pintar berbahasa -nota ceramah 2010

Upload: luqfadhjan

Post on 04-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Pintar Berbahasa -Nota Ceramah 2010

    1/5

    Nota Ceramah 2010

    PINTAR BERBAHASA - MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL

    1. Budak-budak nakal itu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri.(salah)Budak-budak nakal itu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri.(betul){Gugurkan perkataan saling sebab tuduh-menuduh adalah kata ganda yang membawa maksud saling}

    2. Penduduk Kampung Sentosa saling bantu-membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu.(salah)Penduduk Kampung Sentosa saling membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu.(betul){Perkataan saling boleh digunakan tetapi tidak boleh dipadankan dengan kata ganda maksud saling}

    3. Puan Kamariah Hamzah membeli sebiji kek berperisa coklat di pasar tani pagi tadi.(salah)Puan Kamariah Hamzah membeli sebiji kek berperasa coklat di pasar tani pagi tadi.(betul){Perkataan perisa membawa maksud enak/sedap, perasa pula membawa maksud rasa seakan-akan}

    4. Siti Nurhaliza mempunyai peminat yang ramai di seluruh pelosok negara.(salah)Siti Nurhaliza mempunyai peminat yang banyak di seluruh pelosok negara.(betul){Jika merujuk kepada bilangan/kuantiti, penggunaan perkataan banyak adalah lebih tepat dan gramatis}

    5. Emak menghidangi kami sepinggan goreng pisang yang masih panas petang itu.(salah)Emak menghidangi kami sepinggan pisang goreng yang masih panas petang itu. (betul){HukumD-Myang betul,pisang gorengsebab yangditerangialahpisangdan yangmenerangialahgoreng}

    6. Encik Mutusamy bekerja di Mini Estet Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun lamanya.(salah)Encik Mutusamy bekerja di Estet MiniUlu Bernam sudah hampir dua puluh tahun lamanya.(betul){HukumD-Myang betul,estet minisebab yangditerangialahestetdan yangmenerangialahmini}

    7. Kedua-dua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.(salah)

    Kedua-dua orang pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.(betul){Kata bilangan kedua-dua di dalam ayat mesti diiringi dengan penjodoh bilangan yang sesuai, iaitu orang}

    8. Seekorlembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang itu.(salah)Satu lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang itu. (betul){Bagi benda yang tidak nyata/jelas, penjodoh bilangan tidak boleh digunakan, guna kata bilangan sahaja}

    9. Bapa Khamarrul Efenddi adalah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan.(salah)Bapa Khamarrul Efenddi ialah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan.(betul){Ialah Kata pemeri yang menghubungkan benda (subjek) dengan cerita (predikat) dalam ayat}

    10. Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes pecah amanah itu ialah rekaan semata-mata. (salah)Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes pecah amanah itu adalahrekaan semata-mata.(betul){Adalah Kata pemeri yang menghuraikan lebih lanjut tentang benda (subjek) yang disebut sebelumnya}

    11. Masukkan sedikit cili soske dalam masakan itu, kata ibu kepada kakak. (salah)Masukkan sedikit sos cilike dalam masakan itu, kata ibu kepada kakak. (betul){Hukum D-M yang betul ialah sos cili kerana yang diterang ialah sos dan yang menerang ialah cili}

    12. Cik Azura membeli sehelai mini telekung yang bersulamkan benang emas di pasar malam.(salah)Cik Azura membeli sehelai telekung mini yang bersulamkan benang emas di pasar malam. (betul){Hukum D-M yang betul ialah telekung mini kerana yang diterang ialah telekung dan yang menerang ialah mini}

    13. Mak Cik Mariam menghidangkan tetamunya sepinggan kuih seri muka.(salah)Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka.(betul){Imbuhan apitan meng ... i - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada manusia sahaja}

    PEMANTAPAN TATABAHASA, BAHASA MELAYU 1 PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

    PEMANTAPAN TATABAHASA BAHASA MELAYU : UPSR

  • 7/31/2019 Pintar Berbahasa -Nota Ceramah 2010

    2/5

    Nota Ceramah 2010

    14. Encik Abdul Razak menghadiahi cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya. (salah)Encik Abdul Razak menghadiahkan cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya.(betul){Imbuhan apitan meng ... kan - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada benda atau binatang}

    15. Mereka masih membincangkan tentang masalah keruntuhan moral para remaja.(salah)Mereka masih membincangkan masalah keruntuhan moral para remaja.(betul){Gugurkan perkataan tentangsebab imbuhan apitan mem ... kan sudah membawa maksud tentang}

    16. Pekebun kecil masih membincangkan tentang harga kelapa sawit yang tidak menentu. (salah)Pekebun kecil masih membincangkan harga kelapa sawit yang tidak menentu.(betul){Gugurkan perkataan tentangsebab imbuhan apitan mem ... kan sudah membawa maksud tentang}

