bestari plus inaugural issue - march 2013

16
ISNIN, 18 MAC 2013 MIA tambah akauntan bertauliah »3 Kuasai diri dengan MAHSA »13 DILEMA PELAJAR BUMIPUTERA Pengajian kejuruteraan di Nilai U »15 Jumlah masih kurang dalam bidang profesional

Upload: rajah-sivalingam

Post on 20-Jan-2016

68 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

First issue of Bestari Plus which we produced for Harian Metro (Malaysia's top Malay tabloid). This is a higher education pullout

TRANSCRIPT

Page 1: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

ISNIN, 18 MAC 2013

MIA tambahakauntanbertauliah »3

Kuasai diri dengan MAHSA »13

DILEMA PELAJAR

BUMIPUTERA

Pengajian kejuruteraan di Nilai U »15

Jumlah masih kurang dalam bidang profesional

Page 2: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

2 ISNIN18 MAC 2013

Atasi kekuranganprofesional Bumiputera

P erkembangan dunia pendidikan hari ini semakin meluas hasil

daripada usaha sama agensi kerajaan dan pelbagai or-ganisasi lain bagi memas-tikan masyarakat dapat menikmati pendidikan ke-seluruhannya.

Sedar atau tidak, ma-sih terdapat lagi bidang atau kerjaya yang memerlukan golongan profesional mahir, terutama daripada kalangan Bumiputera.

Mengikut kajian dan la-poran Kementerian Pen-gajian Tinggi pada 2011, menjelang tahun 2020, Ma-laysia memerlukan kira-kira 50,000 pekerja berkemahi-ran rendah, sederhana dan tinggi dalam bidang tenaga, minyak dan gas, manakala 150,000 dalam bidang el-ektrikal dan elektronik.

Berdasarkan laporan ber-kenaan, tahap permintaan dan penawaran tenaga kerja dalam bidang itu bukan sa-haja tidak setara, malah tiada penawaran.

Majukan pendidikan Menyedari hakikat ini,

Unit Peneraju Agenda Bumi-putera (TERAJU) melalui Ya-yasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) me-mainkan peranan memar-tabatkan agenda pembangu-nan pendidikan khusus bagi Bumiputera.

Ketua Eksekutif YPPB Raja Azura Raja Mahayuddin berkata, YPPB memperke-nalkan empat program teras bagi mencapai objektif dalam mengukuhkan keupayaan Bumiputera untuk berdaya saing secara kompetitif di peringkat global.

“Empat program teras ini merangkumi program Pene-raju Tunas yang merupakan bantuan untuk lepasan se-kolah rendah dan menengah Peneraju Skil iaitu program pengurusan dan peningkatan kemahiran, Peneraju Pro-fesional iaitu pembangunan melalui pensijilan profesional dan Peneraju Pemimpin bagi pembangunan kepimpinan.

“Peneraju Tunas ada-lah program bantuan yang dikhususkan kepada lepasan sekolah rendah dan menen-

YPPB main peranan utama tingkat

pembangunan masyarakat

RAJA Azura

gah untuk ke peringkat lebih tinggi. Antara golongan sasar bagi teras ini ialah ibu atau bapa tunggal, anak yatim, masyarakat Orang Asli, mis-kin bandar dan sebagainya,” katanya.

Teras Peneraju Skil pula katanya, adalah program pengurusan dan peningka-tan skil teknikal dan voka-sional memfokuskan kepa-da bidang yang mempunyai pertumbuhan pendapatan tinggi.

“Bidang ini adalah dalam sektor minyak dan gas, ma-rin dan elektrik dan elektro-nik. Fokus bagi teras ini di-berikan kepada peserta yang lebih cenderung ke arah skil vokasional daripada pende-katan akademik.

“Teras Peneraju Profesio-

nal pula membawa pendeka-tan untuk membangunkan pelajar melalui pensijilan profesional dan program pakar untuk meningkatkan jumlah Bumiputera yang memiliki sijil profesional.

Manakala Teras Penera-ju Pemimpin menerapkan pembangunan kepimpinan bagi memastikan bakat ber-gred dan berpotensi tinggi disalurkan ke organisasi dan bidang yang memerlukan,” katanya.

Program tambahanPada masa sama kata-nya,

YPPB turut melancarkan be-berapa program sebagai nilai tambah kepada golongan Bu-miputera untuk terus berdaya saing dalam akademik dan kemahiran secara global.

“YPPB turut memainkan peranan dalam menyediakan bantuan kepada pelajar bu-miputera melalui Peneraju Tunas Potensi. Program yang dilancarkan pada 3 Mac ta-hun lalu ini adalah program biasiswa untuk pelajar lepa-san Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pela-jaran Malaysia (STPM) untuk memasuki institusi pengajian tinggi.

“Peserta program ini di-bawa keluar dari kelompok kemiskinan dengan harapan akan mengubah masa depan mereka, keluarga dan komu-niti sekitar,” katanya.

Menurut beliau, setakat ini seramai 210 pelajar di bawah program Peneraju Tu-nas Potensi ini ditaja dan me-lanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di institusi berkualiti di Malaysia den-gan visi untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

“Selain Peneraju Tunas Potensi, YPPB turut menga-dakan program Peneraju Tu-nas Geliga yang dilancarkan pada 22 Oktober tahun lalu. Ia adalah program berben-tuk biasiswa dan pendeka-tan kendiri, yang diberikan kepada pelajar lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Pemilihan pemohon di-buat berdasarkan keputusan peperiksaan yang sederhana, pendapatan isi rumah ren-dah dan latar belakang yang mencabar,” katanya.

Tarik minat pelajar Selain itu katanya, pro-

gram ini juga berhasrat mem-bawa pelajar kepersekitaran pembelajaran lebih kondusif bagi memberikan peluang kepada mereka untuk lebih fokus dan selesa dalam men-capai cita-cita.

■ Lihat muka surat >>4

Sebarang pertanyaan mengenai pengajian tinggi?

Tanya kami di fb.com/BestariPlus

Sebarang pertanyaan

PELBAGAI bantuan khusus

disalurkan bagi membangunkan

pendidikan untuk masyarakat.

Page 3: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

3ISNIN18 MAC 2013

Oleh Fuad Mansor

K e k u r a n g a n akauntan Bumi-putera bertauliah di

negara ini bukan isu baru. Atas sebab itu, Institut

Akauntan Malaysia (MIA) serius menyahut saranan kerajaan untuk mencari ja-lan penyelesaian terbaik bagi memperbanyakkan profesio-nal Bumiputera dalam sektor pekerjaan ini.

Realiti sekarangDi Malaysia, graduan da-

lam jurusan perakaunan tidak secara automatik ber-gelar akauntan bertauliah (Chartered Accountant Malaysia — C.A.(M). Mereka boleh menda-pat gelaran itu menerusi tiga saluran, selain mempunyai pengalaman sekurang-ku-rangnya tiga tahun bekerja dalam bidang perakaunan, kewangan atau perniagaan.

Kemasukan ahli da-lam MIA diiktiraf menerusi cara sebagai graduan insti-tusi pengajian tinggi awam (IPTA), laluan keahlian pro-fesional atau menerusi Pepe-riksaan Kelayakan MIA.

Sehingga 1 Mac 2013, MIA mempunyai jumlah ahli se-ramai hampir 30,000 orang. Daripada jumlah ini bilangan Bumiputera yang berdaftar dengan MIA dan mempero-leh status Akauntan Bertau-liah - C.A.(M) adalah sekitar 9,000 orang.

Pada masa sama, dari jumah 30,000 orang itu, jumlah ahli MIA yang me-miliki kelayakan profesional

Kekurangan akauntan bertauliah

Abdul Rahim Abdul Hamid

perakaunan seperti MICPA, ACCA, CIMA, CPA Australia, ICAEW, ICANZ dan ICA Aus-tralia adalah sekitar 18,000 orang dan dari jumlah ini pula, bilangan Bumiputera yang memiliki kelayakan profesional adalah kurang daripada lapan peratus.

Menurut Naib Presiden MIA, Abdul Rahim Abdul Hamid, keadaan semasa yang dihadapi oleh Bumipu-tera amat membimbangkan walaupun pelbagai usaha di-lakukan dan bantuan dibe-rikan untuk meningkatkan jumlah sedia ada, namun belum mencapai tahap disa-sarkan kerajaan.

Keadaan itu, katanya, menjadi lebih rumit lagi apabila ramai akauntan me-ninggalkan negara ini untuk bekerja di negara lain yang memerlukan ramai tenaga kerja itu.

Beliau berkata, generasi baru tidak boleh sekadar me-letakkan tanda aras keboleh

pasaran mereka hanya da-lam negara dan mereka perlu bersifat lebih berdaya saing.

“Keahlian MIA yang di-perkukuhkan lagi dengan kelayakan profesional pe-rakaunan diiktiraf di serata dunia dan ia meningkatkan lagi nilai kredibiliti akaun-tan tempatan di mata dunia. Akauntan bertauliah memi-liki kelebihan berbanding pengamal bidang perakau-nan biasa ketika berdepan dalam pasaran kerja di sya-rikat bertaraf global.”

Kurang pengetahuanAbdul Rahim berkata, ada

beberapa isu yang telah dike-nalpasti sebagai sebab utama hasrat kerajaan itu belum mencapai tahap disasarkan dan pihaknya memandang situasi itu banyak berkait dengan mentaliti pelajar ser-ta generasi muda yang ku-rang pengetahuan mengenai potensi yang ada dalam bi-dang berkenaan.

“Hakikatnya dalam usia muda, mereka mempun-yai peluang untuk menjadi akauntan bertauliah. Mereka yang menceburi bidang ini mempunyai jaminan masa depan yang cerah kerana permintaan mendapatkan akauntan di dalam dan luar negara semakin meningkat di kalangan syarikat swasta serta perkhidmatan awam.

“Faktor ini adalah ke-kangan utama yang harus diatasi kerana segala inisia-tif kerajaan dan agensi lain untuk membantu mereka akan menjadi sia-sia, um-pama mencurah air ke daun keladi. Pelbagai program dan bantuan ditawarkan, tetapi rata-rata masih enggan me-majukan diri,” katanya.

Pilihan 1 Pilihan 2 Pilihan 3

Ijazah yang diiktiraf oleh MIA

Kelayakan profesional(seperti ACCA, CPA, CIMA, ICAEW dan MICPA)

Ijazah perakaunan yang tidak diiktiraf MIA

• Ditawarkan oleh institusi yang diiktiraf MIA.• 3 tahun pengalaman selepas bergraduat.

• Ditawarkan oleh badan prakaunan profesional.• Keahlian MIA secara automatik selepas mendapat pengalaman selama 3 tahun.• Tiada ujian tambahan.

• Ditawarkan oleh institusi tempatan atau luar negara.• Diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).• Pengalaman selama 3 tahun yang disahkan selepas bergraduat.• Memerlukan ujian tambahan daripada MIA atau badan perakaunan profesional lain.

TIga cara MeNdapaTkaN keahlIaN MIa

FOKUS PENGAJIAN: PERAKAUNAN

Page 4: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

4 isnin18 mac 2013

Hasrat menggenggam segu-lung ijazah menjadi impian kepada pelajar. Saban tahun, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berebut dan bersaing sengit untuk masuk ke program pilihan mereka dalam pelbagai institusi pen-gajian tinggi (IPT).

Salah satu saluran mu-dah dan cepat untuk menje-jakkan kaki ke menara ga-ding tercapai ialah menerusi program Pra-Universiti (Pra-U). Program ini ditawarkan oleh bukan sahaja di Tingka-tan 6, Matrikulasi dan pro-gram Asasi di IPTA, malah banyak program seumpama itu turut ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Kewujudan pelbagai pro-gram Pra-U di IPTS mem-buka peluang lebih luas kepa-da pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Ini kerana kebanyakan program itu diiktiraf oleh universiti di

serata dunia. Antara program ditawarkan seperti A-Levels, American Degree Programme (ADP), Canadian Pre University (CPU), International Baccalau-reate (IB), South Australian Ma-triculation (SAM) dan program Asasi di IPTS.

Lebih menarik, program di IPTS itu mempunyai ke-lainan dari aspek teknik pembelajaran dan pendeka-tan terhadap pemikiran ana-litikal. Mereka diberi ruang untuk meningkatkan potensi diri dan dilatih agar lebih di-namik dalam menimba ilmu pengetahuan.

Banyak program itu lebih menitikberatkan kemahiran kerja kursus dan aktiviti pe-lajar. Sebagai contoh program IB dari Switzerland mengu-tamakan kemahiran berfikir dan bertindak.

Sesetengah program turut menggunakan penilaian dari luar negara terhadap kepu-tusan pelajar untuk menjaga

kredibiliti dan kualiti pelajar. Peperiksaan pelajar program SAM contohnya, dinilai oleh sebuah jabatan pengelola dari Australia.

Peluang terbukaProgram Pra-U lazimnya

mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Pelajar yang mengikuti pengajian itu diserapkan terus ke pering-kat ijazah sebaik sahaja lulus program berkenaan.

Pengajian dalam bidang ini memberi beberapa kele-bihan untuk masa depan ke-rana mereka bebas memilih menyambung ijazah, sama ada dalam atau luar negara. Peluang itu lebih terbuka, tetapi kekangan paling besar hadir dari segi kos pengajian. Sebahagian besar program itu memerlukan perbelan-jaan tinggi menyebabkan ia kurang popular.

Keluaran depan: Asasi di IPTS

n Dari muka surat >>2

“Proses permohonan bagi Program Penera-ju Tunas Geliga dibuka pada 29 Oktober hingga 19 November 2012 dan setakat ini hampir 100 pelajar dikenal pasti,” katanya.

Beliau turut menjelaskan mengenai program Peneraju Skil yang memberi kelebihan kepada golongan Bumiputera khususnya dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional.

“Sesuatu perkara yang kurang diketen-gahkan kepada rakyat Malaysia secara amnya adalah bidang skil iaitu teknikal dan vokasional merupakan bidang yang boleh memberikan pendapatan lumayan sekiranya memiliki pen-sijilan khusus.

“Program ini dilancarkan pada 11 September 2012, di mana ia adalah program pensijilan an-tarabangsa skil kimpalan teknologi tinggi yang akan menempatkan peserta di syarikat minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata, melalui program ini, penda-patan bulanan peserta boleh meningkat dari RM1,000 hingga RM9,000.

“Setakat ini, seramai 100 peserta telah mendapat pensijilan antarabangsa dan akan diserapkan dalam bidang profesion minyak dan

gas sebelum berakhirnya Mac 2013.“Demi mencapai status negara ekono-

mi berpendapatan tinggi, teras Peneraju Skil diwujudkan bagi membantu negara, di samping menaiktaraf kehidupan golongan Bumiputera,” katanya.

