pra_3113

5
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN PROJEK PROGRAM: PPG NAMA PELAJAR: NAMA KURSUS: PRA 3113 Penyelidikan Tindakan 1- Pendidikan Pra Sekolah (Kaedah) SEMESTER: 7 TARIKH MULA: 10 Ogos 2014 TARIKH TAMAT: 22 September 2014 Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan aplikasinya. 2. Menerangkan aspek asas penyelidikan termasuk jenis penyelidikan dalam pendidikan, reka bentuk kajian, prosedur dan etika. 3. Menganalisis dan membincang isu-isu terkini dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan tindakan. 4. Membincang tentang penyelidikan tindakan dan prosesnya. 5. Memperoleh kemahiran merancang dan melaksana satu penyelidikan tindakan di sekolah. 6. Memperoleh kemahiran menulis cadangan, laporan dan artikel penyelidikan tindakan Projek ini akan menilai Hasil Pembelajaran 3, 4, 5 dan 6 . Objektif projek Projek ini bertujuan membolehkan pelajar: 1. Mengenal pasti fokus kajian tindakan berkait dengan pengajaran pembelajaran Pendidikan Prasekolah yang sesuai. 2. Menghuraikan konteks masalah fokus kajian tindakan.

Upload: waniesegar

Post on 22-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: pra_3113

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TUGASAN PROJEKPROGRAM: PPG NAMA PELAJAR:

NAMA KURSUS: PRA 3113Penyelidikan Tindakan 1- Pendidikan Pra Sekolah (Kaedah)

SEMESTER: 7

TARIKH MULA: 10 Ogos 2014 TARIKH TAMAT: 22 September 2014

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan aplikasinya.

2. Menerangkan aspek asas penyelidikan termasuk jenis penyelidikan dalam pendidikan, reka bentuk kajian, prosedur dan etika.

3. Menganalisis dan membincang isu-isu terkini dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui

penyelidikan tindakan.

4. Membincang tentang penyelidikan tindakan dan prosesnya.

5. Memperoleh kemahiran merancang dan melaksana satu penyelidikan tindakan di sekolah.

6. Memperoleh kemahiran menulis cadangan, laporan dan artikel penyelidikan tindakan

Projek ini akan menilai Hasil Pembelajaran 3, 4, 5 dan 6 .

Objektif projek

Projek ini bertujuan membolehkan pelajar:

1. Mengenal pasti fokus kajian tindakan berkait dengan pengajaran pembelajaran Pendidikan Prasekolah yang sesuai.

2. Menghuraikan konteks masalah fokus kajian tindakan.

3. Menganalisis literatur berkait dengan fokus dan kaedah kajian tindakan serta tindakan yang dicadangkan.

4. Menyenaraikan tujuan dan persoalan kajian tindakan dengan jelas.

5. Melaksanakan tinjauan awal masalah atau fokus kajian tindakan serta membuat analisis awal terhadap fokus kajian.

Page 2: pra_3113

6. Mengembangkan satu pelan/cadangan kajian tindakan yang komprehensif dalam fokus

atau masalah yang dikenal pasti.

Tugasan Projek (100%)

Penyelidikan tindakan dalam bilik darjah semakin penting sebagai aktiviti profesional bagi guru-guru sekolah. Melalui penyelidikan tindakan guru sebagai penyelidik mendapat satu wahana untuk memperbaiki amalan mereka demi pembelajaran murid. Penyelidikan tindakan yang mantap memerlukan guru memahami ciri-ciri penyelidikan tindakan di samping mempunyai pengetahuan tentang kaedah pengutipan dan penganalisaan data. Kefahaman dan pengetahuan akan digunakan untuk merangka suatu cadangan penyelidikan tindakan yang boleh dilaksanakan.

Tugasn ini perlu disiapkan secara individu.

Tugasan 1 : Cadangan Penyelidikan Tindakan

Huraian: Anda akan menyediakan satu cadangan penyelidikan tindakan dengan mengenal pasti suatu fokus atau isu keprihatinan yang anda minat dan sesuai. Isu keprihatinan atau masalah/fokus anda harus berdasarkan pengalaman mengajar anda. Anda boleh mengenal pasti isu-isu yang anda pernah alami dan hendak perbaiki atau masalah-masalah yang berkait dengan pelajar semasa pengajaran anda.

