ahli astronomi purba dan perkembangan astronomi

Upload: norizat-jalil

Post on 11-Oct-2015

187 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

untuk pelajar ipg

TRANSCRIPT

  • Ahli Astronomi Purba dan Perkembangan astronomi

  • EratosthenesSeorang Yunani yang dilahirkan di CyreneBeliau berkerja di Iskandriah MesirSelain ahli astronomi beliau juga adalah penyair.Beliau merupakan orang yang pertama mengukur saiz bumi

  • HipparchusBeliau merupakan ahli astronomi Yunani yang awal.Beliau menghasilkan carta bintang atau peta langit yang menunjukkan kedudukan dan kecerahan lebih 1000 bintang.Orang pertama membina akurat dan kuantitatif gerakan matahari dan bulan.Orang pertama yang mencipta astrolab (alat yang digunakan untuk mencari ketinggian di atas ufuk matahari,bulan dan bintang.

  • PtolomeyDilahirkan pada tahun masihi 120 di Alexandria.Dia percaya Bumi berada di tengah Sistem Suria. Matahari, Bulan dan planet-planet berputar mengelilinginyaIdea Ptolemy Tentang Sistem Suria diterima sehinga 1300 tahunOrang yang pertama menulis buku `Almagest iaitu risalah astronomi yang terkenal.Beliau menunjukkan bahawa bumi berbentu sfera.Lambang Zodiak juga adalah hasilan belau

  • Nicolaus CorpernicusAhli astronomi Poland (1473- 1543)Orang pertama yang membuktikan idea lama bahawa Bumi ialah pusat Alam semesta adalah salah.Beliau beranggapan bahawa planet bergerak dalam laluan bulat yang dinamakan orbit mengelilingi matahari.Corpernicus memahami siang dan malam berlaku kerana Bumi berputar semasa mengorbit bumiTeori Corpernicus tentang sistem Suria menunjukkan enam planet mengelilinginya iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh ,Musytari dan Zuhal.Hasil kerjanya tidak disenangi oleh pihak Gereja.Beliau menulis buku bertajuk De RevolutionibusIdea beliau merupakan permulaan astronomi moden

  • Tycho BraheDilahirkan di Denmark (1546-1601)Beliau mencerap supernova iaitu bintang meletup yang berkilauan.Membina balai cerap dan peralatan besar untuk mencerap bintang iatu kuadran.Beliau mengkaji komet dan membuktikan bahawa komet itu adalah lebih jauh dari Bulan

  • Johannes KeplerDilahirkan pada tahun 1571 (1571 -1630)Terkenal dengan hukum pergerakan planet.Menerbitkan Hukum Kepler iaitu mendefinisikan dasar-dasar gerakan planet: bentuk orbit planet yang mengitari matahari, kecepatan gerakan planet, dan hubungan antara jarak sebuah planet dari matahari dan waktu yang dperlukan untuk menyelesaikan satu putaran.Beliau menyatakan bahawa planet bergerak mengelilingi matahari dalam laluan berbentuk bujur yang dinamakan elips.

  • Al Khawarizmi (780M - 850M)

    Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Mohammad Ibnu Musa dan lebih dikenali dengan Al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan di Khawazim (Kheva), selatan Laut AralBeliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu. Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.

  • AL-SUFI (903M - 986M)Beliau berbangsa Parsi dan berasal dari Isfahan, Iran. Beliau amat berminat dalam bidang astronomi sehingga menterjemahkan karya tokoh astronomi terkenal Greek, Ptolemy bukunya yang amat terkenal iaitu Almagest. Diantara hasil tulisan beliau yang amat terkenal ialah Kitab Al-Kawakib As- Sabit Al-Musawwar yang menerangkan tentang kedudukan buruj bintang.As-Sufi mengeksplorasi bukan hanya kedudukan bintang tetapi juga kedudukan buruj bagi bintang itu sendiri, menggambarkannya, serta menghurai pantulan sinar dan warnanya.

  • AL-KINDI (800-873)Nama sebenar beliau ialah Abu Yousouf Yaqub Ibnu Ishaq al-Kindi dan lebih dikenali dengan nama al-Kindi.Diantara hasil kerja beliau ialah kajian tentang optik, gelombang, mono- graf pasang-surut, peralatan astronomi, ruang dan waktu dan kaedah penghitungan untuk bulatan.

  • ULUGH BEG (1393-1449)Nama sebenar beliau ialah Mohammad Taragay ibnu Shah Rukh. Beliau adalah cucu kepada Timurlane (1336-1405), panglima Mongol yang amat terkenal. Ulugh Beg dilahirkan di Soltaniyah, Iran.Ulugh Beg adalah adalah seorang pemerintah, guru, saintis dan ahli astronomi. Pada zaman pemerintahannya beliau telah membina sebuah pusat pengajian ilmu di Samarkand dan menjemput ramai sarjana khasnya di bidang astronomi dan matematik agar belajar dan mengajar di sana. Beliau juga telah membina sebuah balai cerap yang diberi nama Zurkhani Zij. Balai cerap ini menggunakan sebuah sextant gergasi untuk menentukan kedudukan objek-objek samawi.Sextant itu diberi nama Sextant Fakhri. Dengan tanpa bantuan alatan moden seperti teleskop, Ulugh Beg telah berjaya mengenalpasti dan membina zij (jadual) menerangkan tentang kedudukan 1012 butir bintang secara tepat. Beliau juga mencatit kaedah-kaedah dan teori sfera geometri dan trigonometri.

