hubungan astronomi dengan ibadah khusus dalam islam

Upload: amirul-hakim

Post on 14-Jul-2015

109 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Hubungan Astronomi Dengan Ibadah Khusus Dalam IslamOleh: Sr. Haji Mohd.Fikri bin Haji Ismail, MISM. Politeknik Kota Kinabalu, 88450 Kota Kinabalu, Sabah email: [email protected]

1. 1. Pendahuluan Segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. yang Maha Esa dan Maha Kuasa, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. utusan terakhir, para Ummu al-Mukminin, para sahabat, Tabiin serta semua mereka yang berada di atas jalan kebenaran dan petunjuk Ilahi hingga ke hari kebangkitan. Syukur kita kehadrat Allah kerana dapat menyiapkan kertas kerja ini. Kertas ini akan membincangkan tentang ilmu astronomi (falak) dan hubungan atau perkaitannya dengan ibadah khusus dalam Islam iaitu sembahyang, puasa, zakat dan haji. Sebagaimana sedia maklum, Islam adalah agama yang mudah dan memudahkan, disamping itu ia adalah sebuah agama yang amat sesuai serta bersesuaian dengan kehendak, fitrah dan naluri hidup manusia. Sebagai contohnya, dalam ibadah khusus, walaupun telah ditentukan hukumnya tapi kita diberi kemudahan supaya kita dapat melaksanakannya mengikut kemampuan yang kita ada.Islam mengajar umatnya supaya mementingkan ketepatan masa dalam

segala urusan. Sebagai contoh kita ditetapkan masa dan tempoh tertentu dalam melaksanakan ibadat umpamanya sembahyang lima kali sehari dalam waktu-waktu tertentu, puasa diwajibkan dalam bulan Ramadhan, mengikut hitungan tahun untuk menunaikan zakat dan mengerjakan haji pada waktu dan bulan yang ditetapkan. Semua ini memerlukan kepada pengetahuan astronomi. 2. Astronomi (Ilmu Falak) Ilmu Astronomi atau ilmu falak dikenali umum sebagai Ilmu Kaji Bintang. Perkataan Falak bererti jalan peredaran yakni peredaran bintang-bintang. Dalam surah Yaasin ayat 40 disebut bahawa: Matahari tiada sepatutnya mengejar bulan, dan malam tiada sepatutnya mendahului siang. Masing-masingnya beredar pada falaknya (tempat peredarannya). Di kalangan Sarjana Islam, ilmu bintang dibahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Ilmu Tabie (sains) yang membincangkan kedudukan bintang-bintang, pergerakannya dan ketentuan-ketentuan gerhana matahari dan bulan.

1.

ii. Ilmu yang membincangkan perhubungan pergerakan bintang-bintang dengan kelahiran, kematian, kebahagiaan dan kecelakaan, hujan, kesihatan dan lain-lain.

Ilmu yang pertama tadi dinamakan Ilmu Falak (Astronomi) dan ilmu yang kedua dinamakan Ilmu Tanjim (Astrologi). Secara umum

ilmu falak boleh diertikan sebagai ilmu yang membicarakan tentang matahari dan bintang-bintang yang beredar, tentang besar kecilnya, tentang jauh dekatnya daripada matahari atau juga tentang cakerawala-cakerawala langit, tarikan-tarikannya, kedudukan pergerakannya dan lain-lain fenomena yang berkaitan.

3. Ibadah Khusus Dalam Islam Ibadah khusus yang dimaksudkan dalam kertas kerja ini adalah solat lima waktu, puasa dibulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji. Solat dari segi syarie ialah menyembah Allah s.w.t. dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam mengikut rukun tertentu serta dikerjakan pada waktu tertentu. Ingat kembali syarat-syarat sah untuk mendirikan solat ialah suci dari hadas kecil dan besar, suci anggota badan, pakaian serta tempat solat daripada najis, menutup aurat, masuk waktu solat (mengetahui masuk waktu dengan yakin) dan menghadap kiblat. (Muhammad Lutfi Hakim, 2004). Dari lima syarat-syarat sah itu, dua daripadanya perlu kepada pengetahuan ilmu falak iaitu penentuan waktu solat dan penentuan arah kiblat. Berpuasa dalam Islam ialah menahan diri dari lapar dan dahaga dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Puasa bulan Ramadhan ialah puasa yang diwajibkan oleh Allah ke atas semua umat Islam yang cukup syarat melakukannya kerana masuk bulan Ramadhan. Cara menentukan awal bulan Ramadhan ialah dengan melihat anak bulan Ramadhan, mencukupkan 30 hari bulan Syaban atau dengan hisab ahli falak. Zakat dari segi bahasa bermaksud suci dan subur. Menurut istilah syarak ialah mengeluarkan sebahagian dari harta benda sebagai sedekah wajib kepada mereka yang telah ditetapkan menurut syarat-syarat yang telah ditentukan oleh hukum Islam. Hubungan

