projek dap paling berjaya bantu mangsa selepas banjir mega kelantan

5
8/20/2019 Projek DAP Paling Berjaya Bantu Mangsa Selepas Banjir Mega Kelantan http://slidepdf.com/reader/full/projek-dap-paling-berjaya-bantu-mangsa-selepas-banjir-mega-kelantan 1/5 Projek DAPpaling berjaya bantu mangsa selepas banjir mega Kelantan OLEHZULKIFLI SULONG, PENGARANGANALISISDANRENCANA Published: 22 May 2015 5:26 PM Hasil kerjasama dengan seorang ahli perniagaan Kelantan dan sebuah anak syarikat kerajaan negeri projek Impian Kelantan DAP berjaya menyiapkan 25 buah rumah baharu serta membaik 35 buah rumah mangsa banjir yang musnah akibat bencana itu, kata pengurus projek, ohd !au"i ohd A"mi# $ %ambar ihsan ohd !au"i ohd A"mi, 22 ei, 2&'5# Ketika DAP diserang oleh sesetengah pihak di Kelantan kerana isu hudud, ramai yang tidak tahu projek Impian Kelantan mereka dianggap paling berjaya membangunkan semula sebuah kampung di Gua Musang selepas musnah atau rosak teruk akibat banjir mega pada 24 Disember tahun lalu.

Upload: manja-lela

Post on 07-Aug-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Projek DAP Paling Berjaya Bantu Mangsa Selepas Banjir Mega Kelantan

8/20/2019 Projek DAP Paling Berjaya Bantu Mangsa Selepas Banjir Mega Kelantan

http://slidepdf.com/reader/full/projek-dap-paling-berjaya-bantu-mangsa-selepas-banjir-mega-kelantan 1/5

Projek DAP paling berjaya bantu

mangsa selepas banjir mega KelantanOLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Published: 22 May 2015 5:26 PM

Hasil kerjasama dengan seorang ahli perniagaan Kelantan dan sebuah anak syarikat kerajaan negeri projekImpian Kelantan DAP berjaya menyiapkan 25 buah rumah baharu serta membaik 35 buah rumah mangsa banjiryang musnah akibat bencana itu, kata pengurus projek, ohd !au"i ohd A"mi# $ %ambar ihsan ohd !au"iohd A"mi, 22 ei, 2&'5#

Ketika DAP diserang oleh sesetengah pihak di Kelantan kerana isu hudud, ramai yang tidak

tahu projek Impian Kelantan mereka dianggap paling berjaya membangunkan semula sebuah

kampung di Gua Musang selepas musnah atau rosak teruk akibat  banjir mega pada 24

Disember tahun lalu.

Page 2: Projek DAP Paling Berjaya Bantu Mangsa Selepas Banjir Mega Kelantan

8/20/2019 Projek DAP Paling Berjaya Bantu Mangsa Selepas Banjir Mega Kelantan

http://slidepdf.com/reader/full/projek-dap-paling-berjaya-bantu-mangsa-selepas-banjir-mega-kelantan 2/5

Kampung Pasir Tumbuh, sebuah kampung di pedalaman yang terletak diHulu Kelantan kini berjaya dibina semula melalui projek ini di mana DAPmenyumbangkan kira-kira setengah juta ringgit daripada dananya.

Selain Impian Kelantan DAP, terdapat juga badan bukan kerajaan !"#$,

syarikat perniagaan dan orang perseorangan selain daripada kerajaanKelantan dan Putrajaya tampil membantu mangsa banjir mega ini.

- See more at:http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-paling-berjaya-bantu-mangsa-

selepas-banjir-mega-kelantan#sthash.LFRmXwzf.dpuf

Sebanyak 1,821 keluarga dikatakan hilang sepenuhnya rumah mereka selepas banjir yang

melibatkan 4 daerah utama iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah.

Impian Kelantan DAP bergabung dengan seorang ahli perniagaan Kelantan dan sebuah anak syarikat

kerajaan negeri sudah selesai membina 25 buah rumah baharu selepas rumah lama mereka musnah

dan membaiki 35 buah untuk mangsa ini, kata pengurus projek ini, Mohd Fauzi Mohd Azmi, 40.

"Kami kini di fasa kritikal untuk menyiapkan kesemua rumah ini menjelang Ramadan nanti," kata

Fauzi yang sudah berkampung di sini sejak 28 Februari lalu.

