proposal kajian ilmiah (masjid zahir)

3
PROPOSAL KAJIAN 1. TAJUK 1.1 Masjid Zahir Alor Setar 2. OBJEKTIF KAJIAN 2.1. Mengetahui sejarah kedatangan Islam ke Negeri Kedah 2.2 Megetahui latar belakang Masjid Zahir 2.2. Menjelaskan struktur yang terdapat pada binaan masjid 3. SKOP KAJIAN Kajian tertumpu kepada Masjid Zahir yang terletak di Alor Setar. Antara aspek yang ingin dikaji termasuklah sejarah kedatangan Islam ke Negeri Kedah dan sejarah Masjid Zahir. Di samping lalu, konsep masjid dan sejarah awal pembinaan masjid juga turut dibincangkan bagi melihat hubungannya dengan Masjid Zahir. Kajian ini juga membincangkan mengenai struktur masjid Zahir. Perkara yang dibincangkan dalam hal ini termasuklah aspek- aspek seperti ruang, kubah, mihrab, menara, mimbar tiang, pintu, lantai dan tangga.

Upload: kamal-leo

Post on 15-Nov-2015

168 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

aaa

TRANSCRIPT

PROPOSAL KAJIAN

1. TAJUK 1.1 Masjid Zahir Alor Setar

2. OBJEKTIF KAJIAN2.1. Mengetahui sejarah kedatangan Islam ke Negeri Kedah2.2 Megetahui latar belakang Masjid Zahir2.2. Menjelaskan struktur yang terdapat pada binaan masjid

3. SKOP KAJIANKajian tertumpu kepada Masjid Zahir yang terletak di Alor Setar. Antara aspek yang ingin dikaji termasuklah sejarah kedatangan Islam ke Negeri Kedah dan sejarah Masjid Zahir. Di samping lalu, konsep masjid dan sejarah awal pembinaan masjid juga turut dibincangkan bagi melihat hubungannya dengan Masjid Zahir.Kajian ini juga membincangkan mengenai struktur masjid Zahir. Perkara yang dibincangkan dalam hal ini termasuklah aspek-aspek seperti ruang, kubah, mihrab, menara, mimbar tiang, pintu, lantai dan tangga.

4. KEPENTINGAN KAJIANKajian ini penting khususnya untuk memberi maklumat kepada umum mengenai latar belakang dan sejarah Masjid Zahir supaya masyarakat dapat mengenali sejarah dan asal usul Masjid Zahir Alor Setar terutamanya generasi pada masa hadapan.Maklumat yang diperoleh hasil kajian ini juga dapat membantu masyarakat khususnya generasi muda dalam membuat rujukan mengenai Masjid Zahir. Mereka boleh menampung mana-mana bahagian yang lompong terhadap kajian yang telah dibuat. Oleh itu, kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan. 5. KAEDAH KAJIAN 5.1 Temuramah Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang akan saya gunakan. Saya akan menemuramah orang sumber itu seperti ahli agama dan pegawai kerajaan. Kaedah ini saya gunakan untuk mendapatkan segala maklumat yang berkaitan dengan sejarah Masjid Zahir.

5.2 Kajian Perpustakaan Rujukan dokumen saya gunakan bagi menyokong kajian yang telah dibuat. Kaedah ini juga dibuat untuk mendapatkan bukti atau huraian dengan lebih tepat. Rujukan boleh didapati di Arkib terutamanya bahan yang berkaitan dengan sejarah negeri.

5.3 Kaedah Lapangan Kaedah ini saya gunakan dengan mengunjungi kawasan kajian saya iaitu Masjid Zahir di Alor Setar untuk melihat dan membuat pemerhatian. Pemerhatian dibuat melalui tinjauan secara dekat mengenai bahan kajian seperti mendapatkan bentuk binaan.

6.BATASAN KAJIANSepanjang menyiapkan kajian ini, terdapat beberapa masalah yang bakal dihadapi. Masalah-masalah tersebut antaranya adalah tiada rekod tentang sejarah pembinaan masjid. Oleh yang demikian, maklumat penting tentangnya diambil daripada responden yang ditemui. Walabagaimanapun, terlalu sedikit yang mengetahui dengan mendalam mengenai sejarah sebenar masjid yang dikaji. Selain itu, hasil temubual yang dilakukan dengan responden pula akan mendapat pendapat yang berbeza-beza. Oleh itu, andaian sendiri perlu dibuat berdasarkan fakta yang diperoleh. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini dapat diatasi dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu.