program tandas bersih onn

13
PROGRAM TANDAS BERSIH ONN....... PERINGKAT SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN DUA SUNGAI, MUKAH PENDAHULUAN Apabila kita menyebut tentang isu tandas, ramai yang mengambil mudah serta menganggapnya sesuatu perkara yang kecil dan remeh. Ada pula yang berpendapat tandas memang adalah tempat yang kotor oleh itu patutlah ianya berada dalam keadaan yang kotor. Jika sekalipun tandas itu berada dalam keadaan yang bersih, golongan ini tidak berfikir dua kali untuk mengotorkannya atau menggunakannya dengan cara yang salah sehingga merosakkannya. Demikianlah kita sering dapat lihat tandas yang tersumbat, pamnya rosak atau paip air dibiarkan tidak ditutup dan sebagainya. Sebenarnya isu kebersihan tandas merupakan sesuatu yang serius yang perlu kita semua ambil berat. Bayangkan jika kita tiba-tiba mendapat “Call of nature “ di sekolah yang tandasnya rosak dan kotor, pada ketika itu kita akan dapat hayati nilai sebenar tandas yang bersih. Mungkin ketika itu isu ini bukan suatu perkara yang kecil lagi. Atau, jika kita terdengar pelawat atau tetamu kita merungut tentang tandas kita yang menjijikkan, sudah tentu ianya akan memalukan kita serta mencemar imej sekolah. Pada ketika itu, kita akan dapat rasakan betapa perkara ini bukan satu isu yang remeh.

Upload: jennyfer-ds

Post on 11-Nov-2015

69 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Contoh Kertas Kerja

TRANSCRIPT

PROGRAM TANDAS BERSIH ONN.......PERINGKAT SEKOLAHSEKOLAH KEBANGSAAN DUA SUNGAI, MUKAH

PENDAHULUANApabila kita menyebut tentang isu tandas, ramai yang mengambil mudah serta menganggapnya sesuatu perkara yang kecil dan remeh. Ada pula yang berpendapat tandas memang adalah tempat yang kotor oleh itu patutlah ianya berada dalam keadaan yang kotor. Jika sekalipun tandas itu berada dalam keadaan yang bersih, golongan ini tidak berfikir dua kali untuk mengotorkannya atau menggunakannya dengan cara yang salah sehingga merosakkannya.

Demikianlah kita sering dapat lihat tandas yang tersumbat, pamnya rosakatau paip air dibiarkan tidak ditutup dan sebagainya. Sebenarnya isu kebersihan tandas merupakan sesuatu yang serius yang perlu kita semua ambil berat. Bayangkan jika kita tiba-tiba mendapat Call of nature di sekolah yang tandasnya rosak dan kotor, pada ketika itu kita akan dapat hayati nilai sebenar tandas yang bersih. Mungkin ketika itu isu ini bukan suatu perkara yang kecil lagi. Atau, jika kita terdengar pelawat atau tetamu kita merungut tentang tandas kita yang menjijikkan, sudah tentu ianya akan memalukan kita serta mencemar imej sekolah. Pada ketika itu, kita akan dapat rasakan betapa perkara ini bukan satu isu yang remeh.

PERNYATAAN MASALAH

Tanggungjawab penjagaan dan pengurusan tandas lazimnya diletakkan di bawah tanggungjawab pengguna yang menggunakan tandas tersebut. Permasalahan timbul apabila tandas tidak diurus dengan baik sehingga menyebabkan kesulitan berlaku. Kemudahan tandas yang difokuskanuntuk kajian ini adalah tandas yang terdapat di SK. DUA SUNGAI, MUKAH. Kajian mengenai pengurusan tandas telah difikirkan sesuai disebabkan beberapa masalah yang sering dibangkitkan dalam kalangan pengguna. Berdasarkan pemerhatian dan aduan daripada pengguna, keadaan tandas di sekolah ini tidak berada dalam keadaan yang memuaskan. Hal ini kerana, terdapat sebilangan pengguna yang masih tidak mahu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh oihak pentadbiran sekolah.

