program ihya ramadhan.docx

8
PROGRAM IHYA RAMADHAN SK BUKIT PALOH, KLUANG JOHOR 2014M / 1435H 1. PENGENALAN Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah. 2. MATLAMAT Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai. 3. OBJEKTIF 3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak. 3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi. 3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah serta turut sama

Upload: syafrizalrobi

Post on 17-Sep-2015

20 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PROGRAM IHYA RAMADHAN SK BUKIT PALOH, KLUANG JOHOR2014M / 1435H

1. PENGENALANBulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah.

2. MATLAMATMenjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

3. OBJEKTIF3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.

3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga sekolah dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa murid.

4. SASARAN 4.1. Murid - murid 4.2. Guru dan staf sokongan4.3. Ibu Bapa Murid

5. TEMPAT SK Bukit Paloh Kg Melayu Bt 4 Paloh, Kluang,Johor

6. PROGRAM IHYA RAMADHAN 6.1. Aktiviti Utama

a. Tadarus Quran Murid dan guru-guru serta staf sokongan ( Sepanjang Bulan Ramadhan)b. Majlis Khatam Al-Quranc. Majlis Iftar , Solat Hajat dan Solat Tarawih bersama ibubapa murid Tahun 6.d. Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid (Setiap pagi dan waktu rehat).e. Tazkirah Ramadhan (5 Minit setiap pagi)f. Kutipan Derma / Galakan Bersedekah (Tabung Ihya Ramadhan)g. Pertandingan-pertandingan seperti : kuiz, mewarna dan nasyid yang berasaskan Ihya' Ramadhan.h. Majlis Perasmian Penutupan Program Ihya Ramadhan dan Majlis Khatam Al Quran 1435 H i. Majlis Perutusan Aidil Fitri

7. KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI IHYA RAMADHAN

1. TADARUS QURAN MURID DAN GURU-GURU SERTA STAF SOKONGANTarikh : Setiap hari bekerja dalam bulan RamadhanTempat : Bilik-bilik Khas Masa : 10.00 10.30 ( Waktu Rehat )Objektif :1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan warga pendidik dan staf dengan dibimbing oleh seorang fasilitator atau qari.3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk diamalkan dalam kehidupan.

Kaedah Pelaksanaan :a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau/kelas dalam keadaan berwudukb. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urusetia.c. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru

2. MAJLIS KHATAM AL-QURANTarikh : 24 Julai 2014 ( 26 Ramadhan 1435h ) Tempat : Dewan Nur Aisyah SK Bukit PalohMasa : 8.00 12.00 tghSasaran : Seluruh warga sekolahObjektif :1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran khususnya di bulan Ramadhan.2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan al-Quran.3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah saw.

Kaedah Pelaksanaan :a. Majlis dilaksanakan pada hari program Perdana Ihya Ramadhan .b. Pilih pelajar mengikut kelas sebagai peserta Khatam al-Quran.c. Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih di kalangan pelajar yang lancar bacaan al-Quran. d. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di Dewan Sekolah.e. Majlis dipimpin oleh seorang guru pembimbing dan diikuti oleh semua peserta khatam al-Quran sehingga selesai.f. Majlis diakhiri dengan bacaan doa khatam dan selawat beramai-ramai dan bunga telur dan bunga rampai diedarkan kepada semua hadirin.g. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.

4. MAJLIS IFTAR , SOLAT HAJAT DAN SOLAT TARAWIH ( IBUBAPA MURID TAHUN 6 ) Tarikh : 22 Julai 2014Tempat : Dewan Nur Aisyah SK Bukit Paloh KluangMasa : 6.45 9.30 mlmSasaran: Seluruh warga sekolahObjektif :1. Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.2. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.Kaedah Pelaksanaan :a. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di dewan makan / tempat majlis.b. Membaca doa berbuka.c. Berbuka puasa.d. Warga sekolah dan tetamu bergerak ke surau untuk solat Maghrib.e. Solat Hajat f. Solat Isyak dan Solat Terawih

5. MAJLIS PERUTUSAN AIDIL FITRITarikh : 24 Julai 2014Tempat : Dewan Nur Aisyah SK Bukit Paloh KluangSasaran: Seluruh warga sekolahObjektif :1.Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan ibadat sepanjang Ramadhan.2. Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam.3.Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari bulan syawal.

Kaedah Pelaksanaan :a. Diadakan semasa majlis Khatam Al-Quran.b. Ucapan Khas oleh Tuan Guru Besar .c. Penyampaian Sumbangan Tabung kepada pelajar yang kurang bernasib baik.d. Majlis penyampaian hadiah pertandingan sempena Ihya Ramadhan.

8. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANARujuk Lampiran 1

9. TENTATIF PROGRAMRujuk Lampiran 2

10. ANGGARAN PERBELANJAANRujuk Lampiran 3

11. PENUTUP Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan akhirat serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan berpuasa dan berzakat serta bersedekah akan dapat melatih pelajar membantu rakan mereka yang kurang bernasib baik.

DISEDIAKAN OLEH,DISEMAK OLEH ,

. ------------------------------ ( MOHD FARID BIN ABU KASSIM )( SYAFRIZAL BIN ROBI)SetiausahaKetua Panitia Panitia pendidikan IslamPanitia pendidikan IslamSk Bukit Paloh Sk Bukit Paloh

DISAHKAN OLEH,

-----------------------------