powered by our values tataniaga

52
TATANIAGA POWERED BY OUR VALUES

Upload: others

Post on 31-Oct-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

TATANIAGAP O W E R E D B YOUR VALUES

Page 2: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

i

Page 3: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

ii

Page 4: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

iv NILAI TERAS

PENGENALAN2 Nilai Teras 2 Integriti 2 Hormat 2 Inisiatif 3 Tujuan Tataniaga Kita 3 Tanggungjawab dan Kebertanggungjawaban4 Tanggungjawab Tambahan Pengurus dan Penyelia4 Audit, Penyiasatan dan Tindakan Disiplin

CARA MENDAPATKAN BANTUAN6 Mendapatkan Bimbingan7 Melaporkan Kebimbangan7 Tiada Tindakan Balas

PEMEGANG SAHAM10 Melindungi Aset ON Semiconductor11 Maklumat Sulit dan Maklumat Proprietari12 Privasi12 Media Sosial dan Penggunaan Internet14 Maklumat Dalaman dan Perdagangan Sekuriti15 Ketepatan Rekod Syarikat15 Menyediakan Maklumat Kewangan15 Tanggungjawab Khas16 Merekodkan dan Mengekalkan Komunikasi Perniagaan

PEKERJA DAN PENGARAH18 Sentiasa Saling Hormat Menghormati18 Pengelakan Gangguan19 Keselamatan dan Kesihatan

PARA PELANGGAN DAN PENGGUNA21 Kualiti dan Keselamatan Produk22 Jualan dan Pemasaran22 Maklumat Sulit Pelanggan22 Kerajaan Sebagai Pelanggan

RAKAN NIAGA24 Menjalankan Perniagaan dengan Orang Lain 24 Agen dan Perunding 24 Subkontraktor 24 Usaha Sama dan Pakatan25 Amalan Pembelian25 Maklumat Sulit Rakan Niaga

PESAING27 Maklumat Mengenai Pesaing28 Persaingan Secara Adil dan Antitrust

KOMUNITI30 Perkhidmatan Komuniti30 Aktiviti Komuniti Peribadi30 Aktiviti Politik ON Semiconductor31 Persekitaran32 Berkomunikasi dengan Khalayak Luar

KERAJAAN34 Undang-undang Antirasuah35 Merentasi Sempadan Negara36 Sekatan Ekonomi dan Boikot 36 Pengubahan Wang Haram

KONFLIK KEPENTINGAN38 Panduan Am38 Pekerjaan Luar39 Keahlian Lembaga Pengarah39 Ahli Keluarga dan Perhubungan Peribadi40 Pinjaman kepada Para Pekerja dan Pengarah 40 Pelaburan40 Peluang Perniagaan Korporat41 Hadiah dan Hiburan 41 Hadiah dan Hiburan yang Diterima oleh Pekerja dan Pengarah ON Semiconductor 42 Hadiah dan Hiburan yang Diberikan oleh atau disediakan oleh ON Semiconductor43 Perjalanan 43 Pembiayaan Perbelanjaan Perjalanan 43 Pembiayaan Perjalanan43 Penepian Tataniaga43 Pentafsiran

ADENDUM46 Kod Akses AT&T dan Nombor Talian Penting Etika ON Semiconductor mengikut Negara

iii

Page 5: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

NILAI TERASIntegriti • Hormat • Inisiatif

Kita adalah sebuah syarikat yang berasaskan prestasi dan komited kepada pertumbuhan yang menguntungkan, operasi bertaraf dunia,

kualiti yang menjadi tanda aras dan memberikan nilai pelanggan dan pemegang saham yang unggul.

Kita semua hendaklah mengamalkan nilai teras ini demi menjadikan ON Semiconductor tempat yang hebat untuk bekerja.

iv

Page 6: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

PENGENALAN

1

Page 7: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

PENGENALAN

Nilai Teras

Masa akan berubah. Produk kita akan berubah. Warga kita akan berubah. Pelanggan kita akan berubah. Apa yang tidak akan berubah ialah komitmen kita kepada nilai teras syarikat.

2

Nilai teras kita mentakrifkan siapa diri kita sebagai individu dan sebagai wakil ON Semiconductor. Kita adalah Syarikat yang berasaskan prestasi dan komited kepada pertumbuhan yang menguntungkan, operasi pengeluaran bertaraf dunia, kualiti yang menjadi penanda aras dan memberikan nilai pelanggan dan pemegang saham yang unggul. Dengan mengamalkan nilai teras syarikat yang mendukung integriti, rasa hormat dan inisiatif, kita semua melaksanakan tanggung jawab kita dalam menjadikan Syarikat sebagai sebuah tempat yang hebat untuk bekerja.

Integriti Kita kotakan apa yang kita katakan dan kita katakan apa yang kita maksudkan. Syarikat kita telah menetapkan standard yang tinggi untuk produk dan kelakuan individu. Reputasi kita bergantung pada standard kelakuan beretika yang tertinggi. Kita bertanggungjawab untuk menyampaikan komitmen kita tepat pada masa diiringi dengan kualiti yang tertinggi. Kita menangani isu secara objektif, menggunakan fakta dan maklum balas yang membina dalam persekitaran kerja yang mana kita tidak takut berhadapan dengan perbincangan atau pertanyaan terbuka. Apabila keputusan telah dibuat, kita bekerja bersungguh-sungguh untuk menyokongnya. Kita mematuhi semua keperluan undang-undang dan kita berpegang kepada standard kelakuan beretika yang tertinggi.

HormatKita saling melayan antara satu sama lain dengan bermaruah dan hormat. Kita berkongsi maklumat dan menggalakkan pandangan berbeza dalam persekitaran yang terbuka dan penuh kejujuran. Kita saling mempamerkan sikap yang terbaik di antara satu sama lain, mengiktiraf bahawa kepelbagaian latar belakang dan pengalaman adalah kekuatan yang utama. Kita semua mencapai kejayaan apabila kita menyokong sesama kita.

InisiatifKita menghargai mereka yang bersikap “boleh-buat” yang positif, dan bekerja dalam satu pasukan untuk berjaya. Kita bekerja dengan bijak, cepat membuat keputusan, pada masa yang sama sentiasa mengekalkan komitmen kita untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa serta standard yang diguna pakai. Jika terdapat sesuatu masalah, kita menanganinya menerusi penyelesaian segera dan bertindak secara beretika.

Setiap seorang daripada kita dikehendaki menunjukkan nilai-nilai teras ini sebagai pekerja ON Semiconductor. Nilai-nilai ini diamalkan bersama oleh semua—para pekerja dan juga pengarah tanpa perbezaan.

Page 8: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

Tujuan Tataniaga Kita

Tanggungjawab dan Kebertanggungjawaban

3

Tataniaga kita adalah panduan untuk membantu kita mematuhi standard etika Syarikat kita yang tinggi—dan kita sendiri. Ia meringkaskan banyak undang-undang yang diguna pakai sebagai pekerja di ON Semiconductor. Ia juga mencerminkan nilai etika yang kita kongsi. Sudah tentu, mematuhi undang-undang adalah salah satu bahagian daripada budaya beretika. Kita mesti menjalankan perniagaan selaras dengan nilai teras syarikat.

Tataniaga kita tidak meliputi setiap situasi yang mungkin kita hadapi dalam urusan

perniagaan harian kita. Sebaliknya, Tataniaga ini menekankan isu utama dan mengenal pasti dasar dan sumber untuk membantu kita membuat keputusan yang betul untuk diri sendiri dan juga untuk ON Semiconductor. Kita mempunyai tanggungjawab untuk mengetahui dan mengikuti semua dasar dan prosedur Syarikat, termasuk yang dirujuk dalam Tataniaga syarikat.

Untuk mendapat akses kepada dasar dan prosedur yang dirujuk dalam Tataniaga ini, sila layari ethics.onsemi.com.

Sebagai pekerja, pegawai dan pengarah ON Semiconductor, kita semua mempunyai tanggungjawab peribadi untuk membaca dan mematuhi Tataniaga dan undang-undang syarikat. Kita menghendaki para pelanggan, pembekal, ejen, perunding, penerima lesen, kontraktor, pembekal perkhidmatan dan rakan niaga kita yang lain supaya mengikuti prinsip yang sama. Dengan itu, kami tidak sekali-kali akan meminta mana-mana pihak ketiga ini untuk terlibat dalam sebarang aktiviti yang kita sendiri tidak akan libatkan diri. Di mana jua kita menjalankan perniagaan, kita juga dikehendaki untuk mematuhi semua undang-undang, peraturan, kawal selia dan standard yang berkuat kuasa. Jika berlaku konflik antara Tataniaga syarikat dan undang-undang tempatan, ikut standard yang lebih ketat atau dapatkan panduan sebelum bertindak. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai tindakan yang menyalahi undang-undang yang tidak beretika yang disyaki, rujuk pada pengurus, penyelia, Bahagian Perhubungan Pematuhan dan Etika (“CEL”) anda atau Ketua Pegawai Pematuhan dan Etika (“CCEO”) anda.

Jika anda mengetahui tentang pelanggaran Tatakelakuan kita atau undang-undang, sebenar atau kemungkinan, anda berkewajipan melaporkannya dengan segera kepada pengurus anda, penyelia, CEL atau CCEO. Anda juga boleh melaporkan kebimbangan anda kepada mana-mana anggota Jabatan Undang-undang atau Jabatan Sumber Manusia. Jika anda memilih untuk membuat laporan anda secara tanpa nama—sekiranya dibenarkan oleh undang-undang tempatan—anda boleh mengemukakan laporan menggunakan Talian Penting Pematuhan dan Etika (“Talian Penting Etika”).

Di samping itu, ON Semiconductor adalah ahli kepada Gabungan Wakil Industri Elektronik (EICC). Keahlian kita bermaksud kita komited terhadap Tatalaku EICC menerusi semua operasi dalaman kita, di samping rantaian bekalan kita. Kakitangan pengurusan dan operasi khususnya dikehendaki menyemak semula Tatalaku EICC dan menggunakannya dalam bidang tanggungjawab mereka masing-masing. Tatalaku EICC boleh didapati di http://www.eiccoalition.org/standards/code-of-conduct/.

Page 9: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

Tanggungjawab Tambahan Pengurus dan Penyelia

Audit, Penyiasatan dan Tindakan Disiplin

Kita semua mempunyai kewajipan untuk melaporkan pelanggaran yang disyaki terhadap Tataniaga kita dan undang-undang. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada kita yang mempunyai peranan sebagai seorang pemimpin, memikul tanggungjawab tambahan untuk menghalang pelanggaran terhadap Tataniaga syarikat daripada berlaku. Para pengurus dan penyelia dikehendaki berkelakuan mengikut tataetika syarikat, sama ada dalam bentuk kata-kata mahupun tindakan. Jika anda seorang pengurus atau penyelia, anda bertanggungjawab untuk menggalakkan komunikasi yang terbuka dan jujur. Anda mesti menunjukkan nilai positif

dengan menunjukkan rasa hormat dan tanpa perasaan berat sebelah terhadap semua rakan setugas anda. Anda hendaklah dengan tekun dan teliti memantau, mengkaji semula dan menghalang kelakuan yang tidak beretika dan menyalahi undang-undang di ON Semiconductor. Jika anda seorang pengurus atau penyelia yang mengetahui kelakuan sedemikian atau yang menerima laporan tentang kelakuan sedemikian, anda mesti memaklumkan CEL atau CCEO yang berkaitan atau jabatan Undang-undang atau Jabatan Sumber Manusia, dengan segera.

Syarikat kita menyiasat semua laporan salah laku yang sebenar atau yang disyaki. Maklumat yang dilaporkan akan dianggap sebagai sulit dan rahsia, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan. CCEO kita, dengan penyelarasan bersama Jabatan Audit Dalaman Korporat, juga mungkin melakukan audit

pematuhan terhadap Tataniaga kita, sekiranya perlu.

Pelanggaran Tataniaga syarikat dan/atau undang-undang akan membawa kepada tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan perkhidmatan.

4

Page 10: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

CARA MENDAPATKAN

BANTUAN5

Page 11: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

CARA MENDAPATKAN BANTUAN

Mendapatkan bantuan dan melaporkan kebimbangan adalah bahagian penting dalam mengekalkan budaya beretika kita. Dasar pintu terbuka memberi kita kebebasan untuk mendekati mana-mana peringkat pengurusan untuk mengemukakan kebimbangan kita. Syarikat kita juga telah mewujudkan Talian Hangat Etika, yang boleh dihubungi melalui telefon atau melalui internet. Semasa menggunakan Talian Hangat Etika, anda boleh meminta untuk tidak menyatakan nama, di mana dibenarkan oleh undang-undang tempatan. Semua laporan yang dibuat dengan benar akan dilayan dengan segera dan secara profesional, tanpa risiko pembalasan.

Kita seharusnya melaporkan sebarang situasi yang kita percaya, dengan niat baik, bahawa individu yang bekerja untuk atau bagi pihak Syarikat telah melanggar Tataniaga atau dasar syarikat kita, atau undang-undang. Jika anda menyaksikan sebarang pelanggaran atau yang berpotensi, hubungi mana-mana pihak berikut:

• CEL anda

• CCEO

• Mana-mana kakitangan Jabatan Undang-undang atau Jabatan Sumber Manusia

• Pengurus atau penyelia anda

• Talian Hangat Etika

Mendapatkan Bimbingan

6

Page 12: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

7

Tiada Tindakan Balas

Anda seharusnya merasa bebas untuk melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang atau Tataniaga yang disyaki tanpa merasa gentar bahawa pekerjaan anda akan terjejas. Pihak ON Semiconductor tidak akan bertolak ansur sekiranya individu yang melaporkan kebimbangan terhadap pelanggaran Kod Etika, menerima tindakan balas. (Anda membuat aduan “suci hati” jika anda membuat usaha yang jujur untuk memberikan maklumat yang tepat.) Sesiapapun yang mengambil

sebarang tindakan sebagai pembalasan terhadap anda kerana membuat laporan yang benar akan tertakluk kepada tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan perkhidmatan. Begitu juga, membuat laporan yang palsu juga tidak boleh diterima, dan mungkin menyebabkan anda dikenakan tindakan disiplin.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Dasar Tiada Tindakan Balas kita.

Talian Hangat Etika boleh dihubungi melalui talian bebas tol, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Penterjemah disediakan dalam semua bahasa yang dituturkan oleh pekerja dan pengarah ON Semiconductor. Selain itu, soalan dan laporan boleh dibuat kepada Talian Hangat Etika dalam talian internet seperti laman web yang tersenarai di bawah. Jangan lupa bahawa penggunaan Talian Hangat Etika tertakluk pada undang-undang dan peraturan tempatan. Jika anda tidak tahu siapa CEL anda, sila hubungi Jabatan Undang-undang atau layari ethics.onsemi.com.

Talian Hangat Etika boleh diakses di mana-mana negara yang kita hadir dengan ketara, dengan syarat had tertentu mungkin dikuatkuasakan sebagaimana yang diperlukan oleh undang-

undang setempat. Sebarang perubahan kepada prosedur yang mentadbir urus penggunaan dan operasi Talian Hangat Etika akan dimaklumkan kepada semua pekerja. Jika anda tidak pasti sama ada anda mempunyai maklumat yang paling terkini berhubung Talian Hangat Etika, sila rujuk kepada CCEO, Jabatan Undang-undang atau CEL untuk mendapatkan maklumat terkini.

Talian Hangat Etika: A.S. atau Kanada: 1-844-935-0213

Semua Lokasi Lain: Lihat Adendum kepada Tatalaku ini untuk mengetahui pecahan terperinci mengikut negara

Dalam talian: helpline.onsemi.com

Talian terus CCEO: 1-602-244-5226

Melaporkan Kebimbangan

Page 13: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

8

Page 14: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

PEMEGANG SAHAM

9

Page 15: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

PEMEGANG SAHAM

10

Melindungi Aset ON Semiconductor

Di ON Semiconductor, kita memelihara integriti aset, maklumat dan dokumen kita untuk manfaat para pemegang saham kita.

Kita telah diamanahkan oleh pihak Syarikat dan pemegang saham untuk menjaga dan melindungi aset Syarikat. Kita mesti melindungi aset-aset ini daripada hilang, rosak, salah guna atau kecurian. Ini termasuk dana, produk dan rangkaian serta juga sistem komputer kita. Kita hendaklah menggunakannya hanya untuk tujuan perniagaan yang sah di sisi undang-undang.

Meskipun anda kadangkala mungkin menggunakan sesetengah sumber ini secara sampingan peribadi, sebarang penggunaan seperti ini hendaklah dipastikan pada kadar minimum dan hendaklah mematuhi dasar Syarikat kita. ON Semiconductor boleh mengakses dan memeriksa semua sumber Syarikat yang anda guna untuk aktiviti peribadi, seperti komputer, pelayan dan sistem, telefon, sistem mel suara, meja, lokar, kenderaan dan peralatan lain milik ON Semiconductor.

Selanjutnya, anda tidak boleh mengharapkan sebarang privasi peribadi berhubung sebarang penggunaan peribadi. Misalnya, sebarang mesej atau rekod yang dibuat atau dihantar melalui sistem ON Semiconductor—termasuk dokumen elektronik, e-mel, mel suara dan mesej segera—tanpa mengira sama ada anda mempunyai kata laluan atau sistem pemfailan peribadi. Atas sebab-sebab yang berkaitan dengan keselamatan, penyeliaan, kawalan keselamatan dan perkara lain yang dipertimbangkan, ON Semiconductor mungkin memeriksa individu dan harta di premis Syarikat pada bila-bila masa tanpa notis tertakluk pada undang-undang yang berkuat kuasa.

S: Sudah beberapa tahun saya bekerja dengan pasukan yang sama di kilang ON Semiconductor, dan perhubungan saya dengan rakan sekerja saya agak rapat. Walau bagaimanapun, saya mengesyaki salah seorang daripada rakan sekerja saya mungkin menjalankan kegiatan mencuri logam berharga daripada Syarikat. Pada mulanya saya menyedari dia memasukkan beberapa barang daripada almari bekalan ke dalam poketnya. Saya tidak berkata apa-apa pada waktu itu, kerana saya tidak fikir ia sesuatu perkara yang besar. Sekarang saya dapati kiraan produk tidak tepat. Saya tidak dapat memastikan sama ada beliau yang mencuri barang-barang tersebut, tetapi saya rasa beliau mungkin melakukannya. Patutkah saya melaporkan kesangsian saya, walaupun saya tidak pasti?

J: Ya. Jika benar, ini melanggar Tataniaga kita dan undang-undang. Walaupun rakan sekerja anda tidak bertanggungjawab ke atas barang yang hilang, ia amatlah penting untuk melaporkan kelakuan beliau kepada pengurus, penyelia atau CEL anda. Dengan cara itu, rakan sekerja anda dapat menerima bantuan, jika diperlukan, dan pihak Syarikat boleh mengelakkan kerugian yang jauh lebih besar. Ingat bahawa anda tidak akan berhadapan dengan tindakan balas kerana melaporkan kebimbangan anda dengan niat yang jujur.

Page 16: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

Maklumat Sulit dan Maklumat Proprietari

Kita semua mempunyai tugas untuk menjaga dan melindungi maklumat sulit dan maklumat proprietari (hak milik) Syarikat. Kita mesti mengklasifikasikan maklumat tersebut dengan sewajarnya, dan menyimpannya dengan selamat dan mengehadkan akses kepada mereka yang mempunyai keperluan perniagaan untuk mengetahuinya. Had ini terpakai kepada pihak ketiga, dan juga rakan sekerja ON Semiconductor. Selain daripada itu, kita mesti beringat untuk tidak membincangkan maklumat tersebut di tempat awam di mana orang lain boleh mendengarnya. Maklumat sulit dan maklumat proprietari syarikat termasuk:

• Reka bentuk produk atau perisian, proses, teknik, kompilasi atau formula.

• Maklumat kontrak pelanggan dan/atau harga.• Cadangan perniagaan dan/atau jawapan

kepada permintaan cadangan oleh pelanggan.

• Maklumat dan data belanjawan syarikat.• Data, analisis atau laporan kewangan

syarikat bukan awam.• Buku log kejuruteraan, buku nota, folder

pembangunan, lukisan, dsb., yang berkaitan dengan data teknikal yang dijana bagi produk atau proses baharu.

• Rancangan pasaran, pelan strategik terperinci produk (roadmap), atau penilaian risiko.

• Kenyataan akhbar (sebelum pengumuman rasmi).

• Fail pekerja, maklumat peribadi kakitangan (data gaji, rekod peribadi atau keluarga, dsb.) dan rekod perubatan.

• Pelan perniagaan jangka panjang dan pelan perniagaan strategik.

• Kata laluan komputer.

Jika anda mempunyai keperluan perniagaan untuk mendedahkan maklumat sulit dan maklumat proprietari syarikat kepada pihak ketiga, pihak ketiga tersebut hendaklah menandatangani perjanjian ketakdedahan (nondiclosure) sebelum menerima maklumat ini. Kita mempunyai tugas untuk melindungi maklumat tersebut pada setiap masa. Malah, tanggung jawab kita berterusan walaupun selepas kita menamatkan perkhidmatan.

Sebagaimana kita menghendaki orang lain menghormati hak harta intelektual kita, kita hendaklah menghormati hak orang lain. Ini bererti mengikuti pengaturan pelesenan dan pengaturan serupa yang lain, di samping menghormati hak mereka dalam hal maklumat sulit, rahsia perdagangan atau harta intelektual orang lain. Jika anda tidak pasti sama ada anda berhak untuk menggunakan atau menyalin perisian atau bahan boleh dihak cipta lain bagi kerja anda (termasuk perisian sumber terbuka), sila hubungi Jabatan Undang-undang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Polisi Pengelasan, Penandaan dan Perlindungan Maklumat Proprietari atau Sulit. Sila tanya pengurus atau penyelia anda jika anda tidak pasti di mana untuk mendapatkan dasar-dasar tersebut. Lihat juga seksyen “Merentasi Sempadan Negara” Kod Tatacara yang berkaitan dengan sekatan pendedahan tambahan.

S: Sebagai pekerja di ON Semiconductor, saya telah membantu membangunkan dan melaksanakan proses kejuruteraan baharu yang telah mempertingkatkan perniagaan kita. Saya merasa bangga terhadap sumbangan saya dalam bahagian ini, dan ingin menyarankan proses-proses ini kepada syarikat lain selaku perunding. Adakah saya dibenarkan berbuat demikian?

J: Tidak. Proses kejuruteraan dan proses lain dianggap sebagai maklumat rahsia sulit Syarikat, dan tidak boleh dikongsi di luar ON Semiconductor. Mendedahkan maklumat ini kepada pihak ketiga boleh merosakkan reputasi dan kedudukan daya saing kita. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai apa yang mungkin dianggap maklumat rahsia dan sulit, rujuk pada CEL, CCEO atau Jabatan Undang-undang anda sebelum berkongsi maklumat. Tambahan pula, jika anda mempertimbangkan pekerjaan luar, lihat seksyen “Konflik Kepentingan” dalam Tataniaga ini untuk maklumat lanjut.11

Page 17: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

Privasi

Media Sosial dan Penggunaan Internet

12

Kita berusaha untuk melindungi maklumat peribadi pekerja, pelanggan dan orang lain dengan kawalan yang sewajarnya. Sesiapa dalam kalangan kita yang mempunyai akses kepada maklumat peribadi hendaklah menjaganya daripada penggunaan atau pendedahan yang tidak wajar atau tanpa izin dan ikuti semua dasar dan protokol keselamatan Syarikat yang berkenaan untuk mengendalikan maklumat ini, serta undang-undang privasi dan perlindungan data yang berkenaan dengan kerja anda.

Sebagaimana yang kita perlu melindungi maklumat peribadi, kita juga perlu bertanggungjawab untuk melindungi data dan maklumat sulit pihak ketiga. Kita tidak boleh sekali-kali menggunakan atau mendedahkan sebarang maklumat sulit pihak ketiga kecuali dengan keizinan mereka yang jelas. Anda seharusnya merujuk pada Jabatan Undang-undang atau Sumber Manusia sebelum menghantar maklumat seperti ini ke luar Syarikat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Polisi Privasi.

Syarikat mengakui bahawa pekerjanya menerokai dan terlibat dalam komuniti sosial dan dalam talian. Kita hendaklah mendekati dunia dalam talian dalam cara yang sama seperti kita mendekati dunia fizikal—dengan menggunakan pertimbangan yang teguh dan akal—dan dengan mematuhi nilai Syarikat, Inisiatif, Integriti dan Hormat. Sama ada pekerja memilih untuk menyertai rangkaian sosial, blog, wiki atau sebarang bentuk penyiaran atau perbincangan dalam talian adalah berdasarkan pada keputusannya sendiri. Syarikat mengiktiraf bahawa platform kolaborasi dalam talian yang baru muncul kini mengubah cara individu dan organisasi berkomunikasi dan mengiktiraf kepentingan menyertai perbualan-perbualan dalam talian ini. Dengan yang demikian, kita komited untuk memastikan bahawa kita semua menyertai media sosial dalam talian dalam cara yang betul.

