program linus

Upload: cik-nura

Post on 01-Mar-2016

6 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

linus

TRANSCRIPT

Program LINUS

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) TAHUN 1

PENDAHULUANNational Key Result Areas (NKRAs) KPM menyasarkan :Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahanDi bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan PendidikanDiselaraskan oleh Bahagian Perkembangan KurikulumUsaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM).Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3.Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.

RASIONALPelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 di bawah kendalian guru pemulihan PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi.Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1.Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

DEFINISI KONSEP

Definisi Numerasikebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikanpengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian

NUMERASITAHUN 1TAHUN 2TAHUN 3

Nombor BulatMembaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 50Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 100Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000

Operasi AsasMenyatakanfakta asas tambah dan tolakMenyatakanfakta asas tambah dan tolak. Darab (2, 5 dan 10) dan bahagi (2, 5 dan 10)Menyatakanfakta asas tambah dan tolak. Darab (3,4,6,7, 8 dan 9) dan bahagi (3,4,6,7, 8 dan9)

Definisi Literasikebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung dan) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian

LITERASITAHAP 1

Membaca dan menulisMenguasai dan memahami minimum1000 patah perkataan mudah

Membaca, menullis dan memahamiayat tunggalMembaca, menullis dan memahamiayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata hubung dan)Membaca, menullis dan memahamiayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata hubung dan) dalam perenggan

NUMERASITAHUN 1TAHUN 2TAHUN 3

AplikasiMengenal mata wang Malaysiahingga RM10Mengenal mata wang Malaysiahingga RM100Mengenal mata wang Malaysiahingga RM1000

Menyatakan bahagian dalam sehariMenyatakan waktu dalam jam pada muka jamanalogMenyatakan waktu dalam jam dan minit pada muka jam analog

Mengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit relatifMengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit yang betulMengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit yang betul (cmsahaja)

MATLAMAT

Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas

OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASIPada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;daniii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung dan

OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASIPada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :

i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter.

KUMPULAN SASARMurid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

STRATEGI PELAKSANAAN

StatusWajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Jadual WaktuDilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia adaBoleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat program ini.Penentuan MuridMurid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk dinilai tahap penguasaannya.Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan dikategorikan kepada empat kelompok utama : Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas membaca Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas menulis Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas mengira Mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid bermasalah (perlu pengesahan Kementerian Kesihatan) Murid mendapat markah 0-9 dan tidak menjalani pemeriksaan doktor boleh dimasukkan dalam program ini tetapi tidak dimasukkan dalam kiraan data. Murid yang masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi ini akan diasingkan daripada murid arus perdana dan diajar secara intensif oleh guru-guru yang telah dipilih Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam bulan Julai manakala Ujian LINUS Saringan 3 akan diadakan pada bulan Oktober

GuruTerdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru PemulihanGuru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah guru-murid mestilah kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid)Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan Matematik) yang akan melaksanakan program ini perlu diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani masalah ini.

KemudahanPihak sekolah memberi guru pendamping bagi memudahkan bimbingan individuKomputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam P&P

Penyeliaan dan PemantauanPenyeliaan dan pencerapan akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih melibatkan pegawai Bahagian KPM, pegawai JPN dan pegawai PPDGB dan GPK1 perlu menyelia kelas literasi dan numerasi iniSistem pelaporan bagi memantau rekod pencapaian murid akan dibangunkanPelaporan dibuat setiap 3 bulan

KANDUNGAN PROGRAM

Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan P&P bagi murid yang mengikuti program ini Skop Modul Literasi Bermula dengan pengenalan abjad, suku kata sehinggalah ayat majmuk yang mudah Skop Modul Numerasi Merangkumi aspek nombor dari sifar hingga 1000, yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi di samping mengaplikasikannyadalam pengiraan wang sehingga RM100

Bahan dan Instrumen LINUS

Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan berkesan

Instrumen penilaian akan dibina dan diguna pakai untuk pentaksiran formatif dan sumatif

PELAPORANPengumpulan data ujian akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

PENUTUP

Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal persekolahan. Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan sasaran NKRA.