Pra-U di IPTS beri alternatif Pendapatan bulanan meningkat

O pen University Ma-laysia (OUM) antara institusi pengajian

tinggi yang menawarkan pelbagai cabang pengajian khususnya kepada golongan bekerjaya.

Program yang ditawarkan semuanya mendapat kelulu-san dan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan ini merangsang OUM untuk terus giat dalam menjana masyarakat be-rilmu.

Ini terbukti dengan penu-buhan International Open College (IOC), yang meru-pakan kolej bersekutu OUM, dalam memberi peluang ke-pada pelajar lepasan Sijil Pe-lajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Ma-laysia (STPM) menyambung

pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Usaha ini menjadi teras kepada OUM untuk membu-dayakan pembelajaran se-panjang hayat terutama ke-pada golongan bekerjaya.

Ini selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu rakyat meningkatkan taraf kela-yakan akademik serta me-miliki kemahiran yang tin-ggi.

Antara pencapaian terki-ni yang diperolehi oleh OUM ialah pengiktirafan cemer-lang (Tier 5) melalui Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2011 (SETA-RA’11) yang dikeluarkan oleh MQA.

Kini terdapat 37 Pusat Pembelajaran OUM di se-luruh negara yang mana 21

OUM janamasyarakatberilmuTawar pelbagai bidang pengajian

kepada lepasan sekolah dan

golongan berkerjaya

daripadanya adalah dimiliki sepenuhnya oleh universiti berkenaan. Penubuhan Pu-sat Pembelajaran ini mem-beri peluang kepada pelajar terutamanya dari kawasan luar bandar untuk menik-mati setiap kemudahan yang disediakan.

Lengkap dengan kemuda-han kondusif dan teknologi terkini, Pusat Pembelajaran ini memberi nilai tambah kepada pelajar selain belajar dari rumah.

Selain memperkukuhkan pengajian di peringkat diplo-ma dan ijazah pertama, OUM turut menggerakkan pel-bagai program di peringkat pascasiswazah.

Kini, terdapat 20 program

pengajian di peringkat pas-casiswazah termasuk Ijazah Sarjana Pengurusan Pernia-gaan (MBA), Ijazah Sarja-na Kaunseling (MC), Ijazah Sarjana Pendidikan (MED), Ijazah Sarjana Pengajian Ba-hasa Inggeris (MEST), Ijazah Sarjana Sains dan Pengu-rusan Alam Sekitar (MESM) dan lain-lain.

Dalam pada itu, OUM turut memperkenalkan tiga program pengajian di perin-gkat kedoktoran iaitu Ijazah Kedoktoran Pengurusan Perniagaan (DBA), Ijazah Ke-doktoran Pendidikan (EDD) dan Ijazah Kedoktoran Ke-jururawatan.

Selain itu, universiti ber-kenaan ini turut mewuju-

dkan beberapa pusat pem-belajaran di peringkat global melalui kerjasama dengan institusi pengajian ting-gi luar negara. Setakat ini, OUM menawarkan program di Yemen, Bahrain, Ghana, Maldives, Hungary, Vietnam dan Sri Lanka.

OUM turut memberi pe-luang kepada pemegang di-ploma menyambung pen-gajian ke peringkat sarjana melalui kemasukan fleksi-bel.

Antara kriteria yang di-perlukan oleh pemohon un-tuk layak menjalani program ini ialah calon mesti beru-mur 35 tahun ke atas dan memiliki pengalaman ker-ja dalam bidang berkaitan

selain ujian dalaman yang akan dikawalselia oleh tena-ga pengajar terlatih.

Kriteria ini diperlukan bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh MQA untuk menjamin kuali-ti pembelajaran bagi me-lahirkan graduan yang kom-peten.

Kini terbukti, penerima-an masyarakat terhadap pro-gram pengajian di OUM amat membanggakan di mana universiti sentiasa berusaha bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam men-yediakan peluang pengajian kepada masyarakat teruta-manya di Malaysia.

"Sesuatu perkara yang kurang

diketengahkan kepada rakyat

Malaysia secara amnya adalah

bidang skil." – Raja Azura

Page 5: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

5ISNIN18 MAC 2013

Page 6: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

Terdapat pelbagai ban-tuan kewangan yang ditawarkan kerajaan

mahupun agensi kerajaan dan organisasi lain bagi memberi kemudahan ke-pada rakyat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Namun, tidak ramai me-ngetahui kemudahan ban-tuan kewangan yang tersedia itu bagi memberi kemudahan kepada pelajar.

Di Malaysia umumnya, terdapat beberapa bantuan biasiswa ditawarkan agensi kerajaan dan organisasi besar kepada pelajar yang layak.

Antara agensi kerajaan dan organisasi yang me-nawarkan biasiswa untuk kemudahan pelajar kurang mampu, tetapi mempunyai akademi baik ialah Yayasan Khazanah, Jabatan Perkhid-

matan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Negara Malaysia (BNM), Tenaga Nasional Ber-had (TNB), Telekom Malaysia Berhad (TM), Suruhanjaya Sekuriti (SC), UEM Group Berhad dan Sime Darby.

Yayasan Khazanah me-nawarkan tiga biasiswa iaitu biasiswa Khazanah Global, biasiswa Khazanah Watan dan biasiswa Khazanah – Cambridge.

6 ISNIN18 MAC 2013

Biasiswa Tarikh tutup

Biasiswa Sime Darby 2013 31 Mac 2013

Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2013 3 April 2013

Anugerah Biasiswa Maybank (Dalam negara) 31 Mac 2013

Biasiswa Pengajian Jepun (Monbukagakusho:MEXT) 17 Mei 2013

Biasiswa ASEAN untuk Malaysia 2014 (prauniversiti) 28 Mac 2013

Skim Biasiswa Universiti Nilai 31 Mac 2013

TAWARAN BIASISWA YANG MASIH DIBUKA

Sebarang pertanyaan mengenai pengajian tinggi?

Tanya kami di fb.com/BestariPlus

Sebarang pertanyaan

*Maklumat lanjut mengenai biasiswa yang ditawarkan boleh didapati di www.fb.com/BestariPlus

Peluang biasiswa sentiasa diberi BIASISWA

POPULARBiasiswa Yayasan Khazanah

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM)

Biasiswa Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Biasiswa Telekom Malaysia Berhad (TM)

Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti (SC)

Biasiswa UEM Group Berhad

Biasiswa Sime Darby

SPP1MSkim Prihatin Pendidikan 1Malaysia

(SPP1M) merupakan skim tambahan pin-jaman pendidikan yang disahkan oleh ke-rajaan dan diuruskan oleh Maybank dan RHB Bank.

Malah skim ini turut melibatkan Ya-yasan Peneraju Pembangunan Bumipute-ra (YPPB) yang akan memantau prestasi akademik pelajar.

Untuk dana ini, RM1 bilion telah dipe-runtukkan akan dibayar dalam tempoh lima tahun.

Ia akan disediakan untuk pelajar di universiti-universiti tempatan pada suku kedua 2013 dan pelajar yang mengambil program berkembar dan program luar ne-gara pada pertengahan 2013.

Kelayakan • Warganegara Malaysia• Mengambil jurusan Perubatan, Kli-

nikal, Penerbangan, Pergigian, per-cukaian, perakaunan, Undang-Undang dan Undang-undang Syariah, Kejurutera-an, Seni Bina, Sains, Sains Komputer dan Farmasi (lepasan ijazah) di salah satu uni-versiti atau kolej universiti yang terpilih.

