program transisi 2014

15
PROGRAM TRANSISI Program Transisi dan Guru Penyayang ( Transisi Prasekolah ke Tahun Satu) bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari rumah atau pendidikan tidak formal di tadika ke pendidikan formal di tahun satu sekolah rendah. TUJUAN PROGRAM Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru dalam masa yang singkat. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif , emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 1. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa sebarang masalah. OBJEKTIF 1.Murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir, bersepadu, dan main sambil belajar. 1

Upload: husna-humaira

Post on 27-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

contoh program sepanjang dua minggu transisi

TRANSCRIPT

Page 1: Program Transisi 2014

PROGRAM TRANSISI

Program Transisi dan Guru Penyayang ( Transisi Prasekolah ke Tahun Satu) bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari rumah atau pendidikan tidak formal di tadika ke pendidikan formal di tahun satu sekolah rendah.

TUJUAN PROGRAM

Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.

• Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif , emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 1.

• Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa sebarang masalah.

OBJEKTIF 1. Murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir,

bersepadu, dan main sambil belajar.

2. Mengamalkan teknik pemudah cara yang berbeza dan penekanan konsep pembelajaran penyayang secara berterusan.

3. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut dalam kalangan

anak-anak yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosioekonomi.

1

Page 2: Program Transisi 2014

4. Mendedahkan kanak-kanak dengan suasana dan persekitaran baharu di sekolah.

TAHAP PELAKSANAAN PROGRAM

TAHAP 1

Persediaan Awal( Bulan Disember )

Membuat persiapan fizikal bilik darjah.

Perancangan aktiviti untuk pendaftaran murid Tahun Satu.

TAHAP 2

ORIENTASI AWAL

Pelaksanaan Minggu Transisi (Minggu Satu dan Dua Januari )

Aktiviti di minggu orientasi ini berteraskan kepada prinsip untuk memperluaskan pengalaman prasekolah dan pengenalan ke sekolah baharu kepada murid-murid tahun satu.

2

Page 3: Program Transisi 2014

AJK INDUK PROGRAM TRANSISI 2014

PENGERUSIENCIK MOHD RAHMAN BIN RABINGAN

3

NAIB PENGERUSI 1TUAN HAJI MUHAMMAD BIN SIPON

SETIAUSAHAPUAN NOR BAIZURA BINTI AYOB

AHLI JAWATAN KUASA

PUAN NOR AIDA BINTI RAWIPUAN RUBAAIAH BINTI SIDEK

PUAN NORSHAZZIRA BINTI SHAMSUZ ZAMANPUAN NOR HAIZA BINTI MOKHTAR

PUAN NURMALA DEVI BINTI ABDULLAHPUAN ROSETAH BINTI AREP @ ARIFF

ENCIK ANWAR BIN MOHD SALLEH

NAIB PENGERUSI 2PUAN MIMI HAIRANI BINTI MANSOR

NAIB PENGERUSI 3ENCIK AZMAN SHAH BIN MOHD YUNUS

PENYEDIAAN BUKU PROGRAM PUAN HJH ZURAINI BINTI MOHD SAUTI

Page 4: Program Transisi 2014

PROGRAM MINGGU TRANSISI

MINGGU PERTAMAHARI KHAMIS

02 JANUARI 2014

MASA AKTIVITI TINDAKAN7.40 – 8.40 Pengurusan Kelas

- Mencatat kehadiran- Pemberian tanda nama

Salam Perkenalan- Sesi suaikenal dan bersalaman dengan

rakan dan guru.- Murid memperkenalkan diri- Panggilan ringkas

Pn. Rosetah bt Arep /Encik Anwar bin Mohd Salleh.

8.40 – 9.40 Melawat kawasan sekolahTandas - Cara penggunaan tandas dengan betul.Kantin - Peraturan di kantin

- Adab makan - Kebersihan di kantin

Bilik Guru - Peraturan masuk ke bilik guru.

