promosi produk menggunakan fb ads - … filesebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi...

52
2018 ABDUL SHOKOR ABD TALIB eUsahawanILPKL 9/23/2018 PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

Upload: doandien

Post on 08-Jul-2019

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

2018

ABDUL SHOKOR ABD TALIB

eUsahawanILPKL

9/23/2018

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

Page 2: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

BAB 1 FACEBOOK ADS 1

PENGENALAN 1

PERBEZAAN ANTARA PROFILE, FANPAGE,

GROUP DAN EVENT 1

KENAPA PERLU MEMBUAT IKLAN

MENGGUNAKAN FACEBOOK 4

BAB 2 OBJEKTIF PENGIKLANAN 6

PENGENALAN 6

IKLAN KESEDARAN (AWARENESS) 7

PERTIMBANGAN (CONSIDERATION) 7

BAB 3 MEMILIH FORMAT IKLAN 10

PENGENALAN 10

BENTUK IKLAN FACEBOOK 10

BAB 4 MEMILIH AUDIENS 14

PENGENALAN 14

AUDIENS TERAS 14

CUSTOM AUDIENCES 15

LOOKALIKE AUDIENCES 15

BAB 5 AD PLACEMENT 16

PENGENALAN 16

PLACEMENT: FACEBOOK 16

Page 3: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

BAB 6 STRUKTUR KEMPEN FACEBOOK ADS 20

PENGENALAN 20

APA MAKSUD KEMPEN? 20

APA ITU AD SET? 21

AD 21

BAB 7 PERBEZAAN ANTARA BOOST POST DAN FB ADS 22

PENGENALAN 22

BOOST POST 22

FACEBOOK ADS 24

BAB 8 CAMPAIGN BUDGET OPTIMIZATION 26

PENGENALAN 26

APAKAH CAMPAIGN BUDGET OPTIMIZATION? 26

BAJET KEMPEN 27

BAGAIMANA BAJET DIAGIHKAN? 27

APA ITU BIDA? 28

STRATEGI BIDA 30

BAB 9 PANDUAN PENGIKLANAN DI FACEBOOK 31

MENETAPKAN OBJEKTIF 31

PENENTUAN AUDIENS SASARAN 31

MENAMBAHKAN CALL TO ACTION (CTA) 32

PANDUAN PENULISAN 32

INTERAKSI 32

PIN POSTING PENTING KE BAHAGIAN TERATAS

PAGE FACEBOOK 33

PELBAGAI AD SET UNTUK KEMPEN 33

MENGOPTIMUMKAN FACEBOOK INSIGHTS 33

Page 4: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

BAB 10 CARA MEMBUAT FACEBOOK BOOST POST 34

PENGENALAN 34

TEKNIK MEMBUAT BOOST POST 34

BAB 11 CARA MEMBUAT FACEBOOK ADS 36

PENGENALAN 36

CARA MEMBUAT FB ADS 36

BAB 12 FACEBOOK PIXEL 40

PENGENALAN 40

CARA MENCIPTA FACEBOOK PIXEL 41

CARA MENCIPTA MEMBUAT RETARGETTING 44

Page 5: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

BAB 1

FACEBOOK ADS

PENGENALAN

Facebook Ads ialah perkhidmatan berbayar yang digunakan oleh organisasi

perniagaan untuk menghantar mesej yang ditulis menggunakan gaya mereka yang

tersendiri untuk disampaikan kepada orang yang penting kepada mereka. Setiap iklan

direka untuk mencapai matlamat tertentu, matlamat ini dikenali sebagai objektif

pengiklanan.

Sebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah

laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

pada pendapat mereka akan membantu meningkatkan jumlah pelawat ke laman

perniagaan mereka.

PERBEZAAN ANTARA PROFILE, FANPAGE, GROUP DAN EVENT

Facebook profile direka untuk kegunaan peribadi dan berfungsi untuk

menghubungkan seseorang dengan keluarga, kawan dan komuniti. Profile boleh

digunakan untuk berkongsi gambar, cerita, artikel atau perkara lain yang ada kaitan

dengan kehidupan peribadi anda.

Page 6: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

2

Facebook profile membolehkan seseorang berhubungan dengan berkongsi

maklumat dan cerita dengan keluarga dan kawan, mengikut dan mendapat kemas

kini dari organisasi atau perniagaan yang anda minati. Selain dari berkongsi gambar

atau video Facebook profile juga boleh digunakan untuk menghantar mesej dalam

bentuk perbualan melalui fungsi Facebook Messenger. Facebook profile merupakan

syarat wajib untuk membolehkan seseorang membina fanpage, group dan event.

Perniagaan, organisasi, NGO dan orang kenamaan boleh berhubung dengan

pengikut atau peminat mereka melalui Facebook Fanpage. Fanpage adalah alat

percuma yang boleh digunakan untuk mengembangkan pengaruh seseorang di media

sosial. Fanpage boleh digunakan untuk berkongsi maklumat mengenai perniagaan,

perkhidmatan atau mesej bersifat komuniti. Facebook Fanpage turut dimanfaatkan

oleh perniagaan untuk meningkatkan jenama dan jualan mereka.