Kemudahan infrastruktur yang sedia ada di dalam tandas semakin hilang fungsinya. Terdapat sebahagian daripadanya yang tidak boleh digunakan dan memerlukan gentian semula yang sudah pasti memerlukan kos. Kemusnahan atau kerosakan kemudahan yang disediakan di dalam tandas berlaku disebabkan amalan penggunaan tandas yang tidak berdisiplin. Terdapat segelintir pengguna tandas di sekolah ini masih tidak memenuhi peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini menyebabkan ada kalanya keadaan tandas menjadi kotor, tidak kemas, menjijikkan dan berbau.

Seharusnya pengguna tandas hendaklah mematuhi peraturan tandas supaya tidak berlaku sebarang kesulitan untuk kegunaan pengguna tandas yang lain. Tandas awam boleh digunakan oleh setiap pengguna tanpa had dan batasan. Namun sekiranya terdapat segelintir individu yang menyalahgunakan tandas tanpa menghiraukan hak penguna lain, maka terdapat kepincangan yang akan berlaku. Tambahan lagi, keadaan tandas di sekolah ini diuuskan oleh pihak swasta yang terlibat. Kebersihan serta kemudahan yang disediakan di dalam tandas sentiasa dipantau untuk memastikan setiap pengguna dapat menggunakan tandas dengan kadar yang memuaskan.

Peranan ahli jawatankuasa guru dan pelajar bagi setiap aras amat penting untuk menguruskan keadaan tandas di sekolah. Namun, adakah cukup sekadar membuat sebarang tindakan susulan.? Oleh yang demikian, penyelaras jawatankuasa unit kebersihan dan keceriaan telah memainkan peranan penting dalam memikul tanggunjawab untuk menguruskan tandas di sekolah ini supaya sentiasa bersih, selamat untuk semua pengguna. Oleh itu berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi, amat penting bagi setiap pengguna tandas memainkan peranan yang lebih mantap dalam membentuk kesedaran dan membuka minda tentang kepentingan tandas dalam kehidupan seharian. Kajian ini dijalankan supaya masalah yang telah dikenalpasti dapat dirungkai dan menemui jalan penyelesaian.

KEPENTINGAN PROGRAM

Program ini dilaksanakan supaya dapat member kesedaran kepada pengguna tandas SK DUA SUNGAI, MUKAH khususnya dalam kalangan pelajar tentang kepentingan pengurusan tandas dengan cara yang betul. Sekiranya tandas tidak diuruskan dengan baik, pelbagai penyakit berjangkit akan dihidapi oleh pengguna seperti taun, demam kepialu, cirit-biritdan jangkitan cacing. Selain itu, sekiranya tandas tidak diberi penjagaan yang khusus ianya akan menjadi tempat pembiakan atau ganguan serangga terutamanya lalat. Tandas merupakan tempat untuk kita membuang sisa makanan dan minuman dalam badan. Pada masa yang sama, tandas dapat membantu pengguna menjaga kesihatan diri. Sehubungan itu, ia memerlukan keadaan yang hening dan menyenangkan.

Bekas Datuk Bandar Suwon, Sim Jae-Duck menjadi individu yang pertama memulakan kempen mencantikan tandas Bandar raya berkenaan sehingga beliau digelar Mr. Toilet. Kesedaran menjaga kebersihan tandas sudah mula dipupuk sejak Korea Selatan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2002. Namun, keadaan tandas awam di Negara ini kurang memuaskan dan tidak menggambarkan budaya masyarakat Malaysia yang majoritinya adalah beragama Islam. Sesungguhnya di dalam Islam, kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

Kajian ini juga memupuk pembentukan sikap yang positif dalam kalangan pelajar SK. DUA SUNGAI. Pembentukan sikap yang terpuji dalam aspek kebersihan, pengurusan dan amalan penggunaan tandas perlu dididik. Amalan penggunaan tandas yang betul dapat memastikan keadaan tandas sentiasa berda dalam keadaan yang selesa dan bersih untuk semua pengguna. Selagi tidak wujud sikap yang betul dan baik,selagi itulah akan wujud suasana yang tidak selesa di dalam sesebuah komuniti. Oleh itu, pembentukan sahsiah merupakan elemen utama yang perlu diterapkan dalam diri setiap pengguna.

