presentation tamadun islam

20
Pensyarah: Muhammad Rusdi Ab.Majid TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA

Upload: kamariah-abdullah-joanna-libin

Post on 13-Aug-2015

33 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation tamadun islam

Pensyarah:Muhammad Rusdi Ab.Majid

TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA

Page 2: Presentation tamadun islam

IPGM KAMPUS KENTPETI SURAT 0289207 TUARAN

SABAH

UNSUR –UNSUR ANIMISME DALAM KEMATIAN MASYARAKAT

KADAZAN-DUSUN

Disediakan oleh ;KAMARIAH BT ABDULLAH @

JOANNA BT LIBIN

Page 3: Presentation tamadun islam

PENGENALAN• Masyarakat Kadazan-merupakan penduduk

majoriti negeri Sabah yang juga dikenali sebagai ‘negeri di Bawah Bayu’.Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali sebagai orang Dusun dan mereka berpegang teguh kepada adat resam warisan nenek moyang mereka. Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan.Kebanyakkan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme.Ini jelas terlihat melaui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian.

Page 4: Presentation tamadun islam

ADAT

Memberitahu Berjaga-jaga Moginupus

Semasa Kematian

Page 5: Presentation tamadun islam

Adat Memberitahu

• Semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian yang berlaku.

• Tidak dibenarkan melakukan sebarang pekerjaan terutamanya menanam padi sehingga mayat dikebumikan

Page 6: Presentation tamadun islam

• Mayat dimandikan, dipakaikan pakaian yang cantik dan indah dan direnjiskan dengan air wangi

• Meletakkan rokok atau cerut pada mulut si mati

• Binatang terutamanya kucing akan dikurung

• Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar di gelar pendaatan.

• Tidak dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah.

• Gong dipalu tiga kali dalam sehari. Semasa matahari terbit, semasa matahari terbenam dan waktu tengah malam. Dipalu secara perlahan-lahan

Adat berjaga-jaga

Page 7: Presentation tamadun islam

• Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati untuk si mati.

• Memukul harta benda seperti gong , tajau atau apa saja yang terdapat di sekeliling rumah.

• Keluarga berada akan mengorbankan lembu atau kerbau pada hari pengkebumian

• Tanduk kerbau atau lembu yang disembelih akan disnagkut pada batu nesan si mati.

Adat Moginupus

Page 8: Presentation tamadun islam

Semasa Pengebumian• Memalu gong,gendang, letupan mercun atau

senapang• Mayat dijampi• Liang disapu dengan daun pinang hijau• Memacak sebatang kayu beringin di atas

pusat mayat• Keluarga si mati perlu menghantar makanan

setiap petang selama tujuh hari berturut-turut.• Faktor cuaca menjadi penentu kepada si mati

sama ada sedih atau gembira.• Semua pakaian ditanggalkan dan direndam

setelah balik dari rumah si mati.

Page 9: Presentation tamadun islam

Selepas Kematian

• Majlis makan akan diadakan selepas selesai pengkebumian.Majlis makan akan diadakan dalam beberapa tahap iaitu ;

• Makan tiga dan tujuh hari

• Makan empat puluh hari

• Makan Seratus hari

• Makan Tiga Tahun

Page 10: Presentation tamadun islam

Makan Tiga dan Tujuh hari• Kenduri makan tiga hari akan diadakan setelah

genap tiga hari mayat dikebumikan.Begitu juga jika telah genap tujuh hari maka makan tujuh hari akan diadakan.keluarga si mati akan menitikkan tiga dan tujuh titik lilin ke bawah melalui celah lantai.

• Kenduri yang diadakan hanya kecil-kecilan dan makan yang disediakan adalah makan harian masyarakat kadazan-Dusun.Pada masa kenduri ini hanya saudara mara si mati sahaja yang akan dijemput.

Page 11: Presentation tamadun islam

Makan Empat Puluh Hari• Kenduri makan empat puluh hari akan diadakan

setelah genap empat puluh hari kematian.Pada masa ini kenduri akan diadakan siang dan malam.seluruh keluarga dan saudara mara yang jauh dan dekat akan dijemput.

• Hidangan makanan juga agak banyak bagi menjamu masyarakat setempat.

• Anak lelaki kepada si mati akan pergi ke kubur bapanya bagi menjemputnya menyertai kenduri. Kenduri makan hanya akan dimulakan setelah anak lelaki si mati balik dari kubur.

