praktikal 4

10
Praktikal 4 Fasa Bulan Tujuan: Untuk memerhati pergerakan bulan dan fasa-fasanya. Introduction Saya memulakan pemerhatian mengenai pergerakan dan fasa-fasa bulan bermula pada 8 Febuari 2011 sehingga 19 Febuari 2011. Saya mula membuat pemerhatian pada pukul 8.30 malam sehingga pukul 10.30 malam. Lokasi yang dipilih oleh saya untuk melakukan pemerhatian adalah di Taman Rekreasi Alam Damai. Taman ini dipilih kerana lokasinya sangat stategik yang mana taman ini terletak di atas bukit dan tiada halangan untuk melakukan pemerhatian. Pemerhatian dilakukan selama dua minggu berturut- turut di kawasan yang sama. Data yang dikutip direkodkan di dalam sebuah jadual. Pemerhatian yang dilakukan adalah dari pandangan mata kasar. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kami perlu mengukur Azimuth dan Altitude untuk memastikan kedudukan bulan adalah nyata. Azimuth ialah jumlah darjah sepanjang horizon bermula dari utara dan hingga melalui timur. Kompas digunakan untuk menentukan azimuth (gambar di Apendiks 1). Sementara altitude pula ialah sudut ke atas dari horizon dan ianya boleh ditentukan dengan menggunakan sebuah alat iaitu dipanggil Crude sextant (gambar di Apendiks 2) yang mana diperbuat dari straw, tali, protektor dan pemberat. Data yang diperolehi termasuk tarikh masa, azimuth,

Upload: farid-fazamy

Post on 30-Nov-2015

147 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sce3110

TRANSCRIPT

Page 1: Praktikal 4

Praktikal 4

Fasa Bulan

Tujuan: Untuk memerhati pergerakan bulan dan fasa-fasanya.

Introduction

Saya memulakan pemerhatian mengenai pergerakan dan fasa-fasa bulan

bermula pada 8 Febuari 2011 sehingga 19 Febuari 2011. Saya mula membuat

pemerhatian pada pukul 8.30 malam sehingga pukul 10.30 malam. Lokasi yang dipilih

oleh saya untuk melakukan pemerhatian adalah di Taman Rekreasi Alam Damai.

Taman ini dipilih kerana lokasinya sangat stategik yang mana taman ini terletak di atas

bukit dan tiada halangan untuk melakukan pemerhatian. Pemerhatian dilakukan selama

dua minggu berturut-turut di kawasan yang sama. Data yang dikutip direkodkan di

dalam sebuah jadual. Pemerhatian yang dilakukan adalah dari pandangan mata kasar.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kami perlu mengukur Azimuth dan

Altitude untuk memastikan kedudukan bulan adalah nyata. Azimuth ialah jumlah darjah

sepanjang horizon bermula dari utara dan hingga melalui timur. Kompas digunakan

untuk menentukan azimuth (gambar di Apendiks 1). Sementara altitude pula ialah sudut

ke atas dari horizon dan ianya boleh ditentukan dengan menggunakan sebuah alat iaitu

dipanggil Crude sextant (gambar di Apendiks 2) yang mana diperbuat dari straw, tali,

protektor dan pemberat. Data yang diperolehi termasuk tarikh masa, azimuth, altitude

dan lakaran gambar fasa-fasa bulan direkodkan di dalam sebuah jadual.

Page 2: Praktikal 4

Analisis Data

Kedudukan Bulan

Setiap malam pada pukul 9.00 pm

Tarikh Altitude Azimuth

8/2/2011 28o 280o

9/2/2011 31o 287o

10/2/2011 50o 236o

11/2/2011 62o 242o

12/2/2011 64o 261o

13/2/2011

14/2/2011 67o 315o

15/2/2011

16/2/2011 57o 355o

17/2/2011 45o 4o

18/2/2011 19o 60o

19/2/2011 15o 26o

Page 3: Praktikal 4

Carta 1 : Nilai azimuth dan altitude bulan pada setiap malam pada pukul 9.00 pm

N

270o W E 90o

S

Analisis azimuth

Berdasarkan data di atas, secara amnya carta di atas menunjukkan nilai

azimuth sentiasa berubah pada setiap malam walaupun waktu adalah sama iaitu pada

pukul 9.00 pm. Seperti mana yang kita ketahui, kita perlu mengukur azimuth dan

altitude bulan untuk menentukan kedudukan bulan tersebut. Berdasarkan pola di dalam

graf azimuth yang telah di buat kita dapat melihat pola pergerakan bulan ke atas dan

Page 4: Praktikal 4

kemudiannya ke bawah. Kita dapat melihat bulan di barat daya dan kadang-kadang

bulan berada sedikit barat laut.

Penerangan

Ini keranan pergerakan bulan mengelilingi bumi dan pergerakan bumi di atas

paksinya sendiri. Satah bulan adalah 5o condong jadi pada satu masa kedudukan bulan

berada di langit barat iaitu dalam lingkungan azimuth 280 dan kadang-kadang di langit

timur iaitu dalam lingkungan azimuth 90.

Analisis altitude

. Bagi altitude bulan nilainya semakin bertambah dan mencapai kemuncak pada

14 Febuari yang mana pada tarikh ini kedudukan bulan adalah berada di atas kepala.

Disebabkan itulah attitude bulan adalah paling tinggi dan selepas 14 Febuari altitude

bulan semakin berkurangan. Ini adalah kerana bulan terbit lewat dari hari sebelum pada

waktu yang sama.

