powerpoint psv3017

34
TAJUK 4 KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

Upload: ieta-yahya

Post on 09-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

p.seni

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

TAJUK 4KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSRMengenal Konsep Kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV KaedahPada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

TeknikMenurut Edward M.Anthony (1963), teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat, atau strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Di antara teknik-teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru ialah; Teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan hafalan, penyoalan, sosiodrama, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, pemudahcara, sumbangsaran, permainan dan sebagainya.

TujuanTujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik perhatian pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan minat serta rasa ingin tahu seterusnya bagi mencapai objektif pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Oleh itu, teknik mengajar yang dipilh haruslah berdasarkan kepada peringkat umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Contoh teknik yang sesuai dengan aras kemahiran objektif pelajaran :-Aras Kemahiran Teknik MengajarPengetahuan Latih TubiKefahaman SyarahanAplikasi Tunjukcara (Demonstrasi)Analisis PenyoalanSintesis PerbincanganPenilaian Sumbangsaran Jadual : Perhubungan Aras Kemahiran Objektif Pengajaran dengan Teknik Mengajar

Kaedah individu dan kumpulan dalam PSVKaedah IndividuMenumpukan perhatian kepada seorang individu atau murid.Berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain.Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasan murid.Murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.

Dijalankan dalam dua matlamat mengikut tujuan dan objektifnya.Pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu tertentu.Sesuai untuk pengajaran pemulihan Memperkaya pengalaman pembelajaran individu.Belajar tanpa bergantung pada bantu guru tetapi memerlukan bimbingan guru. Sumber pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji/memahami objektif pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini.

Hubungan guru dan murid paling minima.Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing.Kaedah ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar dan cara mempelajarinya. Media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita rakaman video, dan lain-lain boleh digunakan.Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.

Kaedah KumpulanMenurut Gibb (1969) ia didefinisikan, beberapa orang individu yang mempunyai tujuan yang sama, saling berhubungan dan bertukartukar pendapat serta fikiran dan bergantung di antara satu sama lain atau berganding bahu dalam apa juga aktiviti untuk mencapai objektif mereka. L.M.Smith (1969) pula menyatakan; unit sosial yang terdiri daripada beberapa individu yang berinteraksi di antara satu sama lain, mempunyai nilai nilai yang sama dan saling bergantung di antara mereka.

Berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan guru kepada berpusatkan pelajar. Ianya bertujuan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran yang tertentu. Mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka .

Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan kembara visual.

SimulasiMurid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan.Melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa sebarang skrip.Disebut juga sebagai ambil peranan atau sosiodrama yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan.Dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar.

Berkesan terutama melibatkan aktiviti komunikatif.Membolehkan murid berinteraksi dengan menggunakan bahasa dalam situasi sosial yang disediakan olok-olok oleh guru dalam bilik darjah.Murid perlu membayangkan keadaan situasi sosial yang sebenar terlebih dahulu sebelum dapat berinteraksi dalam situasi-situasi tersebut. Guru merancang aktiviti yang melibatkan murid berlatih untuk berinteraksi dalam situasi sosial yang berlaku seharian di luar bilik darjah.Guru boleh memberi peranan-peranan tertentu kepada beberapa orang murid dan kemudian meminta mereka melakonkan peranan-peranan tersebut secara spontan.

Berkesan terutama melibatkan aktiviti komunikatif.Membolehkan murid berinteraksi dengan menggunakan bahasa dalam situasi sosial yang disediakan olok-olok oleh guru dalam bilik darjah.Murid perlu membayangkan keadaan situasi sosial yang sebenar terlebih dahulu sebelum dapat berinteraksi dalam situasi-situasi tersebut. Guru merancang aktiviti yang melibatkan murid berlatih untuk berinteraksi dalam situasi sosial yang berlaku seharian di luar bilik darjah.Guru boleh memberi peranan-peranan tertentu kepada beberapa orang murid dan kemudian meminta mereka melakonkan peranan-peranan tersebut secara spontan.

Murid mempunyai kebebasan untuk memilih sendiri bahasa yang hendak digunakan dalam situasi yang diberi oleh guru.Murid juga diberi kebebasan untuk memperkembang watak yang diberi. Dirancang oleh guru dengan teliti.Menekankan perkara berikut;-Sebelum : terangkan terlebih dahulu kepada kelas situasinya.-Sewaktu : murid-murid lain diminta memerhati. Pemain-pemain peranan harus tidak terkeluar daripada peranan mereka. Apabila tiba masa yang sesuai, guru menamatkannya.-Bincangkan peranan yang telah dilakonkan oleh murid.

SumbangsaranTeknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis. Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid. Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.

Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak ideaSuasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan.Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.Digalakkan menggunakan prinsip 5W + 1H ( What? Why? Who? Where? When? + How? )Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik.Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan.ProjekProjek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau ktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu.Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar di dalam atau di luar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu.Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek.

Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti. Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar. Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi.Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran. Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan jika dapat menyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan.

Akses KendiriSeseorang pelajar belajar apa yang ia kehendaki pada kadar sendiri di sesuatu tempat yang disediakan. Tempat ini dikenali sebagai Pusat Akses Kendiri. Ciri-cirinya memerlukan tempat yang selesa, koleksi bahan bacaan dan rujukan, setiap unit pelajaran dibahagikan kepada unit yang terkecil dan setiap unit disimpan di dalam folder yang berasingan. Setiap unit disertakan dengan arahan, latihan dan jawapan. Penggunaan Pusat Akses Kendiri terbahagi kepada, Ikut Jadual dan Tanpa Jadual Setiap pelajar mempunyai kad rekod kemajuan.Peranan guru menentukan aras kecerdasan pelajar, mengenalkan konsep akses endiri, pemudahcara (bila perlu) dan memantau rekod pencapaian dan membuat komen.Kaedah yang boleh digunakan ialah seperti terarah kendiri, mesra pengguna, Maklum balas semerta, masa kendiri, kadar kendiri dan bersendirian tanpa pengawasan.

