pdtsps ikan

34
LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL TRP 359 M / S 1 ABSTRAK Latihan Praktikal merupakan satu corak latihan luaran pelajar supaya pelajar mengalami suasana alam pekerjaan yang sebenar. Latihan Praktikal ini adalah wajib kepada semua pelajar-pelajar sebagai satu syarat memperolehi Diploma Perancang Bandar dan Wilayah. Dalam bidang khusus yang diambil semasa kuliah, kepentingan Latihan Praktikal ini tidak dapat dipertikaikan kerana ia memberikan satu pendedahan yang luas kepada pelajar dalam pelbagai aspek. Pelajar akan mengalami satu alam yang baru yang nyata berbeza dengan apa yang dialami dan dipelajari semasa berada di universiti dimana ia banyak menekankan soal akademik. Antara kepentingan latihan praktikal diwajibkan kepada pelajar ialah untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan aspek-aspek praktikal. Segala ilmu yang diperolehi semasa pengajian akan dipraktikkan semasa menjalani latihan industri untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Dari sudut kerohanian pula, pelajar akan didedahkan dengan nilai yang terpuji yang mana seharusnya menjadi amalan pada bila-bila masa sahaja. Sikap ini termasuklah seperti dapat menanam sikap kerja berpasukan dan seterusnya mengamalkan perhubungan yang baik sesama pekerja. Disamping itu, latihan praktikal ini juga sedikit sebanyak menanam sikap bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi untuk menyelasaikan sesuatu masalah. Segala pengetahuan ini merupakan suatu sumber yang amat penting sebagai bekalan sebelum menceburi alam pekerjaan yang sebenar yang lebih realistik dan mencabar. Pada ketika inilah pengetahuan, pengalaman dan kemahiran ini perlu digunakan. Dengan berbekalkan aset ini, ianya akan memberikan segala keperluan agar menjadikan kita lebih matang.

Upload: kelawarmasin

Post on 12-Jun-2015

968 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

TQ ANOD

TRANSCRIPT

Page 1: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 1

ABSTRAK

Latihan Praktikal merupakan satu corak latihan luaran pelajar supaya pelajar

mengalami suasana alam pekerjaan yang sebenar. Latihan Praktikal ini adalah wajib

kepada semua pelajar-pelajar sebagai satu syarat memperolehi Diploma Perancang

Bandar dan Wilayah. Dalam bidang khusus yang diambil semasa kuliah, kepentingan

Latihan Praktikal ini tidak dapat dipertikaikan kerana ia memberikan satu pendedahan

yang luas kepada pelajar dalam pelbagai aspek. Pelajar akan mengalami satu alam yang

baru yang nyata berbeza dengan apa yang dialami dan dipelajari semasa berada di

universiti dimana ia banyak menekankan soal akademik.

Antara kepentingan latihan praktikal diwajibkan kepada pelajar ialah untuk

membolehkan pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan aspek-aspek praktikal.

Segala ilmu yang diperolehi semasa pengajian akan dipraktikkan semasa menjalani

latihan industri untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Dari sudut kerohanian pula,

pelajar akan didedahkan dengan nilai yang terpuji yang mana seharusnya menjadi amalan

pada bila-bila masa sahaja. Sikap ini termasuklah seperti dapat menanam sikap kerja

berpasukan dan seterusnya mengamalkan perhubungan yang baik sesama pekerja.

Disamping itu, latihan praktikal ini juga sedikit sebanyak menanam sikap

bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi untuk menyelasaikan sesuatu masalah.

Segala pengetahuan ini merupakan suatu sumber yang amat penting sebagai

bekalan sebelum menceburi alam pekerjaan yang sebenar yang lebih realistik dan

mencabar. Pada ketika inilah pengetahuan, pengalaman dan kemahiran ini perlu

digunakan. Dengan berbekalkan aset ini, ianya akan memberikan segala keperluan

agar menjadikan kita lebih matang.

Page 2: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 2

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA LATIHAN PRAKTIKAL

1.1 PENDAHULUAN.

Perlaksanaan Program latihan praktikal di Fakulti Senibina, Perancang dan Ukur (FSPU)

adalah selari matlamat universiti adalah untuk mewujudkan program-program pengajian,

penyelidikan, sistem, struktur organisasi, pengurusan sumber tenaga akademik dan

pentadbiran agar prestasi keilmuan dan perkhidmatan mereka sentiasa cekap dan bermutu. Hal

ini adalah untuk menjadikan universiti sebuah institusi pengajian tinggi yang maju ke hadapan.

Selain itu, matlamat universiti adalah untuk mempertingkatkan rangkaian kerjasama yang erat

dengan pihak kerajaan, pihak industri, badan-badan ikhtisas, pihak komuniti keilmuan dan

masyarakat umum. Strategi kerjasama dengan pihak luar yang disebutkan antara lainnya

adalah untuk membolehkan universiti mempertingkatkan kerjasama dengan agensi-agensi

kerajaan dan swasta dalam bidang latihan, pendidikan dan pengembangan atau pendidikan

berterusan.

1.2 OBJEKTIF.

Terdapat enam objektif mengenai Program latihan praktikal yang dijalankan. Antaranya ialah :

i. Untuk memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu dan juga pengalaman

mengenai situasi sebenar alam pekerjaan di dalam bidang yang berkaitan

dengan program pengajian.

ii. Agar para pelajar dapat mempraktikkan konsep dan teori yang telah dipelajari

semasa pengajian kepada keadaan sebenar di tempat kerja.

iii. Untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat

mengenai kehendak pasaran kerja yang terkini di mana memerlukan kemahiran

tertentu yang diperlukan oleh industri.

iv. Untuk membina kemahiran asas dan profesional kepada para pelajar termasuk

cara berkomunikasi, pengurusan dan keusahawanan.

Page 3: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 3

v. Untuk mendedahkan kepada bakal majikan mengenai kemampuan dan potensi

bakal graduan di pusat-pusat pengajian tinggi.

vi. Untuk mengeratkan lagi hubungan antara pusat pengajian tinggi terutamanya

Fakulti Senibina, Perancang dan Ukur dengan institusi, firma dan organisasi.

1.3 PENGENALAN LATIHAN PRAKTIKAL.

Latihan praktikal adalah salah satu syarat wajib bagi semua pelajar Program Perancang

Bandar dan Wilayah bagi memenuhi syarat penganugerahan Diploma Perancang Bandar dan

Wilayah. Tujuan latihan praktikal ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan

sebenar, mempertingkatkan pengetahuan para pelajar dengan industri ataupun organisasi yang

diminati dan memberi peluang kepada mereka untuk menjalankan tugas sebenar dalam

suasana yang lebih mencabar.

Skop tugasan yang diberikan kepada pelajar semasa menjalankan latihan praktikal

mestilah selaras dengan objektif program untuk menghasilkan graduan yang berkualiti serta

mampu membuat penyelesaian kepada masalah-masalah yang berkaitan dengan perancangan

sesebuah penempatan dan bandar. Antara panduan skop tugasan tersebut adalah :

i. Pelajar hendaklah mengkaji struktur organisasi dan sistem pengoperasian di tempat

pelajar menjalani praktikum tersebut. Justeru, secara langsung atau tidak langsung

pelajar dapat mengaplikasi teori-teori perancangan yang dipelajari dalam menjawab

persoalan serta permasalahan yang dikaji.

ii. Antara teori dan konsep perancanagan yang boleh diimplikasi sewaktu menjalankan

latihan praktikal ini adalah seperti perlaksanaan projek yang dijalankan oleh pihak

berkuasa tempatan.

