poligon

Upload: adibah-adzmi

Post on 17-Jul-2015

2.864 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

POLIGON

Maksud Poligon Poligon ialah suatu bentuk tertutup dalam dua matra yang terbina daripada garis-garis lurus, yang tidak bersilang. Dua matra bermaksud bentuk-bentuk itu terletak pada suatu permukaan rata. Terdapat dua jenis poligon, iaitu poligon sekata dan poligon tidak sekata. Poligon sekata ialah poligon yang mempunyai sisi sama panjang dan sudut pedalaman yang sama besar.

Nama poligon Segi tiga Segi empat Pentagon Heksagon Heptagon Oktagon

Bilangan sisi 3 sisi 4 sisi 5 sisi 6 sisi 7 sisi 8 sisi

Bagi poligon sekata, bilangan paksi simetrinya adalah sama dengan bilangan sisi tetapi bilangan paksi simetri bagi poligon tidak sekata bergantung kepada bentuk (paksi simetri adalah garis lurus yang membahagi dua sama sesuatu rajah dan jika rajah dilipat pada paksi itu rajah akan saling bertindih tepat diatas satu sama lain).

Heptagon

Ciri-ciri Heptagon Heptagon mempunyai 7 sisi Jumlah sudut pedalaman 900 Saiz sudut peluaran 51.4 Saiz sudut pedalaman 128

Bilagan pepenjuru dari bucu ialah 4 Bilangan pepenjuru dalam poligon ialah 14 ( garis pepenjuru ialah garis yang menyambungkan dua bucu yang bukan bersebelahan)

Simetri Bilangan paksi simetri heptagon ialah 7