program terapi kesunyian bersama lppkn

2
Program Terapi Kesunyian bersama LPPKN 12 Februari 2015 (Khamis), Warga Emas Kompleks Asnaf MUIP dipilih oleh pihak Lembaga Pembangunan Penduduk & Keluarga Negara, LPPKN menjadi perintis untuk Program Terapi Kesunyian dikalangan Warga tua. Mengikut kajian, Kesunyian dikenalpasti sebagai masalah kesihatan mental utama warga tua. Warga tua berisiko mengalami kesunyian kerana kehilangan dan perubahan hidup. Kurangnya sokongan sosial, ketidakupayaan fizikal, dan penyakit kronik boleh meningkatkan lagi risiko kesunyian di kalangan warga tua. Warga tua yang tinggal berjauhan daripada keluarga atau ditempatkan di institusi penjagaan warga tua lebih terdedah kepada kesunyian. Berdasarkan pernyatan ini pihak LPPKN telah diberi tanggungjawab oleh Kementerian Pembangunan Wanita untuk melaksanakan program-program yang berkaitan untuk mengurangkan risiko kesunyian dikalangan warga emas. Oleh yang demikian, hasil kerjasama erat antara LPPKN Kuantan dengan pihak Kompleks Asnaf MUIP sebelum ini, pihak LPPKN telah menawarkan program perintis ini dijalankan bersama warga emas di Kompleks Asnaf MUIP. Sepanjang program dijalankan, kesemua warga emas kelihatan gembira dan ceria; lebih –lebih lagi program tersebut dibuat di tepi pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Antara pengisian dalam program tersebut adalah ‘taaruf’ atau sesi perkenalan diantara warga Komplek Asnaf MUIP dean pihak LPPKN, membuat kraftangan ‘origami’ untuk menguatkan kembali otot psikomotor dan ‘kenangan lalu mengusik jiwa’ yang memperdengarkan lagu-lagu klasik tahun 50-60 an. LPPKN turut menjemput tukang-tukang urut terlatih dari MAMACare LPPKN untuk memberi khidmat urutan refleksologi percuma kepada peserta pada hari tersebut. Fatimah atau lebih dikenali dengan nama Tok Ma yang ditemui memaklumkan sangat seronok dengan program yang dijalankan di luar kompleks kerana boleh berekreasi di luar dan menjadi terapi untuk menyegarkan kembali perasaan. Dia juga berkata aktiviti yang di atur oleh pengurusan Kompleks Asnaf MUIP sarat dengan aktiviti yang baik dan bermanfaat untuk warga emas sepertinya. Ia ibarat kita berada di tempat yang penuh dengan emas permata, jika kita tidak berusaha untuk

Upload: ummu-abqariyyun

Post on 18-Dec-2015

42 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Warga Emas, terapi, kesunyian,

TRANSCRIPT

Program Terapi Kesunyian bersama LPPKN12 Februari 2015 (Khamis), Warga Emas Kompleks Asnaf MUIP dipilih oleh pihak Lembaga Pembangunan Penduduk & Keluarga Negara, LPPKN menjadi perintis untuk Program Terapi Kesunyian dikalangan Warga tua.

Mengikut kajian, Kesunyian dikenalpasti sebagai masalah kesihatan mental utama warga tua. Warga tua berisiko mengalami kesunyian kerana kehilangan dan perubahan hidup. Kurangnya sokongan sosial, ketidakupayaan fizikal, dan penyakit kronik boleh meningkatkan lagi risiko kesunyian di kalangan warga tua. Warga tua yang tinggal berjauhan daripada keluarga atau ditempatkan di institusi penjagaan warga tua lebih terdedah kepada kesunyian. Berdasarkan pernyatan ini pihak LPPKN telah diberi tanggungjawab oleh Kementerian Pembangunan Wanita untuk melaksanakan program-program yang berkaitan untuk mengurangkan risiko kesunyian dikalangan warga emas. Oleh yang demikian, hasil kerjasama erat antara LPPKN Kuantan dengan pihak Kompleks Asnaf MUIP sebelum ini, pihak LPPKN telah menawarkan program perintis ini dijalankan bersama warga emas di Kompleks Asnaf MUIP.Sepanjang program dijalankan, kesemua warga emas kelihatan gembira dan ceria; lebih lebih lagi program tersebut dibuat di tepi pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Antara pengisian dalam program tersebut adalah taaruf atau sesi perkenalan diantara warga Komplek Asnaf MUIP dean pihak LPPKN, membuat kraftangan origami untuk menguatkan kembali otot psikomotor dan kenangan lalu mengusik jiwa yang memperdengarkan lagu-lagu klasik tahun 50-60 an. LPPKN turut menjemput tukang-tukang urut terlatih dari MAMACare LPPKN untuk memberi khidmat urutan refleksologi percuma kepada peserta pada hari tersebut.Fatimah atau lebih dikenali dengan nama Tok Ma yang ditemui memaklumkan sangat seronok dengan program yang dijalankan di luar kompleks kerana boleh berekreasi di luar dan menjadi terapi untuk menyegarkan kembali perasaan. Dia juga berkata aktiviti yang di atur oleh pengurusan Kompleks Asnaf MUIP sarat dengan aktiviti yang baik dan bermanfaat untuk warga emas sepertinya. Ia ibarat kita berada di tempat yang penuh dengan emas permata, jika kita tidak berusaha untuk mengutip permata tersebut maka sia-sia sahaja keberadaan kita disitu, sampai masa bila emas-emas permata tersebut semakin hilang baru kita sibuk mencari-cari; begitu analoginya untuk sahabat-sahabat yang tinggal sekali di Kompleks Asnaf tetapi tidak berusaha untuk mengikuti setiap program. Komplek Asnaf MUIP sangat-sangat menggalakkan kerjasama sebegini untuk memberikan khidmat terbaik kepada institusi warga emas yang dipelopori oleh orang Islam seperti ini. Program ini dirancang dapat dilaksanakan setiap bulan sehingga akhir tahun 2015.

Disediakan Oleh,

Nor Rosyidah binti Mohamed Tahir

Pen. Pengurus Kompleks Asnaf MUIP.