zakat dengan solat adalah erat sekali dimana merupakan dua jenis ibadat yang bertali-temali diantara satu sama lain hingga tidak kurang dari 82 kali Allah menyebut secara beriring-iring dengan solat. Zakat dibahagikan kepada dua bahagian pertama zakat harta dan kedua zakat fitrah. Zakat harta ialah mengeluarkan sebahagian harta menurut kadar yang tertentu bila harta itu telah sampai nisabnya atau nisab dan holnya (iaitu sempurna setahun dimiliki) kepada orang-orang yang berhak menerimanya. Zakat fitrah ialah mengeluarkan sebahagian dari makanan yang utama menurut banyak yang telah ditetapkan oleh syarak, setelah selesai mengerjakan puasa bulan Ramadhan tiap-tiap tahun.(Suhaimee Yasin, 1993). Jadi kita dapati ibadah zakat juga melibatkan satu tempoh dan masa yang tertentu yang memerlukan kepada pengetahuan ilmu falak. Ibadat haji pada syara ialah mengunjungi Baitullah Al Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saie dan wuquf di Arafah dengan menurut syarat-syarat serta menunaikan segala rukun-rukun dan wajib-wajibnya. Bulan-bulan haji ialah mulai 1 Syawal hingga naik fajar 10 Zulhijjah.

1. 4. Hubungan Astronomi Dengan Ibadah Khusus Hubungan astronomi dengan empat ibadah khusus di atas bolehlah disusun seperti berikut: i. Penyusunan Takwim 1. ii. Penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.

2. iii. Penentuan Arah Kiblat 3. iv. Penentuan Waktu Solat

4.1

Penyusunan Takwim

Penyusunan takwim dalam ibadah khusus adalah berasaskan pergerakan bulan kerana perubahan fasanya dapat memberikan petunjuk tentang julat sesuatu masa. Dalam al-Quran ada dijelaskan penggunaan anak bulan sebagai tanda waktu, sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak bulan. Katakanlah, anak bulan itu menandakan waktuwaktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadah Haji (al-Quran, 2:189)

4.2

Penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.

Secara umum terdapat empat kaedah untuk mengetahui bermulanya bulan Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah iaitu: i. Apabila kelihatan anak bulan 1. ii. Laporan tentang kenampakan anak bulan

2. iii. Menjadikan bulan sebelumnya 30 hari 3. iv. Menggunakan hasil pengiraan ahli-ahli falak

Negara kita menggunakan kaedah rukyah dan hisab dalam penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah. Hukum rukyah dan hisab digubal berdasarkan kaedah jamak, iaitu beramal dengan semua dalil-dalil al-Quran dan hadis serta pendapat ulamak yang muktabar. Majlis Raja-Raja Malaysia dalam mesyuarat ke 125 telah bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa dan Hari Raya Puasa (JMAPH) berkaitan dengan rukyah dan hisab sebagaimana berikut: Anak bulan Ramadhan dan Syawal, sekiranya tidak kelihatan kerana terlindung oleh keadaan cuaca, pada hal mengikut ahli-ahli falak anak bulan itu tetap ada dan boleh nampak, maka kiraan ahli-ahli falak bolehlah digunakan. Seterusnya, bagi menetapkan kriteria astronomi yang memenuhi peraturan di atas, JMAPH pada bulan April 1983 telah menggunakan keputusan Persidangan Hilal Negara-Negara Islam, Istanbul (1978) mengenai syarat kenampakan anak bulan. Walaubagaimana pun setelah digunakan selama beberapa tahun , pihak JMAPH telah membentuk Jawatankuasa Kajian Semula Penetapan Awal Ramadhan Dan Syawal (JKSPARS) pada bulan Disember 1989. Jawatankuasa ini mencadangkan syarat kenampakan anak bulan (kriteria imkanur rukyah) iaitu: Anak bulan dianggap ada dan boleh kelihatan apabila pengiraan falak memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut:1. i. Ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan tidak kurang dari 2, dan jarak lengkung bulan ke matahari tidak kurang dari

3. 2. ii. Ketika bulan terbenam, umur bulan tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak. JKSPARS juga telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengkaji kaedah penentuan tarikh Aidil Adha dari menggunakan tarikh wukuf Negara Arab Saudi kepada kaedah kenampakan anak bulan tempatan dan kaedah ini telah diterima pakai sekarang.