• Pelajar yang belajar di salah satu dari-pada 100 universiti Terkemuka Dunia juga layak untuk pinjaman.

• Mendapat tempat di universiti yang tersenarai dalam Tier 4 (sangat baik) dan Tier 5 (cemerlang) dalam Sistem Pena-rafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ia boleh dise-mak di laman web rasmi MQA.

Page 7: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

7ISNIN18 MAC 2013

Oleh Mohd Fuad Mansor

H asrat Malaysia men-jadi negara maju pada 2020 perlu di-

jadikan pemangkin kepada lebih ramai pelajar untuk memilih bidang Sains di universiti. Universiti Se-langor (UNISEL) memiliki kemudahan prasarana, tek-nologi terkini dan tenaga pengajar berkaliber bagi melahirkan pelajar jurusan Sains berkualiti dan ber-daya saing.

Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, UNISEL menjamin fasiliti dan kemudahan teknologi dapat dibekalkan secukup-nya kepada setiap pela-jar khususnya pada bidang Sains ini.

Kampus di Bestari Jaya menyediakan ruang belajar dan makmal penyelidikan moden dan selesa untuk ke-mudahan pelajar. Institusi itu turut membelanjakan sejumlah besar peruntukan bagi menaik taraf sistem komputer agar seiring den-gan kemajuan dunia IT.

“Kami mahu setiap pela-jar di sini menguasai tekno-logi terkini supaya mereka mempunyai kredibiliti dan lebih kompetitif serta kom-peten di pasaran kerja,” ka-tanya.

Beliau berharap pelajar dapat melihat potensi yang ada dalam bidang Sains

UNISEL tarik pelajar jurusan SainsMenjadikan graduan sebagai pencipta dalam bidang kerja

pula, sudah terbukti UNISEL mampu melahirkan graduan menepati kehendak pasaran kerja.

“Mengikut data Kemen-terian Pengajian Tinggi 2011, 74 peratus graduan UNISEL mendapat kerja dalam jangka masa enam bulan dan pe-ratusan itu meningkat pada 2012,” katanya.

“Pelajar disaran agar tidak menceburi hanya satu bidang sahaja di mana mereka boleh memilih untuk menyam-bung pengajian dalam bidang lain. Ini menjadikan pelajar lebih kompeten dan secara tidak langsung memiliki ke-lebihan berbanding pelajar lain,” tegas beliau.

Kejayaan menghasilkan graduan yang berjaya adalah suatu kebanggaan. Bagi me-lestarikan pencapaian ini, UNISEL menyasarkan 14,000 pelajar sepenuh masa pada masa depan.

Jumlah itu menurut beliau adalah jangkauan positif dan sesuai dengan perancangan universiti. UNISEL juga akan mengadakan lebih kemuda-han penyelidikan untuk le-bih banyak program doktor falsafah (PhD) supaya terus menjadi institusi pengajian tinggi terkemuka.

Beliau mahu mengambil contoh Universiti Harvard

yang mempunyai jumlah pelajar kira-kira seban-

yak apa yang disa-sarkan oleh UNISEL,

tetapi memberi tumpuan khusus pada kemajuan program belajar jarak jauh (PJJ).

“Program PJJ mampu menguran-

gkan kos di samping memberi peluang

kepada golongan be-kerjaya untuk menin-

gkatkan pengetahuan dan potensi diri,” katanya.

Untuk mencapai hasrat ini, penekanan dalam aspek keupayaan logistik kampus merupakan antara perkara yang dititik beratkan. UNI-SEL merancang untuk me-nambah bilangan kampus yang tidak tertumpu hanya pada satu lokasi besar.

jar di sini menguasai tekno-logi terkini supaya mereka mempunyai kredibiliti dan lebih kompetitif serta kom-peten di pasaran kerja,” ka-

Beliau berharap pelajar dapat melihat potensi yang ada dalam bidang Sains

falsafah (PhD) supaya terus menjadi institusi pengajian tinggi terkemuka.

Beliau mahu mengambil contoh Universiti Harvard

yang mempunyai jumlah pelajar kira-kira seban-

yak apa yang disa-sarkan oleh UNISEL,

tetapi memberi tumpuan khusus pada kemajuan program belajar jarak jauh (PJJ).

mampu menguran-gkan kos di samping

memberi peluang kepada golongan be-

kerjaya untuk menin-gkatkan pengetahuan dan

potensi diri,” katanya.

“Kami mahu setiap pelajar di sini

menguasai teknologi terkini supaya mereka mempunyai kredibiliti

dan lebih kompetitif serta kompeten di

pasaran kerja.”Professor Dr Anuar Ahmad

pada masa depan agar negara tidak terlalu bergantung ke-pada kepakaran dari luar.

Tambahnya, isu keku-rangan pelajar dalam bidang Sains perlu diambil perha-tian secara serius oleh pelba-gai pihak.

“Kelompok pelajar Sains di sekolah kini menjadi minori-ti. Senario ini perlu ditangani segera memandangkan ke-masukan pelajar ke jurusan Sains di rata-rata institusi pengajian tinggi tempatan tidak menampakkan penin-gkatan yang besar,” katanya.

Ketika ini UNISEL me-nawarkan pilihan kursus dari tahap diploma hingga ke doktor falsafah dalam bidang Kejuruteraan serta Sains dan Bioteknologi. Fakulti Kejuru-teraan turut menawarkan program asasi dalam cabang pengajiannya.

Dalam pada itu, Anuar berkata, sejak penubuhan universiti itu pada 1999, kira-kira 18,000 pelajar menama-tkan pengajian. Dari aspek kebolehpasaran graduan

Page 8: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

8 isnin18 mac 2013

M edia massa memainkan per-anan penting

dalam pembangunan bu-daya, moral dan intelek sesebuah masyarakat. Pen-gamal media juga menjadi antara tonggak penyebar maklumat kepada bukan sahaja dalam negara, malah menjangkau aras global.

Atas dasar itu, Fakulti Ko-munikasi dan Media (FKM) Universiti Selangor (UNISEL) turut giat melatih pelajar agar berupaya menggalas tugas menyampaikan ilmu dan in-formasi terkini dengan lebih berkesan.

Dekan fakultinya, Prof Dr Azmuddin Ibrahim berka-ta, pelajar FKM turut diberi pendedahan kepada dunia luar sejak detik awal mereka belajar di sini.

“Dunia media masa kini bukan sekadar berlegar da-lam konteks nasional sahaja. Berita boleh disampaikan di mana-mana dan dibaca oleh sesiapa saja di merata pelo-sok dunia.

“FKM membuat langkah membawa pelajar mempe-lajari cara kerja industri me-dia di luar negara seperti di Gaza, Turki, Filipina dan In-donesia. Pelajar juga dilatih menganjurkan forum dengan menjemput tetamu dari luar negara untuk berkongsi pen-galaman,” katanya.

FKM diberi pendedahan

DR Azmuddin

Dalam penganjuran pro-jek ‘mobile film-making’ pula, FKM bekerjasama dengan Massey University (New Zea-land), University of Strasbourg (France) dan University of East London (UK).

Program ditawarkanDitubuhkan sejak tahun

2007, FKM menawarkan satu program diploma dan dua program ijazah yang dilaksa-nakan di kampus Shah Alam, Selangor.