Penerangan

Page 5: Praktikal 4

Gambarajah di atas menunjukkan bulan bergerak mengelilingi bumi. Sekali bulan

mebuat pusingan mengelilingi bumi adalah selama 27.3 hari. Ini bermakna purata

pergerakan bulan adala 13o sehari atau 92o seminggu. Ini bermakna setiap hari bulan

akan terbit lewat kerana bumi terpaksa mengambil lebih masa untuk beredar melalui

sudut yang lebih dan purata yang diambil oleh bumi adalh 53 minit iaitu 13x4 ( bumi

mengambil masa 4 minit untuk beredar melalui 1 darjah )

Dalam erti kata lain, walaupun bulan bergerak ke timur hari ke hari, tetapi masih

ada perbezaan pergerakan kearah barat setiap hari. Ini bermakna bulan masih terbit

dari arah timur dan tenggelam ke barat seperti juga bintang tetapi sedikit lewat setiap

hari.

Fasa-fasa bulan

Masa: 9.00 malam (setiap hari)

Tarikh 8/2/2011 9/2/2011 10/2/2011 11/2/2011 12/2/2011 13/2/2011

Lakaran

Fasa Waxing

crescent

Waxing

crescent

Waxing

crescent

First

quarter

First

quater

First

quater

Tarikh 14/2/2011 15/2/2011 16/2/2011 17/2/2011 18/2/2011 19/2/2011

Lakaran

Fasa Waxing

gibbous

Waxing

gibbous

Waxing

gibbous

Full moon Full moon Full moon

Analisis fasa-fasa bulan

Page 6: Praktikal 4

Berdasarkan lakaran di atas kita dapat melihat bulan mengalami fasa-fasa tertentu

pada setiap malam. Sebagai contoh pada 8 Febuari fasa bulan yang diperhatikan

adalah waxing crescent dan selepas tiga hari iaitu pada 11 Febuari bulan mengalami

fasa first quarter. Fasa ini berkekalan untuk tiga hari sebelum bulan berubah menjadi

waxing gibbous pada 14 Febuari. Akhirnya selepas tiga hari bulan menjadi penuh.

Penerangan

Fasa-fasa ini berlaku adalah disebabkan bahagian bulan yang disinar adalah berbeza.

Sebagai contoh untuk fasa waxing crescent jumlah cahaya matahari yang menyinari

bulan adalah separuh iaitu bahagian yang menghadap kepada matahari sahaja, akan

tetapi di bumi kita hanya dapat melihat sedikit sahaja cahaya. Begitu juga apabila pada

fasa first quarter pada asalnya separuh bulan disinari cahaya tetapi dibumi kita dapat

melihat separuh bulan sinari cahaya pada hakikatnya kita hanya melihat separuh

sahaja cahaya yang disinari cahaya iaitu dibahagian hadapan bulan sahaja.

Berdasarkan rajah di atas, sinara matahari digambarkan datang dari sebelah kanan.

Bumi digambarkan di tengah gambarajah. Bulan diwakili dengan 8 fasa-utama dalam

masa putarannya mengelilingi Bumi. Garis putus-putus antara Bumi ke Bulan

Page 7: Praktikal 4

menunjukkan sudut pandang kita (di Bumi) ke arah Bulan. Untuk menggambarkan

bentuk bulan dengan lebih jelas pada setiap fasa-fasa utamanya, gambar yang nyata

telah disediakan di bahagia luar.. Nama fasa bulan ada disamping gambar tersebut.

Satu perkara yang harus dilihat hanya separuh permukaan bulan yang akan sentiasa

disinari matahari. Tetapi dalam suatu waktu tertentu, kita akan boleh melihat kedua sisi

bulan (sisi gelap dan sisi terang). Padahal kita tidak mungkin dapat melihat sisi gelap

bulan dengan mata kasar Tapi oleh kerana itulah kita dapat melihat pelbagai gambaran

fasa bulan. Jadi pada asasnya gambaran fasa-fasa bulan terjadi akibat perubahan

sudut dari garis yang menghubungkan Matahari-Bumi-Bulan sewaktu Bulan mengorbit

(mengelilingi) Bumi.

Kesimpulan

Fasa bulan terjadi disebabkan peredaran dan putarab bulan mengelilingi bumi.

Apendik 1

Kita boleh mengukur azimuth dengan menggunakan kompas. Kompas diletakkan di

atas kawasan yang rata dan anak panah diubah untuk menunjukkan ke arah utara.

Apabila anak panah menunjukkan arah utara, utara ditanda dengan anak panah supaya

kertas dapat berganjak ke kedudukan menghala kea rah bulan. Untuk mencari azimuth,

bacaan kopas perlu diambil lurus dengan bacaan azimuth kedudukan bulan dari arah

utara.

Page 8: Praktikal 4

Apendik 2

Kita boleh mengukur altitude dengan menggunkan Crude sextant. Crude sextant ini

dibuat sendiri dengan menggunakan protektor, straw, tali dan pelekat. Untuk mengukur

altitude, saya mengambil crude sextant dan menggunakan straw untuk melihat bulan.

Tali digunakkan untuk membuat sudut. Altitude ialah sudut dimana tali berada.