4.3

Penentuan Arah Kiblat

Arah kiblat ialah arah yang dihadap oleh umat Islam ketika mengerjakan solat iaitu Baitullah atau Kaabah. Hukumnya jelas, berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah wajahmu kearah Masjidil Haram. Sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah tidak melupai apa yang kamu lakukan. (Surah al-Baqarah: 149) Untuk menentukan arah kiblat bagi kita yang jauh dari Kaabah, beberapa langkah yang boleh dilakukan iaitu: a. Bertanya kepada orang yang sudah mengetahuinya dan berpengetahuan, termasuklah penggunaan apa-apa peralatan yang dapat membantu. b. Jika tiada orang berpengetahuan dan boleh dipercayai, bolehlah berijtihad dengan menggunakan arah matahari, bintang, petunjuk

mata angin dan sebagainya. Antara kaedah yang boleh diguna dalam penentuan arah kiblat ialah:

1. i. Menggunakan buruj-buruj bintang Buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat ialah buruj Orion (Al-Babadur). Buruj Orion akan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi dilangit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac, buruj ini akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib. Lihat Rajah 1.

ii. Fenomena Istiwa Matahari atas Kaabah

Arah kiblat yang tepat diperoleh apabila berlaku istiwa matahari atas Kaabah iaitu matahari berada tepat dititik zenith kaabah. Ianya berlaku dua kali setahun iaitu apabila sudutistiwa matahari bersamaan dengan latitud Kaabah. Menurut hisab, istiwa matahari di atas kaabah berlaku pada 28 Mei lebih kurang pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan pada 16 Julai lebih kurang pukul 5.28 petang pada setiap tahun.

iii. Pengiraan arah kiblat dan penandaan

4.4

Penentuan Waktu Solat

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari (subuh) dan sebelum terbenamnya (asar dan zuhur), dan bertasbih pulalah diwaktu-waktu malam hari (isyak), dan hujung siang (maghrib) supaya kamu merasa senang (Surah Taha: 130) Waktu solat menggunakan kedudukan matahari harian sebagai rujukan.

a. Waktu Zuhur Waktu Zuhur bermula apabila keseluruhan bulatan matahari telah melepasi meridian tempatan atau disebut gelincir matahari atau zawal. Menurut ahli astronomi, tempoh masa diantara waktu istiwa dengan waktu Zuhur ialah 1 minit 4 saat. b. Waktu Asar Waktu asar bermula apabila ukuran panjang bayang sesuatu tiang sama dengan panjang tiang ditambah pangjang bayang ketika

istiwa. c. Waktu Maghrib Waktu Maghrib bermula apabila keseluruhan bulatan matahari terbenam di ufuk ketara tempatan. Ufuk ketara adalah ufuk yang dipengaruhi oleh ketinggian sesuatu tempat. Bagi tempat yang ketinggiannya kurang dari 100m dari paras laut , jarak zenith matahari ketika terbenam adalah 90 50. d. Waktu Isyak Selepas terbenam, matahari akan berada semakin rendah di bawah ufuk. Nilai sudut kedudukan matahari (sudut turunan) yang diguna dalam menentukan waktu solat Isyak di Malaysia (kecuali negeri Kelantan) ialah 18 bawah ufuk bagi sesuatu tempat. Negeri Kelantan menggunakan sudut turunan 17. e. Waktu Subuh Nilai sudut kedudukan matahari yang diguna dalam menentukan waktu solat Subuh di Malaysia ialah 20 bawah ufuk bagi sesuatu tempat.