    17. Berhati-hati memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan merbahaya itu.(salah)Berhati-hati memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan berbahaya itu.(betul){Tidak ada imbuhan awalan mer- dalam tatabahasa Melayu, bukan merbahaya tetapi berbahaya}

    18. Kejayaan gemilang dalam UPSR yang diperolehi Abdul Mutalib kerana usaha gigihnya.(salah)Kejayaan gemilang dalam UPSR yang diperoleh Abdul Mutalib kerana usaha gigihnya.(betul){Apitan diper ... i hanya kepada empat perkataan; diperisteri, dipersuami, diperkawani dan diperingati}{Awalan diper- ialah awalan yang membentuk kata kerja ayat pasif, selain empat perkataan di atas}

    19.Adik terlalu sayangkan kucing siam itu sehingga dibawanya tidur bersama-sama.(salah)Adik terlalu sayang akan kucing siam itu sehingga dibawanya tidur bersama-sama.(betul){Kata yang ada unsuremosi/perasaantidak boleh disisipkan imbuhan akhiran -kan, sepatutnya akan}

    20. Emak marahkan adik kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. (salah)Emak marahakan adik kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya.(betul){Kata yang ada unsuremosi/perasaantidak boleh disisipkan imbuhan akhiran -kan, sepatutnya akan}

    21. Setengah murid tidak tahu membahagi-bahagikan masa dengan baik.(salah)Sesetengah murid tidak tahu membahagi-bahagikan masa dengan baik.(betul){Setengah membawa maksud satu perdua, sesetengah pula membawa maksud sebahagian daripada}

    22. Muhammad Zunaidi menunggu kawannya di Stesen Bas Banting selama dua setengah jam.(salah)

    Muhammad Zunaidi menunggu kawannya di Stesen Bas Banting selama dua jam setengah.(betul){Dua setengah jam merujuk kepada bilangan jam, dua jam setengah merujuk kepada waktu, 2 jam 30 minit}

    23. Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG kali ini. (salah)Perkara-perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG kali ini. (betul){Lain-lain membawa maksud banyak yang lain, perkara-perkara pula membawa maksud banyak perkara}

    24. Lain-lain hal yang menyentuh agama, ras, dan budaya tidak perlu diperdebatkan. (salah)Hal-hal lain yang menyentuh agama, ras, dan budaya tidak perlu diperdebatkan. (betul){Lain-lain membawa maksud banyak yang lain, hal-hal pula membawa maksud banyak hal}

    25. Satu rampasan mercun terbesartelah dilakukan oleh pasukan kastam Kelantan pagi tadi.(salah)Satu rampasan terbesarmercun telah dilakukan oleh pasukan kastam Kelantan pagi tadi.(betul){Mercun terbesarmerujuk kepada mercun yang besar, rampasan terbesarmerujuk kepada banyak rampasan}

    26. Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan sijil kelahiran.(salah)Merujuk perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan sijil kelahiran. (betul){Perkataan merujuk dalam ayat membawa maksud kepada secara tersirat, tidak perlumerujuk kepada}

    27. Encik Amiruddin menunggu anaknya di Stesen Bas Teluk Intan sejak dari pukul 10.00 pagi.(salah)Encik Amiruddin menunggu anaknya di Stesen Bas Teluk Intan sejak pukul 10.00 pagi.(betul){Gugurkan perkataan dari kerana kedua-duanya sejak dandari adalah kata sendi yang sama maksud}

    28. Semenjak darihari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini, kata Haikal kepada Alif.(salah)Semenjak hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini, kata Haikal kepada Alif. (betul){Gugurkan perkataan dari kerana perkataan semenjak dan dari adalah kata sendi yang sama maksud}

    PEMANTAPAN TATABAHASA, BAHASA MELAYU 2 PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

  • 7/31/2019 Pintar Berbahasa -Nota Ceramah 2010

    3/5

    Nota Ceramah 2010

    29. Para pekerja sedang memperlebarkan jalan utama dari Kelang menuju ke Kuala Selangor.(salah)Para pekerja sedang memperlebarjalan utama dari Kelang menuju ke Kuala Selangor.(betul){Apitan memper ... kan menerima kata nama dan kata kerja, awalan memper- menerima kata adjektif}

    30. Datin Suraya bercadang memperluaskan perniagaannya ke Sabah dan Sarawak.(salah)Datin Suraya bercadang memperluas perniagaannya ke Sabah dan Sarawak.(betul){Apitan memper ... kan menerima kata nama dan kata kerja, awalan memper- menerima kata adjektif}

    31. Yang kekal cumaAllah sahaja, kata Ustaz Muhammad Ishak kepada anak murid-muridnya.(salah)Yang kekl cumaAllah, kata Ustaz Muhammad Ishak kepada anak murid-muridnya.(betul){Penggunaankata penegascumadan sahajatidak tepat, kedua-duanya membawa maksud yang sama}