Semua programnya di-ajar dalam bahasa Inggeris oleh pensyarah berpenga-laman luas dalam industri. Pelajar disediakan kemu-dahan lengkap untuk mem-beri keselesaan dan mahir dengan teknologi terkini. Modul pembelajaran pula memfokuskan pada latihan

secara langsung dan pelajar didorong berinteraksi dengan masyarakat untuk mening-katkan skil komunikasi.

Selain membentuk indivi-du terlatih dalam profesion-nya, FKM juga melahirkan individu yang bertanggung-jawab terhadap masyarakat. Dalam usaha ini aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sering dijalankan sama ada di peringkat negara atau an-tarabangsa. Sebagai contoh, tahun lalu FKM berjaya men-gumpul dana dalam projek “Save Somalia, Save the Children”.

“Dari segi peluang peker-jaan, lulusan komunikasi tidak terhad untuk bekerja di agensi media seperti TV, radio dan surat khabar saja. Bidang komunikasi penting dalam semua organisasi dan industri.

“Sama ada di bidang swas-ta atau awam, kesemuanya memerlukan pegawai ko-munikasi bagi melancarkan proses pentadbiran, promosi atau hubungan. Kami yakin pelajar FKM memiliki masa depan cerah untuk diambil bekerja,” katanya.

FKM juga semakin dike-nali di mata dunia selepas menerbitkan jurnal berkai-tan kemajuan ilmu komu-nikasi. Universiti Harvard, Cornell University dan Ohio State University antara yang melanggannya.

Fakulti Perniagaan (FP) di Universiti Selangor (UNI-SEL) mempunyai 13 program bawah kelolaannya bermula dari asasi hingga Doktor Fal-safah (PhD) dengan program ijazah sarjana muda pema-saran adalah untuk pilihan pelajar.

Dekan FP, Prof Madya Dr Fuad Salleh berkata, prospek kerjaya dalam bidang pe-masaran yang perlu dipopu-larkan dalam kalangan pela-jar menjanjikan pendapatan lumayan bagi yang mence-burinya.

Kata beliau, ramai pelajar terpengaruh dengan stigma umum dengan melihat bela-jar dalam bidang pemasaran tidak menyediakan peluang kerja lebih meluas.

“Bagi sesetengah pihak, mereka memandang ker-jaya di bidang pemasaran itu hanya sebagai jurujual. Hakikatnya, pengajian ini

menyediakan platfom untuk seseorang itu bergelar pakar strategi pemasaran lazimnya berpendapatan tinggi.

“Pakar pemasaran mesti mengetahui teknik menjual dan memasarkan jenama serta barang dengan cara pa-ling bijak menggunakan pen-dekatan psikologi dan tekno-logi terkini,” katanya.

Beliau berkata, pengajian dalam bidang pemasaran mendedahkan pelajar lebih kreatif dan belajar mengenai kepentingan display, iklan serta kaedah menarik minat khalayak sasaran.

Fakulti popularMenurut Fuad, Fakulti

Perniagaan UNISEL kini me-miliki jumlah pelajar paling ramai berbanding fakulti lain. Ia juga antara fakulti ter-awal sejak penubuhan uni-versiti itu.

“Saban tahun, program

yang ditawarkan menjadi pilihan pelajar untuk me-lanjutkan pengajian ke sini. Kredibiliti modul pembela-jaran dan keupayaan pens-yarahnya sering mendapat penghargaan.

“FP UNISEL antara insti-tusi terawal mendapat pen-giktirafan Institut Akauntan Malaysia (MIA). Selain itu, berdasarkan kajian kami ke atas bekas pelajar, hampir 67 peratus daripada mereka akan mencadangkan kepa-da rakan supaya mengikuti pengajian di sini,

“Kami juga menyasarkan fakulti ini untuk menjadi an-tara 10 terbaik di Asia pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata, demi men-capai tujuan untuk mempe-rolehi kira-kira 7,000 pelajar menjelang tahun 2015, fakul-ti itu bakal memperkenalkan beberapa program dan pro-gram separuh masa.

Ubah persepsi bidang pemasaran

Page 9: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

9ISNIN18 MAC 2013

F akulti Bioperubatan dan Sains Kesiha-tan (FBSK) di Uni-

versiti Selangor (UNISEL) terus komited memberi pendidikan terbaik den-gan merancang membuka perkhidmatan poliklinik diagnostik dalam bidang Sains Kesihatan di universiti itu pada masa depan.

Dekan FBSK, Prof Madya Dr Mohd Nazil Salleh berka-ta, premis itu nanti akan menjadi fasiliti yang kom-prehensif dan dilengkapi teknologi diagnostik terkini dalam aspek ujian diagnostk makmal, pengimejan dan fi-sioterapi dan kewujudannya bakal memberi nilai tambah pada proses perkembangan cara kerja pelajar.

“Kelebihan ini membo-lehkan pelajar belajar secara langsung dan mengetahui teknik terkini lebih awal. Mereka akan menjadi lebih cekap dan kompetitif apabila tamat belajar,” katanya.

Tarikan programKetika ini, kata beliau,

FBSK ada menawarkan tujuh program, lima daripadanya adalah diploma dan dua lagi ijazah sarjana muda.

“Bachelor of Occupational Safety and Health (OSH) adalah program ijazah yang mula menarik minat ramai pelajar ketika ini. Kadar kebolehpa-

saran kerja graduan ini amat tinggi hasil impak pemban-gunan pesat negara yang memerlukan lebih ramai pakar dalam bidang kesela-matan kerja.

“Pelajar juga diberi secara proaktif meningkatkan pen-getahuan dengan mengambil sijil profesional dalam bidang bioperubatan dan Sains Ke-sihatan. Ia akan menerapkan keupayaan multitasking ke-pada pelajar,” katanya.

Menurut Dr Mohd Nazil, fakulti sedia membantu pe-lajar yang mahu memajukan diri kerana inisiatif itu men-jadi suatu kelebihan berban-ding pelajar lain apabila tiba di pasaran kerja.

Selain itu, kata beliau, corak pembelajaran di FBSK yang menyediakan latihan praktikal lebih kerap mem-beri suatu kelainan pada graduannya dengan pelajar

akan lebih mudah mema-hami teori dan menguasai cara menggunakan teknik itu ketika berdepan cabaran sebenar.

Kejayaan“Hasil kajian, hampir 80

peratus graduan FBSK la-zimnya mendapat kerja da-lam masa enam bulan sele-pas tamat belajar.

“Kredibiliti pensyarah pula diperakui antara yang terbaik menerusi pelbagai anugerah dan kajian yang mendapat pengiktirafan agensi kerajaan serta pihak luar,” katanya.

FBSK yang ditubuhkan sejak tahun 2004 mempun-yai kira-kira 500 pelajar ketika ini. Program yang di-tawarkan juga berjaya me-narik minat pelajar asing terutama dari Timur Tengah mengikuti program di sini.

Pelajar FBSK kuasai ilmu terkini

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) di Universiti Selangor (UNISEL) adalah fakulti yang amat popular dalam kalangan pelajar.

FSSR UNISEL ditubuhkan sejak tahun 2006 dan menawarkan program Diploma Seni Reka Grafik Digital, Diploma Tekno-logi Fotografi dan Ijazah Seni Reka Grafik Digital.

Saban tahun kadar kemasukan pelajar baru di tiga kursus yang ada di fakulti ini sentiasa mencatatkan peningkatan.