5. Penutup Ilmu astronomi merupakan ilmu yang mengkaji tentang perjalanan badan-badan cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan

bintang-bintang. Segala aktiviti yang menunjukkan perhubungan antara manusia dengan alam akan melibatkan unsur-unsur ilmu astronomi. Dari segi kepentingan ilmu, ilmu astronomi tergolong dalam ilmu fardhu kifayah kerana keperluannya dalam membantu kesempurnaan ibadat dan kesejahteraan manusia. Para ilmuan barat sependapat bahawa perkembangan ilmu astronomi dalam Islam didorong oleh niat beribadah. Ibadah solat lima waktu yang di peroleh dari peristiwa Isra Miraj, penentuan arah kiblat serta penentuan awal bulan Islam telah memberi warna kepada perkembangan ilmu astronomi sehingga disebut sebagai astronomi Islam (falak). Dari fenomena tersebut kita dapat lihat bahawa Islam tidak memisah antara agama dan ilmu pengetahuan. Ajaran Islam dan ilmu pengetahuan saling melengkapi dalam kehidupan manusia. Al-Quran mengungkapkan bahawa Islam mengajak manusia mempelajari alam semesta dan segala isinya sebagai wujud ibadah. (Dr. Ir Moedji Raharjo)

3. Ilmu Falak dan Sejarahnya: 3.1. Ilmu falak dikenali umum sebagai Ilmu Kaji Bintang atau Ilmu Astronomi, perkataan Falak bererti jalan peredaran yakni peredaran bintang-bintang. Dalam surah Yaasin ayat 40 disebut bahawa: 3.2. Pada zaman dahulu ilmu falak dikenali juga dengan Ilmu Nujum yang digunakan bagi maksud meneka berlakunya satu-satu peristiwa atau nasib. Di kalangan Sarjana Islam, Ilmu Bintang dibahagi kepada dua bahagian iaitu: 1) Ilmu Tabie (sains) yang membincangkan kedudukan bintang-bintang, pergerakannya dan ketentuan-ketentuan gerhana matahari dan bulan. 2) Ilmu yang membincangkan perhubungan pergerakan bintang-bintang dengan kelahiran, kematian, kebahagiaan dan kecelakaan , hujan, kesihatan dan lain-lain. Ilmu yang pertama tadi dinamakan ilmu falak (Astronomi) dan ilmu yang kedua dinamakan Ilmu Astrologi (tanjim). Secara umum ilmu falak boleh diertikan sebagai ilmu yang membicarakan tentang matahari dan bintang-bintang yang beredar tentang besar kecilnya, tentang jauh dekatnya daripada matahari atau juga tentang cakerawala-cakerawala langit, tarikan-tarikannya, kedudukan pergerakannya dan lain-lain fenomena yang berkaitan. 3.3. Orang-orang Arab pada zaman dahulu telahpun mengetahui kedua-dua bidang ilmu ini sejak zaman Jahiliah lagi. Mereka memperolehi ilmu ini dari Greek, Parsi, India dan Kaldan. Kemudian ilmu ini diwariskan kepada orang-orang Islam kemudiannya. 3.4. Umat Islam mula terlibat secara aktif dibidang Ilmu Sains termasuk ilmu falak pada zaman Kerajaan Umaiyah dan Abbasiah. Di zaman Umaiyah tokoh ilmu falak yang terkenal ialah Khalid bin Yazid Al-Amawi (meninggal 85H). Beliau adalah dikenali dengan nama Hakim Ali Marwan. Beliau dianggap orang pertama yang menterjemahkan buku-buku termasuk buku-buku mengenai ilmu Bintang pada pertengahan kurun ke-4 Hijrah didapati dalam Perpustakaan Kaherah sebuah globe dari tembaga karya Batlamus yang ditulis kata-kata bahawa globe itu disediakan untuk Khalid bin Yazid. Menurut sarjana sejarah iaitu AlMas'udi bahawa Khalifah al-Malik bin Marwan sangat gemar kepada ilmu bintang sehingga semasa berperang dibawa bersamanya ahli ilmu bintang. Di zaman Abbasiah, Khalifah Abu Jaffar Al-Mansor adalah khalifah yang pertama memberi perhatian kepada kajian Ilmu Falak. Baginda mengeluarkan banyak belanja untuk memulakan penyelidikan dalam bidang ilmu falak. Baginda mengumpulkan nama sarjana falak yang terkenal di istana Baginda. Dalam pembinaan Kota Baghdad baginda melantik seorang ahli falak bernama Naubakh sebagai Ketua Perancang Projek itu. 3.5. Seterusnya perkembangan kajian ilmu falak berkembang pada zaman khalifah Al-Mansor. Usaha menterjemahkan buku Sdihanta