Berikut adalah beberapa ciri utama yang terdapat pada Facebook Fanpage:

About; bahagian ini membenarkan anda berkongsi maklumat berkaitan

perniagaan anda seperti nombor telefon untuk dihubungi, lokasi kedai fizikal

dan alamat laman web.

Page Insight; membekalkan maklumat mengenai penglibatan orang lain

terhadap post yang anda hantar, maklumat demografi pengunjung fanpage dan

bilangan orang yang melawat fanpage anda.

Page roles; memberikan kebenaran untuk orang lain mengurus post dan iklan

di dalam fanpage anda.

Messenger/Inbox: mengurus mesej dari orang atau pelanggan yang melawat ke

fanpage anda.

Call to action: Butang Call to Action boleh digunakan untuk memudahkan

pelawat fanpage membuat tindakan seperti membuat panggilan telefon,

melawat laman web, menghantar mesej atau membuat tempahan.

Notification: Dapatkan makluman apabila terdapat orang berinteraksi atau

mengikuti fanpage anda.

Page 7: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

3

Post management: Gunakan Page's Publishing Tools untuk mebuat draf post

dan menetapkan jadual penghantaran post supaya page anda sentiasa dikemas

kini dan terus berhubung dengan audiens.

Locations settings: Jika organisasi atau perniagaan anda mempunyai lebih dari

satu lokasi cipta fanpage yang berasingan untuk setiap lokasi, kandungan di

dalam setiap fanpage perlulah bersesuaian dengan lokasi yang diwakili.

Shop section: Bahagian ini membenarkan anda memaparkan dan menjual

produk melalui fanpage anda. Ia sesuai untuk perniagaan borong, runcit dan

peniaga atas talian yang ingin mendapatkan pembeli dari facebook.

Perkhidmatan ini disediakan secara percuma.

Fanpage sesuai untuk kegunaan perniagaan, organisasi, Ngo, orang tekenal,

ahli politik dan lain-lain.

Group sebagai ruang komunikasi untuk sekumpulan orang yang berkongsi

minat yang sama. Group boleh digunakan untuk mengumuplkan rakan sekolah, ahli

kelab dan lain-lain. Group boleh digunakan untuk berhubung dan berkongsi berita

dengan orang tertentu.

Kegunaan group adalah untuk berhubung, berkongsi maklumat dan

berbincang mengenai sesuatu topik khusus dengan sekumpulan orang tertentu.

Keahlian di dalam group boleh dikawal.

Event digunakan untuk menghebahkan dan mendapatkan maklum balas

mengenai kehadiran ke sesuatu acara melalui Facebook. Fungsi ini boleh digunakan

oleh sesiapa sahaja. Dengan menggunakan fungsi event, penganjur boleh

menganggarkan jumlah hadiran yang dijangka hadir ke sesuatu acara. Penganjur juga

boleh menggunakan Facebook untuk menjemput orang hadir ke acara yang mereka

anjurkan.

Page 8: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

4

KENAPA PERLU MEMBUAT IKLAN MENGGUNAKAN FACEBOOK

Facebook ialah sebuah alat pengiklanan berkuasa tinggi yang boleh

digunakan mengembangkan sesebuah perniagaan dan berhubung dengan orang baru

yang berada di dalam dan luar Facebook. Keputusan untuk menentukan sama ada

Facebook sesuai atau tidak untuk pengiklanan perniagaan bergantung kepada objektif

yang ingin dicapai. Antara objektif pengiklan di Faebook ialah untuk memulakan

perniagaan atas talian, mengembangkan perniagaan atas talian yang sedia ada dan

untuk mencapai objektif perniagaan tertentu.

Untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan atas talian Facebook

menawarkan satu set alat pengiklanan yang sesuai untuk memenuhi keperluan semua

jenis pengiklanan. Facebook turut menyediakan alat pembangunan iklan ringkas

yang boleh digunakan untuk mencipta, mengurus dan megukur keberkesanan iklan

secara terus dari Facebook Fanpage.

Facebook Fanpage juga boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat

mengenai produk atau perkhidmatan yang disediakan kepada orang ramai untuk

membina kredibiliti dan mengukuhkan kesetiaan pelanggan sedia ada. Matlamat ini

boleh dicapai dengan cara berkongsi testimoni, menyiarkan artikel dan video

berkaitan produk atau perkhidmatan atau menawarkan promosi seperti potongan

harga dan pemberian bahan percuma.

Facebook Ads juga boleh digunakan oleh perniagaan untuk mencapai sasaran

tertentu seperti mendapatkan lebih banyak tindak balas terhadap post (gunakan boost

post), menarik lebih banyak trafik ke laman web (gunakan website promotion),

menarik orang untuk membuat tempahan (gunakan butang call to action), menjemput

orang ke sesuatu acara (gunakan promote event).

Untuk mencari pelanggan baru Facebook menyediakan alat yang dikenali

sebagai Lookalike Audience. Lookalike Audience boleh dibina berdasarkan kepada

pengikut rakan-rakan anda sendiri, fan di fanpage atau menggunakan senarai nama

Page 9: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

5

pelanggan yang ditentukan sendiri oleh pengiklan. Lookalike audience akan

mengenalpasti ciri-ciri yang sama dikalangan audien yang dipilih sebagai contoh

orang yang Like fanpage anda dan mencari orang lain yang mempunyai persamaan

(look like) dengan audien yang anda pilih.

