plg 516 keberkesanan sekolah

Upload: kaiteri-yehambaram

Post on 09-Oct-2015

126 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian kes

TRANSCRIPT

Soalan: Huraikan perbandingan Kajian Kes Keberkesanan Sekolah-US,Taiwan,Hong Kong,Eropah dan Australia. Bincangkan pula ciri-ciri manakah yang kritikan dalam kajian keberkesanan sekolah di Negara kita.PENGENALANPengertian sekolah berkesan berbeza-beza kerana berbagai-bagai pihak mempunyai persepsi yang berbeza terhadap apa yang mereka kehendaki daripada sekolah. Kajian kajian sekolah berkesan secara khusus mendefinisikan keberkesanan sekolah melalui pembolehubah yang dianggap penting dan digunakan untuk mengukur keberkesanan sekolah. Secara umum terdapat dua kriteria yang digunakan oleh para pengkaji untuk mengukur keberkesanan iaitu, outcome atau output dan proses.

Menurut Mortimor (1991) telah merumuskan bahawa sekolah berkesan ialah sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil kira latar belakang mereka.Malahan Screens (1992) menjelaskan konsep berkesanan mengikut perspektif tertentu. Dari segi ekonomi sekolah dianggap berkesan jika outcome atau hasil yang diingini dapat dicapai dengan kos yang rendah. Sementara perspektif hubungan kemanusiaan dalam organisasi pula menjelaskan bahawa organisasi berkesan ialah organisasi yang dapat mewujudkan perasaan kepuasan dalam kalangan pekerjanya dan melibatkan mereka dalam organisasi.

Di Amerika Syarikat kebanyakan pengkaji mengukur keberkesanan sekolah berasaskan output, iaitu pencapaian dalam ujian piawaian bagi mata pelajaran matematik dan bacaan. Di United Kingdom, proses pembolehubah seperti kedatangan, kelakuan pelajar dan peningkatan skor pencapaian digunakan sebagai pengukur keberkesanan.

Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi kesaksamaan (equity). Mengikut beliau, keberkesanan sekolah diukur berdasarkan kejayaannya meningkat kepuasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung sehinggakan kadar bilangan kanak-kanak kurang beruntung menguasai akademik seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasai. Justeru, sekolah tidak layak diiktiraf sebagai berkesan jika tidak memberi kesaksamaan peluang pendidikan.

PERBANDINGAN KAJIAN KESDalam perbandingan kajian kes ini 4 buah benua telah terlibat. Dari Benua Amerika, negara Amerika Syarikat telah dikaji. Dari Benua Australia, negara Australia terlibat. Dari Benua Asia pula negara Taiwan dan Hong Kong telah dikaji. Akhir sekali Benua Eropah, negara Britain, United Kingdom, Belanda dan Norway dikaji. Negara-negara yang dipilih merupakan negara-negara yang terlibat dalam transformasi perubahan penstrukturan semula kurikulum pada masa kajian ini dibuat.Kajian ini telah mengkaji secara terperinci 12 dimensi kajian yang telah ditetapkan. Dimensi dimensinya ialah, Ciri am sekolah, Satu hari dalam kehidupan seorang kanak-kanak, Gaya pengajaran guru, Kurikulum, Pengaruh ibu bapa, Pengetua, Jangkaan sekolah daripada murid, Matlamat sekolah, Hubungan kakitangan, Sumber sekolah, Hubungan dengan pihak berkuatkuasa tmpatan(PPD) dan Imej.