Page 3: Projek DAP Paling Berjaya Bantu Mangsa Selepas Banjir Mega Kelantan

8/20/2019 Projek DAP Paling Berjaya Bantu Mangsa Selepas Banjir Mega Kelantan

http://slidepdf.com/reader/full/projek-dap-paling-berjaya-bantu-mangsa-selepas-banjir-mega-kelantan 3/5

Pengurus projek Impian Kelantan, Mohd Fauzi Mohd Azmi berkata, RM1.3 juta diperuntukkan untukpembangunan semula dan sebahagian besarnya iaitu kira-kira setengah juta ringgit disediakan DAP

Page 4: Projek DAP Paling Berjaya Bantu Mangsa Selepas Banjir Mega Kelantan

8/20/2019 Projek DAP Paling Berjaya Bantu Mangsa Selepas Banjir Mega Kelantan

http://slidepdf.com/reader/full/projek-dap-paling-berjaya-bantu-mangsa-selepas-banjir-mega-kelantan 4/5

melalui tabung dan juga sumbangan yang diberikan kepada penduduk Kelantan. – Gambar The

Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Mei, 2015.

Pasir Tumbuh mempunyai 83 buah rumah dan sebuah sekolah di mana hanya lapan buah rumah

sahaja terselamat dalam banjir mega ini, kata penghulunya Ahmad Seman, 55.

Tunggak projek ini adalah bekas Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah yang

menguruskan projek ini melalui NGO Cakna UT yang bernaung di bawah Impian Kelantan.

Sehingga kini pelajar Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh masih belajar di dalam bangunan asrama

selepas kelas mereka tenggelam kerana banjir dan masih belum dipulihkan sehingga sekarang.

Impian Kelantan yang dipengerusikan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilancarkan pimpinan

parti Islam itu dan DAP pada 31 Januari lepas di Dewan Perhimpunan Cina Kelantan, Kota Baru.

Turut serta di majlis itu adalah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR)

lain serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan bekas Pengerusi Bersih Datuk Ambiga

Sreenevasan.

Mereka turut diraikan oleh kerajaan negeri dalam satu majlis makan malam di kediaman rasmi

Menteri Besar Kelantan.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, ketika majlis pelancaran itu, DAP serta

rangkaian NGO dan sukarelawan yang terlibat dalam usaha membantu serta memulihkan semula

keadaan tidak mempunyai sebarang agenda politik.

“Impian Kelantan tidak menggunakan logo roket yang menjadi lambang parti DAP, kerana inisiatif

tersebut digerakkan bersama-sama rakyat Malaysia, menjangkaui parti politik,” katanya.

Impian Kelantan mempunyai pendekatan tersendiri dalam membangunkan semula perkampungan itu

selepas trauma yang dihadapi oleh mangsanya.

"Konsep pembangunan yang kami buat mudah saja. Kami tanya mangsa banjir ini, apa rumah yang

mereka mahu berdasarkan keperluan mereka. Kami siapkan bahan binaan dan tuan rumah membina

sendiri rumah mereka dengan cara kami upah mereka RM50 sehari.

"Mereka pula dibantu oleh penduduk kampung serta sukarelawan yang datang setiap hujung minggu

dari seluruh negara," kata Fauzi kepada The Malaysian Insider yang mengunjungi perkampungan

terpencil itu baru-baru ini.

Menurut Fauzi, Impian Kelantan memperuntukkan RM15,000 hingga RM25,000 untuk sebuah rumah

di kampung itu.

Beliau berkata, RM1.3 juta diperuntukkan untuk pembangunan semula ini dan sebahagian besarnya

iaitu kira-kira setengah juta ringgit disediakan DAP melalui tabung dan juga sumbangan yang

diberikan kepada mereka.

Lim dan DAP kini menjadi sasaran serangan sesetengah pihak dalam PAS termasuk presidennya

Datuk Seri Abdul Hadi Awang ekoran ceramah di Kota Baru sebelum ini.

Lim didakwa menyerang hudud dalam ceramah itu yang sehingga kini belum dibuktikan

penyerangnya selepas dicabar pemimpin veteran DAP itu di bahagian manakah ceramahnya itu

menyerang hudud.

Page 5: Projek DAP Paling Berjaya Bantu Mangsa Selepas Banjir Mega Kelantan

8/20/2019 Projek DAP Paling Berjaya Bantu Mangsa Selepas Banjir Mega Kelantan

http://slidepdf.com/reader/full/projek-dap-paling-berjaya-bantu-mangsa-selepas-banjir-mega-kelantan 5/5

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata tindakan Lim menyentuh isu hudud

pada ceramah berkenaan sebagai tidak wajar.

"Kita memang tahu dia sebelum ini sudah menolak hudud, namun tidak sepatutnya dia bersuara

secara terbuka di rumah kita. Dia sepatutnya menghormati Kelantan," katanya.

PAS Kelantan turut meminta kawasan Kota Baru yang menganjurkan program ini memberikan

penjelasan segera berhubung jemputan terhadap Lim dan tujuan ceramah itu diadakan. – 22 Mei,

2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-paling-berjaya-bantu-mangsa-

selepas-banjir-mega-kelantan#sthash.LFRmXwzf.dpuf