Sebagai sebahagian daripada komitmen kita untuk melindungi maklumat proprietari syarikat —seperti maklumat pelanggan, maklumat produk, rahsia perdagangan dan maklumat lain yang tidak boleh didedahkan kepada umum disebabkan sensitiviti maklumat tersebut – kita tidak boleh sekali-kali mendedahkan maklumat proprietari sulit menerusi penggunaan laman-laman ini. Kita juga hendaklah memastikan bahawa kita tidak menyatakan pandangan

peribadi kita sebagai pandangan Syarikat atau menyiarkan bahan yang tidak wajar atau menjelikkan, atau bahan yang melanggar dasar Syarikat. Contoh mesej tidak boleh diterima yang berpunca daripada atau berkaitan dengan Syarikat termasuk:

• Kata-kata yang memperkecil-kecilkan atau yang memfitnah ON Semiconductor atau para pengarah, pekerja atau pemegang sahamnya

• Kata-kata yang memperkecil-kecilkan atau memfitnah pesaing kita

• Pernyataan yang berasaskan bangsa, akidah, warna kulit, usia, jantina, kecacatan fizikal atau orientasi seks

• Pernyataan mengenai produk atau perkhidmatan Syarikat yang tidak tepat, mengelirukan atau tidak benar

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Polisi Media Sosial dan dasar yang berkaitan. Jika anda tidak pasti mengenai di mana untuk mendapatkan dasar ini, sila bertanya kepada pengurus atau penyelia anda.

Page 18: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

Jika anda mendedahkan maklumat sulit Syarikat menerusi laman media sosial atau perangkaian, hapuskan penghantaran anda dengan segera dan laporkan pendedahan kepada pengurus atau penyelia anda, CEL atau Jabatan Undang-undang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai apa yang membentuk maklumat dalaman, sila lihat seksyen yang berikut.

S: Saya sering menyertai beberapa laman perangkaian sosial, di mana saya menyatakan saya adalah pekerja ON Semiconductor. Saya tidak pernah menggunakan Facebook atau LinkedIn semasa bekerja, dan jarang menceritakan tentang kerja saya. Baru-baru ini, selepas melalui perundingan yang agak lama, saya berjaya memperoleh kontrak baharu dengan organisasi yang terkemuka untuk Syarikat. Saya menghantar catatan di Facebook bahawa kerja keras saya telah mendatangkan hasil, dan bahawa saya akhirnya telah berjaya memperoleh kontrak dengan organisasi tersebut. Saya juga telah mendedahkan nama organisasi tersebut kerana ia sebuah syarikat pegangan awam, dan akaun Facebook saya adalah peribadi. Bolehkah ini dilakukan?

J: Tidak. Walaupun menyertai media sosial boleh menjadi cara yang baik untuk mewujudkan peluang perniagaan untuk Syarikat, kita sama sekali tidak boleh mendedahkan maklumat sulit dan proprietari ON Semiconductor kepada orang ramai yang tidak perlu mengetahui maklumat perniagaan tersebut. Walaupun tetapan akaun anda pada perangkaian sosial ditetapkan sebagai “peribadi,” besar kemungkinan anda masih lagi berkongsi maklumat dengan ramai orang yang tidak mempunyai keperluan perniagaan untuk mengetahuinya. Dengan memperkenalkan diri anda sebagai pekerja di ON Semiconductor, dan mendedahkan satu urus janji baharu yang masih lagi belum diumumkan kepada khalayak ramai, anda meletakkan diri anda dan ON Semiconductor pada risiko yang serius. Maklumat ini boleh dianggap sebagai “maklumat dalaman,” yang akan melanggar undang-undang sekuriti di samping Polisi Perdagangan Dalaman dan Polisi Pendedahan. Di samping ini, kontrak itu sendiri mungkin tertakluk pada peruntukan kerahsiaan yang melarang pendedahan.

13

Page 19: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

14

Maklumat Dalaman dan Perdagangan Sekuriti

Sepanjang tugas kita di ON Semiconductor, kita mungkin terjumpa maklumat mengenai Syarikat kita atau syarikat dagangan awam lain yang dianggap sebagai maklumat dalaman. “Maklumat dalaman” adalah bahan,maklumat bukan awam yang dianggap penting oleh pelabur apabila mereka membuat keputusan untuk membeli, menyimpan atau menjual saham. Beberapa contoh biasa mengenai maklumat dalaman termasuklah:

• Pengambilalihan atau memasuki pasaran baharu tanpa pengumuman

• Maklumat bukan awam mengenai keputusan kewangan Syarikat

• Litigasi yang tertangguh atau terancam

• Perkembangan produk baharu yang penting

• Perubahan dalam pengurusan kanan

Kita tidak dibenarkan untuk berdagang dalam sekuriti atau pelaburan yang serupa berdasarkan maklumat dalaman. Melakukan perkara tersebut dipanggil “perdagangan orang dalam,” dan menyalahi undang-undang kebanyakan negara di tempat kita menjalankan perniagaan. Kita juga mesti mengelakkan daripada “memberikan maklumat” kepada orang lain—atau memberikan maklumat dalaman kepada mereka supaya mereka boleh membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat dalaman. Memberikan maklumat juga menyalahi undang-undang di bawah undang-undang perdagangan orang dalam.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Polisi Perdagangan Dalaman kita. Jika anda mempunyai soalan mengenai perdagangan dalaman saham ON Semiconductor, sila hubungi Jabatan Undang-undang sebelum anda menjalankan sebarang urus niaga sekuriti.

S: Saya terdengar seorang eksekutif berkata bahawa Syarikat kita sedang merancang untuk menjual satu barisan perniagaan utama. Adakah saya dibenarkan membeli atau menjual saham Syarikat berdasarkan maklumat yang saya terdengar ini?

J: Tidak. Kita tidak dibenarkan untuk berdagang dalam sekuriti ON Semiconductor berdasarkan maklumat dalaman. Dalam hal ini, maklumat yang anda terdengar, berkemungkinan adalah maklumat bukan awam yang material. Jika ini berlaku, anda seharusnya menghubungi Jabatan Undang-undang sebelum sebarang transaksi yang melibatkan sekuriti. Untuk mendapatkan butiran lanjut, sila rujuk Polisi Perdagangan Dalaman kita.

Page 20: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

Ketepatan Rekod Syarikat

Menyediakan Maklumat Kewangan

Tanggungjawab Khas

15

Rekod Syarikat kita membentuk asas untuk laporan kewangan dan pendedahan awam lain. Oleh itu, memasukkan dan melaporkan maklumat yang telus dan tepat adalah penting untuk membuat keputusan perniagaan yang bertanggungjawab. Ini termasuk data perniagaan, seperti kualiti, rekod keselamatan dan kakitangan, dan juga semua rekod kewangan. Sebagai sebuah syarikat awam, amat penting bahawa maklumat yang kita serahkan dalam rekod Syarikat kita adalah lengkap, tepat pada masa, benar dan boleh difahami. Rekod tidak lengkap atau tidak tepat pada masanya boleh merosakkan reputasi Syarikat, dan membuatkan ON Semiconductor dan individu yang terlibat tertakluk kepada liabiliti undang-undang.

Semua buku kewangan, rekod dan akaun mesti mencerminkan urus niaga dan maklumat yang betul dan tepat. Kita sekali-kali tidak boleh membuat kemasukan yang salah atau palsu. Selanjutnya, kita mestilah sentiasa mematuhi prinsip perakaunan, dan juga kawalan dalaman Syarikat. Sebagai contoh, apabila pembayaran dibuat, ia hanya boleh digunakan untuk tujuan yang dinyatakan dalam dokumen sokongan. Jika anda mengesyaki sebarang ketidaklaziman perakaunan atau pengauditan atau penipuan, anda hendaklah melaporkannya dengan segera.

Kadangkala, kita mungkin akan dipanggil untuk memberikan maklumat untuk laporan awam. Syarikat kita mengharapkan kita untuk memikul tanggungjawab ini dengan serius. Semasa proses itu, kita mesti memberikan jawapan segera dan tepat kepada pertanyaan yang berkaitan dengan keperluan pendedahan awam. Sila maklum

bahawa memperoleh dan memberikan maklumat perniagaan dan kewangan yang lengkap dan tepat adalah penting untuk kita mematuhi undang-undang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat Polisi Pendedahan kita.

Jabatan Kewangan, beberapa pegawai Syarikat yang tertentu dan pengarah ON Semiconductor mempunyai tanggungjawab khas untuk menggalakkan integriti dalam Syarikat. Mereka dikehendaki untuk memastikan ketetapan dan kelengkapan pendedahan awam yang Syarikat sediakan. Disebabkan oleh peranan khas ini, individu berikut dikehendaki untuk mengetahui dan memahami undang-undang pendedahan kewangan yang berkaitan dengan kerja mereka:

• Setiap ahli Lembaga Pengarah

• Ketua pegawai eksekutif

• Ketua kewangan eksekutif

• Ketua pegawai perakaunan atau pengawal perakaunan, atau orang yang menjalankan fungsi yang serupa

• Setiap kakitangan Jabatan Kewangan ON Semiconductor Corporation dan setiap daripada subsidiarinya

Page 21: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

Merekodkan dan Mengekalkan Komunikasi Perniagaan

16

Pelanggaran terhadap undang-undang pendedahan kewangan akan dipandang sebagai kesalahan besar yang boleh menyebabkan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan kerja. Ini termasuk kegagalan untuk melaporkan potensi pelanggaran yang dilakukan oleh orang lain. Jika anda percaya bahawa pelanggaran telah berlaku, hubungi

CCEO atau Jabatan Undang-undang. Jika anda lebih suka membuat laporan secara tanpa nama, di mana dibenarkan oleh undang-undang, anda boleh menyerahkan laporan kepada Talian Hangat Etika. Jangan lupa, bahawa bertindak balas terhadap seseorang yang membuat laporan pelanggaran dengan niat baik adalah bertentangan dengan dasar Syarikat.

Kadangkala, rekod dan komunikasi perniagaan kita mungkin boleh menjadi umum. Ini boleh berlaku melalui litigasi, penyiasatan kerajaan atau media. Di samping memastikan rekod adalah jelas, benar, dan tepat, kita juga mesti mengekalkan penampilan profesionalnya. Elakkan penokoktambahan, bahasa yang berbunga-bunga, tekaan, kesimpulan undang-undang, kata-kata yang menghina atau mengenai sifat manusia dan syarikat. Ini termasuk komunikasi bagi semua jenis, termasuk e-mel dan nota atau memo tidak formal. Rekod hendaklah diuruskan mengikut dasar pengekalan dan pengurusan rekod syarikat.

Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin menerima notis bahawa dokumen yang anda uruskan diperlukan dalam kaitan dengan tuntutan mahkamah atau proses siasatan kerajaan. Jika anda menerima notis tersebut, anda tidak boleh cuba untuk mengubah, menutup atau menghapuskan maklumat yang relevan. Jika anda tidak pasti maklumat mana yang relevan, hubungi Jabatan Undang-undang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Polisi Pengekalan/Pemusnahan Rekod syarikat. Sila tanya pengurus atau penyelia anda jika anda tidak pasti di mana untuk mendapatkan dasar ini.

S: Satu daripada tanggungjawab saya di ON Semiconductor ialah memasukkan maklumat pesanan pelanggan. Baru-baru ini, pengurus saya meminta saya membuat sedikit pelarasan pada satu pesanan. Secara khususnya, beliau menyuruh saya mempercepatkan tarikh penghantaran yang tercatat untuk menaikkan jualan suku tahun ini. Ia kelihatan tidak normal kepada saya, tetapi saya telah melakukan apa yang disuruh. Saya tidak harus mempersoalkan tindakan pengurus saya dalam situasi ini, bukankah begitu?

J: Ya, anda patut mempersoalkan tindakannya. Jika sesuatu kelihatan salah kepada anda—walaupun pengurus anda adalah orang yang menyuruh anda melakukannya—anda hendaklah melaporkan kepada sumber yang anda rasa selesa, seperti CEL anda, CCEO, Jabatan Undang-undang atau Talian Hangat Etika. Dalam hal ini, pengurus anda mungkin meminta anda merekodkan pesanan pelanggan secara tidak tepat. Tindakan ini mengkompromikan integriti rekod kita dan boleh meletakkan ON Semiconductor—dan anda serta pengurus anda—pada risiko liabiliti undang-undang. Dengan membuat laporan, anda melakukan perkara yang betul untuk diri anda, untuk ON Semiconductor dan untuk pemegang saham.

