proposal program karnival merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling smk sungai limau tahun...

6
KARNIVAL MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK SUNGAI LIMAU TAHUN 2015 1.0 PENDAHULUAN Warga sekolah SMK Sungai Limau terus dan sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran pendidikan dan persekitaran yang semakin berinovasi dan globalisasi dalam arus perdana yang menguji kecekapan minda dari masa ke masa. Oleh yang demikian, cabaran alam persekolahan perlulah dihadapi dengan matang, sabar, berilmu dan bijaksana untuk merealisasikan visi SMK Sungai Limau iaitu Sekolah Berdaya Saing Negeri Kedah Menjelang 2015. Rentetan itu, murid semestinya diingat, digerak, diberi motivasi dan didedahkan dengan program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling supaya mereka lebih yakin dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah selain dapat membantu meringankan bebanan masalah yang dihadapi oleh mereka.Pendedahan tentang masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah,seks bebas dan masalah lain turut disediakan. 2.0 RASIONAL Karnival ini dijalankan bagi memberi pendedahan dan membantu meningkatkan kesedaran murid tentang masalah

Upload: ayukhazali

Post on 03-Oct-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

proposal program merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah

TRANSCRIPT

KARNIVAL MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK SUNGAI LIMAU TAHUN 2015

1.0 PENDAHULUAN

Warga sekolah SMK Sungai Limau terus dan sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran pendidikan dan persekitaran yang semakin berinovasi dan globalisasi dalam arus perdana yang menguji kecekapan minda dari masa ke masa. Oleh yang demikian, cabaran alam persekolahan perlulah dihadapi dengan matang, sabar, berilmu dan bijaksana untuk merealisasikan visi SMK Sungai Limau iaitu Sekolah Berdaya Saing Negeri Kedah Menjelang 2015. Rentetan itu, murid semestinya diingat, digerak, diberi motivasi dan didedahkan dengan program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling supaya mereka lebih yakin dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah selain dapat membantu meringankan bebanan masalah yang dihadapi oleh mereka.Pendedahan tentang masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah,seks bebas dan masalah lain turut disediakan.

2.0 RASIONAL

Karnival ini dijalankan bagi memberi pendedahan dan membantu meningkatkan kesedaran murid tentang masalah sosial yang berlaku pada generasi Y serta pendedahan tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dapat membantu mereka menjalani kehidupan alam remaja yang penuh dengan pancaroba dan pelbagai masalah sosial. Selain itu, program ini dapat juga memberi peluang kepada para pelajar untuk berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka.

3.0 MATLAMAT

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan murid tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disediakan di sekolah serta membantu pelajar menyelesaikan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar4.2 Memperkasakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam kalangan pelajar sekolah4.3 Mengeratkan hubungan sesama pelajar sekolah4.4 Dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan pelajar4.5 Menarik minat pelajar tentang perkhidmatn bimbingan dan kaunseling

5.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar tingkatan 1 dan pelajar-pelajar tingkatan lain

6.0 TARIKH PELAKSANAAN

Program ini akan diadakan pada :Tarikh : 11 Februari 2015 Hari : Rabu Masa : 9 pagi hingga 12 tengahari

7.0 TEMPAT

Dewan Al-Kindi SMK Sungai Limau.

8.0 ANJURAN

Anjuran bersamaUnit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin SMK Sungai Limau

9.0INPUT

Borang Soal Selidik Kajian Mengenalpasti masalah yang dihadapi para pelajar SMK Sungai Limau, risalah dan gambar-gambar pameran.

10.0 TENTATIF PROGRAMSila rujuk Lampiran A

11.0JAWATANKUASA PROGRAMSila rujuk Lampiran B

12.0SUMBER KEWANGANWang PCG Bimbingan dan Kaunseling= RM 350.00

JUMLAH:RM 350.00

13.0PENILAIAN PROGRAM13.1Perubahan dalam pergaulan sosial, pencapaian dan prestasi akademik yang lebih baik.

13.2Murid-murid lebih berminat untuk melibatkan diri dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah

14.0PENUTUP DAN RUMUSAN

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini, akan dapat membantu unit kaunseling memperkukuh dan memperkasakan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah

LAMPIRAN B

TENTATIF KARNIVAL MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK SUNGAI LIMAU YAN KEDAH 2015************************************************************************

Tarikh : 11 Februari 2015Masa : 9.00am hingga 12.00pmTempat : Dewan Al-Kindi Smk Sungai Limau

9.00 :Peserta mengambil tempat

9.30 10.30am : Borang kaji selidik diedarkan kepada pelajar

11.05-11.15pm :Taklimat masalah sosial Dr.Shukri

11.15-12.00pm : Pelantikkan PRS di kalangan pelajar (setiap tingkatan)

12.00pm : Bersurai