i) Ciri am sekolahDi negara Amerika Syarikat ciri am sekolah berkesan adalah sesebuah sekolah yang memberi 90% makanan tengah hari secara percuma kepada muridnya.Selain itu, sekolah yang menghasilkan murid-murid yang memperolehi skor markah yang tinggi dalam ujian dan juga merupakan sekolah yang menarik di sesuatu kawasan .Di Australia ciri am sekolah adalah pemilihan yang stabil di kalangan penduduknya. Ini bermaksud sesebuah sekolah akan dipilih oleh semua lapisan masyarakat tanpa ada sekatan dan kawalan yang menetapkan seseuatu golongan sahaja akan dipilih belajar di sesebuah sekolah.Di Benua Asia terdapat perbezaan diantara negara negara benuanya sendiri. Misalnya negara Hong Kong menggunakan ajaran Confucius dalam pengajaran hariannya. Negara ini juga berpendapat sekolah berkesan adalah sekolah yang memberi penekanan terhadap konsep penanda aras serta mengutamakan Bahasa Inggeris. Negara ini mengaplikasi trend reformasi pendidikan.Pada mulanya sistem persekolahannya mengutakan peperiksaan tetapi sistem tersebut telahpun ditukar.Di Benua yang sama satu lagi negara yang dipilih dan dikaji adalah Taiwan. Negara ini juga menggunakan ajaran Confusius sepertimana Negara Hong Kong tetapi mementingkan warisan budayanya. Selain itu, kurikulum di negara itu lebih tumpukan kepada berdaya asing. Di Negara ini sekolah mempunyai hak sebanyak 20% dalam penggubalan kurikulum. Salah satu ciri sekolah berkesan di Negara Taiwan yang penting adalah penstrukturan semula sera pembudayaan semula. Di Negara ini sekolah yang menentukan perasekitaraan. Sekolah dan kelas di negara ini adalah bersaiz kecil dengan nisbah 44 : 1. Selain itu, di Taiwan telah wujud persaingan idea yang positif diantara sekolah dan juga wujud hubungan yang baik antara sekolah-sekolah di sesebuah kawasan.Di Benua Eropah, negara Britain mempunyai saiz keseluruhan sekolah yang agak besar dan nisbah antara guru dan pelajar juga lebih baik serta kondusif. Di negara United Kingdom persekitaran sekolahnya adalah luas serta baik. Di negara Belanda pula kemudahan yang disediakan di sekolah adalah mencukupi serta populasi minoriti yang belajar di sekolah ini adalah rendah dari segi SES (social economic status). Di negara Norway bangunan sekolahnya biasa sahaja dan sekolah sederhana SES yang tipikal.

ii) Kehidupan seharian muridDi negara Amerika Syarikat dibawah ciri ini guru mengaitkan kehidupan seharian murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dengan cara ini dapat menarik perhatian murid dengan mudah serta murid juga memahami isi kandungan pelajaran dengan cepat.Di negara Australia pula mengadakan kelas yang formal dan meluangkan lebih masa untuk menyelesaikan hasil kerja murid. Guru lebih menumpukan masanya untuk pengajaran berbanding hal-hal lain seperti pengurusan atau pengawalan perangai murid. Mereka juga menaruh harapan tinggi terhadap kebolehan murid.Di negara Hong Kong sekolah memainkan peranan penting untuk mempertingkatkan keupayaan intelektual dan kemahiran kognitif murid. Sekolah lebih menumpukan perhatian terhadap pengajaran akademik, di mana mengajar cara belajar yang sesuai untuk murid.Di negara Taiwan sekolah lebih mengutamakan disiplin murid. Oleh itu, sekolah mengamalkan disiplin yang ketat. Murid-murid disemai dari kecil lagi untuk menghormati guru. Pelajar pelajar sekolah rendah dan tinggi diwajibkan membersih kelas dan kawasan sekolah. Jika gagal membuat tugasan akan dikenakan hukuman dera kepada pelajar tersebut.Di negara Britain sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk menjawat lebih banyak jawatan autoriti di sekolah. Pada masa yang sama, penglibatan pelajar dalam sesuatu program atau tugasan adalah lebih tinggi serta lebih bertanggungjawab trehadap kewajipan yang diberi. Sekolah mengamalkan sikap lebih toleransi terhadap peraturan seperti moral, pakaian dan tingkah laku pelajar. Di negara United Kingdom, murid di sesebuah sekolah adalah seimbang antara pelajar pintar serta kurang pintar. Sekolah juga memberi peluang kepada semua murid untuk melaksanakan tugasan penting di sekolah secara tanggungjawab dan sempurna.Sekolah mengutamakan pemberian kera rumah kepada pelajar kerana berpendapat kerja rumah memberi keberkesanan terhadap peningkatan akademik pelajar.Di negara Belanda sistem persekolahan yang diamalkan adalah sangat berstruktur dan sistematik. Pelajar-pelajar didik secara disiplin dan bertanggungjawab sehingga dapat bekerja dalam keadaan senyap di dalam kelas. Pola harian sekolah adalah agak konsisten dan teratur. Di negara Norway pula murid mempunyai pandangan yang positif terhadap sekolah dan guru. Mereka sedar bahawa sekolah ialah satu satu tempat yang dapat membentuk akhlak dan akademik para pelajar.

