pemasangan nginx menggunakan centminmod

22
Shaiffulnizam Mohamad [email protected] Pemasangan Nginx dan Konfigurasi Joomla Halaman | 1 Penafian Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan maklumat didalam buku ini ketika penulisan, namun begitu maklumat berkaitan teknologi perkomputeran selalu bertukar dengan pantas.Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan terdapat kesalahan tipografi dan kandungan. Gambar adalah hakcipta masing-masing dan dikreditkan.Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung. Hakcipta Hakcipta Terpelihara 2012, Shaiffulnizam bin Mohamad. Anda dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis • Anda dilarang menjual tutorial ini kepada mana-mana pihak sekalipun. • Anda dilarang menjadikan tutorial ini sebagai bonus untuk produk anda. • Anda tidak dibenarkan sama sekali mengubah suai kandungan ebook ini

Upload: shaiffulnizam-mohamad

Post on 23-Oct-2015

75 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Bagaimana memasang Nginx secara mudah menggunakan centmin untuk VPS

TRANSCRIPT

Page 1: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 1

Penafian Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan maklumat didalam buku ini

ketika penulisan, namun begitu maklumat berkaitan teknologi perkomputeran selalu bertukar dengan

pantas.Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat

ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan terdapat kesalahan tipografi dan kandungan. Gambar

adalah hakcipta masing-masing dan dikreditkan.Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa

maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang dengan

ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada

secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan

ini, secara langsung atau tidak langsung.

Hakcipta Hakcipta Terpelihara 2012, Shaiffulnizam bin Mohamad.

Anda dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini

dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,

rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis

• Anda dilarang menjual tutorial ini kepada mana-mana pihak sekalipun.

• Anda dilarang menjadikan tutorial ini sebagai bonus untuk produk anda.

• Anda tidak dibenarkan sama sekali mengubah suai kandungan ebook ini

Page 2: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 2

Kandungan Halaman 1. Kandungan

2. Pengenalan

3. Pemasangan Nginx dan Penggunaan Skrip dari Centminmod.com

4. Langkah Pemasangan dan Persediaan.

5. Log masuk ke pelayan web anda menggunakan SSH

6. Muat turun Skrip CentminMod, Setup dan mulakan pemasangan

7.

Page 3: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 3

Pemasangan Nginx menggunakan CentminMod Pengenalan

Nginx atau disebut Engine-X merupakan Pelayan web sumber terbuka yang dibina oleh Igor Sysoev,

ianya adalah pelayan web yang berprestasi tinggi dan merupakan reverse proxy, pelayan proxy dan

IMAP/POP3. Ia mula dibangunkan pada tahun 2002 dan dilepaskan kepada umum pada tahun

2004. Sehingga kini Nginx digunakan hampir 12.18% (22.2 Juta) tapak web aktif yang merentasi

semua jenis domain. Ia juga dikenali disebabkan prestasinya yang tinggi, konfigurasinya yang

mudah dan penggunaan sumber RAM yang rendah.

Nginx adalah antara pelayan yang dibina bagi mengatasi masalah C10K (Masalah C10k merujuk

kepada masalah mengoptimumkan perisian pelayan web yang mengendalikan sejumlah besar

pelanggan pada masa yang sama (dengan itu nama C10k - sepuluh ribu sambungan). Masalah

pengoptimuman pelayan web telah dikaji kerana beberapa faktor perlu dipertimbangkan untuk

membolehkan pelayan web untuk menyokong banyak pelanggan. Ini boleh melibatkan gabungan

kekangan sistem operasi dan had perisian pelayan web.)

Prestasi Nginx memang amat bagus dan berguna bagi mengendalikan beribu-ribu permintaan

serentak dengan kesan jejak penggunaan memorinya yang kecil dan sesuai untuk digunakan pada

server berprestasi tinggi dan yang berskala kecil. (dedicated server kepada VPS)

NginX telah menjana web berprestasi tinggi seperti WordPress, Hulu, Github, Ohloh, SourceForge,

CloudFlare dan TorrentReactor.

Pemasangan Nginx dan Penggunaan Skrip dari Centminmod.com

Ada beberapa cara untuk memasang NginX, tetapi dalam tutorial kali ini, saya lebih suka

menggunakan Skrip yang telah disediakan oleh CentMinMod.com. Sebab Utama kenapa saya

menggunakan Skrip CentMinMod.com ialah kerana ianya lebih mudah digunakan terutama untuk

pemasangan NginX, PHP, MySQL atau MariaDB dan bagaimana untuk mengemaskininya melalui

skrip yang disediakan, skrip ini juga membantu untuk pemasangan MemCached, Suhosin,

FFMPEG, CSF firewall dan perisian penting bagi pelayan web anda.