    32. Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja.(salah)Pertandingan mencari harta karun itu terbuka kepada ahli kelab itu sahaja.(betul){Penggunaankata penegashanyadan sahajatidak tepat, kedua-duanya membawa maksud yang sama}

    33. Siapakah yang suka membuang sampah sarap di kawasan yang lapang ini.(salah)Siapatah yang suka membuang sampah sarap di kawasan yang lapang ini.(betul){Kata penegas (partikel) -tah digunakan untuk menegaskan ayat penyata dan menyatakan situasi tidak sabar}{Kata penegas (partikel) -kah, -lah, dan -tah digunakan untuk menegaskan frasa predikat (cerita) sahaja}

    34. Bilatah agaknya pemuda itu akan melangsaikan hutang-hutang lapuknya itu?(salah)Bilakah agaknya pemuda itu akan melangsaikan hutang-hutang lapuknya itu?(betul){Kata penegas (partikel) -kah digunakan untuk menegaskan ayat tanya dan menegaskan ayat seruan}{Kata penegas (partikel) -kah, -lah, dan -tah digunakan untuk menegaskan frasa predikat (cerita) sahaja}

    35. Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas pandangan guru-gurunya.(salah)Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih atas pandangan guru-gurunya.(betul){Di atas merujuk sesuatu yang mengisi ruang/tempat, atas merujuk perkara yang tidak boleh disentuh/abstrek}

    36. Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Md. Ramli.(salah)Cara Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Md. Ramli.(betul){Atas merujuk perkara yang tidak boleh disentuh/abstrek, di atas merujuk sesuatu yang mengisi ruang/tempat}

    37. Komputer note-book yang baru itu tersimpan dalam almari besi di bilik Guru Besar.(salah)Komputer note-book yang baru itu tersimpan di dalam almari besi di bilik Guru Besar.(betul){Dalam merujuk perkara yang tidak nyata/abstrek, di dalam merujuk sesuatu yang mengisi ruang/tempat}

    38. Di antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster.(salah)Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster.(betul){Di antara merujuk kedudukan/tempat atau lokasi, antara pula merujuk sebahagian daripada/beberapa}

    39. Emak mengkhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah.(salah)Emak mengekhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah.(betul){Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}

    40. Pekerja Hotel Seri Malaysia itu sedang menglap lantai mozek di dewan utama hotel tersebut.(salah)Pekerja Hotel Seri Malaysia itu sedang mengelap lantai mozek di dewan utama hotel tersebut.(betul)

    {Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}

    41. Kapal dagang itu masuk ke pelabuhan Pasir Gudang, Johordaripada utara Selat Melaka.(salah)Kapal dagang itu masuk ke pelabuhan Pasir Gudang, Johordari utara Selat Melaka.(betul){Dari untuk menyatakan waktu atau masa, tempat, dan arah}{Daripada untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, atau unsur abstrek}{Daripada untuk menyatakanmaksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda}{Daripada untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan}

    42. Berhati-hati ketika berada di jalan raya untuk mengelakkan diri dari ditimpa malapetaka.(salah)Berhati-hati ketika berada di jalan raya untuk mengelakkan diri daripada ditimpa malapetaka.(betul){Dari untuk menyatakan waktu atau masa, tempat, dan arah}{Daripada untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, atau unsur abstrek}{Daripada untuk menyatakanmaksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda}{Daripada untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan}

    PEMANTAPAN TATABAHASA, BAHASA MELAYU 3 PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

  • 7/31/2019 Pintar Berbahasa -Nota Ceramah 2010

    4/5

    Nota Ceramah 2010

    43. Di zaman ini, kereta sudah menjadi satu daripada keperluan harian manusia.(salah)Pada zaman ini, kereta sudah menjadi satu daripada keperluan harian manusia.(betul){Di untuk menyatakan tempat sahaja} manakala {Pada untuk menyatakan waktu atau masa}{Pada untuk merujuk manusia dan haiwanapabila didahului perkataan ada Radio itu ada pada Rahim}{Pada untuk menunjukkan tempat bagi perbutan sesuatu kata kerja Gantungkan jam itu pada dinding}{Pada digunakan dalam bentuk ungkapan seperti pada saya, pada pendapatnya, dan pada pandangan saya}

    44. Cik Nur Haryati Alias memasukkan baju kebaya yang baru dibelinya itu di dalam almari.(salah)

    Cik Nur Haryati Alias memasukkan baju kebaya yang baru dibelinya itu ke dalam almari.(betul){Kata sendi diuntuk menyatakan tempat, manakala kata sendi ke untuk menunjukkan tempat atau arah}

