pjk_t3_2014

20
DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

Upload: muzauwadi-mukhtar

Post on 21-Oct-2015

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TINGKATAN 3

Page 2: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.”

Page 3: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

3

PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai

panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan

Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan

boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan

oleh kurikulum ini.

Adalah diharap dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada

pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Page 4: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

4

TAFSIRAN o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi

tujuan pelaporan individu. o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti

boleh ditaksir dan dicapai. o Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh

buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian

bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

Page 5: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

5

KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND STANDARD 1 TAHU

2 TAHU, FAHAM

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

5 TAHU DAN FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

Page 6: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

6

Page 7: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

7

TAFSIRAN BAND BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

1 TAHU Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2 TAHU, FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5 TAHU DAN FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

Page 8: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

8

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 3, murid dapat :

1. Mengetahui maksud komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, komposisi badan,

kuasa, kelajuan, dan prinsip-prinsip latihan;

2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal; 3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan

pergerakan kreatif dengan betul dan selamat; 4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan; 5. Mengetahui peluang-peluang kerjaya dalam sukan; 6. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan; 7. Melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik; dan 8. Mengetahui pengurusan sesebuah organisasi dalam persatuan sukan dan permainan.

Page 9: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

9

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap

kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 3, murid dapat: 1. Memahami kesan amalan pengambilan makanan secara berlebihan; 2. Menjelaskan erti perkahwinan dan hidup berumah tangga; 3. Menjelaskan keperluan diet harian berdasarkan kumpulan peringkat umur; 4. Memahami kesan stres dan langkah-langkah mengatasinya; 5. Memahami implikasi pengambilan dadah terhadap masyarakat, ekonomi dan keselamatan negara; 6. Menjelaskan akta dan undang-undang pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit; dan 7. Mengaplikasi prinsip dan prosedur external cardiac compressions (ECC) dan, cardiopulmonary resuscitation (CPR).

Page 10: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

10

BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

2 Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

3 Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

4

Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat dan berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

6 Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

Page 11: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

11

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1

Tahu

B1 Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

B1 DJ1 Mengetahui tentang konsep kebolehbalikan dan perbezaan individu dalam prinsip latihan. B1 DJ2 Mengetahui tentang konsep menjejak dalam rekreasi dan kesenggangan. B1 DJ3 Mengetahui tentang konsep pengurusan dalam sukan. B1 DJ4 Mengetahui tentang isu dan etika dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan

B1DJ1E1 Menyatakan maksud prinsip kebolehbalikan dan prinsip perbezaan individu.

B1DJ2E1 Menyatakan formasi pergerakan dalam aktiviti menjejak.

B1DJ3E1 Menyenaraikan persatuan sukan kebangsaan yang terdapat di Malaysia. (sekurang-kurangnya lima persatuan sukan)

B1DJ4E1 Menyatakan maksud keagresifan dalam sukan.

B1DJ4E2 Menyatakan maksud semangat kesukanan.

Page 12: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

12

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B1 DK1 Mengetahui tentang keselamatan persekitaran.

B1DK1E1 Menyatakan akta yang digubal oleh kerajaan bagi menangani masalah jangkitan penyakit.

Page 13: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

13

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2

Tahu dan Faham

B2 Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

B2 DJ1 Mengetahui dan memahami tentang komponen kecergasan fizikal. B2 DJ2 Mengetahui dan memahami tentang undang-undang dan peraturan permainan. B2 DJ3 Mengetahui dan memahami tentang undang-undang dan peraturan olahraga. B2 DJ4 Mengetahui dan memahami tentang konsep menjejak dalam rekreasi dan kesenggangan. B2 DJ5 Mengetahui dan memahami tentang etika dalam sukan.

B2DJ1E1 Menjelaskan faedah latihan meningkatkan komponen kecergasan kuasa dan kelajuan. B2DJ2E1 Mengenalpasti undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola tampar dan permainan sofbol. B2DJ3E1 Mengenalpasti undang-undang dan peraturan dalam acara lumba jalan kaki dan acara lempar cakera. B2DJ4E1 Menjelaskan aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti menjejak. B2DJ5E1 Menjelaskan ciri-ciri semangat kesukanan penonton.

Page 14: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

14

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B2 DK1 Mempunyai kefahaman tentang amalan pemakanan secara berlebihan. B2 DK2 Mempunyai kefahaman tentang keselamatan persekitaran. B2 DK3 Mengenalpasti tentang konsep pertolongan cemas.

B2DK1E1 Menyatakan faktor amalan pengambilan makanan yang berlebihan.

B2DK2E1 Menyatakan kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988). B2DK3E1 Menyenaraikan petanda dan keadaan yang memerlukan ECC dan CPR.