iii) Cara pengajaran guruDi Amerika Syarikat bukan semua guru yang bekerja secara berkaliber. Hanya sesetengah guru sahaja cenderung mengamalkan amalan yang inovatif dalam aktiviti pengajaran harian guru.Di Australia guru mengamalkan pelbagai kaedah dalam pengajaran harian mereka.Misalnya, pengajaran guru kadangkala secara keseluruhan kelas adakalanya secara kumpulan dan juga mengajar secara individu. Guru guru mengajar mengikut anggaran merangkumi 1/3 kelas dapat memahami ajaran guru. Sesuatu kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap pemahaman murid. Guru memberi kerja kepada semua murid agar mereka menumpukan perhatian sepanjang masa tanpa membuang masa dengan bercakap atau bermain dengan kawan.Di Hong Kong, pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan murid sepenuhnya. Murid- murid digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti dan pembelajaran kendiri dan guru hanya sebagai fasilitator sahaja. Guru memberi panduan dan tunjuk ajar sahaja tetapi murid yang melakukan aktiviti itu secara inisiatif sendiri. Murid diberi tugasan dalam kumpulan yang memberi tumpuan kepada interaksi kerja kumpulan iaitu antara kalangan murid masing-masing. Murid juga diberi tugasan yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti komuniti. Pola pelajaran di Hong Kong adalah fleksibel bukan hanya memberi keutamaan kepada pendidikan berasaskan peperiksaan malahan juga menyelit pendidikan berguna kepada kehidupan harian.Di nagara Taiwan, guru-guru yang membangunkan kaedah dan instrumen pengajaran yang akan digunakan dalam kelas. Kedah ini sangat berkesan terhadap pengajaran kerana guru lebih mengetahui tahap pengetahuan dan penguasaan murid yang diajar. Oleh itu, instrumen yang disediakan juga berasaskan tahap murid maka pengajaran yang bakal dijalankan akan memberi manfaat kepada guru dan juga murid. Selain itu, guru diberi autonomi membina persekitaran sekolah yang memberi keselesaaan kepada murid supaya menarik minat mereka terhadap pendidikan. Guru-guru juga mempunyai hak bersuara dalam perlantikan guru dan guru besar. Dengan cara ini boleh elakkan keadaan kurang selesa dan bertentangan pendapat semasa bertugas.Di negara Britain tanggapan guru terhadap murid adalah lebih tinggi.Guru guru menaruh harapan yang baik terhadap murid. Di negara United Kingdom pula, murid-murid menganggap guru sebagai idola hidup mereka. Guru-guru dianggap insan yang mulia. Guru-guru dapat melakukan kawalan kelas yang baik kerana murid sangat menghormati dan menurut perintah guru.Di negara Belanda guru-guru mengamalkan pengajaran pelbagai iaitu secara kelas dan juga individu. Kemahiran yang ditunjukkan oleh guru dapat diterima oleh murid dengan mudah kerana ia diajar mengikut kefahaman murid.Di negara Norway guru kelas agak inklusif dalam cara pengajaran mereka. Kaedah ini merangkumi keseluruhan pendidikan serta membantu murid memahami secara mendalam pengajaran guru. Guru-guru juga lebih perihatin terhadap keperluan murid. Disamping memberi tumpuan kepada akademik murid, guru-guru juga mengambil berat terhadap perihal kehidupan murid. Guru-guru di sekolah menggunakan lebih banyak masa dalam organisasi kelas dan peraturan sekolah. Dengan ini jelas bahawa guru-guru juga lebih mengutamakan disiplin murid disamping pembelajaran.