Kepentingan program ini juga dapat membantu mewujudkan persekitaran yang sihat dan bersih. Amalan penggunaan tandas yang betul dapat memastikan tandas berada dalam keadaan yang baik, selamat dan selesa untuk semua pengguna. Persekitaran yang sihat tidak hanya tertumpu kepada kebersihan diri sahaja, malah ianya merangkumi pelbagai aspek yang berada di sekeliling kita. Di samping itu, dengan wujudnya persekitaran yang bersih, ianya dapat mewujudkan individu yang sihat, berfikiran cerdas dan berfikiran optimistic. Ini juga membantu mencorakkan identity bangsa Malaysia yang berkualiti. Oleh yang demikian, kajian ini diharap akan dapat membuka minda setiap pengguna tandas di sekolah ini mengenai kepentingan menjaga dan menguruskan tandas dengan betul.

MATLAMATMembentuk budaya tandas bersih dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya dan warga SK DUA SUNGAI khususnya.

OBJEKTIFMenerapkan kesedaran dalam kalangan murid SK. DUA SUNGAI tentang peripentingnya menjaga kebersihan tandas. Menukar persepsi murid dan warga sekolah terhadap kebersihan tandas sekolah.

NAMA PROGRAM: KAMAR SELESA

DEFINISI:Merujuk Kamus Dewan KAMAR bermaksud bilik atau ruang SELESA bermaksud lega, sedap, senang atau kondusif. Kesimpulannya KAMAR SELESA bermaksud sebuah bilik atau ruang yang selesa, lega dan kondusif.

TUJUAN:1. Perubahan nama tandas kepada KAMAR SELESA ialah untuk mengubah minda warga SK DUA SUNGAI bahawa tandas yang lazimnya berbau busuk dan kotor boleh dijadikan satu ruang yang bersih dan wangi, kondusi dan disenangi justeru ruang ini perlu diurus dengan sempurna.

2. Nama bunga tradisional tempatan yang berbau harum dijadikan nama KAMAR SELESA atas rasional seperti berikut: a) Memperkenalkan nama flora tempatan yang tradisional kepada warga SK DUA SUNGAI khususnya dan masyarakat luar amnya. b) Bunga-bunga yang berbau harum dapat memberikan kesan terapi dan amat baik kepada kesihatan.

c) Bentuk- bentuk bunga yang unik dan menarik perhatian.

KONSEP:1. KAMAR SELESA TERBUKA khusus untuk murid lelaki sahaja, cantik dan bersih serta berfungsi2. KAMAR SELESA cantik dan bersih serta berfungsi.

OBJEKTIF: 1. menjadikan suasana ruang yang kondusif , wangi dan menyenangkan. 2. mengubah minda dan sikap masyarakat bahawa tandas adalah ruang yang mesti diurus dengan sempurna bukan tempat contengan dan kotoran. 3. menanamkan sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam pengurusan dan penjagaan harta awam. 4. menyemai semangat menyayangi serta menghargai. 5. menjadikan kamar selesa sebagai ruang yang memberikan maklumat atau ilmu pengetahuan. 6. memberikan kemahiran kepasa pelajar untuk melukis mural di dinding kamar selesa. 7. menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. 8. nama-nama flora dijadikan sumber idea dalam lukisan mural yang boleh dijadikan rujukan kepada pelajar. 9. mengurangkan masalah disiplin dan vandalisme 10.semangat perpaduan dapat disemai ketika menjalankan aktiviti melukis yang disertai pelbagai kaum.

