polisi_pengurusan_tenaga_umt.pdf

5
1 POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT Perisytiharan Komitmen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) komited untuk melaksanakan aktiviti- aktiviti kecekapan tenaga dan pemuliharaannya di seluruh kampus melalui penerapan budaya berhemah di dalam penggunaan tenaga serta pengaplikasian teknologi terkini untuk mewujudkan persekitaran kampus yang kondusif dan lestari bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, serta pembangunan intelektual. Kenyataan Dasar Polisi Pengurusan Tenaga UMT ini adalah untuk mengurus penggunaan tenaga secara efisien melalui sistem pengurusan tenaga yang berterusan, berkesan dan menyeluruh untuk diterapkan kepada semua PTJ di dalam UMT. Proses dan prosedur kecekapan tenaga disokong oleh usaha kreatif dan inovatif warga kampus serta dipacu oleh teknologi terkini tanpa mengorbankan keselesaan dan keselamatan warga kampus. Pengurusan tenaga UMT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Tenaga tanpa mengabaikan pematuhan terhadap Akta Bekalan Tenaga Elektrik 1990. Objektif i. Sasaran Segera a) Melaksanakan latihan dan program kesedaran terhadap pembentukan budaya pemuliharaan di dalam komuniti kampus UMT.

Upload: mohd-zaki-mustapha

Post on 15-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Polisi_pengurusan_tenaga_UMT.pdf

1

POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT

Perisytiharan Komitmen

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) komited untuk melaksanakan aktiviti-

aktiviti kecekapan tenaga dan pemuliharaannya di seluruh kampus melalui

penerapan budaya berhemah di dalam penggunaan tenaga serta pengaplikasian

teknologi terkini untuk mewujudkan persekitaran kampus yang kondusif dan

lestari bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, serta

pembangunan intelektual.

Kenyataan Dasar

Polisi Pengurusan Tenaga UMT ini adalah untuk mengurus penggunaan tenaga

secara efisien melalui sistem pengurusan tenaga yang berterusan, berkesan dan

menyeluruh untuk diterapkan kepada semua PTJ di dalam UMT. Proses dan

prosedur kecekapan tenaga disokong oleh usaha kreatif dan inovatif warga

kampus serta dipacu oleh teknologi terkini tanpa mengorbankan keselesaan dan

keselamatan warga kampus. Pengurusan tenaga UMT akan dilaksanakan oleh

Jawatankuasa Pengurusan Tenaga tanpa mengabaikan pematuhan terhadap

Akta Bekalan Tenaga Elektrik 1990.

Objektif

i. Sasaran Segera

a) Melaksanakan latihan dan program kesedaran terhadap

pembentukan budaya pemuliharaan di dalam komuniti kampus

UMT.

Page 2: Polisi_pengurusan_tenaga_UMT.pdf

2

b) Mewujudkan budaya persaingan sihat dalam usaha untuk

menguruskan tenaga secara berkesan oleh semua PTJ melalui

pemikiran kreatif dan penyelesaian inovatif.

c) Menyokong serta menguatkan prosedur pengurusan tenaga.

d) Melaksanakan langkah yang tepat bagi mengurangkan penggunaan

tenaga melalui budaya berhemah, penyelenggaraan secara

berkesan serta penggunaan peralatan atau kelengkapan elektrik

yang jimat tenaga.

ii. Sasaran Jangkamasa Panjang

a) Muncul sebagai salah sebuah universiti yang mengamalkan sistem

pengurusan tenaga yang lestari.

b) Mewujudkan budaya penjimatan di kalangan komuniti kampus.

c) Mengurangkan pembebasan karbon dan pemanasan global melalui

pengurusan tenaga yang cekap.

d) Mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar fosil.

e) Memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui.

f) Mendahului dalam agenda kelestarian tenaga dan mempromosikan

amalan terbaik tempatan dan antarabangsa.

Page 3: Polisi_pengurusan_tenaga_UMT.pdf

3

Tatacara Pengurusan Tenaga

1. Penggunaan tenaga dengan cara yang paling cekap, ekonomi dan

bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Ini akan memerlukan kawalan dan pengurusan rekabentuk bangunan dan

sistem yang digunakan pada pemasangan. Setiap pengubahsuaian dan

perluasan bangunan harus mempertimbangkan keperluan untuk

bangunan tersebut dan sistem untuk beroperasi pada kecekapan tenaga

yang optimum.

