pjm3115

46
Tajuk 7 APLIKASI PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PJ Sinopsis Tajuk 7 dalam modul ini merangkumi ujian-ujian untuk mengukur kecergasan aerobik, komposi badan, mengukur kecergasan kanak- kanak dan aktiviti fizikal, mengukur kemahiran, pengetahuan dan ujian psikologi. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca Tajuk 7 modul ini, diharap anda dapat: 1. Menyenaraikan jenis-jenis ujian amali dan ujian kognitif. 2. Membezakan antara satu ujian dengan ujian lain dari segi komponen yang diuji. 3. Menjalankan setiap ujian yang disenaraikan. 4. Membuat analisis berdasarkan statistik asas. Kerangka konsep Tajuk 7 modul ini

Upload: beat-emilia

Post on 31-Dec-2015

90 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Modul

TRANSCRIPT

Page 1: PJM3115

Tajuk 7 APLIKASI PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PJ

Sinopsis

Tajuk 7 dalam modul ini merangkumi ujian-ujian untuk mengukur kecergasan aerobik,

komposi badan, mengukur kecergasan kanak-kanak dan aktiviti fizikal, mengukur

kemahiran, pengetahuan dan ujian psikologi.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca Tajuk 7 modul ini, diharap anda dapat:

1. Menyenaraikan jenis-jenis ujian amali dan ujian kognitif.

2. Membezakan antara satu ujian dengan ujian lain dari segi komponen

yang diuji.

3. Menjalankan setiap ujian yang disenaraikan.

4. Membuat analisis berdasarkan statistik asas.

Kerangka konsep Tajuk 7 modul ini

Page 2: PJM3115

7.1 Mengukur Kecergasan Aerobik

Kecergasan aerobik ditakrifkan sebagai keupayaan badan melakukan aktiviti

dalam jangka masa yang lama dengan penggunaan oksigen. Terdapat pelbagai ujian

yang boleh dijalankan dalam mengukur kecergasan aerobik, antaranya Ujian Cooper,

UJIAN AMALI

Kecergasan Aerobik

Komposisi Badan

Ujian Kecergasan Fizikal

UJIAN KOGNITIF

Sikap (Atitud)

Pengetahuan

Minat (Aptitud)

1

Page 3: PJM3115

Ujian Lari 2.4 km. Ujian Larian 12 minit dan Ujian Bleep. Dalam modul ini anda hanya

didedahkan tentang Ujian Bleep sahaja.

Nama Ujian:

Ujian Bleep

Tujuan:

Mengukur Kecergasan Aerobik

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:

Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Padang/gelanggang 20 meter2. Radio kaset3. Pita rakaman4. Borang skor5. Skitel

Pengurusan dan organisasi:

Aktiviti ini hendaklah dilaksanakan secara berpasangan.

Prosedur:

1. Pelajar akan berlari sepanjang 20 meter yang ditandakan 2 skitel dengan

iringan pita rakaman.

2

Page 4: PJM3115

2. Pelajar perlu tiba di setiap level sebelum beep muzik tamat.

3. Tempoh masa akan meningkat apabila bertukar level.

4. Pelajar disingkirkan dari ujian apabila gagal tiba sebelum beep 2 kali

berturut-turut.

5. Rujuk norma yang disediakan.

The Beep TestWWW.THEBEEPTEST.COM

Level Shuttle VO2 Max Level Shuttle VO2 Max

4 2 26.8 5 2 30.2

4 4 27.6 5 4 31.0

4 6 28.3 5 6 31.8

4 9 29.5 5 9 32.9

Level Shuttle VO2 Max Level Shuttle VO2 Max

6 2 33.6 7 2 37.1

6 4 34.3 7 4 37.8

6 6 35.0 7 6 38.5

6 8 35.7 7 8 39.2

6 10 36.4 7 10 39.9

Level Shuttle VO2 Max Level Shuttle VO2 Max

8 2 40.5 9 2 43.9

8 4 41.1 9 4 44.5

8 6 41.8 9 6 45.2

8 8 42.4 9 8 45.8

8 11 43.3 9 11 46.8

Level Shuttle VO2 Max Level Shuttle VO2 Max

10 2 47.4 11 2 50.8

10 4 48.0 11 4 51.4

10 6 48.7 11 6 51.9

3

Page 5: PJM3115

10 8 49.3 11 8 52.5

10 11 50.2 11 10 53.1

11 12 53.7

Level Shuttle VO2 Max Level Shuttle VO2 Max

12 2 54.3 13 2 57.6

12 4 54.8 13 4 58.2

12 6 55.4 13 6 58.7

12 8 56.0 13 8 59.3

12 10 56.5 13 10 59.8

12 12 57.1 13 13 60.6

Level Shuttle VO2 Max Level Shuttle VO2 Max

14 2 61.1 15 2 64.6

14 4 61.7 15 4 65.1

14 6 62.2 15 6 65.6

14 8 62.7 15 8 66.2

14 10 63.2 15 10 66.7

14 13 64.0 15 13 67.5

Level Shuttle VO2 Max Level Shuttle VO2 Max

16 2 68.0 17 2 71.4

16 4 68.5 17 4 71.9

16 6 69.0 17 6 72.4

16 8 69.5 17 8 72.9

16 10 69.9 17 10 73.4

16 12 70.5 17 12 73.9

16 14 70.9 17 14 74.4

Level Shuttle VO2 Max Level Shuttle VO2 Max

18 2 74.8 19 2 78.3

18 4 75.3 19 4 78.8

18 6 75.8 19 6 79.2

18 8 76.2 19 8 79.7

18 10 76.7 19 10 80.2

18 12 77.2 19 12 80.6

18 15 77.9 19 15 81.3

4

Page 6: PJM3115

Level Shuttle VO2 Max Level Shuttle VO2 Max

20 2 81.8 21 2 85.2

20 4 82.2 21 4 85.6

20 6 82.6 21 6 86.1

20 8 83.0 21 8 86.5

20 10 83.5 21 10 86.9

20 12 83.9 21 12 87.4

20 14 84.3 21 14 87.8

20 16 84.8 21 16 88.2

The following journals and books contain more information on the Beep Test:

Leger, L.A. & Lambert, J. (1982) "A maximal multistage 20m shuttle run test to predict VO2 max", European Journal of Applied Physiology, Vol 49, p1-5.

Level Speed (km/h) Distance (m) Cumulative Distance (m)

1 8.5 142 142

2 9.0 150 292

3 9.5 158 450

4 10.0 167 617

5 10.5 175 792

6 11.0 183 975

7 11.5 192 1167

8 12.0 200 1367

9 12.5 208 1575

10 13.0 217 1792

11 13.5 225 2017

12 14.0 233 2250

13 14.5 242 2492

14 15.0 250 2742

5

Page 7: PJM3115

15 15.5 258 3000

16 16.0 267 3267

17 16.5 275 3542

18 17.0 283 3825

19 17.5 292 4117

7.2 Mengukur Komposisi Badan

Komposisi badan didefinisikan sebagai peratusan lemak berbanding tulang, otot

dan cecair badan yang lain. Ujian yang sering dijalankan ialah mencari Indeks Jisim

Badan (BMI - Body Mass Index) Ukuran Lipatan Kulit (Skinfold) dan Nisbah Pinggang

Pinggul. Modul ini hanya membincangkan ujian BMI sahaja. Prosedur ujian bolehlah

merujuk Ujian SEGAK.

Formula mencari BMI:

BMI = W (kg)

H(m)

Pita Kaset

20 meter

Peserta

Berada di belakang garisan permulaan

6

Page 8: PJM3115

Di mana H = (tinggi) dan W= berat.

7.3 Mengukur Aktiviti Fizikal Kanak-kanak

Bagi kategori aktiviti fizikal, modul ini membincangkan Ujian SEGAK sahaja.

7

Page 9: PJM3115

STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)

SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

JUN 2006

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pengenalan Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur. “SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat. Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

8

Page 10: PJM3115

“Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.”

Falls, 1980

Matlamat

Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

Objektif

Murid dapat :

1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu; 4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui

perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

Prosedur

Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.

Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;

1. Naik Turun Bangku ( 3 minit )2. Tekan Tubi ( 1 minit )3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )

9

Page 11: PJM3115

4. Jangkauan Melunjur

Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.

Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.

Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama.

Persediaan

1. Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan aerobik.

2. Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum menjalani ujian.

Keselamatan

1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :(a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan

fizikal;(b) mengidap penyakit kronik; dan(c) tidak sihat pada waktu ujian.

2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani. 5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

Prinsip Latihan

Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi prinsip-prinsip latihan kecergasan seperti berikut:

1. Prinsip tambah bebanan

10

Page 12: PJM3115

Ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat secara beransur-ansur berdasarkan kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. Keadaan ini melatih otot bekerja lebih kuat seterusnya meningkatkan kecergasan.

2. Prinsip perbezaan individu

Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru harus menyesuaikan aktiviti latihan mengikut keupayaan individu.

3. Prinsip kekhususan

Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan kecergasan individu dan jenis sukan yang diceburi.

4. Prinsip kebolehbalikan

Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku.

5. Prinsip kepelbagaian latihan

Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti bagi mengelakkan kebosanan.

Aktiviti Memanaskan Badan

Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan ujian kecergasan ini seperti;

1. Regangan otot bahu, tangan, pinggang dan kaki.

2. Lari setempat, lompat, skip atau turun naik bangku.

11

Page 13: PJM3115

Aktiviti Menyejukkan Badan

Murid mesti melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan ujian kecergasan seperti;

1. Berjalan perlahan-lahan selama 3 minit.

2. Regang otot bahu, tangan, pinggang dan kaki perlahan-lahan.

Pelaporan

1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka.2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.3. Guru melaporkan hasil ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah.

Nama Ujian:

Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)

Tujuan:

Menilai komposisi badan

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:

Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:

6. Pengukur tinggi7. Penimbang berat

12

Page 14: PJM3115

8. Borang skor

Pengurusan dan organisasi:

Pengukuran ini hendaklah dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.

Prosedur:

1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.

2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:

Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)

Tinggi (m) x Tinggi (m)

3. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.