Skrip dari CentMinMod ini boleh dipasang pada pelayar web berasaskan Centos sahaja. Centmin

Mod adalah untuk pemasangan pada sistem operasi CentOS sahaja. Ia merupakan versi yang

diubah suai skrip Centmin asal yang memasang pelayan web Nginx secara automatic berserta

dengan putaran log dengan pelbagai perisian: PHP-fpm dengan putaran log, lebih baik melakukan

MySQL, MariaDB 5.2.x MySQL server, memcached v1.4.10, Memcache v3. 0.5, pilihan cachers

opcode PHP seperti Xcache v1.3.2 dan APC Cache v3.1.9, ImageMagick, Suhosin dan FFMPEG

pilihan PHP lanjutan, CSF Firewall, Pengepungan penanda aras serta CentOS dan versi terkini

Python v2.7.2. Baru-baru ini, versi Mod Centmin beralih ke menu penuh sokongan pemasangan

untuk sistem operasi CentOS.

Page 4: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 4

Langkah Pemasangan dan Persediaan.

Saya mengandaikan anda tahu menggunakan Putty dan SSH serta memiliki asas pengendalian

pelayan Centos.

Pertama sekali, anda perlu memiliki Pelayan web sendiri yang mempunyai kawalan terhadap root

pelayan web tersebut. Dalam tutorial ini saya akan menggunakan VPS atau Virtual Private Server

daripada ChicagoVPS.NET yang mempunyai spesifikasi seperti berikut:

i. 50GB Hardisk

ii. 2GB RAM

iii. 2TB Bandwith

iv. Dihoskan di Chicago US

v. Kawalan penuh kepada Root System

Dengan Harga lebih kurang RM 22 sebulan atau USD 7. Atau anda boleh gunakan VPS dengan

Spesifikasi lebih rendah dengan memilih seting lebih rendah semasa pemasangan dilakukan.

Kedua, anda perlu Log masuk ke system VPS anda menggunakan Putty, contohnya seperti

dibawah.

Dan log masuk ke sistem VPS anda sebagai root. Sila ambil perhatian, dalam tutorial ini, saya

menggunakan default User root dan saya hanya menggunakan Asas keselamatan sahaja untuk log

masuk ke server saya. Tetapi anda tidak perlu bimbang, diakhir tutorial ini dan proses pemasangan

Nginx menggunakan skrip CentMinMod ini, server anda akan turut dipasang dengan CSF Firewall

dan Suhosin sebagai alatan asas keselamatan pelayan web anda.

Page 5: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 5

Log masuk ke pelayan web anda menggunakan SSH

Berikut ialah gambar setelah anda log masuk ke Pelayan Web anda menggunakan SSH.

Untuk proses selanjutnya, sila kemaskinikan sistem Operasi Centos yang anda gunakan.

Baris arahan

yum –y update

Seperti gambar dibawah.

Muat turun Skrip CentminMod, Setup dan mulakan pemasangan

1. Memuat turun versi terbaru Mod Centmin dari (anda boleh mencari versi maklumat terkini di sini

http://www.centminmod.com) dan turun pada http://vbtechsupport.com/920/. Capaian download

kemudian akan bergerak ke domain centminmod.com.

cd /usr/local/src

wget http://vbtechsupport.com/centminmenu/centmin-v1.2.2-eva2000.11.zip

2. Ekstrak fail dan tukar kepada direktori centmin-v1.2.2mod dan selepas itu sila chmod +x

centmin.sh.

unzip centmin-v1.2.2-eva2000.11.zip

cd centmin-v1.2.2mod

chmod +x centmin.sh

3. Menu utama pemasang berasaskan centmin.sh dan jika ini adalah kali pertama memasang, pilih

pilihan # 1 untuk memasang Centmin. Jika anda menaik taraf pelayan yang telah sebelum ini telah

dipasang dengan Centmin Mod, anda TIDAK perlu untuk menjalankan pilihan # 1, sebaliknya

menjalankan pilihan # 4 dan # 5 untuk menaik taraf Nginx pelayan web dan menaik taraf PHP.

Page 6: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 6

./centmin.sh

Berikut ialah paparan cekupan skrin bagi skrip centmin.sh yang dilaksanakan.