Matlamat latihan praktikal ini adalah untuk menghasilkan graduan yang berkualiti tinggi serta

mampu membuat penyelesaian kepada masalah-masalah yang berkaitan dengan bidang yang

di ambil. Selain itu, kerja-kerja yang dijalankan semasa menjalani latihan industri ini bukan

Page 4: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 4

sahaja dapat mempertingkatkan pengetahuan pelajar, malah dapat membantu organisasi dalam

menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan serta dapat membantu organisasi dalam

menyelesaikan masalah yang berkaitan dan meningkatkan lagi kecekapan dalam pengurusan

dalam organisasi tersebut.

Di samping itu, kepentingan latihan praktikal ini adalah salah satu cara untuk

membentuk para pelajar agar lebih berkeyakinan dan bertanggungjawab terhadap sesuatu

tugas yang dilaksanakan. Melalui latihan praktikal ini juga, ia memberikan satu ilmu

pengetahuan dan pengalaman yang tidak pernah diperolehi melalui pembelajaran secara teori

(pembelajaran di bilik kuliah yang disampaikan oleh pensyarah).

Latihan praktikal ini juga dapat melahirkan para pelajar agar lebih berfikiran kreatif dan

inovatif, membentuk budaya kerja yang berkualiti dan berfikiran positif serta mampu melahirkan

idea-idea yang bernas. Pengalaman yang diperolehi semasa menjalani latihan industri amat

penting kepada pelajar untuk dijadikan panduan serta pengalaman untuk menempuh alam

pekerjaan pada masa akan datang.

1.4 PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatnya, dapat juga saya

menyiapkan laporan ini serta menjalani latihan praktikal di Pejabat Daerah dan Tanah

Seberang Perai Selatan (PDTSPS). Tempoh latihan yang diberikan oleh pihak Universiti

Teknologi Mara (UITM) kepada mahasiswa/i untuk menjalani latihan praktikal ini agak singkat

iaitu selama 8 minggu bermula 14 Mei 2009 sehingga 3 Julai 2009. Walaupun tempoh yang

diberikan agak singkat, tetapi pelbagai pengalaman yang berharga serta ilmu yang diperolehi

sepanjang saya berada di sini. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya

kerana telah memberi banyak sumbangan dan galakan sepanjang tempoh latihan praktikal

saya dan dalam pelajaran saya terutamanya.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan

oleh seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPS),

terutamanya kepada Pegawai Daerah Puah Hajjah Rohani Binti Hassan dan tidak lupa juga

kepada Pegawai Daerah sebelumnya iaitu Tuan Haji Jusni bin Haji Ismail yang sudi menerima

saya sebagai pelajar praktikal di PDTSPS. Di samping itu, jutaan terima kasih juga diucapkan

kepada Cik Noor Hazlinda Binti Ahmad, Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Encik Mohd Zulkifli

Page 5: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 5

Bin Ani, Penolong Pegawai Daerah Tanah, serta Puan Siti Asma’ Binti Salleh, Ketua Penolong

Pegawai Daerah selaku penyelia majikan latihan praktikal semasa saya menjalankan latihan

praktikal di sana.

Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat

dalam penyelarasan dan penempatan latihan praktikal terutamanya kepada Encik Hasnizam

dan En Sofiyuddin selaku penyelia fakulti bagi Program Latihan Industri.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat sepanjang tempoh latihan praktikal ini berlangsung dan saya juga ingin

memohon kemaafan kepada semua pihak sekiranya terdapat sebarang masalah dengan

kehadiran saya yang seketika cuma.

Terima kasih.

Page 6: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 6

BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI.

2.1 : LATAR BELAKANG DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN.

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan mempunyai keluasan 24,100

hektar dengan 16 mukim dan 25 JKKK. Terdapat sebanyak 30 buah kampung tradisional, 5

buah kampung baru dan 9 penempatan estet. Di mana pecahan utamanya adalah Nibong

Tebal, Sungai Bakap, dan Simpang Ampat. Manakala kawasan pentadbirannya adalah di Jawi.

Daerah ini merupakan salah satu daripada 5 daerah di negeri Pulau Pinang. Daerah ini berjiran

dengan Daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan di bahagian Selatan, Daerah Seberang Perai

Tengah di bahagian Utara, dan Sempadan Bandar Bahru, Kedah di bahagian Timur.

2.2 : LATAR BELAKANG PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI

SELATAN.

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan telah ditubuhkan sebelum tahun

1902. Pentadbiran asalnya berpusat di Bukit Tambun, Simpang Ampat. Penubuhan pejabat ini

pada asalnya adalah sebagai pelabuhan kerana di sini terdapat penanaman bunga cengkih dan

buah pala. Kemudian, pada tahun 1924, pusat pentadbirannya telah berpindah ke Nibong Tebal

atas desakan daripada penduduk di Sungai Acheh, Sungai Bakap dan penduduk Nibong Tebal

itu sendiri. Sebenarnya, bangunan Pejabat Daerah Nibong Tebal menempatkan 13 buah

jabatan kerajaan dan separa kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Tanah, Majlis Perbandaran

Seberang Perai, Pejabat Penerangan, Pejabat Pertanian, Pejabat Kebajikan Masyarakat,

Pejabat Kadi, Pihak Berkuasa Air, Pejabat Pendaftaran, Lembaga Pemasaran Pertanian

Persekutuan, Pejabat Kemajuan Masyarakat, Pejabat Hubungan Masyarakat, Ikatan Relawan

Rakyat, dan Kelas Perpaduan Rakyat.

Setelah hampir 56 tahun Pejabat Daerah di Nibong Tebal beroperasi, ia telah

menjadi semakin uzur, sesak dan sempit akibat daripada kakitangannya yang semakin

bertambah di samping pembangunan yang sedang berkembang pesat. Oleh yang demikian,

pejabat ini memerlukan sebuah kawasan lapang yang baru untuk dibangunkan bagi tujuan

keselesaan semua pihak. Memandangkan keadaan tersebut, maka kerajaan negeri telah

merancang semula pembinaan sebuah bangunan baru kompleks Pejabat Daerah dan Tanah

dalam Rancangan Malaysia Ketiga yang bertempat di Jawi.

Page 7: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 7

Akhirnya, pada 1 September 1979, pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah

Seberang Perai Selatan di Nibong Tebal telah berpindah ke bangunan baru bertempat di

Sungai Jawi. Kompleks ini terdiri daripada 2 blok bangunan 3 tingkat yang mengandungi

pejabat-pejabat kerajaan negeri persekutuan, badan berkanun, kantin dan setor. Namun, pada

28 April 2003, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan sekali lagi telah berpindah ke

bangunan baru 1 blok 2 tingkat bersebelahan dengan bangunan lama Pejabat Daerah.

Tujuannya adalah untuk memudahkan lagi para pelanggan serta orang awam untuk berurusan

dengan Pejabat Daerah dan Tanah dalam segala hal. Bahagian tingkat bawah pejabat ini telah

dikhaskan untuk urusan yang berkaitan dengan pentadbiran tanah di mana ianya terdapat 3

bahagian utama iaitu bahagian Khidmat Pengurusan, Pengurusan Tanah, dan Perancangan

Pembangunan.

2.3 : NILAI-NILAI TERAS JABATAN.

Bagi mencapai Visi di atas, kami akan

sentiasa mengamalkan nilai-nilai teras seperti berikut :

Pelanggan dilayan sebagai utama

Tepati sasaran

Dedikasi dan berdisiplin

Sistematik dan segera

Profesional dan perihatin

Sabar dan bersyukur

2.4 : MISI, VISI DAN OBJEKTIF ORGANISASI.

1. Untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan mempertingkatkan taraf sosio-

ekonomi penduduk Daerah Seberang Perai Selatan dengan memastikan sistem

pengurusan dan pentadbiran dapat memberikan perkhidmatan yang produktif, berkualiti

dan bertanggungjawab.

MISI

Page 8: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 8

2. Untuk merancang, melaksana, mengurus, dan mentadbir segala hal yang berkaitan

dengan tanah ke arah yang lebih sempurna, teratur, cepat, cekap dan cemerlang.

1. Menjadikan Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan yang dapat

memenuhi kehendak pembangunan dalam Daerah Seberang Perai Selatan selaras

dengan wawasan 2020.

2. Menjadikan Daerah Seberang Perai Selatan maju, sejahtera serta bersatu-padu melalui

pembangunan sosio-ekonomi, fizikal dan kerohanian yang adil, saksama dan mampan

bagi menepati hasrat dan dasar kerajaan serta kepentingan rakyat.

1. Untuk mengekalkan kerjasama yang berkesan di antara rakyat dan Kerajaan melalui

kemajuan masyarakat, keselamatan dan aspek-aspek lain secara berterusan.

2. Merancang menyelaras dan melaksanakan pembangunan tanah di daerah sehingga

peringkat yang maksimum dalam menjayakan matlamat dan Dasar Kerajaan Negeri Dan

Persekutuan.

3. Untuk mengekalkan penyelarasan di antara jabatan-jabatan Kerajaan dan agensi-agensi

lain di peringkat daerah demi membangunkan sebuah masyarakat yang maju dan

damai.

4. Peningkatan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dapat diwujudkan untuk

kepentingan rakyat melelui cara yang penuh perasaan muhibah dan kemesraan.

5. Memastikan peringkat penggunaan tanah yang maksimum dan teratur bersesuaian

dengan hasrat kerajaan untuk memperkembangkan aktiviti ekonomi.

VISI

OBJEKTIF

Page 9: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 9

6. Mewujudkan penguatkuasaan undang-undang tanah yang cekap dan berkesan.

7. Untuk melaksanakan dan menyelaraskan polisi-polisi Kerajaan Negeri dan Persekutuan

kepada Jabatan-jabatan Kerajaan, agensi-agensi dan badan-badan sukarela di

Peringkat Daerah.

8. Untuk melaksanakan segala rancangan, projek dan program-program Kerajaan Negeri

dan Persekutuan untuk rakyat.

2.5 : AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA ORGANISASI.

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan mempunyai empat bahagian utama

iaitu Bahagian Pejabat Pegawai Daerah, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan

Tanah, dan Bahagian Perancangan Pembangunan.

Bahagian Pejabat Pegawai Daerah

Antara tugas-tugas yang dijalankan di bahagian Pejabat Pegawai Daerah adalah

sebagai pentadbir, keselamatan, tugas-tugas sosial, kebajikan, keagamaan, dan kepercayaan.

Di mana, Pegawai Daerah bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa di peringkat Daerah dan

Negeri.

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian ini terbahagi kepada beberapa unit bagi melaksanakan aktiviti dan

tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih lancar dan teratur. Antara unit-unit yang

terdapat pada bahagian ini adalah :

i. Unit Pentadbiran.

ii. Unit Kewangan.

iii. Unit Majlis Keraian.

iv. Unit Teknologi Maklumat.

Page 10: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 10

i. Unit Pentadbiran.

Unit Pentadbiran bertanggungjawab terhadap urusan perkhidmatan, pentadbiran

dan pengurusan aset, mengurus penyelenggaraan Dewan Serbaguna Jawi, bilik-bilik mesyuarat

serta penggunaan bilik gerakan. Selain itu, unit ini juga menguruskan tindakan pelupusan,

hapuskira harta modal inventori pejabat, bantuan tabung sumbangan Tuan Yang Terutama

(T.Y.T), permohonan bantuan bagi menampung kos pendaftaran ke Institusi Pengajian Tinggi

(IPT), dan juga penyelenggaraan berkaitan dengan bencana alam.

ii. Unit Kewangan.

Unit Kewangan bertanggungjawab menyediakan anggaran belanjawan atau bajet

tahunan, menyediakan laporan kewangan seperti membuat urusan pembelian atau sebut harga

dan menguruskan permohonan perumahan, kenderaan, dan sebagainya. Selain itu, unit

kewangan ini juga memastikan semua bil-bil perolehan dan perkhidmatan dibayar kepada

pembekal mengikut peraturan seperti yang terdapat di dalam Perbendaharaan serta Surat

Pekeliling yang telah ditetapkan. Di samping itu juga, ia juga bertanggungjawab untuk

memproses dan memastikan semua bayaran gaji, elaun-elaun dan segala bayaran yang berhak

dituntut oleh para pekerja di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan.

iii. Unit Majlis Keraian.

Unit Majlis Keraian bertanggungjawab menguruskan hal ehwal majlis rasmi seperti

kunjungan hormat Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Majlis Sambutan

Integriti Peringkat Daerah dan Pencalonan Pingat Negeri dan Persekutuan.

iv. Unit Teknologi Maklumat.

Unit Teknologi Maklumat bertanggungjawab mengemaskini laman-laman web,

menyelenggara komputer, urusan penyelenggaraan sistem aplikasi dan rangkaian serta

keselamatan ICT.

Page 11: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 11

Bahagian Pengurusan Tanah.

Bahagian ini terbahagi kepada beberapa unit bagi melaksanakan aktiviti dan

tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih lancar dan teratur. Antara unit-unit yang

terdapat pada bahagian ini adalah :

i. Unit Am

ii. Unit Hasil

iii. Unit Pembangunan Tanah

iv. Unit Pelupusan

v. Unit Penguatkuasaan dan Teknikal

vi. Unit Pendaftaran

i. Unit Am

Unit Am adalah unit yang mengendalikan urusan pentadbiran pejabat seperti kawalan

tatatertib dan kebersihan pejabat. Unit ini turut mengendalikan urusan seperti kawalan tatertib

dan kebersihan pejabat. Unit ini turut mengendalikan urusan surat-menyurat dan pengawasan

sistem kad perakam waktu (punch card). Di samping itu, ia turut mengendalikan sisitem fail,

mesyuarat, kewangan, inventori dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan serta

membuat pembelian / sebutharga jika terdapat pembelian.

ii. Unit Hasil

Unit Hasil menguruskan cukai semasa, bayaran tunggakan, pengeluaran notis tuntutan

hasil ( Borang 6A KTN) dan menyiapkan penyata penyesuaian. Dengan adanya unit ini hasil di

dalam organisasi Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan, maka segala pengurusan

pada bahagian hasil dapat dilakukan dengan sempurna. Perkara ini penting dalam menjamin

akauntabiliti yang menjadi asas kepada bahagian hasil dikumpul dengan baik. Ini kerana,

dengan adanya senarai cukai yang dikemaskini maka rekod asas kepada kawalan pungutan

hasil dapat dilakukan dengan baik.

