projek astronomi

3
PLANET ZUHRAH zuhrah merupakan planet kedua terdekat kepada Matahari mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga. Jika dirujuk pada nama bahasa Inggeris pula, planet ini dinamakan bersempena dewa venus, dewa cinta rom. Ia merupakan objek semula jadi yang paling terang di waktu malam, kecuali bulan, mencapai magnitud kecerahan −4.6. Oleh kerana Zuhrah merupakan planet inferiori dari Bumi, ia tidak pernah muncul jauh daripada Matahari: Kelonjongannya mencapai maksimum sebanyak 47.8°. Zuhrah mencapai kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau pun terbenam, disebabkan alasan tersebut ia selalunya disebut sebagai Bintang Pagi atau pun Bintang Petang Zuhrah dianggap sebagai planet kembar bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama dengan bumi. Malahan planet Bumi dan Zuhrah terbentuk daripada awan nebula yang sama Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 C dan lebih panas daripada suhu permukaan Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat.. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi

Upload: norhayati-abdullah

Post on 01-Feb-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

astronomy

TRANSCRIPT

Page 1: projek astronomi

PLANET ZUHRAHzuhrah merupakan planet kedua terdekat kepada Matahari mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga. Jika dirujuk pada nama bahasa Inggeris pula, planet ini dinamakan bersempena dewa venus, dewa cinta rom. Ia merupakan objek semula jadi yang paling terang di waktu malam, kecuali bulan, mencapai magnitud kecerahan −4.6. Oleh kerana Zuhrah merupakan planet inferiori dari Bumi, ia tidak pernah muncul jauh daripada Matahari: Kelonjongannya mencapai maksimum sebanyak 47.8°. Zuhrah mencapai kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau pun terbenam, disebabkan alasan tersebut ia selalunya disebut sebagai Bintang Pagi atau pun Bintang PetangZuhrah dianggap sebagai planet kembar bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama dengan bumi. Malahan planet Bumi dan Zuhrah terbentuk daripada awan nebula yang sama Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 C dan lebih panas daripada suhu permukaan Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat.. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.Saiz dan usia Zuhrah sama seperti Bumi tetapi iklimnya jauh lebih mencabar, dengan suhu sekitar 460 darjah Celsius dan begitu banyak karbon dioksida iaitu gas  rumah hijau  utama di Bumi         BY:AINUL (6B/2015)

Page 2: projek astronomi

STESEN ANGKASA ANTARABANGSA

Stesen Angkasa Antarabang ialah sebuah stesen kemudahan penyelidikan antarabangsa yang sekarang ini masih lagi dipasang di dalam orbit rendah bumi. ISS berada pada ketinggian 360km dari permukaan bumi. ISS mengorbit(mengelilingi) Bumi setiap 92 minit dengan kelajuan 27,744 km/j Dalam sehari, ISS mengelilingi Bumi lebih kurang 15.7 orbitg.ISS dibina dari gabungan kepakaran, teknologi, dan kos beberapa agensi angkasa dunia seperti Amerika Syarikat,Rusia, China, Jepun, Kanada dan Eropah.ISS boleh memuatkan tiga orang angkasawan. Buat masa ini, angkasawan yang bertugas di ISS ialah daripada Amerika Syarikat dan Rusia.

Selepas Perang Dingin, Amerika Syarikat telah bersetuju membina satu stesen angkasa dengan pihak Eropah, Rusia, Jepun dan Kanada. Stesen ini menggabungkan Stesen Angkasa Freedom (Amerika Syarikat), Mir-2 (Rusia) danColumbus (Eropah). Namun, pembinaan stesen angkasa ini sering dilambatkan oleh kos yang semakin meningkat. Sehingga hari ini, bahagian-bahagian Stesen Angkasa Antarabangsa masih dibina dan dipasang oleh angkasawan-angkasawan Amerika Syarikat, Rusia dan pihak lain setiap tahun. Pembinaan stesen ini dijangka akan disiapkan pada tahun 2010.Bahan-bahan pembinaan dihantar ke stesen lalu dipasang oleh angkasawan-angkasawan. Bahan ini dihantar oleh Kapal Angkasa Amerika Syarikat, kapal-kapal angkasa Soyuz dan Progress Rusia, dan lain-lain.                                                                                                                BY:AINUL(6B/2015)

Page 3: projek astronomi

NEBULANebula (Latin: "awan") merupakan awan antara bintang yang terdiri daripada debu, gas, dan plasma. Pada awalnya nebulamerujuk pada nama umum yang diberikan untuk semua objek astronomi yang terbentang di langit, termasuk galaksi di luarBima Sakti (beberapa contoh penggunaan nama lama masih digunakan seperti Galaksi Andromeda dirujuk sebagai Nebula Andromeda sebelum galaksi ditemui oleh Edwin Hubble).

Kawasan H II merupakan tempat kelahiran bintang-bintang. Ia terbentuk ketika awan  molekul yang sangat besar meletup dengan disebabkan oleh daya gravitinya sendiri. Seringkali kejadian ini disebabkan oleh pengaruh letupan supernova yang berada berdekatannya. Apabila awan meletup dan berkecai, ia membentuk sehingga ratusan bintang baru. Bintang yang baru terbentuk mengionkan gas yang ada di sekitarnya lalu terciptalah nebula pancaran.Nebula juga terbentuk disebabkan oleh kematian bintang. Sebuah bintang yang sedang mengalami perubahan ke tahap bintang kerdil putih dan memancarkan bahagian paling luarnya untuk membentuk nebula planet. Nova dan supernova juga dapat menciptakan nebula yang dikenal sebagai sisa-sisa nova dan sisa-sisa supernova,

                                                                                                                                        BY:AINUL(6B/2015)