Page 22: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

PEKERJA DAN PENGARAH

17

Page 23: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

PEKERJA DAN PENGARAH

Sentiasa Saling Hormat Menghormati

Pengelakan Gangguan

Di ON Semiconductor, kita menghormati maruah sesama kita.

18

Sebagai syarikat global, kita menghargai kepelbagaian individu dari seluruh dunia. Syarikat kita menyedari untuk berjaya ia perlu menerima pelbagai pandangan, idea, kepercayaan dan amalan. Kita menerima perbezaan ini dengan saling hormat menghormati dan memberikan layanan yang saksama pada setiap masa. Untuk tujuan itu, kita komited untuk mencegah amalan seperti buruh paksa dan perdagangan manusia. ON Semiconductor menyediakan waktu kerja yang munasabah, pampasan yang adil, dan layanan yang berperikemanusiaan kepada semua orang yang melakukan kerja bagi pihak kita. Kita mengharapkan pelanggan, pembekal dan rakan niaga yang lain mematuhi prinsip yang sama. Melalui amalan ini, kita telah menjadikan nilai teras sebagai amalan seharian.

Di samping itu, ON Semiconductor tidak membenarkan sebarang diskriminasi. Setiap

pengambilan pekerjaan berdasarkan kepada kelayakan, bakat dan pencapaian—bukan pada sifat yang dilindungi oleh undang-undang. Sifat tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, bangsa, agama, warna kulit, negara asal, jantina, gender, identiti gender atau ekspresi gender, usia, ketidakupayaan, status perkahwinan, orientasi seksual, maklumat genetik, status ketenteraan dan veteran atau apa-apa ciri yang dilindungi undang-undang lain. Kita mematuhi undang-undang, syarat, standard dan peraturan di mana sahaja kita menjalankan perniagaan. Ini termasuk undang-undang berkenaan diskriminasi, pengambilan pekerja bawah umur, upah dan jumlah waktu bekerja. Kita juga memberi kelonggaran yang munasabah sebagaimana yang diperlukan oleh mereka yang kurang upaya dan menurut kepercayaan dan amalan agama.

Menghormati satu sama lain sebagai individu juga bermaksud kita tidak melibatkan diri dalam kelakuan yang mengganggu ketenteraman. Gangguan mungkin bersifat seksual atau bukan seksual. Ia boleh berbentuk lisan, fizikal atau visual dan takrifannya mungkin berubah dari satu negara ke satu negara yang lain. Di ON Semiconductor, bagaimanapun, gangguan adalah sebarang kelakuan yang mempunyai tujuan atau kesan mewujudkan persekitaran kerja yang mengancam, saling bermusuhan dan menyeksakan. Contoh gangguan termasuk:

• Komen yang menghina, mencemar nama baik atau memanggil dengan nama yang tidak disenangi

• Gangguan seksual yang tidak diingini• Memperlihatkan atau menunjukkan gerak

isyarat yang menyakitkan hati atau menghina• Menyerang, membuli, menakut-nakutkan

atau melakukan sentuhan yang tidak diingini

Walau apa pun bentuk kelakuan yang ditunjukkan, kelakuan yang biadab, mengganggu atau menyakitkan hati tidak boleh diterima di ON Semiconductor. Jika anda tidak selesa dengan kelakuan rakan sekerja, anda digalakkan untuk bersuara. Anda boleh melaporkan jika berlaku sebarang gangguan kepada pengurus, penyelia atau CEL anda, menyerahkan laporan kepada Talian Hangat Etika atau menghubungi CCEO. Sentiasa ingat bahawa ON Semiconductor tidak akan mentoleransi sebarang tindakan pembalasan terhadap anda kerana membuat laporan.

Page 24: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

19

Keselamatan dan Kesihatan

Syarikat kita komited untuk memastikan tempat kerja kita bebas daripada bahaya. Kita semua bertanggungjawab untuk mengekalkan persekitaran kerja yang selamat. Kita melakukan ini, sebahagiannya, dengan mengikut semua peraturan dan amalan keselamatan dan kesihatan yang telah disediakan. Apabila kemalangan atau kecederaan berlaku, kita mempunyai tanggungjawab untuk melaporkannya. Perkara yang sama diguna pakai terhadap kelengkapan, amalan atau keadaan yang kita percaya tidak selamat. Jika anda mengesyaki sebarang isu yang mempunyai potensi kesihatan atau keselamatan, dapatkan nasihat daripada wakil kesihatan dan keselamatan anda, atau CEL anda.

Persekitaran yang selamat dan sihat adalah satu persekitaran yang juga bebas daripada keganasan. Kita tidak boleh sama sekali bertindak dengan cara yang mengancam atau menakutkan. Sebarang kelakuan yang ganas

atau mengancam hendaklah dilaporkan dengan segera kepada penyelia, jabatan keselamatan tempatan atau jabatan Sumber Manusia. Jika anda atau rakan sekerja anda berada dalam keadaan cemas, hubungi pihak berkuasa tempatan.

Seterusnya, Syarikat kita komited kepada tempat kerja yang bebas daripada penggunaan dadah haram atau penyalahgunaan alkohol, yang boleh mencegah kita daripada melakukan pekerjaan kita dengan selamat dan berkesan. Bekerja di bawah pengaruh dadah atau alkohol mewujudkan risiko terhadap kita dan juga rakan sekerja kita. Oleh itu, kita dilarang memiliki, mengedarkan atau berada di bawah pengaruh dadah haram atau menggunakan preskripsi ubat-ubatan tidak seperti yang disarankan semasa berada di premis Syarikat, atau semasa menjalankan tugas. Tambahan pula, kita tidak boleh berada di bawah pengaruh alkohol sewaktu menjalankan perniagaan Syarikat.

S: Baru-baru ini, negara asal saya telah menjadi berita utama di kaca TV akibat pergelutan politiknya. Sesetengah daripada rakan sekerja saya secara hormat telah bertanyakan pandangan saya mengenai perkara tersebut dan saya tidak keberatan apabila ditanya mengenainya. Walau bagaimanapun, seorang rakan sekerja berulang kali membuat komen yang kurang sensitif mengenai budaya saya dan membuat tanggapan stereotaip terhadap saya berdasarkan apa yang telah didengarinya. Apabila saya tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap penghinaannya, beliau akan mengeluarkan pernyataan yang lebih buruk daripada sebelumnya. Apabila saya mengancam untuk melaporkan kepada penyelia kami, beliau memberitahu saya bahawa semua itu hanyalah sekadar gurauan dan saya tidak sepatutnya terasa hati. Saya berada dalam situasi yang serba salah. Apakah yang patut saya lakukan dalam situasi seperti ini?

J: Rakan sekerja anda telah mengganggu anda, dan ia meletakkan anda dalam situasi yang sungguh tidak selesa di tempat kerja. Anda sudah pun memberitahu rakan sekerja anda bahawa perangainya tidak boleh diterima—sekarang anda hendaklah mengambil tindakan dan melaporkan kepada penyelia anda, atau sumber lain yang anda berasa selesa untuk berbincang. Jangan biarkan rakan sekerja yang menyakitkan hati itu berjaya memujuk anda daripada melaporkan kelakuannya. ON Semiconductor tidak akan bertoleransi terhadap komen yang menghina dan membuli di tempat kerja, dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam semua kes gangguan.

Page 25: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

PARA PELANGGAN DAN PENGGUNA

20

Page 26: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

PARA PELANGGAN DAN PENGGUNAON Semiconductor dipacu untuk memenuhi dan melangkaui jangkaan pelanggan kita.

Kualiti dan Keselamatan Produk

21

Kita mengekalkan reputasi tinggi Syarikat dengan mengeluarkan produk yang selamat dan berkualiti. Kita melakukannya dengan memastikan kita mematuhi semua proses kualiti dan keperluan keselamatan yang tersedia di lokasi di mana kita bekerja. Kita juga mematuhi semua standard dan peraturan yang berkuat kuasa terhadap pembangunan, perkilangan, jualan dan pengedaran produk kita. Kita

merosakkan nama baik kita jika kita menghantar produk atau perkhidmatan yang gagal mencapai standard yang tinggi seperti yang ditetapkan oleh Syarikat kita. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan berkaitan dengan kualiti dan keselamatan produk, anda hendaklah merujuk kepada pengurus, penyelia anda atau Jabatan Kualiti.

21

Page 27: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

22

Jualan dan Pemasaran

Maklumat Sulit Pelanggan

Kerajaan Sebagai Pelanggan

Kita membina perhubungan jangka panjang dengan pelanggan kita menerusi kejujuran dan integriti. Justeru, setiap maklumat pemasaran dan pengiklanan produk kita hendaklah sentiasa tepat dan benar. Kita tidak pernah mengeluarkan mesej yang mengelirukan secara sengaja atau tidak memasukkan fakta penting mengenai produk atau perkhidmatan kita. Di samping itu, kita tidak membuat tuntutan yang salah atau memperkecil-kecilkan tawaran pesaing kita.

Kita berurusan secara adil dan saksama dengan setiap pelanggan kita, dan juga pembekal dan rakan niaga yang lain. Kita hanya menerima tawaran perniagaan yang sah di sisi undang-undang atau secara beretika. Rasuah atau wang sogokan tidak boleh sekali-kali diterima. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai hadiah pelanggan, perjalanan atau keraian, sila rujuk kepada seksyen “Konflik Kepentingan” Tataniaga ini.

Kita melindungi maklumat peribadi pelanggan dan pengguna kita secara berhati-hati sama seperti kita melindungi maklumat peribadi kita. Hanya mereka yang mempunyai keperluan untuk mengetahui maklumat sulit dibenarkan untuk

mendapat akses kepadanya. Jangan sekali-kali menyalahgunakan maklumat tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai topik ini, sila rujuk seksyen “Maklumat Proprietari Sulit” Tataniaga ini.

Apabila berurusan dengan kerajaan sebagai pelanggan, kita perlu mematuhi undang-undang, peraturan dan prosedur yang berkaitan dengan tender am kerajaan. Undang-undang tersebut amnya mengenakan had yang ketat mengenai hadiah, keraian dan perjalanan yang ditawarkan kepada penjawat awam. Undang–undang tersebut juga merangkumi pengambilan penjawat awam yang masih bertugas atau yang baharu bersara dan juga keluarga mereka. Selain daripada itu, undang-undang ini juga merangkumi sebarang kelakuan yang mungkin mewujudkan, atau seolah-olah mewujudkan pengaruh yang tidak wajar. Banyak undang-undang lain secara tegas mentadbir amalan perakaunan dan pembayaran yang digunakan untuk memenuhi kontrak dan subkontrak

kerajaan. Kita memastikan kita sentiasa mematuhi semua undang-undang, syarat dan kontrak yang dikenakan kepada kita di seluruh dunia. Apabila kita mengambil pembekal atau subkontraktor untuk memenuhi komitmen kita, kita memaklumkan kepada mereka untuk mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang sama kepada mereka.

Jika anda berurusan dengan penjawat awam atau terlibat dengan kontrak kerajaan, anda bertanggungjawab untuk mengetahui dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila rujuk kepada pengurus, penyelia, CEL atau Jabatan Undang-undang anda.

Page 28: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

RAKAN NIAGA

23

Page 29: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

24

Menjalankan Perniagaan dengan Orang Lain

Membina perhubungan yang berkualiti dengan syarikat yang sealiran memberikan ON Semiconductor kelebihan daya saing.

RAKAN NIAGA

Kita hanya menjalankan perniagaan dengan rakan niaga yang boleh mempertingkatkan reputasi kita dan menambah nilai kepada para pemegang saham kita. Untuk mencapainya, kita bekerjasama dengan syarikat yang mengamalkan nilai yang sama dengan nilai syarikat kita. Kita tidak bekerjasama dengan pihak ketiga yang bertindak secara yang tidak sah atau tidak beretika. Kita mahu memastikan rakan niaga kita mematuhi undang-undang persekitaran, pekerjaan, keselamatan dan antirasuah setempat. Rakan niaga ON Semiconductor juga diharapkan untuk mematuhi Tataniaga kita.

Agen dan Perunding Wakil penjual, pengedar, ejen, pencari dan perunding kita dibayar yuran dan kadar komisen yang setimpal. Ini bermaksud nilai produk yang diterima, atau tugasan yang dijalankan diberikan pampasan secara saksama dan adil. Kita tidak membayar komisen atau yuran yang kita mempunyai sebab untuk mempercayai ia boleh dianggap seperti atau akan menjadi rasuah.

