampir dengan asal.
254
(PT 1^'
S
(iii) Mengekalkan keaslian iaitu:
(a) Keaslian balian (authenticity ofthe material)(b) Keaslian reka bentuk (authenticity ofdesign)(c) Keaslian teknologi pengerjaan (authenticticity of
workmanship)(d) Keasliantataletak (authenticity ofsetting)
(iv) Meminimumkan penggantian ataupemindahan struktur mahupunbahan kecuali ia adalah kaedah terakhir untuk memastikankelangsungan monumen atau tapak. Penggantian bahan baruhendaklah menurut jenis,saiz dan teknik pemasangan yang asaldan direkodkan.
(v) Perancangan danpelaksanaan kerja olehkumpulan yang pakardanmelibatkan multidisiplin ilmu, contohnya sejarah, kejumteraan, senibina, seni taman, perandangan, biologi sains hayat, antropologi,alam sekitar dan seumpamanya.
(vi) Kaedah kerja menggunakan pendekatan saintifik dan sistematik.(vii) Perlaksanaan kerjadanperancangan kosharusmerangkumi aspek
keselamatan, penyelenggaraan dan masa depan monumen/tapak.(viii) Setiap proses dan peringkat kerja harus didokumentasikan.
Perundangan dalam konservasi
Dalam menjalankan kerjakonservasi, penyelarasan mengikut peraturandan perandangan peringkat tempatan dan antarabangsa seperti AktaBendaPurba1976, BurraCharter, Venice Charter dansebagainya haruslahdipraktikkan. Hal ini amat penting keranaMalaysiamerupakan sebuahnegara yang menganggotai UNESCO. Dokumentasi yang memerlukanlaporan yangtelitiberhubung perlaksanaan projekperludibuatdaripadamulahingga berakhimya projek.Malah kesempurnaan pelaksanaan kerja-kerja konservasi dari segi kepatuhankepada perandangan, dokumentasi
255
yang lengkapdi sampingkejayaanperlaksanaan kerja turut berperananmenentukan imej negara di peringkat antarabangsa. Perandangan yangterlibat dalam pelaksanaan kerja konservasi adalah seperti di bawah:
(i) Perandangan dalam negara:(a) Akta Banda Purba 168 tahun 1976(b) Akta-akta lain:
• Perlembagaan Persekutuan• Akta Kerajaan Tempatan, 1976• Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976• Akta Perancangan Bandaraya Kuala Lumpur, 1973• Akta pengambilan Tanah, 1960• Kanun Tanah Negara, 1960
(ii) Perandangan Luar Negara:
(a) Venice Charter (Italy-1964): International Charter for theConservation and Restoration of Monuments and Sites.
(b) Burra Charter(Australia-1981): Charterfor the Conservation ofCultural Place.
(c) Florence Charter (Italy-1987): Charter on the Preservation ofHistoric Garden
(d) Washington Charter (US-1987): Charter of the Conservation ofHistoric Towns and Urban Areas.
(e) Lausanne Charter (Switzerland-1989):Charter for the Protectionand Management of the Archaeological Heritage.
(f) UNESCO Convention for The Protection of the WorldCulturaland Cultural and Natural Heritage, 1972.
(iii) Badan-badan yang mengawasi pelaksanaan kerja-kerjakonservasi peringkat antarabangsa:
(a) UNESCO - United Nation Educational and Scientific CountriesOrganization.
(b) ICOMOS - International Council on Monuments and Sites.(c) ICOM - International Council of Museum.(d) ICCROM - International Council on Conservation And
Restoration of Monuments.
(e) SPHB - Society for the Protection of Historic Building UnitedKingdom
256
Proses atau prosedur kerja konservasi
Prosedur kerja daripada mengenai pasti masalah sehingga pemantauanatau pemeliharaan monumen bergantung kepada keadaan monumenatautapakGenis, rekabentuk, kadarkerosakan, lokasi, budaya ataucirisejarah). Hal ini menentukan teknik atau metodologi kerja konservasiyangakan diaplikasikan. Proses Pemuliharaan yangdiaplikasikan adalahseperti Carta 7.