Kembara Visual(Lawatan)Kembara visual ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung.Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran.

Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku. Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman di luar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan di sekolah.Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperimental dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar.

Garis panduan teknik membuat lawatan:

Sebelum Persediaan - tentukan tempat, objektif, tempat, jadual lawatan, agihan tugas AJK, taklimat lawatan. -Surat/panggilan telefon/layari internet jika perlu.

Semasa Perlaksanaan aktiviti ikut jadual, kawal semua murid, memberikan makluman

Selepas Tindakan susulan - adakan perbincangan tentang nilai yang terkandung dalam lawatan kesesuatu tempat itu. Ceritakan pengalaman tentang lawatan dalam kelas / persatuan / perhimpunan sekolah. Hasilkan laporan dalam pelbagai bentuk seperti buku skrap, koleksi gambar, lukisan dan lain-lain.

Teknik soal jawabMerupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan.Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan murid berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.Untuk mengesan pengetahuan asas seni murid. Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang telah ditunjuk ajar.Memberi masa untuk murid berfikir menjawab soalan.-Contohnya, guru memberi ruang masa kepada murid ketika menjawab soalan berkenaan beberapa warna harmoni yang terdapat dalam gambar tersebut.

Guru mengendalikan jawapan murid yang salah dengan baik. Misalnya, tidak memarahi murid apabila soalan yang dijawab itu salah.-Contohnya, bagus kerana menjawab, tetapi jawapan yang lebih baik ialah campuran warna primer akan menghasilkan warna sekunder. Guru perlu mendorong murid untuk menjawab sesuatu soalan yang diberi. Contohnya, guru membuat tunjuk cara untuk menghasilkan topeng muka kartun kegemaranku terlebih dahulu. Kemudian bantu murid ketika melaksanakan tugasan yang diberikan. Dorongan ini boleh dalam bentuk petunjuk-petunjuk yang dapat membantu murid-murid melaksanakan tugas dengan lebih baik. Guru meminta murid menceritakan atau menjelaskan jawapan yang tidak jelas atau tidak lengkap.

Teknik soal jawab ini boleh dilaksanakan mengikut aras rendah kepada aras tinggi. Soalan-soalan yang diberikan memerlukan laporan dari aspek perasaan, pendapat atau kegemaran, mengubah bentuk maklumat seperti membuat perbandingan, rumusan, dan menyusun semula nilai maklumat yang diberikan misalnya, melaksanakan tugasan berdasarkan prosedur yang diberikan.Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar, dapat mengapresiasikan sesuatu karya estetik dengan lebih baik di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Teknik memberi arahanGuru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti.Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan prose yang dicadangkan oleh Gallahue (1995) Tujuan teknik ini;- Mengawal penuh pengajaran - Memilih aktiviti - Menentukan bagaimana dan bila - Mengawal tingkah laku - Menilaikeputusan - Menjimatkan masa untuk membuat percubaan

Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahiran yang digunakan. Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut Guru mengarahkan murid-murid mengeluarkan bahan dan alat.Guru meminta murid-murid duduk dalam kumpulan. Murid-murid menjalankan aktviti kolaj dalam kumpulan. Guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua kumpulan.Guru menunjukkan cara-cara menghasilkan hasil kerja.Kumpulan yang dapat menyiapkan hasil kerja dengan segera diminta untuk bersedia untuk aktiviti pembentangan. Guru meminta murid-murid lain memberi respon / komen tentang hasil rakan-rakan mereka.Guru memberi bimbingan kepada murid-murid selepas membuat pembentangan.

Teknik tunjuk cara(Demonstrasi)Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, kemahiran hidup, lukisan, gimnastik atau proses pengajaran yang menjalankan sesuatu aktiviti.Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan.

Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah.Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen.Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah. Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran.Tiga jenis tunjuk cara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.

Untuk menghasilkan pembelajaran melalui tunjuk cara yang berkesan, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut:

Sebelum demonstrasi Guru hendaklah mematuhi topik, objektif, dan kandungan tunjuk cara.Alatan dan bahan disediakan.Tempat demonstrasi hendaklah jelas dan mudah dilihat.

Semasa demonstrasi Guru hendaklah memandang ke arah pelajar semasa penerangan.Terangkan semula sekiranya ada yang tidak jelas.

Selepas demonstrasi Bincangkan dengan pelajar tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat rumusan dengan tepat. Teknik penerangan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber P&P.Menurut Edward M. Antony;1963, kemahiran guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Kaedah membentuk teknik seperti teknik bercerita (teknik penyampaian) Satu muslihat, strategi atau kemahiran digunakan guru dengan tujuan mencapai objektif pelajaran secara optimum.Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru.

Mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan hukum.Memperkenalkan pengetahuan dan pengalaman.Mengakumulasikan maklumat untuk membentuk hukum.Membentuk kesimpulan daripada contoh-contoh tertentu.Pengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh.Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif.

Membentuk satu tatacara yang berkesan bagi mengajar kemahiran bahasa iaitu memahami, menulis dan bertutur. Generalisasi pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit.Contoh-contoh yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi.Contoh hendaklah bertepatan dengan isi pelajaran.Contoh mestilah betul supaya murid dapat meniru dan menghasilkan contoh yang lain. Cara mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak persediaan.Teknik ini patut dan sesuai digunakan oleh kerana secara tradisinya, guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.