SubkontraktorSubkontraktor memainkan peranan penting dalam memenuhi kebanyakan tawaran kontrak kita. Subkontraktor yang dipilih mesti memelihara dan mempertingkatkan reputasi kita dengan bertindak secara konsisten dengan Tataniaga syarikat.

Usaha Sama dan PakatanON Semiconductor hanya menjadi rakan niaga dengan syarikat yang berkongsi komitmen kepada etika seperti kita.

S: Saya mengekalkan perhubungan dengan beberapa pembekal ON Semiconductor. Baru-baru ini saya mendapati bahawa salah sebuah syarikat pembekal tersebut sedang disiasat atas kesalahan pembuangan bahan berbahaya tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Saya kemudiannya membuat penyelidikan melalui maklumat awam yang tersedia dan mendapati bahawa pembekal tersebut pernah dikenakan denda atas kegiatan yang sama sebelum ini. Saya merasakan ini akan menjejaskan reputasi Syarikat jika kita meneruskan hubungan dengan syarikat tersebut. Apakah yang perlu saya lakukan?

J: Kebimbangan anda adalah wajar. Ia jelas menunjukkan pembekal ini mempunyai sejarah mengamalkan dasar perniagaan yang bertentangan dengan undang-undang dan tidak beretika. Anda digalakkan untuk melaporkan maklumat yang anda peroleh kepada Organisasi Rantaian Bekalan Global kita, CEL anda, Talian Hangat Etika atau CCEO untuk membantu ON Semiconductor menyiasat perkara ini sepenuhnya. Selepas mengkaji semua fakta, ON Semiconductor boleh memutuskan sama ada hendak menamatkan hubungan perniagaan dengan syarikat tersebut. Dalam apa jua hal, anda melakukan perkara yang betul dengan mengetengahkan kebimbangan anda.

Page 30: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

Amalan Pembelian

Maklumat Sulit Rakan Niaga

Setiap keputusan pembelian adalah berteraskan kepentingan Syarikat. Pembekal memperoleh tawaran perniagaan kita disebabkan oleh kualiti produk atau perkhidmatan, harga, penghantaran dan kualiti mereka. Kita menyimpan semua perjanjian pembelian dan komitmen yang dipersetujui. Sesiapa antara kita yang memikul tanggungjawab pembelian juga mesti mengenal pasti dengan jelas semua yang berikut:

• Perkhidmatan atau produk yang perlu disediakan

• Asas untuk pembayaran perolehan

• Kadar atau yuran yang berkaitan

Perlu diingatkan bahawa kita hanya membuat pembayaran yang bersamaan dengan perkhidmatan atau produk yang disediakan. Tiada tolak ansur terhadap rasuah.

Kita melindungi maklumat rakan niaga kita yang sensitif, istimewa atau sulit sama seperti melindungi maklumat kita. Maklumat sulit hendaklah dikongsi dengan mereka yang mempunyai kepentingan perniagaan untuk

berurus niaga dengan mereka sahaja. Di samping itu, kita mengharapkan rakan niaga kita untuk melindungi maklumat sulit yang kita berikan kepada mereka.

25

Page 31: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

PESAING

26

Page 32: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

PESAINGKita bersaing secara agresif dan dengan integriti.

Maklumat Mengenai Pesaing

s: Baru-baru ini saya menghadiri persidangan industri, di mana wakil daripada pesaing-pesaing ON Semiconductor turut menghadirinya. Persidangan telah diadakan di salah sebuah pusat peranginan mewah. Semasa saya pergi ke pusat perniagaan untuk mencetak pas masuk penerbangan pulang, saya terdengar perbualan beberapa orang sedang berbincang mengenai perkembangan produk baharu. Saya sedar bahawa mereka adalah pekerja untuk salah sebuah syarikat pesaing utama ON Semiconductor dan mereka tidak mengenali saya. Maklumat yang saya dengar mungkin amat berguna untuk ON Semiconductor. Apakah yang perlu saya lakukan?

J: Jika anda mendapati diri anda dalam situasi yang mana maklumat persaingan didedahkan, jangan teruskan mendengarnya. Kemungkinan besar, maklumat tersebut adalah sulit dan anda tidak sepatutnya mendengarnya. Biarkan pihak lain tahu yang anda tidak sengaja terdengar mengenainya, dan bahawa mereka hendaklah meneruskan perbualan mereka secara sulit. Semasa anda pulang dari persidangan, laporkan situasi tersebut kepada pengurus, penyelia atau CEL anda untuk dokumentasi. Paling penting, jika maklumat itu adalah sulit, jangan gunakan atau berkongsi maklumat yang anda dengar kerana Tindakan itu tidak beretika dan mungkin menyalahi undang-undang.

Syarikat kita mengetahui dan menghargai kepentingan memperoleh maklumat mengenai pesaing kita. Bagaimanapun, kita mesti menggunakan cara yang mematuhi undang-undang dan beretika untuk mengumpulkan maklumat bersaingan tersebut. Ini bermaksud bahawa kita tidak sekali-kali boleh:

• Mencuri maklumat proprietari.

• Memperoleh maklumat dagangan sulit tanpa persetujuan pemilik

• Mendapatkan maklumat daripada kakitangan pesaing yang telah berhenti atau masih bertugas mengenai maklumat sulit syarikat mereka

• Menyalahgunakan identiti atau niat kita untuk mendapatkan akses kepada maklumat bukan awam

Jika anda terjumpa rahsia perdagangan dalaman atau maklumat sulit mengenai syarikat lain atau para pesaing, anda hendaklah melaporkannya kepada pengurus atau penyelia anda dengan serta-merta. Jangan gunakan atau dedahkannya kepada orang lain. Jika anda mempunyai soalan mengenai sama ada pengumpulan maklumat adalah sah di sisi undang-undang atau beretika, hubungi pengurus, penyelia anda, CEL, CCEO atau Jabatan Undang-undang anda. Anda juga boleh menyerahkan soalan anda menggunakan Talian Hangat Etika.

27

Page 33: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

28

Persaingan Secara Adil dan Antitrust

Kita mematuhi undang-undang “persaingan” atau “antitrust” di kebanyakan negara di mana kita menjalankan perniagaan. Undang-undang persaingan wujud untuk memelihara perdagangan bebas di pasaran. Ia membolehkan pengguna mendapatkan produk dan perkhidmatan berkualiti pada harga yang berpatutan. Undang-undang ini adalah kompleks dan berbeza daripada satu negara dengan satu negara yang lain. Ia secara amnya melarang daripada terlibat dengan perjanjian formal atau tidak formal dengan pesaing yang menyekat perdagangan. Ini termasuk:

• Memperuntukkan atau mengehadkan pelanggan, kontrak, wilayah atau produk dan perkhidmatan

• Menetapkan harga atau syarat jualan

• Mengehadkan pengeluaran atau penyelidikan dan pembangunan

• Menolak untuk menjalankan perniagaan dengan, atau “memboikot,” pelanggan atau pembekal

• Menetapkan piawaian ciri produk atau perkhidmatan yang tersedia

• Menahan daripada menjual atau memasarkan sesetengah produk atau perkhidmatan tertentu

• Mencuba untuk memonopoli atau menghapuskan persaingan

Malah, amat penting untuk diingati bahawa bahkan bayangan seolah-olah berlaku perjanjian antara pesaing juga boleh melanggar undang-undang persaingan. Amalkan sikap berhati-hati semasa menghadiri mesyuarat persatuan dagangan atau mesyuarat lain dan acara di mana pesaing ON Semiconductor mungkin hadir. Jika wakil pesaing cuba untuk membincangkan mana-mana topik di atas dengan anda, hentikan perbualan dengan segera. Tunjukkan dengan jelas yang anda tidak menyertai sebarang perjanjian dengan pesaing ini. Kemudian, dengan segera laporkan insiden tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai undang-undang persaingan, dan bagaimana ia diguna pakai kepada kerja anda, sila dapatkan nasihat daripada CCEO atau Jabatan Undang-undang.

S: Baru-baru ini saya terserempak dengan seorang rakan dari kolej yang kini bekerja dengan satu daripada pesaing kita. Dia bertanya saya tentang ON Semiconductor dalam cara yang membuat saya rasa dia mungkin mahu bekerja di sini. Dia kemudiannya membuat kejutan dengan memberitahu saya bahawa jika Syarikat kita meningkatkan harga, syarikatnya akan ada ruang untuk mengenakan bayaran lebih untuk produk mereka juga. Apakah yang harus saya lakukan?

J: Pertama, hentikan perbualan. Pastikan rakan anda jelas bahawa anda tidak mahu terlibat dalam perbualan antipersaingan. Jangan lupa, bahawa persefahaman tidak formal antara pesaing sekalipun boleh melanggar Tataniaga kita, dasar kita dan undang-undang persaingan. Kemudian, laporkan situasi ini kepada Jabatan Undang-undang atau CCEO sebagai susulan.

Page 34: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

KOMUNITI

29

Page 35: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

30

Perkhidmatan Komuniti

Aktiviti Komuniti Peribadi

Aktiviti Politik ON Semiconductor

ON Semiconductor merupakan warganegara yang bertanggungjawab di semua komuniti di mana kita menjalankan perniagaan.

KOMUNITI

Kita berkhidmat kepada masyarakat dengan menyediakan inovasi cekap tenaga. Di samping itu, kita menyokong dengan aktifnya komuniti di mana kita beroperasi. Kita percaya bahawa menghulurkan sumbangan kepada komuniti global akan mempertingkatkan budaya beretika dan membuatkan ON Semiconductor sebagai

sebuah tempat yang lebih baik untuk bekerja. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program tajaan Syarikat dan peluang menjadi sukarelawan, sila hubungi wakil Sumber Manusia setempat anda.

Selain daripada banyak program dan organisasi yang disokong ON Semiconductor, Syarikat kita menggalakkan kita untuk menyumbang kepada pertubuhan yang penting kepada kita sebagai individu. Kita semua bebas untuk menyokong komuniti, badan amal dan organisasi politik dan perjuangan pilihan kita. Bagaimanapun, kita mesti menyatakan dengan jelas bahawa pandangan dan tindakan kita adalah bukan bagi pihak ON Semiconductor. Kita mesti memastikan bahawa aktiviti luar kita tidak mengganggu prestasi kerja kita atau membahayakan reputasi Syarikat.

Jika anda memilih untuk menyokong sebarang organisasi atau perjuangan, anda mungkin tidak boleh mendesak rakan sekerja untuk menyokong atau menyumbang kepada perjuangan ini. Ini termasuk pertubuhan bersifat politik, agama atau amal. Di samping itu, jangan sekali-kali cuba untuk mempengaruhi pekerja ON Semiconductor yang lain atau pengarah untuk berkongsi atau menyatakan pandangan anda.

Penyertaan dalam aktiviti politik adalah bidang yang sangat sensitif dan kompleks, dan undang-undang yang ketat mentadbir aktiviti politik kita sebagai sebuah Syarikat. Atas sebab ini, ON Semiconductor tidak membuat sebarang sumbangan politik kepada calon individu. Sebagai individu, kita tidak boleh menggunakan nama, dana, waktu kerja kakitangan, harta, peralatan atau perkhidmatan Syarikat untuk menyokong calon individu atau untuk jawatankuasa yang menyokong atau membangkang calon; pastikan bahawa pandangan dan aktiviti politik anda tidak dianggap sebagai pandangan dan aktiviti politik ON Semiconductor.

Permintaan bagi sumbangan untuk menyokong parti atau jawatankuasa politik, atau untuk menyokong atau membantah cadangan atau inisiatif undian, hendaklah dirujuk kepada CCEO atau Jabatan Undang-undang. Aktiviti melobi atau menghubungi kerajaan bagi pihak Syarikat hendaklah diselaraskan dengan Ketua Jabatan Hal Ehwal Kerajaan di bawah Jabatan Undang-undang.

Page 36: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

Persekitaran

Kita menghormati persekitaran tempat kita tinggal dan bekerja. Ini bermaksud, kita mematuhi semua undang-undang persekitaran yang berkuat kuasa di semua negara di mana kita operasi. Syarikat kita juga komited untuk melindungi persekitaran kita dengan meminimumkan kesan operasi kita. Kita mengendalikan perniagaan dalam cara yang memupuk penggunaan mampan sumber semula jadi dunia. Sebagai pekerja dan pengarah ON Semiconductor, kita menyokong komitmen ini dengan mematuhi dasar dan program persekitaran Syarikat.