Facebook turut menyediakan alat untuk menganalisa keberkesanan post yang

dihantar yang dinamakan sebagai Facebook Insight. Apabila anda menjalankan iklan,

anda akan dapat melihat fungsi Ads Insight. Ads Insgiht membekalkan maklumat

mengenai keberkesanan sesuatu iklan yang dihantar. Kedua – dua alat ini juga boleh

digunakan untuk mendapatkan maklumat seperti jantina, umur, lokasi dan waktu

pengguna melihat post atau iklan anda.

Page 10: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

6

BAB 2

OBJEKTIF PENGIKLANAN

PENGENALAN

Objektif pengiklanan merujuk kepada tindakan yang pengiklan ingin

pembaca ambil selepas melihat sesuatu iklan, sebagai contoh jika anda ingin orang

melawat laman web anda kepada orang yang berminat untuk mendapatkan produk

atau perkhidmatan yang anda tawarkan, anda boleh mencipta iklan yang boleh

menggalakkan orang untuk melawati laman web anda. Sebelum mencipta iklan anda

perlu menetapkan objektif yang selari dengan matlamat perniagaan anda.

Page 11: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

7

IKLAN KESEDARAN (AWARENESS)

Objektif iklan kesedaran adalah untuk menimbulkan minat kepada produk

atau perkhidmatan. Iklan berbentuk kesedaran terbahagi kepada dua iaitu kesedaran

jenama dan meningkatkan jangkauan (reach).

Kesedaran jenama (brand awarness) digunakan untuk memperkenalkan atau

mengingatkan orang mengenai sesuatu jenama.

Iklan berbentuk Reach digunakan untuk memaparkan iklan kepada seberapa

ramai orang yang mungkin.

Platform yang sesuai untuk menjalankan iklan berbentuk kesedaran ialah

Facebook, Instagram dan Messenger. Bentuk iklan yang sesuai untuk memupuk

kesedaran ialah imej, video, courasel dan slideshow.

PERTIMBANGAN (CONSIDERATION)

Iklan berbentuk pertimbangan digunakan untuk membuat orang berfikir

mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan dan mula mencari lebih banyak

maklumat mengenai produk atau perkhidmatan tersebut. Iklan berbentuk

pertimbangan digunakan untuk menarik trafik ke laman web, menarik minat untuk

memasang aplikasi, mendapatkan penglibatan (engagement), menarik minat untuk

Page 12: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

8

menonton video, mengumpul maklumat (lead) seperti nombor telefon dan alamat

email dan menggalakkan komunikasi berbentuk soalan, mendapatkan maklumat

lanjut dan membantu menyelesaikan masalah.

Iklan berbentuk penglibatan (engagement) bertujuan untuk mendapatkan

lebih ramai orang melihat dan melibatkan diri dengan post atau page. Iklan ini boleh

digunakan untuk meningkatkan sebaran post/boost post (mendapatkan lebih banyak

Like, Share dan Comment), mempromosikan fanpage (mendapatkan lebih banyak

Like), menggalakkan orang untuk mendapatkan sesuatu dari fanpage anda dan

meningkatkan kehadiran ke sesuatu acara. Platform yang sesuai ialah Facebook dan

Instagram.

Iklan berbentuk penukaran (conversion) berfungsi untuk menukarkan prospek

kepada pembeli dan mempengaruhi pembeli untuk membuat pembelian secara

berulang. Iklan berbentuk conversion digunakan untuk mendapatkan lebih ramai

orang mengunjungi laman web atau kedai maya dan mengukur keberkesanan iklan,

memaparkan iklan produk kepada kumpulan sasaran (jualan katalog) dan

meningaktna kehadiran pelanggan ke kedai fizikal.

Page 13: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

9

Page 14: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

10

BAB 3

MEMILIH FORMAT IKLAN

PENGENALAN

Semua iklan di dalam Facebook perlu mengandungi imej dan teks. Facebook

tidak menetapkan satu format standard iklan yang boleh disiarkan di Facebook.

Kandungan, saiz dan format iklan adalah bergantung kepada kreativiti pengiklan

sendiri, Facebook menggelarnya sebagai Ad Creative.

BENTUK IKLAN FACEBOOK

Berikut adalah bentuk–bentuk yang boleh disiarkan di Facebook.

Imej: gunakan gambar yang menarik untuk menyampaikan mesej kepada

pembaca, kaedah ini biasanya digunakan untuk menarik trafik ke sesebuah

laman web.

Video: Sampaikan mesej anda dalam bentuk gambar bergerak dan bunyi.

Digunakan untuk menunjukkan ciri-ciri produk atau perkhidmatan.

Koleksi: Gabungkan beberapa imej untuk membentuk sebuah katalog produk.

Iklan jenis ini digunakan untuk mengiklankan beberapa produk berlainan

dalam satu iklan yang sama.

Page 15: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

11

Carousel: Masukkan beberapa atau video dalam satu post yang sama. Iklan

jenis ini biasanya digunakan untuk memberi penerangan yang lebih jelas

mengenai sesuatu produk.