Page 12: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 12

iii. Unit Pembagunan Tanah

Unit Pembagunan Tanah ini bertanggungjawab untuk menerima dan memproses

permohonan daripada pemegang gadaian untuk mendapatkan perintah jualan dan menjalankan

lelongan awam terhadap mana-mana hakmilik Pejabat Tanah. Di samping itu, ia juga

memproses permohonan untuk mendapatkan kebenaran Menteri Besar bagi pindah milik,

permohonan tukar syarat, pecah sempadan/bahagian, penyatuan, tukar syarat dan

pengambilan balik tanah.

iv. Unit Pelupusan

Unit Pelupusan adalah unit yang menguruskan tanah terancang, tanah tidak terancang

atau tersepit dan memberikan lesen pendudukan sementara. Selain itu, unit ini juga

bertanggungjawab memproses permohonan pemberi milik dan perlesenan tanah kerajaan serta

memproses permit permindahan bahan batu mengikut perancangan dan dasar-dasar yang

telah ditetapkan oleh kerajaan. Unit ini telah ditubuhkan untuk membantu menyelesaikan

perkara-perkara yang telah diterangkan seperti diatas. Walaubagaimanapun, unit ini

mempunyai masalah dengan tunggakan kerja yang disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak

dapat dielakkan.

v. Unit Penguatkuasaan dan Teknikal

Manakala bagi unit Penguatkuasaan dan Teknikal pula terlibat dalam proses membuat

tugasan-tugasan seperti menyukat tanah, menyiapkan fail-fail serta membuat ulasan pada fail

permohonan. Selain itu, unit ini turut menyiapkan lampiran dan membuat pelan serta membuat

tindakan penguatkuasaan. Unit Teknikal banyak terlibat dengan aktiviti luaran melakukan

permerhatian terhadap kawasan – kawasan yang ditetapkan serta melakukan tugasan-tugasan

untuk menyukat keluasan lot terbahagi kepada sempadan Utara, timur, Barat dan Selatan.

vi. Unit Pendaftaran

Unit Pendaftaran pula bertanggungjawab dalam menguruskan semua urusan seperti

urusniaga, pendaftaran milik sementara, kekal sambungan, rosak, hilang, carian rasmi dan lain-

lain berkaitan dengan hakmilik tanah yang diterima dari orang awam, swasta ataupun agensi

kerajaan.

Page 13: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 13

Bahagian Perancangan Pembangunan

Bahagian Perancangan Pembangunan juga merupakan bahagian yang memainkan

peranan penting dalam sistem pengurusan di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai

Selatan. Ianya terbahagi kepada dua unit iaitu :

i. Unit Pembangunan Fizikal

ii. Unit Pembangunan Masyarakat

i. Unit Pembangunan Fizikal.

Antara aktiviti yang dijalankan di Unit Pembangunan Fizikal ini adalah seperti

malaksanakan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) seperti menyelenggara dan

menaiktaraf dewan serbaguna, dewan masyarakat, dewan JKKK, dan juga gerai. Projek

Penyelenggaraan Infrastruktur Asas (PIAS) seperti projek pembinaan jalan, parit konkrit, dan

longkang, Projek Pembangunan Kecil Luar Bandar seperti membina dan menaiktaraf dataran

dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Di samping itu, terdapat juga projek-

projek yang dijalankan daripada peruntukan YAB Perdana Menteri, dan Peruntukan

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

ii. Unit Pembangunan Masyarakat.

Unit Pembangunan Masyarakat menjalankan projek untuk program pembasmian

kemiskinan dan menguruskan hal ehwal JKKK. Ia bertanggungjawab merancang, melaksana,

dan menilai projek-projek di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi

menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan keluarga.

2.6 : FUNGSI JABATAN-JABATAN DALAM ORGANISASI

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan mempunyai tiga bahagian utama

iaitu bahagian Perancangan dan Pembagunan, bahagian Pentadbiran dan bahagian

Pentadbiran Tanah. Setiap bahagian mempuyai fungsi dan tugas masing-masing. Di mana,

bahagian Perancangan dan Pembangunan menjalankan fungsi sebagai merancang, mengurus

dan melaksanakan projek-projek kecil yang tidak melebihi RM200,000.00 bagi daerah

Page 14: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 14

Seberang Perai Selatan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan Negeri untuk

meningkatkan kesejahteraan dengan cekap dan berkesan.

Manakala bahagian Pentadbiran pula berfungsi sebagai menguruskan perkara-perkara

berkaitan kewangan, personel dan pentadbiran pejabat bagi melicinkan perlaksanaan tugas

semua bahagian dan anggota Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan. Bahagian Pentadbiran

Tanah pula menguruskan semua permohonan tanah yang diterima dariapada orang awam dan

agensi kerajaan dan memungut cukai tanah berdasarkan peraturan dan undang-undang

berkaitan serta merancang, mentadbir dan menguatkuasakan hal-hal berkaitan di Seberang

Perai Selatan.

2.7 : CARTA ORGANISASI

Di lampiran berikut terkandung carta organisasi Pejabat daerah dan Tanah Seberang Perai

Selatan :

a) Rajah 1.1 : Carta Organisasi Ketua Bagi Setiap Bahagian

b) Rajah 1.2 : Carta Organisasi Bahagian Khidmat Pengurusan

c) Rajah 1.3 : Carta Organisasi Bahagian Pengurusan Tanah

d) Rajah 1.4 : Sambungan Carta Organisasi Bahagian Pengurusan Tanah

e) Rajah 1.5 : Carta Oeganisasi Bahagian Perancangan Pembagunan

Page 15: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 15

Rajah 1.1 : Carta Organisasi Ketua Bagi Setiap Bahagian

Rajah 1.2 : Carta Organisasi Bahagian Khidmat Pengurusan

Page 16: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 16

Rajah 1.3 : Carta Organisasi Bahagian Pengurusan Tanah

Rajah 1.4 : Sambungan Carta Organisasi Bahagian Pengurusan Tanah

Page 17: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 17

Rajah 1.5 : Carta Oeganisasi Bahagian Perancangan Pembagunan

Page 18: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 18

BAB 3 : PERJALANAN PROGRAM LATIHAN PRAKTIKAL DAN TUGASAN

YANG DILAKSANAKAN

3.1: JADUAL LATIHAN HARIAN

Waktu Kerja :

a) Hari Isnin hingga Jumaat.

b) Sabtu dan Ahad cuti mingguan

Waktu kerja harian :

(Isnin hingga Khamis)

a) Mula kerja – 8.00 pagi

b) Rehat – 1.00 t/hari hingga 2.00 petang

c) Masuk kerja – 2.00 petang hingga 5.00 petang

(Jumaat)

a) Mula kerja – 8.00 pagi

b) Rehat – 12.15 t/hari hingga 2.45 petang

c) Masuk kerja – 2.45 petang hingga 5.00 petang

Page 19: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 19

3.2 TUGASAN YANG DILAKSANAKAN

3.2.1 : 14 MEI 2009 HINGGA 15 MEI 2009 (MINGGU 1)

i. Melapor diri di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan.

ii. Ditempatkan di Bahaian Pembangunan.

iii. Sesi suai kenal bersama dengan semua staf yang bekerja di Pejabat Daerah dan

Tanah.

iv. Mendengar taklimat serta penerangan yang disampaikan oleh penyelia

organisasi mengenai bidang tugas yang dijalankan oleh setiap unit.

v. Lawatan ketapak Sungai Jawi, berhubung dengan lawatan fizikal/kebajikan

penduduk kampung (kes pokok tumbang dan bantuan pembaikan rumah

kampung)

vi. Membuat senarai nama penemuduga gerai dibawah kendalian PDTSPS.

vii. Membuat senarai kehadiran pemohon gerai.

3.2.2 : 18 MEI 2009 HINGGA 22 MEI 2009 (MINGGU 2)

i. Mengendali mesyuarat temuduga pemilihan calon penyewa gerai dibawah

kendalian PDTSPS bersama Tuan Pegawai Daerah (DO) Tn Hj. Husni, Penghulu

dan panel.

ii. Melakukan lawatan ke kampung Changkat Dain Seberang Perai Selatan.