iv) KurikulumDi negara Amerika Syarikat kurikulum dibuat mengikut negeri atau daerah masing-masing. Oleh itu, kurikulum di Amerika Syarikat adalah tidak seragam. Lebih-lebih lagi guru-guru juga mempunyai kuasa untuk menambah input dalam beberapa malapelajaran dang red di sekolah. Dengan ini jelas bahawa kurikulum yang gunakannya adalah berbeza dan lebih cenderung kepada kehendak guru masing-masing.Di negara Australia pula perancangan kurikulum dibuat mengikut negeri masing-masing. Perancangan kurikulum negeri yang membveri pertimbangan ketika pelaksanaan seperti yang dimandatkan. Mereka memberi lebih tumpuan terhadap matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Kedua-dua matapelajaran ini diajar selama 12.7 jam dalam seminggu. Di negara Hong Kong kurikulum merasionalkan pengetahuan seasebuah institusi. Kurikulum yang dibuat akan mempertimbangkan kehendak persekitaran sesuatu institusi. Kurikulum negara ini lebih fokus kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi daripada disiplin akademik. Dengan ini jelas bahawa kurikulum ini tidak semata-mata mementingkan pencapaian akademik sahaja malahan juga mengutamakan kemahiran dan nilai murni seseorang murid.Di negara Taiwan kurikulum memperomosikan autonomi guru. Kurikulum dibuat dengan mengambil perhatian pendapat guru. Di negara Taiwan terdapat Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum untuk membuat kurikulum. Kurikulum yang dibuat menumpukan lebih banyak perhatian kepada bagaimana para pelajar perlu mempunyai kecekapan dalam sesuatu bidang. Dalam kurikulum hasil pembelajaran diberi keutamaan. Dalam kurikulum guru berperanan sebagai perancang. Sentiasa mengadakan perbincangan tentang kurikulum antara sekolah-sekolah untuk membaiki serta memurnikan lagi kurikulum yang sedia ada.Di negara Britain dan United Kingdom kurikulumnya menekankan kesamarataan dalam pendidikan. Ini bermaksud semua warga negara tersebut mendapat pendidikan tanpa sebarang penindasan.Di negara Belanda pula mengamalkan kurikulum tradisional.Walaupun berlaku peredaran zaman namun negara itu masih mementingkan kurikulum tradisional yang mengutamakan amalan kebudayaan lama.Di negara Norway pendidikan adalah percuma. Dengan ini semua penduduk negara itu dapat menuntut di sekolah dan kesemua rakyatnya boleh dikatakan celik huruf. Negara ini juga menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu,negara ini juga memastikan berlakunya kesamarataan dalam pendidikan.

v) Pengaruh Ibu bapaDi negara Amerika Syarikat penglibatan PIBG dalam sekolah adalah sebanyak 50%. Ibu bapa terlibat dengan banyak di sekolah kurang SES.Ibu bapa di negara Australia terlibat dalam bilik darjah, masyarakat dan pengutipan derma.Manakala di Hong Kong ibu bapa mengambil berat tentang pelajaran anak, terlibat dalam bilik darjah, masyarakat serta pengutipan derma. Selain itu, pengaruh ibu bapa ke atas keputusan kurikulum adalah tidak kuat.Di Taiwan pula ibu bapa boleh mempengaruhi pengambilan guru mengikut Akta Guru.Ibu bapa mempunyai pengaruh ke atas perubahan polisi sekolah di Britain dan UK. Di Belanda ibu bapa dihubungi sekali-sekala sahaja. Ibu bapa sentiasa menyokong sekolah jika mereka diberi dorongan.