CARTA 7: ALIRAN PROSES PEMULIHARAAN ARTIFAK
BUAT
CADANGAN
SEMULA
ULANG
RAWATAN
TIDAK
TIDAK
TERIMA ARTIFAK DAN BORANG PERMOHONAN
DAFTAR ARTIFAK DAN ISI KAD REKOD
ASINGKAN ARTIFAK
AMBIL GAMBAR ARTIFAK SEBELUM RAWATAN
UJIAN ATAS ARTIFAK
CADANGAN RAWATAN
*r KEPUTUSAN CADANGAN
LAKSANAKAN RAWATAN
MENCATAT KAEDAH RAWATAN
AMBIL GAMBAR ARTIFAK SEMASA RAWATAN
SELESAIKAN KERJA RAWATAN
PEMERIKSAAN KEATAS ARTIFAK
• KEPUTUSAN PEMERIKSAAN
AMBIL GAMBAR ARTIFAK SELEPAS RAWATAN
MENYEDIAKAN LAPORAN
PENYERAHAN/PENGAMBILAN SEMULA ARTIFAK
TAMAT
(Sumber: Unitpendaftaran, JabatanMuziumMalaysia(JMM)
257
Rumusan
Penjagaan koleksi merapakan antara tanggungjawab terpenting bagisesebuah muzium dalam mengekalkan warisan dunia dari teras hilangdalampemodenan negara.Walaupunnegara sudahmengalami pemodenandalam semua perkara terutama teknologi, hal ini tidak bermaknawarisan lama harus ditinggalkan atau dilupakan. Warisan memberipelbagai kepentingan teratama pembangunan jati diri masyarakat danekonomi negara iaitu melalui pelancongan. Oleh itu, pengumpulan danpenjagaan koleksi dengan sistematik adalah sangat penting. Dalammemastikan koleksi warisan dari teras kekal, JMM haras tegar dalammenjaganya. Dalam memperoleh sesuatu koleksi pihak muzium perlumelalui beberapa prosedur sehingga membolehkan koleksi tersebut dapatdipelihara dan dipulihara serta memudahkan penyimpanan di sesebuahmuzium. Keseragaman dalam prosedur penjagaan koleksi merupakanantara polisi yang diikuti oleh JMM. Ia bertujuan koleksi dapat melaluibeberapa rawatan yang telah dikhususkan dan dapat memanjangkanjangka hayatnya. Penjagaan yang diamalkan oleh JMM merupakanprosedur yang diiktirafdi peringkat antarabangsa serta mencapai standardpiawaian penyimpanan. Selain memerlukan komitmen semua kakitanganJMM, sokongan dan keprihatinan masyarakat juga diperlukan dalammengembalikan kegemilangan artifak kebanggaan kita.
Rujukan
Adi Taha. 2001. Muzium sebagai pusat pembelajaran. Buletin JMA.92-101.Adi Taha. 2002. Pembangunan ICT dalam bidang permuziuman: Cabaran dan
harapan. Buletin JMA.Agrawal, O.P. 1977. Care and Preservaton of Museum Objects. New Delhi:
International Centre for Conservation.
Eliot. 1984. Milton. London: G. Cumberlege.Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Unit pendaftaran.Kamarul Baharin Abu Kasim. 1999. Penekanan dan disiplin koleksi muzium.
Jaringan Muzium Asia Timur. Kuala Lumpur: Perpustakaan NegaraMalaysia.
Kamus Dewan. 2000. Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Md. Redzuan Tumin. 2001. Penubuhan muzium: Idealisme dan realiti. Buletin
JMA. 1-23.
Pearce, Susan M. 1994. Museums and the Appropriation of Culture. London:Athlone Press.