Pn. Norshazzira bt Shamsuz Zaman

9.40 – 10.10 Berkenalan Dengan Mesra- Mengingat nama rakan.- Menulis nama di papan hitam

Pn. Zuraini bt Mohd Sauti

10.10 – 10.30 REHAT10.30 - 11.00 Nyanyian – Satu-satu saya sayang Ibu Pn. Nor Aida bt Rawi

11.00 – 12.00 Melawat Persekitaran sekolah sambilberkenalan dan bersalaman dengan semua guru.

Pn. Rubaaiah binti Sidek

12.00 – 1.00 Pengucapan Bertatasusila ( Bahasa Malaysia )- Ucapan secara kumpulan dan individu

Contoh “ Selamat Pagi, Selamat Sejahtera, Selamat Pulang dan Terima Kasih “

- Penerapan nilai-nilai murni

Pn. Zuraini bt Mohd Sauti

Nota : Bahan Bantu Belajar disediakan oleh guru yang terlibat.

4

Page 5: Program Transisi 2014

MINGGU PERTAMAHARI JUMAAT

03 JANUARI 2014

MASA AKTIVITI TINDAKAN7.40-8.10 Pengurusan dalam kelas

- Nyanyian lagu Negaraku- Ucapan salam- Catat kehadiran- Mengukur ketinggian

Pn. Nor Aida bt Rawi

8..10-9.10 Aktiviti Dunia Seni Visual Pn. Nurmala Devi bt Abdullah

9.10 - 10.10 Pra bacaan - Nyanyian lagu ABC - Mengenal huruf secara tersusun - Menamakan lima huruf vokal ( a, e,i,o,u ) - Permainan kotak huruf - Memandankan huruf yang sama. - Teknik menulis huruf ( CD )

Pn. Zuraini binti Mohd Sauti

10.10 –10.30 REHAT10.30 –12.00 Pengucapan Bertatasusila ( Bahasa Inggeris )

- Ucapan secara kumpulan dan individuContoh “ Good Morning, good afternoon, Thank You and good bye “

- Penerapan nilai-nilai murni

Nyanyian lagu dalam B. Inggeris

Lawatan ke persekitaran sekolah- Melawat kawasan sekolah, pejabat,

makmal komputer, stor sukan, dan makmal sains.

- Penerangan peraturan dan disiplin sewaktu berada di tempat-tempat seperti yang dinyatakan di atas.

Pn.Norshazzira bt Shamsuz

Zaman

Nota : Bahan Bantu Belajar disediakan oleh guru yang terlibat

5

Page 6: Program Transisi 2014

MINGGU KEDUAHARI ISNIN

6 JANUARI 2014

MASA AKTIVITI TINDAKAN7.40 -8.10 Perhimpunan Rasmi

- Nyanyian lagu Negaraku- Lagu Negeri Selangor- Lagu Sekolah- Bacaan ikrar

Ucapan- Guru Besar- Guru Bertugas

En. Mohd Rahman bin Rabingan

Guru Bertugas

8.10 – 9.10 Pengurusan Kelas- Mencatat kehadiran- Pengurusan buku latihan

Bina Kumpulan- Mengenali rakan sebaya- Mengenali rakan melalui warna- Membentuk kumpulan melalui warna

yang sama- Mengingati nama rakan

Pn. Zuraini bt Mohd Sauti

9.10 – 10.10 Nyanyian lagu “Negara ku”- Tatacara ketika menyanyikan lagu - Menamakan warna pada bendera- Mewarna bendera Jalur Gemilang.