Slideshow; Gabungan imej, pergerakkan, bunyi dan teks digunakan untuk

membina iklan yang menarik.

Lead generation ads; Lead ialah orang yang menunjukkan minat terhap sesuatu

produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Lead generation ialah proses

mengumpul maklumat daripada orang yang menunjukkan minat terhadap

Page 16: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

12

sesuatu produk atau perkhidmatan. Iklan lead generation dijalankan dengan

menggunakan imej, video atau carousel dan diikuti dengan borang

pengumpulan maklumat apabila pengguna bertindak balas terhadap iklan.

Tawaran;Tawaran potongan boleh disiarkan di Facebook dengan

menggunakan imej, video atau carousel. Post engagement;Most Page posts on

Facebook can be boosted to deliver more likes, comments, shares and photo

views.

Iklan acara; Iklan acara digunakan untuk menghebahkan mengenai sesuatu

acara dan mendapatkan pengesahan kehadiran. Iklan ini boleh dibuat dalam

bentuk video atau imej.

Page 17: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

13

Page likes; Iklan page Like digunakan untuk mengajak pembaca menekan

butang Like pada sesebuah fanpage.

Page 18: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

14

BAB 4

MEMILIH AUDIENS

PENGENALAN

Audiens ialah pembaca, pendengar atau penonton. Facebook membenarkan

pengiklan memilih audiens yang akan melihat iklan yang disiarkan. Fungsi ini

dikenali sebagai targeting. Targeting boleh dibuat berdasarkan kepada demografi,

minat atau menggunakan maklumat dari mailing list dan contact list yang terdapat di

dalam email dan telefon.

AUDIENS TERAS

Tetapan pemilihan audiens teras (core audiens) yang terdapat di alam Fb Ads

manager membolehkan pengiklan memilih audiens berdasarkan kepada demografi,

lokasi, minat dan kelakuan.

Demografi merujuk kepada ciri-ciri seperti umur, jantina, status perkahwinan,

pendidikan, tempat kerja, jawatan dan banyak lagi.

Sasaran juga boleh dipilih berdasarkan kepada kawasan di mana perniagaan

anda dijalankan. Anda juga boleh menetapkan radius di sekitar kawasan kedai anda

untuk menyasarkan lebih ramai pelanggan secara walk in. Targeting juga boleh

Page 19: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

15

dibuat berdasarkan minat dan gaya hidup , rancangan kegemaran, jenis gajet yang

digunakan, cara membeli belah dan banyak lagi.

CUSTOM AUDIENCES

Custom audience menyasarkan pelanggan sedia ada dan contact yang dapat

dikesan oleh Facebook. Menjual kepada orang yang telah dikenali adalah lebih

mudah berbanding dengan menjual kepada orang yang tidak dikenali. Terdapat 3

cara untuk membina custom audiences iaitu pelanggan setia, pengunjung yang

pernah melawati laman web anda dan pengguna yang telah memasang aplikasi anda.

LOOKALIKE AUDIENCES

Lookalike audiences membina senarai audien berdasarkan kepada orang yang

mempunyai persamaan dengan pelanggan atau senarai contact anda. Sasaran ini amat

penting untuk membantu meningkatkan peluang untuk membuat jualan.

Page 20: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

16

BAB 5

AD PLACEMENT

PENGENALAN

Placement merujuk kepada lokasi di mana iklan akan disiarkan. Terdapat dua

cara untuk menentukan tempat di mana iklan akan disiarkan; secara automatik di

mana pengiklan membenarkan Facebook memilih placement yang terbaik mengikut

objektif iklan disiarkan untuk mendapatkan hasil terbaik atau secara manual

pengiklan menentukan sendiri di mana iklan akan disiarkan.

Iklan yang dibeli melalui Fb Ads boleh disiarkan sama ada di Facebook,

Instagram, Messenger atau Audience Network.

https://www.facebook.com/business/help/407108559393196?helpref=related

PLACEMENT: FACEBOOK

Iklan FB Ads boleh ditempatkan di beberapa tempat di Facebook iaitu Feeds,

Instant Articles, In-stream video, Right column, Marketplace atau Stories.

Page 21: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

17

Dengan menggunakan placement Feed, iklan Fb Ads akan disiarkan di

Desktop News Feed untuk pengguna deskstop atau Mobile News Feed untuk

Page 22: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

18

pengguna telefon pintar yang melayari Facebook dengan menggunakan aplikasi

mobile atau mobile browser.

Iklan yang menggunakan placement Right column hanya akan terpapar di

ruang sebelah kanan Facebook yang dilayari dengan menggunakan laptop atau

komputer peribadi sahaja.

Instant Articles ialah alat yang direka untuk kegunaan penerbit media untuk

menyiarkan artikel interaktif melalui aplikasi Facebook mobile atau mesengger

dengan cepat. Kemudahan ini juga boleh digunakan untuk memuat naik gambar dan

Page 23: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

19

video. Instant article boleh disiarkan 10 kali lebih pantas berbanding artikel mobile

standard. Facebook turut membenarkan iklan Fb Ads disiarkan di dalam instant

artcile.