Dekan FSSR, Sayuti Chik Tajudin berka-ta, ini menunjukkan pelajar yakin dengan kualiti modul pembelajaran, prasarana yang tersedia dan keterampilan tenaga pengajar sedia ada.

“Pensyarah FSSR UNISEL terdiri dari-pada mereka berpengalaman luas dalam industri dan mempunyai pengetahuan mengenai teknologi terkini. Jadi, pelajar akan mendapat bimbingan rapi dan ter-dedah dengan budaya kerja dalam bidang

yang diikuti,” katanya.Beliau yakin hasil pembelajaran di sini

membolehkan graduan program seni ini ti-dak janggal dengan dunia pekerjaan.

“Modul, latihan dan teknologi yang di-perolehi di sini dipastikan relevan dengan kehendak pasaran kerja. Faktor ini menjadi penyumbang kepada kebolehpasaran kerja graduan fakulti ini yang dianggar mence-cah hampir 100 peratus.

“Sekarang, fakulti ini turut memper-kenalkan kursus fotografi dalam air (un-derwater photography) untuk pelajar jurusan fotografi. Kursus ini menjadi suatu keistimewaan untuk penuntut UNISEL dan ia sudah menjadi tarikan kepada mereka,” katanya.

Menurut Sayuti, teknik mengambil gambar dalam air ini bukan sahaja diajar di kelas, bahkan pelajar berpeluang me-rangsang kreativiti mereka ketika latihan secara langsung di kolam renang.

Teknologi terkini tarikan FSSR

Penyediaan kemudahan khas

dalam pengajian fisioterapi

diberi penekanan.

Page 10: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

10 isnin18 mac 2013

Page 11: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

11ISNIN18 MAC 2013

Oleh Fuad Mansor

Kolej Universiti Geo-matika (KUG) akan membuka dua kam-

pus baru di Sabah sebagai usahanya memberi peluang lebih ramai kepada pela-jar di negeri itu menimba ilmu di institusi ber-kenaan.

Presidennya, Sr Dr Mohaizi Mohamad (gam-bar) berkata, pi-haknya memilih Sabah sebagai lokasi baru be-rikutan negeri itu memerlukan banyak institusi pengajian tinggi yang berkaliber.

Katanya, KUG adalah sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang memfokuskan modul pembe-lajaran berlandaskan latihan

praktikal dalam industri.“Kampus utamanya ter-

letak di Setiawangsa, Kuala Lumpur yang menempatkan kira-kira 2,500 pelajar,” ka-tanya .

Beliau berkata, dengan adanya kampus baru di Sa-

bah, akan mem-bolehkan anak tempatan negeri itu menyambung pengajian mere-ka di sana tanpa perlu ke Seme-nanjung.

“Kolej Uni-versiti Borneo yang dahulunya dikenali sebagai Twintech Univer-

sity College Sabah dan terletak di Kota Kinabalu akan me-nawarkan beberapa program yang dikenal pasti bertepatan dengan landskap tempatan,” katanya.

Menurut Sr Dr Mohaizi,

sebuah lagi kampus KUG di Sabah akan dibuka di Kenin-gau dengan Kolej Geomatika Keningau ini mengutamakan program kemahiran yang menyasarkan sejumlah 1,500 pelajar.

“Pelajar akan diberi latihan mengenai teknik berniaga, penguasaan teknologi terkini dan diajar kemahiran berko-munikasi dengan baik secara terus menerusi program yang dibuat khusus berdasarkan keperluan semasa industri,” katanya.

Sr Dr Mohaizi berkata, me-nerusi pelan pembangunan, pihaknya mampu memberi pendedahan awal menge-nai senario alam pekerjaan kepada pelajarnya dan pem-bangunan pelajar dari segi kemahiran cara kerja adalah satu aspek penting bagi mem-berikan kelebihan daya saing kepada mereka di pasaran kerja.

KUG buka dua kampus baru Ketidakupayaan intelektual seringka-

li dikaitkan dengan kekurangan dan juga ketidakbolehupayaan mereka dalam me-laksanakan sesuatu tugasan.

Procter & Gamble Malaysia (P&G) dan Sukan Olimpik Istimewa Malaysia men-ganjurkan satu bengkel � e Power of Sports di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Ketua Komunikasi P&G, Zulhaimi Ab-dul Hamid berkata, P&G melalui program khidmat sosial yang dinamakan Open Minds berjaya mengubah dan meningkat-kan mutu kehidupan lebih 10,000 kanak-kanak istimewa ini.

“Program ini melibatkan kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan intelek-tual di seluruh negara termasuklah autism, dysleksia, palsi serebrum dan sindrom down.

“Sepanjang usaha membantu kanak-kanak istimewa ini, P&G menyedari ba-hawa dengan melibatkan golongan ini da-lam aktiviti sukan memberi peluang untuk mereka buktikan kepada ibu bapa bahawa mereka juga dapat memiliki keyakinan diri dan mampu merealisasikan impian,” katanya.

Menurutnya, Sukan Olimpik Istimewa merupakan satu arena untuk kanak-ka-nak istimewa ini menemui keseronokan dan mencipta kejayaan.

“Pada sesi hari ini kita sangat bertuah atas kehadiran dua pendidik dalam bidang

sukan bagi golongan kurang upaya untuk berkongsi ilmu dan kemahiran mereka dalam meningkatkan mutu kehidupan kanak-kanak ini melalui sukan.

“Menerusi bengkel yang diadakan, kami berharap masyarakat dapat mene-rima dan menghormati golongan ini,” ka-tanya .

Pihaknya turut menjemput Nagoor Meera Abdullah yang merupakan seorang pendidikan berpengalaman dalam me-latih atlet golongan kelainan upaya untuk berkongsi tip berguna.

“Kanak-kanak istimewa yang melibat-kan diri dengan sukan dapat meningka-tkan keupayaan fi zikal dan juga kemahir-an motor, memupuk sifat keyakinan diri yang tinggi dan imej kendiri yang lebih positif.

“Mereka bukan sahaja berkembang dari segi mental, sosial dan spirituil me-lalui penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti tetapi golongan ini turut mempa-merkan keberanian dan semangat kental dan juga setiakawan yang tinggi,” katanya.

Matlamat Sukan Olimpik Istimewa adalah untuk membantu golongan keti-dakupayaan intelektual melibatkan diri dalam komuniti sebagai ahli produktif yang mampu berkembang dan menun-jukkan bakat mereka melalui latihan dan pertandingan sukan.

P&G tunai tanggungjawab sosial

Page 12: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

12 ISNIN18 MAC 2013

UniKL sasar terbaik Asia 2018U niKL menyasarkan untuk mendapatkan kedudukan ter-

baik dalam universiti terbaik Asia dalam tempoh lima ta-hun ini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Prof Dr Mazliham Mohd Su’ud, sasaran itu mampu dicapai melalui amalan sistem ‘hands on’ yang dilaksanakan di universiti berkenaan.

“UniKL bukan sahaja didedahkan dengan pembelajaran dalam bilik kuliah, tetapi juga dalam kilang.

“Ini untuk memastikan penuntut universiti ini terdedah dengan teknik, teknologi dan amalan industri sebenar,” katanya.

600 peluang pekerjaan bagi juruterbang helikopterKerjaya sebagai juruterbang helikopter mungkin menjadi pi-lihan kepada pelajar yang ingin merealisasikan impian mere-ka untuk terbang.