(Program bantuan rumah kampung)

iii. Mengemaskini senarai nama ahli PEMADAM

iv. Membuat draf buku laporan tahunan projek pembangunan bagi Projek

Penyelenggaraan Infrastruktur Asas (PIAS). Antaranya ialah pembinaan jalan,

parit konkrit dan juga longkang.

v. Membuat draf buku laporan tahunan projek pembangunan bagi Projek

Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA). Antaranya ialah pembinaan,

penyelenggaraan dan menaiktaraf dewan, gerai dan surau.

Page 20: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 20

vi. Membuat draf buku laporan tahunan projek pembangunan bagi Projek

Pembangunan Kecil Luar Bandar (PEKA) . Antaranya ialah projek membina dan

menaiktaraf Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, SJK(T).

vii. Melakukan tinjauan kes laporan jambatan yang tidak digunakan di kampung

Changkat Dhui.

viii. Boleh disimpulkan minggu kedua, banyak lawatan tapak dijalankan berbanding

kerja di dalam pejabat, ini adalah bagi memastikan kesejahteraan masyarakat

dan warga Seberang Perai Selatan terjaga. Pemerhatian dan beberapa tindakan

yang sewajarnya telah di ambil sebagai bukti, mesyuarat bersama pegawai

daerah, adun, pihak berwajib dan penghulu telah diadakan bagi mendengar

permasalahan yang dihadapi oleh penduduk dibawah naungan MDTSPS.

ix. Teknik pembelajaran merekod, membuat kaji selidik dan mengambil gambar

sebagai bukti telah digunapakai semasa menjalankan lawatan ke kawasan kajian

seperti mana yang telah dipelajari di universiti.

3.2.3 : 25 MEI 2009 HINGGA 29 MEI 2009 (MINGGU 3)

i. Scan dokumen (pelan Seberang Perai Selatan) untuk dimasukan kedalam ’slide

show’

ii. Melakukan soal selidik terhadap individu yang memohon bantuan rumah PPRT.

iii. Melakar pelan bangunan PDTSPS dalam autocad kemudian menggunakan

sketcup untuk menghasilkan model 3D bangunan (Kerja mengambil masa 3 hari

untun disiapkan)

iv. Menaip surat jawapan pemohon yang berjaya/layak untuk menyewa gerai

dibawah kendalian PDTSPS. Empat nama pemohon telah dipilih secara

langsung layak menyewa dengan bayaran sewa RM 100 sebulan.

v. Menyediakan sijil surat pelantikan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan

kampung kepada 250 orang ahli.

vi. Beberapa kaedah dan tools digunapakai untuk menyiapkan tugasan yang

diberikan seperti microsoft word, powerpoint, excell, adobe photoshop, sketchup

dan pelbagai lagi.

Page 21: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 21

vii. Kesemua tugasan yang diberikan pada minggu ketiga dapat disiapkan seperti

yang dikehendaki.

3.2.4 : 1 JUN 2009 HINGGA 5 JUN 2009 (MINGGU 4)

i. Menghadiri perhimpunan bulanan PDTSPS bersama DO dan semua staf dari

unit Pembangunan, Tanah dan Pengurusan.

ii. Lawatan ke Sungai Duri dan Sungai Bakap, melihat progres terkini berkenaan

bantuan baik pulih rumah.

iii. Menyiapkan minit mesyuarat (Mei) , laporan dan aduan permasalahan penduduk

daerah Seberang Perai Selatan.

iv. Membuat draf buku laporan tahunan projek pembangunan bagi Projek

Pembangunan Kecil Luar Bandar (PEKA) . Antaranya ialah projek membina dan

menaiktaraf Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, SJK(T).

v. Menyediakan dan menguruskan dokumen-dokumen yang diperlukan dalam

perlaksanaan sesuatu projek. Antara dokumen yang diperlukan adalah :

Baucer bayaran.

Surat tawaran melaksanakan projek.

Borang sebut harga.

Borang perakuan kerja siap.

Penyata akaun.

Sijil pendaftaran.

Surat aku janji.

Borang akuan.

vi. Mempelajari prosedur-prosedur yang perlu dilakukan mengenai perlanjutan dan

penamatan kontrak bagi sesuatu projek.

vii. Mempelajari prosedur mengenai cara pengurusan gerai bersama dengan

Penghulu kawasan. Antara prosedur yang dilakukan adalah :

Proses pemberitahuan kekosongan gerai dengan mengeluarkan Memo

Pemberitahuan.

Pemohon akan mendapatkan borang di Pejabat Daerah. Tarikh tutup

permohonan adalah selama dua minggu selepas memo dikeluarkan.

Page 22: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 22

Proses temuduga akan diadakan.

Pemohon yang layak dan berjaya dipilih akan di panggil untuk proses

menandatangani surat perjanjian gerai.

Proses penyerahan kunci dan gerai akan diberikan kepada pemohon yang

dipilih.

viii. Menghadiri majlis perpisahan Tuan Pegawai Daerah Tn Hj Jusni (Bertukar ke

Balik Pulau)

3.2.5 : 8 JUN 2009 HINGGA 12 JUN 2009 (MINGGU 5)

i. Ditempatkan di Bahagian Tanah unit Hasil dibawah penyeliaan En Kalil

(penolong pegawai daerah bahagian tanah T4)

ii. Sesi perkenalan bersama dengan staf di Bahagian Pengurusan Tanah.

iii. Mendengar taklimat dan penerangan yang disampaikan oleh Penolong Pegawai

Daerah Tanah Seberang Perai Selatan mengenai bidang tugas yang dilakukan di

Bahagian Pengurusan Tanah.

iv. Mengemaskini maklumat hasil pelanggan menggunakan ”E-Tanah’

v. Draf surat jawab balas kepada pelanggan berkenaan dengan hak milik tanah.

vi. Mendengar penerangan daripada En Khalil berkenaan dengan bidang tugas

sebagai penolong pegawai daerah dan tugasan yang dijalankan di bawah unit

Hasil.

vii. Mengemaskini resit pembayaran didalam fail dan merekodkan. (tugasan Cc)

viii. Mempelajari sistem ”e-tanah” dengan lebih teperinci daripada staf (En Nazri)

ix. Jaga kauter unit hasil dan mencetak resit hasil.

x. Menghadiri mesyuarat berkenaan dengan sistem ”e-tanah” di pejabat daerah

seberang perai utara bersama ADO En Khalil.

xi. Menerima lawatan daripada SSUK (Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang) tinjauan

berkenaan pengendalian pentadbiran PTDSPS.

xii. Menghadiri jamuan yang diadakan Bahagian Tanah.

Page 23: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 23

3.2.6 : 15 JUN 2009 HINGGA 19 JUN 2009 (MINGGU 6)

i. Melakukan tempahan tiket penerbangan ’MAS’ untuk En Khalil (mesyuarat di

Putrajaya)

ii. Mempelajari cara dan langkah untuk menukar nama dan hak milik geran tanah.

iii. Mesyuarat pelajar praktikal di bilik gerakan (dikendalikan oleh En Zaidi)

iv. Melakukan tempahan bilik hotel Vistana Kuantan untuk majlis mesyuarat jabatan

PDTSPS pada 27 jul 2009.

v. Membuat lawatan dan pemantauan di Mukim 1, Tasek disebabkan oleh masalah

pelanggaran syarat daripada tanah pertanian kepada bangunan oleh pihak yang

idak bertanggungjawab.

vi. Membuat laporan mengenai pecah bahagian tanah di Mukim 1, Tasek.

vii. Mempelajari tentang prosedur membuat pendaftaran seperti pindahmilik,

gadaian, dan hak milik tanah menggunakan system e-Tanah.

viii. Mempelajari cara-cara mencetak resit bagi pembayaran cukai tanah.

ix. Membuat surat peringatan bayaran ansuran tunggakan cukai tanah yang masih

belum dijelaskan.

x. Menyemak dan menaip senarai tunggakan bayaran cukai tanah yang masih

belum dijelaskan.

xi. Mempelajari cara-cara memproses permohonan ubah syarat tanah. Antara

proses yang dilakukan ialah :

Mendapatkan borang permohonan.

