projek mural i

14
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP PPG SEPTEMBER 2015 HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN NAMA : JULIA A/P AROKIASAMY NO. MATRIKULASI : 780604085122001 NO. KAD PENGENALAN : 780604085122 NO. TELEFON : 0125484678

Upload: kumaran-vijayan

Post on 17-Feb-2016

258 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

TUGASAN 1403

TRANSCRIPT

Page 1: Projek Mural i

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG SEPTEMBER 2015

HBEF 1403

SENI DALAM PENDIDIKAN

NAMA : JULIA A/P AROKIASAMY

NO. MATRIKULASI : 780604085122001

NO. KAD PENGENALAN : 780604085122

NO. TELEFON : 0125484678

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN

PERAK

Page 2: Projek Mural i

PROJEK MURAL I-THINK PADA DINDING SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah

kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif

dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang

menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian.

Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan

dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan

mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru pelatih akan

mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana

yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru

2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama serta

salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu diwujudkan

mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru, kakitangan sekolah

dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Justeru, sebagai tempat

yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam

menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi

keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif

digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan

terasa lebih mesra. Secara tidak langsung tetamu yang melalui kawasan sekolah akan

membaca kata-kata hikmah serta mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang

dibina juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah

3.0 OBJEKTIF

a) Untuk menjadikan laluan prasekolah sebagai satu tempat tumpuan yang menarik bagi

guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.

b) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak

sekolah.

c) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.

Page 3: Projek Mural i

d) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani praktikum

di sekolah ini.

e) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan

sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai

guru sebenar pada masa akan dating

4.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh : 4 minggu (April 2014)

Tempat : Laluan prasekolah sekolah SKK

5.0 SASARAN

Pelawat, guru dan murid Sekolah Kebangsaan Khir Johari.

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Pn Nor’Aini bt. Dahlan

Pengerusi : Pn Sabariah bt Din

Penyelaras Projek : Zuliflee Bin Haron

Penolong Penyelaras : Muhammad Ridzuan Bin Kamarudin

Setiausaha : Muhd Nazirul Syaqim

Reka Grafik : Tengku Muhammad Afiq

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA/KOS

1 Berus RM 20.00

2 Cat Mural RM 50.00

3 Cat Dinding RM 30.00

JUMLAH RM100.00

* Alatan dan cat telah disediakan oleh bilik Pendidikan Seni Visual. Tiada perbelanjaan

dikeluarka

Page 4: Projek Mural i

8.0 SUMBER KEWANGAN

Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam Selangor

9.0 PERANCANGAN PROJEK

BIL AKTIVITI BAHAN TINDAKAN

1 Perbincangan

mengenai idea mural

bertemakan Peta I

Think

Gambar peta ‘I

THINK’

Semua guru pelatih

Pembinaan kertas

kerja Kertas kerja -

Setiausaha

2 Perbincangan dan

pemilihan bersama

pihak pentadbiran

untuk khidmat

nasihat bagi

mendapat kelulusan

daripada Guru Besar.

Kertas Cadangan - AJK

- Pengerusi Projek

- Guru Besar

3 Pemilihan Peta I

THINK yang

bersesuaian di

dinding laluan ke

kantin sekolah.

Tema I-THINK

dalam PdP

4 Projek dimulakan Bahan dan alatan

melukis mural

5 Refleksi dan

dokumentasi i

Kertas Dokumentas

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan

dikendalikan oleh guru sekolah. Kami berharap projek melukis mural Peta I-Think dapat

dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara

Page 5: Projek Mural i

tidak langsung kepada guru- guru pelatih mengenai pengurusan keceriaan di luar bilik darjah

serta mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan

Tengku Bariah. Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi

persekitaran Sekolah Kebangsaan Khir Johari

Disediakan oleh:

.......................................

(MUHD NAZIRUL SYAQIM)

Setiausaha,

Projek Mural I-Think

Disemak oleh:

........................................

(ZULKIFLEE BIN HARON)

Penyelaras,

Projek Mural I-Think.

Disahkan oleh:

........................................

(PN. SABARIAH BINTI DIN

Guru Prasekolah

Sekolah Kebangsaan Khir Johari

Sabak Bernam, Selangor

Diluluskan oleh:

.........................................

(PN. NOR’AINI BINTI DAHLAN)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Khir Johari,

