presentation isu 2sukan

23
KUMPULAN 1

Upload: yusliyati

Post on 12-Sep-2015

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sains sukan

TRANSCRIPT

  • KUMPULAN 1

  • AHLI KUMPULANAHMAD SAIPUDIN BIN OTHMAN20021-10139MOHD AZMAN BIN HUSIN20021-10158MOHD AZNAN BIN RAMLEE20021-10159KHAIRUDDIN BIN IBRAHIM20021-10151

  • tajuk

    APAKAH LANGKAH POSITIF BAGI MEMARTABATKAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DALAM SISTEM PENDIDIKAN SEKOLAH

  • PengenalanPada hari ini matapelajaran Pendidikan Jasmani merupakan suatu matapelajaran yang penting selaras dengan keperihatinan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap kecergasan dan kesihatan rakyat khususnya murid-murid sekolah tidak dapat dinafikan

  • Terdapat beberapa langkah positif yang perlu diambil untuk memartabatkan matapelajaran Pendidikan Jasmani dalam sistem pendidikan sekolah pada hari ini.Dalam memartabatkan matapelajaran ini semua pihak harus memainkan peranan masing-masing terutamanya peranan pendidik, sekolah, pelajar, media massa dan masyarakat.

  • .Semua pihakyang terbabit haruslah bergandingan dan berusaha serta memainkan peranan masing masing dalam memartabatkan mata pelajaran Pendidikan jasmani dalam sistem pendidikan sekolah

  • Peranan Pendidik / GuruPerlengkapkan diri dengan kemahiran pendidikan jasmani yang betul dan terkini.Sentiasa memperbagaikan teknik @ kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.Memastikan pelajar sentiasa berminat terhadap matapelajaran pendidikan jasmani.Mengubah persepsi guru terhadap kepentingan pendidikan jasmani.

  • Peranan Pendidik / GuruMemberi galakan dan sokongan kepada pelajar dan guru yang bukan opsyen pendidikan jasmani tentang kepentinganya.Sentiasa peka dengan perubahan terkini tentang pendidikan jasmani.Penggunaan teknologi terkini dalam pendidikan jasmani, seperti : multimedia, internet dan sebagainya.

  • Peranan SekolahMenyediakan kemudahan @ infrastruktur yang secukupnya, seperti padang, gelanggang permainan, peralatan sukan yang mencukupi dan sebagainya.Memberi galakan @ insentif kepada guru atau pelajar yang berjaya dalam sukan @ permainan.Memastikan pembahagian masa mata pelajaran pendidikan jasmani dimanafaatkan sepenuhnya oleh guru matapelajaran tersebut.

  • Peranan SekolahMenjemput ahli sukan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing untuk memberi galakan kepada pelajar supaya berminat terhadap matapelajaran pendidikan jasmani.Memastikan pelajar menyertai @ mengambil bahagian dalam setiap aktiviti matapelajaran pendidikan jasmani

  • Peranan PelajarMemberi kerjasama terhadap guru dalam pelaksanaan matapelajaran pendidikan jasmani.Melibatkan diri @ mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang diadakan.Mengubah persepsi terhadap matapelajaran tentang pentingnya matapelajaran ini.Sentiasa peka terhadap perkembangan tentang matapelajaran pendidikan jasmani.

  • Peranan PelajarMemperlengkapkan diri dengan kemahiran dan teknik permainan yang betul dalam pendidikan jasmani.Sentiasa mencari pendedahan luar untuk mempertingkatkan kemahiran yang sediada.

  • Peranan Media Massa Memberi maklumat @ menyiarkan tentang kepentingan pendidikan jasmani kepada masyarakat.Memberikan input yang bermanfaat kepada masyarakat tentang kepentingan pendidikan jasmani. Menyiarkan perkembang terkini tentang dunia pendidikan jasmani kepada masyarakat umum.

  • Peranan Media MassaMenyediakan slot-slot pertandingan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam pendidikan jasmani.Menwujudkan lebih banyak lagi siaran yang berbentuk kesukanan atau pendidikan jasmani untuk menarik minat masyarakat umum.

  • Peranan MasyarakatMemberi kerjasama terhadap pelaksanaan program pendidikan jasmani.Memastikan anak-anak mereka melibatkan diri dengan aktiviti pendidikan jasmani.Memberi galakan kepada anak-anak supaya aktif dalam sukan.

  • Peranan MasyarakatMemberi idea-idea untuk mempertingkatkan lagi martabat pendidikan jasmani.Melibatkan diri dalam menjayakan sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

  • Disamping itu juga terdapat beberapa masalah yang membantutkan usaha untuk memartabatkan pendidikan jasmani di sekolah antaranya ialah :

  • Kekurangan kredibilitiPelajar dan guru tidak menunjukkan minat sehingga menyebabkan mata pelajaran tersebut hilang kredibilitinya.Ketidaktentuan programKebanyakan program yang dirancang tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luar seperti kemahiran asas pelajar dan tenaga kepakaran yang dimiliki oleh guru.

  • Keputusan yang tidak didokumentasikanTidak terdapat bukti-bukti yang konkrit bagi menyokong keberkesanan program yang telah dijalankan terutamanya di kalangan pelajar.Manakala guru-guru pula tidak menunjukkan tumpuan yang khusus dan berkesan untuk menarik minat pelajar bagi mengikut mata pelajaran PJK.

  • Keperluan yang rendahTuntutan terhadap mata pelajaran ini berbeza-beza di antara sebuah sekolah dengan sebuah sekolah yang lain. Kaedaan ini menimbulkan komitmen yang berbeza-beza di kalangan pelajar mahupun guru.

  • Kurikulum yang tidak lengkapIsi kandungan yang terdapat di dalam kurikulum terlampau banyak sehingga menyukarkan guru untuk menfokus bahan pengajaran yang dianggap penting untuk diberikan kepada pelajar. Situasi ini mengakibatkan guru menggunakan kreativiti yang tersendiri dalam melaksanakan pengajaran pembelajaran.

  • Keadaan bilik darjah yang kurang memuaskanMasalah kesesuaian masa, penjadualan dan saiz kelas juga dianggap sebagai masalah dalam pengajaran pembelajaran PJK. Keadaan ini sudah tentunya akan menimbulkan masalah kepada guru terutamanya dalam menjalankan aktiviti dan terdapat pelajar yang tidak memberi perhatian ketika proses pengajaran pembelajaran berlangsung kerana masalah tersebut.

  • KesimpulanMatapelajaran Pendidikan Jasmani merupakan satu matapelajaran yang penting dalam sistem pendidikan negara.Matapelajaran pendidikan jasmani tidak akan berjaya dimartabatkan dalam sistem pendidikan disekolah tanpa kerjasama semua pihak yang terbabit diatas.