MASA:April November 2015

TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Dua Sungai, Mukah

KUMPULAN SASARAN:

1. Warga SK Dua Sungai Mukah2. Masyarakat Luar Seperti Pelawat Dan Lain-Lain.

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pegawai Pentadbiran Ahli Jawatankuasa Guru-guru dan pelajar Semua Guru Pekerja Swasta

STRATEGI PELAKSANAAN: Membentuk jawatankuasa kerja dalam mesyuarat ajk. Memeriksa dan menganalisa segala kerosakan yang perlu dibaikpulih dan tandas yang perlu diselenggara. Merangka pelan penyelenggaraan dan anggaran kos yang diperlukan. Menyediakan sebutharga untuk kos pekerja bagi tujuan penyelenggaraan. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan. Melukis mural oleh guru-guru dan pelajar SK Dua Sungai yng terdiri daripada pelbagai kaum.Menyediakan sistem pemarkahan bagi penilaian dalam kad pemantauan setiap hari oleh guru dan pekerja swasta yang bertugas.( rujuk kad pemantauan dan senarai ajk kamar selesa.Menghargai Ahli Jawatankuasa Guru-guru dan pelajar dalam setiap perhimpunan bulanan bagi tandas terbersih bulanan.

KOS:1- lukisan mural- RM 1200.002- peralatan-cat emulsi dan pelaka3- penyelenggaraan- pihak sekolah dan pekerja swasta

SUMBER KEWANGAN:1. Pihak Sekolah2. PIBG3. Sumbangan Individu

IMPAK:1. Semua warga SK Dua SUngai dapat menerima perubahan perkataan tandas kepada Kamar Selesa.2. Nama bunga tempatan dapat diperkenalkan kepada warga Sk. Dua Sungai, Mukah3. Bentuk-bentuk bunga, flora yang unik dijadikan idea atau motif dalam Lukisan mural di dinding Kamar Selesa.4. Segala info di dalam Kamar Selesa boleh dijadikan rujukan kepada semua Penggunanya.5. Berjaya menjadikan Kamar Selesa sebuah ruang yang kondusif dan Menyenangkan. ( rujuk gambar)6. Dapat mengubah minda dan sikap warga Sk DUa Sungai bahawa tandas adalah ruang atau bilik yang mesti diurus dengan sempurna dengan Menjadikan anak angkat kepada 2 orang guru setiap sebuah Kamar Selesa ( rujuk lampiran)7. Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan di luar bilik darjah dengan memberikan pendedahan proses dan teknik melukis mural kepada pelajar dan guru.8. Vandalisme dapat dikurangkan seperti merosak dan menconteng.9. Dapat memperkenalkan kesenian tempatan iaitu seni batik kepada warga SK Dua Sungai melalui lukisan mural.10. Aktiviti kokurikulum dan kurikulum dapat dijalankan seiring.11. Semangat kerjasama dan perpaduan dapat dipupuk kerana pelbagai kaum menjalankan aktiviti bersama.12. Dapat memupuk dan meransang pelajar serta guru menjadi lebih kreatif dan inovatif.

PENUTUP

Tandas atau lebih lembut jika dikatakan KAMAR SELESA, adalah destinasi kita yang pertama dalam memulakan hari-hari kita. Setiap kali selepas bangun tidur lagi tandas menjadi destinasi pertama dan ia juga menjadi tempat terakhir sebelum kita beradu di bilik tidur. Jelaslah disini bahawa jika KAMAR SELESA kita tidak bersih ia akan mencerminkan individu itu orang yang bersifat pembersih atau tidak. Fikirkanlah.

TANDAS BERSIH SATU MALAYSIA

Tandas bersih satu Malaysia,Santalia mawar melur cempaka,Kenanga teratai kesidang kemboja,Dikenali di seluruh Negara.

Sungguh cantik kamar selesa,Dihiasi bunga-bunga mengharum,Digunakan bersama oleh pelbagai kaum,Hidup sihat aman dan bahagia.

Chorus:

Kamar selesa tempat tumpuan,Jati diri semangat setiakawan,Nikmat suasana penuh keindahan,Terus cemerlang di masa hadapan.

Wahai rakan mari bersama,Bersih dan cantikkan suasananya,Tandas bersih Satu Malaysia kita,Lambang semangat perpaduan terlaksana.

Lirik: Puan Seti Sumarmi Binti DaudGubahan: Encik Reduan Bin Lebai Ariffin