Sabak Bernam, Selangor

Page 6: Projek Mural i

1. Pengenalan

Mural adalah merupakan satu bentuk karya seni yang paling hampir dengan warga sekolah

jika dibandingkan dengan lain-lain karya. Ini kerana pihak sekolah yang dituntut untuk

menghasilkan keceriaan telah memilih mural sebagai salah satu elemen yang wajib ada selain

hiasan lanskap. Pelbagai bentuk, media dan persembahan mural dihasilkan oleh warga

sekolah yang terdiri daripada guru dan pelajar. Penghasilan mural ini lebih bertujuan kepada

pertandingan dan pengindahan. Mural yang dihasilkan agak banyak di sekolah menengah

telah memperlihatkan bahawa warga sekolah menjadikan mural sebagai salah satu elemen

penting yang mesti ada dalam proses menceriakan kawasan sekolah serta menaikkan imej

sekolah. Menurut Abd Rahman Abd Rashid (2001), sekolah berkesan juga menonjolkan imej

dan prestasi sekolah yang tinggi dalam segala bidang, sama ada intelektual, moral, sosial dan

kerohanian. Selari dengan perkembangan ini, jumlah mural yang banyak sahaja tidak dapat

menentukan bahawa warga sekolah benar-benar memahami tentang seni yang mana

seterusnya berlaku apresiasi. Bagi mengapresiasi sesebuah karya seseorang perlu memiliki

pengetahuan yang mendalam tentang latar belakang seni itu sendiri.

Apresiasi seni ini adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek

pengetahuan, membuat pertimbangan, penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap

karya seni. Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional terhadap

karya seni. Bagi Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud menghargai dan pemahaman

mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang

terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya, maklumat mengenai

bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya, gaya dan aliran seni karya serta aspek

sejarah karya tersebut. Justeru itu sudah sewajarnya satu kajian perlu dijalankan untuk

mengetahui dan menilai tahap intelektual pelajar terhadap seni  melalui mural yang bertindak

sebagai media apresiasi .

Persoalan Kajian

1) Hubungan mural dan apresiasi seni

a) apresiasi seni terhadap aspek formal mural

b) apresiasi seni terhadap aspek content mural

Page 7: Projek Mural i

2) Hubungan mural dengan apresiasi seni persekitaran sekolah

a) apresiasi seni di kalangan pelajar

b) apresiasi seni di kalangan warga pendidik

c) apresiasi seni di kalangan ibubapa

3) Rasional pemilihan persoalan kajian

a) Dapat mengetahui jenis-jenis dan fungsi mural yang terdapat di sekolah menengah

di persekitaran daerah kerian perak

b) Dapat mengetahui setakat mana apresiasi seni di kalangan pelajar-pelajar terhadap

mural yang terdapat di persekitaran sekolah mereka.(aspek formal atau aspek

content mural)

c) Dapat mengetahui sejauh mana kualiti pendidikan seni yang ada disekolah

sekarang membantu pelajar dan warga pendidikan mengapresiasi seni

Rumusan Persoalan

Dari persoalan di atas pengkaji telah merumuskan tiga persoalan yang dianggap menarik ,

penting dan perlu dikaji,  tiga persoalan pokok tersebut adalah:

a) Apakah bentuk dan fungsi mural yang terdapat di sekolah menengah daerah Kerian,

Perak.

b) Bagaimana tahap aprisiasi pelajar dan warga pendidik di Sekolah Menengah daerah

Kerian terhadap mural yang terdapat di sekolah mereka.

c) Sejauh mana mural dapat bertindak sebagai media yang berkesan dalam memberi

kefahaman tentang seni tampak bagi pelajar dan warga pendidik sekolah menengah

daerah Kerian Perak.

Batasan Kajian

a) Fokus Kajian

Kajian ini akan menyentuh tentang mural sebagai media apresiasi seni. Fokusnya

pada jenis dan tahap apresiasi seni oleh pelajar dan warga pendidik di beberapa

sekolah terpilih di daerah Kerian Perak. Hal ini akan memberikan gambaran

sebenarnya adakah mural menjadi salah satu media apresiasi seni di sekolah mengikut

yang sepatutnya dalam konteks seni.

Page 8: Projek Mural i

b) Batasan Tempat

Kajian ini akan dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di Daerah Kerian,

Perak sahaja. Pemilihan sekolah tersebut berdasarkan pada kuantiti dan kualiti mural

yang terdapat di sekolah tersebut. Walaupun ia tidak dapat memberikan gambaran

yang tepat secara keseluruhan fenomena tersebut di Malaysia tapi sekurang-

kurangnya dapat dijadikan tolak ukur tahap apresiasi seni di kalangan pelajar dan

warga sekolah

Pengalaman

Setiap sekolah menengah digalakkan  menghasilkan mural untuk menceriakan sekolah.

Proses pembuatan melibatkan pelajar dan guru pendidikan seni visual. Walaubagaimanapun

karya ini bersifat kelompok dan diharapkan dapat mencerminkan indentiti sekolah maka idea

pembentukannya melibatkan ramai orang terutama guru pendidikan seni visual, pelajar-

pelajar malahan guru-guru lain yang berminat untuk bersama-sama menceriakan suasana

sekolah.Dalam perkembangan lain mural terhasil di atas desakan untuk keceriaan di peringkat

sekolah ataupun di peringkat yang lebih tinggi. Walaupun  mural adalah merupakan satu

bentuk karya yang mudah dilihat di sekolah berbanding karya-karya lain seperti lukisan,catan

dan arca, namun begitu adakah karya mural ini dapat mencelikkan pelajar tentang seni

melalui penghayatan dan apresiasi. Menurut Mohd Johari Ab.Hamid (2004), sesiapa sahaja

yang meminati bidang seni boleh menjadi penghayat seni yang baik. Oleh itu karya mural

yang banyak di sekolah telah membuka ruang untuk dikaji samaada pelajar benar-benar

menghayati mural kerana melaluinya dapat ketahui tahap intelektual  mereka terhadap seni

tampak.

