ppn.sel.16/2018 (b) lampiran q (arahan …pertanian.selangor.gov.my/resources/index/user_1/program...

19
PPN.SEL.16/2018 (B) Page 1 of 19 LAMPIRAN Q (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170) Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini No.Sebut Harga : PPN.SEL. 16 / 2018 (B) (Kew.284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga. Kepada: Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh: Nama syarikat dan alamat:……………………………………………... …………………………………………….............. ……………………………………………………… JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR TINGKAT 4, BANGUNAN DARUL EHSAN, NO. 3 JALAN INDAH, SEKSYEN 14, 40632 SHAH ALAM, SELANGOR D.E. No. Tel : ...................................................... No. Telefon : 03-55189888 No. Fax : ...................................................... No. Fax : 03-55105044 No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan : ....................................................... Kod bidang pendaftaran yang relevan dengan pembelian ini : 130101 Tarikh : 14 Mei 2018 1. Sila beri sebutharga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:- 1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan: MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJIGUNA CHEST FREEZER LIFTING LID BERKAPASITI 540 LITER DAN 450 LITER, SERTA CHEST FREEZER GLASS SLANTING LID BERKAPASITI 205 LITER BAGI JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (JPNS) 1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan dikehendaki: Tidak melebihi 45 Hari dari tarikh Pesanan Kerajaan dikeluarkan 1.3 Arahan Pengiriman: Sila baca dengan teliti LAMPIRAN B, C dan D 1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan bertanda nombor sebut harga PPN.SEL. 16 / 2018 (B) 1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebutharga yang berkenaan di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengahari pada 21 Mei 2018 (Isnin) 1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup. Tarikh : 14.5.2018 Tandatangan : …………………………… Nama Pegawai : …………………………… Jawatan : ……………………………

Upload: dangquynh

Post on 03-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 1 of 19

LAMPIRAN Q (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini No.Sebut Harga : PPN.SEL. 16 / 2018 (B)

(Kew.284-Pin. 5/94) KERAJAAN MALAYSIA

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga.

Kepada: Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh:

Nama syarikat dan alamat:……………………………………………... ……………………………………………..............

………………………………………………………

JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR TINGKAT 4, BANGUNAN DARUL EHSAN, NO. 3 JALAN INDAH, SEKSYEN 14, 40632 SHAH ALAM, SELANGOR D.E.

No. Tel : ...................................................... No. Telefon : 03-55189888

No. Fax : ...................................................... No. Fax : 03-55105044

No. Pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan : .......................................................

Kod bidang pendaftaran yang relevan dengan

pembelian ini : 130101

Tarikh : 14 Mei 2018

1. Sila beri sebutharga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk

kepada syarat-syarat yang ditetapkan:-

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan:

MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJIGUNA CHEST FREEZER

LIFTING LID BERKAPASITI 540 LITER DAN 450 LITER, SERTA CHEST FREEZER

GLASS SLANTING LID BERKAPASITI 205 LITER BAGI JABATAN PERTANIAN

NEGERI SELANGOR (JPNS)

1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan dikehendaki:

Tidak melebihi 45 Hari dari tarikh Pesanan Kerajaan dikeluarkan

1.3 Arahan Pengiriman: Sila baca dengan teliti LAMPIRAN B, C dan D

1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan bertanda

nombor sebut harga PPN.SEL. 16 / 2018 (B)

1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebutharga yang berkenaan

di alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengahari pada 21 Mei 2018 (Isnin)

1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

Tarikh : 14.5.2018 Tandatangan : ……………………………

Nama Pegawai : ……………………………

Jawatan : ……………………………

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 2 of 19

LAMPIRAN A TAWARAN HARGA SEBUTHARGA NO. PPN.SEL. 16 / 2018 (B)

Bil

Perihal barang-barang/perkhidmatan dan syarat-syarat khas

Unit

Ukuran

Kuantiti/

Kekerapan

Kadar (RM)

Harga (RM)

Untuk diisi oleh Jabatan

Untuk diisi oleh Penyebut harga

Membekal, Menghantar, Memasang dan Mengujiguna Chest Freezer Lifting Lid Berkapasiti 540 Liter Dan 450 Liter, Serta Chest Freezer Glass Slanting Lid Berkapasiti 205 Liter Bagi Jabatan Pertanian Negeri Selangor (JPNS) seperti berikut:

