program bijak linus 2014.doc

6
PROGRAM BIJAK MEMBACA 2014 1.0 Pendahuluan Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman dan perhatian semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam kemahiran membaca dan menulis tidak diberi perhatian baik para pendidik mahu pun ibu bapa. Justeru, wujud sedikit kepincangan dalam menjayakan setiap program yang berpaksikan pelajar, guru dan ibu bapa. Oleh yang demikian, Program Bijak Membaca ini dirancang dan dilaksanakan untuk membantu murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis. 2.0 Rasional Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, program ini dapat memberi tumpuan yang maksima kepada murid yang lemah kerana ianya dijalankan dalam kumpulan kecil. 3.0 Matlamat Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca dan mengira dan dapat meningkatkan kecemerlangan dalam ujian saringan seterusnya. Program ini juga diharapkan dapat mensifarkan murid tegar LINUS.

Upload: adriana-wilson

Post on 11-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM  BIJAK  LINUS 2014.doc

PROGRAM BIJAK MEMBACA 2014

 1.0 Pendahuluan

Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman dan

perhatian semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan,

para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam kemahiran membaca dan

menulis tidak diberi perhatian baik para pendidik mahu pun ibu bapa. Justeru, wujud

sedikit kepincangan dalam menjayakan setiap program yang berpaksikan pelajar, guru

dan ibu bapa. Oleh yang demikian, Program Bijak Membaca ini dirancang dan

dilaksanakan untuk membantu murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran

membaca dan menulis.

2.0 Rasional

Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam

kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, program ini dapat memberi tumpuan

yang maksima kepada murid yang lemah kerana ianya dijalankan dalam kumpulan

kecil.

3.0 Matlamat

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran

membaca dan mengira dan dapat meningkatkan kecemerlangan dalam ujian saringan

seterusnya. Program ini juga diharapkan dapat mensifarkan murid tegar LINUS.

Page 2: PROGRAM  BIJAK  LINUS 2014.doc

4.0 Objektif

Membantu murid menguasai kemahiran bacaan.

Mensifarkan murid-murid tegar bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Mensasarkan pencapaian yang lebih baik dalam ujian saringan LINUS 2.

Mengenal pasti zon kelemahan murid-murid dalam Literasi.

5.0 Kumpulan Sasaran

Murid-murid tahun satu ( LINUS biasa dan LINUS tegar)

 6.0 Tempat dan Masa

         Bilik Pemulihan – murid-murid tegar LINUS.

         Bilik Tahun 1 Kreatif

         Bilik Tahun 1 Inovatif

Bilik 2 Kreatif

Bilik 2 Dinamik

Bilik 3 kreatif

Hari: Khamis

Masa : 11.50- 12.20

Page 3: PROGRAM  BIJAK  LINUS 2014.doc

7.0 Jawatan kuasa Induk Program Bijak LINUS 2014

  Pengerusi : Puan Hajah Zaiton Hj Usman

  Timbalan Pengerusi : Puan Dorin Lasius.( PK 1 )

  Naib Pengerusi : Puan Odette Ong ( PK HEM)

  Naib Pengerusi 2 : Puan Grace Yong ( PK Ko-ku)

  Setiausaha : Puan Adriana Patrick

  Bendahari : Puan Azlina Anjun

 8.0 Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti

  Puan Norziah Bt Ramli – Guru Pemulihan

  Puan Debra Emilda Berahim – Guru Pemulihan Khas LINUS

  Puan Adriana Patrick – Guru Tahun 1 Inovatif

  Puan Naja Baro – Guru Tahun 1 Kreatif/1 Dinamik

Puan Rimah Abdul Jalil - Guru Tahun 2 Kreatif

Encik Ravichandran- Guru Tahun 2 Dinamik

Cik Azlina Anjun-Guru Tahun 3 Kreatif

Page 4: PROGRAM  BIJAK  LINUS 2014.doc

9.0 Perbelanjaan Program

Penggunaan kertas untuk fotostat bahan ditanggung oleh pihak sekolah.

10.0      Penutup dan Rumusan

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan semua

jawatankuasa yang terlibat ini dapat mencapai objektif yang dicitakan. Diharapkan

bilangan murid-murid yang tegar dapat dikurangkan dan jumlah memasuki kumpulan

Arus Perdana semakin bertambah.

 

 

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( PUAN ADRIANA PATRICK ) ( PUAN HAJAH ZAITON HJ USMAN )

Setiausaha Program Bijak LINUS

Sekolah Kebangsaan Bahang Penampang.

 

 

Page 5: PROGRAM  BIJAK  LINUS 2014.doc

 

___________________________

SK BAHANG PENAMPANGPETI SURAT 712,

89507, KOTA KINABALU, SABAH

___________________________

KERTAS KERJA

PROGRAM BIJAK MEMBACA

2014