Merujuk permohonan tersebut kepada Jabatan Perancangan Bandar dan

Desa (JPBD), Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Seberang Perai

Selatan (MPSP), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dan Jabatan Bekalan

Air (PBA).

Permohonan hendaklah diberikan kepada Jabatan Teknikal untuk memberi

laporan tanah.

Menyediakan Kertas Jawatankuasa Tanah Negeri Pulau Pinang (JKTN) dan di

kemukakan kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang.

Menerima keputusan daripada pihak berkuasa negeri dan dikemukakan

kepada pemohon samada diluluskan atau tidak.

Page 24: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 24

Jika tidak diluluskan, pendaftar akan membuat pembetulan dalam dokumen

hak milik dan diperakukan oleh pemilik.

xiii. Tugasan terakhir di unit Hasil, menyemak dan mencetak 100 unit bil hasil untuk

lot-lot peruntukan bantuan entensif padi (ppk)

3.2.7 : 22 JUN 2009 HINGGA 26 JUN 2009 (MINGGU 7)

i. Ditempatkan di Bahaian Khidmat Pengurusan.

ii. Tugas pertama memgemaskini data servis kenderaan pejabat daerah.

iii. Terdapat enam buah kenderaan, data servis kenderaan dilakukan bermula dari

tahun kenderaan dibeli sehingga tahun terkini (1999-2009)

iv. Menyediakan laporan belanjawan dan peruntukan bagi tahun 2008. Laporan

dibuat mengikut kategori iaitu :

Emolumen

Bekalan dan Perkhidmatan

Aset

v. Menyediakan senarai perjawatan bagi staf di Pejabat Daerah dan Tanah

Seberang Perai Selatan.

vi. Menyediakan laporan tahunan bagi tahun 2008 bagi Unit Perkhidmatan dan

Pengurusan. Antara kandungan yang terdapat dalam laporan tahunan adalah :

Pengenalan kepada bahagian Khidmat Pengurusan

Ringkasan Perjawatan

Persaraan Wajib, pertukaran masuk, kenaikan pangkat, pemangkuan

jawatan, penanggungan kerja, anugerah khidmat cemerlang,

penerima anjakan gaji.

Senarai nama pegawai dan kakitangan perlantikan baru bagi tahun

2008.

Kedudukan peruntukan dan perbelanjaan bagi tahun 2008.

vii. Menyediakan senarai akaun cagaran.

viii. Mengemaskini data cuti tahunan menggunakan sistem ’HRMIS’ (Human

Resourse Management Information System).

Page 25: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 25

3.2.8 : 29 JUN 2009 HINGGA 3 JULAI 2009 (MINGGU 8)

i. Lawatan ke Pulau Aman dan Pulau Gedung bersama En Azmi Jamaludin dan En

Hairi dan enam orang pelajar praktikal.

ii. Lawatan ke sangkar ikan, melihat proses pemeliharaan ikan dalam sangkar.

iii. Menyediakan Fail Meja Pembantu Tadbir Kanan bahagian Perkhidmatan

Pengurusan. Antara kandungan yang terdapat dalam fail meja adalah :

Nilai-nilai teras jabatan

Misi dan Visi jabatan

Matlamat

Objektif Pejabat Daerah dan Tanah, objektif Bahagian Pentadbiran Am.

Carta organisasi Pejabat Daerah dan Tanah, carta organisasi Bahagian

Pentadbiran Am.

Senarai Tugas, Kuasa dan Hubungan Pegawai dengan Pegawai Lain di Pejabat

Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan.

Proses kerja.

Carta aliran kerja.

Senarai semak.

Senarai/petikan undang-undang dan peraturan yang dirujuk.

Senarai borang-borang yang digunakan.

Norma kerja.

Senarai jawatan kuasa yang dianggotai.

Senarai tugasan harian.

Lampiran.

iv. Menyediakan kad perakam waktu bagi setiap staf di Pejabat Daerah dan Tanah

Seberang Perai Selatan untuk bulan Jun 2009.

v. Menguruskan kemasukan surat-surat ke dalam fail induk dan merekodkan.

vi. Hari terakhir praktikal di PDTSPS ; Menghadiri cabutan undian projek kecil

daerah SPS. Dihadiri seramai 32 orang kontraktor ’class F’ terdapat 2 projek

yang disediakan iaitu membina jalan mini tar sepanjang 110m di kampung Baru

Sungai Kechil dan membina Taman awam di Sungai Bakap. Kedua-dua projek

berjumlah RM 34,000.00

Page 26: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 26

BAB 4 : ULASAN PELAJAR.

4.1 : MENGAPLIKASIKAN KONSEP DAN TEORI

Sepanjang tempoh latihan praktikal yang dijalankan, saya telah ditempatkan di tiga

bahagian bermula di Bahagian Khidmat Pembangunan yang diselia oleh Puan Siti Asma’ Binti

Salleh, Ketua Penolong Pegawai Daerah, kemudian di tempatkan di Bahagian Tanah yang

diselia oleh Encik Mohd Khalil, Penolong Pegawai Daerah Tanah, kemudian di tempatkan di

Bahagian Pentadbiran dan Pembangunan yang diselia oleh Cik Noor Hazlinda Binti Ahmad,

Penolong Pegawai Tadbir Kanan

Tugas-tugas yang dilakukan di setiap bahagian dapat dikaitkan dengan konsep-

konsep dan teori-teori yang dipelajari dalam subjek yang terdapat dalam kursus Diploma

Perancang Bandar dan Wilayah. Antaranya ialah berkaitan dengan pelan kawasan

pembangunan, analisis guna tanah semasa dan sekitar, konsep pembangunan dan

sebagainya. Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan akan menawarkan

penggunaan tanah kepada masyarakat untuk tujuan pertanian dan pembangunan.

Contohnya, orang awam akan membuat permohonan satu atau lebih lot tanah

kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan untuk tujuan pertanian dan

pembangunan. Maka, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan akan membuat

kertas Jawatankuasa Kerajaan Negeri bagi memohon penggunaan tanah tersebut kepada

kerajaan negeri untuk diluluskan. Di sini dapat dilihat bagaimana proses permintaan dan

penawaran yang berlaku antara masyarakat setempat dengan firma atau pasaran iaitu Pejabat

Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan.

Latihan praktikal yang dijalankan juga berkait rapat dengan salah satu silibus

Ekomoni dan Demografi yang terkandung dalam kursus Diploma Perancangan Bandar dan

Wilayah. Contohnya, dalam menyediakan laporan tahunan, ia memerlukan pengiraan serta

keluk dan juga graf-graf untuk menunjukkan pencapaian sepanjang tahun. Oleh itu, dalam

menyediakan graf-graf dan juga keluk-keluk dalam laporan tahunan.