Lelaki

Umur (Tahun) Kurang berat Normal

Berisiko Berat Berlebihan

Berat berlebihan

9 <14.0 14.0 - 18.6 >18.6 - 21.0 >21.0

10 <14.2 14.2 - 19.4 >19.4 - 22.2 >22.2

13

Page 15: PJM3115

11 <14.6 14.6 - 20.2 >20.2 - 23.2 >23.2

12 <15.0 15.0 - 21.0 >21.0 - 24.2 >24.2

13 <15.4 15.4 - 21.8 >21.8 - 25.2 >25.2

14 <16.0 16.0 - 22.6 >22.6 - 26.0 >26.0

15 <16.6 16.6 - 23.4 >23.4 - 26.8 >26.8

16 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.6

17 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2

Perempuan

Umur (Tahun) Kurang berat Normal

Berisiko Berat Berlebihan

Berat berlebihan

9 <14.8 14.8 - 19.2 >19.2 - 21.8 >21.8

10 <14.0 14.0 - 19.9 >19.9 - 22.9 >22.9

11 <14.4 14.4 - 20.8 >20.8 - 24.0 >24.0

12 <14.8 14.8 - 21.6 >21.6 - 25.2 >25.2

13 <15.3 15.3 - 22.5 >22.5 - 26.2 >26.2

14 <15.8 15.8 - 23.2 >23.2 - 27.2 >27.2

15 <16.3 16.3 - 24.0 >24.0 - 28.0 >28.0

16 <16.8 16.8 - 24.5 >24.5 - 28.8 >28.8

17 <17.3 17.3 - 25.2 >25.2 - 29.6 >29.6

(Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000)

Nama Ujian:

14

Page 16: PJM3115

Naik Turun Bangku 3 minit

Tujuan:

Menilai Daya Tahan Kardiovaskular

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:

Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm2. Jam Randik3. Borang Skor4. Rakaman atau Metronome

Pengurusan dan organisasi:

1. Aktiviti dijalankan berpasangan.2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak

bergerak semasa ujian dijalankan.)3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.

Prosedur:

1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di

atas bangku.3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’. 4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun

diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya).

Permulaan Naik Turun Bangku

15

Page 17: PJM3115

5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit.

6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan dilakukan oleh

guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor.8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.9. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.

Nama Ujian:

Ujian Tekan Tubi

Tujuan:

Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:

Lelaki

Alatan dan kemudahan:16

Page 18: PJM3115

1. Kawasan lapang dan rata.2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar).3. Jam Randik.

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur:

1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.

2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak berupaya

meneruskannya.5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna

mengikut arahan 1 hingga 3.6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

Bersedia Lakuan Bengkok Siku Lakuan Lurus Tangan

Kiraan Satu Ulangan Lakuan

17

Page 19: PJM3115

Nama Ujian:

Ujian Tekan Tubi Suaian

Tujuan:

Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:

Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Kawasan lapang dan rata.2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar ).3. Jam randik.

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur:

1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.

2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.4. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna

mengikut arahan 1 hingga 3.6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

18

Page 20: PJM3115

Bersedia Lakuan Bengkok Siku Lakuan Lurus Tangan

Kiraan Satu Ulangan Lakuan

Nama Ujian:

Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up) 1 minit

Tujuan :

Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen

Tahap :

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

19

Page 21: PJM3115

Jantina :

Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan :

1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm2. Pita ukur 3. Jam randik

Pengurusan dan organisasi:

1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.

Prosedur :

1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh

lantai.3. Buka kaki seluas bahu.4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar

pelekat pertama.5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua

tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. 6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan

asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome

dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit.8. Murid B mengira ulangan perlakuan.9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-

Berasa tidak selesa.Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.Tumit diangkat.

Panduan guru

Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:

1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.

20

Page 22: PJM3115

2. Tumit diangkat.3. Badan/ bahu senget.4. Punggung terangkat.5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).

Arahan /Teguran untuk pelakuan ringkuk yang tidak betul.

1. Rapatkan belakang ke lantai.2. Bahu sentuh lantai.3. Rapatkan tumit ke lantai.4. Seimbangkan bahu/badan.5. Buka kaki.6. Bengkokkan lutut.

Sedia Ringkuk Kedudukan Asal

Kiraan Satu Ulangan Lakuan

21

Page 23: PJM3115

Nama Ujian:

Jangkauan Melunjur

Tujuan:

Mengukur fleksibiliti

22

Page 24: PJM3115

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:

Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Alat pengukur jangkauan 2. Borang skor.

Pengurusan dan organisasi:

1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.

Prosedur:

1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter.

2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.

3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.

4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.

4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.

5. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.

6. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.

23

Page 25: PJM3115

Sedia Jangkau Rehat

NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK)

Norma ini adalah hasil uji rintis SEGAK yang pertama. Norma ini akan dibuat perbandingan dengan ujian SEGAK kali kedua pada tahun 2007. Rujukan norma ini boleh digunakan untuk ujian sumatif sehingga norma yang piawai dikeluarkan.

LELAKI 10 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 70 ke bawah 71 - 92 93 - 117 118 - 142 143 ke atas

Tekan Tubi 23 ke atas 7 - 22 5 - 6 1 - 4 0

Ringkuk Tubi Separa 27 ke atas 18 - 26 8 - 17 1 - 7 0

Jangkauan Melunjur 37 ke atas 32 - 36 25 - 31 19 - 24 18 ke bawah

PEREMPUAN 10 TAHUN

24

Page 26: PJM3115

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 75 ke bawah 74 - 95 96 - 123 124 - 150 151 ke atas

Tekan Tubi 31 ke atas 21 – 30 9 - 20 1 - 8 0

Ringkuk Tubi Separa 29 ke atas 19 - 28 7 -18 1 - 6 0

Jangkauan Melunjur 37 ke atas 31 - 36 24 - 30 18 -33 17 ke bawah

LELAKI 11 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 75 ke bawah 76 - 99 100 - 124 125 - 148 149 ke atas