Jika anda mengesyaki bahan berbahaya sedang mencemari persekitaran, atau dikendalikan atau dibuang dengan cara yang tidak wajar, segera maklumkan wakil Kesihatan dan Keselamatan Alam Sekitar di lokasi anda. Anda juga boleh menghubungi CEL anda, Talian Hangat Etika atau CCEO untuk melaporkan insiden seperti ini.

S: Saya bekerja di salah sebuah kilang ON Semiconductor di mana saya terdedah kepada bahan berbahaya. Syarikat kita mempunyai prosedur yang jelas yang digariskan untuk mengendalikan bahan-bahan ini. Walau bagaimanapun, ketika saya keluar dari bangunan semasa rehat, saya telah menyaksikan dua orang rakan sekerja saya telah membuang bahan berbahaya terus ke dalam bekas bahan buangan dan tidak mematuhi protokol. Saya tidak boleh membayangkan mengapa mereka melakukan perkara itu. Adakah saya perlu memberitahu seseorang?

J: Ya, anda hendaklah melaporkan apa yang anda lihat dengan segera. Apa yang rakan sekerja anda sedang lakukan bukan sahaja berbahaya, malah ia bertentangan dengan undang-undang. Bahan berbahaya dikawal atur dengan ketat dan mesti dibuang dengan cara yang betul. Melakukan yang sebaliknya meletakkan persekitaran, komuniti sekeliling dan Syarikat kita—termasuk rakan sekerja kita— terdedah kepada risiko.

31

Page 37: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

32

Berkomunikasi dengan Khalayak Luar

Kita perlu bercakap dengan satu suara kerana ia adalah budaya dan operasi penting kita sebagai warga kerja ON Semiconductor. Ini bagi memastikan komunikasi yang profesional dan konsisten merentasi seluruh dunia. Atas sebab ini, hanya jurucakap yang telah dilantik sahaja dibenarkan untuk memberikan maklum balas kepada atau berkomunikasi dengan pihak luar—terutamanya ahli media, penganalisis industri, penganalisis kewangan dan pelabur. Melalui para jurucakap ini, kita mengelakkan daripada kata-kata kita dipetik di luar konteks oleh pemberita atau ahli media atau organisasi luar yang lain.

Jika anda menerima permintaan daripada media untuk mendapatkan maklumat, untuk ditemu bual atau untuk mengarang rencana atau membentangkan kertas kerja, anda hendaklah merujuk permintaan tersebut kepada kakitangan Perhubungan Media, yang akan mengendalikan permintaan atau memberikan sokongan dan panduan. Untuk mendapatkan butiran lanjut, sila rujuk laman Perhubungan Media kita.

Begitu juga, permintaan daripada penganalisis kewangan dan pemegang saham hendaklah ditujukan kepada ketua Perhubungan Pelabur. Apabila berkaitan dengan komunikasi luar, kita bertanggungjawab untuk mematuhi Polisi Pendedahan kita.

Kita dikehendaki bekerjasama jika terdapat permintaan untuk mendapatkan maklumat daripada agensi kerajaan dan penggubal undang-undang. Maklumat yang kita berikan kepada mereka mestilah benar dan tepat. Jangan sekali-kali mengubah atau memusnahkan dokumen atau rekod yang berkaitan dengan penyiasatan atau permintaan undang-undang lain.

Anda juga hendaklah merujuk kepada CCEO atau Jabatan Undang-undang sebelum memberikan maklum balas terhadap sebarang permintaan yang di luar kebiasaan. Jika anda ragu-ragu, tanya salah satu daripada sumber yang ada untuk mendapat panduan.

S: Saya adalah pekerja ON Semiconductor. Semasa waktu lapang, saya menyumbangkan kepada blog berkaitan dengan industri, di mana saya meramalkan dan membincangkan perubahan dalam pasaran dan juga kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan. Saya berhati-hati untuk tidak berkongsi sebarang maklumat bermilik sulit ON Semiconductor, sumbangan saya adalah maklumat yang tersedia secara umum semata-mata. Selepas memasukkan maklumat terbaru dalam blog baru-baru ini, saya telah dihubungi oleh wartawan mengenai penglibatan ON Semiconductor dalam litigasi yang masih lagi tertangguh. Kebetulan saya mengetahui bahawa pernyataan ini adalah tidak benar. Saya memberikan maklum balas kepada wartawan tersebut untuk memaklumkannya tentang perkara ini. Saya juga memberitahunya perasaan kurang senang saya kerana beliau menghubungi saya secara peribadi untuk bertanya mengenai Syarikat. Adakah saya perlu memberitahu sesiapa mengenai perkara ini?

J: Ya, anda perlu. Surat-menyurat anda dengan wartawan adalah tidak wajar. Jika ahli media menghubungi anda secara langsung untuk bertanyakan soalan mengenai ON Semiconductor, anda janganlah memberikan sebarang maklum balas. Anda hendaklah menerangkan keadaan yang membawa kepada wartawan menghubungi anda hinggalah ke Jabatan Perhubungan Media (Komunikasi Luar), supaya ON Semiconductor boleh memastikan yang anda bertindak dalam skop Polisi Pendedahan kita dan dasar yang berkaitan. Memberikan maklum balas kepada wartawan ini tanpa diberikan kebenaran membolehkan kebarangkalian maklumat yang diberikan adalah kurang tepat. Jika dalam keraguan, bertanya sebelum bertindak. Di samping itu, untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai penggunaan media sosial, sila lihat seksyen “Media Sosial dan Penggunaan Internet” Tataniaga ini.

Page 38: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

KERAJAAN

33

Page 39: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

34

Undang-undang Antirasuah

Kita mematuhi undang-undang negara di tempat kita menjalankan operasi.

KERAJAAN

Kita semua mesti mematuhi undang-undang antirasuah di mana sahaja kita menjalankan perniagaan, tanpa pengecualian. Ini termasuk Akta Perbuatan Rasuah Luar Negara A.S (FCPA), yang diguna pakai kepada perniagaan kita secara global, dan undang-undang antirasuah sama yang berkuat kuasa dalam setiap negara di mana kita menjalankan perniagaan. Secara amnya, undang-undang antirasuah, melarang penawaran atau pembayaran apa-apa yang mempunyai nilai—termasuk tunai, hadiah, perjalanan, jamuan makan dan keraian—kepada mana-mana pegawai kerajaan untuk mempengaruhi tugas rasmi dan untuk mengekalkan atau memperoleh perniagaan. Pegawai atau kakitangan kerajaan pada sebarang peringkat—termasuk pekerja kesatuan buruh, parti politik dan perusahaan milik kerajaan atau di bawah kawalan kerajaan, dan juga calon untuk jawatan awam— boleh dianggap sebagai “pegawai kerajaan.”

Kita juga mesti memastikan bahawa pengedar, ejen, perunding dan rakan niaga kita yang lain menahan diri daripada membabitkan diri dalam perbuatan rasuah bagi pihak kita. Kita tidak boleh membuat sebarang bayaran kepada rakan niaga atau mana-mana pihak ketiga, sekiranya ia akan digunakan untuk pembayaran yang dilarang. Apabila kita membabitkan diri dengan rakan niaga, kita melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka menunjukkan standard kelakuan beretika yang tinggi.

Banyak undang-undang antirasuah memerlukan kita mengekalkan buku dan rekod yang tepat dan telus. Kita semua, tanpa mengira negara mana kita bekerja, mesti mematuhi keperluan-keperluan ini, walaupun di tempat yang mana perbuatan rasuah mungkin dijangka atau menjadi kebiasaan.

Sebagai peringatan, Syarikat kita melarang semua bentuk rasuah, bukan hanya rasuah yang membabitkan pegawai kerajaan. Lihat seksyen “Jualan dan Pemasaran,” “Menjalankan Perniagaan dengan yang Lain,” “Amalan Pembelian” dan “Hadiah dan Keraian” Tata ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

S: Saya kini sedang menyelia pasukan yang sedang menaik taraf kemudahan pengilangan ON Semiconductor yang baharu. Penguatkuasaan undang-undang setempat telah menghentikan pembinaan, disebabkan tempoh permit telah luput. Saya tidak fikir dakwaan ini adalah sah, tetapi itulah sahaja caranya menahan kita daripada meneruskan projek ini, jadi saya memohon untuk mendapatkan pembaharuan permit. Ejen penguatkuasaan undang-undang yang saya sedang bekerjasama meminta saya membayar mereka yuran untuk mengaktifkan semula permit. Apakah yang perlu saya lakukan?

J: Jangan bayar ejen sebarang wang sehingga anda telah bercakap dengan CEL anda, CCEO atau Jabatan Undang-undang. Anda kemungkinan diminta untuk membayar rasuah, yang dilarang oleh FCPA dan undang-undang antirasuah di banyak negara di mana kita bekerja. Ejen penguatkuasaan undang-undang dianggap sebagai pegawai kerajaan, dan undang-undang yang mentadbir urus interaksi kita dengan mereka adalah sangat tegas. Membayar rasuah kepada mereka bukan sahaja tidak beretika—ia juga menyalahi undang-undang. Anda boleh menerima panduan yang betul dari Jabatan Undang-undang ON Semiconductor dengan melaporkan insiden tersebut dengan segera.

Page 40: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

35

Merentasi Sempadan Negara

Sebagai sebuah syarikat global, kita mengedarkan produk kita ke seluruh dunia. Dalam urusan pengimportan atau pengeksportan, kita mematuhi undang-undang, peraturan dan sekatan A.S, negara dan antarabangsa lain. “Eksport” berlaku semasa produk, perkhidmatan, teknologi atau maklumat dihantar kepada warga di negara lain—tanpa mengira di mana mereka berada. Ia juga boleh berlaku apabila teknologi, maklumat teknikal atau perisian disediakan dalam apa jua cara—termasuk secara verbal—kepada warga negara lain. Sebelum anda membabitkan diri dalam sebarang aktiviti eksport, tentukan kelayakan lokasi dan penerima penghantaran. Anda juga mesti memperoleh semua lesen dan permit yang diperlukan serta membayar semua duti yang berkaitan.

Selain daripada itu, “pengimportan” berlaku apabila kita membawa masuk barang atau perkhidmatan dari satu negara ke satu negara lain. Aktiviti ini juga tertakluk kepada pelbagai undang-undang dan peraturan. Terutamanya, pengimportan mungkin memerlukan kita untuk membayar duti dan cukai atau menyerahkan dokumen yang tertentu.

Jika anda mengadakan perjalanan ke luar negara atas urusan perniagaan Syarikat, anda tertakluk kepada undang-undang yang mentadbir urus apa yang anda import dan eksport. Kita semua bertanggungjawab untuk mengetahui undang-undang yang berkaitan dengan kita. Jika ragu-ragu, rujuk kepada Pengurus Pematuhan Import/Eksport atau Jabatan Undang-undang untuk panduan.

S: Saya sedang menyediakan penghantaran besar untuk dihantar ke negara lain. Sebelum penghantaran, pegawai hubungan pelanggan saya memberitahu bahawa, selepas menerima penghantaran dari Syarikat kita, beliau bertanggungjawab untuk menghantar produk-produk tersebut ke tempat lain. Beliau akan mengeksport produk kepada pelanggan lain, di negara yang saya secara kebetulan tahu telah disenarai hitam. Ini memeranjatkan saya tetapi saya tidak berkata apa-apa. Apa pun, oleh kerana Syarikat kita tidak menghantar produk secara terus ke negara yang telah disenarai hitam, ia tidak menjejaskan kita. Adakah saya melakukan perkara yang betul?

J: Tidak dalam kes ini. Semasa melibatkan diri dalam aktiviti eksport, kita bertanggungjawab untuk mengetahui ke mana produk kita akan pergi, dan kepada siapa ia dihantar. Oleh kerana pelanggan memberitahu anda bahawa beliau berhasrat untuk menghantar produk ini ke negara yang mana kita dilarang daripada menjalankan perniagaan, anda mempunyai pengetahuan mengenai pengguna akhir. Mengetahui bahawa ini berlaku, dan tidak melaporkan situasi ini dengan serta-merta, berpotensi mendedahkan ON Semiconductor—meskipun kita tidak mengeksport produk secara langsung ke negara-negara yang disenarai hitam ini.

Page 41: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

Sekatan Ekonomi dan Boikot

Pengubahan Wang Haram

Tidak kira di mana di dunia ini kita menjalankan perniagaan, kita mempunyai tugas untuk mengikut sekatan ekonomi dan embargo perdagangan. Sekatan tersebut biasanya digunakan oleh negara-negara untuk menyokong dasar luar negara dan keselamatan negara. Jika anda tidak pasti sama ada aktiviti perdagangan anda mematuhi sekatan dan embargo perdagangan yang berkuat kuasa, anda hendaklah merujuk kepada Pengurus Pematuhan Import/Eksport atau Jabatan Undang-undang untuk mendapatkan panduan.