Iklan In-stream video ialah iklan berbentuk vidoe yang menyiarkan iklan di

permulaan, pertengahan atau akhir video lain yang sedang ditonton menggunakan

aplikasi mudah alih, laman web mudah alih dan deskstop. Iklan jenis ini dikenali

sebagai pre roll, mid roll atau post roll video ads. Durasi iklan ialah selama 10 – 30

saat dan tidak boleh dihentikan semasa sedang berjalan. In stream video akan

ditawarkan kepada pengiklan yang memilih placement Audience network. Pengiklan

perlu mematuhi syarat yang ketat sebelum boleh menyiarkan iklan berbentuk video.

Iklan In Stream sesuai untui iklan yang bertujuan untuk mendapatkan video

views, mempromosikan jenama, memasang apps dan Reach atau Engagement (Post

Engagement). Iklan In stream video adalah berbentuk audience-based targeeting di

mana iklan akan disesuaikan mengikut kriteria tertentu yang telah dikenal pasti.

Facebook membenarkan iklan disiarkan di Facebook Story. Facebook story

ialah paparan skrin penuh yang membenarkan pengguna untuk melihat dan berkongsi

kenangan melalui foto dan video yang akan hilang selepas 24 jam. Tetapan lalai

Facebook story menetapkan foto dipaparkan selama 6 saat dan video selama 15 saat.

Iklan berbentuk story boleh dibuat dengan menggunakan Ads manager. Iklan

berbentuk story akan terpapar apabila pengguna melayari ruangan story di Facbook

atau Instagram.

Facebook Marketplace ialah tempat di mana seseorang boleh menjual dan

membeli barang di Facebook. Placement marketplace akan menempatkan iklan di

ruangan Marketplace. Iklan jenis ini akan terpapar apabila seseorang melayari

Facebook dengan menggunakan Facebook Apps dengan menggunakan telefon pintar.

Page 24: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

20

BAB 6

STRUKTUR KEMPEN FACEBOOK ADS

PENGENALAN

Struktur kempen Facebook Ads terdiri daripada tiga bahagian:

Kempen: Kempen terdiri daripada satu atau lebih Ad Set dan iklan.

Anda perlu menetapkan objektif untuk setiap kempen.

Ad set: Ad set terdiri daripada satu atau lebih iklan. Anda perlu

menetapkan sasaran, bajet, jadual, bid dan placement semasa membuat

tetapan ad set.

Ad: Kandungan kreatif yang membentuk iklan.

APA MAKSUD KEMPEN?

Kempen merupakan asas sesuatu iklan. Iklan di Facebook bermula dengan

menetapkan kempen. Penetapan kempen bermula dengan dengan menetapkan

objektif iklan iaitu hasil yang ingin dicapai, rujuk bab 2 untuk menentukan objektif

pengiklanan yang sesuai dengan perniagaan anda.

Page 25: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

21

APA ITU AD SET?

Ad set merujuk kepada penetapan mengenai cara sesuatu iklan akan

disiarkan. Ad set digunakan untuk menentukan siapa yang akan melihat iklan anda.

Anda boleh memnetapkan perkara seperti lokasi, jantina, umur dan banyak lagi.

Anda juga boleh memilih lokasi iklan akan dipaparkan, bajet dan jadual penyiaran

iklan.

Satu kempen boleh mempunyai beberapa ad set, setiap ad set akan

mempunyai sasaran, jadual penyiaran dan bajet tersendiri. Perkara yang perlu

ditetapkan di dalam Ad set; pilih audiens, tetapkan bajet dan jadual, set bid (jika

perlu) dan mulakan iklan anda.

AD

Ad atau iklan ialah kandungan yang akan dilihat oleh audiens. Ad boleh

dibina dengan menggunakan imej, video, teks dan butang Call to Action (CTA).

Page 26: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

22

BAB 7

PERBEZAAN ANTARA BOOST POST DAN FB ADS

PENGENALAN

Terdapat dua cara untuk membuat iklan di Facebook iaitu boost post dan Fb

Ads. Untuk mendapatkan impak maksimum dari pengiklanan yang dibuat pengiklan

mesti memilih strategi pengiklanan yang betul untuk mempromosikan perniagaan

mereka. Bab ini akan membantu pembaca memahami perbezaan antara boost post

dan Fb Ads.

BOOST POST

Setelah menghantar post di Facebook Fanpage anda mungkin akan dapat

melihat butang berwarna biru berlabel boost post Boost a Post. Boost post

membenarkan anda menukarkan post anda kepada iklan yang dapat disiarkan kepada

lebih ramai orang. Iklan berbentuk boost post boleh disasarkan kepada kumpulan

orang tertentu dan boleh dipaparkan di pelbagai tempat di Facebook. Boost post

bertujuan untuk menarik perhatian dan merupakan cara yang mudah untuk berkongsi

sesuatu post dengan sasaran anda serta meningkatkan bilangan audiens di Fanpage

anda.

