progrcontoh kertas kerja lawatan

8
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK RAWANG, KM 25.6 JALAN IPOH 48000 RAWANG, SELANGOR 1.0 PENDAHULUAN Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Rawang telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Singapura. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar- pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar. 2.0 RASIONAL Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik. 3.0 OBJEKTIF 1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada pelajar - pelajar pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian. 2. Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan suasana dan pengalaman yang baru. 3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan

Upload: muratrani-murat

Post on 08-Dec-2015

249 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Progrcontoh Kertas Kerja Lawatan

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASISMK RAWANG, KM 25.6 JALAN IPOH

48000 RAWANG, SELANGOR

1.0         PENDAHULUAN   Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Rawang telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Singapura. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.

2.0      RASIONAL      Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan          berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0     OBJEKTIF       1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada            pelajar - pelajar pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti            sosial yang bersesuaian.       2. Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan           suasana dan pengalaman yang baru.       3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan           dengan dunia luar dan masyarakat.       4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang           pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan khas.

4.0       DESTINASI

            Singapura & Johor Bharu           5.0       PERLAKSANAAN LAWATAN                       Tarikh              : 18 - 19 Oktober 2012            Hari                 : Khamis - Jumaat            Masa               : 7.00 pagi – bertolak                                     12.30 malam – tiba di Rawang

Page 2: Progrcontoh Kertas Kerja Lawatan

6.0       KUMPULAN SASARAN             Program ini disasarkan kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan PPM

   PPKI, SMK Rawang. (Sekiranya tidak mahu meletakkan senarai nama peserta              lawatan seperti di bawah anda boleh nyatakan jumlah pelajar dan guru               yang mengikuti lawatan tersebut sahaja. Tujuan saya menyenaraikan              nama peserta lawatan adalah bagi tujuan penajaan pihak tertentu              sahaja).

SENARAI NAMA PELAJAR-PELAJAR

BIL NAMA PELAJAR1. Abdul Khalis bin Zainudin2. Chee Siew Chong3. Chong Ne Fong4. Hiran Raj a/l Ganesan5. Kannan a/l Mumudi Vanten6. Liew Wei Soing7. Mohammad Syazwan b Adanan8. Muhamad Firdaus b Hasim9. Muhamad Hazrul b Hussin

10. Muhammad Afiq b Abdul Rahman11. Muhammad Afiq Iqmal b Muhammad Zaini12. Muhammad Haziq Hafiz b Nor Azizi13. Muhammad Roszaiman b Hasnol14. Nur Afiq Hakim b Mohd Aris15. Sulaiman bin Ismail16. Syukri bin Sallehudin17. Wong Jia Herng18. Wong Leong Chun19. Yong Wai Keat20. Ainur Shakira bt. Jamaludin21. Jamuna a/p Veraiah22. Nur Hamizah bt. Rosli23. Nurizzati bt. Sallehodin24. Raihana bt. Ahmad25. Than Kai Qi

Page 3: Progrcontoh Kertas Kerja Lawatan

SENARAI NAMA GURU & PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)

BIL. NAMA1. En. Norkasani b. Kamar2. En. Md. Nawawi b. Hassan3. Pn. Marhaini bt. Dasiron4. Pn. Rosita bt. Mohd Said5. Pn. Nirmala a/p Palaniandy6. Pn. Siti Aishah bt. Khairudin7. Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz8. Pn. Mastura bt. Abd Hamid9. Pn. Wan Azita bt. Wan Yahya

10. Pn. Noor Jannah bt. Salleh11. Pn. Hairani bt. Harun12. Pn. Asmahani bt. Hussin

7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAHBas (Duit LPBT)   1 x RM 3000.00 RM   3000.00Pakej ke Singapura (Tanggungan Sendiri)

25 x RM 236 .00 (pel)12 x RM 330.00 (guru)

RM   5900.00RM   3960.00

Jumlah RM 12860.00

Page 4: Progrcontoh Kertas Kerja Lawatan

7.1       AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Hamidah bt. Husin(Pengetua SMK Rawang)

Naib Pengerusi : En. Norkasani b. Kamar(Pen. Kanan PPKI, SMK Rawang)

Setiausaha : Pn. Siti Aishah bt. KhairudinBendahari : Pn. Nirmala a/p PalaniandyAJK Pengangkutan         : Pn. Nur Hidayah bt. Abdul AzizAJK Dokumentari/Dokumentasi : Pn. Mastura bt. Abd Hamid

Pn. Noor Jannah bt. SallehAJK Makanan dan Minuman : Pn. Nirmala a/p PalaniandyAJK Disiplin : Pn. Marhaini bt. Dasiron

Pn. Rosita bt. Mohd SaidEn. Md. Nawawi b. Hassan

AJK Keselamatan/kebersihan : Pn. Hairani bt. HarunPn. Asmahani bt. Hussin

    7.2    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

      1. Setiausaha       :          Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat             dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib          Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat          follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

      2. Bendahari                     :          Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi          perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

      3. AJK Pengangkutan :          Menghubungi pihak bas – sebuah bas, bayaran,  memastikan bas                          mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar             semasa di dalam bas.

      4. AJK Makanan & Minuman :          Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan.

      5. AJK Dokumentasi/dokumentari          :          Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, video-          cam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung.

      6. AJK Disiplin      :          Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.

Page 5: Progrcontoh Kertas Kerja Lawatan

7. AJK Keselamatan & Kebersihan :          Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan.           Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid. Memastikan          kebersihan sepanjang perjalanan dan penginapan.

7.3    TENTATIF LAWATAN

         HARI PERTAMA7.00 AM       BERTOLAK KE JOHOR BHARU12.00 PM     MAKAN TENGAHARI DI JB1.00 PM       CHECK IN HOTEL2.00 PM       LAWATAN SEKITAR JB7.00 PM       BERIADAH DI DANGA BAY9.00 PM       BALIK KE HOTEL

HARI KEDUA7.00 AM      SARAPAN PAGI DI HOTEL DAN CHECK OUT8.00 AM      BERTOLAK KE SINGAPURA9.30 AM      MELAWAT SENTOSA ISLAND10.00 AM    UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (USS)7.00 PM      BERTOLAK DARI SINGAPURA12.30 AM    DIJANGKA TIBA DI RAWANG

Page 6: Progrcontoh Kertas Kerja Lawatan

7.4    PENUTUPDengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Rawang. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh :       

……………………………………..(SITI AISHAH BT. KHAIRUDIN)SetiausahaProgram Pendidikan Khas IntegrasiSMK Rawang     

*(Boleh ditukar kepada Setiausaha Program Lawatan)                                

Disemak oleh :

……………………………      (NORKASANI B. KAMAR)Penolong KananProgram Pendidikan Khas IntegrasiSMK Rawang                                                                   

Disahkan oleh :

……………………………(HAMIDAH BT. HUSIN)PengetuaSMK Rawang