Sila Pilih arahan/opsyen 1 dan Klik Enter untuk mula memasang Centmin, ketika pemasangan

Centmin ini, Pelayan web akan dipasangkan dengan NginX, PHP, MariaDB serta APC Cache,

Memcached server dan XCache. Paparan yang akan muncul setelah anda memilihOpsyen 1 adalah

seperti berikut,

Anda perlu menaip “ y “ untuk teruskan, seterusnya anda akan ditanya sama anda ingin

mengemaskini perisian dalam pelayan anda. Sila jawab “ y “ untuk kedua-dua soalan ini.

Page 7: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 7

Selepas ini, perisian-perisian dalam pelayan ini akan dinaiktaraf kepada Versi terkini secara

automatic.

Selepas semua pemasangan atau kemaskini Berjaya dilakukan, anda akan ditanya sama ada ingin

menambah ciri keselamatan kepada folder /tmp dan /var/tmp

Untuk bahagian ini, Saya AMAT MENYARANKAN anda untuk menerima permintaan ini, dengan

mengklik huruf “ y “, kerana ini dapat membantu mengelakkan server anda dari hack dengan mudah.

Selepas ia selesai dilindungi / diperkuatkan, anda akan ditanya soalan bagi setiap penggunaan

aplikasi bagi membolehkannya, menggunakan memori dengan sepenuhnya. Anda perlu jawab

soalan yang ditanya sama ada pelayan anda mempunyai memori yang mencukupi atau tidak.

Page 8: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 8

Jika anda memiliki pelayan dengan memori yang besar, anda boleh menggunakan kelebihan

pelayan web anda dengan sepenuhnya.

Soalan diatas untuk mengoptimakan MySQL, jika pelayan web and memiliki memori yang agak

rendah, sila pilih Yes dengan menaip perkataan “ y “ jika lebih, sila klik “ n “, selepas ini. Begitu juga

dengan penggunaan/pemasangan bagi PHP. Seperti dibawah, sila pilih berdasarkan kemampuan

server anda. Begitu juga dengan XCache dan APC.

Selepas ini skrip akan memasang perisian pembangunan untuk kompil Nginx dan lain-lain. Sila

tunggu hingga ianya selesai. Ia juga akan menambah repo kepada system centos anda sekiranya

ianya belum ada didalam sistem anda.

Setelah selesai memasang Alatan Pembangunan (Development Tools) dan mengemaskini sistem

anda, anda akan ditanya untuk menetapkan Masa Lokal bagi server tersebut, sekiranya anda ingin

berbuat sedemikian

Bahagian ini terpulang kepada anda, untuk saya. Saya akan menjawab tidak “ n “ untuk

membolehkan saya menetapkan masa pelayan web tersebut kepada yang saya suka.

Page 9: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 9

Sistem akan secara auto memasang Nginx selepas mengenal pasti sistem yang anda gunakan.

Selepas selesai mengkompil NginX, anda akan ditanya sama ingin kompilkan Nginx untuk

menyokong IPV6, sekiranya hos anda menyokong IPV6, anda boleh menggunakannya.

Page 10: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 10

Jika anda memilih Ya, sila klik “ y “ dan Nginx akan dikompil supaya ia dapat menyokong protokol

tersebut. Sekiranya tidak, sila taipkan “ n “, sekiranya hos anda dan ISP anda tidak menyokong

IPV6, laman web tersebut tidak akan dapat dilawati. Kecuali mereka yang menggunakan ISP yang

disokong IPV6.

Selepas selesai proses Kompil. Apache akan dinyahaktifkan dan MySQL/MariaDB pula akan

dipasang. Apabila pemasangan MariaDB ini selesai, anda akan terus diminta untuk menambah ciri-

ciri keselamatan MariaDB dengan menambah katalalaluan ke MariaDb/MySQL, membuang

anonymous user, membuang pangkalan data ujian (test)

Ini semua boleh dilakukan secara manual menggunakan baris arahan

/usr/bin/mysql_secure_installation

Oleh kerana, MariaDB adalah berasal dari MySQL, maka baris arahan mereka adalah lebih kurang

sama sahaja.

Klik “ Enter “ sahaja pada kali ini, kerana Katalaluan memang tiada pada permulaannya,

selepas itu, sila tetapkan katalaluan root, Sila jawab “ y “ disini, anda boleh gunakan katalaluan

berbeza dengan katalaluan root pelayan web anda. Jika pelayan web MySQL atau sebaliknya

dicerobohi maka salah satu katalaluan akan lebih selamat, (Pastikan katalaluan anda

menggabungkan abjad dan nombor serta huruf istimewa, cthnya $#@ dan lain-lain.

