projek ikan

4
PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KOLAM IKAN AIR TAWAR DI KG TERIDI, PENDAHULUAN 1. Bismillahi Rahmani Rahim, terlebih dahulu izinkan saya dengan segala hormat dan takzimnya mengucapkan salam sejahtera kepada Yang Berbahagia Tuan serta keluarga dan semua warga Jabatan Perikanan Pahang semoga berada didalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati Allah Subhanahu Wata’ala disamping menjalani tugas - tugas seharian. 2. Saya Abdul Latif Bin Mat Arof telah mengusahakan projek kolam ikan di Kg Teridi Mukim Sega sejak tahun 2001 bermodalkan sendiri. Saya dilahirkan di Kg Chenua Mukim Sega dan kini tinggal di Kg Jeruas Mukim Sega. Disebabkan masalah kewangan dan ditambah dengan kadar harga anak ikan dan makanan ikan yang semakin meningkat, memberi kekangan terhadap saya dalam melaksanakan projek ini. Justeru itu, saya ingin memohon bantuan dari pihak Jabatan Perikanan Pahang agar dapat meneruskan projek ternakan ikan air tawar ini dengan lebih jayanya. TUJUAN 3. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon bantuan dari pihak Jabatan Perikanan Negeri Pahang perkara-perkara berikut: a. Bantuan anak ikan (Talapia, Keli dan Patin) b. Bantuan makanan ikan (TP1, TP2 dan TP3) c. Bantuan kewangan bagi memperbaiki infrastruktur projek (Kolam, Stor dan Saluran Paip Air) BANTUAN ANAK IKAN (TALAPIA, KELI dan PATIN) 4. Terdapat 10 x kolam ternakan untuk projek ini, namun hanya 4 x dari padanya di isi dengan anak ikan (walaubagaimana pun jumlah anak ikan kurang dari saiz sebenar kolam). Ini

Upload: rosemaria-mohamed-nordin

Post on 12-Jan-2016

66 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: projek ikan

PERMOHONAN BANTUAN PROJEK KOLAM IKAN AIR TAWAR DI KG TERIDI,

PENDAHULUAN

1. Bismillahi Rahmani Rahim, terlebih dahulu izinkan saya dengan segala hormat dan takzimnya mengucapkan salam sejahtera kepada Yang Berbahagia Tuan serta keluarga dan semua warga Jabatan Perikanan Pahang semoga berada didalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati Allah Subhanahu Wata’ala disamping menjalani tugas - tugas seharian.

2. Saya Abdul Latif Bin Mat Arof telah mengusahakan projek kolam ikan di Kg Teridi Mukim Sega sejak tahun 2001 bermodalkan sendiri. Saya dilahirkan di Kg Chenua Mukim Sega dan kini tinggal di Kg Jeruas Mukim Sega. Disebabkan masalah kewangan dan ditambah dengan kadar harga anak ikan dan makanan ikan yang semakin meningkat, memberi kekangan terhadap saya dalam melaksanakan projek ini. Justeru itu, saya ingin memohon bantuan dari pihak Jabatan Perikanan Pahang agar dapat meneruskan projek ternakan ikan air tawar ini dengan lebih jayanya.

TUJUAN

3. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon bantuan dari pihak Jabatan Perikanan Negeri Pahang perkara-perkara berikut:

a. Bantuan anak ikan (Talapia, Keli dan Patin)

b. Bantuan makanan ikan (TP1, TP2 dan TP3)

c. Bantuan kewangan bagi memperbaiki infrastruktur projek (Kolam, Stor dan Saluran Paip Air)

BANTUAN ANAK IKAN (TALAPIA, KELI dan PATIN)

4. Terdapat 10 x kolam ternakan untuk projek ini, namun hanya 4 x dari padanya di isi dengan anak ikan (walaubagaimana pun jumlah anak ikan kurang dari saiz sebenar kolam). Ini adalah disebabkan faktor harga anak ikan yang tinggi di pasaran ketika ini yang mana mencecah RM 00.60 per ekor.

5. Pada bulan Jan 2013 pihak Jabatan Perikanan Raub yang diketuai oleh En Nasirat dan En Marzuki telah mengadakan lawatan ke projek ini dan telah membuat penilaian kemampuan kolam berdasarkan saiz dan keadaan air. Hasil dari lawatan dan penilaian tersebut, anggaran jumlah ikan yang boleh dimuatkan adalah 25,000 ekor anak ikan.

6. Berikut adalah pecahan bilangan anak ikan yang di pohon:

a. Anak Ikan Talapia = 10,000 anak ikan

Page 2: projek ikan

b. Anak Ikan Keli = 5,000 anak ikan

c. Anak Ikan Patin = 10, 000 anak ikan

BANTUAN MAKANAN IKAN (TP1, TP2 dan TP3)

7. Angaran keperluan makanan ikan berdasarkan jumlah anak ikan yang dipohon mengikut kadar tempoh pembesaran adalah seperti berikut:

a. Fasa 1 (bulan ke 1 hingga 2)

Jumalah keseluruhan ikan = 25,000 Jumlah makanan TP1/hari = 1 bagJumlah makanan TP1/bulan: 30 hari x 1 bag = 30 bag

Jumlah permohonan TP1: 30 bag x 2 = 60 bag.

b. Fasa 2 (bulan ke 3 hingga 5)

Jumalah keseluruhan ikan = 25,000Jumlah makanan TP2/hari = 3 bagJumlah makanan TP2/bulan: 30 hari x 3 bag = 90 bag

Jumlah permohonan TP2 : 90 bag x 3 = 27 bag.

c. Fasa 3 (bulan ke 6 hingga 7)

Jumalah keseluruhan ikan = 25,000Jumlah makanan TP3/hari = 5 bagJumlah makanan TP3/bulan: 30 hari x 5 bag = 150 bag

Jumlah permohonan TP3 : 150 bag x 2 = 300 bag.

BANTUAN KEWANGAN MEMPERBAIKI INFRASTRUKTUR (KOLAM, STOR dan SALURAN PAIP)

8. Harga barangan yang meningkat telah menjejaskan faktor kewangan projek. Justeru itu bantuan kewangan bagi memperbaiki infrastruktur berikut amat di hargai:

Page 3: projek ikan

a. Pembaikan Kolam.

Disebabkan kawasan sekeliling projek dikelilingi oleh belukar (Kawasan tanah pemilik lain) menyebabkan batas-batas kolam sering kali dirosakkan oleh babi hutan. Oleh itu permohonan bantuan kewangan membaiki/menaiktaraf kolam di perlukan kerana kolam simen kurang risiko dari dirosakkan oleh babi hutan dan pecah akibat hujan/banjir:

Kos membuat 1 x kolam simen (10m x 20m) = RM 1000Jumlah kos keseluruhan (8 x kolam simen): RM 8000

c. Pembaikan Stor.

Keadaan stor yang uzur boleh menyebabkan makanan ikan yang disimpan terjejas dan terdedah kepada kecurian. Oleh itu permohonan bantuan kewangan membaiki/menaiktaraf stor amat diperlukan:

Kos membaiki/menaiktaraf stor = RM 2000

PENUTUP

Saya amat berharap Yang Berbahagia Dato/tuan dapat memrpertimbangkan permohonan saya ini dengan sewajarnya segala perhatian dan kerjasama dari pihak saya dahulukan dengan jutaan terima kasih. Sekian saya sudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.