dari bahasa Sanskrit ke Bahasa Arab dilakukan oleh Mohammad Al-Fazari yang kemudian ia diberi jodol "Al-Sindhindin AlKabir". Buku ini menjadi panduan utama kepada orang-orang arab dalam mengkaji ilmu falak hingga ke zaman Al-Makmun. Mohammad Al-Fazari merupakan orang Islam yang pertama mencipta astrolabe (jam matahari untuk mengukur tinggi dan jarak bintang). Buku ini telah disalin ke bahasa Latin pada abad pertengahan oleh Johannes de Luna Hispakusis. Buku terjemahan ini telah digunakan oleh universiti-universiti Eropah untuk mengejar Ilmu Bintang. Dari sinilah orang-orang Barat mula mengetahui benda-benda di cakerawala. 3.6. Antara tokoh-tokoh Ilmu Falak Islam di zaman Abbasiah ialah Abu Sahl bin Naubakh, Ali bin Isa dan Masyaallah yang dikenali sebagai Phoenix pada zamannya. Dalam projek pembinaan Kota Baghdad telah didirikan sebuah 'observatorium' (balai cerapan). Di zaman Al-Makmun telah muncul ramai sarjana-sarjana Falak antaranya Thabit bin Qurrah, Al-Battani dan Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Di zaman Al-Makmun juga telah didirikan sebuah 'observatorium' yang digunakan untuk mengukur daya cahaya rebang matahari. Di zamannya juga Ahli Falak berjaya mengukur longkaran bumi sebuah 'observatorium' yang didirikan di Bukit Gaisun di Damsyek. Di zamannya juga observatorium juga didirikan di Bukit Qaisun. Di Damsyik. Di zamannya juga telah diterjemahkan Alomagest karangan mengenai Ptolemeus ke bahasa Arab. Ahli Falak Islam juga telah mengamati equinox, gerhana bintang berekor (comet) dan lain-lain gejala di langit. 3.7. Di samping itu Al-Battani (mati kira-kira 930M/317H) telah melakukan penyelidikan tentang perbintangan sejak tahun 877 hingga 918M dan bukunya yang telah disalin ke bahasa Latin disusun semula dalam bahasa Arab oleh Nallino (tahun 1903M). Al-Battani telah membahagikan sehari kepada 12 jam yang digunakan sekarang oleh tukang-tukang jam di Eropah. Beliau juga telah berjaya mengira setahun bersamaan dengan 356 hari, 5 jam 46 saat dan 24 secant iaitu kurang dalam pengiraan sekarang sebanyak 2 saat 23 secant. Al-Battani menduduki tempat tertinggi di kalangan Ahli Bintang dan dikatakan peranannya di kalangan umat Islam sama dengan peranan Ptolemeus di kalangan orang-orang Yahudi. Di zaman-zaman seterusnya lahir tokohtokoh Islam yang meneruskan kajian-kajian yang dilakukan oleh al-Battani dan tokoh-tokoh lain dan telah menghasilkan berbagai-bagai kejayaan kepada Ilmu Falak. 3.8. Tokoh-tokoh Ilmu Falak yang terkenal pada kurun ke-7 Hijrah ialah Nasiruddin al-Tusi yang hidup di zaman Hulagu Khan seorang Raja Monggol. Al-Biruni (362H-442H) pula merupakan seorang ahli Falak yang terkenal di zaman Sultan Mahmud alGhaznawi. Beliau telah meninggalkan berbagai-bagai hasil karya yang antara al-Athar al-Baqiah ( ) yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Dr. Sachan. Di zaman Kerajaan Turki Saljuk telah muncul seorang sarjana Falak terkenal iaitu Umar alKhayyam. Kawannya ialah Abdul Rahman al-Hazimi. Sebenarnya kemasyhuran sarjana-sarjana Falak Islam merebak setiap sudut alam. Mereka menjadi tempat rujuk ilmu Falak. Wilayah Islam yang menjadi tumpuan rujukan Eropah ialah wilayah Andalus (Sepanyol) kerana berdekatan dengan mereka. 3.9. Fakta-fakta di atas dicatatkan di sini adalah semata-mata untuk menunjukkan betapa umat Islam di zaman kegemilangan, telah menumpukan tenaga yang banyak untuk menguasai ilmu-ilmu sains yang hasilnya telah dirasai oleh seluruh umat manusia.

Kejayaan mereka itu adalah menunjukkan betapa Islam telah menjadi suatu sumber utama bukan sahaja dari segi panduan hidup tetapi juga dari segi penerokaan Ilmu Pengetahuan. Inilah semangat yang hendak dibangkitkan semula di kalangan kita umat Islam