Page 27: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

23

Boost post digunakan untuk mendapatkan banyak Like, Share dan Comment

pada sesuatu post. Boost post juga boleh digunakan untuk menarik perhatian orang

yang mempunyai minat terhadap kandungan yang anda siarkan tetapi masih belum

menajdi fan di Fanpage anda. Boost post perlu disertakan dengan butang call-to-

action (CTA) supaya orang yang membaca post anda akan membuat tindakan yang

anda mahukan seperti membuat tempahan, melanggan newsletter, mendapatkan

maklumat lanjut mengenai perniagaan dan lain-lain lagi.

Berikut adalah ciri-ciri boost post yang biasa digunakan:

Targeted: Boost post boleh di siarkan kepada audiens yang anda pilih.

Anda boleh menetapkan audiens sasaran berdasarkan kepada lokasi,

minat dan lain-lain. Anda juga boleh mencipta senarai audiens

menggunakan contact list anda sendiri atau mencipta audiens baru

menggunakan fungsi lookalike audience dimana iklan akan disiarkan

kepada orang yang mempunyai ciri yang sama dengan orang yang telah

mengikuti fanpage anda.

Pelbagai placement: Boost post boleh disiarkan di pelbagai lokasi

seperti Desktop NewsFeed, Mobile NewsFeed and Instagram. Iklan

berbentuk video boleh disiarkan di Audience Network.

Bajet: Bajet minimum untuk boost post ialah RM1.00 sehari. Anda

boleh menetapkan bajet pengiklanan anda sendiri.

Penjadualan: Anda boleh menetpakan tempoh masa dan bila iklan

anda akan disiarkan.

Kandungan iklan: Kandungan iklan yang tersiar adalah sama seperti

kandungan yang terpapar di fanpage anda. Boost post akan ditandakan

dengan label Sponsored dan akan mempunyai butang CTA jika anda

memilih untuk menggunakan butang tersebut.

Mempunyai akses ke Facebook Insight: Anda boleh mengukur

keberkesanan iklan anda dengan menggunakan fungsi Fb Insight.

Page 28: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

24

Boost post boleh dibuat terus dari Facebook Fanpage dan tidak perlu

menggunakan Facebook Ads Manager.

FACEBOOK ADS

Boost post dan Facebook Ads adalah perkhidmatan pengiklanan yang

ditawarkan oleh Facebook. Berbeza dengan boost post iklan Facebook Ads (Fb Ads)

perlu dibuat melalui aplikasi Ads Manager dan Fb Ads menawarkan lebih banyak

fungsi yang lebih menarik kepada pengiklan. Terdapat pelbagai bentuk objektif

pengiklanan yang boleh dicipta dengan menggunakan Fb Ads.

Boost post sesuai untuk iklan untuk membina dan memperkenalkan jenama

dengan cara mendapatkan Page Like, Comment dan Share. Fb Ads boleh digunakan

untuk mengalakkan pemasangan aplikasi, mendapatkan trafik ke laman web,

tontonan video, menerima tempahan dan banyak lagi.

Ciri-ciri Fb Ads:

Pelbagai placement: Fb Ads boleh disiarkan di pelbagai lokasi seperti

Desktop NewsFeed, Mobile NewsFeed and Instagram. Iklan berbentuk

video boleh disiarkan di Audience Network. Selain dari itu Fb Ads,

juga boleh disiarkan di Facebook News Feed, Messenger ads,

Instagram stories, instant articles dan Audience Network.

Tetapkan objektif pengiklanan: Objektif pengiklanan mestilah selari

dengan matlamat perniagaan anda. Bosst post boleh digunakan untuk

mendapatkan trafik ke laman web, meningkatkan penglibatan di

Fanpage (Like, Share atau Comment) dan mempromosikan lokasi kedai

fizikal. Iklan yang dicipta menggunakan aplikasi Fb Ads Manager

mempunyai pilihan yang lebih luas. Ads Manager membenarkan anda

memilih iklan berbentuk store visit, conversion dan lead generation. Fb

Ads juga boleh dihasilkan menggunakan aplikasi Ads Manager di

telefon pintar.

Page 29: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

25

Kandungan iklan: Isi kandungan dan bentuk iklan di Fb Ads

ditentukan oleh pengiklan sendiri. Kandungan dan bentuk iklan ini

perlu disesuaikan dengan objektif iklan yang ingin dicapai oleh

pengiklan.

Sasaran audiens: Fb Ads menyediakan pelbagai pilihan sasaran

audiens untuk disesuaikan dengan objektif pengiklanan yang ingin

dicapai.

Page 30: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

26

BAB 8

CAMPAIGN BUDGET OPTIMIZATION

PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan mengenai campaign budget optimization.

APAKAH CAMPAIGN BUDGET OPTIMIZATION?

Campaign budget optimization ialah fungsi dalaman yang disediakan di Fb

Ads Manager yang boleh digunakan oleh pengiklan untuk meningkatkan

keberkesanan agihan bajet kempen kepada beberapa ad set kempen.

Page 31: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

27

Campaign budget optimization membenarkan Facebook mencari peluang

untuk menjana hasil yang terbaik dari setiap ad set dan mengagihkan bajet kepada

Ad set tersebut dengan secara automatik dan berterusan untuk mencapai objektif

pengiklanan yang ditetapkan. Campaign budget optimization akan menilai

keberkesanan setiap Ad set dan memaparkan iklan yang berkesan dengan lebih

kerap.

