ppc.doc

Upload: uma-devi-verma

Post on 08-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

percubaan

TRANSCRIPT

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda

faham akan maksud dan .penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.(i) destinasi(ii) definisi(iii) defisit(iv) subversif(v) vandalisme(vi) zuriat [6 markah]

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenai pasti dan tulis subjek dan predikat dengan lengkap bagi setiap ayat dalam petikan seperti yang berikut:

Subjek :______________________________________________________________Predikat :______________________________________________________________

1.Seseorang juruterbang sering berhadapan dengan cabaran dan risiko.

2. Kerjaya ini menuntut keberanian juruterbang memandu pesawat.

3.Kemahiran memandu kapal terbang lebih sukar daripada memandu kenderaan lain.

4.Mereka perlu menjalani latihan khas di pusat latihan penerbangan.

5.Juruterbang yang berkemahiran mampu menerbangkan pesawat tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat.

6.Kecekapan amat penting dalam meneruskan kerjaya sebagai juruterbang [6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Anggota keselamatan mengetatkan kawalan di segenap pelusuk kampung itu kerana

Kejadian penceroboh yang berlaku baru-baru ini.(ii) Setiap bandaraya di dunia biasanya mempunyai padatan penduduk melebihi sejuta orang.(iii) Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka peranan hulu balang sangat

penting untuk jaminan keamanan negeri. [6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan

penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu

menyalin ayat itu semula.

(i) Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat

video klip berkenaan pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.(ii) Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang Berhormat Perdana Menten telah

mengumumkan peruntukan pendidikan sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di

negara ini.(iii) "Hadiah kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi kepada masyarakat," titah raja kepada rakyatnya. [6 markah]

(e) Baca ayat berikut kemudian nyatakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat ini

(i)Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir,semua pihak yang

bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sedia kala

(ii) Salina sering berpegang pada prinsip bahawa setiap manusia mempunyai sikap atau

tingkah laku berbeza antara satu sama lain(iii)Encik Suren meminta pelajarnya yang bernama Jia Chin membaiki komputernya

tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama

sekali [6 markah]

Skema jawapan:-Jawapan 3(a)(i) abadi -ada permulaan yang tiada pengakhiran (bkn masa, kehidupan, kenangan dsb): Kehidupan akhirat adalah kehidupan yang abadi. -wujud atau berterusan untuk selama-Iamanya (sepanjang hayat dsb), tidak berkesudahan, kekal: keamanan yang abadi; kasih sayang yang abadi;

(ii) akhlak -budi bahasa, kelakuan, tabiat Pemuda itu sudah rosak akhlaknya.

(iii) iltizam -keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu, komitmen Usaha pengembangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah disertai oleh iltizam daripada kerajaan sendiri. -penyataan berupa persetujuan (perjanjian) yang menyebabkan seseorang (sesuatu pihak) terikat (berazam) untuk melakukan sesuatu Saribuku adalah satu lagi iltizam DBP dalam usaha untuk menggalakkan budaya membaca.

(iv) istirahat -keadaan atau suasana santai Kita memerlukan istirahat yang cukup.

(v) syumul -bersifat menyeluruh dan sempurna Undang-undang Islam bersifat syumul dan universal.

(vi) zuriat -keturunan, benih, baka, anak atau anak cucu Pak Mail dan Mak Jimah tidak mempunyai zuriat walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga. [Maksimum: 6 Markah]Jawapan 3(b) Kenai pasti Subjek dan Predikat(i) subjek : Seseorang juruterbang predikat : sering berhadapan dengan cabaran dan risiko.

(ii) subjek : Kerjaya ini predikat : menuntut keberanian juruterbang memandu pesawat.

(iii) subjek : Kemahiran memandu kapal terbang predikat : lebih sukar daripada memandu kenderaan lain

(iv) subjek : Cara pengendaliannya predikat : amatlah berbeza

(v) subjek : Mereka predikat : perlu menjalani latihan khas di pusat latihan penerbangan

vi) subjek : Juruterbang yang berkemahiran . predikat : marnpu menerbangkan pesawat tanpa mengira sarna ada perjalanan itu jauh atau dekat [Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(c)(i) pelusuk - pelosok penceroboh - pencerobohan(ii) bandaraya - bandar raya padatan - kepadatan(iii) hulu balang - hulubalang jaminan - menjamin [Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(d)(i) dokumentasi - dokumentari video klip - klip video(ii) Yang Berhonnat - Yang Amat Berhormat ke - kepada(iii) hadiah - bintang / pingat dianugerahkan oleh beta - beta anugerahkan [Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (e)(i) Ikan pulang ke lubuk / belut pulang ke lumpur / berapa tinggi terbang bangau, akhimya hinggap di belakang kerbau juga / setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap ke bubungan juga / tak sungguh seluang melaut akhirnya balik ke tepi juga.(ii) Alang-alang mandi biar basah/ alang-alang berminyak biar licin / mati-mati minyak biar licin alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan(iii) Gunting dalam lipatan/duri dalam daging/api dalam sekam *Tiada 1 markah untuk soalan ini. [Maksimum : 6 markah]