Beberapa buah negara telah menggubal undang-undang yang melarang syarikat seperti ON Semiconductor daripada menyertai atau bekerjasama dengan boikot antarabangsa yang tidak diluluskan. Kita amat perlu mematuhi semua undang-undang antiboikot yang berkaitan dengan kerja anda. Jika anda menerima permintaan untuk memboikot individu atau negara, laporkan situasi tersebut kepada Pengurus Import/Eksport dengan segera.

Kewajipan kita untuk mematuhi semua undang-undang bererti kita komited terhadap usaha global untuk memerangi pengubahan wang haram. “Pengubahan wang haram” adalah proses di mana beberapa orang atau kumpulan cuba menyembunyikan dana haram, atau sebaliknya cuba menjadikan sumber dana haram ini kelihatan seperti sah di sisi undang-undang. Untuk mencegah pengubahan wang haram, penting bagi kita untuk melakukan usaha wajar “kenali pelanggan anda” ke atas para pelanggan, pembekal dan rakan niaga lain yang ingin berurus niaga dengan Syarikat kita.

Khususnya, jika kerja anda melibatkan pemilihan atau pemerolehan daripada pihak ketiga, beri perhatian agar anda dapat mengesan bendera merah yang mungkin mengisyaratkan aktiviti pengubahan wang haram. Sebagai contoh, pastikan pihak yang anda berurus niaga dan pengurusannya mengekalkan kehadiran fizikal, terlibat dalam perniagaan yang sah di sisi undang-undang dan melaksanakan proses pematuhan yang sewajarnya. Ketahui transaksi luar biasa (seperti pembayaran tunai berjumlah besar) dan laporkan sebarang aktiviti yang meragukan kepada Jabatan Undang-undang atau CCEO tanpa memaklumkan pihak ketiga.

36

Page 42: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

KONFLIK KEPENTINGAN

37

Page 43: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

38

Kita membuat keputusan perniagaan berdasarkan pada kepentingan Syarikat.

KONFLIK KEPENTINGAN

Panduan Am

Pekerjaan Luar

S: Saya sudah bertahun-tahun bekerja dengan ON Semiconductor. Saya mempertimbangkan untuk menggunakan beberapa kemahiran dan pengetahuan yang saya peroleh menerusi kerja saya di ON Semiconductor untuk menawarkan perkhidmatan tambahan kepada pelanggan kita yang sedia ada. Saya tidak akan menjalankan perniagaan peribadi saya semasa waktu kerja, dan tidak terfikir untuk menggunakan aset Syarikat untuk kepentingan peribadi saya. Adakah saya dibenarkan berbuat demikian?

J: Tidak. Memulakan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan kepada para pelanggan ON Semiconductor sedia ada adalah konflik kepentingan. Menerima pembayaran daripada pelanggan menimbulkan isu untuk kedua-dua pihak iaitu anda dan ON Semiconductor—terutamanya jika perniagaan anda bersaing dengan mana-mana perkhidmatan yang Syarikat kita tawarkan. Perlu diingatkan bahawa adalah salah untuk menjalankan kerja untuk pihak ketiga yang Syarikat kita mengendalikan perniagaan dengan kelulusan lebih awal. Juga ingat bahawa, dengan mendedahkan potensi konflik kepentingan sebelum membuat sebarang urusan, syarikat boleh membantu anda membuat keputusan yang terbaik untuk semua pihak yang terlibat.

Dalam perkara yang berkaitan dengan keputusan perniagaan, tindakan kita mesti berdasarkan kepentingan terbaik Syarikat. Kita tidak boleh membenarkan aktiviti, pelaburan atau perhubungan peribadi kita mengganggu dengan aktiviti, pelaburan atau perhubungan ON Semiconductor. “Konflik kepentingan” tersebut mesti dielakkan dengan aktif supaya kita berterusan menjalankan kerja kita dengan objektif.

Banyak jenis konflik mungkin timbul. Di bawah adalah beberapa contoh biasa situasi konflik. Perlu diingat bahawa, walaupun mempunyai konflik kepentingan bukan semestinya pelanggaran Tataniaga syarikat, tidak mendedahkan konflik adalah pelanggaran. Untuk sebab ini, anda dikehendaki mendedahkan kepada pengurus, penyelia, CEL atau CCEO anda semua konflik kepentingan.

Syarikat mengakui bahawa, pada masa-masa tertentu, kita boleh mencari pekerjaan di luar. Bagaimanapun, kita tidak dibenarkan bekerja untuk atau menerima pembayaran daripada sebarang pesaing, pelanggan, pengedar atau pembekal ON Semiconductor tanpa kelulusan terlebih dahulu. Walaupun kelulusan telah diberikan, kita mesti mengambil langkah wajar untuk mengasingkan aktiviti Syarikat dan bukan Syarikat. Sebarang kerja luar yang anda

lakukan mestilah tidak menghalang tugas anda di ON Semiconductor. Di samping itu, anda tidak boleh sekali-kali menggunakan harta atau masa Syarikat untuk sebarang pekerjaan luar. Jika anda mempertimbangkan pekerjaan di luar dan tidak pasti sama ada ia memerlukan kelulusan, tanya pengurus atau penyelia anda, CEL, Sumber Manusia atau CCEO. Di negara yang berkaitan, sila rujuk Buku Panduan Pekerja mengenai topik ini.

Page 44: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

Keahlian Lembaga Pengarah

Ahli Keluarga dan Perhubungan Peribadi

39

Sama seperti mempunyai pekerjaan di luar syarikat, adalah penting untuk mendedahkan jika mempunyai keahlian dalam lembaga pengarah syarikat lain. Jika anda adalah salah seorang ahli lembaga atau badan yang serupa untuk syarikat lain atau agensi kerajaan, anda mesti mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada CCEO, Jabatan Undang-undang atau Lembaga

Pengarah ON Semiconductor. Membantu komuniti dengan memberikan khidmat sebagai ahli lembaga bagi organisasi bukan keuntungan atau komuniti adalah digalakkan, dan tidak memerlukan kelulusan. Lihat Prinsip Tadbir Urus Korporat Syarikat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai topik ini.

Konflik kepentingan mungkin timbul apabila kita bekerja dengan saudara atau rakan karib kita. Terutama sekali, kita tidak boleh berkongsi carta organisasi syarikat dengan saudara mara. Apabila berada dalam situasi di mana kita bertanggungjawab untuk menilai, mempromosikan atau membuat keputusan pengambilan bekerja yang berkaitan dengan saudara mara atau kawan rapat mungkin mewujudkan pilih kasih atau layanan istimewa. Jika situasi tersebut berlaku, beritahu pengurus atau penyelia anda dengan segera. Secara amnya, “saudara” termasuk pasangan, anak, anak tiri, ibu bapa, ibu bapa tiri, adik beradik, ipar, bapa saudara, ibu saudara, anak saudara perempuan dan lelaki dan pasangan mana-mana di atas. Saudara mara juga termasuk individu dalam perhubungan romantik, berkasih-kasihan atau perhubungan intim atau dalam perhubungan yang komited lain; atau individu yang berkongsi pengaturan kehidupan yang ketara atau perhubungan kewangan atau perniagaan yang boleh mempengaruhi layanan keutamaan di tempat kerja. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bekerja dengan saudara-mara, lihat Dasar Mengenai Pengambilan Saudara-mara Bekerja.

Di samping itu, kita tidak boleh menggunakan pengaruh peribadi untuk Syarikat kita mempunyai urusan perniagaan dengan syarikat di mana ahli keluarga atau rakan kita mempunyai kepentingan. Jika anda mempunyai saudara atau rakan karib yang bekerja untuk syarikat yang ON Semiconductor menjalankan urus niaga dengannya, anda hendaklah memaklumkan pengurus atau penyelia anda dengan segera. Pastikan untuk membincangkan sebarang kesukaran yang mungkin timbul, dan ambil langkah yang sewajarnya untuk meminimumkan konflik kepentingan.

Selanjutnya, perhubungan dengan bakal pembekal, kontraktor, pelanggan, pesaing atau penggubal undang-undang atau yang sedia ada mestilah tidak menjejaskan pertimbangan bebas dan adil kita bagi pihak Syarikat. Ingat, perkara penting ialah untuk mengelakkan meskipun kelihatan berlaku sikap berat sebelah. Jika situasi tersebut berlaku, dedahkan faktanya kepada pengurus atau penyelia anda dengan segera.

Page 45: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

Pinjaman kepada Para Pekerja dan Pengarah

Pelaburan

Peluang Perniagaan Korporat

40

Konflik mungkin juga timbul apabila pekerja atau pengarah, atau ahli keluarga mereka menerima manfaat peribadi yang tidak sepatutnya akibat kedudukan mereka di ON Semiconductor. Apabila kita membuat pinjaman daripada rakan sekerja atau menjamin orang lain atas sebab peribadi,

ia mungkin mewujudkan konflik kepentingan. Malah, kebanyakan pinjaman yang dibuat kepada para pengarah dan pegawai adalah dilarang oleh undang-undang. Sebelum menerima sebarang pinjaman atau jaminan tersebut, dapatkan nasihat dari Jabatan Undang-undang.

Kadangkala, pelaburan peribadi kita mungkin menjejaskan atau kelihatan menjejaskan keupayaan kita untuk membuat keputusan perniagaan yang tidak berat sebelah bagi pihak syarikat kita. Kemungkinan besar akan mewujudkan kehadiran konflik jika kita mempunyai pelaburan dalam pesaing, pembekal, pelanggan, pengedar atau pihak yang serupa di mana ON Semiconductor menjalankan urus

niaga. Pelaburan anda dalam syarikat tersebut tidak boleh kelihatan penting sehinggakan ia boleh mempengaruhi—atau kelihatan mempengaruhi—pertimbangan kita mengenai isu Syarikat. Jika terdapat sebarang keraguan mengenai cara pelaburan mungkin ditafsirkan, ia hendaklah didedahkan kepada pengurus, penyelia atau CEL anda, dan dibincangkan dengan CCEO atau Jabatan Undang-undang.

Sepanjang tempoh bekerja dengan ON Semiconductor, kita mungkin didedahkan dengan maklumat yang berkaitan dengan peluang perniagaan yang mana Syarikat kita mungkin berminat. Kita tidak boleh sekali-kali mengejar peluang tersebut untuk manfaat peribadi. Melakukan perkara tersebut boleh mewujudkan konflik yang serius. Walaupun kita

mungkin tidak mengambil kesempatan untuk diri kita sendiri, kita tidak boleh mengarahkan orang lain untuk membuat demikian untuk pihak kita. Tambahan pula, kita tidak boleh, secara langsung atau tidak langsung, membeli atau memperoleh hak kepada sebarang hartanah atau bahan jika kita mengetahui bahawa Syarikat kita mungkin berminat untuk mendapatkannya.

Page 46: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

Hadiah dan Hiburan

41

S: Beberapa bakal pembekal telah menyerahkan cadangan mereka kepada Syarikat kita dan saya memainkan peranan penting dalam proses pemilihan. Salah seorang daripada potensi pembekal-pembekal ini telah menghantarkan kepada saya tiket untuk sebuah acara sukan tempatan bersama sekeping kad yang menyatakan “ke arah peluang perniagaan masa depan.” Saya teruja untuk membawa keluarga saya ke acara ini dan saya tidak rasa hadiah ini membuatkan saya berat sebelah dalam apa jua cara. Bolehkah saya terima tiket tersebut?

J: Mungkin tidak. Anda hendaklah melaporkan hadiah tersebut kepada pengurus, penyelia atau CEL anda dengan segera untuk menentukan tindakan yang patut dibuat seterusnya. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa undang-undang antirasuah juga termasuk walaupun hanya kelihatan berat sebelah. Jadi, jika anda menerima hadiah dan pembekal ini akhirnya memenangi kontrak, ia boleh kelihatan seperti anda telah menerima rasuah. Faktor lain yang perlu dipertimbangkan ialah bahawa pembekal mungkin tidak akan menghadiri acara tersebut bersama dengan anda. Ini dengan segera menolak kemungkinan acara tersebut mempunyai tujuan perniagaan.