2. Penerapan teknologi terkini serta amalan kecekapan tenaga di

dalam setiap aspek operasi organisasi.

Hal ini boleh dicapai melalui tinjauan secara berterusan terhadap

perkembangan teknologi serta amalan kecekapan tenaga dan

melaksanakan amalan-amalan tersebut melalui operasi organisasi secara

sistematik dan berstruktur.

3. Mencari segala peluang pengurangan penggunaan tenaga secara

berterusan.

Hal ini boleh dicapai melalui pemantauan secara berterusan, menganalisa

penggunaan tenaga serta menggalakkan kakitangan dan pelajar di semua

peringkat untuk turut terlibat dan menyertai pengurusan kecekapan

tenaga.

4. Menguruskan kecekapan tenaga dengan mempertimbangkan

keperluan undang-undang serta kebolehpercayaan operasi

sistem.

Pengurusan kecekapan tenaga harus mempertimbangkan keperluan

anggota dan sistem keselamatan serta kebolehpercayaan sistem tersebut.

Amalan pengurusan kecekapan tenaga harus memenuhi keperluan

undang-undang.

Page 4: Polisi_pengurusan_tenaga_UMT.pdf

4

5. Mengadakan latihan dan maklumat yang relevan untuk

kakitangan di dalam pengurusan kecekapan tenaga.

Latihan dan maklumat yang relevan akan disediakan oleh pihak

pengurusan kecekapan tenaga kepada warga kampus yang membolehkan

penyertaan dan sumbangan secara efektif terhadap usaha organisasi di

dalam pengurusan kecekapan tenaga.

6. Menyumbang kepada usaha kerajaan untuk mengurangkan

pembebasan gas berbahaya termasuk karbon dioksida.

UMT memahami dan mengambil berat terhadap isu peningkatan

pemanasan dunia dan penipisan bahan bakar fosil. Kebimbangan ini

akan tercermin di dalam semua aktiviti UMT. Warga haruslah peka

bahawa kemerosotan perubahan iklim yang serius boleh mempengaruhi

persekitaran dan generasi masa depan. Usaha-usaha yang bertepatan

perlu diambil untuk menangani permasalahan tersebut. Setiap warga akan

aktif menyertai usaha-usaha kearah kecekapan penggunaan tenaga.

Tanggungjawab

Jawatankuasa Pengurusan Tenaga UMT akan terdiri daripada pihak pengurusan

PPH dan wakil-wakil daripada PTJ. Jawatankuasa ini akan diketuai oleh

Pengarah PPH yang berperanan sebagai Pengerusi. Ahli jawatankuasa adalah

terdiri daripada Ketua Bahagian Penyelenggaraan selaku Pengurus Tenaga UMT

dan Penolong Pendaftar di setiap PTJ yang akan bertindak sebagai Pengurus

Tenaga PTJ. Jawatankuasa ini bertanggungjawab sepenuhnya untuk merancang

dan melaksanakan dasar kecekapan tenaga di UMT.

Page 5: Polisi_pengurusan_tenaga_UMT.pdf

5

Kaedah Komunikasi

Pengurus Tenaga UMT akan menyediakan Laporan Pengurusan Tenaga yang

mengandungi maklumat berkaitan segala kegiatan dan kemajuan pengurusan

tenaga. Ia juga meliputi inisiatif pengurusan tenaga serta kawalan penggunaan

tenaga di PTJ. Laporan ini akan disediakan setiap 3 bulan sekali kepada

Jawatankuasa Pengurusan Tenaga UMT. Pencapaian sasaran pengurangan

tenaga keseluruhan pula akan dilaporkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Tenaga

UMT kepada Mesyuarat Pengurusan Universiti pada setiap 6 bulan sekali.

Sumber

Jawatankuasa Pengurusan Tenaga akan disokong dengan penggunaan peralatan

audit serta peruntukan kewangan yang mencukupi.

Ulasan

Jawatankuasa Pengurusan Tenaga akan memantau aktiviti pengurusan tenaga

secara berkala. Audit prestasi tahunan terhadap sistem pengurusan tenaga akan

dilakukan. Amalan terbaik serta tindakan pembaikan yang berkesan akan

diaplikasikan secara bersama oleh semua PTJ. Dasar tenaga UMT akan melalui

proses penambahbaikan yang berterusan.

Tarikh Kuatkuasa

Polisi ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2012.