program jayawaris thn4 dan 5

8
PROGRAM Motivasi Pelajar Tahun 4 dan 5 Tarikh : 20 November 2013 Masa : 8.00 a.m hingga 4.00 p.m Tempat : SK Bukit Tambun

Upload: noraznita-mhd-sapuan

Post on 14-Apr-2016

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM Jayawaris Thn4 Dan 5

PROGRAM Motivasi PelajarTahun 4 dan 5

Tarikh : 20 November 2013 Masa : 8.00 a.m hingga 4.00 p.m

Tempat : SK Bukit Tambun

Disediakan oleh :Pn. Nazariah bt Jasman, GBK SK Bukit Tambun

Seminar Keibubapaan Besama Pelajar Calon UPSR 2012/ 2013

Page 2: PROGRAM Jayawaris Thn4 Dan 5

Tarikh : 10 September 20111. PENGENALAN

Sesuatu kejayaan yang cemerlang itu datangnya dari usaha yang gigih dan berterusan yang mana perlu disemai dengan semangat dan motivasi yang tinggi terutama oleh ibu bapadan guru-guru. Dengan motivasi yang tinggi dan mantap ini, para pelajar boleh menggerakkan diri mereka kepada perkara-perkara yang lebih besar dan mencabar. Mereka akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan lagi kecemerlangan diri. Hasilnya, mereka akan lebih bersemangat dan ghairah untuk meningkatkan pencapaian dalam akademik dan aktiviti-aktiviti pembelajaran serta gerak kerja kokurikulum mereka.

2. MATLAMAT

1. Membentuk pelajar-pelajar yang berkeyakinan diri yang tinggi dan berwawasan bagi mempertingkatkan prestasi akademik serta sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan serta masa depan yang cemerlang.

2. Meningkatkan kesedaran dan motivasi diri tentang kepentingan akademik dalam kalangan murid-murid .

3. OBJEKTIF / RASIONAL

3.1 Membina keyakinan pelajar bahawa mereka berpotensi menjadi individu dan pelajar yang cemerlang.

3.2 Memberi peluang kepada pelajar menguasai kemahiran dan teknik dalam menjawab soalan-soalan UPSR.

3.3 Membina kesedaran dan peluang untuk memahami diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan diri yang positif.

3.4 Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti seharian yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi , rohani dan intelektual.

3.5 Membantu pelajar bersedia untuk menghadapi masa depan yang mencabar.

4. KUMPULAN SASARAN

Murid Tahun 4 dan 5 (43 orang)

6. Anggaran Perbelanjaan

Page 3: PROGRAM Jayawaris Thn4 Dan 5

1. Makan Peserta : RM7.00 x 43 = RM301.00

2. Bayaran saguhati penceramah = RM150.00

==========

Jumlah : RM451.00

==========

7. Anggaran Sumber :

a) Peruntukan PCG Kaunseling

==========Jumlah : RM451.00

==========

8. Ahli Jawatankuasa Kerja Program Motivasi Pelajar Tahun 4 dan 5

SK Bukit Tambun 2013

Pengerusi : Pn. Sarimah bt Jab Guru Besar SK Bukit Tambun

Naib Pengerusi : PK1 , PKKK, PK HEM

Setiausaha/ : Pn. Nazariah bt Hj.JasmanDokumentasi

Bendahari/ AJK Cenderahati : Cik Siti Nor bt Salleh

Juruacara : En. Nik Faizul b. Nik Wel

AJK Pendaftaran : Pn. Hjh. Ruzaini bt Abd.Rashid Pn. Norazura bt Ramli

AJK Makanan : Pn. Nurizan bt Hamzah Pn. Suzanariati bt Abu Bakar

AJK Persiapan Tempat : Ustaz Zool Azhari b. Abd.Kader En. Muhd Adli b. Jakaria

Page 4: PROGRAM Jayawaris Thn4 Dan 5

AJK Kawalan Murid : Pn. Mazlina bt MohamadPn. Puspalila a/p Kandiah

AJK Kebersihan : Pn. Ng Sock Wei AJK Siaraya : En. Kesavan a/l Murugasan

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TAMBUN14110 SIMPANG EMPAT, SEB.PERAI SELATAN.

TEL: 045888870

Kepada ,

Tn. Hj.Hassan b. Hj.AhmadGuru Besar

Page 5: PROGRAM Jayawaris Thn4 Dan 5

SK Permatang Janggus,13100 Penaga,Seberang Perai Utara 30 FEBRUARI 2012.

Tuan,

Jemputan Memberi Ceramah Program Jaya Waris

Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dijemput tuan untuk memberi ceramah tentang IbuBapa cemerlang Anak Gemilang kepada waris calon-calon UPSR 2012/ 2013 ( murid Tahun 4 dan 5 ) pada :

Tarikh : 4 Februari 2012 (Sabtu)Masa : 9.00 pg – 10.30 pg ( 1.5 jam )Tempat : Dewan SK Bukit TambunSasaran : 58 calon UPSR 2012 / 2013

Waris murid Tahun 4 dan 5

2. Sekiranya tuan memerlukan sebarang kemudahan alatan atau bahan, sila berhubung dengan pihak kami seperti nombor telefon yang tertera di atas.

3. Segala kerjasama dan keperihatin tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

.........................................(JAMILAH BT HARUN )Guru Besar

SK Bukit Tambun

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TAMBUN14110 SIMPANG EMPAT, SEB.PERAI SELATAN.

TEL: 045888870

Kepada ,

Semua Waris Tahun 4 dan 5Murid SK Bukit Tambun 11 APRIL 2013.

Page 6: PROGRAM Jayawaris Thn4 Dan 5

Tuan,

Program Teknik Menjawab Soalan Matematik dan Sains UPSR

Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Program Teknik Menjawab Soalan Matematik dan Sains akan dijalankan untuk calon-calon UPSR 2013/ 2014 ( murid Tahun 6 dan 5 ) pada :

Tarikh : 23 April 2013 , Selasa ( Sains ) 24 April 2013 , Rabu ( Matematik)

Masa : 2.00 ptg – 4.00 ptgTempat : Dewan SKBT

2. Kami berharap agar pihak tuan maklum tentang waktu pulang anak-anak tuan pada tarikh yang dinyatakan. 3. Segala kerjasama dan keperihatin tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

.........................................(JAMILAH BT HARUN )Guru Besar SK Bukit Tambun