Tekan Tubi 25 ke atas 16 - 24 6 - 15 1 - 5 0

Ringkuk Tubi Separa 29 ke atas 19 - 28 8 - 18 1 -7 0

Jangkauan Melunjur 38 ke atas 32 - 37 25 -31 17 - 24 16 ke bawah

PEREMPUAN 11 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 82 ke bawah 83 - 99 100 - 129 130 - 153 154

Tekan Tubi 30 ke atas 20 - 29 9 – 19 1 - 8 0

Ringkuk Tubi Separa 29 ke atas 20 - 28 6 - 19 1 - 6 0

Jangkauan Melunjur 38 ke atas 32 - 37 24 - 31 17 -23 16 ke bawah

LELAKI 12 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 71 ke bawah 72 - 123 100 - 124 125 - 149 150 ke atas

Tekan Tubi 28 ke atas 17 - 27 6 - 16 1 -5 0

25

Page 27: PJM3115

Ringkuk Tubi Separa 35 ke atas 24 - 34 12 - 23 1 - 11 0

Jangkauan Melunjur 39 ke atas 33 - 38 25 - 32 19 -24 18 ke atas

PEREMPUAN 12 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 77 ke bawah 78 - 107 108- 137 138 - 167 168 ke atas

Tekan Tubi 29 ke atas 20 -28 10 - 19 1 -9 0

Ringkuk Tubi Separa 29 keatas 28 - 31 15- 27 1 - 14 0

Jangkauan Melunjur 39 ke atas 33 - 38 25 - 32 18 - 24 17 ke bawah

LELAKI 13 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 72 ke bawah 73 - 97 98 - 122 121 - 146 147 ke atas

Tekan Tubi 31 ke atas 21 - 30 10 - 20 1 - 9 0

Ringkuk Tubi Separa 41 ke atas 27 - 40 15 - 26 2 - 14 1 ke bawah

Jangkauan Melunjur 42 ke atas 33 - 41 23 - 32 14 - 22 13 ke bawah

PEREMPUAN 13 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 70 ke bawah 71 - 99 100 - 130 131 - 159 160 ke atas

Tekan Tubi 29 ke atas 20 - 28 11 - 19 2 - 10 1

26

Page 28: PJM3115

Ringkuk Tubi Separa 32 ke atas 9 - 31 8 - 20 1 - 7 0

Jangkauan Melunjur 41 ke atas 34 - 40 26 - 33 19 - 25 18 ke bawah

LELAKI 14 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 73 ke bawah 74 – 98 99 - 124 125 - 149 150 ke atas

Tekan Tubi 37 ke atas 25 - 36 12 - 24 1 - 11 0

Ringkuk Tubi Separa 43 ke atas 31 - 42 18 - 30 5 - 17 4 ke bawah

Jangkauan Melunjur 44 ke atas 35 - 43 25 - 34 15 - 24 14 ke bawah

PEREMPUAN 14 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 70 ke bawah 71 - 98 99 - 128 129 - 156 157 ke atas

Tekan Tubi 29 ke atas 20 - 28 10 - 19 1 - 9 0

Ringkuk Tubi Separa 30 ke atas 20 - 29 9 - 19 1 - 8 0

Jangkauan Melunjur 42 ke atas 35 - 41 26 - 34 18 - 25 17 ke bawah

LELAKI 15 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 73 ke bawah 74 – 98 99 - 124 125 - 149 150 ke atas

Tekan Tubi 38 ke atas 26 - 37 14 - 25 2 - 13 1

Ringkuk Tubi Separa 43 ke atas 31 - 42 18 - 30 6 - 17 5 ke bawah

Jangkauan Melunjur 45 ke atas 36 - 44 25 - 35 19 - 24 18 ke bawah

27

Page 29: PJM3115

PEREMPUAN 15 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 71 ke bawah 72 - 102 103 - 135 136 - 166 167 ke atas

Tekan Tubi 31 ke atas 21 - 30 10 - 20 1 - 9 0

Ringkuk Tubi Separa 34 ke atas 21 - 33 8 - 20 1 - 7 0

Jangkauan Melunjur 43 ke atas 36 - 42 27 - 35 19 - 26 18 ke bawah

LELAKI 16 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 77 ke bawah 78 - 103 104 - 131 132 - 158 159 ke atas

Tekan Tubi 37 ke atas 27 - 36 15 - 26 4 - 14 3 ke bawah

Ringkuk Tubi Separa 42 ke atas 30 - 41 16 - 29 4 - 15 3 ke bawah

Jangkauan Melunjur 46 ke atas 36 - 45 25 - 35 15 - 24 14 ke bawah

28

Page 30: PJM3115

PEREMPUAN 16 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 77 ke bawah 78 - 136 107 - 137 138 - 166 167 ke atas

Tekan Tubi 29 ke atas 19 - 28 9 - 18 1 - 8 0

Ringkuk Tubi Separa 31 ke atas 20 - 30 8 - 9 1 - 7 0

Jangkauan Melunjur 43 ke atas 34 - 42 24 - 33 16 - 23 15 ke bawah

LELAKI 17 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 68 ke bawah 69 - 97 98 - 128 129 - 158 159 ke atas