Dengan fokus atau masalah yang dikenal pasti, jalankan tinjauan awal untuk memahami lanjut dan memperjelas fokus atau masalah tersebut. Untuk ini, anda digalakkan menemu bual murid, atau guru kelas atau dengan cara lain demi mendapat maklumat lebih lanjut mengenai fokus/masalah kajian anda. Anda juga perlu merujuk kepada literatur untuk membantu memperjelas fokus berkait dengan kajian anda terutama berkait dengan teori dan kaedah.

Selain ituIt anda akan meninjau literatur untuk mendapat maklumat berkaitan cadangan tindakan yang sesuai yang boleh dilaksanakan dalam kajian anda. Anda perlu merancang secara terperinci apakah tindakan, cadangan aktiviti P&P, contoh bahan diperlukan untuk tindakan, jadual pelaksanaan tindakan serta cara-cara pengutipan data. Contoh instrumen dan protokol temu bual harus disediakan.

Cadangan penyelidikan tindakan anda harus mengandungi yang berikut:

(a) Pengenalan

(b) Fokus Kajian/lsu keprihatinan yang ingin ditambah baik (want to improve)

(c) Tinjauan literatur

(c) Objektif kajian dan Soalan Kajian

Page 3: pra_3113

(d) Kumpulan sasar

(e) Cadangan Tindakan - describing

(i) Pelan Tindakan

(ii) Kaedah pengutipan data

(iii) Kaedah penganalisisan data

(f) Senarai rujukan mengikut format APA

(g) Jadual Pelakasanaan Tindakan dalam bentuk Carta Gantt serta Anggaran Pembelanjaan (jika sesuai).

(h)Lampiran yang penting seperti contoh aktiviti pembelajaran, contoh bahan pengajaran, contoh instrumen, dan protokol temu bual

Rujuk Spesifikasi Pentaksiran dalam Buku Panduan Pelaksanaan untuk mendapatkan huraian dan kriteria terperinci bagi setiap aspek kandungan cadangan penyelidikan tindakan.

Markah yang diagihkan: 100%

Hasil pembelajaran: 3, 4, 5, dan 6

Tarikh serahan: 22 September 2014

Panjang: Tidak kurang daripada 2500 patah perkataan (tidak termasuk lampiran).

Keperluan untuk Tugasan

1. Tugasan ini perlu dilengkapkan secara individu.

2. Penulisan kertas cadangan penyelidikan harus mengikut format APA.

3. Penaipan kertas cadangan harus mengikut format yang dicadangkan serta mengikut spesifikasi berikut:

Jenis Huruf: 'Times New Roman' bersaiz 12 yang ditaip 'justify1

Selang Baris: DUA (2) langkau 'double spacing' bagi teks am.

Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan Terjemahan Abstrak dan

Rujukan

Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:

Page 4: pra_3113

Atas : 2.5 cm daripada jidai atas

Bawah : 2.5 cm daripada jidai bawah Kanan: 2.5 cm daripada jidai kanan

Kiri: 4.0 cm daripada jidai kiri

4. Muka tugasan harus ditaipkan maklumat berikut:

a) Nama Pelajar

b) No Indek dan ID

c) Unit

d) Tajuk Cadangan Penyelidikan

e) Nama Pensyarah Penyelia

f) Tarikh Penyerahan Tugasan

5. Anda harus mengikut tempoh masa yang diberikan. Tiada kebenaran diberikan untuk melanjutkan tarikh serahan. Jika berlaku kelewatan, markah akan ditolak.

Kriteria Pemarkahan

Tugasan ini akan disemak mengikut kriteria pemarkahan yang telah ditentukan dalam rubrik pentaksiran. (Sila rujuk Rubrik Pentaksiran dalam Buku Panduan).

Disediakan oleh:

KAMARRUL ARIFN BIN ABDUL RAHMAN