1. Chest Freezer 540 Liter – Lifting Lid

2. Chest Freezer 450 Liter – Lifting Lid

3. Chest Freezer 205 Liter – Glass Slanting Lid

Tarikh penyerahan/penyempurnaan Syarat Khas: SILA RUJUK LAMPIRAN B Spesifikasi: SILA RUJUK LAMPIRAN C Lokasi Penghantaran: SILA RUJUK LAMPIRAN D PENTING: Dokumen-dokumen seperti di LAMPIRAN B (Syarat Khas) adalah WAJIB disertakan oleh Penyebut harga.

Nos

Nos

Nos

hari

8 1 1

45

JUMLAH

(Harga Tidak Termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan,GST)

Harga yang ditawarkan adalah harga bersih dalam Ringgit Malaysia.

Tempoh penyerahan/penyempurnaan yang ditawarkan ialah ............. hari

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 3 of 19

Perakuan Kontraktor:

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan bekalan/perkhidmatan di atas dengan harga dan

syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebut harga :...................................................……………..

Nama :...................................................……………..

No. K/P :...................................................……………..

Nombor telefon :........................................................................

Nama Syarikat :...................................................……………..

Alamat Syarikat :...................................................……………..

Cop Syarikat :...................................................……………..

Tarikh :...................................................……………..

Mustahak - Lihat Syarat-Syarat Am Di Belakang

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 4 of 19

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini,

syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am

itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.

1. KEADAAN BARANG

Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

2. HARGA

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos

tambahan yang berkaitan.

3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN

Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bahagian item atau sebahagian bilangan

item.

4. BARANG SETARA

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat

butir-butir penuh diberi.

5. PENYETUJUAN

i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau mana-

mana sebutharga; dan

ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.

6. PEMERIKSAAN

i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan

menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain

sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan

ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian

apabila dikehendaki.

7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/ perkhidmatan yang

dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang

dinyatakan di dalam pelawaan ini.

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 5 of 19

8. PENOLAKAN

i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang telah

dipersetujui sebut harganya boleh ditolak.

ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang ditolak

itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah

membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan

mengenai barang-barang yang ditolak itu; dan

iii) Fasal kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan

untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

9. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh

disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa

kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih

dahulu.

10. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan

mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju

tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa

pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebutharga ini

atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

11. INSURANS

Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau

dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA

12. CUKAI

Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

13. PEMBUNGKUSAN

(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan

dan belanja pembungkusan; dan

(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan

yang tidak mencukupi atau cacat, hendaklah diganti oleh penjual.

14. PENGENALAN

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 6 of 19

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat

asal barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.

BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

15. CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur

cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

16. MATA WANG

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

17. PEMBUNGKUSAN

i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia

melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan

tidak membungkus;

ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja

bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan

yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah digantikan oleh penyebut

harga.

SYARAT TAMBAHAN

18. WANG CAGARAN

Bagi sebut harga yang melebihi RM200,000.00 dan ke atas, penyebut harga yang

berjaya adalah dikehendaki memberi wang cagaran (bon pelaksanaan) sebanyak

5.0% daripada jumlah harga tawaran. Wang cagaran ini hendaklah dalam bentuk

Gerenti Bank daripada bank yang berdaftar yang diluluskan atau Gerenti Insurans

daripada syarikat-syarikat insurans yang berdaftar di Malaysia yang diluluskan. Wang

cagaran ini akan dikembalikan sesudah tempoh warranti bagi barangan yang dibekal

telah tamat.

19. TAWARAN PILIHAN

Satu (1) penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) tawaran sebut

harga sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan.

20. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta

atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 7 of 19

orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada

mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan

dikehendaki membuat aduan dengan segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia atau di balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian

adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (Akta 694).

Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota

perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil

sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan

perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut

spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota

perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan

kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta

694).

21. SURAT AKUAN PEMBIDA

Penyebut Harga hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida seperti yang

disertakan bersama dokumen ini diisi dengan lengkap dan ditandatangani serta

dikepilkan bersama semasa menghantar Dokumen Sebut Harga.