Tekan Tubi 40 ke atas 28 - 39 16 - 27 5 - 15 4 ke bawah

Ringkuk Tubi Separa 43 ke atas 30 - 42 15 - 29 1 - 4 0

Jangkauan Melunjur 47 ke atas 37 - 46 26 - 36 17 - 25 16 ke bawah

PEREMPUAN 17 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1

Naik Turun Bangku 78 ke bawah 79 - 106 107 - 134 135 - 162 163 ke atas

Tekan Tubi 27 ke atas 19 - 26 9 - 18 1 - 8 0

Ringkuk Tubi Separa 31 ke atas 20 - 30 7 - 19 1 - 6 0

Jangkauan Melunjur 44 ke atas 36 - 43 26 - 35 18 - 27 17 ke bawah

29

Page 31: PJM3115

KEPUTUSAN KESELURUHAN

SETELAH MELAKUKAN 4 UJIAN, SILA RUJUK KEPADA SKALA MARKAH KESELURUHAN UNTUK MENENTUKAN TAHAP KECERGASAN BAGI TUJUAN PEMARKAHAN

BIL. JUMLAH SKOR KESELURUHAN GRED PERNYATAAN

1. 18 HINGGA 20 MARKAH A CEMERLANG

2. 15 HINGGA 17 MARKAH B SANGAT BAIK

3. 10 HINGGA 14 MARKAH C BAIK

4. 7 HINGGA 9 MARKAH D SEDERHANA

5. 4 HINGGA 6 E PERLU USAHA LAGI

Page 32: PJM3115

ULASAN SKOR UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Page 33: PJM3115

UJIAN TEKAN TUBI

SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI

5 Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala supaya tidak berlaku kebolehbalikan.

Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, ping pong atau hoki.

4 Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan.

Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau hoki.

3 Tingkatkan kecergasan fizikal anda dengan menggunakan prinsip tambah bebanan.

Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau bola keranjang.

2 Anda perlu pertingkatkan kecergasan fizikal. Dapatkan nasihat guru Pendidikan Jasmani anda.

Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, bola jaring atau bola baling.

1 Perlu berusaha dengan menjalani latihan yang khusus untuk membina kekuatan dan dayatahan otot dengan bimbingan guru Pendidikan Jasmani.

Disiplinkan diri anda. Buat aktiviti tekan tubi selama 5 minit setiap pagi dan petang. Kekerapan latihan memainkan peranan penting dalam latihan. Selain itu anda perlu melakukan riadah setiap hari. Berjalan laju dan bersukan setiap petang.

Page 34: PJM3115

UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA

SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI

5 Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala supaya tidak berlaku kebolehbalikan.

Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, ping pong atau hoki.

4 Kekalkan kecergasan fizikal anda dengan meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan.

Buat latihan 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau hoki.

3 Tingkatkan kecergasan fizikal anda dengan menggunakan prinsip tambah bebanan.

Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, badminton atau bola keranjang.

2 Anda perlu pertingkatkan kecergasan fizikal. Dapatkan nasihat guru Pendidikan Jasmani anda.

Buat latihan 4 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali seperti bermain bola tampar, bola jaring atau bola baling.

Page 35: PJM3115

1 Perlu berusaha dengan menjalani latihan yang khusus untuk membina kekuatan dan dayatahan otot dengan bimbingan guru Pendidikan Jasmani.

Disiplinkan diri anda. Buat aktiviti rengkuk selama 5 minit setiap pagi dan petang. Kekerapan latihan memainkan peranan penting dalam latihan. Selain itu anda perlu melakukan riadah setiap hari. Berjalan laju dan bersukan setiap petang.

UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR

SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI

5 Tahniah. Teruskan dengan melakukan aktiviti mematuhi prinsip latihan.

Lakukan aktiviti kelenturan.

4 Tahap kelenturan anda baik dan boleh dipertingkatkan lagi.

Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap cemerlang seperti aktiviti kilas pinggang dan rengkuk.

3 Tahap kelenturan anda pada tahap sederhana dan perlu berusaha lagi.

Tahap kecergasan yang lebih baik boleh dicapai dengan melakukan aktiviti seperti berenang dan senamrobik.

2 Gandakan usaha anda. Tingkatkan tahap pencapaian yang dikehendaki dengan melakukan aktiviti duduk dan kilas pinggang lebih kerap.

1 Tahap kelenturan anda mesti diperbaiki.

Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan kelenturan lebih kerap seperti lentik belakang dan bangkit tubi.

Page 36: PJM3115

UJIAN NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT

SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI

5 Tahniah. Kekalkan prestasi daya tahan kardiovaskular anda.

Teruskan dengan melakukan aktiviti mematuhi prinsip latihan.

4 Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap cemerlang.

Lakukan aktiviti aerobik seperti senamrobik dan joging sekurang-kurangnya tiga kali seminggu .

3 Daya tahan kardiovaskular anda pada tahap sederhana.

Tahap kecergasan yang lebih baik boleh dicapai dengan melakukan aktiviti seperti berenang, fartlek dan par course.

2 Gandakan usaha untuk tingkatkan tahap pencapaian daya tahan kardiovaskular yang dikehendaki.

Lakukan aktiviti seperti berbasikal, berjogging, skipping dan main bola sepak tiga kali seminggu selama 30 minit secara berkala.

1 Daya tahan kardiovaskular anda mesti diperbaiki.

Lakukan aktiviti yang melibatkan daya tahan kardiovaskular lebih kerap seperti lompat tali, berjalan laju, dan berenang. Dapatkan nasihat daripada guru Pendidikan Jasmani atau pakar perubatan.

