pppmsejarahtingkatan1

6
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1

Upload: sani-la-bise

Post on 23-Nov-2015

83 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PBS tingkatan 1 Sejarah

TRANSCRIPT

  • PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH

    TINGKATAN 1

  • SEJARAH TINGKATAN 1

    2

    MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

    OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH

    Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid: OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat

    serta mampu berdikari. OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara dan

    mempertahankan maruah bangsa. OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara. OM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat antarabangsa. OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan. OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni. OM 9 Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.

  • SEJARAH TINGKATAN 1

    3

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1 Mempunyai pengetahuan yang terhad tentang fakta sejarah .

    2 Memahami dan berupaya menjelaskan fakta sejarah.

    3 Menghuraikan fakta sejarah dan serta berupaya membuat rumusan yang mudah.

    4 Menunjukkan penguasaan yang menyeluruh terhadap fakta sejarah serta berupaya menganalisis fakta sejarah. Mengaplikasi kemahiran sejarah dan berupaya membuat rumusan yang bersesuaian dengan peristiwa sejarah.

    5 Membuat penilaian terhadap fakta sejarah negara dan dunia serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.

    6 Berupaya mengemukakan idea yang bernas dan rasional untuk menangani sesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan negara

  • SEJARAH TINGKATAN 1

    4

    TAJUK BAND DESKRIPTOR

    SEJARAH

    DAN KITA

    1

    Menyatakan secara ringkas tentang:

    pengertian sejarah

    konsep masa

    kepentingan sejarah

    2

    Menerangkan dengan jelas:

    sumber sejarah

    ciri-ciri sejarah

    3 Menghuraikan kaedah pengkajian sejarah dengan terperinci.

  • SEJARAH TINGKATAN 1

    5

    TEMA BAND DESKRIPTOR

    TAMADUN

    AWAL DAN

    KEAGUNGAN

    KESULTANAN

    MELAYU

    MELAKA

    1

    Menyatakan maklumat yang terhad berkaitan dengan:

    Tahap-tahap Zaman Prasejarah

    Bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara

    Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

    2

    Menerangkan dengan jelas tentang:

    ciri-ciri Zaman Prasejarah

    faktor perkembangan kerajaan agraria dan kerajaan maritim

    faktor kemajuan Kesultanan Melayu Melaka

    3

    Menghurai dan membuat rumusan yang mudah beserta contoh yang sesuai berkaitan dengan:

    kehidupan manusia pada Zaman Prasejarah

    ciri pentadbiran kerajaan awal Asia Tenggara

    faktor kemerosotan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

    4

    Mengenal pasti persamaan dan perbezaan secara sistematik serta membuat rumusan yang sesuai

    berkaitan dengan:

    tahap Zaman Prasejarah dari segi petempatan, aktiviti ekonomi dan peralatan

    ciri-ciri kerajaan agraria dengan kerajaan maritim dari aspek lokasi, kegiatan ekonomi dan kemahiran

    masyarakat

    Menganalisis kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari aspek pentadbiran dan pemerintahan serta

    membuat rumusan yang sesuai.

    5

    Membuat penilaian berkaitan kepentingan hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka dengan negara lain berdasarkan pelbagai sumber. Menganalisis iktibar yang diperoleh daripada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka daripada pelbagai aspek.

    6 Mengemukakan cadangan dan pendapat yang bernas dan rasional ke arah mempertahankan kepentingan negara.

  • SEJARAH TINGKATAN 1

    6

    TEMA BAND DESKRIPTOR

    KESULTANAN MELAYU MELAKA MENJADI ASAS KERAJAAN MASA KINI

    1

    Menyatakan dengan maklumat yang terhad berkaitan dengan:

    pengasasan kerajaan Johor

    latar belakang kerajaan Melayu yang tua dan yang baharu

    latar belakang negeri Sarawak dan Sabah

    2

    Menerangkan dengan jelas tentang:

    kegemilangan kerajaan Johor dalam aspek perdagangan dan persuratan Melayu

    kegiatan ekonomi masyarakat di Sarawak dan Sabah

    3

    Menghuraikan serta membuat rumusan yang mudah tentang:

    faktor kemerosotan kerajaan Johor

    sosio budaya masyarakat di Sarawak dan Sabah

    4

    Menganalisis serta membuat rumusan yang sesuai berkaitan dengan:

    faktor kemerosotan kerajaan Johor

    warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam aspek pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosiobudaya dalam kerajaan-kerajaan Melayu

    5

    Membuat penilaian berkaitan kesan hubungan kerajaan Johor dengan kuasa luar berdasarkan pelbagai sumber. Menghuraikan iktibar yang diperoleh daripada sejarah kerajaan Johor, kerajaan-kerajaan Melayu, Sarawak dan Sabah daripada pelbagai aspek.

    6

    Mengemukakan idea yang bernas dan perancangan yang sesuai untuk mengangkat martabat warisan budaya bangsa ke peringkat antarabangsa.