22. PEMBATALAN SEBUT HARGA

JPNS berhak membatalkan sebut harga ini sekiranya diperlukan. Sebarang kos yang

terpaksa ditanggung oleh penyebut harga kerana urusan sebut harga ini adalah

menjadi tanggungjawab penyebut harga terhadap perkara berkenaan dan tidak

boleh dituntut kepada JPNS atas kerugian.

23. SYARAT-SYARAT AM TAWARAN SEBUT HARGA

Syarat-syarat am dan syarat-syarat lain dalam dokumen sebut harga ini, setakat

mana syarat-syarat itu mungkin menyentuh pelaksanaan kontrak ini hendaklah

disifatkan sebagai sebahagian daripada kontrak. Jika penyebut harga tidak

mematuhi syarat-syarat tawaran sebut harga di atas mengenai apa-apa juga hal,

maka tawaran sebut harga akan ditolak.

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 8 of 19

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

Cadangan Serahan Sebut Harga (secara manual) yang lengkap dan sempurna diisi

hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang disediakan sebelum tarikh dan

waktu tutup sebutharga. Peti sebut harga ditempatkan di alamat berikut:-

Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14,

40632 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

Dokumen Sebut Harga (secara manual) hendaklah dimasukkan ke dalam 3 sampul surat

yang berasingan dan dilabel seperti berikut:

a) SAMPUL A – CADANGAN TEKNIKAL & KEWANGAN (SET ASAL)

Sampul A - Cadangan Teknikal dan Kewangan (Set Asal)

hendaklah mengandungi kesemua dokumen asal bagi cadangan

teknikal dan kewangan.

b) SAMPUL B – CADANGAN TEKNIKAL (SET SALINAN)

c) SAMPUL C – CADANGAN KEWANGAN (SET SALINAN)

Ketiga-tiga SAMPUL A, SAMPUL B dan SAMPUL C hendaklah dimasukkan ke dalam

sampul surat yang lebih besar, berlakri dan di sebelah kiri (atas) ditulis seperti berikut:-

MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJIGUNA CHEST

FREEZER LIFTING LID BERKAPASITI 540 LITER DAN 450 LITER, SERTA CHEST

FREEZER GLASS SLANTING LID BERKAPASITI 205 LITER BAGI JABATAN

PERTANIAN NEGERI SELANGOR (JPNS)

(No. Sebut Harga: PPN. SEL. 16 / 2018 (B))

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 9 of 19

Cadangan Teknikal (Set Salinan) bagi Sebut Harga ini hendaklah dimasukkan ke dalam

sampul yang bertanda SAMPUL B yang mengandungi:

SAMPUL B – CADANGAN TEKNIKAL

a) MUKA DEPAN LAMPIRAN Q

b) LAMPIRAN B – SYARAT KHAS

c) LAMPIRAN C – SPESIFIKASI TEKNIKAL DAN PERSETUJUAN

PENYEBUT HARGA

d) LAMPIRAN D – LOKASI PENGHANTARAN

e) KATALOG PRODUK

f) PROFIL LENGKAP SYARIKAT BESERTA:

i. SALINAN SIJIL AKUAN PENDAFTARAN DARI KEMENTERIAN

KEWANGAN MALAYSIA (MOF)

ii. SALINAN SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT (SSM)

iii. SALINAN SIJIL AKUAN BUMIPUTERA DARI KEMENTERIAN

KEWANGAN MALAYSIA (JIKA ADA)

Cadangan Kewangan (Set Salinan) bagi Sebut Harga ini hendaklah dimasukkan ke dalam

sampul yang bertanda SAMPUL C yang mengandungi:

SAMPUL C – CADANGAN KEWANGAN

a) MUKA DEPAN LAMPIRAN Q

b) LAMPIRAN A – TAWARAN HARGA

c) LAMPIRAN E – SURAT AKUAN PEMBIDA

d) LAMPIRAN F – SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA

e) SALINAN PENYATA BULANAN AKAUN BANK BAGI TIGA (3)

BULAN TERKINI

Perhatian:

Bagi setiap dokumen Set Salinan (sampul B dan C), nama syarikat / penyebut harga

hendaklah ditutup / dihilangkan. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh

menyebabkan tawaran tersebut tidak dipertimbangkan.