ALATAN UNTUK SEGAK

BIL ALATAN BILANGAN TINDAKAN Catatan

1 Bangku Step up 2 RAMLI

2 Bangku Sit and Reach 2 RAMLI

3 Metronome 90 beats 2 PN. JAM/ TEING

Page 37: PJM3115

4 Metronome 50 beats 2 PN. JAM/ TEING

5 Stop watch 6 MAHAROM

6 CD player 3 KHAIROL/ MASLINDA

7 Tilam Tekan Tubi 1 SALLEH

8 Tilam Sit up 1 SALLEH

9 Muskin tape 3 PN. JAM

10 A4 paper 1 PN. JAM

11 Borang uji segak MASLINDA

12 Kain rentang SEGAK 1 ROSLI/ ATUN

13 Carta arahan dan label 1 MASLINDA

Bahan: ehsan Bahagian Pembangunan dan Perkembangan Kurikulum

7.4 Mengukur Kemahiran

Ujian kemahiran digunakan dalam semua jenis sukan seperti bola sepak, hoki,

badminton, tenis, ping pong, bola keranjang, bola baling, sepak takraw, bola jaring serta acara

olahraga, gimnastik dan renang. Modul ini hanya membincangkan satu ujian kemahiran sahaja

iaitu Ujian Kemahiran Bola Jaring.

RUBRIK PENTAKSIRAN PERMAINAN BOLA JARING

Page 38: PJM3115

KEMAHIRAN YANG DIUJI

INDIKATOR PRESTASI DAN PENTAKSIRAN

Cemerlang

(8 - 10 Markah)

Sederhana

(4 - 7 Markah)

Lemah

(1 - 3 Markah)

Hantaran bola aras dada dan menerima

Menghantar bola

Imbangkan badan dengan kaki dibuka seluas bahu.

Dua belah tangan memegang bahagian belakang bola.

Bola dibawa ke dada, siku menghala ke bawah.

Mata memandang sasaran.

Langkah satu kaki ke arah hantaran.

Bola ditolak lurus ke arah sasaran dengan meluruskan kedua-dua lengan dan jari-jari.

Pindahkan berat badan ke hadapan.

Persediaan untuk menerima hantaran seterusnya.

Menghantar bola

Imbangkan badan dengan kaki dibuka seluas bahu.

Dua belah tangan memegang bahagian sisi bola.

Bola dibawa ke dada, siku menghala ke arah luar.

Mata memandang sasaran.

Langkah satu kaki ke arah hantaran.

Bola ditolak ke arah sasaran dengan kedua-dua lengan dan jari-jari kurang diluruskan.

Kurang pemindahan berat badan.

Persediaan untuk menerima hantaran seterusnya.

Menghantar bola

Imbangkan badan dengan kaki dibuka seluas bahu.

Dua belah tangan memegang bahagian sisi bola.

Bola dibawa ke dada, siku menghala ke arah luar.

Mata memandang sasaran.

Tidak melangkah ke arah hantaran.

Bola tidak ditolak lurus ke arah sasaran.

Tidak ada pemindahan berat badan.

Tidak bersedia untuk menerima hantaran seterusnya.

Menerima bola

Berdiri dengan kaki dibuka secara selesa

Menerima bola

Berdiri dengan kaki dibuka secara selesa

Menerima bola

Berdiri dengan kaki dibuka secara selesa.

Page 39: PJM3115

KEMAHIRAN YANG DIUJI

INDIKATOR PRESTASI DAN PENTAKSIRAN

Cemerlang

(8 - 10 Markah)

Sederhana

(4 - 7 Markah)

Lemah

(1 - 3 Markah)

Hulurkan kedua-dua tangan lurus dengan jari-jari terbuka, dua ibu jari bertemu ke arah bola yang diterima.

Terima bola di bahagian belakang bola.

Bawa bola ke dada.

Serap daya.

Tangan dihulurkan kurang lurus dengan jari-jari terbuka, dua ibu jari tidak bertemu ke arah bola yang diterima.

Terima bola di bahagian belakang bola.

Bawa bola ke dada

Kurang serap daya.

Tangan dihulurkan tidak lurus dengan jari-jari tidak terbuka, dua ibu jari tidak bertemu ke arah bola yang diterima

Terima bola di bahagian sisi bola.

Tidak membawa bola ke dada.

Tidak ada serap daya.

Gerak kaki

Mendarat dengan sebelah kaki dan melangkah

Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu.

Bergerak ke kanan sambil menghulur kedua-dua belah tangan untuk menerima bola di kawasan bertanda.

Mendarat di atas kaki kanan, kaki bebas imbangkan badan.

Rendahkan badan, bengkokkan lutut dan serap daya semasa mendarat.

Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu.

Bergerak ke kanan sambil menghulur kedua-dua belah tangan untuk menerima bola di kawasan bertanda.

Mendarat di atas kaki kanan, kaki bebas kurang imbangan badan.

Kurang rendahkan badan, kurang serap daya semasa mendarat.

Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu

Bergerak ke kanan sambil menghulur kedua-dua belah tangan untuk menerima bola di kawasan bertanda.

Mendarat di atas kaki kanan, tidak ada imbangan badan.

Tidak rendahkan badan, tidak ada serap daya semasa mendarat.

Hantar bola balik kepada

Hantar bola balik kepada

Hantar bola balik tidak tepat kepada

Page 40: PJM3115

KEMAHIRAN YANG DIUJI

INDIKATOR PRESTASI DAN PENTAKSIRAN

Cemerlang

(8 - 10 Markah)

Sederhana

(4 - 7 Markah)

Lemah

(1 - 3 Markah)

pembaling.

