pokok kari

7
Nama: Muhammad Haziq bin Zaidel Unit: 3 PISMP Sains Ekologi dan Biodiversiti Tumbuhan/Herba di Malaysia dan kegunaannya dalam bidang perubatan Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun kari ini. Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari

Upload: muhammad-haziq

Post on 13-Dec-2015

256 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

Page 1: Pokok Kari

Nama: Muhammad Haziq bin Zaidel

Unit: 3 PISMP Sains

Ekologi dan Biodiversiti

Tumbuhan/Herba di Malaysia dan kegunaannya dalam bidang perubatan

Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya

koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya

digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India

merupakan pengguna terbanyak daun kari ini.

Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali

sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia

dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit,

walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada

berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun

yang aromatik dari Mediterranean.

Bunga Pokok Daun Kari

 

Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat

harum. Buahnya kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan

bertukar ke ungu berkilau setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji

Page 2: Pokok Kari

benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak

diganggu serangga atau burung.

 Bunga pokok daun kari

Pokok kari boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh

dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam

sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:

* 66.3% kelembapan

* 6.1% protein

*1.0% lemak

*16.0% karbohidrat

*6.4% fiber

Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi,

asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid

yang dipanggil koenigiin.

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas

dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan,

anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia

Page 3: Pokok Kari

dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang

panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok,

daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga

boleh dibuat ulam.

Khasiat Daun Kari Penawar cirit birit dan buasir

 

Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan

keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan

sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang

dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Khasiat Daun Kari Atasi masalah loya dan pening.

Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk

mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang

berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu

sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid

dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat

bagi wanita mengandung.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.

Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat

mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Khsaiat Daun Kari dalam perubatan. 

Dari segi perubatannya, khasiat daun kari amat berkesan dalam mengatasi

masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening

lalat bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan

penyakit berak berdarah. Selain itu khasiat daun kari juga baik untuk peredaran

darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

Page 4: Pokok Kari

Buah Kari

Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan

dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang

dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak

dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu

mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan

Khasiat daun Kari mnejadi ubat penyakit diabetis

Jika keluarga anda mempunyai masalah turun menurun penyakit diabetis cuba

amalkan memakan pucuk daun kari selama 3 bulan tanpa memasak atau

merebusnya, buat sebagai ulam Insya-Allah akan sembuh penyakit tersebut.

Lebih elok memakan mentah seperti anda makan salad atau pegaga kerana ia akan

tercerna dalam abdomen anda secara semulajadi. Amalan memakanya tidak perlu

direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak berkesan.

Khasiat Daun Kari untuk Kecantikan & Kesihatan Diri

Manfaatkan Khasiat Daun Kari untuk kecantikan & kesihatan diri dengan cara yang

murah & lebih selamat.

Page 5: Pokok Kari

Minum air rebusan daun,akar,kulit kayu,batang dan bunga kari.Ia akan

melegakan sebarang gangguan dalam perut.

Makan daun kari secara mentah untuk mengatasi cirit-birit.

Buat teh daripada daun kari yang kering dan minum airnya.Khasiatnya dapat

menambah selera makan dan mengurangkan muntah-muntah.

Jika terkena patukan ular,minum campuran daun kari yang telah dikisar

dengan kunyit mentah dan garam.Ini adalah langkah awal sementara mangsa

dibawa ke hospital.

Untuk kanak-kanak yang mengadu sakit perut,minumlah campuran jus daun

kari.

Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun

kari.Masakkan ia sehingga hangus.Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut

untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

Untuk menghilangkan loya bagi wanita mengandung,campurkan campuran

jus daun kari dan dua sudu teh jus limau nipis serta sesudu teh gula.

Untuk menghilangkan sembelit,rendamkan daun kari dengan air

panas.Kemudian campurkan dengan madu sebelum diminum.

Daun kari digunakan dalam masakan bersama rempah ratus yang lain

Info Tambahan Khasiat Daun Kari

1. Daun Kari Bagus untuk menghitamkan rambut.

2. Perawatan untuk bengkak di tubuh badan.

3. Khasiat Daun Kari Baik untuk mencegah kencing manis.

4. Khasiat Daun Kari dapat Mengurangkan kolestrol dalam badan.

Page 6: Pokok Kari

5. Baik untuk penghadaman.

6. Mengatasi masalah alahan bagi wanita mengandung.

7.Selain dari itu, Daun kari boleh digunakan untuk menghalau lalat.