program aktif bijak santun - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan...

16

Upload: others

Post on 17-Nov-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan
Page 2: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan

2

Tuan dan Puan,

Kita mempunyai tanggungjawab dan tugas besar yang

mahu digalas. Di Tadika A.B.S, kami terus memegang

kepercayaan bahawa anak-anak mestilah seronok un-

tuk belajar. Daya percaya diri yang tinggi (self-esteem),

membolehkan anak-anak melalui fasa-fasa hidup ini

dengan mencapai kejayaan-kejayaan kecil. Kecil yang

dikumpul dan menjadi besar.

Pada masa yang sama, usaha melatih dan

menekankan keperluan latihan di semua peringkat pen-

gurusan Rangkaian Tadika A.B.S menjadi salah satu KPI

yang besar bagi tahun 2017.

Akhirnya, kita mahu anak-anak kita kelak menjadi

manusia yang bijak dalam kerangka bakatnya

tersendiri. Mereka kekal berbudaya, pandai bekerjasa-

ma dengan integriti yang ampuh. Kita pula mahu

semua ini berlaku, tanpa perlu mereka keciciran dalam

aliran dan sistem pendidikan yang dipilih.

Tuan dan Puan,

Tadika ialah satu dunia permulaan kepada anak-anak

untuk belajar dalam sistem berstruktur. Mahu tidak

mahu, kita yang masih perlu melalui sistem pembelaja-

ran kebangsaan. Pada masa yang sama, kita mahu

mengekalkan alam keseronokan belajar anak-anak

kepada anak-anak.

Kami di Tadika A.B.S yakin. Kerjasama antara kitaran so-

sial ibubapa-- guru--rumah--sekolah, membolehkan kita

menjadi pendokong utama kepada masa depan anak-

anak yang lebih cerah.

Guru tadika, ibu bapa, pihak pengurusan dan juga

masyarakat setempat memainkan peranan besar da-

lam hal ini.

Selamat berjuang untuk anak-anak dan keluarga AKTIF,

BIJAK dan SANTUN.

Assalamualaikum.

Kali ini, Buletin Tadika A.B.S sudah masuk edisi ke-3.

Ini juga menandakan, berakhirnya satu tahun

program berjalan untuk anak-anak kita, bagi tahun

2016.

Sudah tentu kita masih ingat beberapa situasi sema-

sa memilih dan membuat keputusan, lalu menghan-

tar anak kita ke tadika pilihan. Pasti kita juga masih

ingat bagaimana pertama kali kita menyerahkan

tangan kecil itu, kepada guru tadika yang kita be-

lum tahu latar belakangnya.

Bagi kita yang sudah biasa dengan tadika pilihan,

kita masih punya ‘rasa pertama kali’ apabila

meninggalkan anak kita di tadika pada hari per-

tama. Situasi ini dilalui oleh semua ibu bapa. Ia ber-

beza mengikut keadaan keluarga dan juga kerjaya

kita sebagai ibu bapa.

Tuan dan Puan,

Tahun 2017 merupakan satu lagi tahun yang bakal

menguji kita semua. Guru, anak-anak, ibu bapa dan

juga sistem pendidikan di tadika. Melihat keghaira-

han ibu bapa menyediakan anak untuk berjaya dan

cemerlang di sekolah rendah cukup menggerunkan.

Apatah lagi apabila kita membaca pelbagai

perbincangan dan komen di media sosial

mengenai pencapaian anak-anak dalam

UPSR yang lalu. Kita juga didendangkan

dengan kelemahan anak-anak memasuki

alam darjah satu dengan adanya kelas

‘linus’.

Page 3: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan

3

PROGRAM

AKTIF BIJAK SANTUN

Memperkenalkan modul

Pengajaran & Pembelajaran

yang holistik dan inovatif, sesuai

dengan cara pembelajaran

anak-anak yang unik dan

sentiasa berubah.

Setiap modul ini berasaskan

prinsip Amalan Bersesuaian

dengan Perkembangan Awal

Kanak-Kanak atau

Developmentally Appropriate

Practices (DAP).

Page 4: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan

4

Caption describing picture or graphic

INSIDE STORY HEADLINE

This story can fit 150-200 words.

One benefit of using your newsletter as a

promotional tool is that you can reuse

content from other marketing materials,

such as press releases, market studies, and

reports.

While your main goal of distributing a

newsletter might be to sell your product or

service, the key to a successful newsletter

is making it useful to your readers.