Peserta balik ke posisi asal.

Bergerak ke kiri sambil menghulur tangan untuk menerima bola di kawasan bertanda.

Mendarat di atas kaki kiri, kaki bebas imbangkan badan

Hantar bola balik kepada pembaling.

Mata memandang ke arah bola.

Peserta balik ke posisi asal.

pembaling.

Peserta balik ke posisi asal.

Bergerak ke kiri sambil menghulur tangan untuk menerima bola di kawasan bertanda.

Mendarat di atas kaki kiri, kaki bebas kurang imbangan badan.

Hantar bola balik kepada pembaling.

Mata memandang ke arah bola.

Peserta balik ke posisi asal

pembaling.

Peserta lambat balik ke posisi asal.

Bergerak ke kiri sambil menghulur tangan untuk menerima bola di kawasan bertanda.

Mendarat di atas kaki kiri, tidak ada imbangan badan.

Lambat hantar bola balik kepada pembaling.

Mata tidak memandang ke arah bola.

Peserta lambat balik ke posisi asal.

Page 41: PJM3115

KEMAHIRAN YANG DIUJI

INDIKATOR PRESTASI DAN PENTAKSIRAN

Cemerlang

(11 - 15 Markah)

Sederhana

(6 - 10 Markah)

Lemah

(1 - 5 Markah)

Mengelak dan mengawal –

Acah sekali

Berdiri di belakang skital.

Acah ke kanan dan lari pantas ke kiri pada sudut 450 untuk menerima bola.

Hantar bola semula kepada pembaling.

Balik ke posisi asal.

Acah ke kiri dan lari pantas ke kanan pada sudut 450 untuk menerima bola.

Hantar bola semula kepada pembaling.

Berdiri di belakang skital.

Acah ke kanan dan larian kurang pantas ke kiri pada sudut 450 untuk menerima bola.

Hantar bola semula kepada pembaling.

Lambat balik ke posisi asal.

Acah ke kiri dan larian kurang pantas ke kanan pada sudut 450

untuk menerima bola.

Hantar bola semula kepada pembaling.

Berdiri di belakang skital

Acah ke kanan dan tidak berlari pantas ke sudut 450 untuk menerima bola.

Hantar bola semula kepada pembaling.

Lambat balik ke posisi asal.

Acah ke kiri dan tidak berlari pantas ke sudut 450 untuk menerima bola.

Lambat hantar bola semula kepada pembaling.

Menjaring dengan sebelah tangan / dua tangan

Kaki dibuka seluas bahu.

Sebelah tangan di bawah bola dan tangan bebas menyokong di sebelah bola.

Bola di atas pangkal jari yang terbuka.

Kedudukan bola di atas kepala.

Siku dibengkokkan menghala ke tiang gol, lengan selari dengan

Kaki dibuka seluas bahu.

Sebelah tangan di bawah bola dan tangan bebas menyokong di sebelah bola.

Bola di atas tapak tangan

Kedudukan bola di hadapan

Siku kurang dibengkokkan

Mata pandang ke sasaran.

Kaki tidak dibuka.

Sebelah tangan di bawah bola dan tangan bebas menyokong di sebelah bola.

Bola di atas tapak tangan

Kedudukan bola di hadapan.

Siku kurang dibengkokkan

Mata pandang ke sasaran.

Badan tidak direndahkan.

Page 42: PJM3115

KEMAHIRAN YANG DIUJI

INDIKATOR PRESTASI DAN PENTAKSIRAN

Cemerlang

(11 - 15 Markah)

Sederhana

(6 - 10 Markah)

Lemah

(1 - 5 Markah)

tiang.

Mata pandang ke sasaran, 30 cm di atas gegelung gol.

Badan direndahkan dengan membengkokkan lutut.

Tolakkan bola tinggi dan melengkung ke arah sasaran.

Tangan dan jari-jari diluruskan sepenuhnya.

Menolak menggunakan jari dan aksi ’flick’ pergelangan tangan ke arah sasaran

Menghalakan pergelangan tangan dan jari-jari ke bawah selepas tolakan.

Melompat sambil melepaskan bola.

Badan direndahkan dengan membengkokkan lutut.

Tolakkan bola tinggi dan melengkung ke arah sasaran.

Kurang menuju sasaran.

Tangan dan jari-jari diluruskan sepenuhnya.

Menolak menggunakan jari dan aksi ’flick’ pergelangan tangan ke arah sasaran

Kurang ikut lajak.

Melompat sambil melepaskan bola.

Tolakkan bola tinggi dan melengkung ke arah sasaran

Tidak tepat ke sasaran.

Tangan dan jari-jari tidak diluruskan

Tidak ada aksi ’flick’ pergelangan tangan ke arah sasaran.

Tidak ada ikut lajak.

Contoh Borang .

Page 43: PJM3115

BORANG PEMERHATIAN DAN PENTAKSIRAN AMALI

PERMAINAN BOLA JARING

Bil Nama Pelajar Angka Giliran

Kriteria Jumlah Markah

(50 markah )

Han

tara

n da

n M

ene

rima

Ger

ak K

aki

Me

nge

lak

(Aca

h s

ekal

i)

Me

njar

ing

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10.

11.

12.

TANDATANGAN PENILAI :

NAMA : …………………………………………………………

TARIKH :……………………

Page 44: PJM3115

7.5 Mengukur Pengetahuan

Ujian pengetahuan telah dibincangkan serba sedikit sebelum ini dalam tajuk 3 dan 4.

