projektanamanhiasan-120714010614-phpapp01

65

Upload: hannahkeisha

Post on 04-Sep-2015

237 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

projektanamanhiasa

TRANSCRIPT

  • Tanaman hiasan adalah tumbuhan yang ditanam untuk menghiasi sesuatu kawasan bagi mewujudkan pemandangan yang cantik dan indah.Tanaman hiasan ada yang berbunga dan tidak berbunga. Tanaman hiasan ini ditanam di dalam bekas seperti pasu atau ditanam terus di atas tanah . Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga. PENGENALAN

  • Tanaman hiasan ini boleh dikomesialkan atau dijadikan sebagai hobi. Dewasa ini kita sering melihat nurseri tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ini jelas tanaman hiasan merupakan pilihan masyarakat hari ini yang mementingkan suasana persekitaran yang hijau dan mendamaikan. Jika hobi menanam tanaman hiasan dijalankan secara serius, maka tidak hairanklah ianya boleh mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan.Namun untuk memulakan hobi atau secara komersial, seseorang itu seharusnya mengenali jenis-jenis tanaman hiasan

  • Halaman rumah indah dan ceria. Kita dapat bekalan tambahan udara segar. Bunga-bunga akan menghiburkan hati kita dengan pelbagai warna bunganya. Hati menjadi tenang apabila melihat bunga yang indah dari segi daun, corak dan bau.

    KEBAIKAN MENANAM TANAMAN HIASAN

  • Memandang bunga-bunga jenis daun hijau mata akan menjadi segar. Masa lapang dimanafaatkan dengan menanam bunga Bunga-bunga akan menghiburkan hati kita dengan pelbagai warna bunganya. Wujud rasa keinsafan melihat ciptaan Allah yang luar biasa.

  • Tapak Semaian Seri Wangi, Lot 357, Lendu, Rembia, ialah Nursery milik Encik Boon iaitu seluas lima ekar. Beliau mengusahakan pelbagai jenis tanaman hiasan yang bertujuan untuk komersial. Menurutnya beliau membuka nusery ini memandangkan masyarakat hari ini sangat menggemari tanaman hiasan ini untuk menghiasi kediaman mahupun pejabat. Perniagaan tanaman hiasan ini telah diusahakan sejak lima tahun yang lalu dan mendapat sambutan yang sangat daripada pelanggan.

  • Pelangaannnya pula terdiri daripada penduduk setempat dan juga luar dari negeri Melaka. Beberapa orang pelanggan yang datang ke tapak semaian ini berpuas hati dengan tanaman hiasan yang dibeli di sini. Tanaman hiasan yang terdapat di sini cantik-cantik dan bermutu tinggi. Kini encik Boon mempunyai tiga orang tenaga pekerja dan dua buah lori. Encik Boon Kim juga turut memasarkan tanaman hiasannya di pasar tani atau pasar minggu yang terdapat di sekitar negeri Melaka.

  • Terdapat pelbagai jenis tanaman hiasan yang ditanam di tapak semaian ini. Antaranya pokok renek seperti bunga kertas, bunga puding, bunga raya dan sebagainya. Menurutnya pokok bunga kertas turut diminati oleh para pelanggannya. Hal ini adalah kerana bunga kertas mudah dijaga dan terdapat pelbagai warna yang menarik. Pokok bunga kertas juga dibiakkan secara cantuman supaya mendapat kepelbagaian warna dalam sebatang pokok. Tambahan pula pokok bunga kertas telah dipilih sebagai tanaman yang menghiasi seluruh bandar, di sepanjang jalan raya Alor Gajah oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah.

  • Tanaman hiasan pokok palma juga sangat digemari oleh masyarakat hari ini. Antaranya pokok pinang kuning, pinang raja dan rafis. Pokok ini kebanyakan di tanam di kawasan perumahan. Pokok bunga semusim juga banyak terdapat di sini. Antaranya pokok balung ayam, bunga tahi ayam, bunga mawar, bunga kekwa, bunga daisy dan sebagainya. Menurut pengusahan tanaman ini juga digemari oleh pelanggannya kerana ianya cantik. Tanaman tutup bumi seperti rumput tikar, rumput mutiara dan rumput lembu juga ditanam di sini. Masyarakat hari ini gemar menanam rumput tikar di kediaman mereka dengan tujuan nampak cantik dan kemas.

  • Selain menjual pelbagai jenis tanaman hiasan, Encik Boon Kim juga menjual pelbagai jenis tanah untuk kegunaan tanaman. Contohnya tanah pasir, tanah loam, baja kimia dan baja organik Terdpat pelbagai kaedah digunakan untuk pembiakan tanaman di sini. Antaranya kaedah keratan batang, cantuman, tut dan juga biji benih.