Pn. Rosetah binti Arep / Pn. Nor Baizura binti Ayob

10.10 – 10.30 REHAT10.30 – 12.00 Mengenal abjad

- Nyanyian lagu ABC- Teknik menulis huruf kecil ( b, c, d, f,

g)- Menulis di ruang udara, lantai dan

belakang rakan.- Fonetik- Menulis huruf titik-titik

Pn. Nurshazzira bt Shamsuz Zaman

12.00 – 1.00 Dinamika kumpulan- Murid membuat kumpulan besar- Murid bersalam dengan rakan- Mengenal nombor ( 1, 2, 3, 4, 5 )- Setiap murid mengambil kertas nombor

Pn. Nor Aida bt Rawi

6

Page 7: Program Transisi 2014

( 1, 2, 3, 4, 5 )- Murid berkumpul mengikut nombor- Melantik ketua kumpulan- Murid menyebut nama ahli

Nota : Bahan Bantu Belajar disediakan oleh guru yang terlibatMINGGU KEDUA

HARI SELASA7 JANUARI 2014

MASA AKTIVITI TINDAKAN7.40-8.10 Pengurusan Kelas

- Nyanyian lagu Negaraku- Mencatat kehadiran

- 1 Murid 1 Sukan

Pn. Norshazzira binti Shamsuz

Zaman

8.10 – 8.40 Senaman / Permainan kecil / Sukaneka Pn. Rubaaiah bt Sidek

8.40 – 9.10 Menjaga kebersihan gigi- Peralatan yang digunakan- Cara menggosok gigi yang betul- Nyanyian lagu “ Bangun Pagi “

Pn. Rubaaiah bt Sidek

9..10 - 10.10 Nyanyian lagu Negeri Selangor- Nyanyian lagu Negeri Selangor- Menamakan warna pada bendera- Mewarna bendera Negeri Selangor

Pn. Rosetah binti Arep / Pn.

Nor Baizura binti Ayob

10.10-10.30 REHAT10.30 – 11.30 Pra bacaan

- Mengenal huruf kecil secara tersusun - menyanyi lagu ABC - menamakan lima huruf kecil ( g,h,I,j, K) - Teknik menulis huruf. - Memadankan huruf dengan rakan. - Mewarna huruf

Pn. Zuraini binti Mohd Sauti

11.30 – 12.00 Nyanyian lagu B. Arab Pn. Nor Baizura bt Ayob

12.00 –1.00 Dinamika kumpulan- Murid membuat kumpulan besar- Murid bersalam dengan rakan- Mengenal nombor ( 6,7,8,9,10 )- Setiap murid mengambil kertas nombor

( 6,7,8,9,10 )- Murid berkumpul mengikut nombor- Melantik ketua kumpulan- Murid menyebut nama ahli

Pn. Nor Aida bt Rawi

7

Page 8: Program Transisi 2014

1.00 – 1.30 Nyanyian lagu “ Kalau Rasa Gembira “ Pn. Nor Haiza bt Mokhtar

Nota : Bahan Bantu Belajar disediakan oleh guru yang terlibat

MINGGU KEDUAHARI RABU

8 JANUARI 2014

MASA AKTIVITI TINDAKAN7.40 – 8.10 Pengurusan Kelas

- Mencatat kehadiran muridCara Menjaga kebersihan

- Kuku dan rambut- Pakaian- Persekitaran ( Kelas dan Sekolah )

Pn. Mimi Hairani bt Mansor

8.10 – 8.40 Dinamika Kumpulan- Menamakan haiwan yang diketahui.- Mengajukkan bunyi haiwan.- Menamakan makanan haiwan.- Menamakan tempat tinggal haiwan.- Murid membentuk kumpulan

mengikut nama haiwan- Murid berkenalan dengan rakan

En. Mohd Rahman bin Rabingan

8.40 – 9.10 Senaman / Permainan kecil atau Sukaneka Pn. Rubaaiah bt Sidek

9.10 – 10.10 Dinamika kumpulan- Murid menamakan gambar buah yang

ditunjukkan.- Murid berkumpul mengikut nama

buah yang diambil- Murid berkenalan dengan ahli

kumpulan- Murid membuat kolaj gambar buah-

buahan.