A great way to add useful content to your

newsletter is to develop and write your

own articles, or include a calendar of

upcoming events or a special offer that

promotes a new product.

You can also research articles or find

“filler” articles by accessing the World

Wide Web. You can write about a variety

of topics but try to keep your articles

short.

Much of the content you put in your

newsletter can also be used for your Web

site. Microsoft Publisher offers a simple

way to convert your newsletter to a Web

publication. So, when you’re finished

writing your newsletter, convert it to a

Web site and post it.

BAGAIMANA MEMBERHENTIKAN TINGKAH LAKU

NEGATIF ANAK

INSIDE STORY HEADLINE

1. Cari ciri-ciri baik yang ada dalam diri anak itu

2. Beri perhatian kepada ciri baik itu

3. Beri pujian kepada ciri baik

4. Jangan kritik dan ulas perangai buruknya

Apabila dia sudah mendapat perhatian daripada

aspeknya yang baik. secara perlahan-lahan perangai

buruknya akan diubah.

Beginilah guru-guru di Rangkaian Tadika A.B.S dilatih untuk

mendorong pelajar membetulkan kesilapan pelajar

dengan memuji.

Page 5: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan

5

Gabungan Tadika A.B.S Intan Gemilang Kepala Batas, Tadika A.B.S

Intan Gemilang Tasek Gelugor, Tadika ABS Intan Gemilang Sg Dua,

Tadika A.B.S Generasi Ilmuan Bertam Perdana dan Tadika ABS Sikecil

Genius, Ambangan Height Sg. Petani.

Bertemakan Yang Baik Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa, babak-babak cerita

dan persembahan penuh mesej dipertontonkan buat semua. Syabas buat

anak-anak dan guru-guru. Kejayaan-kejayaan kecil ini pastinya akan

mendorong kepada kejayaan lebih besar dalam hidup tuan muda dah

cikpuan muda.

Penerapan elemen

keusahawanan bertujuan mem-

bentuk ciri-ciri dan amalan

keusahawanan sehingga

menjadi satu budaya dalam

kalangan murid.

Ciri keusahawanan boleh

diterapkan dalam p&p melalui

aktiviti yang mampu memupuk

sikap seperti rajin, jujur, amanah

dan bertanggungjawab serta

membangunkan minda kreatif

dan inovatif untuk memacu

idea ke pasaran.

Sumber : Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan 2017

HARI APRESIASI BAKAT & PERSEMBAHAN 2016

KEUSAHAWANAN

"Apabila ada pelajar yang pintar, guru akan mendorong

mereka supaya mem-bantu rakan-rakan

yang lain. Pelajar ini akan dianugerahkan

pelajar rajin membantu rakan."

“Bermain

merupakan

fitrah

semulajadi

kanak-kanak”

MODUL INOVATIF BERKAITAN

KEUSAHAWANAN YANG

DIGUNAKAN DALAM PROGRAM

AKTIF BIJAK SANTUN

Page 6: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan

6

Tadika A.B.S Taman Cemerlang

Gombak

Tadika A.B.S Taman Tun Perak Cheras

Tadika A.B.S Bukit Rahman Putra Sg.Buloh

Tadika A.B.S Sri Serdang Seri Kembangan

Tadika A.B.S Bandar Seri Putra

Bangi

Tadika A.B.S Sg. Tangkas Kajang

Page 7: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan

7

Burung serindit terbang melayang,

Terbang hinggap di pohon nangka,

Bukan ringgit di pandang orang,

Orang memandang budi bahasa.

Antara keunikan Tadika A.B.S. ialah penggunaan Bahasa Melayu

Tinggi ketika sesi pembelajaran dilakukan. Tuan Muda dan Cikpuan

Muda digelarkan kepada pelajar setiap hari. Panggilan yang sama

dikembalikan kepada ibu bapa dan tetamu yang berkunjung ke

tadika setiap hari, Tuan, Puan dan Cikpuan. Ia panggilan yang mem-

buatkan mereka rasa mulia, dihormati serta bahagia. Ia suatu

panggilan yang membuatkan anak-anak ini punyai rasa keyakinan

diri tersendiri. Malah ada yang kata terasa dipanggil seperti anak raja!

Bahasa Melayu Tinggi ialah bahasa yang bukan sahaja betul

dari segi ejaan, sebutan dan tatabahasanya, tetapi juga bahasa

yang betul dari segi penggunaannya. Penggunaannya pula

tidak sahaja terhad dalam situasi rasmi, tetapi juga situasi tidak

rasmi, baik dalam penulisan mahupun pertuturan.