BAJET KEMPEN

Kempen bajet ialah bajet yang diperuntukkan untuk keseluruhan kempen

bukan bajet untuk setiap Ad set. Bajet kempen dan bajet Ad set boleh ditetapkan

secara harian (daily budget) atau secara pukal .(jumlah keseluruhan bajet untuk

sesuatu kempen). Campaign budget optimization boleh di aplikasi pada bajet harian

atau bajet keseluruhan.

BAGAIMANA BAJET DIAGIHKAN?

Penilaian keberkesanan setiap Ad Set dibuat secara masa nyata (real time)

berdasarkan kepada peluang semasa. Objektif campaign budget optimization adalah

Page 32: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

28

untuk mendapatkan keputusan yang terbaik yang bersesuai dengan strategi bid yang

ditetapkan oleh pengiklan.

Berikut adalah contoh bagaimana campaign budget optimization berfungsi.

Katakan anda tidak mengaktifkan pilihan campaign budget optimization dan anda

mempunyai dua Ad set dengan bajet Rm100 setiap satu. Ad set pertama berjalan

dengan baik dan keseluruhan bajet dihabiskan dalam masa yang singkat. Ad set

kedua tidak berjalan dengan baik, Ad set ini hanya membelanjakan RM25 sebelum

dihentikan. Ini bermakna hanya RM 125 sahaja yang dapat dibelanjakan. Campaign

budget optimization akan memastikan ke semua RM200 digunakan untuk mencapai

objektif pengiklanan dengan mengagihkan semula bajet yang tinggal kepada Ad set

lain yang mempunyai keberkesanan yang tinggi.

APA ITU BIDA?

Bida ialah nilai tawaran pengiklan untuk menyiarkan satu iklan di Facebook.

Facebook membenarkan nilai tawaran ini dinaikan atau diturunkan dengan

menggunakan fungsi “pacing”.

Page 33: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

29

Pacing merujuk kepada cara Facebook membelanjakan bajet pengiklanan

yang ditetapkan oleh pengiklan. Garisan merah menunjukkan keadaan apabila fungsi

‘pacing” tidak digunakan. Iklan akan berjalan dengan cepat dan bejt akan cepat

habis. Garisan hijau menunjukkan cara Facebook mengawal bajet dengan kaedah

“pacing”, kadar bida akan dikawal mengikut keadaan semasa. Garisan terakhir

menunjukkan keadaan apabila iklan tidak mendapat sambutan, bajet tidak

dibelanjakan dengan baik dan tidak mendatangkan hasil yang memuaskan.

Page 34: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

30

STRATEGI BIDA

Strategi bida atau tawaran (Bid strategy) digunakan untuk mengawal kos

iklan. Bida membantu pengiklan mengawal kos untuk setiap iklan yang disiarkan

sama seperti bajet mengawal kos keseluruhan iklan untuk sesuatu kempen atau Ad

set. Bida digunakan oleh Facebook untuk menentukan iklan mana yang perlu diberi

keutamaan untuk disiarkan apabila terdapat beberapa iklan yang ingin disiarkan pada

waktu yang sama. Facebook akan memberi keutamaan penyiaran kepada iklan yang

membuat tawaran atau bid yang paling tinggi. Proses mendapatkan hak siaran untuk

menyiarkan iklan dikenali sebagai bid auction atau lelongan bida.

Terdapat dua strategi bida yang boleh dipilih iaitu kos terendah dan kos

sasaran. Strategi kos terendah menetapkan bahawa iklan perlu disiarkan dengan kos

terendah mengikut bajet dan jadual yang telah ditetapkan oleh pengiklan. Pengiklan

juga boleh menetapkan bid cap iaitu bid maksimum yang dibenarkan.

Kos sasaran menetapkan kos setiap iklan mesti berada disekitar kos yang

telah ditetapkan. Strategi ini hanya boleh digunakan untukyang mempunyai objektif

berbentuk lead generation, app installation, conversion atau catalog sales.

Strategi kos terendah akan menyebabkan kos iklan sentiasa berubah ada

kalanya rendah, ada kala tinggi, kos akan menjadi tinggi jika terdapat persaingan

yang tinggi dan kos menjadi rendah apabila tiada persaingan. Kelebihan strategi ini

ialah Facebook akan memastikan iklan anda akan sentiasa disiarkan dengan kos

terendah. Anda boleh mengawal kos maksimum dengan menetapkan kos maksimum

atau cap. Strategi kos sasaran digunakan apabila ana mempunyai nilai tertentu untuk

setiap iklan yang disiarkan.

Page 35: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

31

BAB 9

PANDUAN PENGIKLANAN DI FACEBOOK

MENETAPKAN OBJEKTIF

PENENTUAN AUDIENS SASARAN

Page 36: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

32

MENAMBAHKAN CALL TO ACTION (CTA)

PANDUAN PENULISAN

INTERAKSI

Page 37: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

33

PIN POSTING PENTING KE BAHAGIAN TERATAS PAGE FACEBOOK

PELBAGAI AD SET UNTUK KEMPEN

MENGOPTIMUMKAN FACEBOOK INSIGHTS

Page 38: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

34

BAB 10

CARA MEMBUAT FACEBOOK BOOST POST

PENGENALAN

Boost post digunakan untuk menyiarkan post yang disiarkan fanpage kepada

audien yang lebih ramai. Boost post mempunyai bentuk yang sama dengan post di

fanpage di tambah dengan label “Sponsored” dan butang Call-to-Action (CTA).

