pokok pinang

Upload: tharmanthiran

Post on 10-Jan-2016

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

informasi tentang pokok pinang

TRANSCRIPT

Pokok PinangPokok Pinang merupakan satu spesis tumbuhan palma yang tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia, dan bahagian-bahagian Afrika timur. Nama saintifiknya ialahn Areca catechu. Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter, dengan diameter batangnya setebal 20-30 cm. Daunnya berukuran 1.5-2m panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya.

Ciri-ciri Pokok Pinang ditanam untuk mendapatkan buahnya dan kerana keindahannya, sebagai hiasan taman. Tingginya antara 10 hingga 30m dan meruncing dibahagian pucuk, ukuran melintang batang pokok 15cm hingga 20cm. Di bahagian jemala (crown) pokok ini berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah.Pokok ini membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. Biasanya biji itu disemai dulu dan kemudian ditanam di dalam pasu atau beg plastik. Semasa kecil pokok ini sesuai dijadikan pokok hiasan pasu. Apabila sudah besar, elok ditanam di luar.

Buah pinangPokok pinang yang tinggi

Kegunaan

Pinang ditanam untuk memperoleh benihnya yang penting dari segi ekonomi, iaitu buah pinang. Benih ini mengandungi bahan alkaloid seperti arekolin, arekaidin, arekain, guvacin, arekolidin, guvakolin, isoguvakolin dan kolin, yang dianggap boleh menyebabkan rasa keasyikan dalam penggunanya apabila dikunyah. Pokok pinang ditanam dan bertumbuh di India, Malaysia, Taiwan dan banyak lagi negara Asia lain untuk benihnya.Buah pinang muda dikunyah dan airnya ditelan untuk mengubati darah dalam air kencing. Jus pinang muda digunakan sebagai ubat luar untuk rabun bila dititik pada kornea; ditelan untuk demam, histeria, disenteri (cirit berdarah) dan pirai.. Pinang yang dikunyah digunakan untuk sengatan sotong kereta. Abu pinang digunakan untuk mencuci gigi, tetapi jika terlalu banyak akan merosakkan gigi. Jus pucuk pinang dan Euphorbia Linta diberi tiga hari selepas bersalin.Buah pinang boleh menyebabkan gigi berwarna hitam dan gusi untuk mereka yang mengunyah kerap, walaupun ia adalah baik untuk mengekalkan saluran penghadaman yang sihat, terutamanya di kawasanpenyakit ditunggang. Walau bagaimanapun, ia telah dicadangkan bahawa pinang adalah karsinogen, walaupun ini mungkin disebabkan oleh tambahan moden bersama produk tembakau. Pinang juga boleh menyebabkan bronchoconstriction, dan harus dielakkan oleh pesakit asthma.

Gigi hitam disebabkan memakan pinang dengan kerap

Kelemahan pokok pinangPokok ini sebenarnya mudah diserang oleh penyakit iaitu Penyakit Koleroga yang serious disebabkan oleh Kulat Phythopthora arecaceae yang boleh membunuh pokok. Penyakit Reput akar atau Ganoderma (Ganoderma lucidium) juga boleh membunuh pokok pinang jika tidak terkawal dengan baik. Terdapat juga beberapa serangga perosak seperti kumbang tanduk, ulat makan daun dan ulat pengorek batang. Ganoderma lucidium

Kumbang tanduk

Disediakan oleh,Rogini A/P RajooShanmathi A/P VijayakumaranTharrmanthiran A/L Uthayakumaran