vi) PengetuaDi Amerika Syarikat kebanyakkan pengetua adalah berkomitmen tinggi serta berdedikasi. Pengetua di negara ini juga mempunyai pengalaman yang luas serta lama dalam jawatan pengetua. Ini jelas bahawa pengetua yang berpengalaman selama 18 tahun menganggap kejayaan murid merupakan satu-satu misi dalam hidupnya.Di Australia secara amnya pengetuanya adalah seorang yang berkomitmen tinggi terhadap pengurusan kebajikan murid. Mereka lebih mengutamakan kebajikan dan keperluan murid. Para pengetua juga meletakkan harapan yang tinggi kepada dasar pintu terbuka terhadap pekerja. Dengan cara ini para pengetua berpendapat sesuatu masalah antara pekerja dapat diselesaikan secara tenang. Tetapi pengetua juga bersifat autokratik dalam keadaan tertentu.Di Hong Kong peranan pengetua amat ditekankan. Pengetua diberi mandaat dan harapan yang tinggi terhadap pencapaian sesebuah sekolah.Di Taiwan Pengetua lebih menekankan kualiti guru sepanjang hayat. Pengetua sentiasa mengharapkan guru yang berkualiti dan berkebolehan berkhidmat di sekolahnya. Di Britain daya kepimpinan pengetua adalah rendah. Pengetua di negara ini tidaklah seorang yang berkepimpinan yang tinggi.Di United Kingdom pula pengetuanya mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Keputusan pengetua sentiasa berasaskan demokratik. Pengetua memberi peluang kepada para guru bersuara serta menghormati dan mempertimbangkan pendapat mereka. Di negara ini terdapat dua orang pengetua di sesebuah sekolah, seorang pengetua mengurus kurikulum dan seorang lagi mengurus hal ehwal pentadbiran.Di Belanda pula sesuatu keputusan yang diambil bukanlah keputusan pengetua sahaja malahan keputusan berasaskan kumpulan. Pengetua lebih cenderung dalam pentadbiran pengurusan berbanding kurikulum.Pengetuanya juga seorang yang suka bersuara lantang dan tegas. Di Norway selalunya pengetua baru akan berfokus kepada pentadbiran pendidikan berbanding urusan lain. Ini jelas bahawa pengetua mengutamakan pendidikan di sesebuah sekolah sebelum melibatkan diri dalam urusan lain.

vii) Harapan Sekolah Terhadap MuridDi Amerika Syarikat harapan sekolah terhadap murid adalah sangat tinggi. Mereka lebih mengutamakan pencapaian dan tingkahlaku murid di sekolah. Sekolah lebih bertanggungjawab terhadap pembentukan akademik serta nilai murid. Di Australia juga sekolah menaruh harapan yang tinggi dalam akademik dan social murid. Sekolah merupakan sast-satunya tempat membentuk modal insan yang berguna terhadap negara dan bangsa. Di Hong Kong sekolah merupakan tempat menguji kemahiran dan pengetahuan murid. Sekolah juga mengutamakan kerapian akademik murid sepenuhnya. Sekolah juga memainkan peranan penting dalam menyediakan murid untuk meningkatkan pembangunan peribadi dan intelek seseorang murid. Dengan ini jelas bahawa sekolah di Hong Kong memikul tanggungjawab yang tinggi terhadap melahirkan model insan yang berguna.Di Taiwan sepertimana yang dilihat terlebih dahulu mereka mementingkan kurikulum tradisional yang mengajar mereka supaya menghormati dan menghargai alam semulajadi terlebih dahulu. Sekolah juga lebih mengutamakan budaya dan tradisi negara mereka. Mereka juga memberi tumpuan terhadap kecergasan minda dan badan yang sihat. Sekolah juga menitikberatkan amalan bermoral dikalangan para pelajarnya. Pada masa yang sama para pelajar didik supaya melepasi peperiksaan tertentu dengan pencapaian cemerlang supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.Di Britain, sekolah menaruh tanggapan akademik yang positif terhadap para pelajar. Di samping akademik sekolah juga mengutamakan tingkah laku dan amalan bermoral para pelajar.Di United Kingdom sekolah lebih mementingkan para pelajarnya menguasai matlamat akademik berbanding hal lain. Sekolah lebih memberi perhatian terhadap melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam akademik.Di Belanda sekolah memberi tekanan yang tinggi kepada pelajar supaya mencapai pencapaian cemerlang. Sekolah lebih mementingkan akademik berbanding jurusan lain. Mereka melaksanakan sistem penilaian sekolah yang menyuluruh. Sekolah dilihat tempat yang melahirkan para intelek yang berperestasi tinggi.viii) Matlamat SekolahDi Amerika Syarikat tiga matlamat utama yang akan dicapai dalam pendidikan dijelaskan dengan teliti.Manakala di Australia matlamat pendidikan agak spesifik dan pencapaian individu yang optimum dalam akademik serta perkembangan tingkah laku yang berkesan.Sekolah yang berkesan di Hong Kong menekankan kualiti graduan dan kualiti guru sepanjang hayat. Sekolah juga akan memastikan keupayaan intelek. Sekolah berkesan di Hong Kong lebih kepada menyediakan murid untuk dunia pekerjaan. Pendidikan di sekolah tersebut berfokus kepada pembinaan ciri-ciri moral dan sivik murid.Sekolah berkesan di Taiwan pula adalah untuk melahirkan pelajar yang berke berkemahiran dan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Selain itu, sekolah tersebut juga akan memastikan pelajar-pelajar mencapai hasil pembelajaran dan melahirkan pelajar berpencapaian tinggi.Sekolah yang berkesan di Britain dan UK memberikan peluang kepada semua pelajar untuk belajar dan melahirkan insan yang bermoral, spiritual serta menyediakan mereka dengan peluang, tanggungjawab dan pengalaman hidup.Sekolah yang berkesan di Norway pula tertumpu kepada pencapaian. Selain itu, guru juga bekerjasama dalam membuat pelan pembangunan.