    45. Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.(salah)Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. (betul){Kata ganti nama tak tentu apa-apa bagi mengantikan benda, orang, masa, tempat, dan hal tidak khusus}{Contoh kata ganti nama tak tentu - apa-apa, siapa-siapa atau sesiapa, mana-mana,dan bila-bila}{Kata tanya - apa, siapa, mana, bila berbeza maksudnya daripada apa-apa, siapa-siapa, mana-mana, bila-bila}

    46. Siapa yang melanggar peraturan sekolah akan dikenakan denda dan tindakan disiplin.(salah)Siapa-siapa yang melanggar peraturan sekolah akan dikenakan denda dan tindakan disiplin.(betul){Siapa ialah kata tanya dan salah penggunaan, siapa-siapa ialah kata ganti nama tak tentu betul penggunaan}

    47. {Rumah banglo itu terbesar sekalisalah} {Rumah banglo itu terbesarbetul}.{Kata adjektifdaripada binaan ter- apabila bertemu kata adjektiftidak perlu diikuti oleh sekali}

    48. {Budak itu amat pandai sekalibetul} {Pokok itu sangat besarsekalibetul}.{Kata penguat amat / sungguh / sangat apabila bertemu kata adjektifboleh diikuti kata penguat sekali}

    49. {Cat air ini untuk kegunaan adiknyabetul} {Cat air ini bagi kegunaan adiknyabetul}.{Pengunaan untuk dan bagi-boleh bertukar ganti tetapi ada yang tidak boleh ditukar ganti, seperti di atas}

    50. {Baju kurung ini untuk kakak sayabetul} {Baju kurung ini bagi kakak sayasalah}.{Pengunaan untuk dan bagi-boleh bertukar ganti tetapi ada yang tidak boleh ditukar ganti, seperti di atas}

    51. Peninju veteran itu berhasrat untuk bersara daripada arena sukan lasak tersebut. (salah)Petinju veteran itu berhasrat untuk bersara daripada arena sukan lasak tersebut. (betul){Peninju membawa maksud tinju atau penumbuk, Petinju pula bermaksud orang yang berlawan tinju}

    52. Sudah tiga hari Ahmad Nazrul Affendy tidak hadir ke sekolah kerana dia deman selsema.(salah)Sudah tiga hari Ahmad Nazrul Affendy tidak hadir ke sekolah kerana dia deman selesema.(betul){Perkataan di atas sering disalah ejakan, ejaan yang sebenarnya mengikut kamus dewan ialah selesema}

    53. Emak membeli empat keping murtabak ayam di Bazar Ramadhan petang semalam.(salah)Emak membeli empat keping martabak ayam di Bazar Ramadhan petang semalam. (betul){Perkataan di atas selalu disalah ejakan, ejaan yang sebenarnya ialah martabak bukan murtabak/mertabak}

    54. Kawasan pendalaman itu akan dimajukan oleh Kerajaan Negeri Perak menjelang tahun 2005.(salah)Kawasan pedalaman itu akan dimajukan oleh Kerajaan Negeri Perak menjelang tahun 2005. (betul){Pendalaman merujuk perihal mendalamkan, Pedalaman pula merujuk daerah yang jauh atau terpencil}

    55. Setiap pagi ayah bersarapan dua biji telur ayam separuh masak dengan madu lebah asli.(salah)

    Setiap pagi ayah bersarapan dua biji telur ayam masak separuh dengan madu lebah asli.(betul){Telur ayam separuh masak merujuk separuh bahagian telurtersebut, masak separuh pula merujuk setengah masak}

    56. Buku novel yang mengisahkan pergeseran hidup muda mudi masa kini itu dibaca oleh saya.(salah)Buku novel yang mengisahkan pergeseran hidup muda mudi masa kini itu dibaca oleh dia.(betul){Kata sendioleh hanya menerima kata ganti nama diri ketiga sebagai pelengkap ayat, contohnya; ia, nya, dia, beliau, mereka}

    57. Makanlah ikan kerana ia mengandungi banyak protein dan baik untuk kesihatan kita.(salah)Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak protein dan baik untuk kesihatan kita.(betul){Kata ganti nama diri ketiga ia digunakan dalam ayat untuk/merujuk manusia sahaja. Salah, jika digunakan untuk benda atau haiwan}

    58.Abdul Rahman tidak datang ke sekolah semalam kerana ianya mengalami demam selesema.(salah)Abdul Rahman tidak datang ke sekolah semalam kerana ia/dia mengalami demam selesema.(betul){Penggunaan ianya dalam ayat salah kerana ia dan nya merupakan kata ganti nama diri ketiga dan tidak bolah dijamakkan}

    PEMANTAPAN TATABAHASA, BAHASA MELAYU 4 PERKONGSIAN PINTAR BAHASA MELAYU (SK)

  • 7/31/2019 Pintar Berbahasa -Nota Ceramah 2010

    5/5

    Nota Ceramah 2010