Page 11: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 11

Dalam pemasangan default MySQL, terdapat pengguna anonymous, untuk keselamatan sila

pastikan anda Klik “ n “ untuk buang pengguna ini dari pangkalan data.

Untuk keselamatan juga, anda harus menyahaktif sambungan root dari luar pangkalan data anda,

supaya katalaluan anda tidak diteka dari rangkaian. Oleh yang demikian, sila pastikan anda

menjawab “ Y “ sekiranya anda menggunakan server ini sebagai server keluaran dan bukan server

ujian.

Untuk seterusnya, dalam pemasangan default. Ada satu pangkalan data bertajuk TEST yang boleh

diakses oleh semua orang, sila buang sebelum pelayan web anda digunakan untuk online

sepenuhnya. Sila pastikan pangkalan data test dan akses kepadanya dibuang. Klik “ Y “ untuk

membuangnya.

Page 12: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 12

Selepas selesai memasang MySQL/MariaDB, pemasangan PHP pula akan dimulakan, ianya

bermula dengan pengemaskini sistem Server anda, dan selepas itu, skrip centminmod akan mula

mengambil fail-fail pemasangan PHP yang terkini dan akan dikompilkan berdasarkan jumlah memori

yang anda tetapkan sebelum ini,

Dengan menggunakan Skrip dari CentminMod ini, yang menariknya ialah PHP bukan dipasang

secara sedia ada, tetapi ianya dikompil menggunakan kod sumber dan berdasarkan Input anda

mengenai memori yang dimiliki oleh pelayan anda.

Skrip ini juga akan memasang PHP SAPI (Server API) modul FPM dan juga Binari CLI bagi PHP

(Command line Interface)

Mengenai PHP-fpm?

PHP-fpm (FastCGI Proses Pengurus) adalah pelaksanaan alternatif PHP FastCGI dengan beberapa

ciri-ciri tambahan yang berguna untuk laman sebarang saiz, terutamanya tapak yang sibuk.

Ciri-ciri ini termasuk:

Proses penyesuaian spawning (BARU!) Adaptive process spawning

Statistik asas (mod_status ala Apache) (BARU!)

Proses pengurusan canggih dengan berhenti / bermula dengan lembut (graceful)

Page 13: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 13

Kebolehan untuk memulakan pekerja dengan uid / gid / chroot / persekitaran yang berbeza dan

php.ini berbeza (menggantikan safe_mode)

merekod Stdout &stderr

Kecemasan mula semula dalam kes kemusnahan cache opcode sengaja

Mempercepatkan sokongan muat naik

Sokongan untuk "slowlog"

Tambahan kepada FastCGI, seperti fastcgi_finish_request () - fungsi khas untuk menyelesaikan

permintaan & flush semua data di samping terus melakukan sesuatu yang memakan masa (video

penukaran yang, statistik pemprosesan, dll)

Seterusnya, ia juga akan memasang fail logrotate dan mulakan kembali php-fpm dan pemasangan

selesai.

dan Wow! Php Berjaya dipasang ke server anda. Sekarang, Skrip akan cuba memasang XCache,

APC dan Memcached yang bertujuan membantu mempercepatkan muat turun atau memory caching

atau data caching (simpan memori atau data sementara untuk diguna semula bagi mempercepatkan

akses kepada fail2 tersebut)

Pilihannya, anda tidak boleh memasang Xcache bersama-sama APC, anda hanya boleh pilih salah

satu darinya.dan keduanya menggunakan 32MB RAM. Untuk tutorial ini saya hanya memasang

APC dan bukan XCache seperti gambar dibawah.

Page 14: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 14

Anda akan ditanya sama ada ingin memasang XCache atau tidak? Saya tidak memasang XCache

tetapi APC, ini terpulang kepada anda, dan sebaiknya anda membuat sedikit kajian mengenai

kelebihan dan kekurangan antara APC dan XCache, tetapi dalam tutorial ini, saya hanya

memfokuskan kepada pemasangan asas Nginx.

Jika anda ingin gunakan APC, sila jawab “ y “

APC akan dipasang dari permulaan sekiranya pelayan web yang anda gunakan tidak disokong.

Contohnya pelayan web yang saya gunakan dalam tutorial ini tidak disokong oleh pemasangan

normal, maka ia akan dikompil bagi kesesuaian server saya,

Setelah selesai dipasang, PHP-FPM akan dimulakan kembali, dan selepas itu sendmail akan

dipasang secara automatik.