Bukan sahaja itu, penggunaan bahasa ini juga digunakan di luar

kelas iaitu ketika mereka melakukan lawatan sambil belajar di lokasi-

lokasi terpilih. Sebagai contoh, setiap tahun, ada tadika yang

mengambil inisiatif untuk membuat program sedekah kurma pada

bulan Ramadan. Penggunaan Bahasa Melayu Tinggi ini dipraktikkan

oleh Tuan Muda dan Cikpuan Muda apabila bertemu dengan orang

awam yang bakal mereka hulurkan bungkusan kurma itu.

Kebanyakannya, penerima kurma merasa kagum dengan

kosopanan dan adab tinggi yang dibawa oleh kanak-kanak bijak ini.

Masakan tidak, tanpa mengira pangkat, kerja atau umur, semua

orang digelarkan dengan panggilan mulia itu. Pemandu bas, tukang

sapu sampah turut disapa dengan panggilan tuan dan puan.

Tersenyum simpul dan berbunga hati mereka yang mendengar.

Budaya ini harus terus dipupuk agar Bahasa Melayu kita gah di mata

dunia suatu hari nanti. Biar dunia kenal, budaya kita budaya yang

kaya budi serta bahasa. Jika bukan anak kita pewaris tradisi yang

ada, siapa lagi. Inilah matlamat kami di Tadika A.B.S, membawa

Bahasa Melayu Tinggi dijulang di setiap pelusuk dunia suatu hari

nanti.

Tegak rumah kerana sendi,

Runtuh sendi rumah binasa,

Sendi bangsa ialah budi,

Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Penulis : Puan Sabrina Ismail

BUDI BAHASA BUDAYA KITA MAHU TAHU

ASAL USUL

PANGGILAN

MULIA CIKPUAN?

ASAL USUL PANGGILAN

CIKPUAN

Panggilan mulia Cikpuan

berasal daripada 'bahasa

istana Melayu'. Ia gelaran

rasmi khusus untuk

perempuan berdarah biasa

yang dikahwini oleh sultan,

raja. ataupun anak-anak

raja.

Mereka menggunakan

panggilan mulia Che' Puan

sebelum diberikan

panggilan 'Tuanku'.

Che' Puan Kalthum

(Pahang)

Che' Puan Aishah

(Selangor)

Che' Puan Nur Zahirah

(Terengganu)

Che' Puan Khaleeda

(Johor)

Panggilan mulia Cikpuan

kini dipinjam ke dalam

Bahasa Melayu Tinggi. Ia

digunakan sebagai

panggilan mulia kepada

semua perempuan yang

dimuliakan.

Nota : Pelajar-pelajar Tadika A.B.S

dipanggil dengan menggunakan

gelaran Tuan Muda dan Cikpuan Muda.

Page 8: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan

8

Projek Kurma Ventures, salah satu daripada silabus Kelab Usahawan

Abdul Rahman Auf (ARAF), telah dijalankan oleh Rangkaian Tadika

A.B.S selama beberapa tahun. Projek ini mendapat sambutan, baik

daripada pengusaha, ibu bapa dan pelajar sendiri. Setiap tahun,

projek kecil ini dinanti-nanti kemunculannya pada bulan

Bagaimana ia bermula?

Ia bermula dari tujuan untuk mendidik tuan muda dan cikpuan muda

konsep bersedekah. Memberi secara praktikal dan sebaik-baik sedek-

ah pada bulan Ramadan ialah kurma. Kurma adalah makanan sun-

nah yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadan. Kisah kurma,

buahan-buahan syurga juga banyak diceritakan secara langsung di

dalam al-Quran itu sendiri. Memang tidak dinafikan, kurma punya

pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Secara tidak lang-

sung, pelajar yang tidak pernah mencuba makan kurma, turut

terdorong mahu mengamalkan pemakanan kurma untuk kesihatan

diri mereka sendiri. Itu matlamat Kurma Ventures yang tersirat!

Tuan muda dan cikpuan muda akan diminta untuk bergotong-

royong menyiapkan bungkusan kurma untuk diberikan kepada

masyarakat awam setempat. Ada yang memilih untuk mengetuk

pintu kejiranan tadika, ada pula yang memilih untuk bergerak dari

satu premis ke satu premis bertemu dengan orang pejabat yang

sedang bertugas untuk memberi sedekah dan beramah mesra.

Ada yang melawat balai polis juga, bila lagi dapat peluang

keemasan begini!