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 10 of 19

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai Sebut Harga ini, pembekal boleh merujuk kepada:

i) Encik Mohd. Kamal bin Abdul Kadir

Tel: 03-5518 9888 ext. 5709

Faks: 03- 5510 0040

ii) Puan Sharifah binti Mokhtasar

Tel: 03-5518 9888 ext. 5433

Faks: 03-5510 0040

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 11 of 19

LAMPIRAN B

SYARAT KHAS BAGI

MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJIGUNA CHEST FREEZER

LIFTING LID BERKAPASITI 540 LITER DAN 450 LITER, SERTA CHEST FREEZER

GLASS SLANTING LID BERKAPASITI 205 LITER BAGI JABATAN PERTANIAN NEGERI

SELANGOR (JPNS)

1. Penyebut harga WAJIB melampirkan:

a. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran dari Kementerian Kewangan Malaysia;

b. Salinan Sijil Akuan Bumiputera dari Kementerian Kewangan Malaysia

(sekiranya ada);

c. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM);

d. Surat Jaminan Kualiti dari pengeluar produk/ pengedar tunggal di Malaysia;

e. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terakhir;

f. Katalog produk yang mengandungi gambar dan spesifikasi;

2. Penyebut harga wajib memberikan jaminan produk selama 12 bulan daripada

tarikh penerimaan produk;

3. Penyebut harga wajib membuat demonstrasi penggunaan dan tunjukajar

mesin/peralatan semasa penghantaran dilakukan;

4. Penyebut harga wajib menyertakan panduan penggunaan dan manual

penyelenggaraan berkala bagi mesin/peralatan tersebut;

5. Penyebut harga wajib mematuhi keperluan spesifikasi minima bagi setiap item;

6. Penyebut harga hendaklah mengisi diruang Catatan sekiranya menawarkan

spesifikasi yang berbeza;

7. Harga adalah termasuk penghantaran, pemasangan dan mengujiguna dan

keperluan demo/latihan;

8. Bekalan hendaklah dihantar terus ke tempat bengkel pemprosesan usahawan yang

ditetapkan. Senarai terperinci lokasi usahawan akan diberikan oleh Penolong

Pegawai IAT Daerah kepada penyebut harga berjaya sahaja.

9. Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk kos penghantaran di

semua lokasi usahawan, semua diskaun, dan kos tambahan yang berkaitan.

10. Penyebut harga berjaya hendaklah menghantar bekalan dengan disaksikan dan

disahkan oleh Penolong Pegawai IAT Daerah ke lokasi yang ditentukan oleh

Penolong Pegawai IAT Daerah tersebut. Senarai Pegawai IAT Daerah akan

diberikan kepada Penyebut harga berjaya sahaja untuk dihubungi terlebih dahulu

sebelum penghantaran bekalan dibuat.

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 12 of 19

LAMPIRAN C

SPESIFIKASI TEKNIKAL DAN PERSETUJUAN PENYEBUT HARGA BAGI SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJIGUNA CHEST FREEZER LIFTING LID BERKAPASITI 540 LITER DAN 450 LITER, SERTA CHEST

FREEZER GLASS SLANTING LID BERKAPASITI 205 LITER BAGI JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (JPNS)

ITEM DAN SPESIFIKASI

PERSETUJUAN PENYEBUT HARGA

YA TIDAK CATATAN

Chest Freezer Lifting Lid 540 Litre – Single door

Kuantiti : 8 unit

External dimension (WxDxH):

1650 x 611 x 840

Internal dimension (WxDxH):

1530 x 491 x 711

Total capacity: 540 L

Effective capacity: 470 L

Lid/door type: Lifting lid

Power consumption (24h at 30°C ambient):

3.6 kWh

Temperature range at 30°C ambient:

-18°C to -26°C

Net weight: 76 kg

Gross weight: 98 kg

Compressor power:

1/3 hp

Colour: White

“Atau persamaan bagi setiap spesifikasi”

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 13 of 19

ITEM DAN SPESIFIKASI

PERSETUJUAN PENYEBUT HARGA

YA TIDAK CATATAN

Chest Freezer Lifting Lid 450 Litre

Kuantiti : 1 unit

External dimension (WxDxH):

1320 x 683 x 840

Internal dimension (WxDxH):

1200 x 563 x 711

Total capacity: 450 L

Effective capacity: 420 L

Lid/door type: Lifting lid

Power consumption (24h at 30°C ambient):