Bertukar-tukar hadiah dan hiburan adalah amalan biasa di banyak lokasi di tempat kita bekerja. Pertukaran hadiah yang sesuai boleh memupuk hubungan baik antara Syarikat kita dengan syarikat lain atau individu yang berurus niaga dengan kita. Hadiah tidak semestinya berbentuk fizikal. Ia mungkin dalam bentuk perkhidmatan, bantuan atau bantuan lain yang mempunyai nilai. Hiburan dibenarkan dalam bentuk jamuan makan, acara sukan atau lawatan yang dihadiri oleh wakil kedua-dua pihak iaitu ON Semiconductor dan pihak yang lain. Sila ingat bahawa sebarang hadiah atau hiburan hendaklah tidak diminta dan hendaklah mematuhi semua dasar perniagaan pemberi dan penerima.

Hadiah dan Hiburan yang Diterima oleh Pekerja dan Pengarah ON SemiconductorSebagai pekerja atau pengarah ON Semiconductor, kita tidak boleh menerima hadiah yang bernilai tinggi. Jika anda ditawarkan atau menerima hadiah yang bernilai tinggi, anda hendaklah memberitahu pengurus, penyelia, CEL, CCEO atau Jabatan Undang-undang anda. Sekiranya perlu, dapatkan kelulusan terdahulu sebelum menerima hadiah tersebut. Tambahan pula, kita tidak dibenarkan menerima rasuah, sogokan atau ganjaran. Menerima pembayaran yang tidak sepatutnya diterima daripada pihak lain adalah haram dan tidak beretika.

Kita juga tidak boleh menerima hiburan yang berlebih-lebihan. Dalam kebanyakan kes, kita boleh menyertai hiburan yang munasabah, biasa dan tidak kerap dalam konteks perniagaan. Ini termasuk mengiringi rakan sekutu perniagaan ke acara kebudayaan atau sukan, atau ke jamuan makan perniagaan. Bercakap dengan pengurus, penyelia atau CEL anda, CCEO atau Jabatan Undang-undang sebelum menerima sebarang hiburan yang boleh mempengaruhi atau kelihatan seperti mempengaruhi pertimbangan bebas kita.

Jika menyertai sebarang hiburan mungkin kelihatan seperti mempengaruhi pertimbangan anda bagi pihak ON Semiconductor atau mungkin dilihat sebagai tidak sepatutnya, tolak tawaran tersebut, bayar nilai sebenar hiburan itu sendiri atau bincangkan situasi ini dengan pengurus, penyelia, atau CEL anda, CCEO atau Jabatan Undang-undang.

Dalam situasi yang jarang-jarang berlaku, tidak praktikal atau berbahaya untuk menolak penyertaan dalam sesuatu hiburan atau mengembalikan hadiah. Apabila ini berlaku, bincang situasi tersebut dengan pengurus, penyelia atau CEL anda, CCEO atau Jabatan Undang-undang. Mereka boleh membantu anda membuat keputusan yang terbaik untuk melindungi anda dan ON Semiconductor, dan juga perhubungan perniagaan.

Page 47: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

42

Hadiah dan Hiburan yang Diberikan oleh atau disediakan oleh ON SemiconductorSesetengah situasi perniagaan memerlukan pemberian hadiah. Sebarang hadiah yang kita berikan mestilah sah di sisi undang-undang, berpatutan dan diluluskan terlebih dahulu oleh pengurus atau penyelia. Sama seperti kita tidak sekali-kali menerima rasuah, kita juga tidak boleh memberinya.

Kita mungkin menyediakan hiburan yang munasabah, biasa dan tidak kerap dalam konteks perniagaan. Jika anda bimbang mengenai sama ada menyediakan hiburan adalah bersesuaian, bincang perkara ini terdahulu dengan pengurus, penyelia atau CEL anda, CCEO atau Jabatan Undang-undang lebih awal.

Penting untuk difahami bahawa amalan pemberian hadiah dan hiburan berbeza antara budaya. Dasar

dan garis panduan hadiah dan hiburan setempat boleh dijadikan panduan. Tanya pengurus, penyelia atau CEL anda jika lokasi anda mempunyai dasar dan garis panduan ini bagi wilayah anda.

Kita tidak menyediakan bentuk hiburan yang menyalahi undang-undang, dan kita juga tidak menawarkan hiburan yang melanggar dasar kerajaan atau organisasi penerima. Kebanyakan pekerja entiti kerajaan di seluruh dunia dilarang daripada menerima hadiah atau hiburan. Atas sebab ini, anda hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pengurus atau penyelia anda sebelum meraikan pegawai kerajaan atau sebelum menawarkan hadiah kepada mana-mana pihak ketiga, termasuk pegawai kerajaan. Bagi hadiah atau hiburan yang melebihi nilai nominal, dapatkan kelulusan daripada CEL anda, CCEO atau Jabatan Undang-undang. Lihat Polisi Hadiah, Keraian dan Hospitaliti kita untuk mendapatkan maklumat lanjut].

S: Saya akan menghantar bakul hadiah percutian kepada beberapa pelanggan utama kita pada musim ini sebagai penghargaan kepada mereka kerana peluang perniagaan yang diperoleh. Bekasnya agak murah harganya, dan saya ingin menyertakan antara lain, kad hadiah pelbagai barangan. Seorang daripada pelanggan kita mempunyai dasar ketat terhadap penerimaan hadiah, tetapi saya tidak mahu melayan pelanggan ini secara tidak adil. Apakah yang perlu saya lakukan?

J: Menjadi dasar ON Semiconductor untuk tidak memberi hadiah atau tunai atau kesamaan tunai seperti kad hadiah, jadi menyertakan kad hadiah serba guna adalah tidak wajar. Bahkan, satu-satunya pengecualian kepada dasar ini adalah dalam hal perkahwinan atau pengebumian di lokasi di mana budaya tempatan memerlukan pemberian tunai. Dalam hal-hal seperti ini, kita dikehendaki meminta penepian terhadap larangan berhubung hadiah tunai. Lihat seksyen “Penepian Tataniaga” di penghujung Tataniaga ini untuk mendapatkan butiran lanjut. Meskipun dalam keadaan di mana hadiah sebaliknya dibenarkan di bawah dasar Syarikat ON, ON Semiconductor menghormati dasar organisasi penerima hadiah. Ini bererti anda hendaklah mengelak daripada menghantar hamper hadiah kepada pelanggan dengan dasar seperti ini dan sebaliknya bercakap dengan pengurus, penyelia atau CEL anda mengenai alternatif yang boleh diterima. Lihat Polisi Hadiah, Keraian dan Hospitaliti kita untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Page 48: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

Perjalanan

Penepian Tataniaga

Pentafsiran

43

Pembiayaan Perbelanjaan PerjalananAmnya kita boleh menerima kos pengangkutan dan penginapan yang disediakan oleh pembekal atau pihak ketiga lain, asalkan perjalanannya adalah bagi tujuan urus niaga yang sah, dan tidak mempengaruhi atau kelihatan seperti mempengaruhi pertimbangan bebas kita. Peruntukan pengangkutan atau penginapan tersebut hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh pengurus atau penyelia anda. Semua kos perjalanan yang diterima hendaklah direkodkan dengan tepat dalam rekod perbelanjaan perjalanan anda.

Pembiayaan Perjalanan

Melainkan dilarang oleh undang-undang atau dasar organisasi penerima, Syarikat kita mungkin membayar perbelanjaan pengangkutan dan penginapan yang ditanggung oleh pelanggan, ejen atau pembekal berkaitan dengan lawatan ke kemudahan atau pemasangan produk ON Semiconductor. Bagaimanapun, lawatan mestilah untuk tujuan perniagaan. Contoh termasuk lawatan ke tapak untuk memeriksa peralatan atau menyertai latihan.

Paling penting, rekod mestilah disimpan untuk perjalanan oleh pegawai kerajaan yang ditaja oleh atau dibayar oleh Syarikat kita. Sebarang penajaan tersebut mesti diluluskan terdahulu oleh CCEO atau Jabatan Undang-undang dan Naib Presiden Kanan atau ke atas di ON Semiconductor.

Penepian diberikan hanya dalam keadaan yang jarang-jarang berlaku, selepas pertimbangan yang teliti. Jika anda percaya bahawa pengecualian kepada sebarang garis panduan yang dikemukakan dalam Tata ini perlu dipertimbangkan, hubungi penyelia terdekat anda. Jika penyelia terdekat anda bersetuju bahawa pengecualian perlu dipertimbangkan, beliau boleh mendapatkan nasihat daripada CEL, selepas berunding dengan CCEO dan Lembaga Pengarah, jika perlu. Penepian yang

diberikan kepada ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai kewangan, ketua pegawai atau pengurus kewangan, orang yang menjalankan fungsi yang sama, atau mana-mana pegawai eksekutif ON Semiconductor dan penepian yang diberikan kepada pengarahnya, akan diberikan hanya oleh Lembaga Pengarah. Penepian tersebut akan didedahkan kepada orang awam apabila diperlukan oleh undang-undang dan peraturan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan NASDAQ.

CCEO, telah diamanahkan oleh Lembaga Pengarah sebagai orang yang pada akhirnya bertanggungjawab untuk mentafsirkan dan mengguna pakai garis panduan dalam Tataniaga jika berlaku sebarang kemusykilan. Sebagai pekerja ON, anda hendaklah menghubungi CEL di organisasi anda untuk melaporkan isu

pematuhan dan etika yang berkaitan dengan Tataniaga. Anda juga boleh menghubungi Talian Hangat Pematuhan dan Etika tanpa pengenalan diri anda (lihat seksyen Melaporkan Kebimbangan di permulaan Tataniaga) atau menghubungi terus CCEO.

Page 49: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

ON SEMICONDUCTORBORANG PENGAKUAN PEKERJA DAN PENGARAHTATANIAGA

Nama (dalam huruf cerai) Tandatangan ID Pekerja atau Perniagaan Tarikh

Saya telah membaca Tataniaga dan saya memperakui bahawa:

• Saya memahami Tataniaga tersebut

• Sepanjang pengetahuan saya, saya mematuhi Tataniaga

• Saya akan terus mematuhi syarat Tataniaga dan menerima sebarang penyemakan yang

telah dibuat kepadanya

• Semua konflik kepentingan telah didedahkan kepada pengurus, penyelia atau CEL saya,

atau kepada Sumber Manusia atau Ketua Pegawai Pematuhan dan Etika (lihat seksyen

Konflik Kepentingan dalam Tataniaga untuk mendapatkan maklumat lanjut)

Saya faham bahawa, tertakluk pada undang-undang dan peraturan setempat, kegagalan

untuk menandatangani Borang Pengakuan ini atau untuk mematuhi terma Tataniaga boleh

mengakibatkan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan perkhidmatan. Saya juga

faham bahawa saya dikehendaki membaca dan mengakui pematuhan saya terhadap Tataniaga

ini pada setiap tahun.

Page 50: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA
Page 51: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

46

ADENDUMCOUNTRY HELPLINE NUMBER AT THE ENGLISH PROMPT, DIAL

Australia 1-800-94-8150

Belgium 0-800-748-19

Canada 1-844-935-0213

China 400-120-0176

Czech Republic 800-142-490

Finland 0800-41-3682

Germany 0-800-0010086

Hong Kong 800-964-146

India 000-800-9191055

Ireland 1-800-851-150

Israel 1-809-477-265

Italy 800-761697

Japan 0800-123-2333

Korea 00798-11-003-9294

Malaysia 1-800-81-9976

Netherlands 0800-0224703

Philippines (Alabang, Carmona, Cebu)

• Landline or Mobile with Smart, Digitel/Sun Providers: 1800-1322-0333

• Mobile with Globe Provider: 105-11, at the English prompt dial 844-935-0213

• Factory landline: 4567

Philippines (Tarlac)

• Landline or Mobile with Smart, Digitel/Sun Providers: 1800-1322-0333

• Mobile with Globe Provider: 105-11, at the English prompt dial 844-935-0213

• Factory landline: **123

Romania 0800-890-295

Russia 8-800-301-83-98

Singapore 800-492-2389

Slovakia 0800-002-591

Slovenia 080-688802

Spain 900-999-372

Sweden 020-88-15-32

Switzerland 0800-000-092

Taiwan 00801-49-1584

Thailand 18-0001-4543

Turkey 0800-621-2119

United Kingdom 0800-098-8332

United States 1-844-935-0213

Vietnam (VNPT) 1-201-0288 844-935-0213

Vietnam (Viettel) 1-228-0288 844-935-0213

Vietnam (Viettel) 1-228-0288 844-935-0213

Page 52: POWERED BY OUR VALUES TATANIAGA

www.onsemi.com

Code of Business Conduct COBC-MY/D • Rev. 8, Feb. 2021Copyright © SCILLC, 2021