TEKNIK MEMBUAT BOOST POST

1. Log masuk ke Facebook Fanpage anda.

2. Cari post yang ingin dihebahkan (boost).

3. Klik butang Boost a Post. Jika butang tersebut berwarna kelabu atau tidak boleh

diklik, post tersebut tidak boleh digunakan untuk boost post.

4. Pilih audiens dari tetapan sasaran yang telah dibina sebelum ini atau cipta

audiens sasaran baru.

5. Tetapkan jumlah bajet dan cara bagaimana bajet itu akan dibelanjakan.

6. Tetapkan jangka masa iklan.

7. Pilh cara pembayaran.

8. Klik Boost.

Page 39: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

35

Setiap post atau iklan akan diperiksa oleh Facebook sebelum dilepaskan

untuk disiarkan. Facebook akan menghantar makluman setelah sesuatu post di

LULUSkan untuk disiarkan sebagai iklan berbayar.

Page 40: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

36

BAB 11

CARA MEMBUAT FACEBOOK ADS

PENGENALAN

Iklan Facebook (Fb Ads) ialah ialah berbayar yang diahsilkan dengan

menggunakan aplikasi Facebook Ads Manager. Iklan ini mempunyai tetapan yang

lebih baik berbanding dengan boost post.

CARA MEMBUAT FB ADS

1. Pergi ke Facebook Advertisement Manager.

Page 41: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

37

2. Pilih Marketing Objective (Objektif Pemasaran). Contoh pilih “brand

awareness” (kesedaran jenama). Namakan kempen anda.

3. Masukkan butiran negara, matawang dan zon waktu.

4. Di bahagian ini, masukkan perincian maklumat tentang audiens sasaran. Anak

panah di sebelah kanan menunjukkan jumlah potensi audiens yang mungkin

akan melihat iklan anda.

Page 42: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

38

5. Anda boleh juga sasarkan audiens berdasarkan demografi.

6. Tetapkan bajet.

7. Pilih format iklan yang bersesuaian.

Page 43: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

39

8. Pilih Images dan masukkan copywriting di ruangan teks.

9. Setelah bayaran dibuat, iklan akan dihantar ke Facebook untuk kelulusan

sebelum diterbitkan.

Page 44: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

40

BAB 12

FACEBOOK PIXEL

PENGENALAN

Facebook Pixel digunakan untuk merekodkan maklumat mengenai orang

yang melawat laman web anda dan tindakan yang mereka ambil. Maklumat ini

bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai tindakan yang aimbil oleh

pelawat Facebook Fanpage anda. Maklumat ini boleh digunakan untuk menyasarkan

orang tersebut dengan menggunakan tetapan cutom audience. Apabila lebih banya

conversion berlaku, Facebook akan menghatar lebih banyak maklumat kepada orang

yang membuat tindakan tertentu an ini dikenali sebagai conversion optimisation.

Page 45: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

41

CARA MENCIPTA FACEBOOK PIXEL

1. Lawati https://www.facebook.com/ads/manager untuk mendaftar Facebook

Pixel. Pergi Measure and Report dan klik Pixels.

2. Klik Create a Pixel.

Page 46: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

42

3. Anda akan menerima nombor siri yang merupakan Pixel ID untuk merakam

data pengunjung. Klik Setup Pixel.

4. Klik Manually install the code yourself.

5. Copy kod Pixel ID yang lengkap.

Page 47: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

43

6. Paste kod di Header Scripts yang terdapat di laman web anda.

7. Uji pemasangan Facebook Pixel. Klik Send Test Traffic. Kemudian klik

Continue.

8. Pilih objektif pengiklanan yang bersesuaian seperti Generate Lead dan klik

Done.

Page 48: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

44

CARA MENCIPTA MEMBUAT RETARGETTING

Anda boleh retarget prospek yang melawat Page atau mengambil tindakan melalui

Call to Action (CTA) menggunakan Facebook Pixel.

1. Klik Facebook Ads Manager dan pilih Audience.

2. Pilih Create Audience.

Page 49: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

45

3. Anda boleh membahagikan pengunjung berdasarkan beberapa kriteria. Pilih

Website Traffic.

4. Pilih Pixel.

Page 50: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

46

5. Pilih All website visitors

6. Isikan nama dan klik Create Audience.

Page 51: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

47

7. Klik Done. Pengunjung akan dikenal pasti untuk iklan anda.

Page 52: PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS - … fileSebagai contoh untuk menarik orang ramai mengunjungi sesebuah laman web pengiklan akan menggunakan imej, teks dan menyasarkan audien yang

PROMOSI PRODUK MENGGUNAKAN FB ADS

https://eusahawanilpkl.blogspot.com/

48

8. Anda boleh melihat analisis di https://www.facebook.com/analytics/(your

pixel-id)/