3.6 kWh

Temperature range at 30°C ambient:

-18°C to -26°C

Net weight: 68 kg

Gross weight: 83 kg

Compressor power:

1/4 hp

Colour: White

“Atau persamaan bagi setiap spesifikasi”

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 14 of 19

ITEM DAN SPESIFIKASI

PERSETUJUAN PENYEBUT HARGA

YA TIDAK CATATAN

Chest Freezer Glass Slanting Lid 205 Litre

Kuantiti : 1 unit

External dimension (WxDxH):

815 x 611 x 820

Internal dimension (WxDxH):

695 x 491 x 704

Total capacity: 205 L

Effective capacity: 175 L

Lid/door type: Flat glass slanting lid

Power consumption (24h at 30°C ambient):

2.6 kWh

Temperature range at 30°C ambient:

-18°C to -26°C

Net weight: 48 kg

Gross weight: 58 kg

Compressor power:

1/5 hp

Colour: White

“Atau persamaan bagi setiap spesifikasi”

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 15 of 19

LAMPIRAN D

LOKASI PENGHANTARAN BAGI

SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJIGUNA

CHEST FREEZER LIFTING LID BERKAPASITI 540 LITER DAN 450 LITER, SERTA

CHEST FREEZER GLASS SLANTING LID BERKAPASITI 205 LITER BAGI JABATAN

PERTANIAN NEGERI SELANGOR (JPNS)

(PPN. SEL. 16 / 2018 (B))

PERAKUAN PENYEBUT HARGA:

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas

dengan keperluan minima di lokasi yang ditentukan dan syarat-syarat yang ditunjukkan di

dalam dokumen sebut harga ini.

Tandatangan Penyebut harga :...................................................…………….. Nama :...................................................…………….. No. K/P :...................................................…………….. Nama Syarikat :...................................................…………….. Alamat Syarikat :...................................................…………….. Tarikh :...................................................…………….. Cop Syarikat :

Daerah

Chest Freezer Lifting Lid Chest Freezer

Glass Slanting Lid 205 Liter (Unit)

540 Liter (Unit) 450 Liter (Unit)

Gombak/Petaling 3 - -

Klang - 1 1

Sepang 1 - -

Hulu Langat 4 - -

JUMLAH 8 1 1

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 16 of 19

LAMPIRAN E

SURAT AKUAN PEMBIDA

SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJIGUNA

CHEST FREEZER LIFTING LID BERKAPASITI 540 LITER DAN 450 LITER, SERTA

CHEST FREEZER GLASS SLANTING LID BERKAPASITI 205 LITER BAGI JABATAN

PERTANIAN NEGERI SELANGOR (JPNS)

(PPN. SEL. 16 / 2018 (B))

Saya,…….……………………………………..nombor K.P……...……………….. yang mewakili

.....(Nama Syarikat)……………………………………………………………………………nombor

Pendaftaran…….…………………………dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau

mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah

kepada mana-mana individu dalam Jabatan Pertanian Negeri Selangor atau mana-mana

individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas. Bersama ini

dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas

untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati

bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan

Pertanian Negeri Selangor atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih

dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-

tindakan berikut diambil :

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau 2.2 Penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan 2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang

berkuatkuasa.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau

mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam

sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan

tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai

polis yang berhampiran.

Yang Benar,

………………………………………

Nama :

No.K.P :

Cop Syarikat :

Catatan: Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 17 of 19

LAMPIRAN F

SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA

Pengarah,

Jabatan Pertanian Negeri Selangor,

Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,

No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14,

40632 Shah Alam,

SELANGOR DARUL EHSAN

Tuan,

SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJIGUNA

CHEST FREEZER LIFTING LID BERKAPASITI 540 LITER DAN 450 LITER, SERTA

CHEST FREEZER GLASS SLANTING LID BERKAPASITI 205 LITER BAGI JABATAN

PERTANIAN NEGERI SELANGOR (JPNS) (PPN.SEL. 16 / 2018 (B))

1. Adalah dimaklumkan bahawa syarikat ____________________________________

mengesahkan mengambil bahagian dalam Sebut Harga PPN.SEL. 16 / 2018 (B) untuk

Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujiguna Chest Freezer Lifting Lid

Berkapasiti 540 Liter Dan 450 Liter, Serta Chest Freezer Glass Slanting Lid Berkapasiti

205 Liter Bagi Jabatan Pertanian Negeri Selangor (JPNS). Harga yang ditawarkan dalam

sebut harga ini adalah seperti dalam Lampiran A – Tawaran Harga yang terkandung di

dalam tawaran sebut harga.