Setelah timbul isu berkenaan dengan masalah juruterbang yang tiada peluang pekerjaan, lesen juruterbang helikopter mungkin menjadi taruhan terbaik bagi menjamin peluang pe-kerjaan.

Dianggarkan terdapat 600 peluang pekerjaan bagi graduan dalam bidang ini. Kebanyakannya adalah dalam industri min-yak dan gas yang mana terdapat peningkatan aktiviti di luar pesisir pantai.

Di Malaysia terdapat beberapa syarkat yang menyediakan perkhidmatan sewaan helikopter seperti Westar Aviation Services, Malaysian Helicopter Services (MHS) dan Awad Ins-pirasi. Syarikat ini dijangka berkembang dan pastinya akan memerlukan lebih ramai juruterbang helikopter.

Dalam jabatan bomba dan penyelamat, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut merancang untuk merekrut dan melatih juruterbang helikopter untuk ke-mudahan operasi.

Kelayakan akademik yang diperlukan untuk menjadi seo-rang juruterbang helikopter adalah sama dengan juruterbang pesawat. Pelajar perlu mempunyai kelulusan SPM dengan lima kredit termasuk bahasa Inggeris, Matematik dan salah satu daripada subjek Sains serta lulus ujian kesihatan yang diken-dalikan klinik panel DCA Malaysia.

Page 13: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

universiti di luar waktu ke-las.

“Jika pelajar berminat dalam bidang lain, selain keperluan kelayakan aka-demik, mereka perlu mem-punyai kemahiran praktikal yang diperlukan dalam bi-dang itu,” katanya.

Pada masa sama, Dr James turut memberi penekanan kepada kemahiran interper-sonal dan praktikal, yang mana ia diperlukan pelajar untuk berhadapan dengan orang ramai dalam bi-dang mereka.

Beliau percaya, Jaba-tan Pengajian Prauni-versiti MAHSA akan terus berkembang da-lam menawarkan pel-bagai program penga-jian kepada pelajar.

“Saya nasihatkan pelajar di luar sana agar buat yang terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), capai gred tertinggi dan kawal perkem-bangan akademik.

“Selalu pastikan bahawa sebagai pelajar, anda buat apa yang anda mahukan

13ISNIN18 MAC 2013

“A nda adalah pe-nentu hidup diri anda di

masa depan.” Itulah antara ungkapan ringkas, tetapi bermakna daripada Penga-rah Pengajian Prauniver-siti Kolej Universiti MAHSA (MAHSA), Dr James Walsh yang memberi komen men-genai bagaimana pelajar dapat menyesuaikan diri di universiti.

Menurut beliau, terdapat perbezaan ketara dalam ke-hidupan sebagai seorang pe-lajar universiti dengan alam persekolahan.

“Di alam persekolahan, lazimnya guru berpera-nan sebagai ‘ketua’ dalam hubungan antara pelajar dengan tenaga pengajar.

“Namun di universiti, pe-ranan tenaga pengajar ialah menyampaikan pengeta-huan mereka kepada pelajar dalam kelas dengan erti kata lain, pelajar adalah ‘ketua’ bagi tenaga pengajar,” katan-ya.

Pemegang Ijazah Doktor Falsafah dari National Uni-versity of Ireland (Dublin) ini

turut menyatakan minatnya dalam kerjaya sebagai pen-syarah.

Memiliki latar belakang dalam bidang Fizik, beliau turut menerangkan menge-nai usaha Jabatan Pra-Uni-versiti MAHSA yang menya-sarkan pembangunan pelajar melalui penggunaan bahan dari universiti.

“Pelajar yang mengikuti pengajian ditawarkan jaba-tan ini akan diberi perhatian sepenuhnya bagi memas-tikan mereka bersedia ke tahap lebih tinggi dalam pro-gram ijazah.

“Kuncinya ialah ko-mitmen yang padu dari pela-jar itu sendiri dan kemahuan mereka untuk menggapai segulung ijazah. Tanpa ko-mitmen, ia akan menjadi sia-sia,” katanya.

Beliau berkata, pelajar pasti berhadapan dengan pelbagai kesukaran bagi menghabiskan pengajian di peringkat prauniversiti.

“Terdapat pelbagai alasan untuk permasalahan ini se-perti perbezaan budaya, ta-hap kematangan, kemahiran

Kuasai diri dengan MAHSABelajar mengenai universiti dengan Jabatan Pengajian Prauniversiti MAHSA

DR James Walsh, Pengarah Pengajian Prauniversiti di Kolej Universiti MAHSA.

IOC tawar pengajian kepada lepasan sekolahBantu pelajar layak tidak mendapat tempat ke IPTOpen University Malaysia (OUM) kini memperluaskan lagi konteks Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan tertubuhnya Internatio-nal Open College (IOC).

Penubuhan OUM selama 12 ta-hun yang mengutamakan golon-gan berkerjaya untuk meningka-tkan taraf akademik, universiti ini sememangnya bersedia untuk menyalurkan peluang yang sama kepada lepasan sekolah bagi me-lanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Dengan pengalaman yang dikecapi dalam penawaran kur-sus kepada golongan berkerjaya secara separuh masa, OUM me-lalui IOC menawarkan program diploma kepada lepasan sekolah. Walaupun kini terdapat ham-pir 500 kolej yang menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat diploma kepada pela-jar lepasan sekolah, IOC dilihat mampu menawarkan pendidikan berkualiti.

Ini adalah peluang kepada pe-lajar berpotensi untuk menerus-kan pengajian mereka demi men-capai cita-cita masing-masing,

terutamanya pelajar berkelayakan yang gagal mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi.

Memandangkan program pen-gajian OUM mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Ma-laysia (MQA) serta JPA, program pengajian yang berkualiti ini se-cara tidak langsung dapat disa-lurkan kepada pelajar lepasan se-kolah melalui IOC.

Selain itu, antara kelebihan IOC jika dibandingkan dengan insti-

tusi yang lain, Kolej ini mengguna pakai kepakaran dan kemudahan yang sedia ada di OUM bagi men-jamin kualiti pengajiannya.

Pengerusi Lembaga Penga-rah IOC, Profesor Datuk Dr Ishak Tambi Kechik berkata, OUM ada-lah institusi yang terkenal dengan program pengajian terbuka dan jarak jauh, manakala IOC adalah sebuah kolej konvensional.

“Apa yang membezakan IOC dengan kolej lain ialah ia menja-dikan pembelajaran secara ber-

semuka dan dalam talian sebagai pendekatan utama. Ini bermakna, pelajar dapat mengakses setiap modul yang disediakan secara da-lam talian di mana-mana sahaja di samping interaksi dalam kelas biasa,” katanya.

Beliau juga berkeyakinan ba-hawa IOC akan terus berusaha untuk menghadapi saingan hebat daripada institusi pengajian yang kedudukan mereka lebih terjamin dan kukuh di arena pendidikan tempatan.

Tambahnya, IOC bertuah ke-rana mendapat kerjasama dan sokongan daripada pihak industri yang menyediakan latihan amali kepada pelajar sebagai pendeda-han awal mereka kepada alam pe-kerjaan.

Dengan sokongan padu dari-pada OUM, IOC bakal mewujud-kan program pengajian di pering-kat ijazah demi memartabatkan pendidikan dalam negara selaras dengan hasrat kerajaan untuk me-lahirkan masyarakat berilmu.

MENTERI Pengajian TinggiDatuk Seri MohamedKhaled Nordin menerimacenderahati daripadaPresiden OUM, ProfEmeritus Tan Sri Anuwar Alisambil diperhatikan olehDr Ishak (kiri).