Setelah sendmail dipasang, skrip ini akan memasang pelayan Memcached yang akan

menggunakan 8MB RAM bagi setiap satu pelayan. Konfigurasi sendmail boleh dibuat selepas

semua proses pemasangan selesai dilakukan, mengikut pengalaman saya selepas menggunakan

skrip dari centminmod ini, saya Berjaya menggunakan sendmail dengan sedikit ubahsuaian melalui

webmin. (Akan diterangkan dalam tajuk akan datang)

Page 15: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 15

Selepas pemasangan Sendmail, pemasangan seterusnya ialah server memcached. Selepas selesai

proses pemasangan tersebut anda ditanya sama ada ingin memasang 1 atau 2 pelayan

memcached yang menggunakan 8MB RAM setiap satu. Jika server/pelayan web anda mempunyai

memori RAM yang agak besar, anda boleh memasang dua pelayan memcached sekaligus.

Selepas itu. Ektension php-memcached akan dikompil dan dipasang ke direktori yang sepatutnya.

Pelayan akan mulakan semula php-fpm dan selepas itu pula akan memasang halaman log masuk

admin memcached.

Page 16: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 16

Page 17: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 17

Page 18: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 18

Page 19: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 19

Page 20: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 20

Untuk membolehkan anda menggunakan ciri Search Engine Friendly pada Joomla!, SEF

Apa yang anda harus lakukan terlebih dahulu ialah dengan membuat ubahsuai kepada konfigurasi

Virtual Host Nginx web anda. Pada kebiasaannya Absolute pathnya adalah seperti berikut :

/usr/local/nginx/conf/conf.d/

Oleh yang sedemikian, sila ke folder tersebut dan lihat Virtual Host yang mana perlu diubahsuai dengan menyenaraikan fail yang ada. cd /usr/local/nginx/conf/conf.d/

ls

Sebagai contoh,

Untuk mengedit konfigurasi SEF bagi web http://backup.joomla.my, anda perlu edit fail backup.joomla.my.conf sama ada menggunakan nano atau vi, untuk saya, saya lebih biasa menggunakan arahan berikut : Nano backup.joomla.my.conf

Seperti gambarajah berikutnya.

Page 21: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 21

Untuk menambah ciri SEF, anda perlu mencari baris location / {

Selepas itu, sila tambahkan kod berikut try_files $uri $uri/ /index.php?q=$request_uri;

Contoh seperti kod yang diberikan dibawah ini

location / {

# Enables directory listings when index file not found

#autoindex on;

# Shows file listing times as local time

#autoindex_localtime on;

# Enable for vBulletin usage WITHOUT vbSEO installed

#try_files / /index.php;

try_files $uri $uri/ /index.php?q=$request_uri; Masukkan Kod berikut }

Keselamatan Sila masukkan kod dibawah bagi menghalang skrip dari dijalankan dari dalam direktori yang dichmod 777 atau writable seperti direktori images, cache, media, logs dan tmp.

# deny running scripts inside writable directories

location ~* /(images|cache|media|logs|tmp)/.*\.(php|pl|py|jsp|asp|sh|cg$

return 403;

error_page 403 http://backup.joomla.my/403;

}

Masukkan kod dibawah untuk membenarkan Nginx menyimpan fail-fail berikut sementara dalam cache bagi tempoh satu tahun / 14 hari mengikut kesesuaian anda.

# caching of files

location ~* \.(ico|pdf|flv)$ {

expires 1y;

}

Page 22: Pemasangan Nginx Menggunakan CentminMod

S h a i f f u l n i z a m M o h a m a d s h a i f f u l @ j o o m l a . m y

P e m a s a n g a n N g i n x d a n K o n f i g u r a s i J o o m l a H a l a m a n | 22

location ~* \.(js|css|png|jpg|jpeg|gif|swf|xml|txt)$ {

expires 14d;

}

Kod dibawah adalah pilihan, sekiranya anda ingin hasilkan halaman 404 atau 403 anda sendiri, Laman 404 ialah untuk fail atau halaman tidak ditemui, manakala laman 403 merupakan Direktori tidak boleh dicapai @ larangan atau forbidden directory, ini hanya valid atau sah, sekiranya anda menggunakan override dan bukan halaman ralat asal NginX.

error_page 404 http://backup.joomla.my/404;

location http://backup.joomla.my/404 {

internal;

}

error_page 403 http://backup.joomla.my/403;

location http://backup.joomla.my/403 {

internal;

}

Selepas anda menyimpan fail tersebut, sila mulakan kembali pelayan web NginX anda untuk dapatkan perubahan yang telah anda lakukan sebentar tadi. Berikan arahan berikut : ngxrestart

Sekiranya tiada sebarang masalah, paparan arahan tadi akan kelihatan seperti berikut.