Menurut Izani (2000),bagi mengapresiasi sesuatu karya seni, seseorang haruslah mampu

menguasai dan mengetahui latar belakang karya seni yang diapresiasi dan juga dapat

menyelami perasaan dan keinginan seniman. Apa yang menjadi masalah ialah karya seni

mural di sekolah banyak dihasilkan tanpa mengambil kira elemen-elemen penting seperti

formalistik seni, budaya dan lain-lain yang sangat penting. Bagi memberi kefahaman tentang

seni apresiasi perlu dilakukan. Sebagaimana yang diketahui tujuan apresiasi seni adalah untuk

penikmatan, penghayatan, pemahaman dan penghargaan terhadap hasil seni. Jadi melalui

aparesiasi diharapkan nanti dapat mendidik pelajar agar lebih celik seni.

Page 9: Projek Mural i

Pelajar yang kurang celik seni tidak akan menghargai karya mural yang dihasilkan seterusnya

turut tidak memahami dan menghargai seni tampak. Oleh itu jika apresiasi dapat dilakukan

warga sekolah dapat mempelajari, menghayati dan menghargai seni secara menyeluruh.

Justeru itu melalui kajian ini diharapkan dapat membantu agar seni tampak lebih difahami.

Menurut Mamannoor :

Makna  penghargaan dapat ditafsir sebagai suatu sikap atau tindak seseorang terhadap

sesuatu setelah mampu mencapai pemahaman, maka jika istilah apresiasi digunakan sebagai

pengantar pemahaman, tentulah sudah mengalami kekeliruan tafsir, sebab apresiasi memang

bukan sesuatu yang bersifat untuk mengantarkan seseorang untuk memahami, malainkan

untuk menandai adanya pemahaman dengan sikap atau tindak menghargai. Ungkapan

menghargai baru bisa diungkapkan tatkala sesuatu sudah difahami dan patut serta layak

untuk dihargai.

Apabila pemahaman tentang apresiasi seni sudah cukup jelas, barulah proses apresiasi dapat

dilakukan dengan sempurna. Oleh itu satu kaedah perlu dicari dalam menyampaikan

pemahaman ini.

Pada mulanya, kami berempat telah berbincang untuk menjalankan projek mural. Kami telah

bertemu dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Hajah Zaibidah binti Yusof untuk

membincangkan berkaitan projek mural ini. Beliau telah memberi persetujuan dan

mencadangkan supaya kami membuat mural di laluan ke kantin. Hal ini kerana laluan itu

merupakan laluan utama murid ke kantin. Pihak pentadbir sekolah telah memberi cadangan

kepada kami agar membina sebuah mural berkaitan Peta I-Think secara bergambar.

Kami berempat telah berbincang untuk memilih peta I-Think bagi subjek Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk dibuat mural. Saya telah mencari dan merujuk

tajuk-tajuk yang menarik di buku-buku dan juga internet. Akhirnya saya dan rakan saya telah

bersepakat dan memilih peta alir untuk tajuk Fasa-fasa Bulan(Sains), peta buih bagi tajuk

‘Describing Qualities of Spongebob’(Bahasa Inggeris), peta titi bagi tajuk nilai

tempat(Matematik), dan peta pokok bagi tajuk Kata Nama(Bahasa Melayu) dalam projek ini.

Seterusnya saya telah merangka kertas kerja dan seterusnya menghasilkan kertas kerja

sebelum memulakan projek.

Page 10: Projek Mural i

Selepas disahkan oleh Guru Besar, Puan Hajah Azma binti Senun, kami terus memulakan

langkah pertama iaitu melakar gambar-gambar yang sesuai  menggunakan komputer.

Keesokan harinya, kami telah melukis lukisan mural di dinding dengan menggunakan

bantuan LCD projektor. Dengan menggunakan bantuan teknologi ini, bebanan kerja kami

telah menjadi sedikit ringan. Seterusnya, kami telah mula mewarnakan mural tersebut. Kami

perlu bergilir-gilir untuk mewarnakan mural tersebut kerana masing-masing mempunyai

tanggungjawab lain seperti kelas dan sebagainya.  Mural tersebut mengambil masa untuk siap

lebih awal daripada yang dijangkakan. Kami telah menyiapkan mural tersebut pada 7 Julai

2013 iaitu 7 hari lebih awal daripada jangkaan.Hal ini kerana kami telah berpakat untuk

menghabis hujung minggu kami di sekolah agar tugasan ini dapat disiapkan secepat mungkin.

Semoga mural tersebut berguna kepada sekolah khususnya dalam membantu murid

memahami konsep Peta I-Think serta input di sebalik mural tersebut.