DATUK Seri MohamedKhalid bersalaman dengankakitangan OUM.

berkomunikasi atau home sic-kness, namun MAHSA sedaya upaya memberi sokongan kepada pelajar bagi memberi peluang melanjutkan penga-jian di sini,” katanya.

Selain daripada tugasnya sebagai pengarah dan ber-pengalaman dalam menga-jar, Dr James turut mempun-yai pengalaman di bidang penyelidikan, yang mana beliau menghasilkan banyak jurnal di seluruh dunia.

Selain itu, beliau turut dianugerahkan pelbagai ge-

ran penyelidikan dan meru-pakan seorang Profesor Madya Adjung di University Houston, Texas, Amerika Sya-rikat.

Katanya, pelajar perlu menyesuaikan diri dalam dua perkara untuk berhada-pan dengan pelbagai kerenah sebagai penuntut universiti.

“Adalah penting untuk seseorang pelajar mengurus-kan dua perkara iaitu kehi-dupan universiti dan akade-mik. Pelajar perlu menikmati pengalaman kehidupan di

bukan hanya mengikut orang lain. Namun terimalah nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman seperti ibu bapa anda dan keluarga,” katanya.

MAHSA menawarkan pelbagai program pengajian Prauniversiti. Untuk maklu-mat lanjut hubungi talian 1 800 88 0300 atau layari la-man web www.mahsa.edu.my

BANGUNAN MAHSA tersergam indah.

Page 14: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

14 ISNIN18 MAC 2013

Page 15: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

15ISNIN18 MAC 2013

R afael Johann Gomm dan Kevyn Dexter Terence Dev Kumar

adalah dua pelajar yang memiliki keterampilan serta keintelektualan yang segah namanya.

Kedua-dua mereka ada-lah anak jati dari Borneo Ma-laysia - Kevyn dari keturu-nan Iban berasal di Saratok, Sarawak, manakala Rafael berdarah Kadazan dari Pe-nampang, Sabah.

Mereka adalah penun-tut Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat Universiti Nilai (Nilai U) dan kedua-duanya bakal menja-di krew kejuruteraan lapan-gan terbang.

Menurut Rafael, keputu-sannya menceburi bidang kejuruteraan penyelengga-raan pesawat didorong oleh minatnya menonton siri dokumentari televisyen yang mengupas tragedi nahas pe-sawat.

Katanya, beliau begitu takjub bagaimana kesilapan manusia yang sangat kecil pun mampu menyebabkan kecelakaan besar.

“Dari situ saya mula me-nanam minat untuk menjadi sebahagian krew pasukan yang memastikan keselama-tan penumpang pesawat ter-jaga rapi.

“Pasukan kejuruteraan pesawat ini bertanggung-jawab memasti dan menges-ahkan sesebuah pesawat itu selamat untuk melakukan penerbangan,” katanya.

Perancangan asal Kevyn ialah melanjutkan penga-jian di sebuah universiti di UK, tetapi beliau kemudian mendapat tahu mengenai program penyelenggaraan pesawat di Nilai U.

“Program ini memenuhi apa yang saya ingini kerana ia mempersiapkan para pe-lajar untuk menghadapi pe-periksaan EASA, ditambah pula dengan yuran pengajian yang berpatutan,” katanya.

Peperiksaan EASA iai-tu Peperiksaan B1-1 Agensi Keselamatan Penerbangan

Pengajian kejuruteraan di Nilai USasar kelayakan diiktiraf antarabangsadalam bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat

Eropah (EASA) adalah la-luan utama mendapatkan lesen penuh menjadi juru-tera pesawat. Ia diiktiraf di peringkat antarabangsa dan mendapat permintaan tinggi dari industri penerbangan.

Rafael juga tertarik den-gan Nilai U disebabkan kos dan kurikulum yang berkait rapat dengan peperiksaan EASA.

“Kelayakan EASA sangat penting untuk sesiapa sahaja yang ingin membina kerjaya dalam industri ini. Ia diteri-ma antarabangsa dan sebagai tiket bagi kerjaya berpenda-patan lumayan di luar nega-ra,” katanya.

Menjadikan alasan itu se-bagai motivasi, Rafael ber-hasrat menyambung penga-jian ke peringkat yang lebih tinggi.

Beliau sedang memper-timbangkan untuk menyer-tai Diploma Lanjutan Ke-juruteraan Pesawat di Nilai U yang memerlukan satu tahun pengajian tambahan.

Lebih-lebih lagi kerana program ini berserta Diploma Penyelenggaraan Pesawat diiktiraf oleh Universiti Kingston, United Kingdom sebagai selari dengan pro-gram ijazah sarjana muda mereka.

Oleh itu, penuntut Nilai U yang berjaya menamatkan kedua-dua program di Nilai U ini (beserta beberapa mo-dul) akan menerima ijazah sarjana muda yang diiktiraf antarabangsa dari Universiti Kingston.

Rafael dan Kevyn men-

gakui bahawa elemen paling penting dalam industri pe-nerbangan adalah kelayakan EASA dan pengalaman kerja yang cukup.

“Bapa saya bersungguh-sungguh menggalakkan saya mengambil ijazah sarjana muda kerana ia boleh mem-bantu perjalanan kerjaya saya. Malah, diploma lanju-tan tersebut hanya mengam-bil masa satu tahun. Diseba-bkan itu saya sedang serius mempertimbangkannya,” kata Rafael yang berusia 20 tahun.

Kevyn turut bersetuju dengan Rafael kerana bagin-ya, memiliki segulung ijazah sarjana muda adalah satu kelebihan.

“Saya yakin, dengan ija-zah ini, laluan kerjaya saya ke bahagian pengurusan akan menjadi lebih mudah. Kita perlu merancang masa hadapan kerana suatu hari nanti, saya mungkin tidak mahu lagi bekerja di lapan-gan, terutama apabila su-dahberusia,” katanya.

Ternyata usia remaja tidak menghalang mereka untuk berfikiran matang dalam hidup. Kedua-duanya juga mempunyai impian untuk mendapatkan ijazah sarjana kelak, terutama jika menda-pat tajaan daripada mana-mana pihak.

Untuk keterangan lanjut mengenai Nilai U dan pro-gram yang ditawarkan, la-yari www.nilai.edu.my atau hubungi talian 06-8502308 / 07-2262336 / 03-79603089.

RAFAEL dan Kevyngembira belajar diNilai U.

Page 16: Bestari Plus Inaugural Issue - March 2013

16 ISNIN18 MAC 2013

Dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times (M) Bhd (4485-H) 31 Jalan Riong, 59100 KL. Logi-loji daerah: No. 16, Jalan U8 40000 Shah Alam, Selangor. Lot 322 & 323, Prai Industrial Estate, 13600 Prai, P. Pinang, Lot PLO 2, Senai Industrial Estate, 81400 Senai, Johor, Lot PT 5319, Kawasan Perindustrian Ajil, 21800 Ajil, Hulu Terengganu.Dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times (M) Bhd (4485-H) 31 Jalan Riong, 59100 KL. Logi-loji daerah: No. 16, Jalan U8 40000 Shah Alam, Selangor. Lot 322 & 323, Prai Industrial Estate, 13600 Prai, P. Pinang, Lot PLO 2, Senai Industrial Estate, 81400 Senai, Johor, Lot PT 5319, Kawasan Perindustrian Ajil, 21800 Ajil, Hulu Terengganu.