  • Perkembangan Astronomi Manusia telah berminat mengkaji bintang-bintang dan planet-planet. Mereka cuba mengkaji angkasa dan bagaimana kesannya kepada kehidupan manusia. Mereka menggunakan apa sahaja untuk dijadikan ukuran. Bulatan Batu besar ,seperti Stonehenge di England telah dibina kira-kira 3500 tahun yang lalu digunakan untuk mengkaji bagaimana Matahari dan bulan bergerak di langit Lebih kurang 3000 tahun yang lalu orang-orang Babylon mengkaji bintang bintang dan membina astrologi mereka sendiri. Orang-orang Yunani Purba seperti Eratosthenes mengukur saiz bumi dengan mengukur pergerakan matahari sahaja. Begitu juga dengan Hippararchus dapat mengira jauhnya Matahari dan Bulan dari Bumi dengan mengukur saiz bayang-bayang Bumi di bulan apabila Bumi bergerak diantara Matahari dan Bulan

  • Pelayar Yunani purba mengkaji bintang-bintang dan matahari untuk membantu mereka belayar.Semua ahli astronomi membuat penyelidikan dengan mata kasar. Kemudian mereka menggunakan kuadran dan sekstan untuk mengenalpasti arah bintang-bintang dan planet-planet. Mereka juga menggunakan astrolab (alat astronomi awal) untuk mengukur kedudukan matahari, bulan dan bintang serta mengira masa siang atau malam yang betulContoh kuadran contoh astrolab

  • Balai-balai cerap dibina untuk mengkaji langit. Balai cerap batu di India telah direka untuk menolong manusia mengukur pergerakan bintang dan planet serta meramalkan gerhana.Ramai pakar astronomi purba menambah beberapa fakta yang boleh meningkatkan pemahaman mereka tentang angkasa lepas.Pada abad ke 17 Galileo Galilei telah mencipta teleskop yang paling berkuasa boleh membesarkan objek sebanyak 30 kali ganda.Penciptaan teleskop ini membolehkan kita boleh melihat objek-objek di angkasa dengan lebih jelas. Tetapi atmosfera bumi menyebabkan objek kabur dan menghalang kemasukan sebahagian radiasi penting yang datang dari bintang-bintang dan galaksi.

  • Kini terdapat teleskop angkasa yang berada di luar jerebu atmosfera bumi. Terdapat peralatan untuk mengesan sinar X dan radiasi. Ini membolehkan para astronomi mendapat lebih maklumat tentang pelbagai pekara seperti galaksi dan lohong hitam.Kini terdapat banyak teleskop canggih di Bumi seperti teleskop optik ( menghasilkan imej yang boleh dianalisa oleh komputer),teleskop radio ( menangkap gelombang radio dari angkasa.), teleskop suria dan teleskop ceper.Setelah itu teleskop angkasa dibina yang dilancarkan oleh feri angkasa merevolusikan astronomi.

  • Teleskop angkasa telah mengawasi matahari danradiasi-radiasi yang tidak kelihatan. Ia juga memerhati bintang dan galaksi yang tidak pernah dikaji dahulu.Penerokaan angkasa telah bermula pada 4 Oktober 1957 apabila Sputink 1 dilancarkan oleh CIS. Setelah itu pembangunan kapal angkasa berlaku dengan cukup pantas. Banyak prob,satelit,roket dan stesen angkasa telah berjaya dilancarkan.Manusia kemudiannya boleh mendarat di Bulan iaitu misi Bulan yang pertama, Apollo II berlepas pada16 julai 1969 . Roket Saturn V telah membawa tiga angkasawan Amerika. Neil Amstrong orang pertama menjejakkan kaki di bulan.

  • Setelah itu banyak satelit tiruan berputar mengelilingi bumi. Satelit ini membuat pelbagai jenis kerja seperti boleh mengkaji tanah dan cuaca Bumi, memancarkan gambar televiyen dan panggilan telefon di seluruh dunia.Prob-prob pengembara telah dilancarkan dan banyak memberi maklumat yang menakjubkan tentang planet luar dan ada juga yang membawa masej bagi makhluk asing.Kini yang mustahil telah menjadi kenyataan . Mungkin manusia akan hidup di planet lain selain bumi dan boleh bergerak dari bintang ke bintang dan membina pengkalan-pengkalan di dalam sistem Suria mereka kerana rancangan sedang dijalankan bagi membina stesen angkasa di Bulan dan di Marikh. Subhanallah..

  • Teleskop angkasa Hubble Lapangan tersebut mempunyai landasan yang menjangkau hampir 3.21 kilometer dan bangunan hangar yang bercirikan futuristik. Kerja-kerja pembinaan bakal berakhir menjelang akhir tahun ini dan ia akan digunakan pada 2013. Agensi | Kosmo!IRGIN GALACTIC | GAMBAR LAPANGAN TERBANG ANGKASA LEPAS