Page 27: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 27

Selain itu, latihan praktikal yang dijalankan di Pejabat Daerah dan Tanah ini juga

dapat dikaitkan dengan sujek-subjek seperti Perancangan Tapak. Dalam Subjek ini, ia banyak

mengaitkan dengan sistem Birokrasi, kerenah Birokrasi dan bagaimana sistem Birokrasi itu

beroperasi. Di sini saya dapat memahami dengan lebih jelas dan melihat sendiri bagaimana

pihak atasan melaksanakan tugas mereka, memahami apa itu kerenah birokrasi dan juga

sistem hiraki yang diamalkan .

Pelajar juga dapat melihat bagaimana perbezaan kaum dapat dibezakan melalui

sifat mereka. Biasanya masyarakat Cina adalah lebih prihatin dan bersedia dalam menjalankan

urusan berbanding masyarakat Melayu dan India. Masyarakat Cina kebiasannya akan

membawa dokumen yang diperlukan dengan lengkap berbanding masyarakat Melayu dan

India. Ini akan memudahkan atau melambatkan sesuatu urusan dengan pihak jabatan.

4.2 : MENGAITKAN SISTEM, TEKNIK DAN INOVASI

Sepanjang tempoh latihan praktikal yang dijalankan di sini, pihak organisasi

banyak memberi tugasan dalam bentuk manual kepada saya. Contohnya seperti urusan keluar

masuk surat-surat dalam pejabat. Dalam menjalankan tugas ini, saya perlu merekod satu

persatu setiap surat atau dokumen yang keluar atau masuk ke dalam jabatan. Walaupun Ia

dijalankan secara manual tetapi perlaksanaannya amat teratur dan sistematik. Begitu juga

dengan tugasan-tugasan lain seperti merekod cuti para pekerja. Cuti yang direkod mestilah

betul ini kerana jika berlaku kesilapan dalam merekod ini akan menjejaskan cuti para pekerja.

Selain itu, dalam menyediakan fail meja dan juga laporan tahunan bagi Pejabat

Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan, ia memerlukan teknik dan inovasi yang terbaik

untuk melaporkan setiap bidang tugas dan juga aktiviti-aktiviti yang berlaku di sepanjang tahun

tersebut. Dalam menyediakan fail meja, ia memerlukan teknik dan inovasi untuk memastikan

bahawa setiap bidang tugas yang dilakukan oleh seseorang staf dapat dilaporkan secara

terperinci dengan kemas dan juga teratur. Untuk laporan tahunan pula, ia memerlukan idea-

idea dan juga teknik-teknik dalam membuat laporan mengenai apa yang berlaku di sepanjang

tahun tersebut.

Page 28: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 28

Walaupun sistem yang saya ceburi dan pelajari sepanjang saya menjalankan

latihan praktikal ini tidak banyak berkait dengan apa yang dipelajari di universiti tetapi ia

memberi kesan yang besar dalam diri saya. Ia mengajar supaya saya melakukan sesuatu

perkara dengan teliti.

4.3 : MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL

ASAS.

Latihan praktikal yang dijalankan di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai

Selatan banyak memberi pengalaman dan pengetahuan kepada saya mengenai cara kerja dan

juga bidang tugas yang dijalankan oleh setiap staf. Sebelum menjalankan latihan praktikal,

pelbagai persoalan yang bermain difikiran saya mengenai apakah tugas yang dilaksanakan di

sesuatu organisasi dan apakah yang dapat dikaitkan dengan pelajaran yang dipelajari di dalam

dewan kuliah.

Selepas menjalani latihan praktikal selama dua bulan di Pejabat Daerah dan Tanah

Seberang Perai Selatan, ia banyak membantu saya dan banyak memberikan pengalaman serta

pengetahuan mengenai bidang tugas yang dijalankan oleh seseorang staf dan latihan praktikal

ini juga membantu saya dalam memberikan pengalaman bekerja yang sudah tentunya tidak

akan diperolehi di dalam dewan kuliah.

4.4 : MEMAHAMI BUDAYA KERJA DAN CABARAN DI TEMPAT KERJA.

Daripada latihan yang telah saya jalankan, saya dapat memahami sedikit

sebanyak budaya dan etika kerja. Sebagai contoh, budaya kerja secara berkumpulan iaitu

memerlukan kerjasama antara satu sama lain. Setiap pekerja perlu melibatkan diri dalam

menjalankan tugas yang diberikan. Selain itu, sikap berdisiplin dan bertanggungjawab perlu ada

dalam diri setiap pekerja. Sebagai contoh, setiap pekerja mesti menepati masa masuk ke

pejabat. Segala tugasan dan kerja yang diamanahkan perlu disiapkan mengikut masa yang

telah ditetapkan.

Kemahiran berkomunikasi juga adalah amat penting. Ini termasuklah

berkomunikasi dengan pegawai atasan, staf-staf di syarikat serta para pelanggan. Kita juga

Page 29: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 29

perlu menanam sikap amanah dalam diri, ini kerana kebanyakan maklumat jabatan adalah sulit

dan kita perlu pastikan maklumat yang berkaitan adalah dirahsiakan daripada pihak yang tidak

sepatutnya.

Dari segi cabaran pula, para pekerja perlu bersedia menerima risiko dan tekanan

daripada pelbagai masalah. Pekerja juga perlu berani menerima risiko. Sebagai contoh, jika

pekerja ditimbuni dengan kerja yang banyak maka pekerja perlu bijak mengatur strategi untuk

menyiapkan tugas tersebut.

Selain itu juga, pekerja perlu bersedia menerima setiap teguran, nasihat dan tunjuk

ajar daripada pegawai atasan. Segala kerja yang rumit juga perlu dijadikan satu cabaran di

alam pekerjaan dan seterusnya berusaha untuk menanganinya.

4.5 : MASALAH YANG DIHADAPI DAN KAEDAH MENGATASI.

Selama lapan minggu iaitu dua bulan saya menjalankan latihan praktikal di Pejabat

Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan dan terlibat dengan pelbagai aktiviti dan tugasan

yang dijalankan, saya ingin mengemukakan masalah yang dihadapi sepanjang saya

menjalankan tempoh latihan praktikal

Pertama sekali adalah mengenai budaya kerja dalam sesebuah organisasi. Pada

mulanya saya di sini, saya tidak dapat menyesuaikan diri di alam pekerjaan. Ini kerana suasana

pekarjaan adalah sungguh berbeza sama sekali dengan apa yang dilalui semasa belajar. Disini

saya berpendapat bahawa para pelajar sememangnya perlu melalui latihan praktikal ini. Di

sinilah para pelajar secara langsung akan didedahkan dengan alam pekerjaan. Latihan praktikal

yang dijalankan dapat meningkatkan lagi pengalaman serta kemahiran dalam pekeraan.

Keduanya, tempoh latihan praktikal yang telah ditetapkan oleh universiti iaitu

selama lapan minggu adalah terlalu singkat untuk seseorang pelajar mempelajari sesuatu yang

baru dalam organisasi. Para pelajar tidak boleh menguasai sepenuhnya sesuatu bidang kerja

yang telah ditugaskan kepadanya. Contohnya semasa saya berada di bahagian Tanah. Di

bahagian tanah terdapat beberapa unit iaitu unit hasil, unit pendaftaran, unit teknikal dan

penguatkuasaan serta unit pembangunan tanah dan pelupusan. Dalam tempoh tiga minggu

Page 30: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 30

yang diberikan sudah tentu pelajar latihan praktikal tidak dapat menguasai sepenuhnya bidang

tugas yang dijalankan di bahagian tersebut.