“Ia juga menumbuhkan bagi kamu

dengan sebab hujan itu tanaman-

tanaman dan pokok-pokok zaitun

dan tamar (kurma) serta anggur;

dan juga dari segala jenis buah-

buahan.

Sesungguhnya yang demikian

mengandungi satu tanda (yang

membuktikan kekuasaan Allah)

bagi kaum yang mahu berfikir.”

(Al-Nahl 16:11)

Sesi ini memberi peluang untuk Tuan Muda dan Cikpuan Muda

mengasah kemahiran berkomunikasi ‘Bahasa Melayu Tinggi’

mereka. Budaya sopan santun yang dididik di Tadika A.B.S kini dapat

ditonjolkan oleh pelajar-pelajar ini. Tunduk hormat itu perlu apabila

bertemu dengan generasi yang lebih berumur. Ucapan salam dan

terima kasih sentiasa menjadi mainan di bibir mereka. Alhamdulillah,

didikan separuh tahun di Tadika A.B.S mula menampakkan hasil pos-

itif dalam diri tuan muda dan cikpuan muda hari ini.

Projek kecil ini bakal dijalankan di tahun-tahun akan datang dan

dibesarkan skala pemberiannya dari masa ke masa. Yang penting,

ikhlas dalam setiap pemberian.

Yang penting, tuan muda dan cikpuan muda gembira untuk turut

serta. Yang penting, ukhwah dan silaturrahim yang terbina kekal

selamanya.

Yang penting, pahala amalan

bersedekah itu bakal menjadi

saham setelah kita meninggalkan

dunia. Hanya kerana projek

Kurma Ventures!

Penulis : Puan Sabrina Ismail

MEMBENTUK KEPINTARAN SOSIAL MELALUI KELAB ARAF

Page 9: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan

9

Kekal AKTIF melalui Program Cuti Sekolah

Chef Cilik di Tadika A.B.S

Jitra 017 778 4681

D.I.Y Sabun di Tadika A.B.S

Putrajaya 019 220 4984

Belajar Buat Roti di Tadika A.B.S Bakti Ilmu,

Batu Pahat 013 777 7061

Menunggang Kuda & Memanah di Tadika A.B.S

Krubong Indah Melaka 012 617 1653

Menghasilkan Burger Sihat di Tadika A.B.S Bandar

Utama Sg. Petani 013 865 6734

Belajar Menjahit di Tadika A.B.S Changlun

012 459 9327

Huffaz Cilik di Tadika A.B.S Kemaman

019 337 1829

Kreativiti dan inovasi saling bergandingan

dan perlu untuk memastikan pembangunan

modal insan yang mampu menghadapi

cabaran Abad 21. Elemen kreativiti dan ino-

vasi perlu diintegrasikan dalam p&p.

Sumber : KSPK 2017

Page 10: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan

10

KENALI 9 JENIS KECERDASAN

*Teori Kecerdasan Pelbagai merupakan satu teori yang penting kerana teori

ini mempunyai hubungkait yang rapat dengan bidang pendidikan. Setiap

anak mempunyai pelbagai kecerdasan dan cara murid berfikir, bertindak

dan belajar adalah berlainan berbanding dengan anak yang lain.

Tandakan √ pada senarai semak mengikut jenis kecerdasan dan perhatikan 3

jenis kecerdasan yang mempunyai bilangan √ tertinggi.

4 perkara penting berikut perlu difahami :

1. Setiap orang mempunyai semua kecerdasan

2. Kita boleh memperkuat setiap kecerdasan tersebut

3. Senarai semak ini digunakan untuk hanya satu-satu masa, ia boleh beru-

bah. Contoh : Apabila semakan dibuat semasa anak umur 4 tahun, skor

boleh berubah apabila anak meningkat ke usia 5 dan 6 tahun. Ia bukan-

lah skor yang statik.

4. Kecerdasan pelbagai ini adalah untuk panduan asas kita mengasah ba-

kat dan bukanlah digunakan sebagai melabel anak-anak.

Nota : 9 senarai semak ini termasuk di dalam penilaian pelajar di Rangkaian

Tadika A.B.S pada bulan Oktober.

* The Theory Of Multiple Intelligences, Howard Gardener

Page 11: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan

11

Page 12: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan

12

Page 13: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan

13

Page 14: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan

14

Page 15: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan

15

Page 16: PROGRAM AKTIF BIJAK SANTUN - tadikaabs.com · dengan cara pembelajaran anak-anak yang unik dan sentiasa berubah. Setiap modul ini berasaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan

16