pppm.ppt

19
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025) ERMA VERONIKA HARIYON ATIFAH RUZANA ABD WAH NURUL AMIRAH NAIDIN

Upload: erma-veronika

Post on 12-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: pppm.ppt

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

MALAYSIA (2013-2025)

ERMA VERONIKA HARIYONOATIFAH RUZANA ABD WAHAB

NURUL AMIRAH NAIDIN

Page 2: pppm.ppt

 Sistem Pendidikan Di Malaysia Pada Masa Kini

• Struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan berdasarkan sistem politik danpentadbiran Negara.

• Mempunyai 4 peringkat dalam kedudukan organisasi pentadbiran ( peringkat persekutuan, negeri, daerah, dan sekolah)

• Pendidikan merupakan “alat”perpaduan Negara dan pembasmian kemiskinan• Organisasi pentadbiran disifatkan sebagai organisasi birokratik• Prosedur pelantikan tidak melibatkan sebarang unsur keperibadian• Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.• Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan,sekolah swasta

atau secara sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.

• Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian.

• Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat:I. PrasekolahII. Pendidikan rendahIII. Pendidikan menengahIV. Pengajian tinggi

• Mempunyai peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM• Sistem pendidikan berpusat

Page 3: pppm.ppt

PPPM?• Oktober 2011 KPM melancarkan

kajian semula sistem pendidikan negara dan pelan pembangunan pendidikan Malaysia dibangunkan.

Page 4: pppm.ppt

OBJEKTIF DAN PENDEKATAN KAJIAN SEMULA

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa.

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas.

3. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam kementerian.

Page 5: pppm.ppt
Page 6: pppm.ppt
Page 7: pppm.ppt
Page 8: pppm.ppt

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.

Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

Mentranformasi profession keguruan menjadi profession pilihan.

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah.

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasakan keperluan.

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampian kementerian.

Bekerjasama dengan ibubapa ,komuniti, dan sektor swasta secara meluas.

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit..

Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.

Page 9: pppm.ppt

ANJAKAN 1

•Menanda aras pembelajaran bahasa matematik dan sains dengan standard

antarabangsa.

•Melancarkan KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) dan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) yang disemak semula pada

2017.

•Merombak peperiksaan kebangsaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

untuk meningkatkan secara berperingkat peratusan soalan yang mentaksiran

kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016.

•Meningkatkan kualiti pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik

(STEM).

•Memperluas akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan bermula dengan

pendidikan vokasional.

•Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat menjelang

2020.

•Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran untuk

murid berkerperluan khusus.

•Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada 6

tahun.

Page 10: pppm.ppt

ANJAKAN 2

•Melaksanakan KSSR bahasa Malaysia untuk Sekolah Jenis

Kebangsaan dengan sokongan pemulihan yang intensif bagi

murid yang memerlukan.

•Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi bahasa

inggeris.

•Meningkatkan kemahiranguru bahasa inggeris.

•Menjadikan matapelajaran inggeris kertas wajib lulus peringkat

SPM dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap

bahasa inggeris.

•Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan

menjelang 2025.

Page 11: pppm.ppt

ANJAKAN 3

•Memperkukuh pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti

sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017

•Mengukuhkan pendidikan agama Islam dan pendidikan moral dengan lebih

tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara

murid.

•Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan

penyertaa murid dalam 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan berunifom.

•Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah

carainteraksi antara jenis sekolah.

Page 12: pppm.ppt

ANJAKAN 4

•Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan

graduan 30% teratas

•Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas

keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah

•Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai

2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran

•Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi

mulai 2016

•Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran

dan pakar bidang khusus menjelang 2016

•Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan

proses pensijilan mulai 2025

Page 13: pppm.ppt

ANJAKAN 5

•Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan

memperkukuhkan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru

besar mulai 2013

•Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua guru besar mulai

2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi

menambah baik sekolah, kurikulum dan kokurikulum, serta lebih

akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid

Page 14: pppm.ppt

ANJAKAN 6

•Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program

yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014

•Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih

fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan

kurikulum, dimulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan

menunjukkan peningkatan prestasi besar

•Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas

menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak

Page 15: pppm.ppt

ANJAKAN 7

•Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran

maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang

2013

•Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian

amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik

menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada

2013

•Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh

dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan

pembelajaran lebih khusus

Page 16: pppm.ppt

ANJAKAN 8

•Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan

terhadap bajet dan personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI

mulai 2013

•Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan

JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014

•Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan

kepimpinan utama mulai 2013

•Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian

mulai 2016

Page 17: pppm.ppt

ANJAKAN 9

•Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka

melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada

kemajuan anak di sekolah (SAPS)

•Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai

pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016

•1,000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat

daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan

antarabangsa

•Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang

2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang

berpotensi sebagai penganjur

Page 18: pppm.ppt

ANJAKAN 10

•Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas

dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun,

selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Buget

Berasaskan Keberhasilan (OBB)

•Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi, dengan

mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti

peningkatan kemahiran dan latihan guru

Page 19: pppm.ppt

ANJAKAN 11

•Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan

inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013

•Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020

dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal

relevan dengan memasukkan maklumbalas daripada pihak

berkepentingan dan mengambilkira perkembangan

persekitarannya