2. Syarikat bersetuju bahawa sebut harga yang ditawarkan ini sah laku (valid) selama

sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup sebut harga. Dalam tempoh tersebut syarikat

tidak boleh menarik diri daripada sebut harga ini atau meminda harga.

3. Syarikat sebagai Penyebut harga dengan ini bersetuju menerima, mematuhi dan

terikat dengan syarat-syarat sebut harga dan spesifikasi yang terkandung dalam dokumen

sebut harga. Syarikat juga telah memahami bahawa Kerajaan berhak menerima atau

menolak tawaran ini. Pihak Kerajaan juga adalah berhak mempersetujui tawaran sebut

harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

4. Sekiranya, sebut harga kami ini dipersetujui, maka pihak kami dalam masa tempoh

empat belas (14) hari dari tarikh notis setuju terima dikeluarkan akan memberi Bon

Pelaksanaan sebanyak RM_________________________________(Ringgit Malaysia :

_________________________________________________) kepada Kerajaan untuk

memastikan Kontrak dilaksanakan mengikut syarat-syarat di dalam Kontrak. (Jika berkaitan)

5. Syarikat juga faham dan bersetuju iaitu apabila Sebut Harga ini dipersetujui melalui

notis setuju terima, maka sebahagian daripada Kontrak adalah disifatkan sebagai telah

dibuat di antara Syarikat ini dengan Kerajaan.

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 18 of 19

SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6. Kami yang bertandatangan di bawah ini mengesahkan bahawa dokumen Sebut

Harga yang digunakan untuk Sebut harga ini adalah yang sebenarnya oleh syarikat ini.

Tandatangan Penyebut harga :

Nama Penyebut harga :

No. Kad Pengenalan :

Jawatan :

Nama dan Alamat Syarikat :

Cop Syarikat

Nombor Pendaftaran Syarikat :

Tarikh

Tandatangan Saksi

Nama Saksi :

No. Kad Pengenalan :

Jawatan :

Nama Dan Alamat Syarikat :

Cop Syarikat

Nombor Pendaftaran Syarikat :

Tarikh

PPN.SEL.16/2018 (B)

Page 19 of 19

SENARAI SEMAK

Sila tandakan ( / )bagi dokumen-dokumen yang disertakan.

Bil. Perkara/Dokumen Untuk Ditanda

Oleh Syarikat

Untuk Ditanda Oleh

Jawatankuasa Pembuka

Sebut Harga

1.

Cadangan Teknikal dan Kewangan (Set Asal)

yang mengandungi kesemua dokumen asal

cadangan teknikal dan kewangan.

Cadangan Teknikal (set asal dan salinan):

2. Muka Depan Lampiran Q

3. Lampiran B – Syarat Khas

4. Lampiran C – Spesifikasi dan persetujuan

penyebut harga

5. Lampiran D – Lokasi penghantaran

6. Katalog produk

7. Profil syarikat

8. Salinan sijil akuan pendaftaran dari Kementerian

Kewangan Malaysia (MOF)

9. Salinan sijil pendaftaran syarikat (SSM)

10. Salinan sijil akuan Bumiputera dari Kementerian

Kewangan Malaysia (jika ada)

Cadangan Kewangan (set asal dan salinan):

11. Muka depan Lampiran Q

12. Lampiran A – Tawaran Harga

13. Lampiran E –Surat Akuan Pembida

14. Lampiran F – Surat Akuan Penyebut Harga

15. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi 3

bulan terkini

Bagi setiap dokumen Set Salinan (sampul B dan C), nama syarikat / penyebut harga hendaklah ditutup / dihilangkan. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan tawaran tersebut tidak dipertimbangkan.

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah

membaca dan memahami semua syarat-syarat dan

terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga.

Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.

Tandatangan:

Nama:

Jawatan:

Tarikh:

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan

penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara

bil. …………………..(jika ada).

Tandatangan:

Nama:

Jawatan:

Tarikh:

Tandatangan:

Nama:

Jawatan:

Tarikh: