ppoint background

18
Passionate Enquiry and School Development: A Story About Teacher Action Research Oleh : Marion Dadds

Upload: hamizah-ab-karim

Post on 15-Sep-2015

24 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

powerpoint

TRANSCRIPT

  • Passionate Enquiry and School Development: A Story About Teacher Action Research Oleh : Marion Dadds

  • Konsep Kajian Tindakan

    Kajian tindakan ialah dimana ianya melibatkan perubahan, dimana ianya memberi pengetahuan yang berguna kepada para guru. Menurut (Bassey, 1990) kajian tindakan ialah dimana para guru cuba untuk memperbaiki keadaan sekeliling iaitu sekolah. Pengetahuan dan kefahaman didapati melalui proses penemuan dimana ketika kajian ini dilakukan. Didalam kajian tindakan terdapat 4 perkara asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflekssi.

  • Menurut buku "Practical Action Research for Change" oleh Richard A. Schumuck dimana ianya menyatakan Kajian tindakan merupakan suatu aktiviti profesional yang berterusan dan sentiasa berpusing dimana ia perlu di-integrasikan dari semasa ke semasa supaya ada perubahan yang berlaku dan sekaligus melakukan pembaikan. Kajian tindakan adalah sesuatu yang praktikal kerana data yang di-kumpul boleh membawa perubahan terhadap kelas atau sekolah dengan segera selepas kajian tersebut. Kajian tindakansebagai ialah agen perubahan kepada pengajaran dan pembelajaran seorang guru itu.

  • Mengapa Guru Perlu Melakukan Kajian Tindakan??Melalui buku ini saya mendapati para penulis menyatakan:- -Memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas -Untuk menjadikan guru itu lebih kreatif di dalam kelas, dimana tidak tertumpu kepada cara tradisional sahaja. -Mengenalpasti punca dan masalah didalam pengajaran dan pembelajaran didalam kelas dan sekaligus meningkatkan mutu pengajararan dan pembelajaran. -Guru juga sebagai agen perubahan kepada para pelajar, dimana guru perlu mencari alternatif supaya para pelajar menyukai apa yang diajar oleh para guru. -Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dimana para guru perlu mempunyai teknik-teknik yang menarik didalam kelas.

  • Rekabentuk Kajian Tindakan Model yang digunakan ialah: Kemmis and Mctaggart (1988) menyatakan bahawa model ini menggunakan 2 kitaran dimana ianya melibatkan 4 langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan juga menreflek. Ianya dilakukan secara berterusan dan sehingga ke satu tahap yang boleh dikatakan memuaskan.Didalam buku ini Vicki sebagai penyelidik kajian tindakan telah membuat kajian tindakan terhadap pelajar, guru dan juga pentadbiran sekolah itu sendiri. Ini bermakna kajian dilakukan dikalangan komuniti sekolah itu sendiri.

  • Sampel KajianPelajar-sampel ini dilakukan didalam kelas ketika kajian ini dilakukan. Guru-sampel ini dilakukan ketika guru ini melakukan matapelajaran yang berbeza atau sama didalam kelas. Pentadbiran sekolah-sampel diambil bagi mendapatkan sokongan bagi kajian yang telah dilakukan bagi guru mencapai tahap pengajaran dan pembelajaran yang baik.

  • Set KajianKajian ini banyak dilakukan di kawasan persekitaran sekolah dimana didalam kelas dan diluar kelas seperti di bilik pengetua.

  • Prosedur Kajian TindakanProsedur kajian tindakan yang dilaksanakan mempunyai beberapa langkah tetap iaitu: Langkah 1: Mengenalpasti isu, masalah dan situasi yang dikaji -Masalah atau isu disekolah seperti kurikulum, pentadbiran proses pengajaran, pembelajaran dan program kokurikulum ini perlu dikenalpasti terlebih dahulu dalam melaksanakan kajian. -Setelah isu/masalah kajian ditentukan, objektif kajian perlu ditulis dengan jelas.

  • Langkah 2: Merancang Penyelidikan -Untuk merancang, perlu melibatkan guru yang ramai untuk mendapatkan idea dan usul yang berkesan dalam menyelesaikan isu kajian. Antara lima rancangan yang perlu dititikberatkan didalam merancang kajian tindakan ialah:- -Rancang langkah-langkah tindakan yang akan diambil -Rancang tugas atau tanggungjawab atau aktiviti baru -Rancang cara-cara pemantauan yang akan dibuat -Rancang keperluan lain atau masa yang diperuntukkan -Rancang cara merefleks

  • Langkah 3: Melaksana Tindakan (bertindak) Langkah ketiga ini merupakan peringkat dimana guru perlu melaksanakan strategi kajian tindakan yang telah dirancang dalam langkah-langkah seperti aktiviti atau program untuk menyelesaikan sesuatu masalah kajian.

  • Langkah 4: Membuat Pemerhatian -Apa yang berlaku pada peringkat ini adalah penyelidik (guru) akan mengumpulkan data dan maklumat hasil kajian tindakan yang telah dilaksanakan. Pemerhatian selalunya dibuat untuk mengesan kesan tindakan terhadap tingkahlaku dan reaksi terhadap tindakan yang dijalankan. Pemerhatian yang berlaku secara langsung adalah mencatat terus nota ke dalam buku catatan iaitu diari, jurnal atau buku log). Melalui apa yang dilihat seperti pergerakan guru atau pelajar dan suasana pembelajaran didalam kelas.

  • Pengumpulan dan Penganalisisan Data1.Instrumen Kajian -Antara instrumen yang digunakan ketika menjalankan kajian ialah sepertin kertas ujian, soalan soal selidik dan pita rakaman. 2. Teknik Pengumpulan Data -Untuk mendapat maklumat yang lengkap dan penting dalam kajian tindakan, guru perlu mengutip pelbagai bentuk data. Ini kerana, setiap bentuk data mempunyai fungsi tertentu untuk memberikan maklumat kepada kajian yang dijalankan. Terdapat pelbagai kaedah mengumpul data iaitu:-

  • i) Pemerhatian -Pengkaji perlu memiliki pengetahuan dan pemahaman yang luas mengenai situasi yang dikaji. -Melibatkan aktiviti meneliti dan berfikir secara original dan kritikal tentang situasi. -Aspek penting ialah pemerhatian dilakukan secara sistematik. -Data yang dikutip dengan cara ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika dikutip secara teratur dan pada masa sebenar kajian. -3 aspek penting dalam melakukan pemerhatian ialah tumpuan permerhatian (siapa, dimana), masa pemerhatian (diadakan masa yang berlainan untuk dapatkan kepelbagaian maklumat) dan cara pemerhatian (bagaimana dicatat, teknik, prosedur pemerhatian iaitu mencatat data-data penting serta merta semasa permerhatian data bentuk nota).

  • ii) Tinjau dan kutip bahan-bahan dokumen -Dokumen membekalkan maklumat berkaitan masalah yang dikaji dan penting untuk fahami tujuan, rasional dan sejarah program.Dokumen yang boleh digunakan untuk kutip data dalam kajian tindakan iaitu sukatan dan rancangan pelajaran, kertas peperiksaan dan ujian, laporan kurikulum, minit, mesyuarat panitia dan buku-buku yang dikaji. iii) Rakaman Pita Video/Transkrip -Rakaman video dapat mengesan perlakuan guru, pelajar dan fakta-fakta yang tidak dapat dikesan olehguru dalam kajian tindakannya yang dijadikan data-data untuk dikumpul. - Rakaman ini juga dapat mengukur dan menilai kegiatan pelajar (individu dan kumpulan) dalam aktivitikelas. - Transkripsi pula boleh menilai kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang diajar oleh guru.

  • iv) Temubual -Kaedah ini membantu penyelidik mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam. - Antara sampel yang penting untuk ditemubual ialah pelajar-pelajar, guru-guru yang mengajar subjek samadan pihak pentadbiran sekolah. - Penting untuk mendapatkan idea, perasaan dan sikap mereka terhadap kajian tindakan yang dijalankan disekolah tersebut.

  • Teknik Penganalisisan Data -proses analisis membantu mendalami data secara dekat dan jelas. Ia juga membantu untuk penyelidik merangkakan perkara yang sedar atau tidak sedar berlaku.teknik-teknik membuat analisis;eneliti data secara menyeluruh dengan menetapkan kategori data serta meneliti semula dan membahagikan data mengikut kategori. -membuat proses sumbangsaran untuk mendapatkan idea -membuat refleksi idea -mengumpul idea yang tidak berkenaan-semakan semula data -membuat senarai rangka isi -membuat refleksi pada senarai analisis secara perbincangan.

  • Etika Kajian Tindakan -Kajian yang dilakukan mestilah mempunyai kesahihan dengan menyatakan bukti-bukti yang kukuh supaya tidak mudah dieksplotasikan oleh pihak-pihak tertentu. -Didalam kajian tindakan perlu ada etika dimana ia melibatkan para pelajar, guru,ibu bapa dan juga pentadbir sekolah. Semua pihak ini perlu dilindungi supaya tidak akan dipergunakan oleh pihak yang tidak sepatutnya. Dengan adanya etika didalam kajian ini akan memberi keselamatan kepada para guru iaitu sebagai pengkaji permasalahan. Antara etika yang dibentuk untuk melaksanakan kajian tindakan ialah:- -Mestilah dirahsiakan. -Maklumat yang didapati hendaklah dirahsiakan oleh pengkaji itu sendiri. -Menunjukkan penghormatan terhadap orang yang dikaji iaitu pelajar, guru atau pentadbir sekolah. Tidak boleh mengaibkan mereka dengan sesuatu yang memalukan

  • -Mendapat keizinan dari pihak-pihak yang tertentu semasa kajian ini dilakukan. Bermaksud, telah diberitahu terlebih dahulu kepada pihak para pelajar, guru dan juga pentadbir sekolah. -Kajian yang dilakukan hendaklah sah dan bukan melakukan penipuan terhadap maklumat yang dikemukan didalam kajian tindakan ini. Ini kerana, maklumat yang sedia ada akan diguna pakai oleh guru lain sebagai rujukan.