Pn. Zuraini bt Mohd Sauti

10.10 – 10.30 REHAT10.30 – 11.30 Nyanyian Bahasa Arab Pn. Nor Baizura 11.30 – 12.30 Pra bacaan

- Mengenal huruf kecil secara tersusun - menyanyi lagu ABC - menamakan lima huruf kecil ( l,m,n,p,q) - Teknik menulis huruf. - Memadankan huruf dengan rakan. - Mewarna huruf

Pn. Norshazzira bt Shamsuz Zaman

8

Page 9: Program Transisi 2014

12.30 – 1.00 Lawatan ke Pusat Sumber Sekolah- Peraturan di Pusat Sumber- Bercerita menggunakan “ buku besar”- Penerapan nilai murni

Pn. Zuraini bt Mohd Sauti

Nota : Bahan Bantu Belajar disediakan oleh guru yang terlibatMINGGU KEDUA

HARI KHAMIS9 JANUARI 2014

MASA AKTIVITI TINDAKAN7.40-8.40 Pengurusan dalam kelas

- Ucapan Salam- Mencatat kehadiran- Timbang berat murid- Cerita Teladan- Penerapan nilai murni dan pengajaran

daripada cerita.

Pn. Rosetah binti Arep / Encik

Anwar bin Mohd Salleh

8.40 – 9. 40 Asas Bacaan dan tulisan- Menamakan huruf besar- Nyanyian lagu ABC- Pertandingan menyusun huruf besar

mengikut kumpulan.- Membentuk huruf di udara, atas meja,

belakang rakan dan di udara.- Latihan menulis.

Pn. Norshazzira bt Shamsuz Zaman

9.40 – 10.10 Dinamika Kumpulan - Nyanyian lagu Abjad - menamakan lima huruf kecil ( r, s, t, u, v ) - Menulis huruf di papan hitam

- Menulis huruf di udara.- Mencari huruf yang sama

Pn. Zuraini binti Mohd Sauti

10.10 – 10.30 REHAT10.30 – 11.00 Pengenalan nombor menggunakan abakus Pn. Nor Aida bt

Rawi11.00 – 12.00 Deria – rasa, sentuhan dan hidu

- murid menutup mata dan cuba meneka benda , sama ada rasa pahit, manis, masam, masin, atau pedas - menyentuh benda - kasar, lembut atau halus - menghidu bau – wangi atau busuk

Pn. Rubaaiah bt Sidek

12.00 – 1.00 Dinamika kumpulan- Murid mengenal bentuk- Menamakan bentuk yang ditunjukkan- Memadankan bentuk yang sama.

Pn. Zuraini bt Mohd Sauti

9

Page 10: Program Transisi 2014

- Menggunting bentuk dan menampalkannya menjadi gambar

tertentu .

Nota : Bahan Bantu Belajar disediakan oleh guru yang terlibatMINGGU KEDUA

HARI JUMAAT10 JANUARI 2013

MASA AKTIVITI TINDAKAN7.40-8.10 Pengurusan kelas

- Mencatat kehadiranDinamika kumpulan

- Manamakan nombor ( 1 – 9 )- Secara berkumpulan murid menyusun

nombor 1- 9 mengikut urutan.- Memadankan bilangan benda dengan

nombor yang diberi.

Pn Nor Aida bt Rawi

8.10 – 9-10 Aktiviti Dunia Seni Visual Pn.Nurmala Devi bt Abdullah

9.10 – 10.10 Permainan huruf- Menyusun huruf a – z dengan

susunan yang betul- Menulis huruf yang guru nyatakan- Pertandingan menyusun huruf a - z

secara berkumpulan.

Pn. Zuraini binti Mohd Sauti

10.10 – 10.30 REHAT10.30 12.00 Kenali Rakan

- Mengenal huruf besar- Berkumpul mengikut huruf ( kad

huruf )- Memadankan huruf besar dengan

huruf kecil- Fonetik- Nyanyian

Pn. Nurshazzira bt Shamsuz Zaman

Nota : Bahan Bantu Belajar disediakan oleh guru yang terlibat

10

Page 11: Program Transisi 2014

11