  • RAKAMAN FOTO DI TAPAK SEMAIAN SERI WANGI

  • PELBAGAI JENIS PASU DAN BAJA

  • JENIS-JENIS TANAMAN HIASAN

  • \

  • Pokok tembusuPokok semarak apiPokok beringinPokok doa

  • Pokok bunga kertasPokok jejuangPokok pudingPokok bunga raya

  • Pokok bunga seri pagiRos jepunCereus peruvaniusEspotoa lanata

  • Ciri-ciri pokok naungan adalah:

    1. Tinggi- lebih dari 5 meter2. Bentuk berbatang tunggal3. Kegunaan teduhan dan penahan angin 4. Contoh:pokok semarak api, tembusu dan pokok bunga tanjung.

  • Ciri-ciri pokok renek adalah:1. Tinggi- kurang dari 5 meter2. Bentuk batang berkayu, berdahan dan mempunyai ranting3. Kegunaan teduhan dan hiasan4. Contoh: Pokok bunga kertas, pokok bunga raya

  • Ciri-ciri pokok semusim adalah:

    Tinggi- ketinggian yang berbeza-beza2. Tumbuhan yang hidup dalam jangka masa yang singkat4. Mati selepas mengeluarkan bunga5. Mempunyai pelbagai warna dan bentuk6. Kegunaan selalu dijadikan sebagai hiasan7. Contoh: pokok bunga mawar, balung ayam, bunga tahi ayam

  • Ciri-ciri pokok palma adalah:

    Tinggi- ketinggian yang berbeza-beza2. Batang tunggal, tidak bercabang dan diakhiri daun.3 Contoh: Pinang raja, rafis dan pinang kuning.

  • Ciri-ciri pokok kektus adalah:

    Mempunyai bentuk yang unik. Batang tunggal, tidak bercabang dan diakhiri sejambak daun.Contoh: Espoto lanata, Cereus peruvanius dan Opuntia microdays

  • Pembiakan seksMelalui penyemaian biji benih

    Kelebihan:Murah dan menghasilkan banyak pokok Menyediakan pokok penantiMenghasilkan baka-baka baruKadangkala terhasil hibrid yang lebih cergas berbanding pokok induk Keburukan:Tidak menurunkan baka yang tulinTerdapat masa rehat (dormancyMasa yang panjang untuk matangBermusim

  • MENYEMAI BIJI BENIHMedium penyemaianSabut terproses, vermiculite, perlite, pasirCamputan bahan di atas.

    Langkah penyemaianSediakan medium pasir sungai ke dalam bekasSiram supaya medium lembapBiji benih halus digaul dengan pasir (1 bhg benih:3 bhg. pasir)Tabur biji benih di atas permukaan mediumBiji benih ditutup dengan satu lapisan medium dan siram semulaBekas ditutup dengan plastik hingga benih bercambah

  • Cara menyemai dan mengubah biji benih halus

  • Menyemai biji benih besarBiji benih disemai ke dalam medium percambahan sedalam 2 kali ganda garis pusat biji benih

  • Pembiakan aseks/tampangMenggunakan salah satu bahagian tumbuhan

    DaunKeratan batangMata tunas Akar

  • Pembiakan aseks

    Kebaikan:

    Boleh mendapat pokok yang seragamMenyerupai induk yang dipanggil klonCepat berbunga/berbuahBoleh dibiak sepanjang tahunDapat dibiak dengan banyak dalam satu masaDapat membiak , tumbuhan yang tidak boleh dibiak dengan biji

    Keburukan

    Pemindahan penyakit lebih mudah terutama oleh virusTidak semua jenis tumbuhan boleh dibiak dengan cara ini

  • Pembiakan secara batangKERATAN

    Keratan dahan atau batang

    Keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana dan keratan kayu hijau atau lembut.

  • Keratan BatangCara mengambil keratan batang:1. Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit.2. Panjangnya keratan anantara 15 - 20cm. 3. Potong pangkal keratan itu serong di bawah satu mata tunas. 4. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun. 5. Tentukan sekurang- kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk. 6. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). 7. Tekan di sekeliling pangkal keratan. Siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu.

  • Keratan Daun

    Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan uratdaun, keratan tangkai daun dan keratan helaian daun.

    Cara keratan daun dibuat:1. Ambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak bertangkai di mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir. 2. Akar dan daun baru akan keluar dari sebelah bawah daun. Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak dengan cara keratan bahagian daun. 3. Untuk membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun mempunyai batang sepanjang 2.5 4cm panjang.

  • Keratan Akar

    Cara Keratan akar dibuat :Potong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang.Kemudian ditanam dengan membaringkan akar di dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut. Pastikan paras atas akar adalah sama paras dengan pasir. Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain, (misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan pembiakan.