Untuk kefahaman yang lebih mendalam, kita akan membincangkan jenis-jenis ujian

pengetahuan secara terperinci.

7.5.1 Ujian Bertulis (Pensil dan Kertas)

Ujian bertulis ini sangat popular dan digunapakai dalam sistem peperiksaan IPGM

sekarang. Ia terdiri dari ujian objektif, struktur dan esei. Dalam menggubal ujian ini kesemua

pendidik merujuk Bloom Taxonomy semasa penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Seperti perbincangan dalam tajuk sebelum ini, JSU menjadi alat rujukan utama kerana

kesemua tajuk beserta jumlah jam terkandung di dalamnya. Dengan merujuk JSU taburan

soalan akan menjadi sama rata dan tersebar.

7.5.2 Ujian Objektif

Boleh terdiri dari:

i) BETUL/SALAH

Contoh soalan: Ujian Bleep dapat mengukur dayatahan kardiovaskular (B/S)

ii) Aneka Pilihan

Contoh soalan: Pilih alatan yang digunakan dalam ujian naik turun bangku

Page 45: PJM3115

i jam randik

ii metronorm

iii pita ukur

iv bangku

A. i, ii dan iii

B i, ii dan iv

C iii dan iv

D ii dan iii

7.5.3 Soalan Struktur

Terdiri dari :

i) mengisi tempat kosong

Ujian Bleep termasuk dalam kecergasan berlandaskan kesihatan komponen

___________________ manakala Ujian Lari Ulang Alik 10 meter tergolong dalam

kecergasan berlandaskan kemahiran komponen __________________ .

ii) jawapan terhad

Senaraikan empat kemahiran asas yang diuji dalam Bola Jaring

1. ______________________________

Page 46: PJM3115

2. ______________________________

3. ______________________________

4. ______________________________

7.5.4 Jenis Esei

Memerlukan jawapan yang panjang dan melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi

(KBAT)

Contoh soalan: Sejauh manakah sumbangan pemain import kepada Persatuan Bola

Sepak Malaysia (FAM) berbanding pemain tempatan.

7.6 Mengukur Disiplin Psikologi Sukan

Ujian Psikologi Sukan termasuk dalam ujian sikap (Attitude Test) dan ujian minat

(Aptitude Test) dimana ia boleh diukur melalui pengetahuan. Ujian motivasi sangat popular

dalam mengukur komponen ini. Di sini disertakan beberapa contoh soalselidik yang melibatkan

kedua-dua ujian ini.

Page 47: PJM3115

sila layari laman web di atas untuk meneruskan ujian.

Page 48: PJM3115
Page 49: PJM3115

NAMA------------------------------------------------------------------- TARIKH: -----------------

PROFIL KEPELBAGAIAN KECERDASAN Menyusun setiap kumpulan aktiviti dengan nombor 1 hingga 8, di mana 1 adalah yang paling rendah daripada segi jumlah masa, keinginan, atau ketrampilan dan 8 adalah yang paling tinggi. Saya menggunakan masa lapang yang paling banyak: Bermain sesuatu alat muzik (f) Melukis atau mengecat sesuatu (b) Bersama-sama dengan orang lain (d) Menanam pokok bunga di taman saya (h) Menulis puisi, cerita atau menulis dalam buku catatan (a) Bermain dengan computer, model atau projek sains ( c) Membuat aktiviti secara persendirian (e) Bersenam atau mengambil bahagian dalam sukan (g) Saya lebih suka: Membuka objek dan memikirkan bagaimana objek itu berfungsi/bergerak (c) Bersenam . berbasikal atau bersukan (g) Membaca komik, menghayati lukisan atau menonton tayangan gambar (b) Mengambil bahagian dalam kelab atau aktiviti sosial (d) Mendengar muzik (f) Membaca sesebuah buku, majalah (a) Melihat pemandangan alam sekitar semasa dalam perjalanan (h) Memikir tentang diri sendiri atau kehidupan sendiri (e) Saya baik dengan / dalam: Mengenal, mengingati, “hum” atau menyanyi lagu (f) Memahami orang, mengenali dan menghargai orang lain (d) Bertutur, menulis atau bermain dengan bahasa dan perkataan (a) Menggunakan badan atau tangan saya untuk membuat/melakukan sesuatu (g) Melihat benda, melukis, menggunakan peta (b) Membina sesuatu dan membukanya, atau sentiasa bertanya ;mengapa? ( c) Berseorangan dan melakukan sesuatu dengan inisiatif dan pada tahap sendiri (e) Mengenali pelbagai jenis pokok, bunga dan tanaman.(h) Saya belajar paling baik dengan: Bercakap dengan orang lain (d) Mengenali, menyusun dan mengkategorikan maklumat (h) Bertukar kepada “rhythm”, bertukar kepada sesuatu lagu (f) Melihat atau membina sesuatu gambar, peta atau gambarajah sesuatu idea (b) Berlatih dan bergerak secara banyak (g) Mengambil masa untuk memahami sesuatu secara bersendirian (e) Mendengar, membaca, menulis atau bercakap sendiri (a) Menganalisis, menerangkan dan mencuba memahami sesuatu ( c)

Page 50: PJM3115

Sila layari ; Ujian Kecerdasan Pelbagai untuk mengetahui keputusan ujian anda.