Ketiganya, kebanyakan maklumat jabatan adalah sulit. Ini menyebabkan saya tidak

dibenarkan untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai sesuatu prerkara dalam jabatan

tersebut. Contohnya unit pendaftaran yang terdapat di bahagian tanah merupakan unit yang

memegang dokumen-dokumen yang sulit. Oleh itu, saya dan pelajar-pelajar praktikal yang lain

sememangnya tidak dibenarkan untuk menjalankan tugas di unit tersebut.

Daripada masalah yang dihadapi, terdapat kaedah tertentu bagi mengatasi

masalah tersebut. Antaranya, para pelajar perlulah diberi pendedahan atau seminar mengenai

alam pekerjaan. Dengan ini, para pelajar sedikit sebanyak akan terdedah dengan alam

pekerjaan.

Selain itu, pihak universiti seharusnya memanjangkan tempoh latihan praktikal untuk

para pelajar. Ini kerana tempoh lapan minggu iaitu dua bulan yang diberikan adalah tidak

mencukupi bagi seorang seperti saya yang baru hendak mempelajari sesuatu yang baru. Oleh

itu, pemanjangan tempoh latihan industri adalah sangat sesuai kerana pelajar akan dapat

menimba pelbagai ilmu dan pengalaman yang sangat berguna dengan lebih banyak untuk

bekalan pada masa akan datang.

Page 31: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 31

BAB 5: CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1: CADANGAN

5.1.1 Cadangan kepada pihak UITM

Berkaitan pelajar

Memastikan pelajar yang menjalani latihan praktikal tidak dibiarkan

melakukan latihan bersendirian tanpa benar-benar dipantau

perkembangannya.

Sentiasa mengadakan komunikasi yang baik dengan pihak tempat pelajar

melakukan praktikal bagi hubungan jangka panjang dan kerjasama yang lebih

erat pada masa akan datang.

Memastikan pensyarah datang membuat lawatan ke tempat praktikal pelajar

bagi memeriksa prestasi pelajar di samping menjaga imej universiti.

Memberikan kerjasama dan sokongan kepada sebarang permohonan

ataupun permintaan sama ada dari pihak tempat latihan pelajar.

Memanjangkan tempoh latihan praktikal kerana pelajar tidak boleh

mempelajari banyak perkara dalam jangkamasa yang pendek iaitu selama

lapan minggu.

Berkaitan program latihan praktikal

Pelajar harus mempunyai pengetahuan asas tentang tempat latihan sebelum

sebelum memulakan latihan praktikal.

Memberikan tumpuan kepada subjek-subjek selain subjek major dalam

silibus kursus.

- kebanyakan subjek ini sangat berguna dan di alam pekerjaan.

Cth: pengetahuan tentang komputer dan internet

Page 32: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 32

Menukarkan laporan harian kepada mingguan bagi memudahkan laporan

dibuat.

5.1.2 Cadangan kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai

Selatan, Pulau Pinang.

Berkaitan pelajar

Memberikan maklumat yang spesifik kepada para pelatih tentang bidang

tugas yang didedahkan kepada mereka.

Memberikan peluang dan pendedahan latihan yang sama kepada pelajar

sebagaimana pada staf yang lain.

Mengadakan sesi berkenalan dan ramah mesra dengan pelajar praktikal

sama ada secara langsung atau tidak.

Memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari tentang semua bahagian

dalam sesebuah jabatan.Ini membolehkan pelajar lebih memahami peranan

sebenar dalam sesebuah jabatan tersebut.

Mengadakan buku panduan atau capaian yang boleh diakses dengan mudah

kepada para pelajar praktikal

- panduan tersebut boleh menjuruskan kepada bidang-bidang

berkaitan pengkhususan pelajar sama ada dalam bidang pentadbiran

mahupun bidang yang lain.

Page 33: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 33

5.2: KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati kerana dapat menjalani

latihan praktikal di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan, Pulau

Pinang. Walaupun Ianya tidak menjurus dengan bidang pengajian saya. Di sini,

saya memperolehi dan telah mempelajari banyak perkara yang baru mengenai

pekerjaan yang sudah semestinya tidak diperolehi semasa pembelajaran di

dewan kuliah.

Di samping itu, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan,

Pulau Pinang telah memberi pengalaman kepada saya untuk menempuh alam

pekerjaan di masa hadapan. Latihan praktikal yang dijalankan telah banyak

meningkatkan pengetahuan serta memberi banyak pengalaman kepada saya

mengenai alam pekarjaan.

Bagi penyediaan buku laporan pula, selepas seorang pelajar yang

menjalani latihan praktikal, mereka dikehendaki merekodkan semua laporan di

dalam sebuah buku. Buku Laporan latihan praktikal ini adalah diwajibkan

kepada setiap pelajar yang telah habis menjalani latihan industri dan akan

mendaftar untuk semester yang berikutnya. Buku ini kemudiannya akan

diperiksa untuk memastikan pelajar mengikut setiap format yang disediakan.

Terdapat kelebihan tertentu yang membuatkan Buku Laporan latihan

praktikal ini diwajibkan. Antaranya adalah untuk memberi pendedahan kepada

pelajar kepada sistem penulisan. Pelajar-pelajar seterusnya akan berusaha

untuk memberi yang terbaik bagi memastikan laporan yang disediakan adalah

menepati kehendak pihak universiti.

Saya juga adalah seorang pelajar yang telah pun berjaya menamatkan

latihan praktikal dan seterusnya berjaya menyiapkan Buku Laporan latihan

praktikal ini. Sepanjang saya menyediakan buku laporan ini, banyak yang telah

saya dapat pelajari sesuatu yang baru. Antaranya adalah teknik penulisan yang

Page 34: PDTSPS IKAN

LAPORAN LATIHAN PRAKTIKAL

TRP 359

M / S 34

berkesan, cara mengunakan komputer dengan betul, cara berfikir untuk mengikut

setiap format yang disediakan dan lain-lain perkara lagi. Pada buku laporan ini,

terdapat beberapa bab yang penting. Kesemua bab yang berkait dengan teknik

dalam buku ini berdasarkan pengalaman dan juga perkara yang telah saya

lakukan semasa menjalani latihan praktikal.

Akan tetapi, ada juga sesetengah perkara yang telah saya ambil daripada

sumber rujukan yang berkaitan. Pada bab yang pertama, saya telah

menceritakan sedikit sebanyak mengenai pengenalan. Dalam bab ini, saya telah

menyatakan mengenai pendahuluan mengenai Program latihan praktikal yang

dijalankan.

Pada bab yang kedua pula, saya telah membuat mengenai pengenalan

dan latar belakang Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan. Dalam

bab ini, saya telah menceritakan sedikit sebanyak mengenai latar belakang

pejabat yang mana telah menerima saya menjalani latihan industri di sana.

Pada bab yang ketiga pula, saya telah membuat satu ringkasan

mengenai aktiviti saya sepanjang saya menjalani latihan industri. Pada bab ini,

saya telah meringkaskan setiap aktiviti latihan harian saya termasuklah aktiviti di

luar dan juga di dalam pejabat. Pada bab yang keempat pula, saya telah

menyatakan kesimpulan dan juga cadangan saya kepada pihak universiti dan

juga kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan.

Akhir kata, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnianya dapat juga saya menamatkan latihan praktikal dan juga menyiapkan

buku laporan latihan praktikal ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada

pegawai-pegawai dan juga kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang

Perai Selatan kerana telah menerima saya dengan baik sepanjang tempoh dua

bulan berada di sana bagi manjalani latihan praktikal. Saya juga memohon seribu

kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesalahan yang tidak disengajakan

sepanjang tempoh saya menjalani latihan praktikal di sini.