Page 15: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

15

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

B3 Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

B3 DJ1 Melakukan aktiviti komponen kecergasan fizikal. B3 DJ2 Melakukan kemahiran asas permainan. B3 DJ3 Melakukan kemahiran asas olahraga. B3 DJ4 Memahami tentang konsep pengurusan dalam sukan.

B3DJ1E1 Melakukan sekurang-kurangnya dua aktiviti bagi setiap komponen daya tahan otot, kekuatan otot dan kuasa dengan betul. B3DJ2E1 Melakukan sekurang-kurangnya dua kemahiran asas bola tampar atau dua kemahiran asas sofbol. B3DJ3E1 Melakukan fasa-fasa kemahiran lempar cakera. B3DJ4E1 Menjelaskan peranan jawatankuasa induk dalam persatuan sukan dan permainan.

Page 16: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

16

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B3 DK1 Memahami kandungan kalori dalam makanan. B3 DK2 Memahami konsep penyalahgunaan bahan.

B3DK1E1 Menyenaraikan jumlah kandungan kalori dalam tiga jenis makanan yang berbeza. B3DK2E1 Menjelaskan implikasi pengambilan dadah terhadap ekonomi dan politik.

Page 17: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

17

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab

B4 Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

B4 DJ1 Mengaplikasikan konsep kecergasan fizikal dalam latihan, permainan dan olahraga. B4 DJ2 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran pendidikan pergerakan.

B4 DJ3 Mengaplikasikan isu keagresifan dan komersialisme dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan.

B4DJ1E1 Melakukan aktiviti dalam komponen daya tahan kardiovaskular dan menjelaskan perubahan kadar nadi sebelum dan selepas melakukan latihan. (paarlauf / lompat tali / latihan piramid). B4DJ1E2 Membezakan pembolehubah prinsip kekhususan dalam latihan daya tahan otot, kekuatan otot dan kuasa berdasarkan ulangan, intensiti dan kadar pergerakan. B4DJ1E3 Mengaplikasikan kelajuan dalam permainan sofbol atau acara lumba jalan kaki. B4DJ2E1 Melakukan kemahiran gimnastik artistik / gimnastik irama / gimnastik pendidikan / pergerakan kreatif dengan teknik yang betul dan selamat. (sekurang-kurangnya dua kemahiran) B4DJ3E1 Mengulas isu-isu keagresifan daripada media massa.

Page 18: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

18

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4 DK1 Mengaplikasi pengetahuan pertolongan cemas.

B4DJ3E2 Menjelaskan sekurang-kurangnya tiga kebaikan dan tiga keburukan komersialisme dalam sukan. B4DK1E1 Menunjuk cara pelaksanaan pertolongan cemas mengikut prosedur ECC atau CPR.

Page 19: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

19

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Terpuji

B5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat dan berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

B5 DJ1 Menguasai perlaksanaan program kecergasan yang berasaskan prinsip latihan. B5 DJ2 Menguasai perlaksanaan dalam kemahiran gimnastik pendidikan. B5 DJ3 Memahami konsep kerjaya dalam sukan. B5 DK1 Menguasai isu-isu kekeluargaan.

B5 DK2 Menilai kandungan kalori dalam pemakanan.

B5DJ1E1 Melengkapkan jadual program kecergasan diri dalam tempoh dua minggu berasaskan prinsip kebolehbalikan/perbezaan individu. (jadual program disediakan oleh guru, pelajar hanya memilih aktiviti, intensiti dan kekerapan dalam latihan) B5DJ2E1 Merancang dan melaksanakan variasi pergerakan mengikut tema. (penglibatan dalam persembahan) B5DJ3E1 Membincangkan kerjaya yang berkaitan dengan sukan dan permainan. (hasil perbincangan dilaporkan secara bertulis atau lisan) B5DK1E1 Membincangkan isu-isu semasa kekeluargaan. (hasil perbincangan dilaporkan secara bertulis atau lisan) (sumber: media cetak atau media elektronik) B5DK2E1 Membandingkan keperluan kalori berdasarkan kepada aktiviti harian pelajar aktif dengan pelajar sedantari (tidak aktif). (hasil tugasan dilaporkan secara bertulis. Contohnya: folio, buku skrap, persembahan power point dan lain-lain mengikut kreativiti pelajar)

Page 20: PJK_T3_2014

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

20

BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

6

Tahu, Faham dan

Boleh Buat dengan Beradab

Mithali

B6 Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

B6 DJ1 Mengamalkan konsep perancangan dan pengelolaan sukan dan rekreasi yang berkualiti.

B6DJ1E1 Merancang dan mengelolakan aktiviti rekreasi atau pertandingan sukan atau permainan. Pertandingan Sukan / Permainan: -kertas cadangan, ahli jawatankuasa, jadual pertandingan, pelaksanaan Aktiviti rekreasi: -kertas cadangan, ahli jawatankuasa, tentatif program, pelaksanaan