Page 12: Presentation tamadun islam

• Gong dan gendang akan dipalu serentak dan anak-anak si mati mengikut usia, diikuti oleh cucu si mati dan akhir sekali saudara mara dekat si mati akan menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakan.

• Setelah upacara tarian selesai barulah hidangan boleh dimakan oleh tetamu yang berada di situ.

Page 13: Presentation tamadun islam

Makan Seratus Hari• Kenduri seratus akan diadakan setelah genap

seratus hari. Kenduri pada kali ini lebih besar lagi di mana seekor kerbau atau lembu akan disembelih termasuk beberapa ekor ayam.

• Tujuan kenduri seratus diadakan adalah untuk merasmikan penukaran pakaian berkabung yang berwarna putih.

• Pakaian yang ditanggalkan akan dibakar dan ahli keluarga bebas memakai pakaian harian mereka.

• Rambut juga akan digunting.

Page 14: Presentation tamadun islam

• Ahli keluarga si mati percaya segala kekotoran atau bala yang melekat pada tubuh mereka akan hilang. Begitu juga roh dan semangat si mati akan hilang dari tubuh mereka.

Page 15: Presentation tamadun islam

Makan Tiga Tahun

• Kenduri akan tiga tahun adalah kenduri yang paling besar dan meriah sekali.Kenduri ini dinamakan Kenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan.

• Tujuh ekor ikan pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ekor ikan yang lain, satu tempayan tuak, tujuh ekor arak benas,tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih kelupis dan seekor kerbau disediakan untuk kenduri ini.

Page 16: Presentation tamadun islam

• Kenduri dimulakan pada pukul lapan malam di mana seorang ‘Pengupeh’ akan duduk bersama dulang hidangan khas yang telah disediakan iaitu 30 biji kelupis,seekor ikan yu,seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin.

• Pengupeh akan menyalakan lilin dan membaca jampi untuk memanggil hantu yang hendak makan hidangan tersebut.

• Tempurung kelapa akan diisikan makanan dari talam yang telah dijampi dan diletakkan di pangkal tangga rumah.Ini bertujuan supaya hantu tidak mengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ.

Page 17: Presentation tamadun islam

• Paluan gong dan gendang akan dipalu sebaik pengupeh naik ke rumah

• Tarian semazau akan ditarikan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua di situ.Pengupeh akan memberikan secawan arak dan secawan tapai diikuti oleh celapa dan sirih pinang kepada lelaki tersebut.

• Pengupeh akan menarikan tarian semazau mengelilingi hidangan diikuti oleh penari lain.

• Tarian semazau ini akan dimulai oleh ahli keluarga si mati kemudian barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ.

Page 18: Presentation tamadun islam

• Acara berbalas pantun atau ‘bobogoh’turut diadakan di kalangan orang tua yang telah lanjut usia.Ahli kumpulan yang tidak dapat menjawab pantun akan menyebabkan kumpulannya didenda minum arak.

• Hidangan berisi sirih pinang dan rokok akan diletakkan diatas talam yang diperbuat daripada tembaga untuk diletakkan di ruang tamu pada keesokan harinya.

• Pada waktu malam pula tarian semazau ditarikan dengan rancak oleh seorang lelaki dan diikuti oleh tujuh orang penari perempuan.selepas itu barulah ia terbuka kepada orang ramai secara bergilir-gilir.

Page 19: Presentation tamadun islam

• Seperti agama lain masyarakat Kadazan dusun percaya tentang kejadian roh dan jasad.Mati bermakna perpisahan antara jasad dan roh.

• Masyarakat Kadazan-Dusun yang tidak beragama percaya apabila mereka mati roh mereka akan berehat dan berkunjung di kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya.Oleh yang demikian mereka percaya bahawa Gunung Kinabalu adalah tempat terakhir bagi kehidupan mereka.

Page 20: Presentation tamadun islam

Kesimpulan• Adat atau kepercayaan masyarakat kadazan-

Dusun tentang kematian masih lagi diamalkan sehingga hari ini.Walau bagaimanapun apabila ada dikalangan masyarakat Kadazan-Dusun yang telah mempunyai anutan agama sedikit sebanyak adat atau kepercayaan ini disesuaikan dengan agama masing-masing.Walaupun terdapat perbezaan kepercayaan antara generasi sekarang dengan generasi dahulu tetapi masyarakat Kadazan-Dusun masih dapat menerima dan menghormati adat atau kepercayaan yang diamalkan.