viv) Hubungan antara kakitanganDalam hubungan antara kakitangan di Amerika Syarikat sekolah mementingkan hubungan professional yang menumpukan pada tahap gred dan mempertimbangkan perancangan untuk kerja kursus pelajar.Sekolah di Australia pula secara umumnya memberi sokongan antara satu sama lain.Hubungan antara kakitangan di Hong Kong dan Taiwan sangat baik. Tetapi guru di Taiwan sentiasa mengadakan perjumpaan dan budaya sekolah yang menentukan kualiti interaksi guru.Di negara Belanda terdapat hubungan yang baik antara staf. Di Norway pula guru cenderung mengatakan sekolah merupakan sekolah yang koperatif dan hubungan antara staf adalah terbuka dan saling menyokong antara satu sama lain.

vv. Sumber SekolahSekolah di Amerika Syarikat terutamanya di bandar lengkap dengan peralatan. Ini agak berbeza dengan negara Australia yang bilik darjahnya dilengkapi dengan bahan audio visual dan buku-buku teksSekolah di Hong Kong pula menerima bantuan kewangan daripada pusat. Manakala sekolah di Taiwan diselia oleh Kementerian Pelajaran agar bahan yang sedia ada mencukupi dan efesien.Di negara Britain pula faktor organisasi dalaman dan tahap sumber sekolah mempengaruhi sumber sekolah.Di negara UK pula sumber sekolah ditaja oleh kerajaan. Manakala di negara Norway pula kelas tidak beberapa luas dan pembiayaan tambahan diberikan kepada murid yang lambat belajar.

vvi. Hubungan dengan PPDDi negara Amerika Syarikat sekolah kurang penlibatan luar. Sekolah yang berkesan di Australia mendapat kawalan yang minimum daripada kerajaan. Di negara Hong Kong sekolah yang berkesan diberi subsidi. Di Taiwan pula sekolah awam mempunyai kawalan kerajaan. Sekolah yang berkesan di negara Britain, UK dan Belanda kurang penglibatan luar.

vvii. Imej SekolahSekolah yang berkesan di negara Amerika Syarikat mempunyai prinsip yang baik yang dipupuk oleh pengetua yang berpengalaman. Walau bagaimanapun, sekolah di Australia mengambil tindakan yang aktif untuk meningkatkan imej sekolah.Sekolah di Hong Kong berusaha memartabatkan imej sekolah. Sekolah di Taiwan pula cuba memartabatkan imej sekolah.Sekolah di Belanda mempunyai imej yang positif. Di Norway pula persekitaran sekolah agak terbuka.1