  • Pemasuan Semula

    Kelebihan menanam tanaman dalam pasu

    Tanaman mudah dialihkan Tidak memerlukan kawasan yang luas Boleh disusun dengan susunan yang

  • Kekurangan menanam tanaman dalam pasu

    Terhad kepada beberapa jenis tanaman kecil sahaja untuk tanaman jangka masa singkat sahaja perlu pemasuan semula apabila tanaman kurang subur

  • Sebab-sebab pemasuan semula Pasu retak atau pecah Pasu terlalu padat dengan akar tanaman Tanaman terlalu besar atau terlalu merimbun iv.Tanaman tidak lagi subur akibat kekurangan nutrien v.Tanaman kurang segar dan berpenyakit

  • Pasu retak hendaklah ditukarTanaman terlalu merimbunAir keluar dari lubang saliran

  • Menyediakan Medium Pemasuan

    Medium pemasuan terdiri dari tanah loam, bahan organik dan pasir sungai

    Nisbah medium memasu ialah; 3 : 2 : 1

  • baldiskoppenyiramPenapis pasirAlatan Pemasuan

  • Pemilihan PasuBeliMenggunakan semula pasu sedia ada

    Pasu plastikPasu tanah liatPasu seramik

  • Menyediakan Pasu i. Pilih jenis pasu yang sesuai dengan tanaman dan kedudukan letak pasu tersebut

    ii.Pilih pasu yang lebih besar daripada pasu asal Jika menggunakan pasu baru , rendam semalaman dalam air

    iii.Jika menggunakan pasu terpakai, rendam dalam larutan formalin semalaman untuk membunuh bakteria

    iv. Tutup lubang pasu dengan serpihan pasu atau dengan batu kelikir untuk menggelakkan medium keluar ketika menyiram

  • Langkah-langkah Pemasuan Semula - Lembabkan medium tanaman

    - Medium disiram untuk melembabkannya - Pangkas / buangkan akar yang terkeluar daripada lubang saliran - Pegang pangkal pokok dan tarik keluar tanaman daripada pasu - Jika tidak berjaya , tunggingkan pasu dan ketuk perlahan-lahan - Apabila telah keluar ,pangkas /buang dahan-dahan yang tidak diperlukan -Buang 1/3 daripada medium yang lama

  • Buang medium dengan sudip tangan Gunakan pasu baru yang lebih besar atau basuh dan bersihkan pasu. Masukan medium baru 1/3 dalam pasu.

    Masukan tanaman hiasan tersebut

  • Masukan tanaman hiasan ke dalam pasu yang disediakan Tambahkan medium sehingga 2.5 cm daripada bibir pasu. Siram dan letakkan ditempat yang teduh

  • Memasu juga adalah proses memindahkan anak pokok daripada beg poli ke dalam pasu

  • Penjagaan tanaman- Menyiram

    -Penyiraman dilakukan pagi dan petang -Gunakan alat penyiram yang mempunyai muncung halus -Air siraman akan melarutkan nutrien dan membantu proses fotosintisis

  • - Membaja

    Membaja akan membolehkan pokok terus hidup dan subur Gunakan baja organik atau baja kimia

  • -Merumput

    - Merumput bermaksud membuang rumput rumpai - Rumput rumpai adalah tumbuhan yang tidak diperlukan oleh tanaman di dalam pasu - Rumput rumpai adalah pesaing tanaman untuk mendapatkan nutrien , air dan ruang -Rumput rumpai boleh dibuang dengan menggunakan tangan atau serampangan tangan

  • - Mengembur

    -Menggembur bermaksud aktiviti meloggarkan medium medium yang telah digembur dan loggar akan - Memudahkan air mengalir - Memudahkan akar menembusi medium Membaiki pengudaraan

  • Mengawal serangan musuh

    - Musuh tanaman hiasan adalah seperti serangga perosak, siput babi dan penyakit - Serangga perosak dikawal dengan menyembur tanaman dengan racun serangga - Siput babi dikawal dengan umpan beracun

  • 1. Sediakan pasu gantung yang sesuai.

  • 2. Batu-batu kecil.

  • 3. Campuran tanah

  • Campuran tanah dimasukkan ke dalam pasu.

  • 5. Masukkan batu-batu kecil terlebih dahulu untuk menutup lubang supaya campuran tanah tidak keluar apabila pokok disiram.

  • Dawai dipasang pada lubang pasu gantung untuk tujuan menggantung pokok bunga.

  • 7. Air disiram pada pokok bunga yang baru ditanam.

  • 8. Pokok perlu digantung di tempat yang teduh dan sesuai yang membolehkan pokok bunga yang ditanam dapat hidup dengan subur.

  • SEKIAN, TERIMA KASIH

  • KAEDAH PEMBIAKAN

    **